Dahulu, si kecil Khadija (anak kepada naqibah saya) menggelar saya 'kakak princess'. Kata umminya, saya digelar demikian kerana sangka Khadija, saya tinggal di dalam istana. Hanya 'princess' yang tinggal dalam istana, fikir Khadija. Khadija dan umminya datang sekali-sekala menziarahi 'kakak-kakak princess' ini untuk sama-sama duduk muhasabah iman. Hakikatnya saya tidak tinggal dalam istana tersebut. Bangunan istana itu hanya menempatkan kelas - kelas subjek kemanusiaan, perpustakaan, dewan utama, bilik-bilik studi dan dewan makan. Atlantic College atau nama asalnya St. Donat's Castle ialah sebuah istana yang dibina pada kurun ke-12 oleh keluarga de Hawey, yang telah beberapa kali berpindah milik sehinggalah Antonin Besse membelinya dan diserahkan kepada kepada pentadbiran Atlantic College pada tahun 1925.
Pertama kali menjejakkan kaki ke dewan makan saya membayangkan saya di sekolah sihir Hogwarts, persis novel terkenal Harry Potter, walau mungkin dewan itu tidak segah dalam filem. Dan tiada pula makanan yang muncul dengan ajaib di atas meja, malah kami perlu beratur panjang untuk sepinggan makanan. Hukhuk! Jika Harry Potter ada Gryffindor dan Slytherin, Atlantic College punya Dyfed, Whitaker, Morganwwg, Gwyned, Tice dan Sunley sebagai rumah-rumah pelajar.
Pertama kali menjejakkan kaki ke dewan makan saya membayangkan saya di sekolah sihir Hogwarts, persis novel terkenal Harry Potter, walau mungkin dewan itu tidak segah dalam filem. Dan tiada pula makanan yang muncul dengan ajaib di atas meja, malah kami perlu beratur panjang untuk sepinggan makanan. Hukhuk! Jika Harry Potter ada Gryffindor dan Slytherin, Atlantic College punya Dyfed, Whitaker, Morganwwg, Gwyned, Tice dan Sunley sebagai rumah-rumah pelajar.
Saya lewati satu persatu ruang-ruang dalam istana itu. Setiap incinya menyimpan seribu satu kenangan yang kadangkala membuatkan saya tersenyum sendiri. Teringat barisan panjang setiap kali waktu makan, perhimpunan hari Isnin yang membosankan, 'open mic' saban minggu dan entah apa-apa lagi. Rakaman-rakaman itu bersilih ganti dalam ingatan bersama ruang-ruang yang saya lewati.
Sehinggalah saya tiba ke satu ruang yang sungguh membuakkan kenangan sepanjang dua tahun di situ. Bilik peribadatan untuk tak kira apa-apa saja agama. Di bilik kecil itu tempat kami menunaikan kewajipan solat dalam kesibukan antara kuliah. Di situ juga tempat sambutan kecil Aidilfitri kami saban tahun, juga mendengar khutbah Jumaat setiap minggu. Dindingnya sudah bertukar warna sejak kali terakhir saya meninggalkannya. Lebih cantik dan bersih. Terkenang Alex Bird, guru 'World Religion' yang sangat-sangat mengambil berat keadaan bilik itu. Dialah yang bersusah payah mengumpul dana untuk mencantikkan bilik kecil itu. Teringat suatu pagi apabila Alex mengamuk semasa perhimpunan hari Isnin. Mencari si pesalah yang meletakkan botol-botol arak di belakang papan penanda kiblat kami. "Ini kerja Islamophobic!" kata Alex. Pada Alex, botol-botol arak itu mencemar kesucian bilik kecil itu dan sebagai satu tanda penghinaan kepada Islam kerana sengaja diletakkan di hadapan tempat penanda kiblat.
Hidup bertuhan...
Ingatan pada Alex mengingatkan saya pada kunjungan saya dan rakan-rakan ke rumahnya pada suatu malam. Malam itu kami ke rumah Alex untuk memenuhi jemputannya sebelum kami menamatkan pengajian kami di situ. Yang saya ingat, malam itu kami dan Alex merancang untuk meminta kunci istana bawah tanah dari makcik kantin yang katanya menyimpan kunci tersebut. Kata Alex istana kami sebenarnya ada dua atau tiga tingkat dan mempunyai terowong yang mengarah terus ke pinggir laut. Tetapi laluan ke tingkat bawah dikunci dan dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Kata Alex lagi, hanya makcik tua penjaga kantin yang tahu selok belok ke tingkat bawah tanah. Entah benar, entah tidak! Sehingga ke sudahnya Alex tidak pernah memanggil kami untuk meneruskan 'misi rahsia' itu. haha!
Melangkah ke rumah Alex, saya lihat ruang tamu Alex dipenuhi dengan bermacam-macam simbol agama. Di satu sudut ada figura Jesus yang disalib, di atas almarinya duduk seorang Gautama Buddha, juga sebuah dewa Hindu di hadapan pendiang apinya, serta beberapa lagi simbol lain yang saya kurang pasti. Untuk mewakili Islam, sebuah sejadah dengan gambar Ka'abah di tengahnya, digantung di dinding.
"I have aaalll the Gods in my house," kata Alex melihatkan mata saya yang menerawang ke segenap sudut ruang tamunya.
"Ah yes.. except for Islam, I guess..." saya membalas sambil tersenyum.
"Owh yeah...except for Islam. I only have your prayer mat there," balas Alex sambil jarinya menuding pada sejadah merah yang tergantung di dinding.
Saya hanya mengangguk. Saat itu saya terfikir, sungguh zat Allah tidak dapat terbayangkan oleh akal manusia yang terbatas. Kerana Allah tidak akan pernah sama dengan walau apa pun yang terbayang oleh akal manusia. Tapi wujudnya Allah dirasakan oleh hati orang yang beriman. Kita merasai kewujudannya dengan mengamati kehebatan alam ciptaannya, menikmati aturan-aturannya. Seperti angin yang tidak nampak fizikalnya tetapi dirasai nyamannya. Tuhanku tidak selemah patung-patung kaku ini!
"Alex, may I ask you something."
"Sure dear. Go ahead..." kata Alex. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
"Sorry to ask... but I always wondering what is your religion Alex?" saya bertanya hati-hati. Bimbang mengguris sensitiviti Alex. Alex mengajar kelas Theory of Knowledge saya, yang selalu mengkaji dan mencabar setiap punca kepada 'tahu'. Dia juga satu-satunya guru 'World Religion' di kolej itu, subjek yang mengajar tentang semua agama yg wujud di seluruh dunia.
"I believe there is a God and all religion promotes people to do good things in their life. I guess if I choose to believe in one God, it will not be fair for me to teach you guys World Religion isn't it? Or else I'll be biased to my religion and preach you to it, right?" kata Alex separa berseloroh.
Saya mengagak Alex tidak mahu bicara kami menjadi lebih serius malam itu. Dan saya pun tidak mahu bertanya lebih lanjut lagi tentang kepercayaan Alex. Mengingati dialog saya dengan Alex malam itu membuatkan saya mengerti bahawa serba tahu tidak semestinya membawa kepada percaya dengan sepenuh hati. Serba tahu tanpa faham tidak akan mampu membuahkan suatu kuasa yang menggerakkan diri untuk beramal dengan apa yang diketahui. Serba tahu tidak semestinya bermakna mengimani apa yang diketahui...
Jauh di sudut hati saya berdoa, moga hidayah Allah menjadi milik Alex. Kerana Alex seorang guru yang sangat baik. Alex mempunyai personaliti yang amat menyenangkan. Amat mudah mesra dan sangat suka berlucu. Saya masih ingat apabila dia melaung memanggil saya dari kejauhan ketika dia sedang sibuk membawa rombongan pelawat melihat-lihat perkarangan kolej sambil menjerit,
"Liyana, I am sorry I can't drive you to see your psychiatrist today. I'm busy with these visitors!"
atau...
"Liyana, have you quit smoking and taking drugs, girl?"
"ALEX!!!" saya akan menjerit...
Dan biasanya saya akan menjadi mangsa pandangan pelawat-pelawatnya yang akan memandang dengan mata terbeliak, percaya bulat-bulat dengan kata-kata Alex. Ketika itu saya akan berlari sepantas mungkin menyembunyikan diri dari kekejaman Alex. Dari jauh kedengaran ketawanya yang terbahak-bahak kerana berjaya mengenakan saya untuk kesekian kalinya. Alex... Alex...
bersambung....
1 kopi panas..:
insyaAllah..akan tunggu sambungan dgn penuh sabar ~_^
Catat Ulasan