Salam..
Rasa macam bertanggungjawab pula mengupdate blog walhal tak ada sesiapa yang suruh. Huhu! Mungkin kerana terfikir, catatan minggu-minggu terakhir kelahiran ini akan disimpan sebagai kenangan apabila si kecil sudah dilahirkan nanti. Saya tentunya akan merindukan saat-saat ini. Atau sebagai ingatan pada diri sendiri apabila suatu hari nanti kegeraman tengok si kecil sudah pandai menakal panjat sana sini, yang dulunya saya sendiri tidak sabar menanti kelahirannya. Yang kalau dia duduk diam sangat, baik-baik saja dalam perut mulalah saya risau lalu membuat seribu satu cara untuk merasa tendangan dan gerakan beliau. (lalu di marah oleh Ayah beliau kerana menganggu ketenteraman anak beliau yang mungkin sedang tidur di dalam perut) Atau mungkin catatan ini akan dibaca sendiri oleh si kecil apabila dia sudah mula pandai membaca dan memahami. (Harapnya blogspot masih wujud ketika itu, kalau tidak pening kepala Ibu nak fikir macam mana nak simpan semua entry-entry kat sini...oh!)
Minggu ke 37 dihadapi dengan tabah. Di pejabat sudah kebosanan sampai mahu pengsan kerana langsung tak ada kerja mahu dilakukan setiap hari. Maka duduk saja di meja sambil berpura-pura sibuk mengadap komputer walhal sedang membaca website-website tentang pregnancy sahaja. Nak buat macam mana, siapalah yang sanggup beri tugas kepada wanita yang sarat mengandung ini? Mungkin kerana kasihan melihat dirinya yang sudah tidak larat membawa diri sendiri atau tidak sanggup kerja terbengkalai di pertengahan jalan kerana tiba-tiba cuti bersalin pula nanti. Maka baiklah saya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu menghadapi saat-saat kelahiran daripada saya membuang masa begitu saja, bukankah begitu?
Pelvic pain sudah semakin berkurangan walaupun masih bersisa. Mungkin tulang temulang di situ sudah terbiasa dengan perubahan bentuknya yang terbaru dan sudah dapat menerima kenyataan. Cuma kepenatan saja yang melampau-lampau sepulangnya dari tempat kerja, maka harus tidur sebaik sahaja nampak katil. Rumah usah dikatalah, sungguh tidak cantik di pandang mata. Hanya mampu meminta maaf saja dari si suami yang hanya tersenyum penuh memahami.
Seperti biasa, antenatal check-up cukup dinanti. Tiba-tiba Encik Suami ada tugas di KL pada hari yang dijanjikan untuk bertemu doktor. Maka merajuk sehari semalaman. Nekad nak pergi check-up sorang-sorang tanpa ditemani suami tetapi Encik Suami insist mahu turut serta lalu memujuk untuk tangguh sehari saja. Akhirnya akur, maka pada hari Sabtu awal-awal pagi kami sudah tercongok di klinik doktor walaupun tahu klinik hanya akan dibuka lagi sejam. Dah datang awal sejam pun giliran tetap nombor empat. Apakah?
Lalu terus ke wad bersalin kerana minggu ini doktor suruh buat CTG dulu sebelum berjumpa beliau. Baring atas katil, nurse pasang belt CTG tu. Of course sebelum datang saya sudah siap-siap membaca pelbagai literature tentang CTG dan bagaimana nak interpret grafnya. Seperti budak medic yang nak pergi clinical sahaja gayanya. Encik Suami duduk di sofa yang disediakan sambil sibuk membaca tentang CTG di telefon beliau. Lalu menyuruh Encik Suami mengambil gambar sebab tahu kalau dah real labour nanti tentu tak mampu berposing dengan comel bersama CTG belt. Malu sebentar apabila nurse masuk semasa sedang sibuk bergambar. Harap beliau memahami ke'excited' an first timer seperti kami ini.
Encik Fateh nampaknya tidak suka ada sesuatu di atas perut ibunya. Mungkin belt itu sudah menyempitkan ruang beliau di dalam. Lalu beliau menendang-nendang. Sabar ye bayi, 30 minit saja. Degupan jantung beliau kedengaran seperti derapan kuda, ranging from 110 bpm to 150 bpm. Alhamdulillah, kata doktor range yang sihat. Nurse masuk lalu membaca graph kami. Nurse tanya "Awak tak sakit ke?". Saya kata tak. Pelik pula rasanya dengan soalan Puan Nurse.
"Tak apalah nanti discuss dengan doktor ye?" Kata beliau lagi. Oh ada yang tak kena ke?
Rupanya baru tahu pada toco graph saya menunjukkan ada uterine contraction setiap 5 minit. Regular contraction. Ada yang berselang 3 minit saja antara contraction. Agaknya sebab itulah Puan Nurse ingat saya sedang dalam kesakitan. Huhu! Doktor pun tanya, ada sakit-sakit tak. Tapi saya tak rasa apa-apa. Doktor kata mungkin kerana intensity dan duration of contraction tu tak cukup lagi untuk mendatangkan kesakitan. Maka doktor rasa tak perlu check bukaan jalan. Tapi doktor kata kalau ada tanda-tanda labour, maka cepat-cepat datang hospital. Doktor suruh kerja lagi seminggu, minggu depan baru dia kasi MC. Berat si Fateh sudah mencecah lebih kurang 3 kg. Okay, genetik kegemukan Ibulah itu. Maafkan ibu ye, sayang?
Menjelang senja membawa ke malam hati berdebar-debar. Tiba-tiba mengalami sakit pinggang dan sakit di bawah perut. Apakah sudah sampai masanya? Maka emak pun sudah siap sedia kalau-kalau anaknya bersalin malam itu. Siap offer nak pergi rebus telur separuh masak. Encik Suami pun sudah bersiap siaga. Sampai pukul 2 pagi takleh tidur dengan kesakitan yang datang dan pergi. Takdelah sakit sangat pun, berdebar aje yang lebih. Entah pukul berapa tertidur, akhirnya bangun pada esok pagi dengan tiada perasaan dan tiada kesakitan. Sungguh anti-klimaks.
Berkeputusan ambil cuti. Hari Isnin mahu jumpa doktor semula. Akhirnya doktor check bukaan jalan. Doktor kata cervix masih lagi posterior dan tak dilate langsung. Rasa kecewa, boleh tak? Sebenarnya mengharap doktor berkata "Eh, awak dah 10 cm dilate ni. Teran sekarang please?" Doktor suruh buat CTG sekali lagi. CTG kali ni tak ada exact contraction pattern langsung. Seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Okay baiklah, Fateh main acah-acah jek agaknya malam tu. Kecik-kecik lagi dah ada sense of humour la anak Ibu ni... pandai die bergurau, haih!
Sekian.

1 kopi panas..:
mungkin fateh sedang main cak-cak la tu...:)
Catat Ulasan