Hujung minggu lepas genap 5 bulan membawa bayi di dalam perut. Adakah masih terlalu awal untuk mula fikir tentang persiapan barang-barang baby? Macam awal sangat kot, perut pun masih belum kelihatan. Cuma kelihatan seperti seorang wanita terlebih makan, yang bertambah 1 kg setiap minggu, adanya. Maka merasa seganlah mahu masuk ke butik2 baby atau even melintas di mana-mana baby section. Apatah lagi membeli belah di dalamnya. Tapi bak kata kakakku di Perlis nun, it's never too early. Maka awal-awal dia sudah membekali adiknya ini dengan Baby's Checklist. Terima kasih, kakak!
Dari zaman belum kahwin dulu, sangat mengidam mahu beli Quinny travel set untuk baby. Hoho! Tambah-tambah bila tengok kakak-kakak yang dah ada anak masa tu, ke sana sini menolak stroller anak masing-masing dengan penuh bergaya. Oh sungguh convenient! Tapi itu di UK, dimana jumlah orang pedestrian lebih banyak dari kereta, sehingga kereta2 perlu mengutamakan si pedestrian dulu in any case. Dan public transport sangat convenient untuk ibu-ibu berstroller. Yang penting, harga Quinny travel set nya masih dalam lingkungan kemampuan poket! (ebay, car boot...a shopping heaven!).
Hence, bila balik Malaysia hanya mengigit jari saja. Beranganlah nak beli Quinny. Pergi survey harga dia kat Midvalley baru-baru ni, satu set Quinny Zapp (yang boleh lipat kecik gila!) dan compatible Maxi Cosi car seat berharga RM 1500! oh...oh! Tak banyak orang jual yang preloved punya kat Malaysia. Paling murah deal yang kami jumpa RM 1100. Still mahal! Nak beli kat UK and minta tolong kawan bawak balik seperti agak kejamlah pula.
Menjadi idaman kalbu kerana sangat convenient sebab car seat boleh angkat terus letak atas stroller nyer wheel. Jadi tidak mengganggu si anak yang lena tidur dari dalam kereta. Car seat juga boleh jadi rocker, so bila macam nak terbangun baby tu, boleh goyang2 kasi dia tidur balik. Menjamin daurah yang aman damai bebas tangisan. Best kan??
Baiklah, oleh kerana poket nipis maka beli yang penting saja dulu. Akhirnya dengan berat hati meng'eliminate' Quinny Zapp stroller dari list. huk! Maka berkeputusan beli car seat saja, kerana Ibu masih lesen L ya, baby? Tidak mampu drive sebelah tangan dan sebelah lagi pegang baby untuk dihantar ke nursery sebelum pergi kerja. Maka baby harapnya duduklah baik-baik di dalam car seat itu. Pilihan masih lagi Maxi Cosi, jenama lain tidak memuaskan hati atas berbagai sebab. Tapi....... brand new one berharga RM 899!! Tidak! Then terjumpa yang preloved with half price. Preloved pun preloved lah... janji Maxi Cosi dan looks new.
Ini MaxiCosi anda ye, baby? Sedang on the way dari Johor. Looks new tak? Warna merah pilihan Ayah. Katanya baru masuk dengan Savvy merah beliau. Habis, Viva kelabu ibu bagaimana? "Owh, macamlah Fateh nak naik kereta Ibu sangat," kata ayah. Sungguh sampai hati....
Baiklah, oleh kerana tidak membeli stroller maka perlu diganti dengan carrier. Ini pula carrier pilihan Ayah juga. Katanya, at the end of the day, he will be the one who's using it most. As, Ibu would just be responsible to bring diaper bags saja. Sekali lagi, sungguh sampai hati...So kene pilih yang terbaiklah, maka beliau memilih ini. Sungguh teliti Ayah memilih travel gears kamu, baca preview segala dgn penuh tekun seperti membaca website Paultan.org (website kereta faveret beliau) yang dia selalu baca. Oh!

Ini BabyBjorn Synergy pilihan Ayah berwarna hitam.Kerana hitam itu elegant. Sebab beliau memilih yang ini, sila lihat gambar di bawah. Sudah cukup menerangkan ke'best'an baby carrier ini. Yang ini beli di Ebay ye, lebih murah berbanding harga pasaran yang mencecah RM650. Tidak berbaloi. Nanti Makcik Syazreen bawak balikkan dari UK nun insyaAllah.
Ok, sekian update. Mahu pergi shopping breastfeeding set pulak. :)