Esok Khadeeja dapat jemputan ke jamuan akhir tahun adik-adik tingkatan lima yang Khadeeja sempat mengajar sebulan dulu. Terus fikir nak masak apa untuk adik-adik ni sebab macam seganlah pula kalau pergi dengan tangan kosong je kan? Dahlah 'ex-teacher' jek kooot.. huhu! Ingatkan nak buat kek, tapi Khadeeja belum ada penimbang jadi susahlah nak sukat-sukat. Senang cerita buat puding trifle saja sudah. Kali pertama buat masa kat Manchester untuk makan-makan dengan akhawat lepas habis 'final exam'. Masa tuh puding Khadeeja macam disastrous sebab jelly tak mengeras mungkin sebab salah sukatan airnya. Jadi nasibnya berakhir di dalam sink. hukhuk! Pengadil masakan kali ini seperti biasa adalah Muhammad. Dah siap buat dalam cup comel untuk dia rasa. Dan keputusannya ialah..... thumbs up!! Muhammad mintak tolong buatkan untuk 'officemate' dia Khamis depan sebab hari tu giliran Muhammad bawak food. Ok set!
Bahan
Swiss roll secukupnya
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Khadeeja guna cap NONA
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Cara membuatnya:
Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Nota: -Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". -Resepi asal ada letak whipping cream tapi kat Kerteh ni mana laaa nak cari whipping cream tu kan. Jadi Khadeeja tak letaklah. Menjaga kesihatan gak neyh! |
0 kopi panas..:
Catat Ulasan