S - suami
I - isteri
S - saksi
W - wali
A - akad
I - isteri
S - saksi
W - wali
A - akad
Kalau sudah berkemampuan, cukup saja semua rukun ini sudah boleh nikah. Kemudian adakan saja sedikit jamuan kecil bagi meraikan dan menghebahkan pernikahan itu. Mudah bukan? Tapi masyarakat Melayu disibukkan dengan adat-adat yang dicelup entah dari mana. Yang bukan sahaja menyusahkan dan menambah beban tapi bertentangan langsung dengan matlamat sebenar walimatul urus. Dengan upacara sandingnya, tepung tawarnya, perlu pula sewa baju lagak pakaian diraja yang bukan sedikit belanjanya. Kadang-kadang ambil masa berbulan-bulan membuat persiapan untuk hari bahagia itu. Lari terus dari matlamat sebenar walimatul urus. Majlis perkahwinan yang sepatutnya bebas dari sebarang penonjolan kemewahan dan sepatutnya hanya mementingkan semangat persaudaraan Islam. Aduh.. apa guna pintunya saja terhias cantik tetapi rumahnya nanti kosong bukan? (ini saya ambil kata seseorang). Tengok saja majlis pasangan popular Erra dan Yusry yang makan belanja ratusan ribu ringgit hingga layak digelar 'wedding of the year'! Akhirnya tidak sampai beberapa tahun perkahwinan, mereka berpisah kerana katanya sudah tidak sehaluan. Bukanlah saya bergembira atas kisah sedih mereka..cuma mahu mengambil sebagai teladan. Tak salahkan?
Ramai antara sahabat sebaya sudah mempunyai pilihan hati masing-masing. Ada antaranya yang sudah bertahun-tahun bercinta. Bila ditanya bila mahu melangsungkan, masing-masing mengeluh. Bukan tidak mahu tapi duit masih belum cukup. Kalau tidak ada paling kurang RM20 000 dalam akaun simpanan, jangan mimpilah mahu menikah. Kalau menikah di negeri saya ini mahar yang wajibnya hanya RM22.50. Tetapi yang membebankan ialah wang hantaran yang melambung mengikut harga pasaran itu. Tidak dinafikan saya juga tidak dapat lari dari adat dan tradisi perkahwinan yang sudah bersebati dengan masyarakat. Emak juga mahu melihat anak perempuannya ini seperti anak-anak gadis orang lain. Tambah pula saya anak gadisnya yang pertama. Saya juga mahu melihat emak saya gembira. Mahu tidak mahu apa yang boleh saya toleransikan dengan emak saya ikutkan saja, selagi tidak bercanggah dengan syara'. Baru saja tadi saya di 'brain wash' oleh mak andam yang juga jiran belakang rumah.
"Kamu ni kenapa awal sangat kahwinnya? Belajar dulu kasi habis, kemudian ade kerjaya dulu. Barulah fikir pasal kahwin. Dah ada duit banyak baru seronok buat kenduri kahwin boom bam! Ini tidak.. nak buat mewah sikit, kene fikir bajet,"
Saya hanya tersenyum pada makcik itu. Bajet itu alasan saya saja, soalnya saya memang tidak mahu. Namun perasaan perlu hormatkan dia selaku orang tua lebih mengatasi keinginan hati saya untuk membalas cakap-cakapnya. Kasihan dia jadi mangsa keadaan. Terperangkap dalam mentaliti materialistik yang kolot dan mengarut yang entah ditetapkan oleh siapa. 'Kemampuan untuk bernikah' dalam masyarakat hari ini terletak pada segulung ijazah, lumayannya gaji dan besarnya kereta dan rumah. Yang menyebabkan remaja-remaja hari ini terperangkap dalam hubungan cinta terlarang sementara menunggu diri masing-masing 'mampu'. Kemudian orang-orang tua mahu bising-bising pula dengan meningkatnya statistik khalwat, zina, buang anak dan anak luar nikah.
"Kami dulu pun muda jugak.. zaman kami dulu tak ada pun masalah-masalah sosial mcm korg ni? Makin menjadi-jadi pulak budak-budak muda zaman sekarang ni ye Kak Timah (bukan nama sebenar), " kata Makcik Eton (juga bukan nama sebenar) sambil terjuih-juih mulutnya menyatakan kekecewaan dia terhadap muda mudi zaman sekarang. Makcik-makcik yang lain mengangguk-angguk mengiyakan.
Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti tidak jauh daripada tempat makcik-makcik itu berkumpul dan berbual. Gadis genit yang membonceng turun sambil si lelakinya membantu menanggalkan topi keledarnya. Mereka berbual-bual sebentar, sesekali ketawa kecil sambil si gadis mencubit manja lengan si jejaka. Makcik-makcik hanya memerhati dari jauh. Sempat si jejaka melambai sambil tunduk hormat pada emak si gadis sebelum berlalu pergi.
"Anak perempuan kamu tu Eton? " tanya Cik Timah. Makcik Eton mengangguk-angguk sambil tersenyum-senyum.
"Rapat benar dengan budak lelaki tu aku tengok? Sporting benar pulak kamu pun. Mengapa tak dinikahkan saja diaorg? Anak kau pun dah habis belajar kan?"
"Ish..biarlah dulu dia org berkawan Timah.. Biar serasi betul-betul dulu, duit pun belum cukup lagi tu. Aku ingat nak buat majlis kahwin dia org besar-besar nanti. Maklumlah Milah tu je lah anak perempuan aku sorang"
Semasa awal-awal minta keizinan emak untuk menikah, emak membantah. Katanya saya masih muda amat, belum cukup matang untuk melalui alam rumahtangga. Tapi bukankah emak dulu pun berkahwin dengan abah semasa seusia dengan saya sekarang? Kata emak saya tak boleh bandingkan dahulu dan sekarang. Dahulu lain..sekarang lain. Kalau dahulu gadis seusia saya hanya belajar hingga tamat sekolah, kemudian duduk di rumah menunggu pinangan. Gadis zaman sekarang sudah panjang langkah, belajar pun sudah lebih tinggi jadi umur seperti saya ini masih perlu tumpu perhatian pada pelajaran dan jangan sibuk mahu berumah tangga. Tapi emak.. benar zaman dan keadaannya berbeza tapi fitrah manusia tetap sama kan? Fitrah manusia ingin berpasangan dan berteman. Dan Islam memberi penyelesaian untuk menyalurkan fitrah ini, melalui pernikahan. Pernikahan itu menjaga kehormatan diri.. menjauhkan perbuatan zina dan mukadimahnya.
Tetapi bercinta sebagai pra-syarat perkahwinan suatu kemestian yang sudah diterima sosial. Masyarakat sekeliling lebih pelik dan bising bila budak berumur 21 tahun seperti saya menyatakan hasrat mahu berumah tangga. Tetapi mereka melihat pemuda-pemudi seusia saya sesuka hati berpegangan tangan dan berpelukan tanpa sebarang ikatan itu sebagai biasa-biasa saja. Itu lebih normal pada pandangan mereka. Dunia sekarang sudah terbalik. Alasan mahu menjaga diri dan hati tidak cukup untuk menutup mulut orang-orang sekeliling. Apatah lagi kalau saya menjawab, saya berkahwin kerana mahu melajukan lagi kerja dakwah saya. Mahu juga nanti saya digelar extremis. Kadang-kadang ada juga saya goyah bila diasak dengan kata-kata orang. Namun kembali saya mengingatkan diri tentang tujuan asal perkahwinan saya. Akhirnya saya berkeputusan untuk diam saja...
Waah.. panjang pula bebelan saya kali ini. Luahan perasaan setelah sekian lama saya pendam sendiri-sendiri. Lagi pun sudah lama benar tak update blog yang kata Encik Kambing makin tak lawa ini. Permisi dulu ya.. mak ajak ke kedai beli bunga telur pula. Haih.. baru saya tahu telur yang selama ini sy fikir dari ayam itu datangnya dari pokok berbunga renda warna-warni kuikui!

------------------------ iklan sekejap ----------------------------

----------------------------- iklan tamat ------------------------------

4 kopi panas..:
assalamualikum....
saye dapat address blog awak nie dari Nash. Sempat baca satu cerita jer dulu... seronok pulak baca penulisan awak. Nanti saya letak link bog awak kat blog saye ye...
Gee candidsyndicate
http://lavasoul.blogspot.com/
:)
begitulah keadaannya... bagi yang kahwin seberang laut, memang simple sesimple simplenye...
huhu...kalu centu nak kawen seberang laut gak!bleh ke?ok yana?:P haha moga Allah mudahkan yana!fi amanillah
i truly agree with your post pasal nak kahwin tu. Sbb im thinking of settling down next yr, im 23 this yr, so shud be mcm dah ok, sbb next yr dah grad and dah mula kerja. Kerja kerja kahwin memang xnk grand sgt, yg penting family dan kwn kwn rapat perlu ada. yang lain lain tu saya xberapa kisah. Tapi ramai kawan kawan yang tak setuju katanya usia itu terlalu muda untuk berkahwin, dan sepatutnya saya kerja dahulu dan ada kerjaya sendiri sebelum kahwin.
But, my justification to get married early is to elakkan dari buat maksiat hehe hope the parental unit will buy it =)
Catat Ulasan