Saya Kembali!

Owh wow... eh, sorry...

Assalamualaikum,

Bukan apa... terkejut sebab sangat lama tak update blog. Kali terakhir saya update ialah ketika Ayyash masuk wad. Masa tu umur dia 5 bulan. Sekarang Ayyash dah umur 9 bulan! Dari pada nak mula pandai merangkak sampailah dah nak pandai berjalan dah pun. Tolak tambah, lebih kurang 4 bulan dah tak update! Rekod baru nih... heheh! Sebab tak update? Hmm... nak kata sibuk takdelah sibuk sangat. Tapi balik rumah tu memang tumpukan masa sepenuhnya untuk keluarga. Yelah, takkanlah lepas sehari suntuk tinggalkan anak dan suami, balik-balik rumah je Ibu mengadap laptop, update blog. Ape kes? Ada juga kes suami dan anak mogok nanti. Hehe... Maka maafkanlah diriku andai ada yang menjengah tapi kecewa takde entry baru (perasan popular kejap, macam la orang baca sangat blog ni) Hehe!

Jadi, mengapa hari ni tiba-tiba update blog? Mimpi apakah malam tadi sehingga begitu rajin jari jemari mengetuk keyboard hari ini mengupdate blog? Al-kisah, Sabtu yang lepas pergi ke jumpa pakar ortho untuk check pergelangan tangan yang kembali sakit. Masa trimester terakhir mengandungkan Ayyash, pergelangan tangan mula sakit terutama sekali apabila menggunakan ibu jari. Kata doktor, salah satu tendon di situ membengkak dan menghimpit tendon lain. Jadi itulah punca kesakitan bila ibu jari digerakkan, kerana tendon yang terlibat berkaitan dengan ibu jari. Langkah pertama, doktor bagi ointment untuk disapu pada tempat yang sakit dan ubat untuk kurangkan inflammation. Tak berkesan. Langkah seterusnya doktor terpaksa suntik steroid untuk surutkan bengkak di tendon. Alhamdulillah berkesan.


Begini agaknya rupa pembedahan kecil saya

Seminggu dua yang lepas sakit itu kembali di pergelangan tangan sebelah kiri. Doktor kata boleh kalau nak suntik steroid lagi, tapi kemungkinan untuk sakit kembali lagi adalah tinggi. Doktor cadangkan untuk buat pembedahan kecil untuk lepaskan tendon yang tersepit tu. Petang itu juga saya masuk ke dewan pembedahan. Doktor bagi cuti seminggu untuk berehat. Seronoknya dapat cuti percuma! Hehe! Tapiii.... tak boleh angkat berat sangat kerana luka pembedahan masih sakit. Maka tak bolehlah dukung si demuk Ayyash yang seberat 8 kg itu. Dengan berat hati terpaksa merelakan si demuk dihantar ke rumah pengasuh sebab Ibu dia ini tak mampu nak menguruskan beliau. Maka keseoranganlah diriku di rumah. Hence, kebosanan yang melampau menyebabkan diri mengupdate blog. Ok, relevan tak asbab mengupdate blog ini? Hehe!

Owh... dah masuk tahun 2012 kan? Saya ada terbaca blog seseorang ni yang menyenaraikan 40 perkara yang perlu dilakukan dalam tahun 2012. Jadi teringinlah juga hati ni nak menyenaraikan resolusi untuk tahun ini. Tipikal? Ye, tipikallah juga kan? Kalau pergi jengah blog2 lain masing-masing duk buat entry resolusi tahun baru kan. Bezanya, orang lain bulan Januari dah buat resolusi, saya bulan Februari baru nak beresolusi.. haha! Saya kira masih belum terlambat rasanya. Bukan untuk orang lain baca sangat pun, but merely as a reminder and motivator for myself untuk cuba capai impian-impian yang bergantungan di kepala ni... hehe! Baiklah, see you in my next entry for my 2012's resolutions! Wassalam.