Layar..
"Tunggu! Mahu ke mana?"
"Sambung berlayar."
"Angin sudah bertiup semulakah?"
"Belum."
"Layar sudah baiki?"
"Belum."
"Jadi?"
"Masih boleh berdayung."
"Tak mahu tunggu angin?"
"Mahu tetap arah sendiri."
"Ikut arus?"
"Mungkin ya..Mungkin tidak."
"Kalau ada angin nanti bagaimana?"
"Bersejuk saja.. baju ini jadi layar."
"Oh.. saya mahu ikut.. boleh?"
"Sanggup?"
"Mengapa tidak?"
"Bot ini kecil."
"Asal kamu sanggup terima."
"Tak takut?"
"Takut apa?"
"Sanggup bersejuk?"
"Sanggup."
"Ada bawa bekalan?"
"Sedikit.. Kamu ada bawa jugakah?"
"Mungkin tak cukup."
"Tak apalah.. kitakan saling melengkapi."
"Kalau ribut nanti mudah karam.. bot ini kecil"
"Itu semua kuasa Tuhan bukan? Sedang yang besar pun boleh karam."
"Hmm.."
"Masih ada ruang lagi?"
"Kenapa?"
"Penumpang yang lain menyusul nanti.."
Saya rindu.. amat..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 kopi panas..:
salam.menarik dan mendalam.-ace-
salam.
ana ubahsuai jd cerpen bleh?
meow~
salaam..
hehe..ummu hurayrah nak ubahsuai jadik cerpen? wah! boleh jek..saya pun teringin nak tgk how u would interpret it as a cerpen.. nnt kasik me to b the first person to read.. huhu!tak sabar nk bace! :D
Catat Ulasan