Assalamualaikum..
Pulang daripada perjalanan yang agak jauh. Masih belum hilang penat sudah berkejar ke rumah jiran di Deyne Avenue bagi menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok. Tergerak hati mahu menyemak bil telefon untuk bulan ini. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. saya mengeluh panjang saat melihat helaian bil di laman internet. Tidak saya sangka access number yang menurut kata rakan-rakan saya itu tidak akan dibilkan itu rupanya selama ini dicas. Air mata saya menitis. Sungguh saya mengalami kesempitan wang akhir-akhir ni. Bila melihatkan angka-angka itu saya rasa sungguh terbeban dan tertekan. Mana lagi mahu korek duit untuk membayar bil itu?
Syaitan itu licik.. saat fikiran kita celaru ini, segera dibisikkan buruk sangka kepada Allah. (ntah-ntah syaitan tak terlibat pun..saya yang perasan sendiri2 digoda syaitan). Panggilan-panggilan telefon saya itu bukan untuk kemaksiatan tetapi untuk menunaikan tanggungjawab dan hak untuk mereka yang berada jauh di mata? Mengapa ini balasannya? Astaghfirullah.. sungguh saya mohon ampun dari Allah. Mungkin ini sebenarnya teguran dari Allah juga. Benar panggilan yang saya lakukan itu bukan maksiat malah ibadah, tetapi sejauh mana saya mengawal diri dan menjaga masa, itu yang menjadi persoalannnya sekarang. Islam menyarankan umatnya bersederhana dalam serba serbi aspek kehidupan dan amalan. Bukankah ini tandanya saya sudah berlebih-lebihan? Allah masih sayangkan saya maka dengan perhatianNya itu Dia menegur saya. Walau payah dan pahit tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya lebih beringat di kemudian hari.
Allah itu juga Maha Pemurah... disampaikan kepada saya kasih sayangNya dengan dikurniakan orang-orang yang amat menyayangi saya disekeliling saya. Alhamdulillah... dalam kecelaruan dan ngongoi tangis saya itu sentiasa ada sahabat yang menenangkan malah cuba membantu (kalian tahu kalian siapa). Tidak lupa pada si dia yang masih dengan tenang dan sabar memujuk tangis saya (walaupun saya mengejutkannya dari lena tidurnya jam 3 pagi). Saya hanya menghitung nikmat yang hilang sedang saya lupa melihat nikmat lain yang melimpah ruah di sekeliling saya, yang secara relatifnya tidak ternilai dengan wang ringgit yang terbang melayang itu...."Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?" Umar menangis kerana tidak datang ujian sedang saya ini menangis dengan ujian yang amat kecil ini.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aeIbad)
Kamu tahu semut? Semut kalau tidak bersayap dia duduk diam di celah batu, di celah dinding atau di mana saja yang selamat dari ancaman bahaya. Tetapi bila sudah bersayap, semut-semut itu tadi menjadi kelkatu. Lalu kelkatu ini terbang-terbang cuba melawan api. Dan akhirnya dia terbinasa dengan panasnya api itu. Manusia pun ada yang begitu. Ada yang apabila mendapat nikmat Allah, fikir dirinya sudah cukup hebat untuk mengingkari perintah Allah. Lalu tidakkah nanti sudahnya mereka ini seperti semut yang diterbangkan dengan dua sayap itu?
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi)
Jangan selalu kita sangka dengan nikmat yang kita kecapi, bermakna Allah sentiasa redha dengan kita. Mungkin juga nikmat itu diberikan hanya untuk meguji sejauh mana bersyukurnya kita. Teringat analogi yang pernah dibincangkan lewat pertemuan halaqah yang lepas. Bayangkan seorang ibu yang anaknya selalu merengek-rengek minta dibelikan gula-gula. Selagi tidak dibelikan selagi itu si ibu memujuk dengan penuh perhatian pada si anak supaya reda amuknya. Tetapi apabila anak itu masih tidak berhenti menangis, si ibu yang sudah jemu mendengar tangisan si anak lantas menurut sahaja kemahuan si anak "Ambil gula-gula ini. Pergi main jauh-jauh" kata si ibu. Anak yang gembira dengan sedikit nikmat manisnya gula-gula itu lalu berlalu pergi dengan gembira tanpa menyedari bahawa lakunya tadi melukakan hati si ibu.
Faham atau tidak analogi itu? Kalau tidak faham abaikan saja. Nanti saya cuba fikirkan analogi lain yang kamu boleh fahamkan. Pokok utamanya di sini adalah tidak perlu kita berpening berfikir kenapa orang yang hidupnya bergelumang maksiat masih mampu hidup mewah dan bersenang lenang sedang orang yang siang malamnya beribadah tidak mampu hidup sebegitu. (Ada kupasan menarik tentang ini oleh Maududi dalam buku Dasar-Dasar Islam.. nanti saya kongsikan dalam entry yang lain ) Sepatutnya kita tiada hak dan tidak perlu untuk mempertikaikan mengapa ini dan mengapa itu kerana tugas kita hanyalah mencari keredhaan Allah. Untuk apa hidup tanpa keredhaanNya kan?
Kalau kita sedang berbahagia dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kita, marilah kita duduk sebentar dan beriman sejenak (ijlis bina nu'min sa'ah). Adakah nikmat-nikmat itu kerana Allah redha kepada kita atau sebaliknya? Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan tetapi ditunjukkannya sejarah kaum-kaum terdahulu sebagai contoh. Firaun yang dengan nikmat kesihatannya dan umur yang panjang itu akhirnya merasakan dirinya cukup besar untuk mengaku sebagai Tuhan, akhirnya dibinasakan. Si Namrud yang merasakan dirinya cukup hebat lalu cuba membakar Ibrahim akhirnya mati dengan seekor nyamuk yang masuk ke hidungnya. Dan tidak lupa si Qarun yang memiliki bergudang harta yang akhirnya ditenggelamkan bersamanya. Semuanya telah ditunjukkan dengan jelas oleh Allah, maka terpulang kepada kita mahu mengambil pengajaran atau tidak. Tepuk dada tanya iman...
"Dan sungguh akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi ridak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah" (Al-A'raf:179)
~credit to my dear ukhti... thanx for forwarding the article. It helps me to go through this. jazakillah khayr..~

9 kopi panas..:
may Allah keep our imaan strong, and our hearts bonded insyaALLAH... =)
Fulltime Musafirah
Salam Yana..
Huhu..saya pun gunakan No Noodle..tapi Alhamdulillah tak kena charge lagik, tapi rasanya lepas nih mungkin saya beralih ke Voip semula, lebih menjimatkan & reliable, huhu..
Anyway, jangan risau, awak tak keseorangan, bil telefon saya jugak melambung tinggi bulan nih, rasanya 3x ganda bil biasa..mula-mula tengok, tersenyap seketika, dok terfikir,duit untuk bayar memang ada, tapi lepas nih mcm mana, sesaklah saya!..tapi, saya rasa mcm biasa saja,keadaan jadik mcm tuh sebab free minutes saya habis 2 minggu lebih awal disebabkan hari raya, & in the same time saya ada banyak urusan yaang memerlukan saya telefon Malaysia, dan mic saya pulak rosak, takleh guna Voip, terpaksalah hentam saja line yg dah habis free minutes tuh..
takperlah, duit itu hak Allah, Allah yang kasik jugak duit tuh,kita gunakan duit itu jugak untuk menunaikan tanggungjawab kita, menjaga hubungan dengan keluarga, dengan rakan..kita gunakan duit tuh untuk buat benda yang Allah suruh, untuk memelihara hak-hak Allah..maka insya-Allah Dia akan memelihara kita jugak, selalunya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka..
Anyway, our life is based on 2 elements : Syariatullah dan Sunnatullah..memanglah nak gunakan telefon tuh menghubungi keluarga sebab nak nak ikut syariatullah, merapatkan hubungan dengan keluarga,tapi sunnatullah dah menetapkan, kalau dah guna lebih atau no tuh charged, memanglah kena bayar extra, huhu!..Marilah kita beralih kepada Voip!..
salam yana,
tak try ke skype ataupun voip? murah sket...huhhuhu..
truskan menulis ... =)
saya yg sekrang takde masa nak menulis...huhuhh
salam...
hurm rata2 di sini gunakan noodle. tapi hanya pada carphonewarehouse user. kalau beli dr tempat lain, mmg dicharge. lagi satu, kalau telefon hp weekend, mmg tak dikira dlm free minutes.
Wallahu'alam
salaam
...kawan sy guna yg carphone warehouse gak..kene charge jugak,,, jadik rasanya semua baik check balik bill masing2 sblm proceed.
Ain
owh.. org yg kena charge, depa call blk o2.. and tunjuk prove, sbb kat website o2 kata number 07++++ tak kena charge.. sbb tak boleh la o2 buat begitu kan, kawan sy dh berbulan2 pakai number noodle, tak pernah dicharge.. so bila call, ktrg suruh jugak diorg semak bil kawan2 yg tak kena charge tu..
allahu'alam...
owh nak tambah lagi, tahu kan akaun virtual tu perlu sentiasa di topup.. cara agak complicated, tp ada pd website dia. kalau balance 0.00, mmg akan dicharge..
~10 sen dr Cardiff~
boleh jadi jugak yang ini cuma satu ujian dari Allah..cuba bayangkan kalau takder bill tu kan,pasti la kita rasa senangnyer nak tunaikan tanggungjawab kepada mereka yang berada di kejauhan tu.. boleh jadi Allah nak uji, kalau la it will cost you a lot to do that, will you still do it, or will you give up on it..?? pasal duit, though its hard, kena yakin yang Allah yang jaga rezeki kita.. sangat susah sebenarnyer, especially time kesempitan duit ni, tapi..yeah..mujahadah la kut..
because i've been through the same situation for the same reason too.. tapi, moga2 duit yang kita guna untuk bayar bill tu, yang menyebabkan sampai kita 'kering' tu..adalah sumbangan harta kita di jalan Allah, and berdoalah moga ianya diterima sebagai ibadah oleh Allah..insya-Allah.. all the best to you..
p/s: maaf, izinkan saya kekal sbg anonymous.
knock knock..
Salaam...
ade orang tak?
Catat Ulasan