- Jumlah korban penduduk Gaza mencecah 879 orang dengan kira-kira 3,700 orang dilaporkan cedera. Sumber bantuan perubatan melaporkan 24 pejuang Palestine terkorban dalam pertempuran sengit dengan militan Israel pada hari Ahad ini. Tentera Israel masih lagi kekal di penjuru utara dan timur Gaza dan masih lagi belum dapar mara ke bandar Gaza sementara kereta kebal Israel yang cuba menebusi dari selatan Gaza terpaksa berundur semula dalam siri serangan ke atas Palestine Fasa Kedua. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city) UN mengesahkan satu pertiga daripada angka yang terbunuh ialah kanak-kanan. (PressTV)
- Perdana Menteri Israel bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa militan Israel semakin menghampiri objektif menghapuskan kemampuan serangan roket Hamas. Israel tidak akan meneruskan fasa seterusnya dalam serangan mereka selagi belum menyekat kemasukan senjata dan roket ke dalam Palestine dari Mesir kerana dibimbangi militan Zionist akan tewas disebabkan kelebihan Hamas atas faktor Geografi bumi Gaza. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city)
- Kumpulan kemanusian menggesa Israel menghentikan penggunaan 'white phosphorus' sebagai senjata dalam operasi militannya terhadap kawasan berkepadatan tinggi di Semenanjung Gaza. Pemerhati mengatakan penggunaan bahan kimian itu mampu menyebabkan kesan teruk pada daging dan tulang manusia juga dikatakan mampu mencarikan logam.(Video Al-Jazeera: Israel Using 'White Phosphorus')
- Penjuang Hamas menumpukan serangan kepada jet pejuang dan kereta kebal Israel dengan melancarkan 'anti-aircraft missile' buat kali pertama sejak serangan mereka terhadap Hamas bermula. Hamas juga dilaporkan turut melancarkan 'anti-tank missile' menyekat kemaraan tentera Israel.(PressTV)
- Rakyat Malaysia di gesa agar tidak menyalurkan bantuan kewangan ke kedutaan Palestine di Malaysia kerana dikhuatiri bantuan tidak akan sampai ke rakyat Palestine disebabkan hubungan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas dengan tentera Israel.(Palestinekini)
- Protes kepada serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza kini bukan sahaja di berbagai-bagai negara di seluruh dunia, malah turut berlaku di Israel sendiri. Seribu penunjuk perasaan Israel daripada pertubuhan Peace Now dan parti sayap kiri Meretz membuat bantahan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Israel. Bantahan dibuat kerana peperangan yang dicetuskan oleh Israel bukan sahaja meragut beribu-ribu nyawa rakyat Palestine, malah turut menyebabkan kebimbangan dan ancaman kepada penduduk Israel sendiri.(PressTV)
0 kopi panas..:
Catat Ulasan