Si Pemotong Rumput 2

Salam...

Masih ingat kisah si pemotong rumput yang pernah saya tulis dulu? (klik sini kalau dah lupa)

Tadi sebaik selesai solat maghrib lelaki itu datang ke rumah. Kali ini dia datang mengayuh basikal. Beberapa kali dia memberi salam. Kedatangannya kali ini mahu mengajak Muhammad ke PERKESO di Kemaman untuk menuntut wang di sana. Terus daripada itu mahu membayar wang yang dipinjamnya dari kami dahulu. Dia tidak tahu tulis baca. Maka mahu minta bantuan Muhammad tentang selok belok menguruskan tuntutan. Sambil itu mahu memperkenalkan isterinya kepada saya.

"Kenapa dia mahu ke PERKESO, abang?" tanya saya pada Muhammad sebaik lelaki itu pulang.

"Anak dia yang sakit hari tu dah meninggal dunia dah..." jawab Muhammad

Innalillahi wa innalillahi rajiun.........

"Berapa umurnya?"

"5 bulan, agaknya sebab lambat ke hospital la kot. Agak-agaknya macam manalah dia hantar anak die ke hospital dalam hujan hari tu..."

Saya terdiam. Terfikir betapa bertuahnya kami. Sakit demam selsema sedikit pun sudah segera ke klinik mencari rawatan. Sedang ada insan yang tidak mampu bukan sahaja untuk ke klinik malah untuk mencari sesuap nasi pun.... Allah Ya Rabb... aku bersyukur pada Mu. Allah Ya Rabbi... ringankanlah bebanan mereka dan tabahkan hati mereka...

Al-Fatihah untuk si kecil... menanti pertemuan semula dengan ibu bapanya di syurga nanti.



Al-Fatihah

'Salam. Al-fatihah buat akh arif notts n 3 yg lain yg ke rahmatullah br sbntar td.moga Allah ampunkan dosa2nya n kuatkn kluarga dia bg mghdpi dgaan yg besar ini.arif n 3 yg lain meninggal dlm kmlgan slpas br bbrapa mnt bernikah.'

Mesej pesanan ringkas itu kami terima dari seorang ikhwah di Kedah, ketika kami dalam perjalanan ke bandar Kuantan. Tersentak seketika...

"Innalillahi wa inna lillahi rajiun..."

Terus saja Muhammad menelefon akh yang menghantar mesej tersebut untuk mengetahui berita lanjut. Muhammad mengenali Allahyarham Arif dalam program-program semasa di UK dahulu... Pada sebelah malamnya, berita kemalangan yang meragut nyawa allahyarham, kedua ibu bapanya itu dan juga rakan baiknya dilaporkan di Buletin Utama. Sempat sekilas melihat wajah isteri allahyarham yang dicuri lesa kamera. Walau tidak betul-betul saya kenali, tetapi seperti pernah berjumpa dengan beliau dalam salah satu program yang saya hadiri. Tabahkan hatimu ukhti... bisik saya dalam hati. Tidak dapat saya bayangkan kalau saya ditempatnya.

"Saya dah makin takut nak drive kereta..." ujar saya perlahan pada Muhammad sejurus mendapat berita itu pada petangnya.

"Bukan kita patutnya takut pada penyebab kematian tu... tapi sepatutnya kita ambil berita ni sebagai peringatan yang kematian tu bila-bila masa je boleh datang. Yang penting sepanjang masa kita kena bersedia untuk sentiasa ada dalam iman... dalam perjuangan. Jadi, kalau dah sampai ajal pun... biarlah kita mati dalam syahid" kata Muhammad.

"Hmm.. betul... Bila-bila masa je ajal boleh datang. Baru lepas kahwin boleh mati.... tengah jalan-jalan dalam shopping complex pun boleh mati..." saya teringatkan berita kemalangan dalam KB Mall yang meragut nyawa 2 orang. Siapa sangka sedang berjalan-jalan dalam kompleks membeli belah, tiba-tiba maut ditimpa kereta yang jatuh dari bumbung! Al-Fatihah untuk mereka yang menjadi korban dalam tragedi KB Mall juga.

Banyak muhasabah kematian yang sampai kepada kami akhir-akhir ini... Saya berdoa moga pengakhiran kami nanti dalam husnul khotimah....ameen.

Berita ttg kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham Arif



Al-Fatihah



Mum called me on the third day of EidulAdha to inform about Uwan departures

Rushing back from Teluk Intan but cant make to see her for the last time...

May Allah blessed her soul...





"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

~Luqman:34~

Si Pemotong Rumput

Ada sesuatu yang amat menyentuh hati saya hari ini... dan juga Muhammad...

Saya sedang asyik menyudahkan tugas dengan laminator yang baru kami beli semalam apabila Muhammad tiba-tiba pulang kerana kurang sihat. Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. Mujur Muhammad ada di rumah, dialah yang menyantuni lelaki yang memberi salam itu. Saya hanya mencuri dengar dari dalam.

" Assalamualaikum, abang. Nak potong rumput tak?"kedengaran suara lelaki itu bertanya.

" Waalaikumsalam... tak apalah. Kami pun dah nak pindah rumah..." jawab Muhammad.

Baru semalam saya menegur tentang rumput yang tumbuh subur di halaman kecil rumah kami itu. Sudah meninggi sehinggakan kalau berdiri sudah tenggelam buku lali. Pokok-pokok hiasan yang ditanam juga tidak terurus. Musim hujan begini, tumbuhan-tumbuhan itu mewah dengan air. Hujan pula sentiasa lebat dan jarang sekali teduh, mana mungkin kami punya peluang untuk mengemaskan laman. Biasanya itu tugas Muhammad apabila dia berkelapangan. Tugas saya hanya di dalam rumah. Kadang-kadang apabila sudah tak terlarat mengurusnya Muhammad terima saja sesiapa yang datang minta upah memotong rumput. Tetapi kali ini Muhammad menolak. Mungkin kerana tinggal berapa minggu saja lagi kami akan berpindah ke rumah sewa yang baru di kawasan perumahan staf Petronas.

"Bolehlah abang... hari ini saya charge murah.. 30 ringgit je," lelaki itu masih berusaha memujuk. Masih kedengaran rintik-rintik hujan di luar. Buat beberapa ketika hujan yang melebat itu sedikit teduh walaupun tidak berhenti seluruhnya.

"Eh takpe..." Muhammad cuba menolak.

"Bolehlah abang... anak saya sakit sekarang. Kami tak ada duit nak ke hospital," kata lelaki itu lagi. Timbul perasaan belas di dalam hati. Mendengarkan itu Muhammad akhirnya bersetuju untuk mengupahnya memotong rumput. Muhammad berkira-kira untuk kembali berehat di dalam bilik apabila lelaki itu kembali memanggil.

"Boleh tak dahulukan duitnya abang. Saya sebenarnya tak ada minyak nak isi dalam mesin pemotong ni. Tak ada duit nak beli minyak."

Muhammad bergegas ke dalam mengambil beberapa keping not sepuluh ringgit lalu menghulurkannya kepada lelaki itu. Kemudian lelaki itu menghilang, pergi mendapatkan minyak untuk mesin pemotongnya. Saya pula ke dapur memasak. Usai makan tengah hari saya menjenguk ke luar tingkap menjengah laman kami. Tidak kedengaran pula bunyi mesin pemotongnya sejak dari tadi. Sah! Halaman itu langsung tidak berusik. Rumputnya masih panjang!

"Kita kena tipulah abang! Dia tak potong pun rumput!" saya menggerutu kebengangan. Rugi rasanya perasaan simpati saya pada lelaki itu tadi.

"Tak apalah... itu antara dia dengan Allah. Ikhlaskan saja niat kita nak tolong dia. Mana tahu betul-betul ke anak dia sakit. Terdesak nak guna duit tu..."

"Yelah.. tapi dia kan dah janji nak buat kerja dia. Kenalah tunaikan janji..."

"Takpelah... halalkan aje. dah.. tak payah cakap pasal dia dah. Tak pasal-pasal kita dapat dosa mengumpat orang pula nanti," Muhammad menenangkan saya yang sedikit kemarahan. Geram juga dalam hati pada orang yang mengambil kesempatan seperti itu.

Pulang daripada pasar malam petang itu saya kembali terlihat rumput yang masih memanjang. Secara tidak langsung mengingatkan saya akan lelaki itu lalu timbul geram dalam hati. Saya tidak tahu bagaimana rupanya kerana saya hanya mendengar perbualannya dengan Muhammad dari dalam rumah. Dan saya kembali merungut mengenangkan sifat tidak amanah lelaki itu. Muhammad yang mendengar rungutan saya itu menyuruh saya melupakan saja tentang lelaki itu. Tetapi, ketika hari sudah semakin gelap menghampiri waktu maghrib, tiba-tiba kedengaran bunyi mesin pemotong rumput di luar rumah.

"Ha... itu pun dia datang buat kerja," kata Muhammad. Saya hanya terdiam. Rasa serba salah kerana sedari siang tadi saya bersangka buruk dengan lelaki itu. Betul agaknya dia menguruskan anaknya yang sakit sebelum datang melunaskan tugasnya di laman rumah kami

"Hmm... ada orang dah bersangka buruk kan tadi? Kesian pakcik kat luar tu...." Muhammad cuba memancing fikiran saya. Saya diam berjurus-jurus. Berpura-pura tidak mendengar kata-kata Muhammad.

Lelaki itu masih sedang mengumpulkan rumput-rumput yang sudah siap dipotong ketika saya dan Muhammad keluar pula sesudah solat Maghrib. Sebelum kami meninggalkan rumah saya lihat dia bercakap-cakap dengan Muhammad di sisi kereta. Entah apa butir perbualannya saya sendiri tidak pasti. Tiba-tiba Muhammad menjenguk bertanyakan saya sama ada membawa purse ketika itu. Muhammad meminta saya mengambil purse. Dia mengeluarkan beberapa keping not dan menghulurkan kepada lelaki itu.

"Kenapa tadi, abang?" soal saya ketika kami mula bergerak. Malam itu saya yang memandu.

"Dia nak pinjam duit kejap. Anaknya demam kuning... Dah cuba mintak pinjam dengan sekolah tapi masih belum dapat lagi. Tadi dia terlambat datang memotong sebab dia selesaikan kerja memotong di rumah-rumah sebelum kita. Dia janji mahu bayar lepas raya haji ni," kata Muhammad.

"Kesiannya dia abang..."

Rasa bersalah semakin membuak-buak dalam hati. Rupa-rupanya lelaki itu betul-betul ikhlas. Boleh sahaja dia tidak kembali menunaikan janjinya terhadap kami dan lesap dengan wang di tangan tetapi dia tetap kembali walaupun hari sudah semakin gelap. Dalam malap lampu jalan, saya lihat dia berjalan seorang diri. Mungkin menuju pulang ke rumah dengan hasil titik peluhnya untuk hari ini, atau mungkin juga ke rumah seterusnya memotong rumput bagi mengumpul duit lagi untuk anak tersayang. Mujur hari ini hujan tidak lebat dan berpanjangan seperti hari-hari semalam, paling kurang dia ada peluang untuk mencari rezeki.

Segera saya terbayangkan andai saya di tempatnya. Hidup kami mungkinlah tidak sesenang mana tetapi alhamdulillah sentiasa berada dalam kecukupan. Belum pernah rasanya merasa terdesak seperti lelaki itu tadi. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu. Saya ini masih sering merungut kerana masih belum menerima apa-apa tawaran pekerjaan sedangkan masih ramai lagi orang yang lebih susah di luar sana. Selalu mengira-ngira apa yang masih belum dimiliki sedang yang sudah tersedia Allah berikan jarang sekali saya syukuri. Astaghfirullah... moga Allah mengampuni saya.

"Tahu di hospital mana anaknya?" tanya saya pada Muhammad.

"Oh.. lupa pulak nak bertanya tadi. Kenapa?"

"Teringin nak pergi ziarah..."

Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia. Moga Allah meringankan segala kesusahan dan melapangkan kesempitan baginya. Semoga anaknya cepat sembuh...


Rahmat Ujian


Rahmat Ujian berkumandang dari corong komputer riba saya ketika ini. Hujan mencurah lebat di luar sana. Maklumlah musim tengkujuh di pantai timur. Sudah entah berapa hari hujan tidak berhenti. Teringat dalam perjalanan pulang dari Kuantan semalam, nyaris saya dan Muhammad terperangkap di tengah jalan kerana air yang semakin naik dan melimpah ke jalan. Alhamdulillah selamat akhirnya sampai ke rumah. Dalam perjalanan, sempat singgah di rumah naqib kepada Muhammad. Menziarahi isterinya yang baru selesai menjalani pembedahan. Saya dan Muhammad sendiri belum maklum apakah sakitnya kerana tidak berkesempatan menziarah semasa dia masih di hospital.

Kedatangan kami disambut oleh naqib Muhammad. Sempat dia memohon maaf atas keadaan rumah yang agak kacau bilau. Hujan yang lebat menyebabkan air naik membanjiri bahagian depan dan belakang rumah mereka sehari sebelumnya. Setelah beberapa ketika menanti di ruang tamu, baru kelihatan Makcik turun perlahan-lahan dari tingkat atas bersama anak perempuan sulungnya. Masih jelas kepenatan di wajah mereka kerana sibuk mengemas dan mengeringkan lantai rumah selepas banjir surut. Subhanallah... masih mampu menguntum senyum dan menyambut saya mesra sebagaimana lazimnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu...

Berbual-bual dengan Makcik, barulah saya tahu Makcik menghidap barah payudara tahap kedua. Jika tidak kerana melihat luka pembedahannya, tiada siapa yang tahu Makcik sedang menanggung kesakitan. Rasa kesal kerana dalam berziarah ke rumahnya sebelum-sebelum ini saya langsung tidak tahu Makcik menghidap penyakit tersebut. Kata Makcik dia sendiri baru sahaja tahu keadaan dirinya beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah Allah menggerakkan hatinya untuk menjalani pemeriksaan selepas seorang ukht meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit yang sama. Sebelum ini Makcik sememangnya aktif dalam kegiatan persatuan kanser di kawasannya. Makcik sering menziarahi pesakit-pesakit kanser dan membisikkan kata-kata semangat kepada mereka. Siapa tahu, ditakdirkan dirinya sendiri juga diuji dengan ujian yang sama.
"Senang mengungkap sabar pada orang lain... tapi bila terkena pada diri sendiri barulah teruji redha dan sabar yang kita ucapkan pada mereka..." kata Makcik.

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran

Saya hanya mengangguk mengiakan kata-kata Makcik. Benar kata-katanya. Teringat perbualan saya dengan seorang ukhti pada pagi hari yang sama sebelum saya tiba di rumah Makcik...
"Bolah akak tanya awak satu soalan?" tanya seorang ukhti, rakan seusrah saya, sambil kami menunggu penceramah hadir untuk program pagi itu.
"Boleh akak... tanyalah,"jawab saya. Dalam hati tertanya-tanya apa agaknya yang ingin ditanyakannya. Dia kelihatan sedikit serba salah.
"Erm... maaf...akak cuma nak tahu, macam mana awak cope bila doktor beritahu awak ada masalah untuk ada baby...apa yang awak rasa?"
Saya terdiam memikirkan semula apa yang saya rasa kebelakangan ini sejak saya sibuk berulang alik ke hospital. Alhamdulillah... saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya dengan tarbiyah ini. Walau awalnya saya sering kali mengeluh dan tertekan. Ketika itu saya tidak sedar indahnya ujian Allah ini. Tentu saja saya cemburu dengan setiap mereka yang diberi peluang bergelar ibu. Malah pernah suatu ketika saya menyepikan diri kerana cukup terluka dengan soalan yang berkait dengan zuriat. Tambah menekan dengan kesunyian apabila Muhammad tiada di rumah. Walau sering saya sibukkan diri dengan pelbagai perkara namun perasaan itu kerap hadir dan kerap menuntut air mata. Dan saya melalui period itu dengan perit sekali... Lama saya berfikir sehingga akhirnya saya sedar yang ujian ini membawa saya lebih dekat pada Allah. Betapa hebatnya kasih sayang Allah kerana menguji saya dengan dugaan ini.

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa


Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya

Teringat pula pertemuan dengan seorang ukhti minggu lepas. Siapa sangka anak yang dilahirkan dan kelihatan sempurna akhirnya dikesan mengalami masalah pendengaran ketika berumur enam bulan. Anak comel itu perlu memakai alat bantuan pendengaran yang kosnya bukan murah. Malah mungkin juga perlu menjalani pembedahan cochlea implant sekiranya pendengarannya masih belum pulih apabila mencapai sekian sekian umur. Kata ukhti itu, Allah sahaja tahu apa perasaannya ketika mendengarkan berita itu... Subhanallah saya kagum dengan semangatnya. Kami berjanji untuk saling mendoakan. Sentiasa. Benarlah setiap hamba Allah diuji unik sesuai dengan kemampuan dan keimanannya.

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
~Al- Baqarah: 286~

Ketika saya tiba di baris ini, hujan masih lagi melebat di luar sana. Masih belum ada tanda akan berhenti untuk hari ini. Tetapi insyaAllah semua tahu tengkujuh ini tidak akan selamanya berpanjangan. Tiba masanya yang terbaik, matahari akan muncul mengambil alih tempatnya. Bila dan bagaimana? Hanya Allah yang menentukan. Dugaan adalah rahmat. Yang menjadikan seorang hamba lebih dekat pada Penciptanya.

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...

Bekalan di Jalan Dakwah (Bab 1)

Seorang dai'e itu seperti seorang musafir...

Kerana si musafir dan daie itu...

- Punya matlamat/ destinasi yang dihajatkan
- Perlu bekal yang mencukupi untuk meneruskan perjalanan dan sampai ke destinasi
- Menghitung segala kemungkinan yang bakal di hadapi sepanjang perjalanannya supaya perjalanan itu selamat dan sampai ke destinasi pada masanya.
- Sentiasa bersedia menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mungkin boleh merencatkan perjalanannya.

Bekal paling penting bagi seorang daie ialah:

IMAN DAN TAQWA

Darinya lahir segala kebaikan, tenaga, cita-cita, azam dan kemahuan. Dengannya meringankan tarikan dan halangan, menjauhkan kesalahan dan menerangi jalan. Puncaknya lahir kebenaran, jiwa yang ikhlas, kesungguhan dan ketahanan....

Dengannya kita MERASA KEHADIRAN ALLAH:

- Dengan merasa kehadiran Allah kita tak akan pernah rasa kekurangan
- Tidak akan pernah sesat malah terus hilang drp perjalanan dakwah
- An-Nahl 127-128, Al-Anfal: 19, At-Taubah:36

Dengannya kita akan dibekali dengan NUR petunjuk oleh Allah S.W.T

- Supaya melangkah atas basirah, berpandangan jauh, jelas tanpa penyelewengan
- Al-Hadid:28,Al-A'raf:201, Al-An'am:153

Dengannya kita merasa IZZAH berada di atas jalan ini dan jauh dari perasaan lemah dan rendah diri. Langsung mampu mengubah kebatilan dan menegakkan yg haq

- Ali-Imran:139, Al-Munafiqun:8, Ali-Imran110

Dengannya kita mampu berkorban dengan IKHLAS dan hanya mampu dilakukan oleh org yg beriman kerana mereka sentiasa mengutamakan Allah dalam segalanya:

- An-Nisa: 76, At-Taubah:111

Dengannya kita mampu menghadapi SUNNATULLAH JALAN DAKWAH ini; iaitu cercaan, penghinaan dan terdedah kepada penyiksaan sebagaimana Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

- Ali-Imran: 186, Ibrahim:12, Taha:72-73 (Kisah ahli sihir firaun)

Dengannya Allah akan MEMANTAPKAN HATI kita di jalan ini, tanpa bimbang dan ragu, tanpa menjauhkan diri dari amal walaupun terasa berat.

- Ibrahim:27, Al-Anfal:12, Ali-Imran: 171-175

Tidak akan sempurna iman sekiranya kita tidak mencintai saudara yang lain seperti diri sendiri. Kekuatan dakwah terletak juga pada KEKUATAN UKHUWAH sesama daie sendiri:

- Perasaan yang diikat kerana semata-mata rasa cinta kepada Allah S.W.T
-Tolong menolong dalam pekerjaan dakwah
- At-Taubah:71, Al-Hujurat:10, Hadith Ukhuwah
- Sentiasa ingat mengingati kepada kebaikan untuk lawan penyakit hati yang boleh membunuh seorang daie.

Dengannya, seorang dai'e mampu menghadapi REALITI KEHIDUPAN yang susah dan getir yang boleh menjadikannya bingung. Saat inilah iman membuatkannya bertegas dgn prinsip Islam:

- Berani memperkatakan yang haq wpun di ancam bahaya
- At-Talaq:3-4, At-Taghabun:11, Al-Kahfi:10, Al-Ahzab:70-71

Dengannya kita mampu MENGHAYATI ISLAM dan berperilaku sesuai dengan syariat Islam. Menjaga PERPADUAN dan kesatuan barisan jemaah Islam. Tiada sesiapa sanggup melakukan selain org yg benar-benar beriman kpd Allah S.W.T:

-Al-Ahzab:36, Ali-Imran:103, An-Nur:62

Jalan dakwah memerlukan ahlinya mempunyai ILMU YANG LUAS untuk berdakwah dengan hujah yang nyata. Tidak mencukupi dengan banyaknya membaca kitab tetapi perlu ada ikhlas dan taqwa supaya ditambahkan Allah taufiq dan nur ke atasnya:

- Al-baqarah:282

Ia adalah perkara pokok dalam mendapatkan PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN ke atas agamaNya:

- Ar-Rum:47, Al-Mukmin:51, An-Nur: 55

Dengan adanya iman dan taqwa kita menjadi mampu untuk berpegang kepada JANJI kita kepada Allah, tida merubah agamaNya hingga kita menemui Allah di atas jalan ini:

- Ali-Imran:76, Al-Ahzab:23




Betapa lemahnya kita kerana memerlukan bekal sepanjang perjalanan ini.

Jadi mari sama-sama memperlengkapkan diri dengan bekal IMAN DAN TAQWA.

Selalu memperbaharuinya dan jangan membiarkannya berkurang atau terus habis.

Tetapi bagaimana ya?

Bersambung...

Flash of Genius


Sempat tonton 'Flash of Genius' dengan Muhammad malam semalam. Filem yang berdasarkan kisah benar tentang seorang jurutera yang telah mencipta 'intermittent windshield wiper', seperti mana yang kita lihat pada semua kenderaan zaman sekarang. Pada mulanya, saya dan Muhammad fikir, tiada apa sangat pun yang boleh dikagumkan dengan rekaan Robert Kearns ini. Wiper telah dicipta sebelumnya oleh Mary Anderson tapi perlu dikawal secara manual dengan tenaga manusia. Kemudian Folberths brothers cipta wiper yang dikuasakan oleh 'air engine' sebelum Bosch mencipta 'electric windshield wiper' yang bergerak secara berterusan. Berilhamkan daripada mekanisme mata manusia yang berkelip setiap beberapa saat dan tidak secara berterusan, Robert Kearns akhirnya mencipta wiper yang ada delay bagi setiap pergerakan kiri dan kanannya. Tiada apa yang baru dicipta oleh Kearns, tetapi dia hanya mengubah susunan litar sedia ada.

Bukan ciptaan Kearns yang menjadi persoalan tetapi nilai-nilai yang boleh dikutip sepanjang 2 jam menonton filem ini. Tentang konsep penemuan baru itu. Kadang-kadang kita tidak dapat mengelakkan rasa ta'jub dengan hasil kerja kita. Berapa ramai mad'u yang berjaya kita kumpul dalam tempoh setahun misalnya. Ini kerja syaitan yang jika tidak mampu merosak amal kita, dia akan merosakkan pahala kita. Kita merasa gembira apabila dengan sedikit usaha seorang mad'u sudah tertarik hati untuk bersama kita. Jarang kita sedar yang entah berapa ramai sebelum kita yang berusaha menyentuh hatinya dengan Islam sedang kita mungkin ditakdirkan berada di akhir sebelum dia tersentak dengan Islam. Kita merasa bangga apabila anak didik kita menjadi seorang yang hebat. Tetapi jarang kita sedar kehebatannya itu bukan semata-mata kerana tarbiyah yang kita berikan kepadanya, tetapi kerana nilai hebatnya yang memang sudah tersedia dikurniakan Allah untuknya. Tinggal lagi kita hanya mencungkil dan menggilap nilai itu saja. Seperti Kearns yang mungkin tidak mampu muncul dengan ciptaannya sekiranya sebelum itu tidak ada yang mencipta litar elektrik untuk menggerakkan wiper itu atau malah dia mungkin tidak terfikir pun bagaimana mahu mencipta wiper.



Kami lebih kagum melihat cara Robert Kearns mendidik anak-anaknya supaya mempunyai cara berfikir seperti beliau. Bagaimana penemuan terbarunya itu dilakukan bersama anak-anak lelakinya di 'basement' rumah mereka. Bagaimana mereka sekeluarga keluar meraikan kejayaan mereka dan bersama-sama menunggu hujan untuk keluar menyaksikan kehebatan wiper mereka. Kearns malah membiarkan anak-anaknya sendiri berunding dengan si penjual kilang untuk memutuskan kesesuaian kilang tersebut sebagai tempat penghasilan produk mereka. Hakikatnya Kearns sebenarnya mampu melakukan segalanya sendirian walaupun tanpa bantuan anak-anaknya, tetapi segalanya dilakukan bersama-sama demi memberi 'on hand experience' kepada anak-anak muda itu.


Saya mengumpamakan kaedah Kearns mendidik anak-anaknya dengan kaedah mentarbiyah anak-anak usrah. Bagaimana seorang naqib/ naqibah sepatutnya memberikan 'on hand experience' kepada anak-anak usrah mereka. Tidak cukup dengan sekadar memberi arahan atau bercerita tentang teori dakwah dalam usrah, kemudian hanya menanti laporan dari anak-anak usrah saban minggu akan keberhasilannya. Tetapi naqib/ naqibah sepatutnya sama-sama turun padang bersama anak-anak usrahnya. Sama-sama belajar cara mana yang berhasil dan cara mana yang tidak. Sebagai orang yang baru di medan dakwah sudah tentunya anak-anak ini merasa kekok dan tidak tahu bagaimana memulakan. Tetapi kalau mereka melihat sendiri bagaimana naqib/ naqibah mereka melakukannya, sudah pasti mereka paling kurang sudah ada 'general idea' dalam minda mereka. Dan bagaimana untuk mencorakkan yang selebihnya itu, barulah kita serahkan kepada mereka berfikir mengikut kreativiti mereka.

Apabila naqib/ naqibah dan anak-anak usrah sama-sama turun padang, akan wujud rasa kebersamaan. Rasa kebersamaan yang akan menambahkan lagi keberkesanan tarbiyah. Anak-anak ini akan menyaksikan bagaimana si naqib/ naqibah mengotakan segala apa yang dikatakannya semasa dalam halaqah. Bagaimana si naqib/ naqibah ini benar-benar menegakkan perjuangan yang dilaungkannya dalam halaqah. Bukan berdegar-degar sebagai cakap-cakap kosong. Apabila Kearns akhirnya mendapati ciptaannya telah dicuri oleh Ford, dia bermati-matian berusaha untuk mendapatkan haknya sebagai pemilik rekaan itu. Oleh kerana anak-anaknya ini menyaksikan bagaimana Kearns bertungkus lumus siang dan malam menyudahkan rekaan itu, mereka menjadi penyokong terkuat untuk ayah mereka. Bagaimana anak-anak itu sentiasa hadir di sisi Kearns yang terpaksa berdiri sendiri di mahkamah kerana tidak diwakili oleh mana-mana peguam, sedang ramai yang meninggalkan Kearns ketika itu kerana merasakan usahanya itu hanya sia-sia.

Kesudahannya Kearns akhirnya menang apabila juri memutuskan Ford Motor Company didapati bersalah kerana mencuri hasil ciptaan Kearns. Kearns mendapat pampasan USD 10.1 juta dari Ford dan USD 18.7 juta dari Chrysler Corp. Kearns mungkin mendapat habuan yang lebih lumayan USD 30 juta sekiranya dia menerima rasuah yang cuba disuapkan supaya dia menutup kes tersebut. Tetapi Kearns bertegas mahu menegakkan kebenaran. Boleh tonton sendiri filem ini. Ini mungkin bukan filem terbaik dari segi sinematografinya tetapi dari segi nilai mungkin banyak yang boleh dipelajari.

Walau bagaimanapun ulasan ini bukanlah untuk membenarkan masa kami yang terbuang selama 2 jam menonton filem yang sepatutnya digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat... haih...





Ada dan tiada

Kadang-kadang kita terlalu disibukkan berfikir tentang apa yang tiada dalam hidup kita...

Belum ada kerja...


Belum ada anak...


Belum ada rumah sendiri...


Belum ada ini... belum ada itu...

Bila dah dapat-dapat apa yang diingini....

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata "Tuhanku telah memuliakanku"
(Al-Fajr: 15)

Tapi bila tak dapat apa yang diingini...

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku"
(Al-Fajr:16)

Ada dan tiada, bukankah kedua-duanya ujian dari Allah?

Untuk melihat siapakah antara hambaNya yang tahu bersyukur...

Kita merasakan kitalah yang paling malang dan menderita...


Kerana tak punya apa yang kita ingini itu, lalu kita mengeluh dan merintih...

Tidakkah pernah kita menghitung apa yang kita ada yang tiada pada orang lain?

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tiada pekerjaan, malah tiada upaya untuk bekerja kerana batasan fizikalnya...

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tidak punya anak, malah sudah usia senja masih belum juga bertemu jodohnya...

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tiada rumah, malah tidak mampu mencari teduhan dari panas dan hujan....

"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
(An-Nisa':32).

Sedang mendidik hati untuk menjadi hamba yang bersyukur....

















Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Khadeeja dan Muhammad dah berjaya menduduki Ujian Bahasa Arab kami minggu lepas. Kami mumtaz untuk Level 1 yang memang betul-betul untuk beginners. InsyaAllah plannya nak skip Level 2 dan belajar sendiri sebab tak berkesempatan sangat nak berulang alik ke kelas yang jaraknya sejam dari rumah. Level 3 nanti akan kembali belajar di kelas semula insyaAllah.

Semasa jadi guru bulan lepas, Khadeeja selalu ulangkaji pelajaran Arab bila ada waktu senggang antara waktu mengajar. Muhammad ada belikan untuk saya dan dia sebuah buku nota comel seorang sebuah untuk catat perkataan baru dan maksudnya. Jadi biasanya waktu lapang, saya akan cuba cari satu-satu maksud perkataan dalam surah yang sedang saya hafal dan catatkan dalam buku itu. Rakan-rakan guru yang lain selalu bertanya kenapa bersungguh-sungguh benar mahu belajar bahasa Arab? Sudah ada ijazah cukuplah... kenapa perlu ambil kelas Arab?

Kenapa belajar Arab?

Dah lama kami bercita-cita nak belajar Bahasa Arab dengan seriusnya.Kalau tak mampu bercakap dengan fasih pun, cukuplah mampu faham al-Quran tanpa tengok terjemahan. Ambitious sangat tak? Alhamdulillah saya dah ada asas Bahasa Arab sejak tingkatan satu hinggalah tingkatan empat. Muhammad pula belajar bahasa Arab dengan flatmatenya semasa belajar di UK dulu. Tambah pula dengan kursus intensif yang kami hadiri setiap kali cuti musim panas. Tapi biasalah, bahasa kalau tak digunakan sampai bila-bila pun tak akan mahir. Bukan sahaja bahasa Arab malah bahasa Inggeris sekali pun. Setiap kali balik bercuti tiga bulan di tanah air, saya akan kembali terkial-kial untuk bertutur semula dalam bahasa Inggeris apabila kembali memulakan pengajian. Walaupun sudah empat tahun belajar bahasa Arab di sekolah dulu, tapi sebab tak pernah nak cuba bercakap bahasa Arab, akhirnya hilang juga kemahirannya.

Pada saya, nak belajar bahasa, kita kena letakkan diri kita di kalangan orang-orang yang bercakap dengan bahasa itu. Manusia ni ada natural ability untuk menguasai satu-satu bahasa... Macam baby, kalau ibu bapa dia bercakap bahasa Melayu di rumah, anaknya pandailah cakap Melayu. Kalau ibu bapa dia bercakap bahasa Inggeris di rumah, pandailah dia berbahasa Inggeris. Masa di kolej dulu, cikgu Physics saya pernah bercerita tentang anaknya yang berusia dua tahun yang tiba-tiba boleh faham French. Dia sendiri a Danish speaker, isterinya pula Spanish speaker dan bahasa pertuturan mereka di rumah ialah English. Suatu hari ada tetamu yang bercakap French datang bermalam di rumah mereka. Anak mereka yang tak pernah dengar pun bahasa French ni, apatah lagi bercakap, tiba-tiba saja faham setiap apa yang dikatakan tetamu mereka. Setiap arahan yang diberikan dalam French akan dituruti dengan tepatnya. Wah.. hebat kan? Dan katanya lagi perkataan pertama dari mulut anaknya ialah Allah. Dan anaknya selalu imitate pergerakan solat orang Islam. "We might think of raising her as a Muslim, because it seems like it is already in her nature" katanya walaupun cikgu Physics saya ni beragama Judaism (maknanya dia Jews lah...).

Sebelum ke UK saya langsung tak mahir berbahasa Inggeris, tapi bila tercampak ke sana pandai-pandailah hentam speaking. Kalau tidak macam mana nak hidup? Jadi, angan-angan nombor dua kami: nak tinggal di mana-mana negara Arab untuk satu jangka masa yang memahirkan kami bertutur dalam bahasa Arab... insyaAllah. Manalah tahu ada rezeki dapat tawaran kerja di negara Arab ke kan?

Dan lagi, bahasa Arab ini kan syiar Islam. Imam Hassan Al-Banna sendiri dalam wasiatnya menggalakkan kita berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang fasih untuk menegakkan syiar Islam ini.

Belajar selagi mampu.

"Lepas habis belajar bahasa Arab ni. Nak buat apa pulak?" tanya Kak Z suatu hari ketika saya sedang tekun mengulangkaji untuk ujian sebelah malamnya.

Kalau dah habis belajar bahasa Arab di UIA ini, sijilnya boleh digunakan untuk memohon mana-mana pengajian Islam. Angan-angan nombor tiga kami: kalau ada rezeki lebih mahu dapatkan ijazah dalam bidang pengajian Islam pula. Syariah ke, ekonomi Islam ke, ilmu Quran dan Hadith ke... Maklumlah sekarang ini kan kalau mahu bercakap tentang agama kene ada TAULIAH... kalau tak nanti tak pasal-pasal pula kena tangkap tanpa pertuduhan. oh~

nota: Angan-angan nombor empat: nak tulis entry blog dalam bahasa Arab... insyaAllah. :D

This blog is under construction

I am getting bored of the previous layout and have been using it for over a year ... As I am over with my addiction to coffee due to no more late night stay up (actually the doctor doesn't allow me to drink caffeinated drinks anymore due to my health problem.. hukhuk!) and Muhammad doesn't drinks coffee either so we have to say goodbye to coffee. Thus, the blog name should also change ey? How can I give you a cup of coffee if I didnt even drink one? hehe! Well, hope you like the new layout. Will explain about neologisme later on.

Bear with me throughout the changes....

note: Muhammad called just now and asked me to look at our anniversary ticker on the right. Then I noticed that today, we have been married for 2 years, 2 months, 2 weeks and 2 days. hehe.. Sweet! Thank you Allah... may we always stay together on your path..insyaAllah.


Berakhir sudah...

Assalamualaikum....

Berakhir sudah tugas saya sebagai guru di sekolah itu. Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan kesempatan yang Allah kurniakan ini. Sungguh... seperti yang saya catatkan dalam entri yang lepas, ada sesuatu yang Allah mahu saya pelajari selama sebulan di sini. Subhanallah... Saya belajar menjadi seorang yang sanggup memahami dan menghargai setiap individu di sekeliling saya. Walau siapa pun dia... Sebulan di sini juga mengajar saya menghargai insan yang pernah mendidik saya menulis baca. Betapa bukan mudah menjadi seorang pendidik. Baru sahaja sebulan saya sudah angkat bendera putih mengaku kalah. Profesion guru bukan untuk saya barangkali. Saya tidak sehebat insan bergelar pendidik ini. Tugas yang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Suatu nilai yang masih diusahakan untuk dipupuk dalam diri.. insyaAllah.



Okeh..cover album kita jadik!

5 Science 2

5 Science 2 girls..

Hari-hari awal menjadi guru saya sedikit kekok. Mengatur langkah hati-hati setiap kali menyusur koridor menuju ke kelas yang ditugaskan sambil menahan keserba salahan apabila dipanah mata-mata yang memandang dari balik tingkap. Apabila ketua kelas melaungkan salam dalam irama standard yang telah saya dengar sejak di bangku sekolah rendah, saya turut terikut memberikan salam. Saya lupa salam itu untuk saya yang duduk di bangku guru. Sudahnya saya malu-malu sendiri. Apabila berselisih dengan pelajar, saya kekok apabila mereka tersenyum, menundukkan kepala sedikit dan memberikan salam sopan. Malah saya kekok apabila dipanggil 'teacher', mahu saja saya menyuruh mereka memanggil saya 'kakak' saja.

Tapi semakin lama segala yang kekok itu berubah menjadi kebiasaan. Dan saya mencintai kebiasaan yang baru itu. Setiap hari ada saja cerita baru yang tidak sabar mahu diceritakan pada Muhammad sebaik saja dia mengambil saya setiap tengah hari. Muhammad yang cita-citanya sememangnya mahu mengikut jejak ayahnya menjadi guru itu, kadang-kadang sampai cemburu. Katanya jadi cikgu ini seronok. "You can be anything that you wish if you are a teacher!" kata Muhammad. Saya setuju. Yang paling menggembirakan apabila melihat sinar di mata mereka apabila mereka faham apa yang saya coretkan di papan tulis. Dan yang paling meresahkan apabila ada beberapa wajah yang tidak hadir entah apa sebab atau wajah mereka yang cemberut kerana tidak faham apa yang diajarkan.

Hadiah tanda ingatan...

Terima kasih Allah atas peluang ini...

Bagaimana Anda Selepas Usrah?

Artikel ini dipetik dari Dakwah Info. Jzkk!


"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"'


Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.


Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,


Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.


Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...


Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:


"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."


Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.


Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.


"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".


Kataku,


"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.


Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:


Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?


"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)


Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)


Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)


Naqib itu Ubiquitous?


Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.


Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.


Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.


Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.



Nota: Aku rindukan tarbiyah... aku rindukan usrah...tunggu dan terus tunggu... haih...

Saya kini...

Lagi seminggu saya bakal menamatkan tugas sebagai 'teacher'. Anak-anak tinggi potensi di hadapan saya sudah bertanya-tanya kalau-kalau masih boleh berjumpa dengan 'teacher' lagi selepas ini. InsyaAllah... panjang umur 'teacher' datang lagi melawat-lawat dan beri semangat!

Sudah seminggu lebih senaskah CV saya hantar ke institusi di selatan Terengganu. Esok akan hantar senaskah lagi ke utara Terengganu pula. Yang di selatan lebih hampir, tapi sayangnya bukan bidang yang saya betul-betul kuasai. Yang di utara jaraknya lebih kurang sejam pemanduan dari tempat tinggal sekarang, tapi satu bidang yang sememangnya saya impikan. Tak lupa juga naskah-naskah CV lain yang telah saya kirim merata-rata berterbangan di alam maya. Untuk yang ini, saya sebenarnya tidaklah sangat mengharapkan balasan, tapi jauh di sudut hati masih ada menyimpan harapan.

Mana satu destinasi saya, Yang Maha Berkuasa akan putuskan. Dan keputusanNya adalah tentunya yang terbaik. Maka saya berserah saja... Hidup ini memang suatu penantian.

Sekarang juga sedang menanti. Menanti menyerahkan diri untuk di'pengsan'kan. Ditemani bau ubat-ubatan. Moga-moga khabarnya yang baik-baik saja bila saya sedar nanti.

Tunggu... dan terus tunggu...




A wake up call...

Hari pertama saya menjadi guru di sekolah ini, saya sangat teringin untuk menulis setiap hari. Kononnya mahu bercerita tentang pengalaman saya menjadi seorang guru. Malah lebih 'ambitious' lagi, saya kononnya mahu menulis dalam Bahasa Inggeris yang lengkap memandangkan saya mengajar subjek tersebut. Sangka saya masih punya banyak masa yang terluang untuk terus menulis. Nyatanya sangkaan saya meleset sama sekali. Menjadi seorang guru ini rupanya, tugas tidak terhenti setakat di sekolah sahaja. Begitu susah untuk 'swith off' otak daripada terus berfikir tentang pelajar-pelajar di sekolah. Dan saya fikir menulis dalam bahasa orang merencatkan kelancaran saya menulis dan apa yang saya luahkan seolah-olah tidak sampai maksudnya. Maka saya kembali menjadi Khadeeja yang asal, yang menulis dengan bahasa ibundanya.

Beberapa bulan di tanah air, saya hampir saja hilang semangat. Tanah yang saya harapkan lebih subur dengan limpahan tarbiyah dan basahan iman ini rupa-rupanya tidaklah seindah atau sesempurna yang disangka. Mengharapkan segalanya datang bergolek sudah tentunya tidak akan menghasilkan apa-apa, bukan? Buat sementara saya menjadi seorang yang biasa-biasa. Saya sepertinya sudah hilang 'drive' untuk mentarbiyah diri dan mengislahkan orang lain. Setiap masa saya menyalahkan mereka-mereka yang di sekeliling saya kerana saya fikir mereka tidak pernah peduli! Ditambah dengan tekanan untuk menjawab 'Frequently Asked Questions' : Belum ada anak? Bila nak ada anak? Dah dapat kerja? Bukankah patutnya kena kerja dengan P**R***S ke?

Anak-anak seakidahku..

Sungguh aturan Allah itu cantik sekali. Menjadi seorang guru di sini rupanya bukanlah suatu yang sia-sia, bukan sekadar mengisi masa lapang sementara dalam tempoh pengangguran. Melihat anak-anak di sini, saya dibebani rasa bersalah kerana tergamak mengambil masa bersenang-senang atau kononnya merajuk kerana merasa tidak dipeduli. Melihat anak-anak di sini saya tidak mampu tidur lena kerana memikirkan betapa kemaksiatan yang telah saya lakukan kerana berdiam-diam dan membeku di dalam rumah. Otak yang sekian lama kering dan lembap, perlahan-lahan kembali bekerja memikirkan formula terbaik untuk membantu anak-anak yang berpotensi ini. Allah memperlihatkan kepada saya secara langsung akan realiti masyakarat, realiti mereka yang belum disentuh oleh dakwah ini.

Betapa saya seolah-olah mengalami 'culture shock'. Baru tersedar selama ini saya hanya berlegar-legar dikalangan orang yang digelar 'cream of the society' dan beria-ia mengejar 'the cherry of the cake'. Berlegar-legar di situ telah sesungguhnya membatasi perbendaharaan sosial saya. Menjadikan saya kekok dan kaget apabila diletakkan dalam golongan 'cake'nya. Maka di sini 'communication skills' saya benar-benar telah teruji (bahkan kesabaran juga!). Apa yang terbukti berhasil ketika bersama 'cream', kadang-kadang tidak berhasil di sini. Lelucu yang mampu menghamburkan gelak ketawa di sana, kadangkala tidak mampu menimbulkan walau senyuman di sini. Modal-modal yang sering saya guna di sana, tidak laku di sini. Bukankah seorang daie itu sepatutnya menjadi universal? Tidak terhad hanya kepada golongan atau kaumnya sahaja? Seperti Rasulullah yang boleh menyebarkan syahadah kepada mana-mana golongan pun. Dari orang-orang yang hebat seperti Abu Bakar dan Umar, hinggalah kepada golongan hamba seperti Bilal.

Saya mahu ke angkasa!

Suasana tengah hari di pantai timur ini panas terik. Tengah hari itu saya menggantikan seorang guru yang tidak hadir mengajar di kelas tingkatan satu ini. Bahang panas dari luar meruap masuk ke dalam kelas, membuatkan kami yang di dalamnya berkuap kepanasan. Kipasnya statik tidak berputar. Rosak, kata ketua kelas yang baru sudah memberi salam dan membacakan doa tadi. Pandangan saya menyapu keseluruhan kelas. Meja guru yang saya gunakan bukanlah meja tulis besar seperti lazimnya meja guru, tetapi hanyalah meja tulis kecil pelajar yang digabung dua. Beberapa buah tingkap di kiri dan kanan kelas sudah tidak ada cerminnya. Baru tadi seorang pelajar bertubuh kecil bergegas masuk ke kelas melalui tingkap yang lompong itu apabila melihatkan saya melangkah masuk. Tersengih-sengih dia apabila saya mengarahkan di masuk semula ke kelas melalui pintu dan memberi salam seperti yang sepatutnya.

"Saya mahu kamu memperkenalkan diri dan sebutkan juga cita-cita kamu." pinta saya kepada pelajar-pelajar di hadapan saya. Kalau dahulu antara saya dan rakan-rakan, cita-cita yang paling popular adalah jurutera dan doktor.

Rupanya sangka saya meleset. Hanya seorang sahaja pelajar perempuan di kelas itu yang mahu menjadi doktor. Cita-cita yang paling popular di sini ialah pegawai bomba dan polis. Ada beberapa orang yang mahu menjadi peneroka dan nelayan seperti bapa mereka. Di kalangan pelajar perempuan pula kebanyakannya mahu menjadi guru atau jururawat. Sehinggalah tiba giliran seorang pelajar lelaki yang saya kira dari segi fizikalnya paling kecil dikelas itu. Dan di antara pelajar lelaki dialah yang paling pendiam dan sering dibuli rakan-rakan yang lain. Biar saya namakan dia sebagai Ahmad. Ahmad bangun lambat-lambat. Suara Ahmad kecil, sehingga saya perlu berdiri di sebelahnya untuk mendengarkan Ahmad memperkenalkan dirinya. Walau suaranya kecil, fizikalnya kecil dan dialah 'the punching bag of the class', tapi Ahmad punya cita-cita yang tinggi.

"Saya mahu jadi angkasawan, cikgu!"

Serentak itu terhambur gelak dan ejekan dari rakan-rakannya yang lain. Ahmad serba salah. Cepat-cepat dia kembali duduk dan menyorokkan kepalanya di balik meja. Saya kembali menenangkan kelas. Mengingatkan mereka untuk menghormati cita-cita orang lain. Mengingatkan bahawa semua orang perlu berani bermimpi dan bekerja keras untuk mencapai impian masing-masing. Ahmad angguk-angguk. Rakan-rakannya yang lain turut sama. Saya memandang wajah mereka satu persatu. Subhanallah.... mereka ini sebenarnya insan-insan yang hebat. Tinggal lagi perlu dicungkil potensi diri mereka dan dimanfaatkan sepenuhnya. Jika wajah-wajah ini tidak dimanfaatkan oleh Islam, maka tentunya jahiliah akan mempergunakan mereka. Saya sesungguhnya....

... tiada masa bersenang-senang lagi!

... tiada masa untuk berjauh hati!

BANGUN!

BANGUN!

BANGUN!

BANYAK TANGGUNGJAWAB MENANTI!

Teacher's notes: 4th Oct

It was a normal first-day of the week for them but yet an unusual first day of the week for a new teacher like me. I just felt like want to drag Muhammad to be with me in the school throughout the day with the students and felt like crying when he left me. Overwhelmed with nervousness I walked randomly to what seems like a staff room. I stopped one of the teacher who was hurrying to the Sunday morning assembly (bear in I mind I am in Terengganu..so the first day of the week is Sunday), asking where should I head to. She pointed me the school's office, instructed me to register with the Vice Principal and settling some documentation etc. The students that was lining up for the assembly watch me attentively when I walked past them, they might be wondering about this stranger. I walked faster as to avoid their stares. Felt like a superstar trying to get away from fans and paparazzi (haha!)

The Vice Principal, Puan H, was nice. I instantly felt like I had been working there for years as she talks me through. Only then I get to know that Kak Z was the head of the department for language. Oh well... she have a room of her own. I wish that I could be in a normal staff rooms where I could find some new freshly graduated teachers who was just starting like me. So that I could kill my inferiority. But for my sake, Puan H, puts me in the rooms of the head of subjects where filled with all those long serving-experienced teachers. I shrinked to be as small as an ant. But some of them are nice even though some don't even bother to welcome a new teacher like me. They were too busy I guess.. hoho! I only have one form 5 class today. They were all nice and hardworking but needs extra efforts for the language since SPM is only 46 days away and based on their trials they (or I?) should be worried.

Other than the school's life... I am very much delighted to received forwarded email from my dear sisters in Manchester. (whom I hearted soo much! and miss them like crazy!) Felt like crying when reading their forwarded mail, to know how much they have grown since I left them last time. Somehow it have left me with great relief, knowing that they are doing just fine. Alhamdulillah. I just hope that Allah keep giving them strength all the way...

Teacher Khadeeja!

Salaam dear readers...

I am here to announce that starting next Sunday until the end of October, I will officially teach English at SMK Badrul Alam. InsyaAllah I will be teaching form six and five student, replacing my neighbour while she is on her maternal leave. So, you may regard this English written entry as me practicing my English again after leaving it for so long! Was thinking of putting up a sign on the door before Muhammad get back from work, stating "English only, please!" so that he can help me practicing with the speaking... huhu!(was also thought of putting a fine of 20 cents for every Malay word spoken in this house..haha!)

So there is the end of my sweet-tormenting unemployment period. I am kind of excited yet nervous to start next week. Although Kak Z said that the student are nice and all... but I am still nervous. Believe it or not this is my first step into a working world! Yes...I have never ever take any job after finishing my SPM. It is not because of me being choosy or lazy but I just don't have time to give it a try. I went to college after only a few weeks of 'independence' (was not even able to attend my PLKN which has made me received their love letters every year up until now... thinking of breaking the records for being the oldest participant of PLKN ey?)

So please expect English written entries until I finish with the job. I guess there will be more to write since I'm looking forward for an exciting adventure of a month journey as English teacher. Stay tuned!~


Teacher Khadeeja

Si Penanam Anggur





My post raya reading list. Lined up on my bookshelf ready to be savoured. Being the unemployed isn't that bad after all...*wink*



note: thinking of writing my own novel during my unemployment... should I? who bother to read anyway..haha! b.e.r.a.n.g.a.n

Di sana... dan di sini.

Salaam...

Entri terakhir ialah pada awal bulan Ramadhan yang lepas. 2 Ramadhan kalau tak silap. Warkah untuk Ramadhan yang dirindui. Kini, yang dirindui itu kembali meninggalkan... setelah hampir sebulan bermesraan dan mendidik diri. Harapnya masih ada peluang untuk ketemu lagi tahun depan andai diizinkan Allah. Hari ini sudah 4 Syawal... bermakna secara rasminya sudah sebulan tidak menulis. Ramadhan yang lepas sangat sibuk ke sana kemari. Sehingga tiada masa dapat diperuntukkan untuk duduk menulis di sini. Banyak yang mahu saya ceritakan. Episod-episod Ramadhan saya tahun ini. Pastinya sangat jauh berbeza dari Ramadhan yang lepas. Buat pertama kalinya saya menghabiskan Ramadhan di tanah air setelah lima tahun di perantauan...

Ramadhan di sana... dan di sini.

Kata Muhammad... sejak dua tahun dia menghabiskan Ramadhan di Malaysia, dia tidak pernah lagi merasakan Ramadhan seperti di luar negara. Ramadhan di sana.. dan di sini... sangat jauh bezanya. Di sini... masuk sahaja Ramadhan bazaar-bazaar makanan mula muncul seperti cendawan tumbuh. Yang tidak pernah menjadi penjaja makanan pun sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk meraih rezeki dari bazaar Ramadhan. Jadi penjual ayam golek atau penebar murtabak. Walaupun air tangannya tidaklah sesedap mana...

"Saya manyak suka kalau bulan puase datang. Manyak food woo kat bazar..." kata aunty yang mengajarkan saya memandu pada setiap hujung minggu.

Saya hanya tersenyum pahit. Dalam hati saya terfikir. Ramadhan sepatutnya terlihat sebagai pesta ibadah umat Islam, bukan pesta makanan. Tetapi itulah yang lebih tergambar berbanding kesibukan mengejar pahala di bulan yang mulia ini. Ramadhan di Malaysia juga adalah pesta beli belah. Di sana sini ada jualan murah sehinggakan rambang mata dibuatnya. Semakin hampir ke hujung Ramadhan, masjid yang awalnya dahulu sesak dengan pengunjung yang bersemangat mengerjakan terawih sudah semakin lengang. Saya akhirnya menyetujui kata-kata Muhammad. Ramadhan di sini... dan di sana... jauh bezanya.

Ramadhan di perantauan tidak sinonim dengan bazaar makanan atau pesta beli belah. Ramadhan di perantauan adalah masanya untuk melupakan masak-masak di dapur. Menjelang waktu berbuka kami biasanya sudah siap-siap di masjid bersama masyarakat Muslim di kawasan tempat tinggal kami. Berkumandang sahaja azan maghrib, kami berbuka dengan beberapa biji kurma dan secawan susu sebelum solat maghrib berjemaah. Selepas maghrib baru dihidangkan juadah berbuka yang disedekahkan ahli masjid. Menu biasanya nasi beriani daging atau ayam, dimakan bersama salad dan yogurt. Pernah saya sangkakan yogurt yang diagihkan dalam cawan itu ialah susu, lalu kerana dahaga yang amat saya teguk sekonyong-konyongnya mendengarkan azan. Berkerut muka dengan masamnya.. padan muka sebab gelojoh. Tahan malu saja digelakkan rakan-rakan.

Kata Muhammad, terawih di sana lebih seronok. Susah mahu cari masjid di sini yang terawihnya seperti di sana. Dengan lapan rakaat, habis satu juzu' setiap malam. Bacaannya penuh penghayatan, tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lama. Menghampiri malam akhir.. semakin bergetar suara sang imam yang kadangkala menitis air mata dalam solatnya apabila membacakan ayat-ayat Allah. Kenangan Ramadhan saya di sana tiada episod seperti ini. Biasanya kami yang muslimat berkumpul dan solat terawih di ruang tamu rumah sahaja. Lepas terawih kami menjamah apa-apa saja rezeki yang ada hari itu yang dibawa masing-masing. Sambil makan-makan kami dengar Sirah Rasulullah S.A.W. Tamat bulan Ramadhan, lengkaplah sirah hidup baginda kami soroti.

Syawal di sana... dan di sini

Seperti juga Ramadhan, Syawal kali ini juga pertama kalinya saya sambut bersama keluarga setelah lima tahun di tanah air. Malah pertama kalinya menyambut bersama Muhammad. Sudah tentu sangat jauh bezanya perasaan itu dan tentunya lebih meriah di sini. Semasa di Atlantic College dahulu, pengetua akan memberikan cuti khas untuk kami yang muslim menyambut hari raya. Namun sejak di Manchester, tidak dapat tidak saya perlu ke kelas selepas solat raya saban tahun. Biasanya sambutan raya akan tertangguh sehinggalah ke hujung minggu kerana masing-masing sibuk dengan kuliah. Sudah pasti saya akan merindukan suasana beraya sambil-sambilan itu.

Syawal tahun ini buat pertama kalinya cukup semua ahli keluarga saya berkumpul. Saya lihat ada senyum gembira di wajah emak dan abah. Kata emak penat pun sudah tak terasa tahun ini. Tak henti-henti emak memasak juadah hari raya dari malam sehingga ke pagi. Tambah manis dengan gelagat dua si kecil, cucu-cucu emak yang lucu. Si Hadiff yang luka-luka di dahi dan hidung kerana terjatuh ketika berlari-lari di pagi raya dan si Damia yang menangis tak henti-henti di studio kerana takutkan backdrop yang ganjil ketika fotografi keluarga kami. Semuanya menjadi suatu kenangan yang manis untuk saya kenang sebagai sambutan lebaran sekembalinya saya ke pangkuan mereka semula.

Pertama kali lengkap semuanya... alhamdulillah.

Salam Aidilfitri untuk kamu yang setia menjengah laman ini.

Tiada juadah istimewa yang mampu saya hidangkan di hari raya ini. Cuma lagi secangkir kopi seadanya ini...

SALAM LEBARAN...

Maaf andai pernah terkasar bahasa, terlanjur kata


Khadeeja

Warkah untuk yang dinanti...

Assalamualaikum...


Kekasihku yang dirindui....

Tiba masanya kita bertemu lagi... dalam satu pertemuan yang bakal mengubat rinduku padamu. Kenanganku tentangmu adalah dengan shaum, tahajjud, tarawih dan i'tikaf yang ada padamu. Harumnya hari-hari bersamamu dengan tilawah al-Quran , dzikir dan doa yang mewangi khusus dalam saat-saat teristimewa ini. Kuingat dikau dengan anugerah, barakah dan kebaikan yang berlimpah darimu. Hadirnya dirimu sentiasa meniupkan semangat mengejar rahmat, maghfirah dan pengampunan dari Allah.

Aku sentiasa mengingatimu...

Mengingatmu dengan segala kelemahan, kekurangan dan banyak kebaikan yang telah ku lewatkan begitu sahaja. Berapa banyak kebaikanmu yang telah ku hilangkan dengan ghibah? Berapa banyak indahnya malammu yang kuhabiskan dengan nyenyaknya tidur dan kesia-siaan. Berapa banyak kebaikan alQuran yang kusiakan sehingga saat kau pergi meninggalkanku, aku masih ketinggalan dalam menghabiskan mushafku? Berapa banyak kemanisan dzikir yang kutinggalkan atas alasan kelelahan berpuasa di siang hari?

Semua itu kembali menerobos fikiranku dalam satu ingatan yang menuntut titis air mata, saat aku berpisah denganmu setahun yang lalu. Saat aku berjanji dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa aku tidak akan lagi menyia-nyiakanmu andai aku diberi kesempatan bertemu lagi denganmu. "Allahumma balighna Ramadhan..." ku lantunkan saban hari memohon simpati dari Allah agar kesempatan itu bertandang lagi.

Dan kini...

Saat kau hadir semula... aku malah menjadi ragu. Masih sudikah engkau menerima kehadiranku? Untuk aku menempa diri dengan puasa dan dzikir? Aku tahu sampai masanya kau akan pergi lagi. Makanya sementara kau di sini, aku harus mengutip kekuatan dan bekalan untuk kuharungi hari-hari mendatang tanpamu di sisi lagi

Datanglah engkau dengan seluruh kebaikan,

Tilawah al Quran dengan tartil,

Lantunan dzikir, tahmid dan tasbih

Terasah jiwa dalam berkata dan berbuat,

Selamat datang Ramadhan... kehadiranmu aku nantikan.



-Khadeeja-



Diolah dari: Indahnya Ramadhan di Rumah Kita oleh Dr. Akram Ridha


Ingat mati...

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ini Allah banyak memberi peringatan kepada saya....

Raja Pop yang terkenal ini...


Sudah meninggalkan pentas dunia ini sebelum sempat melunaskan rindu peminat dengan konsert jelajahnya...


Pengarah Terbaik negara itu...

Juga sudah meninggalkan pentas dunia sebelum sempat menerima anugerah hasil kerjanya...


32 orang yang meninggal dunia kerana H1N1 itu


Juga tidak tahu mereka akan menjadi mangsa pandemic ini suatu hari.

Saya?

Entah-entahkan semasa awak membaca entri ini saya sudah tiada lagi di dunia sebelum sempat membaca komen awak diakhirnya nanti (kalau kamu tinggalkan komenlah...)

Awak?

Entah-entahkan tidak sempat pun menghabiskan bacaan entri ini....

Ingat mati = takut mati?

Kadang-kadang saya selalu terfikir bagaimana kematian saya nanti. Baru minggu lepas saya melawat jiran di belakang rumah yang menghidap barah usus. Doktor merawatnya menyuruh anak-anaknya bawa pulang ke rumah saja kerana sudah tiada harapan lagi untuk disembuhkan. Melihatkan keadaannya saya hampir saja tidak mengenali makcik itu yang dahulunya seorang yang sangat peramah dan sungguh periang orangnya. Hanya sepatah dua kata sahaja yang mampu diucapkannya sambil matanya sayu memandang saya. Tubuhnya sudah tidak berisi, hanya kulit yang membalut tulang-temulang. Terdetik di hati saya, kalau saya ditempatnya apakah perasaan saya ketika doktor yang merawat mengatakan yang saya sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh? Takutkah saya pada kematian?

Suatu hari saya bangkit dari tidur dengan ketakutan. Dalam tidur itu saya bermimpi saya sudah menjadi jenazah. Saya terbaring di pembaringan dalam keadaan sudah siap di kapan. Di kanan saya melihat suami saya berkopiah, duduk membaca Yasin. Di kiri saya lihat emak dan abah juga membaca Yasin sambil menangis teresak-esak. Saya yang terbaring di tengah berfikir : 'Beginikah rasanya mati?' Tapi ketika itu tiada sekelumit pun perasaan takut atau sedih, kerana mereka semua menemankan saya sepanjang malam. Sehinggalah apabila hari telah siang dan orang-orang dari masjid mula datang. Ketika saya diangkat itulah saya mula merasa amat-amat takut!! Saya mula berfikir bagaimana nanti keadaannya di dalam kubur? Sunyinya berseorangan di dalam sana! Takutnyaaaa!! Bagaimana agaknya apabila saya mula disoal nanti? Saya seperti mahu menjerit ketakutan! Dan ketika itu saya terjaga dari tidur... oh.. mimpi rupanya..

Saya selalu terfikir wajarkah ingatan pada kematian selalu diiringi dengan ketakutan?? Inikah yang dikatakan Rasulullah sebagai penyakit al-wahan itu? Cintakan dunia dan takutkan mati!

Keberangkatan...

Sebaik saya mendapat tahu saya ditawarkan menyambung pelajaran ke luar negara, saya lantas sibuk mempersiapkan diri untuknya. Sibuk bertanya kepada mereka yang telah pergi tentang cuaca di sana, budaya hidupnya, matawangnya, makanannya dan apa-apa lagi yang saya rasakan perlu untuk menyesuaikan diri di sana. Lalu saya senaraikan apa yang perlu dan melengkapkan satu persatu: esok perlu pegi 'shopping' baju tebal, lepas tu tukar ringgit kepada pounds. Pergi imigresen buat pasport, lepas tu ke kedutaan British pula buat visa. Lagi seminggu dua nak pergi baru teringat mahu praktis English yang dah berkarat! Owh itu belum kira temujanji dengan kawan-kawan lama pula. Nak ucap selamat tinggal sebelum pergi. Yelah.. lepas ni entah-entah setahun dua tak jumpa. Tiket penerbangan pun sudah ditempah. Makin hampir harinya makin sibuk pula, sampai tak ada masalah nak duduk2 rehat. Ada-ada saja yang belum diuruskan. Sehinggalah tiba hari penerbangan datang lima jam awal ke lapangan terbang takut tertinggal flight. Dan akhirnya saya pun terbang ke destinasi.

Setiap dari kita tahu suatu hari nanti kita dah dapat 'unconditional offer' untuk berangkat ke Alam Barzakh. Tiket penerbangannya pula sudah ditempah sekian lama walaupun tidak kita ketahui tarikh dan masanya. Keadaan di sana? Mereka yang sudah pergi memanglah tak dapat nak beritahu tapi Allah dan Rasul dah banyak cerita tentang keadaan di sana. Tapi tak tahulah kenapa kita tak sibuk nak mempersiapkan diri ke sana. Masih sayang nak tukar mata wang dunia jadi mata wang akhirat dengan memperbanyak sedeqah dan buat kebajikan. Pasport, perkara pertama yang akan diperiksa pun tak kita uruskan sungguh-sungguh dengan memperbaik solat kita. Pakaian takwa pun tidak kita sediakan untuk dipakai di Padang Mahsyar. Sebab tak tahu bila nak pergi, perlu minta maaf dan memaafkan orang setiap hari. Makin hari dah makin dekat kita dengan keberangkatan tapi kenapa kita masih belum sibuk dan ligat buat persiapan ye? Mungkin sebab kita rasa lambat lagi agaknya tarikh penerbangan kita. Eh, mana awak tahu itinerary tiket awak? Entah-entah esok atau beberapa minit lagi. Penerbangan ni tak kira awak dah ready atau belum, memang tak boleh tangguh atau pinda tiket dah. Sampai masa memang akan terbang ke destinasi.

Semakin meningkat usia bermakna semakin hampir pada hari kematian. Semakin hampir kepada kematian sepatutnya menjadikan kita orang yang semakin sibuk. Sibuk melengkapkan diri dengan bekal iman dan takwa. Ingatan pada kematian sepatutnya menjadikan kita orang yang lebih produktif bukan orang yang takut mati lantas cuba melupakan hakikatnya. Orang yang cuba melupakan kematian akan menyibukkan diri dengan hanya urusan dunia dan cuba menghiburkan diri dengan hiburan yang sia-sia. Kematian hanyalah suatu proses keberangkatan ke alam seterusnya sama seperti proses kelahiran. Apa yang menyebabkan kita takut mati ialah kerana kita kurang persediaan untuk menghadapi alam sesudah kematian. Apabila Ibnu Umar, seorang Ansar, bertanya kepada Rasulullah tentang siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh, Rasulullah menjawab: Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya itulah orang yang paling cerdik.


Saya tanya lagi pada diri... masih lagi takut mati?

Agak-agak sempat tak saya menghabiskan Ramadhan tahun ini?

Atau sempatkah saya bertemu dengan Ramadhan lagi?



"Ya Allah Ya Tuhan kami, sudahilah hidup kami dengan husnul khatimah dan jangan Engkau sudahi hidup kami dengan suul khatimah"