Kenangan di Atlantik (1)

Bayu lautan Atlantik itu masih juga sama seperti dahulu. Masih sudi berkongsi kedamaiannya pada hati yang datang mencari. Di sini dahulu tempat saya mencari sebuah ketenangan... saat melarikan diri seketika dari hiruk pikuk dan kegilaan Atlantic College dan seisinya. Ombak dan laut ini tidak pernah jemu memujuk saat saya hampir sahaja berputus asa untuk meneruskan hidup di dunia kecil yang serba gila ini. Saya yang ketika itu masih amat mentah belajar erti kebebasan sebenar di sini. Menentukan hala tuju hidup sendiri-sendiri. Di sini saya mencari... mencari diri sendiri, mencari tujuan hidup. Saya yakin bukan hanya saya yang mencari..bahkan hampir semua penghuni kota lama di pinggir lautan Atlantik ini juga masih dalam fasa mencari.


Mencari Dia...

"My father is a Christian and my mum is a Buddhist..." gadis Scottish yang menjadi teman sebilik saya selama dua tahun itu memandang jauh ke luar tingkap. Dari jendela kamar kami sayup-sayup kelihatan lautan Atlantik dibalik rimbunan epal. Ketika itu musim luruh.

"And you?" saya kembali bertanya. Saya masih lagi dalam telekung putih seusai menunaikan solat Asar. Perbualan kami petang itu bermula apabila Elizabeth bertanya tentang ibadah solat yang dilihatnya saya kerjakan lima waktu sehari semalam.

"I don't know...I'm still searching. I know there is a big power up there that is holding us... looking at us every day. But I dont know which one is true..." Elizabeth menjawab perlahan.

"Why did you pray Liyana?" gadis bermata biru itu kembali bertanya. Saya termanggu. Selama ini tiada sesiapa pernah bertanya mengapa saya bersolat. Kerana saya dilahirkan dalam lingkungan masyarakat Islam. Yang sudah sedia maklum kewajipan solat. Jadi tidak pernah ada yang mempersoalkan mengapa saya bersolat. Otak saya berputar mencari jawapan. Ya... mengapa aku solat?

"Erm... because we are told to do so" saya menjawab agak ragu-ragu. Bimbang jawapan yang keluar dari mulut saya tidak sesuai untuk Elizabeth yang sedang mencari.

"What happen if you don't?" tanya Elizabeth lagi.

"We'll go to hellfire. I don't want to go to hellfire," saya menjawab. Terbayang kepanasan api neraka yang membakar, seksaan neraka yang tak terbayang pedihnya. Ngeri!

"Hurm.. if that so... you are worshipping because of your fear. Not because of love to your God. I actually didn't understand why did you have exact time to come to prayer. It seems to me that it is not a voluntary act. I would prefer to come to my God whenever I want, whenever I would like to. I want to pray because I 'need' to pray, not because I 'have' to pray," kata Elizabeth yakin. Saya menjadi semakin serba salah.

Rasa bersalah kerana meletakkan persepsi yang salah tentang Islam kepada Elizabeth yang masih mencari itu. Dan sejak itu saya sendiri mencari. Cuba untuk mengenal semula Islam yang selama ini diamalkan tapi tidak pernah dimengerti. Selama ini, saya bersolat kerana semua orang di sekeliling saya bersolat. Saya bertudung kerana rakan-rakan semua bertudung. Tetapi bila ditanya mengapa saya melakukannya, saya tiada jawapan yang konkrit dan meyakinkan. Malah saya sendiri makin menjadi ragu. Entah di mana Elizabeth sekarang, saya sendiri tidak tahu. Kalau saja saya masih mampu mencarinya, mahu saja saya betulkan kesilapan itu. Saya mahu ceritakan pada Elizabeth tentang indahnya Islam. Islam yang dalam pencarian saya itu, sudah semakin saya kenali.

Kenangan..

Berjalan lagi melewati rumah besar yang pernah saya diami sepanjang dua tahun saya di sini dahulu. Di sebelah rumah besar yang menempatkan 48 orang pelajar itu, ialah rumah 'houseparents' kami. Apa khabar agaknya Graeme dan Isminur? Sudah besar dan makin comel agaknya anak-anak mereka, Meneksye dan Nailofar. Saya mahu singgah bertanya khabar dan mengucapkan selamat tinggal, untuk kali terakhir mungkin. Entah bila lagi saya akan mampu menjejakkan kaki ke tanah ini. Teringat kali pertama Graeme dan Isminur menyambut kedatangan saya sebagai pelajar baru. Amat mesra dan manis!

Loceng besi yang bergantungan di pintu rumah kecil itu saya bunyikan beberapa kali. Kali ini teringat pula setiap hari Isnin yang dinanti-nanti apabila setiap kami datang bertandang ke rumah Graeme untuk sekadar menghirup secangkir teh wangi dan menjamah apa sahaja hidangan yang Isminur sediakan untuk kami. Saya tersenyum sendiri. Teringat suatu hari apabila Isminur menangis kerana kami mencalarkan periuk 'non-stick' nya semasa jamuan rumah dan Graeme yang berusaha memujuk isterinya. Lucu! Loceng saya bunyikan lagi tetapi masih tidak berjawab. Sayangnya petang itu mereka tiada di rumah. Mungkin sudah lama rumah itu ditinggalkan melihatkan pintu dan tingkapnya yang sudah bersawang.

Graeme banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan kolej ini. Pernah suatu malam saya menangis di hadapan seisi ahli rumah. Ketika itu pengetua turut hadir dalam mesyuarat rumah kami kerana masalah alkohol yang amat teruk. Baru sahaja beberapa malam sebelum itu ahli-ahli rumah Whitaker itu ditangkap kerana berparti mabuk di ruang tamu. Sungguh saya benci melihat rakan-rakan yang mabuk, saya benci bau muntah yang memualkan di malam minggu dan saya benci bau arak yang menjijikkan.

"I love this place... I love you people... but you made my life like in hell!" jerit saya sebelum saya berlari ke bilik. Saya sudah cukup jelak dengan masalah mereka. Saban minggu perjumpaan rumah menjadi berjam-jam kerana masalah alkohol dan kegilaan berparti. Dalam sujud saya menangis, meminta kekuatan dari Yang Maha Esa untuk terus bertahan di sini. Selesai solat, saya lihat Graeme duduk di sisi saya, menunggu saya menghabiskan solat. Renungannya prihatin.

"Is everything alright, Liyana?" tanya Graeme. Saya hanya mampu mengangguk lemah. Saya lantas meminta maaf pada Graeme kerana meninggalkan perjumpaan rumah begitu sahaja. Graeme hanya tersenyum.

"No you shouldn't feel sorry. My apology on behalf of the principal, housemates and college. No one should feel like you feel. Everyone should feel at home here, and that's my responsibility... I'm sorry that I failed" kata Graeme. Ada sedikit kesal diwajahnya.

Dan esoknya ada perhimpunan tergempar di dewan kolej. Pengetua mengumumkan pengharaman total arak di kolej ini. Saya hanya terdiam di bangku belakang. Ada mata-mata yang menyaksikan drama semalam melirik ke arah saya. Ada yang benci dan ada yang simpati.

Bersambung....

2 kopi panas..:

Liyana Musa berkata...

Assalamualaikum liyana, nice blog you have here..considered bookmarked k! =))

:::cebisanhatiku::: berkata...

Salam...
akk...wah...
kenapa balik awal sgt?
xsempat sy nk g sana dan akk sbg tourist guide..
hehe...
teringat lak pengalaman budak2 jepun kat sini dok suke tanya kenapa pakai tudung, kenapa solat...
memerah otak mencari analogi sesuai dgn mereka yg xde agama ni..huhu...dan alhamdulillah kami sering guna analogi yang sama.
tu la..kalau duduk dalam lingkungan kita je,kita xkn taw dunia luar camne.ye x?
alhamdulillah bersYukur jugak walaupun sorang2 kat sini tanpa kawan,ade kakak2 sbg peneman,dan ALLAH sbg kekasih hati.hehe.^_-
cant wait to see u..haha...walaupun da kahwin still naughty...