Okay, bersambung daripada entry yang lepas. Tentang amalan surah-surah semasa ibu mengandung. Antara surah-surah yang saya tahu digalakkan untuk di amalkan semasa mengandung ialah:
1. Surah Yusuf: untuk memohon anak yang cantik rupa

2. Surah Luqman: untuk memohon anak yang cerdik
3. Surah Maryam: untuk memudahkan bersalin
4. Surah Yassin: untuk memohon anak yang teguh hati
5. Surah Al-Hujurat: untuk membanyakkan susu ibu.
Pada saya, tidak cukup dengan hanya membaca surah-surah ini sahaja, lalu kita boleh duduk goyang kaki sambil mengharapkan anak-anak kita eventually akan menjadi seorang insan seperti yang kita harapkan. Tarbiyah (pendidikan) untuk anak-anak pastinya bukan sesuatu yang boleh dilakukan hanya semalaman tetapi memakan masa sepanjang hayatnya. Malah tarbiyah itu bermula sejak sebelum dia dilahirkan lagi, hatta sebelum dia diconceive. Bagaimana? Dengan ibu itu mentarbiyah dirinya sendiri sebagai persediaan untuk mentarbiyah zuriatnya nanti.
Sebagai ibu, kita akan jadi insan pertama yang anak kita lihat hampir setiap hari dan pastinya insan yang paling rapat untuk dicontohi. Bayangkan, bagaimana kita nak menghasilkan anak yang taat menunaikan suruhan Allah kalau si ibu (dan bapa!) sendiri ialah individu yang sering melalaikan suruhan Allah. Bagaimana kita nak menghasilkan anak yang elok akhlaknya, kalau akhlak si ibu (dan bapa!) sendiri amat buruk dan tak bersesuaian dengan landasan Islam. Tak kan bila anak dah lahir baru nak mula berubah jadi yang lebih baik kan? Jadi persediaan jadi contoh terbaik untuk anak itu pastinya perlu dimulakan sebelum dia dilahirkan.
Jadi, pada sayalah, surah-surah amalan semasa mengandung ni sebenarnya salah satu bentuk tarbiyah untuk ibu tu sendiri, sebagai persediaan untuk mentarbiyah anaknya pula nanti. Dengan syarat, si ibu bukan sahaja membaca surah-surah itu tanpa cuba berusaha memahami maksudnya. Apa salahnya ambil sedikit masa dalam sehari untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran tersebut. Baca maksudnya dan kalau mahu lebih faham dan hadam, boleh cuba baca tafsirnya. Rasanya dalam 9 bulan tempoh mengandung tu, sempatlah beberapa kali mengulang baca surah-surah ni. Kalau setiap kali baca disertai dengan tadabbur, insyaAllah secara tak langsung lekatlah mesej-mesej penting dalam surah ni.
Contohnya dalam surah Luqman, memang sarat dengan nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Dan nasihat-nasihat Luqman inilah juga yang kita nak tanamkan dalam hati anak kita nanti. Secara tak langsung, bila kita selalu baca surah Luqman ni, kita macam dah ada guideline dalam otak kita, apa dia nilai-nilai core yang kita perlu bentuk dalam anak kita dan insyaAllah tarbiyah yang kita design untuk mereka pun akan mengarah pada nilai-nilai ini. Saya kagum pada rakan usrah saya yang memang mengamalkan surah Luqman sejak anaknya dalam kandungan. Sehingga surah itu dihafalnya dan dibacakan pada anaknya setiap kali dia menyusukan. Kalau anak dia nakal-nakal pun, dia dudukkan atas riba sambil pujuk dan baca surah Luqman. Sweetkan??? Dan anak dia memang alhamdulillah sangat mendengar kata. Kagum saya.
Surah Maryam sendiri ceritakan tentang ketabahan Maryam semasa melahirkan. Bayangkan melahirkan anak bawah pohon kurma sorang-sorang. Bukankah sangat tabah? Tambah pula selepas tu kene cerca lagi dengan masyarakat. Dibandingkan dengan kita, yang insyaAllah mungkin melahirkan dalam keadaan yang sangat selesa. Di hospital berhawa dingin yang lengkap dengan segala kemudahan perubatan yang canggih. Tambah dengan suami sebagai cheerleader kat sebelah kan, lagilah semangat kuat! Memang melahirkan itu masih menyakitkan tapi kalau dibandingkan dengan Maryam memang lebih jauhlah kepayahannya tu. Apa yang menguatkan Maryam ialah kebergantungan dia pada Allah, dan harapnya kita juga mempunyai kebergantungan yang total kepada Allah seperti Maryam. Buat saya sendiri, surah Maryam sangat-sangat istimewa dan signifikan. Kenapa? Saya simpan cerita ni sampai anak saya lahir nanti ok? hehe
Nak cerita satu-satu tentang semua surah-surah ni memang tak cukup dengan satu entry. Ibu-ibu sila pergi discover sendiri hikmah dan ibrah yang boleh digali daripadanya. Okay, nak pergi kenduri kahwin dah...pen off dulu ya?

0 kopi panas..:
Catat Ulasan