Assalamualaikum wmt wbt
Dalam beberapa hari ini saya cuba untuk menulis. Memandangkan sudah sekian lama saya membiarkan warung kopi ini bersarang tanpa secawan perkongsian yang baru. Tapi seringnya setiap kali sebelum menulis saya buntu. Entah. Rasa semacam satu kekosongan di tambah lagi dengan suasana dingin di kamar saya ini yang seperti memujuk diri sendiri untuk sentiasa bergulung dalam duvet saja. Astaghfirullah... banyak lagi tanggungjawab yang belum ditunaikan, masih ada masa mahu berlebih-lebihan dalam berehat-rehat... ishk!
Beberapa hari lepas salji turun selebat-lebatnya. Malah seingat saya, yang paling lebat pernah saya lihat sejak hampir 5 tahun saya di bumi peti sejuk ini. Manakan tidak, it is the heaviest snowfall in England for 18 years!. Subhanallah sungguh indah. Salji turun sepanjang hari.... alhamdulillah di semester terakhir, tahun terakhir (insyaAllah) saya di bumi peti sejuk ini, Allah beri peluang untuk betul-betul merasai salji yang memutih di hadapan pintu rumah. Sehinggakan saya yang jarang teruja dengan salji yang memutih ini pun, subuh-subuh lagi sudah keluar dari rumah bermain salji bersama rakan serumah (menceroboh laman sekolah Xavier di sebelah rumah kami...he he!) sehinggalah matahari menampakkan wajahnya. Itupun setelah tangan dan kaki sudah kebas kerana terlalu sejuk.
Kalau kita di sini, selepas berseronok ber 'snowfight', membina 'snowman' dan selepas puas bersejuk-sejuk dalam kedinginan salji, kita sentiasa ada pilihan untuk kembali dalam kehangatan rumah masing-masing. Duduk di hadapan pendiang sambil menikmati minuman panas. Atau seperti yang saya katakan tadi, dalam bilik yang tidaklah sesejuk mana ini, kita tanpa rasa bersalah menggulung diri di dalam duvet tebal masing-masing sehingga tertidur entah berapa jam tambahan pula di awal-awal semester baru ini bila masing-masing belum sibuk dengan kerja kuliah. Tapi pernahkah kita terfikir ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adik kita di Gaza sana yang entah ketika ini sedang bersejukan kerana tiada tempat berteduh? Mereka tiada pilihan seperti kita, bukan saja untuk memanaskan tubuh yang kesejukan malah untuk mengisi perut pun jauh di luar kemampuan. Pernahkah terfikir tentang setiap butir-butir nasi yang tidak mampu kita habiskan kerana sudah terlalu kekenyangan, adalah seperti butir-butir air mata saudara kita di sana yang menitis kerana kelaparan.
Siang tadi saya dan rakan-rakan menghadiri Emergency General Meeting di Student Union kampus kami tentang krisis di Gaza ini. Perkumpulan hari ini sepatutnya untuk membuktikan sokongan pelajar kampus untuk memastikan pihak atasan universiti terlibat secara aktif untuk membantu saudara-saudara yang tertindas di Palestine dengan menggunakan kredibilitinya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang disegani bukan saja di Britain malah mungkin di peringkat global. Seawal jam satu apabila pintu dibuka, pelajar sudah berpusu-pusu masuk. Malang nasib kami, dengan karenah birokrasi, pengundian untuk menyokong cadangan membantu Gaza tidak dapat dijalankan seperti sepatutnya. Atas alasan tidak cukup bilangan yang sepatutnya (500 kerusi) untuk memastikan perkumpulan hari ini mewakili suara persatuan pelajar di kampus Manchester ini. Manakan tidak, sebahagian pelajar terkunci di luar dewan dan tidak dapat masuk memenuhkan kerusi yang kosong yang khabarnya hanya berbaki tiga saja lagi. Entah kenapa waktu untuk pelajar memenuhi kerusi ditetapkan pada jam 1.30 petang sedang pihak universiti sendiri sedia maklum kebanyakan pelajar tamat kelas jam 1. Dan korum yang biasanya hanya memerlukan 300 orang untuk memastikan pengundian boleh dijalankan ditambah kali ini menjadi 500!
Penggerak aktivis Palestine lantas mengajak kami menjajah bangunan pentadbiran universiti untuk memastikan suara kami didengari oleh pihak atasan universiti. Bukan sahaja permintaan kali ini tidak didengari malah keputusan perjumpaan pelajar dua tahun lepas untuk memberi biasiswa penuh kepada beberapa pelajar Palestine dan rancangan 'twinning programme' dengan Universiti An-Najah di West Bank juga sehingga ke hari ini tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Pelajar memenuhi sepanjang koridor dihadapan bilik Vice Chancellor (VC) universiti, meminta beliau sendiri keluar untuk mendengar tuntutan kami bagi Gaza. Jauh di sudut hati saya merasa terharu dengan betapa bersungguhnya mereka ini memperjuangkan ketidak adilan yang berlaku di Gaza. Mereka tidak semuanya Muslim, tetapi turut mengutuk tindakan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Malah mereka merancang untuk terus berkampung di koridor itu sehingga pihak universiti mendengar dan menerima tuntutan kesatuan pelajar. Krisis di Gaza bukan hanya krisis agama tetapi krisis yang mengancam hak asasi manusia yang wajar dikutuk oleh sesiapa sahaja yang waras fikirannya.
Kira-kira sejam selepas kami memasuki bangunan pentadbiran, barulah VC muncul setelah permintaannya untuk bertemu dengan hanya beberapa orang wakil pelajar saja di biliknya ditolak kerana kami ingin turut serta dalam perbincangan. Satu demi satu tuntutan yang telah kami senaraikan di sebut untuk mendengar reaksi pertama beliau sendiri sebagai wakil pentadbiran universiti. Tapi jawapannya seperti yang saya jangka tentulah mengecewakan. Semua tuntutan menurutnya tidak mungkin dapat dilaksanakan atas alasan birokrasi dan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan, tidak dapat terlibat dengan kegiatan seumpama ini yang boleh mengancam kedudukan universiti.
(walau dah di tahun akhir universiti oh..oh!)
Akhirnya saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk pulang saja walau sebahagian besar yang ada di situ berkeputusan untuk berkampung di koridor itu sehingga pihak universiti bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan. Bukan tidak sanggup untuk berkorban bersama mereka menunjukkan solidariti untuk Palestine tetapi kami rasakan tindakan itu tidak akan membawa isu ini ke mana-mana kerana VC telah menyatakan keputusannya. Walau selama mana pun kami menjajah bangunan itu, mereka akan masih tetap dengan keputusan itu dan sesuatu perlu dilakukan dan lambat laun apabila keadaan semakin mendesak, tindakan undang-undang pula akan diambil kerana mereka ada kuasa. Sesuatu perlu dilakukan terhadap tuntutan itu bagi memastikan ia diterima oleh pihak universiti.
Sejak penyerangan Israel terhadap semenanjung Gaza dilancarkan pada 27 Disember yang lepas, saya sering tertanya-tanya terhadap diri sendiri apakah yang mampu saya sendiri lakukan untuk membantu saudara di Palestine. Bantu yang saya maksudkan ialah bantuan yang benar-benar membantu! Seorang sahabat saya sendiri sangat aktif berdemonstrasi setiap hari walaupun di musim peperiksaan ketika itu. Malah ada di antaranya yang sanggup turun ke London saban minggu bagi menyertai perhimpunan besar-besaran di sana. Saya sendiri? Hanya beberapa siri demonstrasi saja yang sempat saya sertai di bandar Manchester kerana kekangan musim peperiksaan yang menuntut lebih waktu di meja studi. Tidak cukup membantukah saya?
Semua orang mempunyai kemampuan masing-masing dalam bereaksi terhadap isu Gaza ini. Bantuan yang dihulur bergantung kepada kemampuan masing-masing. Jangan pernah memandang remeh setiap usaha yang kita lakukan di sini. Dari sekecil-kecil usaha memboikot jenama coklat kegemaran yang membiayai butir-butir peluru yang menembusi dada adik-adik kecil kita di sana sehinggalah sebesar pergi sendiri ke medan jihad Palestine untuk sama-sama berjihad menentang musuh Islam laknatullah, semuanya insyaAllah mempunyai tempat di sisi Allah andai niat kita ikhlas lillahi ta'ala. Dan yang paling penting, doa dan qunut nazilah yang kita titipkan dalam solat kita setiap hari, kerana tiada siapa yang mampu membantu jika tidak Allah S.W.T. Paling kurang kita menjadi seperti burung kecil yang cuba memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim a.s. Semoga diri kita masing-masing mempunyai jawapan andai ditanya kelak, apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara di Palestina.
Isu Palestine bukan satu isu yang baru malah telah memakan masa berpuluh-puluh tahun. Jangan usaha kita seperti pahat dan penukul. Sekali diketuk dengan kekejaman yang mencengkam seperti ini, baru kita bangun memperjuangkan nasib saudara kita di sana. Isu Palestine seringnya jadi isu bermusim, lenyap serangan maka redalah perasaan marah kita. Setiap hari ada darah yang tumpah di bumi Palestina, bukan hanya sejak 3 minggu yang lepas. Apa yang kita mampu lakukan? Bina diri, bina keluarga dan bina masyarakat yang peduli tentang nasib umat Islam di seluruh dunia. Bukan saja di Palestine tetapi di mana-mana saja negara yang umat Islamnya tertindas di seluruh dunia. Bagaimana mahu mewujudkan masyarakat yang peduli? Yang mampu menitiskan air mata mendengar penderitaan saudara-saudara yang tertindas dan yang seluruh hidupnya hanyalah untuk mengembalikan Islam di tempat yang sepatutnya ia berada? Dengan kesedaran dan kefahaman Islam. Sedar dengan tanggungjawab syahadah yang dipikulnya sebagai umat Islam.
Bagaimana untuk pupuk kesedaran dan kefahaman itu? Tidak dengan hanya satu sesi ceramah dan nah! sahabat kita kini sedar akan tanggungjawabnya. Kesedaran itu perlu disemai dengan tarbiyah yang berterusan. Tarbiyah yang tidak mengenal erti jemu. Jangan pernah memandang remeh perjumpaan mingguan kita untuk melengkapi diri dengan ilmu dan menambahkan kefahaman Islam dalam diri. Jangan pernah memandang remeh usaha kita manyampaikan dakwah kepada yang belum memahami. Kerana dengan setiap usaha itu semoga kita menambahkan mereka yang peduli. Bukan dengan peduli bermusim tetapi peduli yang panjang jangka hayatnya. Memetik kenyataan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin tentang isu Gaza:
"Imam al-Banna berkata tentang erti tsabat, "Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan sili berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua kebaikan, samada matlamat tersebut atau mati syahid di penghujungnya.
Firman Allah S.W.T bermaksud, "Dari kalangan orang-orang yang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak merubah sedikit pun janji mereka itu" (Al-Ahzab: 23)
Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (bagi penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya jalan yang menyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah"
Moga hati ini sentiasa ditetapkan di atas jalan ini...
Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21).

0 kopi panas..:
Catat Ulasan