Salam,
Sejak kelahiran saya seminggu yang lepas, Ibu dan Ayah menerima banyak soalan dari kawan-kawan mereka berkenaan dengan nama saya. Iyalah, Ibu ni sejak dari zaman belum kahwin lagi memang sunguh-sungguh nak namakan anak lelaki pertamanya Fateh. Ibu berkenan dengan nama Fateh selepas dengar kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Lalu setiap kali bercerita tentang bayi dan kelahiran, Ibu biasanya lebih mudah menyebut Fateh mewakili bakal anaknya yang entah bila akan lahirnya. Lalu kenalan-kenalan Ibu semuanya sudah sedia maklum, Fateh itu bakal anak Ibu. Yang suatu hari nanti akan Ibu lahirkan. Itu pun jika Allah mengizinkan.
Ibu akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Ayah. Ibu merasakan impiannya untuk memiliki cahaya mata semakin hampir. Ibu berharap sungguh-sungguh dapat berjumpa dengan Fateh yang sekian lama dinanti. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. 3 tahun meniti alam perkahwinan, Fateh yang dinanti masih juga belum muncul tiba. Bukan sedikit air mata Ibu yang tumpah dalam penantiannya. Dan tangan Ayahlah yang seringkali menyeka air mata Ibu sambil membisikkan kalimah-kalimah kesabaran.
"Mengapa kita diuji begini?"
"Sebab Allah mahu kita jadi hamba terbaik seperti Nabi Allah Zakaria..." kata Ayah.
Surah Maryam Ayah tadaburi di saat dirinya sendiri mencari kekuatan. Di saat dia sudah kebuntuan cara dan jalan untuk memujuk Ibu. Kisah bagaimana Nabi Zakaria A.S berdoa agar dikurniakan zuriat oleh Allah S.W.T. Sehingga suatu hari Ayah menyatakan nazarnya pada Ibu. Ayah mahu menamakan putera pertamanya Yahya dan jika puteri bakal dinamakannya Maryam.
"...Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia..." (Surah Maryam: 7)
Waktu berlalu, akhirnya dengan izin Allah beserta usaha dan tawakkal, Ibu dan Ayah menerima khabar paling gembira. Ramadhan 1431 Ibu dikhabarkan positif hamil. Fateh yang dinanti akhirnya hampir pasti menjadi kenyataan. Oleh kerana masih belum pasti sama ada yang di dalam kandungan adalah seorang putera atau puteri, Ibu masih terus memanggil anak yang dikandungnya dengan nama Fateh dan begitu jugalah seperti yang dimaklumi oleh kenalan Ibu yang lain.
Megat Yahya Ayyash akhirnya dilahirkan. Inilah 'Fateh' yang Ibu nantikan selama ini. 'Pembuka' kepada zuriat penyambung perjuangan Ibu dan Ayah. 'Pembuka' kepada pintu kebahagiaan dan harapan. Ayyash itu maksudnya 'Yang Hidup'. Nama Yahya Ayyash itu sendiri milik seorang mujahid yang terkorban memperjuangkan tanah Palestine. Mujahid yang digelar Al-Muhandis (the Engineer) yang menjadi buruan musuh Islam Israel dan akhirnya syahid dalam perjuangannya. Moga Megat Yahya Ayyash ini juga menjadi pemuda yang memburu syahid di jalan Allah, insyaAllah.

2 kopi panas..:
allahuakbar allahuakbar allahuakbar walillahilhamd.
syukur tak terhingga kepada Allah, tahniah kepada ummi, abi dan yahya ayyash.
terima kasih atas penjelasan.. the moment i told rais his birth and name, rais reply was, "mana megat fateh?"
Catat Ulasan