Lagi dua hari.. akan genap sebulan saya tidak menulis. Bukan sudah jemu berblog tetapi entah kenapa terasa sudah kering dengan perkongsian untuk semua. Wajarlah saya katakan, jika mahu menulis sesuatu yang bermanfaat untuk mereka yang membaca, hati ini perlu bersih. Amat bersih. Tidaklah saya katakan selama ini hati saya bersih amat. Cuma lewat beberapa minggu kebelakangan ini saya kurang menjaga. Maksud saya menjaga dalam segala segi. Oh~ tak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut lagi kerana itu seperti membuka pekung di dada sendiri. Cukuplah saya ucapkan maaf kerana tidak menitipkan apa-apa untuk sekian lama. Maaf kerana menghampakan usaha kamu mengupload page ini dan tiada penambahan yang dilihat. (haha~ macamlah ramai sangat yang membaca.. saya perasan bagus)
Saya akhirnya kembali di bilik kecil ini setelah hampir seminggu ke sana sini. Mungkin boleh juga saya katakan kembali dari sesi-sesi pembersihan diri yang saya rasakan amat kotor itu tadi. Seperti jatuh dalam lumpur yang busuk dan jijik. Tiba-tiba rasa kebersalutan dengan lumpur jijik itu sungguh membahagiakan. Bau busuknya terasa amat harum dan melalaikan. Lalu terus-terus sahaja ingin duduk bergelumang dengannya... walau sering ada sahaja manusia yang melintasi lopak lumpur itu menegur,
"Keluar..sampai bila kamu mahu terus-terusan bermain lumpur itu. Tidak jijikkah?"
Tetapi saya degil. Mungkin bau yang busuk itu telah memabuk dan mengkhayalkan saya. Saya fikir, apa salahnya sekali sekala berseronok, sudah puas nanti basuhlah saja lumpur itu dari badan. Mudah. Namun dalam keseronokan dan kelalaian itu saya tersedar, jika terlalu berlama di dalamnya mungkin bau busuk itu sudah tidak mampu dihilangkan lagi. Walau sekuat mana badan disental dengan berus dawai.. walau berbotol haruman dicurahkan bau itu mungkin terus melekat. Tambah menakutkan jika bau itu terus melekat seumur hidup. Memualkan sesiapa yang berdekatan dengan saya. Malah mungkin yang rapat pun akan menjauhkan diri. Lalu saya cemas.. cepat-cepat mahu keluar.
Berpergian selama seminggu... memberi helaian baru yang bersih untuk saya lukis semula. Dengan kuasaNya ada beberapa perkara yang tidak saya sangka mampu pulih semula. Di hujung gagang saya dengar suara itu riang menyapa. Dan suara-suara yang disekitarnya turut berkongsi kegembiraan. Apa lagi yang saya mampu ucapkan selain dari Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah. Dia yang Maha Berkuasa membuka hati manusia.. Dia Yang Maha Pemurah memandu hati itu untuk pulang kepangkuan kami. Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Semoga hatinya terus tetap dan tenang dengan keputusannya kali ini. Hadiah yang mahu saya berikan perlu saya kemas kini semula.. Bagaimana mampu saya menyampaikan kefahaman untuknya andai di kepala dan hati ini sendiri segalanya berselirat dan tersimpul. Malah simpulan itu menjerat dan menjerut diri saya sendiri.
Berpergian selama seminggu... menyaksikan saya merungkaikan simpulan itu satu-satu dan merapikan selirat kefahaman dalam diri saya. Di situ saya merasakan hati yang gelap mula disimbahi cahaya. Hati yang selama ini umpama najis lembu yang kering.. gelap, keras, kering dan rapuh. Mungkin seperti melampau perbandingan saya tetapi itu yang benar saya rasa. Setuju atau tidak itu terpulang kamu. Saya sekarang bercakap tentang hati saya bukan hati orang lain. Hati itu sudah hitam likat dipenuhi titik dan tompokan dosa. Walau dosa kecil-kecil tapi apabila kerap dilakukan.. akhirnya tompok itu menyelaputi juga segenap ruang hati. Bila itu keadaannya, hati sudah tidak lagi sensitif pada perbuatan dosa. Hati sudah tidak lagi sensitif pada kemungkaran. Malah tambah menakutkan dosa yang besar pun nanti sudah tidak terlihat sebagai dosa oleh hati yang hitam itu.. nauzubillahi min zalik.
Allah itu Maha Penyayang.. dicampakkannya ilham taubat. Subhanallah Maha Suci Allah.. bukan sekadar itu.. pengisian program yang lepas ini pun banyak berkisar tentang taubat. Bagaimana mencari taubat nasuha. Terdengar esakan dari rakan di sebelah saya. Dia menangis.. Saat itu saya merenung dan bermenung, mengingat-ingat dosa sendiri. Dalam qiam dan tahajjud saya memaksa hati ini menangis kerana dosa yang bertimbun itu. Tiba-tiba suatu rasa ketakutan menyelinap.. Keras..hati ini sudah terlalu keras. Saya sudah tidak mampu menangis dengan dosa dan kebersalahan itu.. Solat wajib lima waktu terasa ditunaikan sekadar kerana wajibnya bukan kerana rindu pada Ilahi.. Doa yang dipanjatkan saban kali selepas solat serasa hanya lahir dari hafalan di mulut bukan pengharapan dan pengaduan dari hati.. Ya Allah sudah jauh benar aku dari rahmatMu...
Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Azan maghrib sudah berkumandang kini di corong komputer saya.. tinggal dahulu semua. Saya mahu mencari taubat... saya mahu mencari semula cinta Ilahi..

5 kopi panas..:
assalamualaikum..sy mnjadi yg pertama yg mmber komen..insyaaalh yg dtulis dr hati akan sampai ke hati..dr tangn turun ke hati..dr iman turun ke amal..insyaallah allh mudahkan..sy sgt sua dengr lagu ni..lagu yg bile saya rasa iman turun and hati keras akan cubalah sy nyanyi2 kat balkoni penthouse sunway dl..kisah ni sy macam hidup sy kat sunway dl..smemangnya sy sngt merindui saat2 kat situ..yg mmulakn perjalanan hidup saya ke arah titik akhir yg lebih baik dan terbaik..moga kita sama2 diberi kekuatan oleh ALLAH..barakallahufikum..
erm..da komen pjg lbar td..kuar tak..??
salam sister,
massyaallah, very good reminder... i felt the same too...
salam..
thankx sahabat di atas perkongsian ini.. kerana diri ini merasakan makin jauh dgn Allah.. nauzubillah.. doakan sye kembali, ye.. ameen~
jazakillah ukhti.
barangkali situasinya sama. hati mungkin lebih keras dari batu. namun harapan padaNYA tidak boleh putus. Kerana RahmatNYA mengatasi kemarahanNYA, moga sama2 kita kembali pada jalanNYA.
ingin lari, lari jauh dari sarang dunia ini...
doakan sekali ya!
Catat Ulasan