Long Weekend!

Salaam..

Oh rajin pula saya mengupdate blog. Long weekend minggu ni, bersempena cuti Krismas. Bila hari akhir kerja baru kami tersedar yang kami tak ada apa-apa rancangan untuk ke mana-mana. Mak dan abah di Kuantan pula menghabiskan cuti di Perak. Maka tiada arah tujuanlah kami melainkan memenuhi undangan perkahwinan rakan-rakan di sekitar Terengganu. Barakallahu buat Kak Ayu, Hakimah dan pasangan masing-masing. Moga Allah memberkati pernikahan kalian dan merahmati kalian dengan zuriat yang soleh insyaAllah.

We are having a chance to have a sneak peek of the little one last Wednesday. It was supposed to be another two weeks for our next check-up but due to the stomach cramping, pelvic pressure and back pain over the night, we decided to have a check. Better be safe than sorry, right? Being expecting for the first time, even slight pain will send me shivers. So we took a leave for the day and went to KMC. We were late as this visit was not planned, so while waiting we went to have dental check up and scaling. (Okay... dentist itu puji gigi saya cantik :D huhuhu!)

When it was our turn, Dr. S just finished an operation and she was still in her scrub. Looking tired and a bit weary. I explained briefly my problem and first thing, as usual, she will do the U/S to make sure that the baby is fine. This time, Dr.S did a more detailed scan than usual, looking at every little inch of the baby possible. Measured his head, body and legs to give the average gestational age of 21 weeks. Check the heart, alhamdulillah 4 chambers was nicely seen with good heartbeat. Check both legs, hands and those little fingers, alhamdulillah looking good. InsyaAllah, there should be no problem the doctor said. I had the scan photo printed but too lazy to scan and put it up here. Hehe!

Then she sent me for a urine test. In case I had infection which could effect the baby. The test was cleared, the possibility of having infection was ruled out. So the doctor resulted to conclude that what I felt was just a stronger version of ligament pain, that is. Nothing to worry. But she asked me to come back at soonest if the pain get any stronger, accompanied with fever, vomit and bloody discharge. For the time being, she just let me go with a mild painkillers. I just decided to bear with the pain and not using those meds for the sake of the baby.

Baiklah, mari kembali ke Bahasa Melayu. Saya tak tahulah kenapa kalau nak terangkan sesuatu yang medically-related, saya lebih senang berbahasa Inggeris. Macam susah nak cari perkataan tertentu dalam Bahasa Melayu, mungkin sebab kebanyakan pregnancy website yang saya baca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya lebih terbiasa dengan medical term yang mereka gunakan. Bukan sengaja mengada-ngada nak cakap English. Sila maafkan penulis.

Bercakap tentang si kecil, menurut pembacaan saya sejak seminggu dua ini sepatutnya dia sudah boleh mendengar suara-suara di luar. Jadi ibu kene rajin-rajin berbual dengan si kecil, rajin-rajin baca al-Quran atau mungkin bacakan dia bedtime story! Pernah sekali saya berdiri di tepi jalan, apabila tiba-tiba sebuah lori besar lalu berhampiran dengan saya. Serentak itu saya rasa si kecil tiba-tiba bergerak, macam terkejut dengar bunyi lori yang kuat tu. Semalam pula, saya pasang bacaan Quran dari adik Ahmad Saud, tak sedar komputer full volume tiba-tiba kuat betul suara adik Ahmad Saud ni azan. Si kecil yang mungkin tengah tidur terkejut lagi. Huhu... kesian anakku!

Sebut tentang bergerak, memang pergerakan dia dah sangat noticeable sekarang. Kalau Ibu jalan atau tengah kerja die memang tidur jek kot biasanya. Konon-konon rasa macam tengah dalam buaian atau cradle la kot tuh. Senyap tak bergerak. Tapi bila Ibu mula baring dan berehat, maka dia akan mula bermain bola sepak di dalam sana. Sungguh aktif. Kalau gosok-gosok kat tempat yang dia kick, nanti die kick balik. Satu malam suruh die pilih sendiri nak dengar Ibu baca surah apa. Ibu sebut surah satu-satu Maryam.... Luqman... Yassin... sampai kat Yusuf, terus dia kick! Okay, baiklah malam ni baby dengar cerita Nabi Yusuf okay?

Oh, oleh kerana mempunyai masa lapang di hujung minggu yang panjang ini, maka untuk pertama kalinya Ayah excited surveykan barang-barang untuk baby. Nanti kita cerita lain kali what Ayah has got for you, yea?

My biggest apology for turning this blog into a pregnancy rambles...

2 kopi panas..:

Mengkuang berduri berkata...

takpe jew... seronok baca pengalaman yana... hehe..

Aziah Nor berkata...

ya...saya seronot membacanya...