Breastfeeding atau tidak?


Salam,

Saya menerima pelbagai reaksi daripada keluarga dan rakan-rakan apabila saya menyuarakan hasrat untuk memberi penyusuan susu badan eksklusif (exclusive breastfeeding) kepada bayi saya nanti. Ada yang menyokong sepenuhnya dan ada juga yang tidak. Ada juga komen-komen yang kadangkala melemahkan semangat saya yang bakal baru pertama kali menjadi ibu ini. Tambah pula apabila komen negatif itu datangnya dari mereka yang sudah berpengalaman sebagai ibu dan sudah mempunyai beberapa orang anak.

Tapi saya tak kesah. Saya tetap berazam untuk breastfeed (BF) bayi kami nanti. Sebab saya ada sokongan penuh dari suami dan sokongan yang paling ultimate dari Allah S.W.T:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya….”

(Al-Baqarah:233)

Ayat ini adalah saranan untuk ibu-ibu menyusukan bagi mereka selama dua tahun penuh. Dan sedia difahami, menyusukan dalam konteks ayat ini pastinya memberikan susu ibu dan bukannya susu formula atau makanan bayi yang lain yang berlambakan di pasaran sekarang. Dan pastinya setiap arahan Allah itu ada hikmah disebaliknya.

Kalau nak diceritakan hikmah penyusuan susu ibu, memang secara saintifik pun sudah terbukti susu ibu ialah makanan yang terbaik untuk bayi. Google saja di internet ‘breastfeeding benefits’ pastinya anda akan dilorongkan kepada berbagai-bagai laman web yang menyatakan kebaikan susu ibu. Allah yang menciptakan manusia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Dan pastinya ibu dan anak telah ‘diprogramkan’ fizikal dan mentalnya bagi memudahkan proses penyusuan badan.

Jika nak disenaraikan kebaikan susu ibu, entah berapa entry baru habis. Yang pasti, bayi akan dapat nutrient dan antibody yang paling lengkap dari susu ibu. Tak kesahlah dalam iklan susu formula kat TV tu, dia cakap anak anda akan jadi paling pandai dalam kelas ke, akan tahu magnet boleh tarik besi ke, tahu penguin tinggal di kutub utara ke lepas minum susu tu, susu ibu masih yang terbaik. Kalau minum susu formula perlu tukar-tukar susu untuk disesuaikan dengan peringkat umur anak kan? Yang hebatnya, komposisi susu ibu ni boleh berubah sendiri untuk disesuaikan dengan perkembangan umur anak dan keperluan nutrisi mereka. Dan rasanya juga berubah-ubah ikut pemakanan ibu! Tak perlu susah-susah nak fikir dah sampai masa nak tukar susu ke belum atau nak bertukar selera kene cari susu formula campur madu la, vanilla la, coklat la… Mom’s milk comes in various taste and its free!

Kanak-kanak tembam memang comel. Ada ibu yang menyusu badan merungut sebab anak tidak se’comel’ bayi yang menyusu susu lembu. Tapi comel tak semestinya sihat. Bayi yang menyusu susu ibu akan mengurangkan risiko obesiti dan masalah jantung apabila dia dewasa kelak.

“Eee… kesianlah budak tu kalau menyusu badan. Bukan banyak sangat pun susu. Menangislah anak awak tu nanti lapar susu” komen seorang kakak beranak dua kepada saya.

Patutnya tak wujud masalah tak cukup susu, sebab badan ibu telah di’program’kan untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi mereka. Bak kata kawan sepejabat saya yang mengamalkan exclusive breastfeeding, setiap dua jam susu akan penuh dan perlu pergi pam. Itu natural indicator tentang program pemakanan anak masing-masing. Jadi tak wujud masalah terlebih kasi susu atau terkurang. Subhanallah… hebatkan Allah atur hubungan fizikal dan emosi antara ibu dan anak. Anak rasa lapar je, badan ibu automatik mula hasilkan susu.

Kebaikan penyusuan susu ibu bukan saja pada anak tapi pada ibu juga. Kalau nak kurus cepat lepas bersalin, susukanlah anak anda. Tahu tak separuh daripada kalori yang diperlukan untuk hasilkan susu diambil dari simpanan lemak dan spare tyre anda? Boleh membakar dari 500 -1500 kalori sehari tau tak? It is a hard work, really! Tak perlu juga susah hati fikir tentang bagaimana menjarakkan anak dan mengecutkan rahim selepas bersalin juga, BF does it all! Dan yang paling penting, kajian perubatan menunjukkan BF mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan serviks yang lazimnya dihidapi kaum wanita.

Belum rasa cukup best ke breastfeeding? Okay, saya kasi lagi kebaikan BF. Kalau keluar pergi mana-mana tak payah bawak bakul susu, dengan termos, tin susu bagai. Susu dah ada dan ready made at the right temperature dan sterile lagi! Kalau anak bangun malam nak susu pun tak payah pergi dapur bancuh susu. Tak perlu turun dari katil pun dan tak perlu tahan telinga dengar anak meraung tunggu ibu bancuh susu. Oh, sungguh convenient! Dan mak saya kata, bayi yg BF ni jeluaknya tak berbau dan poopie pun tak busuk sangat. Owh.. juga ada alasan yang terbaik untuk duduk dan berehat lebih sikit. Kalau suami minta tolong apa-apa boleh cakap “Sat…sat… tengah menyusukan baby ni,” Baby, sila pura-pura belum habis menyusu walaupun anda sudah kenyang ye di saat ini. Huhu!

Secara poketnya juga, BF sungguh menjimatkan. Hanya perlu keluarkan capital cost untuk membeli breast pump dan kelengkapan lainnya (milk container dan cooler bag). Saya dapat breast pump free sebab kakak ipar beli dulu tapi tak guna. Philips AVENT lagi! Hehe! Dah jimat RM 300! Dan selepas itu dah tak perlu keluar operational cost dah. Hehe! Harga susu formula paling murah di pasaran lebih kurang RM 30 setin! Itu pun berapa minggu je tahan jika anak anda calon obese baby.

Daaan… yang paling penting sekali, BF mewujudkan hubungan yang istimewa antara ibu dan anak. Tidaklah anak anda merasakan baby sitter lebih best daripada anda. Masa BF tulah saat terbaik untuk pandang mata anak dan borak-borak dengan dia. Sepatutnya tak akan wujud pun masalah clinging pada ibu ke apa, pandai-pandailah latih dia untuk independent selain daripada masa menyusu. (Bukan dia menyusu 24 jam pun!) Dan kepuasan memberikan anak apa yang terbaik untuk permulaan hidupnya pastinya sesuatu yang indescribable. Walaupun tahu akan struggle juga untuk BF tambah pula sebagai ibu yang bekerja. Kena bawak beg hikmat yang mengandungi breast pump dan milk container setiap kali ke pejabat. Kena cari tempat rahsia mengepam susu pulak tu…huhu!

Wah… penat cakap pasal kebaikan BF. Sila baca sendiri ye di mana-mana website jika anda belum yakin akan ke’best’annya. Saya insyaAllah dah yakin dan berazam untuk BF anak saya nanti. Pernah dengar ada orang kata, kalau dari awal-awal dah simpan azam nak BF anak, insyaAllah susu pun akan banyak nanti. Tapi kalau awal-awal dah reluctant, mungkin akan mempengaruhi penghasilan susu.

Tapi dalam hati risau juga kalau nanti tak ada susu yang cukup. Macam mana ye? Panjang la pulak nak bincang bab ni. Sambung di next entry je la ye?


2 kopi panas..:

MA & RO berkata...

salam,sy pun menyokong penyusuan susu ibu ni.alhamdulillah sy dh menyusukan anak sy 1tahun 5 bulan dan masih meneruskannya.moga ALLAH permudahkan utk awak.amin

Jemput ke blog saya:
http://momsshoppebsp.blogspot.com

mommy sheeda berkata...

teringat pesan seorang nurse dari klinik kesihatan yang akak selalu buat check-up. die pesan ibu-ibu yang mengandung kene niat untuk breasfeed baby bla dh deliver nnt, barulah susu tu akan kluar. InsyaAllah, banyakkan doa, rezeki baby kita bukan di tangan kta...

p/s: alhamdulillah, setakat ni baby asmaa' masih kenyang dengan susu ibunya sahaja.