Graduasi

"You shouldn't be worried.... because you are a Muslim,"

Teringat kata-kata teman sekuliah saya ketika saya melampiaskan kerisauan tentang peperiksaan yang baru sahaja kami duduki. Benar katanya. Muslim yang beriman percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Mengapa perlu risau, bukan? Roda hidup terus saja berputar. Meninggalkan hari semalam untuk melangkah ke hari ini dan terus menuju hari esok. Saya menyaksikan satu-satu aturan Allah menempati takdirnya. Alhamdulillah 'ala kulli haal.. begitu banyak dugaan yang Allah berikan untuk saya akhir-akhir ini...

Graduasi

Saya melangkah ke siku kehidupan seterusnya, menamatkan zaman pengajian setelah memulainya hampir 17 tahun yang lepas. Alhamdulillah... saya sudah tamat pengajian di bumi Manchester dengan keputusan yang sungguh tidak pernah saya sangka akan tercatat begitu akhirnya. Saya dan 5 orang rakan lain menjadi barisan graduan pertama Kejuruteraan Petroleum dari universiti ini. Ya Allah besar sungguh ujianMu kali ini. Bertali-tali ucapan tahniah dari keluarga dan rakan akhawat. Saya hanya mampu tersenyum... dalam hati tidak henti beristighfar. Semoga saya sentiasa disedarkan bahawa ini semua milik Allah semata. Abah adalah antara orang yang paling gembira. Tangan saya dijabat dan dahi saya dikucupnya,

"Terima kasih sebab tunaikan impian abah..." katanya. Saya gembira melihat senyuman di wajah abah.

Saya pulang awal ke tanah air dan tidak menghadiri majlis graduasi. Walau ramai yang bertanya dan amat pelik dengan keputusan saya untuk tidak menghadiri majlis yang sekali seumur hidup itu. "Rugilah tak hadir... sudah bertahun-tahun belajar tungkus lumus!" kata mereka. Entah... saya tiada rasa apa-apa, biasa-biasa saja. Majlis graduasi pada saya hanyalah sebuah majlis. Saya lebih excited untuk pulang ke Malaysia ketika itu, menghilangkan rindu pada keluarga tersayang. Namun untuk menunaikan impian emak dan abah sejak dahulu lagi yang mahu melihat saya memakai jubah dan topi graduasi sambil memegang skrol ijazah, saya hadir ke sesi fotografi sebelum pulang ke Malaysia. (yang memakan belanja £60!)

Setiap kali melangkah gementar ke dewan peperiksaan, ada satu doa dan harapan yang sering saya panjatkan pada Allah. Ya Allah... janganlah diriku menjadi fitnah kepada dakwah ini. Seorang siswa yang aktif dalam dakwah dan gagal dalam akademiknya adalah lebih menarik untuk dijadikan buah mulut berbanding siswa yang gagal dalam studi kerana terlalu sibuk dengan video games, kekasih dan clubbing. Itu persepsi yang telah sekian lama saya teliti sepanjang 5 tahun saya di perantauan. Persepsi yang berat sebelah dan sama sekali tidak adil.

Lantas jauh di sudut hati saya bertekad untuk membuktikan pada mereka, kesibukan dengan program tarbiyah sama sekali tidak menghalang saya untuk turut cemerlang dalam studi. Dakwah ini milik Allah maka Allah saja yang berkuasa memeliharanya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik (perlu betul-betul SEHABIS BAIK!) dan selebihnya serahkan saja pada Allah S.W.T. Tetapi jangan menghukum diri andai gagal... pasti ada hikmah disebaliknya. Dan jangan kegagalan itu menggencatkan kerja-kerja dakwah kita. Yakin dgn janji Allah dan sentiasa bersangka baik padaNya.

Hadiah dari Allah


Tiba-tiba saya teringatkan pula nasihat Muhammad ketika saya mengeluh tentang sesuatu yang saya harapkan tetapi masih belum kunjung tiba walau pelbagai usaha telah saya lakukan untuk mendapatkannya. Saya sedih.. kecewa... Lalu katanya,

"Cuba anggap setiap apa yang kita harapkan itu seperti hadiah daripada Allah, bukan sesuatu yang kita rasakan memang kita PATUT dapat. Bayangkan kegembiraan apabila kita menerima sesuatu yang tidak disangka-sangka. Kalau kita rasakan sesuatu itu memang sepatutnya menjadi milik kita, jadi kita akan kecewa apabila tidak memilikinya. Dan kalaupun kita memilikinya, kegembiraannya tidaklah sama seperti apabila kita menerima hadiah yang tidak disangka-sangka. Kerana kita rasakan memang sepatutnya pun kita memilikinya.

Saya terdiam... hanya mengangguk-angguk. Dia kemudiannya menyambung lagi,

"Analoginya mudah. Semasa kamu pelajar setiap bulan kamu menanti elaun bulanan masuk ke akaun kamu dari sponsor kan? Rasa biasa2 saja bila elaun masuk kerana kamu rasakan elaun itu sememangnya hak kamu dan setiap bulan pun kamu memang expect elaun masuk on time. Tapi kalau elaun tidak masuk atau terlambat masuk, sudah pasti kamu marah-marah pada si sponsor kerana lambat melunaskan tanggungjawabnya, kan? Tapi cuba bayangkan tiba-tiba satu bulan tu sponsor kamu berbaik hati tambah elaun kamu sekali ganda kerana keputusan peperiksaan kamu yg cemerlang. Sudah pasti kamu lebih gembirakan kerana tak expect dapat extra income bulan tu dan kamu pun hantar email ucap terima kasih pada sponsor kamu yang baik hati tu..."

Berusaha sehabis baik tanpa memikirkan outcome yang sepatutnya kita 'deserve' untuk dapat akan membebaskan kita dari kerisauan-kerisauan yang tidak munasabah. Risau tak lulus exam, risau tak dapat kerja, risau tak dapat anak.... dan macam-macam lagi kerisauan manusia. Kata Syed Qutb dalam Muqadimah Fi Zilal nya... belajar untuk memisahkan antara mukadimah dan natijah. Malah Rasulullah S.A.W juga berpesan,

"Jika kamu berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang..."

Bukankah ada hikmah dirahsiakan Qada' dan Qadar dari pengetahuan manusia. Supaya kita tidak dibebankan dengan kebimbangan tentang masa depan. Agak-agak kita akan belajar rajin-rajin tak hari ini kalau kita tahu esok memang kita akan fail? Agak-agak kita masih ada 'mood' nak makan tak hari ini kalau kita tahu esok kita mati? Tapi ini tidak sepatutnya menjadikan kita orang yang pendek akalnya. Berfikir tentang masa depan tidak sama dengan khuatir tentang masa depan bukan? Pokok pangkalnya adalah usaha dan terus usaha... kerana Allah melihat kepada usaha kita itu.. dan bukan hasilnya.

Hanya Allah Maha Mengetahui...




Tak tahu nak letak tajuk apa

Assalamualaikum...

Lama benar tidak menulis (Muhammad kata ini ayat tipikal saya setiap kali kembali menulis.. haha!) Masakan mampu saya menulis kerana sudah sekian lama tidak mengisi otak dan hati dgn sesuatu yg bermanfaat. Bagaimana mahu memberi hadiah kepada orang lain andai kita tidak mempunyai apa-apa untuk dihadiahkan? Saya tidak mahu menulis sesuatu yang hanya memberi akibat yg buruk pada saya di akhirat kelak... Bukankah lebih baik diam daripada menitipkan sesuatu yang sia-sia? Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menaip tetapi baru satu dua perenggan saya berkeputusan memeramnya dalam draft box saja. Saya malu... malu menjadi org yg menyajikan kopi pahit tanpa gula kepada tetamu.. yang bukan menyegarkan mata yang mengantuk tetapi makin memberatkan kelopak matanya. Maafkan saya.

Begitu banyak yang terjadi sejak kali terakhirnya saya bertemu kamu bersama Harry dan Charlie. Dan perkara-perkara yg terjadi itu merupakan momen-momen penting dalam hidup saya... saat yg mungkin telah saya nantikan bertahun-tahun untuk saya tulis tentangnya di laman ini. Momen di mana saya menghabiskan hari-hari akhir di bumi peti sejuk, hari-hari awal saya kembali ke tanah air untuk berkhidmat sepenuh masa di sini, momen saya melangkah ke satu lagi tangga usia menjadikan angkanya dua tiga dan banyak lagi. Tapi entah mengapa saya tidak mampu menulis... saya katakan pada Muhammad saya sudah hilang bakat menulis(ada bakatkah selama ni??huhu!) dan berhajat mahu menutup terus warung ini...

Kehabisan minyak!



Saya mengumpamakan diri seperti sebuah kereta yg kehabisan minyak. Dalam perjalanan sejak beberapa bulan yang lepas saya tidak ketemu stesen untuk mengisi semula tangki minyaknya. Tapi perjalanan perlu terus dan penumpang yg menunggu temu janji perlu diberikan haknya. Maka terus sahaja kereta itu berjalan walau sedar tangkinya sudah hampir kosong. Sedar tak sedar akhirnya saya tersadai di tepi jalan... Mahu undur pun tidak mampu apatah lagi untuk terus bergerak kehadapan. Untuk beberapa ketika pemandunya hanya menanti di dalam kereta mengharapkan datangnya pertolongan. Ada juga yg berlalu yg bersimpati dan singgah cuba menghulurkan pertolongan. Cuba menolak supaya kereta itu kembali bergerak. Bergerak semeter dua kemudian kembali statik. Pemandunya tidak memberitahu keretanya kehabisan minyak... mana mungkin akan bergerak selagi tidak di isi!Setelah beberapa waktu barulah si pemandu berkeputusan mahu keluar dan menapak mencari stesen minyak atau paling kurang mencari pertolongan. Kerana dia yang sebenar-benar tahu apa masalah yg sedang dihadapinya.

Kembara mencari diri



Dua minggu kebelakangan ini saya rasakan Allah seolah-olah mengatur program perawatan untuk diri saya. Sungguh... saya rasakan detik-detik kebelakangan ini, hampir semua perkara yg terjadi seperti 'jigsaw puzzle' yg kembali masuk ke petaknya dan melengkapi keping-keping yang hilang selama ini. Bermula dengan Dia membukakan hati saya untk mula hadir semula ke program tarbiyah... walau hati jadi separa-separa. Saya dan Muhammad berjaulah ke Melaka, di mana saya mengenali semula syahadah dan kesannya yg sepatutnya dirasai oleh seorang mukmin yg benar-benar beriman dgn syahadah itu.

(bersambung..)