Tak tahu nak letak tajuk apa

Assalamualaikum...

Lama benar tidak menulis (Muhammad kata ini ayat tipikal saya setiap kali kembali menulis.. haha!) Masakan mampu saya menulis kerana sudah sekian lama tidak mengisi otak dan hati dgn sesuatu yg bermanfaat. Bagaimana mahu memberi hadiah kepada orang lain andai kita tidak mempunyai apa-apa untuk dihadiahkan? Saya tidak mahu menulis sesuatu yang hanya memberi akibat yg buruk pada saya di akhirat kelak... Bukankah lebih baik diam daripada menitipkan sesuatu yang sia-sia? Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menaip tetapi baru satu dua perenggan saya berkeputusan memeramnya dalam draft box saja. Saya malu... malu menjadi org yg menyajikan kopi pahit tanpa gula kepada tetamu.. yang bukan menyegarkan mata yang mengantuk tetapi makin memberatkan kelopak matanya. Maafkan saya.

Begitu banyak yang terjadi sejak kali terakhirnya saya bertemu kamu bersama Harry dan Charlie. Dan perkara-perkara yg terjadi itu merupakan momen-momen penting dalam hidup saya... saat yg mungkin telah saya nantikan bertahun-tahun untuk saya tulis tentangnya di laman ini. Momen di mana saya menghabiskan hari-hari akhir di bumi peti sejuk, hari-hari awal saya kembali ke tanah air untuk berkhidmat sepenuh masa di sini, momen saya melangkah ke satu lagi tangga usia menjadikan angkanya dua tiga dan banyak lagi. Tapi entah mengapa saya tidak mampu menulis... saya katakan pada Muhammad saya sudah hilang bakat menulis(ada bakatkah selama ni??huhu!) dan berhajat mahu menutup terus warung ini...

Kehabisan minyak!



Saya mengumpamakan diri seperti sebuah kereta yg kehabisan minyak. Dalam perjalanan sejak beberapa bulan yang lepas saya tidak ketemu stesen untuk mengisi semula tangki minyaknya. Tapi perjalanan perlu terus dan penumpang yg menunggu temu janji perlu diberikan haknya. Maka terus sahaja kereta itu berjalan walau sedar tangkinya sudah hampir kosong. Sedar tak sedar akhirnya saya tersadai di tepi jalan... Mahu undur pun tidak mampu apatah lagi untuk terus bergerak kehadapan. Untuk beberapa ketika pemandunya hanya menanti di dalam kereta mengharapkan datangnya pertolongan. Ada juga yg berlalu yg bersimpati dan singgah cuba menghulurkan pertolongan. Cuba menolak supaya kereta itu kembali bergerak. Bergerak semeter dua kemudian kembali statik. Pemandunya tidak memberitahu keretanya kehabisan minyak... mana mungkin akan bergerak selagi tidak di isi!Setelah beberapa waktu barulah si pemandu berkeputusan mahu keluar dan menapak mencari stesen minyak atau paling kurang mencari pertolongan. Kerana dia yang sebenar-benar tahu apa masalah yg sedang dihadapinya.

Kembara mencari diri



Dua minggu kebelakangan ini saya rasakan Allah seolah-olah mengatur program perawatan untuk diri saya. Sungguh... saya rasakan detik-detik kebelakangan ini, hampir semua perkara yg terjadi seperti 'jigsaw puzzle' yg kembali masuk ke petaknya dan melengkapi keping-keping yang hilang selama ini. Bermula dengan Dia membukakan hati saya untk mula hadir semula ke program tarbiyah... walau hati jadi separa-separa. Saya dan Muhammad berjaulah ke Melaka, di mana saya mengenali semula syahadah dan kesannya yg sepatutnya dirasai oleh seorang mukmin yg benar-benar beriman dgn syahadah itu.

(bersambung..)

0 kopi panas..: