Ada dan tiada

Kadang-kadang kita terlalu disibukkan berfikir tentang apa yang tiada dalam hidup kita...

Belum ada kerja...


Belum ada anak...


Belum ada rumah sendiri...


Belum ada ini... belum ada itu...

Bila dah dapat-dapat apa yang diingini....

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata "Tuhanku telah memuliakanku"
(Al-Fajr: 15)

Tapi bila tak dapat apa yang diingini...

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku"
(Al-Fajr:16)

Ada dan tiada, bukankah kedua-duanya ujian dari Allah?

Untuk melihat siapakah antara hambaNya yang tahu bersyukur...

Kita merasakan kitalah yang paling malang dan menderita...


Kerana tak punya apa yang kita ingini itu, lalu kita mengeluh dan merintih...

Tidakkah pernah kita menghitung apa yang kita ada yang tiada pada orang lain?

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tiada pekerjaan, malah tiada upaya untuk bekerja kerana batasan fizikalnya...

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tidak punya anak, malah sudah usia senja masih belum juga bertemu jodohnya...

Berapa ramai manusia yang bukan sahaja tiada rumah, malah tidak mampu mencari teduhan dari panas dan hujan....

"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
(An-Nisa':32).

Sedang mendidik hati untuk menjadi hamba yang bersyukur....

















4 kopi panas..:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah.. ujian tanda kasih sayangNya buat kite... tanda Dia mengingati kite...

"Apakah kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji..." 29:2

~ Saye yg sedang diuji dengan ujian kereta rosak. he2 :) ~

Tanpa Nama berkata...

Jazakallah abg saye ~ akhi Muhammad atas khidmat nasihat kereta :D

kaksue berkata...

salam liyana..

kaksue sgt suka entry ini.. nak cilok sikit buat pedoman.. =)
moga sihat2 di sana ya... email kaksue alamat rumah yana please?

tantannia@gmail.com

Unknown berkata...

To Qurratul Ayn: Jazakillah melawat. Harapnye kereta dah sehat.hehe.

To Kak Sue: lame tak dengor khabar berite? Silekan mencilok moga bermanfaat