Kepala umat Islam di Malaysia, khususnya yang berbangsa Melayu dengan kefahaman tradisional terhadap agama masih lagi belum surut peningnya dengan isu-isu seperti pengharaman Yoga dan Penkid... dan kini kepeningan mereka bakal bertambah pening hingga mungkin menyebabkan kegiliaan kekal disebabkan dek 'propaganda' yang cuba dilaung-laungkan oleh puak-puak Islam liberal di Malaysia, dan 'penggerak'nya siapa lagi jika bukan puak Sister in Islam.
Tumpuan mereka bakal berlegar-legar di sekitar isu kekeluargaan, dengan himpunan 'sarjana Islam' yang pastinya ada yang ditauliahkan oleh 'universiti kafir', pastinya pendokong idea perosak Islam liberal, sedang pendapat ulama muktabar telahpun tersebar luas dalam isu-isu yang mereka laungkan.
Yang sedihnya, program anjuran mereka ini bukan sahaja mendapat sokongan kerajaan, jauh sekali untuk ditentang kerajaan, malah turut dihoskan oleh 'penasihat Perdana Menteri' berhubung isu kekeluargaan. Dan TV3 hari ini pastinya tidak segan silu untuk mempromosikan program ini dalam sembang-sembang kosong mereka di pagi hari.
Awalnya saya terus membantah program yang seumpama ini. Namun setelah berfikir semula, agaknya terlalu kurang adil jika kita terus membedil dengan mortar dan peluru berpandu, sebelum mereka sempat mengangkat senjata. Mungkin patut juga membiarkan sedikit ruang untuk mereka. Namun satu yang jelas, perhimpunan yang seumpama ini, dengan 250 'sarjana' kata mereka, semacam tiada satu motif yang jelas. Mahu dibicarakan semula fatwa-fatwa? Atau mahu 'mendidik' masyarakat tentang isu-isu itu?
Apapun, surah al-hujarat ayat 6 membawa satu pencerahan yang hebat:
Wahai orang-orang yang beriman, Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum, kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.
(dengan terjemahan yang lebih kurang begini)
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.
Semoga diampunkan juga dosaku.
Pemuda PAS, Persatuan Ulama PP bantah program anjuran SIS
Jimadie Shah Othman | Feb 13, 09 7:38pm | http://www.malaysiakini.com/news/98267
Seramai 200 sarjana Islam dari seluruh dunia akan berkumpul selama lima hari, mulai malam ini, di Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam.
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Keganasan terhadap Wanita, Dr Yakin Erturk dijadual hadir di program global mengenai kesamaan dan keadilan dalam keluarga itu.
Mesyuarat lima hari itu akan menyaksikan ulama terkemuka Islam, pengamal undang-undang dan aktivis dari 55 negara meneliti undang-undang yang mengikat, membentuk dan memberi kesan terhadap keluarga Islam. Ia dianjurkan Sisters in Islam (SIS), kumpulan penyokong hak-hak wanita dalam Islam di Malaysia.
Menurut kenyataan SIS, Penasihat khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat merupakan hos kepada program tersebut.
Bagaimanapun, program anjuran SIS itu dibantah keras oleh Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) yang mendakwa pertemuan itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam tertentu yang disepakati ulama muktabar.
Ia turut dibantah oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS pusat.
Dalam satu kenyataan hari ini, PUMPP mendakwa program itu berhasrat mempertikaikan, khususnya hukum syariah berkaitan dengan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama muktabar.
Bantahan bersama
Malah, tambahnya, ia bakal dihadiri pelbagai tokoh "liberal Islam yang dipertikaikan oleh ulama Islam muktabar" yang bertujuan "menyebarkan propaganda" kelompok tersebut.
Sehubungan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini yang dilihatnya bakal merosakkan lagi akidah umat Islam di Malaysia, seterusnya membawa perpecahan serta memberi persepsi yang salah terhadap Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangannya di Malaysia.
"PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut, seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama dalam negara seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Sementara itu, Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS pusat pula dilaporkan mendakwa, topik perbincangan dalam program itu - antaranya kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid - akan menyentuh isu-isu sensitif berkaitan Islam.
Berikutan itu, Pengerusinya, Riduan Mohd Noor menyeru NGO Islam Melayu tampil membuat bantahan bersama terhadap program tersebut.
"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," katanya dalam Harakahdaily.
SIS dalam jemputan medianya berkata, program itu akan menjadi pertemuan pertama untuk reformasi undangan-undang keluarga Islam.

0 kopi panas..:
Catat Ulasan