Babak 1:
"Eh, lain betul eh muke akak dengan parents akak. Takde iras langsung. Dengan adik beradik pun lain ye?" saya bertanya pada senior sebilik dengan saya.
Waktu itu saya di tingkatan dua dan kakak itu di tingkatan empat. Wajahnya seakan-akan wanita Jepun. Dengan mata yang kecil, sepet dan berkulit cerah. Cantik juga! Sedang ibu bapa dan adik beradiknya yang lain, semuanya berwajah asli Melayu. Berkulit sawo matang dan bermata bundar.
"Owh... dulu mak akak cerita, masa pregnantkan akak, dia ada la berkenan kat sorang perempuan Jepun yang tinggal berjiran dgn kami. Hari-hari die tengok perempuan tu. Akhirnya, bila akak lahir, muka anak dia tak ubah macam orang Jepun..huhu!" katanya tersenyum-senyum.
"Oooo... macam tuu..." kata saya sambil mengangguk-angguk.
Babak 2:
"Kenapa keliling mata kakak tu macam lebam?"
"Owh tu tanda lahir. Dulu... masa mak dia mengandungkan dia, ayah dia pukul kepala ular yang masuk ke rumah. Sampai hancur sebelah jek mata ular tu. Bila lahir anaknya, matanya lebam kat belah mana mata ular tuh hancur."
Babak 3:
"Semalam ada budak tu datang rumah kita. Nakal betul! Geram jek tengok. Mujurlah awak dah tidur. Kalau tak awak pun geram menengoknya. Benda-benda tak elok macam ni senang lekat pada anak dalam perut!"
Pernah dengar tak situasi-situasi di atas? Situasi-situasi ini biasanya di gelar 'kenan' atau 'badi' di kalangan masyarakat Melayu. Biasanya dikaitkan dengan amalan si ibu dan suaminya semasa ibu itu mengandung, dan hasilnya anak yang sedang dikandung akan menerima akibatnya. Kesan daripada kepercayaan ini, masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang-larang untuk ibu mengandung, untuk mengelakkan anak yang dikandung 'terkenan' perkara-perkara yang tidak elok lalu menyebabkan kecacatan.
Antara contoh pantang-larang orang Melayu:

- Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota
- Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
- Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
- Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
- Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
- Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
Oh, ini baru sedikit. Banyak lagi kalau hendak disenaraikan semua. Mungkin ada yang benar-benar terjadi. Namun untuk mengatakan itu semua adalah kebetulan, akan bercanggah pula dengan akidah Islam. Tiada istilah kebetulan dalam Islam kerana semuanya sudah ditentukan oleh Allah (Muqadimah Fi Zilalil Quran). Hendak dikatakan 'kenan' lagi pula boleh membawa kepada syirik, kerana mempercayai kuasa atau pengaruh lain yang boleh memberi kesan kepada kita selain dari kuasa Allah S.W.T.
Soalnya, perkara ini semuanya membawa kita kepada persoalan akidah. Tanpa kita sedari, kerpercayan terhadap fenomena 'kenan' atau 'badi' ini begitu berakar umbi dalam masyarakat kita tanpa kita sedar yang kepercayaan ini sebenarnya merosakkan akidah kita. Sememangnya perlakuan kasar dan tidak beradab terhadap makhlukNya yang lain sangat ditegah oleh agama Islam, sama ada semasa tempoh mengandung atau tidak. Tidak ada langsung, nas-nas dalam al-Quran mahupun hadis yang mengaitkan perbuatan tersebut dengan nasib bayi di dalam kandungan.
"Memang la takde dalam al-Quran dan hadis, tapi nih based on pengalaman orang-orang tua la..."
Kalau bukan al-Quran jadi sumber rujukan utama kita, apa lagi yang boleh kita rujuk sebagai orang Islam. Adat dan amalan nenek moyang, tidak semestinya bertepatan dengan syarak. Kita sendiri sepatutnya arif untuk membezakan adat mana yang boleh diikut dan ditolak berlandaskan syariat Islam yang kita fahami. Adat melenggang perut misalnya, termasuk dalam adat yang dianggap khurafat dan boleh membawa kepada syirik kepda Allah Ta'ala. Dalam adat ini, jantina anak ditentukan dengan menggolekkan buah kelapa dari atas perut wanita mengandung, dan perutnya di lenggangkan dengan jaluran kain tujuh warna untuk membetulkan kedudukan anak. Perlu pula kasi pengeras kepada si tok bidan. Tiada nas al-Quran malah tiada kaedah saintifik yang boleh membenarkan adat ini. Maka mengapa perlu kita terima?? (Nak tau jantina anak pergilah buat Ultrasound... itu pun ada kemungkinan salah jugakan?)
Keimanan kita kepada Allah dan akidah kita yang benar, meletakkan semua perkara yang terjadi di atas dunia ini sebagai ketentuan daripada Allah S.W.T. Tentunya sebagai ibu yang mengandung, selalu saja saya terfikir dan berteka-teki tentang bagaimana rupa anak yang dikandung ini, sempurnakah dia, bagaimana sifatnya nanti. Tentunya debaran menantikan saat kelahiran itu lebih terasa, dengan tidak sabarnya hati untuk melihat wajah si kecil itu nanti. Tetapi perasaan itulah yang sepatutnya meletakkan tawakkal kita pada Allah di tempat tertinggi. Kerana kita faham dan tahu hanya Allah yang menentukan segalanya dan Maha Mengetahui.
Bagaimana pula dengan surah-surah amalan semasa ibu mengandung?
Bersambung dalam entry seterusnya nanti...

0 kopi panas..:
Catat Ulasan