Assalamualaikum...
Semalam kami ambil cuti sehari, ke Kuantan menemankan Muhammad buat screening test untuk LASIK. Akhirnya Muhammad buat keputusan untuk proceed dengan laser eye surgery memandangkan dah tak tahan pakai cermin mata yang memeningkan kepala. Lepas screening test dengan pakar tu, baru kami tahu rupanya Muhammad ada allergies di bawah kelopak matanya, jadi soft lens is a no-no. (Siapa nak beli bekalan contact lens beliau berkotak2 di rumah ini? Sila angkat tangan) Alhamdulillah dari screening test tu, mata Muhammad kira layak untuk LASIK. InsyaAllah lepas ni kena buat ujian yang lagi menyeluruh untuk tahu keadaan mata dia. Screening test ni FOC, tapi ujian lain tu nanti kene bayar RM 600. Jumlah keseluruhan rawatan LASIK ni ialah RM 3500 di UIA, Kuantan. Murah sebab kata doktor pakar tu, kerajaan subsidized another RM 5500.
Dalam jam 11 selesai dengan urusan mata Muhammad, selepas tu kami ke KMC untuk mengintai si budak kecik memandangkan hujung minggu ini bakal sibuk dengan persiapan program tarbiyah. Jadi, mungkin tak sempat untuk temujanji antenatal kami yang sepatutnya pada hari Jumaat. Tambah pula saya dah mula dapat tanda-tanda demam dan sakit tekak. Makinlah cuak bila abang di Kuantan beritahu dia juga demam dan rupanya dijangkiti denggi. Baru teringat ada balik Kuantan hujung minggu lepas, bermain laptop di meja makan sambil kaki di gigit2 manja oleh sang nyamuk. Oh tidak! Ya Allah janganlah denggi pulak. Wanita mengandung ni risikonya lebih tinggi setahu saya.
Tunggu tak lama sebab dah mendaftar dari pagi sebelum ke pakar mata tadi. Sampai2 terus masuk jumpa doktor. Kali ni doktor terus suruh baring atas meja scan. Fateh tengah tidur rasanya sebab dia tak banyak gerak sangat. Tapi semasa 2D scan muka dia macam mengadap ke depan, jadi doktor rasa macam boleh dapat a good view of his face. Doktor tukar scan probe lain yang lebih lebar, katanya nak cuba buat 4D scan nak tengok muka Fateh. Wah excited! Baru pagi tadi cakap kat Muhammad teringin nak buat 3D/4D scan. hehe! Maka berusahalah doktor cari posisi terbaik untuk tangkap gambar si Fateh. Tapi pemalu rupanya anak Ibu ni, dia sorok muka dia bawah apa entah (placenta kot). Nampak sebelah muka saja. Lepas tu doktor cucuk2 sikit perut saya dengan jari nak suruh Fateh gerak. Tapi si Fateh ni tidur nyenyak, memang tak layanlah. Siap pegi tutup muka dengan tangan pulak tu. Lepas tu buat aksi akrobatik menaikkan kaki sehingga separas dengan muka. Tak cukup dengan tangan nak tutup muka dengan kaki pulak. Macam nak cakap "Don't disturb me. I want to sleep!" Hadoi la anak ibu! Baiklah kami mengalah, Fateh menang.

"Hi, world!"
Biasa kalau scan mesti tengah sibuk hisap jari, tapi mungkin sebab hari ni scan lambat sikit dah jam 12 lebih pun. It's time for afternoon nap ye, Fateh? Biasanya appointment kami paling lewat pun jam 10 pagi. Biasanya pagi-pagi lepas Ibu sarapan dia memang aktif bermain bola sepak. Tak apalah Fateh, nanti kita cuba tangkap gambar Fateh lain kali, okey? Sila berikan kerjasama ya. Kali ni doktor hanya printkan gambar 2D Fateh aje. Nampak la muka budak tembam tengah sebut "Oooo!"
Seperti biasa, doktor buat development measurement. Ukur lilit kepala, kaki dan badan alhamdulillah sihat walafiat. Estimated Fetus Weight (EFW) dah 703 gram dan Gestational Age (GA) 24 weeks 2 days. Fetal Heartbeat, ok! Fetal Movement, ok! Alhamdulillah Fateh sihat. Cumanya Ibu yang tak berapa nak sihat. Dari ujian darah, nampaknya haemoglobin memang dah menurun di bawah paras normal 10.3 g/dL sahaja, sepatutnya 11.5 g/dL paling kurang. Jadi doktor suruh amik iron double dose, biasa makan sebiji Sangobion sekarang jadi dua. Alhamdulillah denggi negatif cuma ada virus infection sikit dalam darah. Jadi doktor cuma prescribe antibiotic. Berat Ibu pula naik sekilo saja dari last check up jadi 71kg. Sepatutnya naik 2kg tapi doktor kata jangan risau sebab Fateh is doing well and healthily gain weight. Bak kata kakak perlis "I didn't starve my baby" hehe! Lalu doktor memberi 2 hari MC. Patutnya masa tu doktor nak kasi injection Tetanus Toxoid, tapi sebab demam lalu tangguh ke check up depan insyaAllah.
Habis check-up Fateh, pergi berangan dengan Muhammad tengok rumah orang-orang kaya di Bukit Istana. (tak sedar diri tgh demam) Siap pergi melawat rumah contoh... sungguhlah cantik! Tapi berangan jelah sebab harga mahal, tak mampulah kami nak membelinya. Tapi dah siap beranganlah nak buat port usrah kat beranda atas rumah mengadap pemandangan Indera Mahkota saujana mata memandang. hoho! Tambah pula lokasinya memang atas bukit, bawah sikit aje dari Istana Tengku Mahkota Pahang. Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki Fateh dapat duduk rumah atas bukit ni ye tak? huhu!
Alhamdulillah we are all fine!
4 kopi panas..:
Assalamualaikum..
tcer..sy pun bercadang nak buat LASIK.tapi hari tu tgok harga dalam 9-12 ribu.mcm banyak je.oleh itu, x sanggup membebankan mak sy dengan buat lasik tu.Oleh itu, sy prefer pakai spek sekarang..sekiranya lagi beberapa tahun,dan ada duit maybe boleh buat.
Kalau tcer sudi, boleh x tcer jelaskan ckit pasal ni.mana tahu, harga LASIk yang sy tgok tu lain.@ dengan erti kata lebih murah...
Alhamdulillah.. moga semua sihat2 aje...
Sakinah: Kat private memang macam tu harga dia. Mahal! The only government subsidized LASIK is in UIA Kuantan. Eye Clinic dia memang bestlah! Only pay RM 600 for pre check-up and another RM 2900 for the LASIK surgery. Before that ada pre screening to check whether kita sesuai tak nak buat LASIK and that is for free! Government subsidized RM 5500. So RM 3500 + RM 5500 = RM 9000! Which is the price that you have to pay if doing it at private hospital.
Kak Marsita: Thanks for the du'a!
owh~!thanks a lot teacher..nanti saya fikirkan balik~!hehe=)
Catat Ulasan