Salaam..
Sudah lewat pukul 10 malam..bermakna sudah genap 24 jam saya tidak tidur..wah..tahniah untuk diri saya sendiri. Inilah akibat suka menangguh-nangguh kerja. Saya tahu saja hujung minggu saya kali ini akan disibukkan dengan berprogram di Birmingham tetapi masih bertangguh-tangguh menyiapkan tugasan yang diberi tutor sejak dua minggu yang lepas. Saya berkira saya masih ada masa sehari suntuk sepulangnya dari Birmingham itu nanti untuk menyudahkan kerja-kerja yang masih berbaki. Manusia hanya merancang.. tidak saya sangka.. bangunnya saya subuh semalam dalam keadaan tekak yang meloya dan badan yang meningkat suhunya. Sepanjang hari muntah-muntah dan badan sudah lembik tak bermaya. Manakan tidak..yang di dalam perut sudah habis dikeluarkan sedang saya tidak berselera untuk menjamah apa-apa pun. Hasilnya saya terbaring saja di katil sepanjang hari.. Cuba-cuba juga untuk bangun menyambung kerja.. tetapi akhirnya rebah juga ke katil. Saya benar-benar tidak larat.. kepala pula pusing memikirkan kerja yang perlu dihantar esok.
Alhamdulillah..lewat malam semalam demam saya sudah sedikit kebah. Maka dapatlah saya duduk membelek-belek buku rujukan dan menaip essay yang masih banyak perlu saya siapkan. Sudah puas tidur sepanjang hari.. saya tidak sedar malam sudah menganjak ke pagi. Pagi itu saya melangkah ke kelas dengan hati yang kusut memikirkan tugasan yang belum berjaya saya siapkan. Otak pula ligat memikirkan alasan yang boleh saya berikan kepada tutor saya nanti. Alhamdulillah.. syukur sgt2..kebetulan pula pagi ini dia mahu bergegas ke Norway jadi dia tidak ambil pusing sangat soal tugasan yang diberikannya dua minggu lepas itu. Lantas saya pulang ke bilik dengan penuh semangat..azam mahu menyudahkan juga essay itu hari ini. Lalu seharian jugalah saya mengadap komputer ini. Akhirnya sebelum maghrib saya berjaya juga menyempurnakannya..Alhamdulillah. Tika itu perut saya berbunyi minta di isi.. oh~ maafkan aku perutku kerana menzalimi hakmu sejak semalam lagi.
Sesudah makan malam bersama flatmate yg sy kasihi, kami beramai-ramai berjalan ke Oxney Road, menghadiri seerah circle kami. Lewat depan Lidl saya terlihat jambangan2 bunga dan kad2 di pinggir jalan besar itu. Segera teringat kemalangan yang berlaku di jalan ini minggu lepas. Mungkin jambangan bunga dan kad2 itu diletakkan oleh ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang digilis bas itu (ngeri!!). Tiba2 sambil berjalan itu saya terfikir.. Jika semalam saya bangun dalam keadaan tekak yang meloya dan badan yang panas.. bagaimana pula jika esok saya tidak bangun-bangun lagi.. tidur untuk selama-lamanya. Jika semalam saya bangun dalam keadaan panik kerana ada tugasan tutorial yang belum saya siapkan dan bimbang ditolak markah oleh tutor saya.. bagaimana kalau esok sy bangun dengan perasaan takut yang teramat.. kerana pergi menemuiNya dengan amalan yang masih belum cukup dalam keadaan belum sempat bertaubat..bimbang ditolak ke neraka oleh yang Maha Menguasai. Nauzubillah hi minzalik.. sudah bersediakah aku sedang maut boleh menjengah bila2 masa..tidak akan dipercepat mahu dilambatkan walau sedetik.
Setelah muhasabah diri baru saya sedar yang saya jarang mengingati janji Allah yang pasti itu.. Selalu menangguh untuk beramal dan meminta keampunan Allah kerana kematian itu saya rasakan amat jauh dari saya. Saya sering terpedaya dengan tubuh badan yang sihat sejahtera dan umur yang muda remaja. Tetapi apabila teringat apa yang terjadi dua tahun lepas kepada sahabat saya, saya disedarkan semula akan hakikat kematian. Kematian akan menyapa sesiapa sahaja tanpa mengira usia...
Saya masih ingat lagi..pagi Jumaat itu saya dan rakan-rakan serumah seperti biasa berkejar mahu ke kelas. Turunnya saja kami ke bawah, saya lihat ada beberapa orang polis yang sibuk keluar masuk kawasan flat kami. Saya yang sudah terlambat mahu mengejar bas..malas mahu ambil tahu mengapa mereka di situ. Tiba-tiba seorang polis menahan kami,
"Maaf, nak minta bantuan kamu semua. Tolong camkan mayat itu jika mayat itu kawan kamu"
Kami semua terkejut yang amat. Masing-masing akur saja menuruti polis itu ke satu sudut flat kami. Sepanjang itu saya tidak berhenti berdoa, janganlah si mangsa itu rakan kami. Sempat saya meneliti satu persatu wajah-wajah di keliling saya, masing-masing dengan wajah tertanya-tanya. Bila sampai saja di tempat kejadian...lemah lutut saya..serasa tidak mampu berdiri. Di situ dia terbujur kaku..dengan wajah pucat tidak bernyawa. Ya Allah tabahkan hati kami menghadapi dugaan ini.Ya..dia sahabat kami. Yang sama-sama makan malam bersama kami semalam. Yang sama-sama berbual dan bergurau senda semalam. Sekarang sudah kaku di situ.. Masing-masing terdiam tidak dapat menahan air mata. Tak sangka sebegini cepat dia pergi dan sebegitu singkat persahabatan kami (baru 2 bulan kami berkenalan).
Lewat tengahari itu, selepas sesi post mortem baru kami mendapat serba sedikit maklumat tentang apa sebenarnya yang berlaku. Arwah dikatakan jatuh dari tingkat 5 flat kami.. semasa berusaha memanjat tembok untuk mencapai tudungnya yang tersangkut diampaian setelah jatuh dari ampaian flatnya di tingkat 6. Terdengarkan khabar itu ayah arwah meraup wajah..
"Mengapalah perlu diusahakan juga tudung yang sehelai itu.. kalau mahu berapa helai yang baru pun ayah sanggup belikan nak.." keluh ayahnya
Benarlah kematian itu datang seperti yang dijanjikan. Tidak semestinya menunggu si tua yang sakit. Macam-macam yang boleh menjadi sebab kepada kematian. Apabila tiba ketentuanNya ia akan datang jua.
Setiap insan..pasti merasa..saat perpisahan terakhir.. Dunia yang fana..akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa...
(eh2..maaf ternasyid pulak)
"Oh dia ni dah buang tebiat dah ni..ni dah tak lame la nih" (kata seorang pengkritik tetap blog)
"Ala..pasni dah takleh bace die merapu dalam blog dia" (konon2 peminat setia blog saya la ni)
Oh~ tenang-tenang semua saya bukan buang tebiat.. Cuma mahu tergolong dalam orang2 yang bijak.. orang2 yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya. Owh mata sudah mengantuk ni...saya perlu 'mati' seketika. Andai saya tidak terbangun lagi esok.. maafkan saya atas segala kesalahan saya..halalkan makan minum..kalau ada terhutang budi ke..terhutang duit ke boleh tuntut dari mak abah saya..kepada kakak2 flat saya saya amanahkan harta benda saya di Villa Leamington ini kepada anda semua. Katakan pada mak dan abah saya saya sangat sayang mereka.Ya Allah..ampunkan dosaku..
Nak kongsi dengan semua video yang best ni..yang ditayangkan kat Timur Tengah suatu masa dulu..semoga sebagai peringatan untuk kita semua..insyaAllah..
So..yang tengah mengadap komputer tuh..kalau dah masuk waktu baik korang pegi solat cepat2. Nanti jadi macam mamat dalam video nih..tak sempat solat dah jadi mayat.. ish..ish..
Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Surah An Nisa:78)

4 kopi panas..:
salam.
yg meninggal donia itu
local muslim kah?
inna liLLah.
salam
just read all ur entries.menarik.just to share some idea.actually x perlu risau ttg apa yg nak ditulis.as long as it is from ur heart.n u know dat somehow it will affect people around u.sampai ada yg tetap nak membaca n sentiasa nak kongsi ur content dgn org lain.itu dakwah namanya.even about ordinary routine yg kita buat everyday.cthnya,'hari ni aku bgn tido,dan membasuh muka dan menggosok gigi.dinginnya air membuatkan aku tidak jadi mandi.terus aku menuju ke dapur yg amat berselerak.kucapai cereal dan susu.lapar.terus bertambah2."apsal x kenyang2 lagi nih?"ada sekeping cereal yg tumpah.cuai!aku pun amik(kurg 3 saat.hehe)makan.ok je rasenya.aku pun stop makan.rasa kenyang.wah!berkatnya sekeping nih.sure sebab aku baca doa tadi.'---ni contoh je.ni bab nak citer psl berkat.cerita psl hidup sehari2 tp blh bwk makna kan.so keep up the good work!(",)
akak pegi solat skarang!
huhu.bila tengok video tu,teringat ayat kawan akak sekolah dulu,bila kitorang kata "nak balik solat kat rumah la."
"kalau korang mati on the way?"
insaf...
Catat Ulasan