Rahmat Ujian berkumandang dari corong komputer riba saya ketika ini. Hujan mencurah lebat di luar sana. Maklumlah musim tengkujuh di pantai timur. Sudah entah berapa hari hujan tidak berhenti. Teringat dalam perjalanan pulang dari Kuantan semalam, nyaris saya dan Muhammad terperangkap di tengah jalan kerana air yang semakin naik dan melimpah ke jalan. Alhamdulillah selamat akhirnya sampai ke rumah. Dalam perjalanan, sempat singgah di rumah naqib kepada Muhammad. Menziarahi isterinya yang baru selesai menjalani pembedahan. Saya dan Muhammad sendiri belum maklum apakah sakitnya kerana tidak berkesempatan menziarah semasa dia masih di hospital.
Kedatangan kami disambut oleh naqib Muhammad. Sempat dia memohon maaf atas keadaan rumah yang agak kacau bilau. Hujan yang lebat menyebabkan air naik membanjiri bahagian depan dan belakang rumah mereka sehari sebelumnya. Setelah beberapa ketika menanti di ruang tamu, baru kelihatan Makcik turun perlahan-lahan dari tingkat atas bersama anak perempuan sulungnya. Masih jelas kepenatan di wajah mereka kerana sibuk mengemas dan mengeringkan lantai rumah selepas banjir surut. Subhanallah... masih mampu menguntum senyum dan menyambut saya mesra sebagaimana lazimnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu...
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu...
Berbual-bual dengan Makcik, barulah saya tahu Makcik menghidap barah payudara tahap kedua. Jika tidak kerana melihat luka pembedahannya, tiada siapa yang tahu Makcik sedang menanggung kesakitan. Rasa kesal kerana dalam berziarah ke rumahnya sebelum-sebelum ini saya langsung tidak tahu Makcik menghidap penyakit tersebut. Kata Makcik dia sendiri baru sahaja tahu keadaan dirinya beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah Allah menggerakkan hatinya untuk menjalani pemeriksaan selepas seorang ukht meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit yang sama. Sebelum ini Makcik sememangnya aktif dalam kegiatan persatuan kanser di kawasannya. Makcik sering menziarahi pesakit-pesakit kanser dan membisikkan kata-kata semangat kepada mereka. Siapa tahu, ditakdirkan dirinya sendiri juga diuji dengan ujian yang sama.
"Senang mengungkap sabar pada orang lain... tapi bila terkena pada diri sendiri barulah teruji redha dan sabar yang kita ucapkan pada mereka..." kata Makcik.Saya hanya mengangguk mengiakan kata-kata Makcik. Benar kata-katanya. Teringat perbualan saya dengan seorang ukhti pada pagi hari yang sama sebelum saya tiba di rumah Makcik...Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
"Bolah akak tanya awak satu soalan?" tanya seorang ukhti, rakan seusrah saya, sambil kami menunggu penceramah hadir untuk program pagi itu.
"Boleh akak... tanyalah,"jawab saya. Dalam hati tertanya-tanya apa agaknya yang ingin ditanyakannya. Dia kelihatan sedikit serba salah.
"Erm... maaf...akak cuma nak tahu, macam mana awak cope bila doktor beritahu awak ada masalah untuk ada baby...apa yang awak rasa?"Saya terdiam memikirkan semula apa yang saya rasa kebelakangan ini sejak saya sibuk berulang alik ke hospital. Alhamdulillah... saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya dengan tarbiyah ini. Walau awalnya saya sering kali mengeluh dan tertekan. Ketika itu saya tidak sedar indahnya ujian Allah ini. Tentu saja saya cemburu dengan setiap mereka yang diberi peluang bergelar ibu. Malah pernah suatu ketika saya menyepikan diri kerana cukup terluka dengan soalan yang berkait dengan zuriat. Tambah menekan dengan kesunyian apabila Muhammad tiada di rumah. Walau sering saya sibukkan diri dengan pelbagai perkara namun perasaan itu kerap hadir dan kerap menuntut air mata. Dan saya melalui period itu dengan perit sekali... Lama saya berfikir sehingga akhirnya saya sedar yang ujian ini membawa saya lebih dekat pada Allah. Betapa hebatnya kasih sayang Allah kerana menguji saya dengan dugaan ini.
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Teringat pula pertemuan dengan seorang ukhti minggu lepas. Siapa sangka anak yang dilahirkan dan kelihatan sempurna akhirnya dikesan mengalami masalah pendengaran ketika berumur enam bulan. Anak comel itu perlu memakai alat bantuan pendengaran yang kosnya bukan murah. Malah mungkin juga perlu menjalani pembedahan cochlea implant sekiranya pendengarannya masih belum pulih apabila mencapai sekian sekian umur. Kata ukhti itu, Allah sahaja tahu apa perasaannya ketika mendengarkan berita itu... Subhanallah saya kagum dengan semangatnya. Kami berjanji untuk saling mendoakan. Sentiasa. Benarlah setiap hamba Allah diuji unik sesuai dengan kemampuan dan keimanannya.
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
~Al- Baqarah: 286~
Ketika saya tiba di baris ini, hujan masih lagi melebat di luar sana. Masih belum ada tanda akan berhenti untuk hari ini. Tetapi insyaAllah semua tahu tengkujuh ini tidak akan selamanya berpanjangan. Tiba masanya yang terbaik, matahari akan muncul mengambil alih tempatnya. Bila dan bagaimana? Hanya Allah yang menentukan. Dugaan adalah rahmat. Yang menjadikan seorang hamba lebih dekat pada Penciptanya.
Ketika saya tiba di baris ini, hujan masih lagi melebat di luar sana. Masih belum ada tanda akan berhenti untuk hari ini. Tetapi insyaAllah semua tahu tengkujuh ini tidak akan selamanya berpanjangan. Tiba masanya yang terbaik, matahari akan muncul mengambil alih tempatnya. Bila dan bagaimana? Hanya Allah yang menentukan. Dugaan adalah rahmat. Yang menjadikan seorang hamba lebih dekat pada Penciptanya.
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...
1 kopi panas..:
Subhanallah ukhti. Am going through a difficult situation right now (tapi mungkin tak seberat ujian awak!), and duk asyik ulang2 nasyid Rahmat Ujian ni. Tiba2 buka blog awak, ada lirik lagu ni, terus tersenyum. =)
May Allah give you strength to go through each difficulties with ease. Amin.
Catat Ulasan