Antenatal Class

Salam,

Semalam kami ke kelas antenatal di Kuantan. Berasa begitu mengada-ngada sekali, siap pergi kelas segala, walhal emak saya dah beranak enam takde pergi kelas antenatal pun selamat je beranak semua. Anyway, mari ignore perasaan mengada tersebut dan gantikan dengan perasaan 'this is for the sake of the baby'. Lalu dengan penuh bersemangat, kami berpagi-pagian ke pusat fisioterapi tersebut, di mana kelas itu akan dijalankan. Setiba di sana sudah ada rakan sepejabat dan suami beliau yang telah berjaya saya hasut untuk datang ke kelas itu juga. Bayarannya hanya RM40 per couple.

Hanya empat pasangan saja yang hadir untuk kelas pada pagi itu. Usia kandungan masing-masing ada yang sudah 8 bulan, 7 bulan, 6 bulan (sayalah tu) dan 3 bulan. Sesi pagi dimulakan dengan penerangan proses kehamilan bulan demi bulan dan pemakanan seimbang semasa mengandung. Penyampainya ialah seorang Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant). Sedikit kecewa kami di situ. Kami sangka penyampai tentunya pakar sakit puan ke... tak pun paling cikai doktor perubatan ke... dieticians ke... hukhuk! (Bayar RM 40 jek kot, what do you expect?) Lebih mengecewakan penyampainya belum pernah ada pengalaman bersalin pun, apatah lagi berkahwin. Waaaa!! Maka sesi itu menjadi sesi 'Mari Membaca Slideshow'. Penyampai hanya membaca slide dan komen sikit2 berdasarkan cerita-cerita yang pernah beliau dengar tanpa evidence yang konkrit. Seriously, my pregnancy-website-reading habits give me more good info rather than having to attend this class.

Dah wujud sedikit penyesalan di situ. Para suami pula sudah mula menjeling isteri masing-masing dengan what-have-you-drag-me-into looks di wajah mereka. Sesi kemudian diteruskan dengan proses kelahiran. Waah... sesi yang paling ditunggu-tunggu ni. Maklumlah, bahagian yang paling mendebarkan dalam menanti zuriat tentunya saat melahirkan. Inilah peluangnya belajar cara-cara bersalin yang betul. Penyampainya tetap penyampai yang sama. (hukhuk!) Kemudian ada sesi praktikal eksklusif untuk setiap pasangan satu demi satu. Bahagian praktikal ni macam membantu la sikit kerana yang menerangkan masa tu ialah Staff Nurse yang memang dah ada pengalaman membidankan dan bersalin. (Dia pun tengah sarat mengandung juga!)

Saya bayangkan untuk sesi ni mesti ada katil labour room yang real punya. Pastu siap demo macam mana nak duduk, macam mana nak breathing, macam mana posisi suami nak membantu, macam mana nak teran, macam mana nak genggam tangan suami segala. Teruskanlah bermimpi. Kerana realitinya, hanya sekeping tilam untuk berbaring di lantai dan sebiji bantal di sediakan di dalam surau kecil itu. oh! Mungkin untuk menyediakan peserta dengan worst case scenario, jika perlu bersalin di rumah. Lepas tu saya kena duduk atas tilam dan nurse pun terangkan apa yang terjadi semasa bersalin. Muhammad pula terperuk di sudut bilik, tak tahu nak ke mana sebab dalam surau yang kecil itu penuh dengan staf centre tuh. (sungguh eksklusif!) Mujur nurse tu macam expert, boleh menjawab segala soalan yang diajukan dengan jayanya. Kredit untuk dia!

Sesi diteruskan dengan slot dari penaja, Stemlife. Ini slot yang saya rasa paling bestlah antara banyak-banyak slot. Memang dah lama nak tanya banyak soalan tentang Stem Cell Banking/Cord Blood Banking ni. Selama ni hanya dapat baca pamhplet tentang ini sambil menunggu giliran untuk antenatal check up sahaja. Tapi 15 minit je slot ni, patut dipanjangkan sikit. Tapi memang agak berminat jugalah nak simpan stem cell Fateh. Banyak juga saya tanya soalan. Nanti kita cerita panjang tentang Stem Cell Banking ni dalam entry lain okey?

Lepas Stemlife, ada sesi penyusuan ibu dan penjagaan bayi dari jururawat. Yang ni saya boleh bagi markah tinggi juga sebab memang penyampai betul-betul berpengalaman. Memang banyak persoalan tentang exclusive breastfeeding terjawab akhirnya. Tambah pula si penyampai memang BF anak-anak dia, jadi talking from real life experiences lah.

Selepas makan tengahari dan solat zuhur, sesi terakhir ialah senaman semasa hamil. Yang ini penyampainya seorang Fisioterapis jadi agak informatif jugalah sesi ni. Lepas dia terangkan kepentingan dan garis panduan bersenam semasa hamil, kami buat sesi praktikal pula. Tugas encik-encik suami ialah membantu mengambil kiraan nadi si isteri setiap kali satu sesi senaman dan membantu isteri yang sudah sarat mencapai bahagian-bahagian yang tidak mampu dicapai. Baiklah... maka suami pun akur. Muhammad siap beri amaran "Ayang tak buat senaman ni bila balik nanti...siap!" wahwah... takut, takut! Fateh pun kick,kick dengan hebatnya masa Ibu exercise. Mungkin dia berkata "Ape buang tebiat ke ibu ni tibe-tibe exercise, biasa tahu makan dan tido aje." Haishhh....

Lepas habis bersenam, kami bergambar ramai-ramai lepas tu balik. All in all, agak tak berpuas hati jugalah menghabiskan masa 9 pagi hingga 3 petang di sini, tapi ada jugalah dapat sedikit sebanyak pengetahuan. Mujur dapat goodies bag anmum yang comel2, siap ada car soft toys Fateh kat dalam. Pengajaran hari ini ialah, pertama, kalau betul nak pergi kelas antenatal, pastikan harganya mahal. Kalau murah, jangan expect lebih-lebih nanti anda kecewa. Kedua, sila semak siapakah yang akan mengendalikan kelas anda, adakah tahap kepakarannya sesuai dengan expectation anda dan harga yang dibayar itu.


Sekian, terima kasih.




1 kopi panas..:

SSA berkata...

yaya~!
betul2x.Semoga sy dpt menjadi dct.tcer doakan.nanti mana tahu sy boleh jd doktor smbut baby mase housemanship kami pada thun 2016/2017...alamak lama lagi..hehe
tapi Insya-Allah