Semalam pergi ke rumah biras mak mertua (kira mak mertua kepada kakak ipar..oh sungguh complicated). Makcik ni kalau ke rumah dia, tak sah kalau balik tangan kosong. Sebelum balik, makcik sempat rebuskan ubi kayu untuk kami... baik kan? Dalam perjalanan pulang puas juga mencari kelapa parut muda. Ingatkan nak gaul dengan gula dan garam, lepas tu cicah ubi kayu. Pekena air kopi..fuuuh.. tambah pula musim-musim hujan macam sekarang ni. Memang kenalah! Tapi petang tu tak ada rezeki pula. Balik rumah puas berfikir nak buat apa dengan ubi kayu rebus sebekas ni. Teringat bingka ubi yang Kak Z buat di bilik guru. Tapi Khadeeja tak minat pula makan bingka ubi. Muhammad minta buatkan keria. Tapi bukan keria kena guna keledek ke? Belek-belek resepi, ade jugalah keria ubi kayu. Keria kentang pun ada! Apa lagi... Muhammad dah pergi kerja, mari mulakan projek! Senang aja. Boleh buat minum petang ni...
(gambar akan ditempek selepas saya menggorengnya petang nanti ye?)
Bahan-bahan
Note: Petua nak hilangkan pahit ubi kayu yang di ajar pakcik Google. Parut ubi kayu dan bungkus dengan kain putih lepas tu gantung atau letak atas tapis. Air yang terkumpul boleh dibuang sebab air tu yang menyebabkan pahitnya.
(gambar akan ditempek selepas saya menggorengnya petang nanti ye?)
Bahan-bahan
- 7 biji ubi kayu (sederhana besar) / sekilo (boleh ganti dengan keledek atau kentang)
- 500 gm tepung gandum
- 1 cawan gula
- Sedikit garam
- Air
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- - Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan (saya parut kasi lagi halus...) biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
- - Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
- - Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.
Note: Petua nak hilangkan pahit ubi kayu yang di ajar pakcik Google. Parut ubi kayu dan bungkus dengan kain putih lepas tu gantung atau letak atas tapis. Air yang terkumpul boleh dibuang sebab air tu yang menyebabkan pahitnya.
0 kopi panas..:
Catat Ulasan