Quotes of the day:

Tangan ini digunakan untuk membelai suami dan anak-anak agar mereka dapat tidur nyenyak,

Tangan ini juga untuk membangunkan mereka agar dapat melihat dunia.


-Dhien-


pesanan penaja: quote ini tiada kaitan dengan kertas energy resource esok.tak sabar nak habis exam nak tonton TjoetNyakDhien dan balik Msia dengan gembira...



Menjadi Si Burung Hantu!


Salaam..

Betul-betul rindu mahu menulis.... sangat rindu. Setiap hari ada saja yang terjelma dalam fikiran untuk diluahkan dalam baris-baris ayat untuk dikongsi bersama-sama.

Maaf lama tidak berkongsi... maaf pada yang menanti dan menjengah. (itu pun kalau adalah... he he!). Kesibukan yang teramat... ada banyak hak dan tanggungjawab lain yang belum terpenuhi.

Sekarang sedang bergelumang di medan jihad pen dan kertas. Sudah berlalu dua... masih ada tiga yang bakal menjengah. Kelelahan kerana jadual kali ini 'back to back' tiga hari berturut-turut. Sudah tidak ada rupa manusia saya ketika ini. Lebih mirip pada burung hantu. Sampai rakan serumah puji saya belajar tanpa henti kerana tak pernah nampak saya tidur. Yelah saya tidur ketika mereka jaga dan jaga ketika mereka tidur.he he! Jangan tertipu!

Hari ini? Sedang berkira-kira mahu mula buka buku untuk 'kertas pembunuh' esok.

Saat ini? Saya rindu pada dia yang telah sebulan menemankan saya belajar di bilik.

Masing-masing sudah kembali ke dunia masing-masing. Hidup mesti teruuuuss!

Semoga dipermudahkanNya bagi mereka yang berusaha...inshaAllah..

titik!


Saya si burung hantu

Perkembangan di Gaza - 11 Januari 2009, Hari ke 16

  1. Jumlah korban penduduk Gaza mencecah 879 orang dengan kira-kira 3,700 orang dilaporkan cedera. Sumber bantuan perubatan melaporkan 24 pejuang Palestine terkorban dalam pertempuran sengit dengan militan Israel pada hari Ahad ini. Tentera Israel masih lagi kekal di penjuru utara dan timur Gaza dan masih lagi belum dapar mara ke bandar Gaza sementara kereta kebal Israel yang cuba menebusi dari selatan Gaza terpaksa berundur semula dalam siri serangan ke atas Palestine Fasa Kedua. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city) UN mengesahkan satu pertiga daripada angka yang terbunuh ialah kanak-kanan. (PressTV)
  2. Perdana Menteri Israel bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa militan Israel semakin menghampiri objektif menghapuskan kemampuan serangan roket Hamas. Israel tidak akan meneruskan fasa seterusnya dalam serangan mereka selagi belum menyekat kemasukan senjata dan roket ke dalam Palestine dari Mesir kerana dibimbangi militan Zionist akan tewas disebabkan kelebihan Hamas atas faktor Geografi bumi Gaza. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city)
  3. Kumpulan kemanusian menggesa Israel menghentikan penggunaan 'white phosphorus' sebagai senjata dalam operasi militannya terhadap kawasan berkepadatan tinggi di Semenanjung Gaza. Pemerhati mengatakan penggunaan bahan kimian itu mampu menyebabkan kesan teruk pada daging dan tulang manusia juga dikatakan mampu mencarikan logam.(Video Al-Jazeera: Israel Using 'White Phosphorus')
  4. Penjuang Hamas menumpukan serangan kepada jet pejuang dan kereta kebal Israel dengan melancarkan 'anti-aircraft missile' buat kali pertama sejak serangan mereka terhadap Hamas bermula. Hamas juga dilaporkan turut melancarkan  'anti-tank missile' menyekat kemaraan tentera Israel.(PressTV)
  5. Rakyat Malaysia di gesa agar tidak menyalurkan bantuan kewangan ke kedutaan Palestine di Malaysia kerana dikhuatiri bantuan tidak akan sampai ke rakyat Palestine disebabkan hubungan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas dengan tentera Israel.(Palestinekini)
  6. Protes kepada serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza kini bukan sahaja di berbagai-bagai negara di seluruh dunia, malah turut berlaku di Israel sendiri. Seribu penunjuk perasaan Israel daripada pertubuhan Peace Now dan parti sayap kiri Meretz membuat bantahan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Israel.  Bantahan dibuat kerana peperangan yang dicetuskan oleh Israel bukan sahaja meragut beribu-ribu nyawa rakyat Palestine, malah turut menyebabkan kebimbangan dan ancaman kepada penduduk Israel sendiri.(PressTV)

Perkembangan di Gaza - 6 Januari 2009, Hari ke 11

Tagged from http://hazaddeen.blogspot.com/
  1. Bilangan korban penduduk Gaza meningkat kepada 573 orang dengan angka cedera mencecah 2470. Sebuah kereta kebal rejim Zionist dilaporkan membedil sebuah sekolah United Nations menyebabkan 40 orang terbunuh. Seorang penduduk Gaza, Fares Akram menyatakan bahwa tiada lagi tempat yang selamat di Gaza akibat tindakan rejim Zionist mengebom dan membedil missile tanpa henti ke setiap tempat tanpa mengecualikan kawasan kediaman dan hospital.
  2. Pertempuran sengit dilaporkan berterusan dengan tentera rejim dilaporkan berjaya menduduki kawasan kedua terpadat di Gaza; Khan Younis. Walaubagaimanapun, sumber dari jurucakap Briged izzudin al-Qassam menyatakan bahwa mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera rejim dan berjaya mencederakan 30 yang lain. Sumber pihak Zionist pula menyatakan mereka menerima 3 kematian dan 24 kecederaan akibat "friendly fire". Hamas juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh pejuang.
  3. Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi. Pelancaran roket ini menimbulkan "Insomnia" kepada penduduk di Selatan Israel.
  4. Bekalan makanan dan ubat-ubatan kian meruncing akibat sekatan dari pihak Rejim. John Ging, ketua United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat kekejaman tentera zionist ke atas mereka yang cedera apabila beliau melawat sebuah hospital Shifa di GaIza.
  5. Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.Stesen Al-Jazeera akan mengadakan liputan langsung di tapak rapat umum. Rapat Umum akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 januari 2009 (Sabtu) dari pukul 10 hingga 12.
  6. President Israel; Shimon Perez menyatakan bahwa Tel Aviv tidak risau akan pandangan buruk dunia terhadapnya disebalik kecaman dari seluruh dunia.
  7. Perdana Menteri Palestin; Ismail Haniyyah menyatakan rasa terima kasihnya kepada dunia arab kerana menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka di Gaza.
  8. Beberepa serangan dilaporkan dilakukan terhadap komuniti Yahudi di Perancis, Sweden dan Britain reaksi dari kekejaman Zionist di Gaza. Antara bentuk serangan yang dilakukan adalah dengan membakar kereta di hadapan pusat ibadat Yahudi, memecahkan tingkap kediaman dan termasuk menembak seorang lelaki Yahudi.
  9. Beberapa pemimpin dunia mula bersuara dengan gesaan bodoh lagi mustahil. Tony Blair menyatakan usaha damai boleh dicapai dalam masa singkat jika Mesir mengawal kemasukan senjata ke Gaza melalui negaranya. President Perancis pula menggesa Syria menekan Hamas supaya peperangan dapat dihentikan

Sumber berita - AP, PressTv, Al-Jazeera, Palestinkini.info, Palestine.info

Perkembangan di Gaza – 5 January 2009, hari ke-10

  1. Walaupun dengan segala kelengkapan canggih yang dimiliki dan pengeboman dari udara lebih dari seminggu, tentera Israel masih belum mampu untuk menawan Gaza dan menumbangkan pemerintahan Hamas. Al-Manar, televisyen rasmi pejuang Hizbullah melaporkan bahawa kereta kebal dan tentera Israel hanya menggempur kawasan yang tidak didiami penduduk dan tidak mampu untuk menawan kawan Bandar dan perkampungan.
  2. Jeneral tentera Lubnan yang sudah bersara juga merupakan pakar taktikal pertempuran, Walid Soukariyeh menyatakan rejim Zionist masih belum mampu untuk merealisasikan perancangan awal mereka untuk membahagikan Gaza kepada 3 bahagian. Sumber Hamas pula menyatakan, disebalik rancangan rejim Zionist untuk mengepung Gaza melalui 3 penjuru, tentera rejim sebenarnya yang telah diasingkan kepada 3 bahagian.
  3. Jet pejuang Israel megebom sebuah bangunan yang menempatkan pejabat kebajikan di Khan Younis. Sumber hamas menyatakan, sekurang-kurangnya 18 lagi penduduk Palestin terbunuh pada hari ke-10 serangan.
  4. Seorang doctor sukarelawan dari Scotland yang berkhidmat di sebuah hospital di Gaza menyatakan beliau mempunyai bukti bahawa tentera rejim Zionist menggunakan bahan sisa radioaktif untuk menyerang penduduk Palestin.
  5. Pekerja Hospital di Gaza menyatakan bahawa mereka kekurangan fasiliti untuk mengendalikan bilangan penduduk cedera yang kian meningkat akibat serangan tentera Israel.
  6. 5 sekeluarga meninggal serentak setelah bedilan kereta kebal Israel terkena tepat ke rumah mereka. Kemudiaannya tentera rejim memberi amaran kepada penduduk Gaza untuk meninggalkan rumah mereka atau menerima risiko dibedil kereta kebal.
  7. Sekurang-kurangnya 40 tentera rejim dilaporkan mati atau cedera parah di medan pertempuran, Jihad Islami menyatakan 7 kereta kebal Israel berjaya dimusnahkan pejuang, 1 helikopter berjaya ditembak jatuh.
  8. Dilaporkan, hanya 2 kedai roti dibuka diseluruh Gaza kerana ketiadaan bekalan gas untuk memasak.

    Sumber berita – Agencies, PressTV, Arabnews, Al-Jazeera

Perkembangan di Gaza – 4 Januari 2009, hari ke-9

  1. Tentera Israel merancang untuk membahagikan Gaza kepada tiga bahagian; bahagian utara, tengah dan selatan. Perancangan awal adalah untuk mengasingkan ketiga-tiga bahagian ini dan mengepung bahagian luarnya.
  2. Jumlah angka korban meningkat kepada 512 orang
  3. Tentangan hebat dari tentera Hamas dengan menggunakan roket dan mortar, Hamas mula menggunakan senjata rahsianya; roket Qassam yang dikatakan jaraknya mampu mencapai sehingga fasiliti nuklear Israel. Lebih 40 roket Al-Qassam sudah dilancarkan sebagai tindakbalas atas kekejaman rejim Zionist.
  4. European Union foreign policy chiefs sedang dalam misi untuk mencari usaha damai diantara Hamas dan rejim Zionist namun mengakui bahawa ianya satu tugas yang sukar.
  5. Sekurang-kurangnya 42 rakyat awam Palestin terkorban apabila kereta kebal Israel membedil ke arah rumah, pusat beli-belah dan hospital di Gaza. Al-Jazeera juga melaporkan bahawa 3 lagi pekerja cari dan menyelamat Palestin dibunuh oleh rejim Zionist meningkatkan angka korban pekerja cari dan menyelamat kepada 7 orang
  6. Awal pagi menyaksiakan kejadian berbalas tembak dari pejuang Hamas dan tentera Zionist, namun kemudiannya disertai oleh pasukan kereta kebal rejim Zionist. Barisan pejuang Hamas tidak berundur dan membalas dengan serangan roket dan mortar. Jurucakap sayap tentera Hamas Abu Ubaida mengatakan bahwa ”tentera Zionist harus sedar bahawa mereka adalah dalam posisi kekalahan”.
  7. Pekerja kemanusiaan di Gaza mula menyatakan kebimbangan mereka akibat bekalan makanan dan perubatan yang kian berkurangan. Ditambah pula dengan bekalan air yang terputus dan ketiadaan sumber elektrik. Disebalik kebimbangan yang disuarakan, rejim Zionist langsung tidak menunjukkan perikemanusiaan dengan tidak membenarkan sebarang bantuan makanan dan perubatan di bawa masuk ke Gaza.
  8. Seorang Komander tentera Iran; Mirfeysal Bagherzadeh menggesa negara-negara Islam untuk memutuskan bekalan minyak mereka kepada Israel. Beliau berkata bahawa dengan memutuskan bekalan minyak, ianya akan meningkatkan tekanan kepada negara rejim Zionist itu.

    Sumber Berita – Agencies, Al-Jazeera, PressTv