Hidup seorang instruktur

Penghawa dingin masih tidak berfungsi seperti yang sepatutnya walaupun sudah dua kali juruteknik datang merawatnya... Biarlah... Saya sudah malas mahu ke sana ke mari mengisi borang laporan kerosakan atau membuat panggilan ke jabatan berkaitan. Kipas meja kelabu, hadiah perkahwinan kami, saya bawa ke pejabat dan dihalakan terus ke muka. Walau tidak senyaman penghawa dingin, tapi cukuplah untuk menghalau kepanasan. Alhamdulillah....

Hari ini rancangnya mahu menyiapkan dokumen dan rekod berkaitan setiap alatan di makmal yang sekian lama tergendala kerana dari hari ke hari saya lupa membawa kamera untuk mengambil gambar alatan tersebut. Hari ini akhirnya sudah bawa kamera! Ya, satu kejayaan di situ. Tapiiiiiii..... lupa pula bawa wayar sambungan untuk meng'upload' gambar ke komputer. Desktop ini pula tidak punya SD card slot...haih...

Saya gagahkan juga diri ke makmal yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya. Ambil beberapa gambar berkaitan. Lihat keliling makmal. Semaknya! Tiba-tiba semangat kerajinan merasuk ke dalam diri. Lalu satu makmal saya kemas sehingga licin berkilat (memang betul-betul licin berkilat sebab saya siap lapkan work bench dengan kain basah untuk buang habuk yang tebal macam kamus!). Susun glassware dan alatan dalam almari yang ditetapkan.

"Comelnya laaaaab!" kata Hadi, rakan instruktur yang menjenguk.

"Ini namanya lab orang perempuan," kata saya.

Hadi tersengih sebelum meninggalkan saya sendirian semula. Siap mengemas saya pusing-pusing bangunan mencari makcik tukang sapu untuk minta pinjam penyapu. Tak jumpa. Hanya jumpa adik tukang sapu yang comel. Baru berumur 19 tahun, namanya Yana. (sempat lagi berkenalankan...). Tiba-tiba semangat kerajinan hilang begitu sahaja. Lalu minta tolong adik Yana untuk menyudahkan tugas menyapu. Adik Yana senyum. Saya ucap terima kasih.

Balik ke bilik. Duduk semula di kerusi biru yang boleh pusing-pusing ini. Nampak kuih temosa dalam plastik kuning yang dibeli masa sarapan dengan Muhammad pagi tadi. Tiba-tiba lapar. Tapi menahan diri dari mencapai temosa kerana sepatutnya kuih itu di simpan untuk ganti makan tengah hari. (Hari ini konon-konon mahu mula diet). Tapi temosa terus menggoda dan saya kalah dengan godaannya. Maka dua biji temosa selamat masuk ke perut. Tengok jam, dah pukul 12. Owh kire betullah saya makan tengah hari sebab memang sedang tengah hari. Ada sebijik lagi kuih mengintai dari balik plastik. Pulut sira dengan kelapa. Saya makan lagi sampai habis... Burpppp.. kenyang alhamdulillah.

Buka blog. Baca-baca blog orang. Sedang menulis entry ini. Muhammad telefon. mengingatkan saya untuk ambil cuti Rabu dan Khamis ini sambil menyarankan saya pergi pinjam laptop siapa-siapa yang ada SD card. Bernas juga idea Muhammad tersebut.
Sebelum beredar mencari mangsa untuk di hijack laptopnya, saya nak meletakkan hadiah impian untuk hari jadi yang bakal menjelang lebih kurang sebulan empat hari dari sekarang. Eh tapi, kalau sebut sekarang macam awal sangat nanti semua orang lupa, ye tak? Takpe nanti semakin hampir harinya saya ingatkan sekali lagi. Saya beritahu awal-awal supaya sesiapa yang nak menunaikan impian hari jadi saya ini mempunyai cukup masa untuk mengumpul wang bagi membeli hadiah hari jadi saya. Baikkan hati saya?

Baiklah, untuk hari jadi tahun ini saya amat menginginkan ini! jeng...jeng...jeng!

Cool bukan? Kenapa dia cool? Sebabnya dia ada 15 in 1: Al-Qur’an terjemahan Per Kata, Tajwid Sistem Quantum Reading Qur’an, Panduan Hukum Tajwid, VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur’an, Tafsir Al-Muyassar, Asbabunnuzul, Doa-doa dalam Al-Qur’an, Mukjizat Al-Qur’an, Indeks Al-Qur’an, Atlas Al-Qur’an, Kisah Para Nabi dalam Al-Qur’an, Dzikir Al-Ma’surat, Intisari Ayat, Links to Related Articles. Mesti aktiviti usrah saya akan jadi lebih riang gembira dan informatif dengan hadirnya tafsir ini dalam hidup saya. Jadi, untuk sesiapa yang nak hadiahkan saya tafsir ini, kalau tak tahu nak cari di mana, boleh beli online di laman web ini. Harga dia Rp 296,000, saya dah tolong convertkan ke mata wang Malaysia (baik kan hati saya?). Murah saja, harganya RM 97. Tak perlu beli sekarang pun tak apa. Ingat, hari jadi saya lagi sebulan 4 hari. Anda ada baaanyak masa lagi. hehe!


notakaki: Oh tiba-tiba menjadi emo melihat pelajar menggunakan lab pada hari ini, masa lab tu semak takde pula orang guna bila dah kemas baru nak guna. huk! T_T. Lalu buat muka garang dan jenguk kepala di lab lalu memberi nasihat (read: amaran) supaya mereka mengemas semula seperti sediakala ketika sebelum mereka menggunakan.

notatangan: kenapa hari ni saya tulis entry spesis bangun tidur minum kopi ni? sigh.... I need tazkiyah...






1 kopi panas..:

Mengkuang berduri berkata...

Mmg lab kat sini semak.... susah ar nak cari pengganti Yana yang rajin nih...