Harry dan Charlie

Salaam..

Kita lupakan sebentar helaian-helaian kenangan saya di Atlantic College. Mahu tahu sambungannya, sila dapatkan novel yang entah bila akan ditulis. (hehe...saya berangan!). Banyak lagi mahu tulis tapi.. nantilah...

Hari ini saya membaca buku yang saya nantikan untuk dibaca selepas musim peperiksaan tempoh hari, Genius in 28 Steps. Banyak point-point menarik untuk saya kongsi dari buku tersebut. Bukan saja boleh di aplikasikan dalam pendidikan anak-anak tapi juga dalam mentarbiyah mad'u. Seronok sangat baca! Walaupun saya belum pernah ada anak, tapi saya boleh relate apa yang penulis cuba sampaikan dengan pengalaman-pengalaman dengan mad'u sebelum ini. Dah jadi macam serampang dua matalah kiranya. Jadi bukan saja boleh menghasilkan anak yang genius... tapi juga individu yang genius bila berfikir tentang menegakkan khilafah Islam. Baru habis baca separuh, ada lagi separuh untuk dihabiskan. Nanti saya kongsikan dengan kamu apa yang saya dapat ya?

Buku yang saya baca tu dihiasi dengan gambar anak-anak Puan Halimahton semasa mereka masih kecil. Sangat comel! Tengok gambar anak-anak itu saya tiba-tiba rindu nak main dengan baby! Lalu buka Youtube sekejap, cari video baby comel (suke hatilah nak cakap saya broody ke ape ke..jangan cakap saya paediophile sudah..huhu!). Dan saya terjumpa video yang mencapai 1 billion hits ini! Sehinggakan mak ayah budak-budak berdua ni boleh buat duit dengan video gelagat mereka dan dijemput untuk ditemuramah oleh stesen televisyen hanya kerana video spontan ni!



Saya ulang-ulang tengok video ini beberapa kali. Tak puas tengok senyum nakal si kecil Charlie yang sangat comel sampai abangnya Harry yang kesakitan tak sampai hati nak marah dia. Haha! Sambil-sambil tengok, macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran saya. Although this video seems so spontaneous and meaningless, but it actually beautifully captures our life. Only within a few seconds of the video, it can captures variety of emotions and values. Joy, trust, happiness, curiosity, pain, fear, grief and love. How we can learn so much from such innocent kids....

Memaafkan...

Satu nilai saya lihat ialah sifat memaafkan. Lihat saja bagaimana mudahnya Harry memaafkan Charlie sebab kasih sayangnya pada Charlie. (Harry mengaku dalam temuramahnya di televisyen tau! Bukan saya pandai-pandai assume.) Kalau tidak kerana sayang, saya pasti Harry yang jauh lebih besar, bila-bila masa saja boleh menyakiti Charlie semula kan? (ketuk kepala botak tu ke, tolak die jatuh kerusi ke...). Tapi sebaliknya, sekejap saja Harry mencebik menahan sakit sebelum die kembali tersenyum melihatkan adiknya yang tak faham apa-apa tu tersengih-sengih. (Saaaangatlah comel!). Walaupun sakitnya belum hilang, tapi Harry tak terus-terus marah. Tapi Harry cuba beritahu Charlie yang dia disakiti dan masih sakit, bukan dalam keadaan marah-marah tapi sambil tersenyum. (walaupun Charlie itu mungkin tak faham gak.. haha!)

Hmm... kan bagus kalau kita pun macam Harry dan Charlie. Tak ada simpan dendam lama-lama dan mudah memaafkan. Kalau Harry sayang Charlie sebab hubungan darah, apatah lagi kita yang hubungannya atas dasar akidah. Lagilah tak ada sebab nak simpan marah lama-lama dan melayan parut luka yang mungkin berbekas (tapi adakah masih terasa sakitnya?). Kadang-kadang, orang yang kita berkecil hati atau marah tu, tak tahu pun kita marahkan dia. Tiba-tiba jek kita dah tak bertegur sapa dengan dia, block nama dia kat Y!M, mengumpat dia, sebarkan keburukan dia atau apa-apa sajalah. Dahulukan kita pernah mengaku yang kita sayang dia fillah? Benarkah kita mengimani pengakuan kita tu, atau sekadar ikut trend mengucapkan atau menulisnya dalam email supaya email kita nampak macam best ayatnya.

Mungkin, orang yang kita berkecil hati tu macam si kecil Charlie. Charlie ingat nak gurau-gurau saja dengan si Harry. Masa pertama kali dia gigit jari Harry, Harry tak sakit pun. Bila Harry hulur jari kali kedua, Charlie gigitlah kuat sikit, ingatkan Harry boleh tahan dan suka digigit. Dia tak tahu pun gigitan dia tu menyakitkan Harry akhirnya. Kalau Charlie tahu mesti Charlie tak gigit jari Harry kuat-kuat. Mungkin orang yang kita berkecil hati tu tak tahu pun kita terasa dengan kata-katanya atau perbuatannya. Mungkin kalau dia tahu kita terasa, dia tak akan buat lagi dan akan minta maaf atas keterlanjurannya. Cumanya... dia perlu diberitahu. Bukan dengan merajuk membuta tuli dan menyalahkan orang itu for her ignorance.

Dan untuk memberitahu pun jadilah macam Harry. Harry tak beritahu dengan marah-marah. Dan Harry tak balas pun apa yang Charlie buat pada dia dengan mengigit Charlie semula. (huhu!). Tapi Harry beritahu Charlie dengan kasih sayang. Supaya Charlie tak buat lagi bukan saja pada dia tapi pada orang lain juga. Dan Charlie pun boleh terima teguran Harry sambil tersenyum. Sebab dia tahu Harry tegur dia sebab Harry cuma mahu kebaikan darinya. Bukannya Harry tegur sebab Harry nak menjatuhkan dia atau sebab Harry benci pada dia. Charlie tahu Harry tegur dia sebab sayangkannya. Dan Charlie takkan gigit Harry dah lepas ni. Kalau Harry tak beritahu Charlie yang gigit itu sakit, mesti Charlie tak tahu. Dan Charlie akan gigit orang lain pula lepas Harry. Dan makin hari makin ramai orang benci Charlie sebab Charlie suka gigit jari orang. Walhal Charlie tak tahu pun orang tak suka kene gigit sebab gigit itu menyakitkan. Charlie hanya mahu gurau-gurau saja.

................

..............

.....

Air mata menitis...

Lagi... dan lagi....

Kan bagus kalau kita boleh jadi macam Harry dan Charlie?

..............

titik




Kenangan di Atlantik (2)

Pintu gerbang ke St.Donat's Castle

Dahulu, si kecil Khadija (anak kepada naqibah saya) menggelar saya 'kakak princess'. Kata umminya, saya digelar demikian kerana sangka Khadija, saya tinggal di dalam istana. Hanya 'princess' yang tinggal dalam istana, fikir Khadija. Khadija dan umminya datang sekali-sekala menziarahi 'kakak-kakak princess' ini untuk sama-sama duduk muhasabah iman. Hakikatnya saya tidak tinggal dalam istana tersebut. Bangunan istana itu hanya menempatkan kelas - kelas subjek kemanusiaan, perpustakaan, dewan utama, bilik-bilik studi dan dewan makan. Atlantic College atau nama asalnya St. Donat's Castle ialah sebuah istana yang dibina pada kurun ke-12 oleh keluarga de Hawey, yang telah beberapa kali berpindah milik sehinggalah Antonin Besse membelinya dan diserahkan kepada kepada pentadbiran Atlantic College pada tahun 1925.

Pertama kali menjejakkan kaki ke dewan makan saya membayangkan saya di sekolah sihir Hogwarts, persis novel terkenal Harry Potter, walau mungkin dewan itu tidak segah dalam filem. Dan tiada pula makanan yang muncul dengan ajaib di atas meja, malah kami perlu beratur panjang untuk sepinggan makanan. Hukhuk! Jika Harry Potter ada Gryffindor dan Slytherin, Atlantic College punya Dyfed, Whitaker, Morganwwg, Gwyned, Tice dan Sunley sebagai rumah-rumah pelajar.

Dewan makan 'ajaib' kami

Saya lewati satu persatu ruang-ruang dalam istana itu. Setiap incinya menyimpan seribu satu kenangan yang kadangkala membuatkan saya tersenyum sendiri. Teringat barisan panjang setiap kali waktu makan, perhimpunan hari Isnin yang membosankan, 'open mic' saban minggu dan entah apa-apa lagi. Rakaman-rakaman itu bersilih ganti dalam ingatan bersama ruang-ruang yang saya lewati.

Sehinggalah saya tiba ke satu ruang yang sungguh membuakkan kenangan sepanjang dua tahun di situ. Bilik peribadatan untuk tak kira apa-apa saja agama. Di bilik kecil itu tempat kami menunaikan kewajipan solat dalam kesibukan antara kuliah. Di situ juga tempat sambutan kecil Aidilfitri kami saban tahun, juga mendengar khutbah Jumaat setiap minggu. Dindingnya sudah bertukar warna sejak kali terakhir saya meninggalkannya. Lebih cantik dan bersih. Terkenang Alex Bird, guru 'World Religion' yang sangat-sangat mengambil berat keadaan bilik itu. Dialah yang bersusah payah mengumpul dana untuk mencantikkan bilik kecil itu. Teringat suatu pagi apabila Alex mengamuk semasa perhimpunan hari Isnin. Mencari si pesalah yang meletakkan botol-botol arak di belakang papan penanda kiblat kami. "Ini kerja Islamophobic!" kata Alex. Pada Alex, botol-botol arak itu mencemar kesucian bilik kecil itu dan sebagai satu tanda penghinaan kepada Islam kerana sengaja diletakkan di hadapan tempat penanda kiblat.

Gryn Room (nama bilik solat) yang sudah berdinding kuning

Hidup bertuhan...

Ingatan pada Alex mengingatkan saya pada kunjungan saya dan rakan-rakan ke rumahnya pada suatu malam. Malam itu kami ke rumah Alex untuk memenuhi jemputannya sebelum kami menamatkan pengajian kami di situ. Yang saya ingat, malam itu kami dan Alex merancang untuk meminta kunci istana bawah tanah dari makcik kantin yang katanya menyimpan kunci tersebut. Kata Alex istana kami sebenarnya ada dua atau tiga tingkat dan mempunyai terowong yang mengarah terus ke pinggir laut. Tetapi laluan ke tingkat bawah dikunci dan dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Kata Alex lagi, hanya makcik tua penjaga kantin yang tahu selok belok ke tingkat bawah tanah. Entah benar, entah tidak! Sehingga ke sudahnya Alex tidak pernah memanggil kami untuk meneruskan 'misi rahsia' itu. haha!

Melangkah ke rumah Alex, saya lihat ruang tamu Alex dipenuhi dengan bermacam-macam simbol agama. Di satu sudut ada figura Jesus yang disalib, di atas almarinya duduk seorang Gautama Buddha, juga sebuah dewa Hindu di hadapan pendiang apinya, serta beberapa lagi simbol lain yang saya kurang pasti. Untuk mewakili Islam, sebuah sejadah dengan gambar Ka'abah di tengahnya, digantung di dinding.

"I have aaalll the Gods in my house," kata Alex melihatkan mata saya yang menerawang ke segenap sudut ruang tamunya.

"Ah yes.. except for Islam, I guess..." saya membalas sambil tersenyum.

"Owh yeah...except for Islam. I only have your prayer mat there," balas Alex sambil jarinya menuding pada sejadah merah yang tergantung di dinding.

Saya hanya mengangguk. Saat itu saya terfikir, sungguh zat Allah tidak dapat terbayangkan oleh akal manusia yang terbatas. Kerana Allah tidak akan pernah sama dengan walau apa pun yang terbayang oleh akal manusia. Tapi wujudnya Allah dirasakan oleh hati orang yang beriman. Kita merasai kewujudannya dengan mengamati kehebatan alam ciptaannya, menikmati aturan-aturannya. Seperti angin yang tidak nampak fizikalnya tetapi dirasai nyamannya. Tuhanku tidak selemah patung-patung kaku ini!

"Alex, may I ask you something."

"Sure dear. Go ahead..." kata Alex. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

"Sorry to ask... but I always wondering what is your religion Alex?" saya bertanya hati-hati. Bimbang mengguris sensitiviti Alex. Alex mengajar kelas Theory of Knowledge saya, yang selalu mengkaji dan mencabar setiap punca kepada 'tahu'. Dia juga satu-satunya guru 'World Religion' di kolej itu, subjek yang mengajar tentang semua agama yg wujud di seluruh dunia.

"I believe there is a God and all religion promotes people to do good things in their life. I guess if I choose to believe in one God, it will not be fair for me to teach you guys World Religion isn't it? Or else I'll be biased to my religion and preach you to it, right?" kata Alex separa berseloroh.

Saya mengagak Alex tidak mahu bicara kami menjadi lebih serius malam itu. Dan saya pun tidak mahu bertanya lebih lanjut lagi tentang kepercayaan Alex. Mengingati dialog saya dengan Alex malam itu membuatkan saya mengerti bahawa serba tahu tidak semestinya membawa kepada percaya dengan sepenuh hati. Serba tahu tanpa faham tidak akan mampu membuahkan suatu kuasa yang menggerakkan diri untuk beramal dengan apa yang diketahui. Serba tahu tidak semestinya bermakna mengimani apa yang diketahui...

Jauh di sudut hati saya berdoa, moga hidayah Allah menjadi milik Alex. Kerana Alex seorang guru yang sangat baik. Alex mempunyai personaliti yang amat menyenangkan. Amat mudah mesra dan sangat suka berlucu. Saya masih ingat apabila dia melaung memanggil saya dari kejauhan ketika dia sedang sibuk membawa rombongan pelawat melihat-lihat perkarangan kolej sambil menjerit,

"Liyana, I am sorry I can't drive you to see your psychiatrist today. I'm busy with these visitors!"

atau...

"Liyana, have you quit smoking and taking drugs, girl?"

"ALEX!!!" saya akan menjerit...

Dan biasanya saya akan menjadi mangsa pandangan pelawat-pelawatnya yang akan memandang dengan mata terbeliak, percaya bulat-bulat dengan kata-kata Alex. Ketika itu saya akan berlari sepantas mungkin menyembunyikan diri dari kekejaman Alex. Dari jauh kedengaran ketawanya yang terbahak-bahak kerana berjaya mengenakan saya untuk kesekian kalinya. Alex... Alex...

bersambung....