Puding Trifle

Esok Khadeeja dapat jemputan ke jamuan akhir tahun adik-adik tingkatan lima yang Khadeeja sempat mengajar sebulan dulu. Terus fikir nak masak apa untuk adik-adik ni sebab macam seganlah pula kalau pergi dengan tangan kosong je kan? Dahlah 'ex-teacher' jek kooot.. huhu! Ingatkan nak buat kek, tapi Khadeeja belum ada penimbang jadi susahlah nak sukat-sukat. Senang cerita buat puding trifle saja sudah. Kali pertama buat masa kat Manchester untuk makan-makan dengan akhawat lepas habis 'final exam'. Masa tuh puding Khadeeja macam disastrous sebab jelly tak mengeras mungkin sebab salah sukatan airnya. Jadi nasibnya berakhir di dalam sink. hukhuk! Pengadil masakan kali ini seperti biasa adalah Muhammad. Dah siap buat dalam cup comel untuk dia rasa. Dan keputusannya ialah..... thumbs up!! Muhammad mintak tolong buatkan untuk 'officemate' dia Khamis depan sebab hari tu giliran Muhammad bawak food. Ok set!

Baik... saya tahu caserole dish tuh dah sumbing. Sape2 nak hadiahkan yg baru silekan.

Bahan

Swiss roll secukupnya
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Khadeeja guna cap NONA
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).


Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-Resepi asal ada letak whipping cream tapi kat Kerteh ni mana laaa nak cari whipping cream tu kan. Jadi Khadeeja tak letaklah. Menjaga kesihatan gak neyh!

Resepi Siakap Sweet Sour

Yang seronoknya duduk di Terengganu ni... ikannya segar-segar. Rumah kami pula dekat dengan pasar dan setiap dua hari sekali ada pasar malam di sana sini. Alhamdulillah... kalau beli ikan memang puas hati. Hari ini Muhammad cuti rehat, jadi mahu masakkan lauk kegemarannya Sweet & Sour. Biasanya guna ikan kerapu tapi hari ini rezeki kami ikan siakap. Musim hujan di pantai timur macam sekarang ni, tak banyak pilihan pun ikan-ikannya. Biasa masak Sweet & Sour tak isi nenas tapi kali ni kebetulan nenasnya murah, jadi nak cuba pula letak nenas. Hasilnya... nyum2! Burrppp.. alhamdulillah... hehe! Senang dan sedap!

Muhammad cakap nenas tu cam serabai jek haha...

Bahan-bahan:

Ikan siakap - lumur dengan kunyit,garam dan tepung jagung

Bahan tumbuk pecah :

Bwg putih
Halia

Untuk kuah:

Nenas - potong dadu
Cili merah - hiris nipis
Bawang besar - potong bulat
Sos cili
Sos tomato
Tepung jagung

Cara-cara:

- Tumis bwg putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kering, sos tomato dan sos cili
- Masukkan air yang dicampur dengan tepung jagung untuk memekatkan kuah
- Masukkan nenas dan hirisan cili tadi
- Biarkan seketika. Kemudian masukkan garam dan gula
- Masukkan bwg besar dan tutup api.
- Curahkan atas ikan tadi dan siap untuk dimakan.


Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Kalau nak masuk hirisan sayur lain macam lobak merah atau cili benggala pun sedap...


Resepi Keria Ubi Kayu

Semalam pergi ke rumah biras mak mertua (kira mak mertua kepada kakak ipar..oh sungguh complicated). Makcik ni kalau ke rumah dia, tak sah kalau balik tangan kosong. Sebelum balik, makcik sempat rebuskan ubi kayu untuk kami... baik kan? Dalam perjalanan pulang puas juga mencari kelapa parut muda. Ingatkan nak gaul dengan gula dan garam, lepas tu cicah ubi kayu. Pekena air kopi..fuuuh.. tambah pula musim-musim hujan macam sekarang ni. Memang kenalah! Tapi petang tu tak ada rezeki pula. Balik rumah puas berfikir nak buat apa dengan ubi kayu rebus sebekas ni. Teringat bingka ubi yang Kak Z buat di bilik guru. Tapi Khadeeja tak minat pula makan bingka ubi. Muhammad minta buatkan keria. Tapi bukan keria kena guna keledek ke? Belek-belek resepi, ade jugalah keria ubi kayu. Keria kentang pun ada! Apa lagi... Muhammad dah pergi kerja, mari mulakan projek! Senang aja. Boleh buat minum petang ni...
(gambar akan ditempek selepas saya menggorengnya petang nanti ye?)

Bahan-bahan

  • 7 biji ubi kayu (sederhana besar) / sekilo (boleh ganti dengan keledek atau kentang)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. - Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan (saya parut kasi lagi halus...) biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
  2. - Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
  3. - Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Note: Petua nak hilangkan pahit ubi kayu yang di ajar pakcik Google. Parut ubi kayu dan bungkus dengan kain putih lepas tu gantung atau letak atas tapis. Air yang terkumpul boleh dibuang sebab air tu yang menyebabkan pahitnya.

Rendang Daging

Tahun pertama menyambut raya dengan Muhammad dan pertama kali juga kami bercita-cita nak buat rumah terbuka. Menu saya pilih yang mudah-mudah saja, mee soto tapi Muhammad insist nak sediakan rendang untuk dapatkan mood raya. Sudahnya persetujuan kami, saya in charge mee soto dan Muhammad chef untuk rendang. Korek-korek resepi di internet tentunya banyak resepi rendang pelbagai versi. Akhirnya kami mahu cuba resepi yang ini. Alhamdulillah enak! Dan tentunya tetamu terkejut bila saya katakan rendang ini air tangan Muhammad! Muhammad pun apa lagi.... hehe...!


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
BAHAN KISAR
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
BAHAN MAYANG
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara:



  1. - Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. - Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. - Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. - Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. - Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. - Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. - PERHATIAN: Masak dengan api perlaha

Resepi Puding Koktail

Resepi ni Khadeeja cuba masa buat rumah terbuka untuk jiran tetangga. Senang sangat-sangat dan alhamdulillah sedap. Letak dalam peti ais kasi sejuk...dingin je bila makan. Bilik guru tempat saya mengajar dulu selalu buat 'pot luck'. Orang lain selalu bawak makanan berat-berat jadi Khadeeja selalu volunteer buat pencuci mulut jek. hehe! Buat puding custard alhamdulillah licin satu caserole dish tu... Kalau letak jagung pun best jugak agaknya puding custard ni. Boleh cuba lain kali... insyaAllah.


Foto kredit to spypcss@blogspot

Bahan-bahan ( ( 5-6 orang ) )

BAHAN UNTUK PUDING

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional

Cara-cara:


UNTUK PUDING
  1. - Masukkan semua bahan gaul sebati
  2. - Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
  3. - Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
UNTUK KUAH
  1. - Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  2. - Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  3. - Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
CARA PENYEDIAAN
  1. - Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  2. - Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  3. - Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  4. - Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer

Resepi Karipap Rangup

Tengok ada banyak kentang lebih dalam raga kat dapur, kalau dibiar lama nanti kentang rosak. Jadi apa lagi... mulalah buat projek. Teringat pulak masa kat Manchester dulu jual karipap dengan rakan serumah sebab tak cukup duit nak bayar bil gas. Tapi yang siapkan doh dan intinya orang lain, saya tukang kelim dan goreng saja. Kalau buat sendiri biasanya doh mesti tak rangup. Tapi resepi ni alhamdulillah best! Dohnya rangup, walaupun dah frozen pun masih rangup bila goreng. Cuma sebab buat masa bulan puasa, intinya terlebih masin sikit masa tu... boleh cuba lagi lain kali. Tips mak mertua beri, kalau tak mahu kulit karipap ada gelembung-gelembung macam jerawat (hihi!), kene selalu balik-balikkan dalam kuali. Kalau terbiar lama sikit je dah naik jerawat die. Macam kulit muka jugalah, kalau terlebih berminyak naiklah jerawatnya..hehe!

See? Takde jerawat pun karipap saya ni kan? kan?

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air

Bahan-bahan inti:
  • 5 biji keledek
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air

Cara-cara

  1. - Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. - Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. - Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  4. - Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. - Karipap sebelum dgoreng. Boleh juga terus dfrozenkan.

Resepi Mee Rebus Udang

Khadeeja cuba resepi mee rebus ni untuk rakan-rakan usrah Muhammad yang datang ke rumah. Cuba lagi sekali masa mertua sekeluarga datang ke Terengganu. Sambil masak mak jenguk-jenguk juga periuk, jadi bolehlah dibayangkan betapa serba tak kenanya saya. huhu! Hasilnya alhamdulillah... anak saudara cakap "Makcik... sedap sangatlah mee ni!" Licin periuk...nyum2! Sesuai juga buat hidangan di rumah terbuka di hari raya.

Kredit foto dari hanieliza

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar

Bahan-bahan untuk kuah:
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat
Mak mertua saya pesan kalau nak lagi sedap letakkan sos cili dua-tiga sudu makan dalam kuah semasa die sedang mendidih. Dah cuba dan memang terbukti best!


Cara-cara:

  1. - Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk, tuangkan sedikit minyak dan goreng udang hingga kemerahan.
  2. - Tuang air (lebih kurang 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, lobak merah (jika ada). Renih 30 minit untuk mendapatkan stok udang. Buang buih2 berwarna merah yg timbul.
  3. - Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yang telah dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dengan minyak yang sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bahan-bahan kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  4. - Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.
  5. - UNTUK MENGHIDANG: Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. Tuang kuah. Hias dengan telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yang telah digoreng, bawang goreng, daun sup/ bawang dan belahan limau kasturi.

Tentang Kami

Dapur Khadeeja


Semua resepi yang Khadeeja letak di sini sudah dicuba sendiri dan dijamin sedap insyaAllah. Bakal mendapat pujian ibu mertua (untuk yang dah ada ibu mertua) atau rakan serumah (untuk yang masak untuk rakan serumah). huhu! Sebenarnya nak cari tempat simpan resepi, jadi letaklah di sini untuk dikongsi dengan semua. Selamat mencuba!

Kredit untuk pemberi-pemberi resepi.


Daging Masak Kicap Emak
Karipap Rangup
Keria Ubi Kayu
Mee Rebus Udang
Puding Cocktail
Puding Trifle
Rendang Daging
Siakap Sweet & Sour