Aqiqah untuk Ayyash

Salam...


Alhamdulillah... pada 31 April 2011, Allah beri kemampuan untuk kami menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah Ayyash, menunaikan aqiqah pada hari ketujuh kelahirannya. Ditakdirkan hari ketujuh jatuh pada hujung minggu pula, alhamdulillah dapatlah saudara mara berkumpul memeriahkan kenduri Yahya Ayyash. Ibu dan ayah pula terpaksa 'pinjam' Ayyash sekejap daripada hospital kerana Ayyash masih di wad kerana jaundice. Alhamdulillah atas rahmat Allah, tengaharinya dapat khabar dari doktor yang Ayyash tak perlu pulang ke wad kerana keadaannya sudah bertambah baik!

Dari Samurah bin Jundah dia berkata: Rasulullah bersabda:

"Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqh yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya"


- Shahih Hadits Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darimi dll-

Alhamdulillah... Allah beri kesempatan untuk kami menjalankan aqiqah mengikut sunnah iaitu pada hari ketujuh kelahiran. Sunat juga untuk bayi ditahnik. Pada kenduri aqiqah Ayyash, Ayyash ditahnik dengan buah tamar, diberi minum air zamzam dan direnjiskan dengan wangian mawar di kepalanya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W...

Dari Abu Musa al-Asy'ari Radhiyallahu'anhu berkata:

"Lahir seorang anakku maka aku membawanya kehadapan Nabi S.A.W maka baginda memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian baginda menyerahkan bayi itu kepadaku"

-Sahih Bukhari dan Muslim-

Pada keesokannya pula baru dapat Ayyash dicukur kepalanya oleh ayah. Hehe habis licin rambut lebat anak ibu ni. Botak licin jadinya...heheh!


Lakukanlah apa yang terbaik untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam setiap detik kehidupan kita. Islam agama yang sempurna, meliputi setiap aspek kehidupan. Hatta dalam urusan menyambut kelahiran bayi pun digariskan sunnahnya. Penting juga untuk kita bezakan antara sunnah dan adat. Ada juga adat-adat menyambut kelahiran bayi yang mungkin bertentangan dengan syariat Islam. Jadi sebagai ibu bapa, perlu lengkapkan juga diri dengan ilmu pengetahuan. InsyaAllah... moga Allah menerima setiap amalan kita.


0 kopi panas..: