.....

Salam

Kali terakhir saya menulis adalah ketika hari lahir Muhammad yang lepas. Sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. Sudah kembali menjadi seorang pelajar untuk tempoh tiga bulan ini di Kuantan. Bermula Januari yang lepas hingga insyaAllah bulan Mac nanti. Diikuti dengan 3 bulan internship dengan mana-mana syarikat yang berkenaan. Untuk yang mahu tahu dgn lebih lanjut apa yang sedang saya lakukan sekarang, boleh klik laman web ini (klik sini). Untuk yang malas membaca lanjut, cukup saya katakan saya sedang menyertai Biotechnology Enterpreneurship Special Training (BEST) Program. Alhamdulillah walaupun gajinya sedikit, tapi paling kurang saya tidak lagi menganggur. Paling kurang setiap hari ada saja pengetahuan baru yang boleh ditimba. Dalam pada itu saya masih lagi berusaha mencari kerja yang tetap.

Alhamdulillah saya tidak lagi menganggur. Sejak hampir 2 bulan yang lepas Allah mengurniakan saya dengan tanggungjawab yang baru. Alhamdulillah mereka berempat kesemuanya. Walaupun sekarang saya tinggal bersama ibu di Kuantan, setiap hujung minggu saya tetap akan pulang ke rumah di Kerteh untuk duduk walau seketika bersama mereka. Saya rasakan hidup saya kembali bermakna. Saya rasakan hidup saya kembali bermakna apabila saya kembali memberi. Sebelum ini saya seperti beku. Pernah suatu hari adik perempuan saya bertanya ketika dia tinggal bersama kami lewat musim cuti persekolahan yang lepas,

"Kak Chik, awak bawak-bawak usrah ni dapat duit ke Kak Chik?"
"Huhu... kenapa awak tanye?"
"Takdelah tengok awak macam bersungguh-sungguh telefon org sana-sini ajak pergi usrah. Orang ingatkan makin ramai orang join usrah awak, mesti makin banyak awak dapat duit"

Saya tersenyum saja. Dalam hati terasa lucu. Ketika itu juga musim cuti universiti-universiti di Malaysia. Saya sibuk menghubungi adik-adik yang dipertanggungjawabkan kepada saya sepanjang tempoh mereka bercuti di kampung halaman. Suatu yang biasa saya lakukan saban tahun. Tapi mungkin kelihatan ganjil di mata adik saya ini.

"Mana ada dapat duitlaaah... dapat pahala insyaAllah" jawab saya pada adik.
"Hoo.. hehe. Orang ingatkan awak buat business yang kumpul-kumpul orang lepas tu dapat duit tuh" katanya tersengih-sengih.



Saya faham apa yang dia cuba maksudkan. Mungkin di dalam kepalanya terbayangkan perniagaan MLM atau skim cepat kaya. Bersungguh-sungguh mengumpulkan ahli di bawah mereka untuk menambahkan pendapatan.

Gelombang hidup kebendaan sungguh telah menenggelamkan kita... menjadikan segala apa yang dilakukan perlu ada natijah materialisme di akhirnya. Suatu mindset yang sudah sekian lama bersarang dalam minda generasi Islam sejak perang pemikiran diletuskan Barat. Tiada batasan dalam semua perkara. Manusia berpusu-pusu merebut kelazatan dunia, mempelbagaikan kenikmatan, marombak tabi'e alam dari undang-undangnya, memuaskan syahwat perut, menghancurkan jasad dan akal.

Masih banyak tugas kita...

6 kopi panas..:

Feeq berkata...

yupp..kejar akhirat..dunia akan dtg..

anak ayah jgk berkata...

so ur abah dikira materialistic ke bertanye soalan mcm tu.sy rs khadeeja terlalu sibuk mcari ketenangan diri dan org lain tp terlepas pandang keluarga sdn..sepatutnya khadeeja sibuk mbaiki taraf hidup mak dn abah dulu.bukan material tp utk survival mereka..bukankah itu lebih berkat dan lagi byk pahala..supaya mereka pn dpt beramal ibadat dgn lebih sempurna lg.btw don't u think its payback time? sekadar menegur apa yg dirasa.wallahualam.

Unknown berkata...

To anak ayah jgk...

Salam... wahai 'anak ayah jgk' jangan terburu-buru membaca... Tak ada sepicing pun ayat yang saya tulis mengatakan ayah saya materialistik. Berkenaan perenggan terakhir itu ialah petikan dari buku Muqadimah Zilal karangan Syed Qutb... bukan saya tulis ikut nafsu dan akal sendiri. Dari cara menulis... 'anak ayah jgk' nih macam kenal jek saya eh? 'anak ayah jgk' memang dah habis kaji ke tentang hidup saya hingga sampai boleh judge saya tak bantu mak ayah. Sungguh... mereka antara insan yang paling utama dalam hidup saya dan saya akan lakukan apa saja semampu saya untuk membela hidup mereka hingga akhir hayat insyaAllah. Itu pun tak mampu nak balas jasa mereka selama ni pada saya. Apa yang saya lakukan untuk mereka? Yang itu saya simpan antara saya dengan Allah... tak perlu ditunjuk pada umum bukan? Kalau tidak mana datangnya ikhlas. Terima kasih 'anak ayah jgk'! Jemputlah jenguk blog ni lagi... Wassalam

Unknown berkata...

Owh...

Btw... bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh merosakkan hubungan saya dan ibu bapa saya kerana ada orang yang buru-buru baca seperti anda, saya dah padam perenggan cerita itu.. Semoga dengan terpadam tak mengubah maksud entry spt yg sy inginkan...wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam khadeeja,
Alhamdulillah sejuk hati sy medengar.
but the perenggan was written in relation to what ur fathr had said..tok gitu.Anda tidak perlu begitu deffensive sekiranya anda betul. Maaf sekiranya sy telah menganggu ketenteraman anda sebentr. Wassalam.
Anak ayah jgk.

Unknown berkata...

Salam anak ayah jugak...

In truth, the paragraph actually mentioning about the generation today and yes... that would be including you and me. (Anyway I could not see why you did not relate it with what my sister said either as I think what I wrote between me and my sister is even in greater deal)I wouldn't be so defensive if you are not sounding so accusing. Anyway thank you for dropping by again. Tak menganggu ketenteraman pun... Wassalam.