Perkembangan di Gaza - 11 Januari 2009, Hari ke 16

  1. Jumlah korban penduduk Gaza mencecah 879 orang dengan kira-kira 3,700 orang dilaporkan cedera. Sumber bantuan perubatan melaporkan 24 pejuang Palestine terkorban dalam pertempuran sengit dengan militan Israel pada hari Ahad ini. Tentera Israel masih lagi kekal di penjuru utara dan timur Gaza dan masih lagi belum dapar mara ke bandar Gaza sementara kereta kebal Israel yang cuba menebusi dari selatan Gaza terpaksa berundur semula dalam siri serangan ke atas Palestine Fasa Kedua. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city) UN mengesahkan satu pertiga daripada angka yang terbunuh ialah kanak-kanan. (PressTV)
  2. Perdana Menteri Israel bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa militan Israel semakin menghampiri objektif menghapuskan kemampuan serangan roket Hamas. Israel tidak akan meneruskan fasa seterusnya dalam serangan mereka selagi belum menyekat kemasukan senjata dan roket ke dalam Palestine dari Mesir kerana dibimbangi militan Zionist akan tewas disebabkan kelebihan Hamas atas faktor Geografi bumi Gaza. (Al-Jazeera: Israel Advance in Gaza city)
  3. Kumpulan kemanusian menggesa Israel menghentikan penggunaan 'white phosphorus' sebagai senjata dalam operasi militannya terhadap kawasan berkepadatan tinggi di Semenanjung Gaza. Pemerhati mengatakan penggunaan bahan kimian itu mampu menyebabkan kesan teruk pada daging dan tulang manusia juga dikatakan mampu mencarikan logam.(Video Al-Jazeera: Israel Using 'White Phosphorus')
  4. Penjuang Hamas menumpukan serangan kepada jet pejuang dan kereta kebal Israel dengan melancarkan 'anti-aircraft missile' buat kali pertama sejak serangan mereka terhadap Hamas bermula. Hamas juga dilaporkan turut melancarkan  'anti-tank missile' menyekat kemaraan tentera Israel.(PressTV)
  5. Rakyat Malaysia di gesa agar tidak menyalurkan bantuan kewangan ke kedutaan Palestine di Malaysia kerana dikhuatiri bantuan tidak akan sampai ke rakyat Palestine disebabkan hubungan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas dengan tentera Israel.(Palestinekini)
  6. Protes kepada serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza kini bukan sahaja di berbagai-bagai negara di seluruh dunia, malah turut berlaku di Israel sendiri. Seribu penunjuk perasaan Israel daripada pertubuhan Peace Now dan parti sayap kiri Meretz membuat bantahan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Israel.  Bantahan dibuat kerana peperangan yang dicetuskan oleh Israel bukan sahaja meragut beribu-ribu nyawa rakyat Palestine, malah turut menyebabkan kebimbangan dan ancaman kepada penduduk Israel sendiri.(PressTV)

Perkembangan di Gaza - 6 Januari 2009, Hari ke 11

Tagged from http://hazaddeen.blogspot.com/
  1. Bilangan korban penduduk Gaza meningkat kepada 573 orang dengan angka cedera mencecah 2470. Sebuah kereta kebal rejim Zionist dilaporkan membedil sebuah sekolah United Nations menyebabkan 40 orang terbunuh. Seorang penduduk Gaza, Fares Akram menyatakan bahwa tiada lagi tempat yang selamat di Gaza akibat tindakan rejim Zionist mengebom dan membedil missile tanpa henti ke setiap tempat tanpa mengecualikan kawasan kediaman dan hospital.
  2. Pertempuran sengit dilaporkan berterusan dengan tentera rejim dilaporkan berjaya menduduki kawasan kedua terpadat di Gaza; Khan Younis. Walaubagaimanapun, sumber dari jurucakap Briged izzudin al-Qassam menyatakan bahwa mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera rejim dan berjaya mencederakan 30 yang lain. Sumber pihak Zionist pula menyatakan mereka menerima 3 kematian dan 24 kecederaan akibat "friendly fire". Hamas juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh pejuang.
  3. Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi. Pelancaran roket ini menimbulkan "Insomnia" kepada penduduk di Selatan Israel.
  4. Bekalan makanan dan ubat-ubatan kian meruncing akibat sekatan dari pihak Rejim. John Ging, ketua United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat kekejaman tentera zionist ke atas mereka yang cedera apabila beliau melawat sebuah hospital Shifa di GaIza.
  5. Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.Stesen Al-Jazeera akan mengadakan liputan langsung di tapak rapat umum. Rapat Umum akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 januari 2009 (Sabtu) dari pukul 10 hingga 12.
  6. President Israel; Shimon Perez menyatakan bahwa Tel Aviv tidak risau akan pandangan buruk dunia terhadapnya disebalik kecaman dari seluruh dunia.
  7. Perdana Menteri Palestin; Ismail Haniyyah menyatakan rasa terima kasihnya kepada dunia arab kerana menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka di Gaza.
  8. Beberepa serangan dilaporkan dilakukan terhadap komuniti Yahudi di Perancis, Sweden dan Britain reaksi dari kekejaman Zionist di Gaza. Antara bentuk serangan yang dilakukan adalah dengan membakar kereta di hadapan pusat ibadat Yahudi, memecahkan tingkap kediaman dan termasuk menembak seorang lelaki Yahudi.
  9. Beberapa pemimpin dunia mula bersuara dengan gesaan bodoh lagi mustahil. Tony Blair menyatakan usaha damai boleh dicapai dalam masa singkat jika Mesir mengawal kemasukan senjata ke Gaza melalui negaranya. President Perancis pula menggesa Syria menekan Hamas supaya peperangan dapat dihentikan

Sumber berita - AP, PressTv, Al-Jazeera, Palestinkini.info, Palestine.info

Perkembangan di Gaza – 5 January 2009, hari ke-10

  1. Walaupun dengan segala kelengkapan canggih yang dimiliki dan pengeboman dari udara lebih dari seminggu, tentera Israel masih belum mampu untuk menawan Gaza dan menumbangkan pemerintahan Hamas. Al-Manar, televisyen rasmi pejuang Hizbullah melaporkan bahawa kereta kebal dan tentera Israel hanya menggempur kawasan yang tidak didiami penduduk dan tidak mampu untuk menawan kawan Bandar dan perkampungan.
  2. Jeneral tentera Lubnan yang sudah bersara juga merupakan pakar taktikal pertempuran, Walid Soukariyeh menyatakan rejim Zionist masih belum mampu untuk merealisasikan perancangan awal mereka untuk membahagikan Gaza kepada 3 bahagian. Sumber Hamas pula menyatakan, disebalik rancangan rejim Zionist untuk mengepung Gaza melalui 3 penjuru, tentera rejim sebenarnya yang telah diasingkan kepada 3 bahagian.
  3. Jet pejuang Israel megebom sebuah bangunan yang menempatkan pejabat kebajikan di Khan Younis. Sumber hamas menyatakan, sekurang-kurangnya 18 lagi penduduk Palestin terbunuh pada hari ke-10 serangan.
  4. Seorang doctor sukarelawan dari Scotland yang berkhidmat di sebuah hospital di Gaza menyatakan beliau mempunyai bukti bahawa tentera rejim Zionist menggunakan bahan sisa radioaktif untuk menyerang penduduk Palestin.
  5. Pekerja Hospital di Gaza menyatakan bahawa mereka kekurangan fasiliti untuk mengendalikan bilangan penduduk cedera yang kian meningkat akibat serangan tentera Israel.
  6. 5 sekeluarga meninggal serentak setelah bedilan kereta kebal Israel terkena tepat ke rumah mereka. Kemudiaannya tentera rejim memberi amaran kepada penduduk Gaza untuk meninggalkan rumah mereka atau menerima risiko dibedil kereta kebal.
  7. Sekurang-kurangnya 40 tentera rejim dilaporkan mati atau cedera parah di medan pertempuran, Jihad Islami menyatakan 7 kereta kebal Israel berjaya dimusnahkan pejuang, 1 helikopter berjaya ditembak jatuh.
  8. Dilaporkan, hanya 2 kedai roti dibuka diseluruh Gaza kerana ketiadaan bekalan gas untuk memasak.

    Sumber berita – Agencies, PressTV, Arabnews, Al-Jazeera

Perkembangan di Gaza – 4 Januari 2009, hari ke-9

  1. Tentera Israel merancang untuk membahagikan Gaza kepada tiga bahagian; bahagian utara, tengah dan selatan. Perancangan awal adalah untuk mengasingkan ketiga-tiga bahagian ini dan mengepung bahagian luarnya.
  2. Jumlah angka korban meningkat kepada 512 orang
  3. Tentangan hebat dari tentera Hamas dengan menggunakan roket dan mortar, Hamas mula menggunakan senjata rahsianya; roket Qassam yang dikatakan jaraknya mampu mencapai sehingga fasiliti nuklear Israel. Lebih 40 roket Al-Qassam sudah dilancarkan sebagai tindakbalas atas kekejaman rejim Zionist.
  4. European Union foreign policy chiefs sedang dalam misi untuk mencari usaha damai diantara Hamas dan rejim Zionist namun mengakui bahawa ianya satu tugas yang sukar.
  5. Sekurang-kurangnya 42 rakyat awam Palestin terkorban apabila kereta kebal Israel membedil ke arah rumah, pusat beli-belah dan hospital di Gaza. Al-Jazeera juga melaporkan bahawa 3 lagi pekerja cari dan menyelamat Palestin dibunuh oleh rejim Zionist meningkatkan angka korban pekerja cari dan menyelamat kepada 7 orang
  6. Awal pagi menyaksiakan kejadian berbalas tembak dari pejuang Hamas dan tentera Zionist, namun kemudiannya disertai oleh pasukan kereta kebal rejim Zionist. Barisan pejuang Hamas tidak berundur dan membalas dengan serangan roket dan mortar. Jurucakap sayap tentera Hamas Abu Ubaida mengatakan bahwa ”tentera Zionist harus sedar bahawa mereka adalah dalam posisi kekalahan”.
  7. Pekerja kemanusiaan di Gaza mula menyatakan kebimbangan mereka akibat bekalan makanan dan perubatan yang kian berkurangan. Ditambah pula dengan bekalan air yang terputus dan ketiadaan sumber elektrik. Disebalik kebimbangan yang disuarakan, rejim Zionist langsung tidak menunjukkan perikemanusiaan dengan tidak membenarkan sebarang bantuan makanan dan perubatan di bawa masuk ke Gaza.
  8. Seorang Komander tentera Iran; Mirfeysal Bagherzadeh menggesa negara-negara Islam untuk memutuskan bekalan minyak mereka kepada Israel. Beliau berkata bahawa dengan memutuskan bekalan minyak, ianya akan meningkatkan tekanan kepada negara rejim Zionist itu.

    Sumber Berita – Agencies, Al-Jazeera, PressTv 

Welcome Syafeea!!



Hee... Acik Yana takde kije hari ni... duk belek2 folder gambar dalam laptop yg lambat macam kura-kura ni, terjumpa pula gambar si comel Syafeea masa Acik Yana datang melawat dua minggu lepas. Baru teringat belum announce kelahiran Syafeea kat blog ni..huhu! Alhamdulillah Syafeea lahir sihat pada 5 November 2008. Dalam debaran mama and acik2nya... akhirnya dapat juga tengok wajah comel Shafeea!!

WELCOME TO THE FAMILY SYAFEEA!

Moga jadi anak yang solehah, permata untuk mama and papa
(panggil mama dan papa ke eh? sukehati sy jek... kui2)

Jadi mujahidah dan serikandi Islam sejati insyaAllah!

MABROOK TO KAK SYAZREEN AND HUBBY!


Ikhlas dari

Syafeea's Nanny..(hehe!)




notakaki: Keglemeran Umar Afif sebagai selebriti sedang digugat dgn kehadiran adik Syafeea.. huhu! Acik Yana tetap sayang Umar da Bonch ku... ye..ye.. Syafeea pun samela... hehe!

notatangan: Bile laa..saya leh buat announcement kelahiran baby sendirik...hukhuk!


Sahabat Perjuangan...

Assalamualaikum....

Sahabat Perjuangan - Tazakka

Agak lama saya mencari-cari. Berpindah dari satu lagu ke lagu yang seterusnya dalam playlist IMEEM yang entah milik siapa ini. Mahu cari lagu yang bertemakan ukhuwah untuk jadi halwa telinga adik-adik yang bakal berkampung hujung minggu ini. Rancangnya mahu lagu nasyid ukhuwah terbaru yang catchy dan rancak supaya boleh dibuat menghilang mengantuk dan alang2 boleh jadi lagu latar aerobic exercise kami. (huhu..masa program jek la satu2nya masa untuk saya bersenam sebab ada sesi riadhah). Melompat dari satu lagu ke satu lagu, tiada satu pun yang berjaya menarik perhatian saya. Hingga akhirnya saya sendiri pun tidak tahu kriteria apa yang melayakkan lagu itu terpilih sebagai lagu tema program kali ini. (Maklumlah baru pertama kali dapat peluang putuskan lagu tema program ukhuwwah..hehe!). Sehinggalah terputar sebuah lagu yang tiba-tiba menguit-nguit perasaan saya. Bukan kerana melodinya atau rentaknya... tetapi... entahlah... mungkin bait-bait liriknya.

Sebuah Perjuangan

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci, tulus dan ikhlas
Semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan, sahabat saudaraku
Bimbinglah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu ertinya berkorban
Berkorban itu ertinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Untuk agama dan bangsa
INILAH JALAN KITA...

Lalu saya terus memilih lagu ini sebagai pilihan. Terkuit bimbang dalam hati andai lagu ini tidak mendapat tempat di hati mereka yang menghadiri. Di malam pertama ketibaan kami ke sana, diam-diam saya merasakan pilihan saya itu tidak salah... alhamdulillah. Sungguh lagu itu bertepatan dengan suasananya. Di sana, tanpa disangka-sangka permata-permata hati saya itu bertemu dengan sahabat-sahabat lama mereka yang telah lama tidak bertemu mata. Ada yang sehingga menitiskan air mata kerana terlalu terharu dan tak kurang juga yang melompat riang. Saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. Subhanallah ya Allah... biarlah dengan ukhuwah ini mengikat hati mereka untuk istiqomah di jalanMu ini.

Pertemuan kita kali ini...
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa...
Tapi kita bertemu ada suatu makna...
Kita punya satu perjuangan...

Bait-bait itu dinyanyikan bersama-sama pagi itu. Tangan-tangan mereka bertaut... Berdiri dalam satu saf barisan, saling menyokong antara satu sama lain.Tanpa saya sedar mata ini bergenang. Saya harap mereka juga merasakan apa yang sedang saya rasakan ketika itu. Bahawa kedatangan mereka ke sini bukan sekadar biasa-biasa, bukan sekadar mengisi waktu lapang di hujung minggu. Tetapi di atas nama perjuangan. Perjuangan menegakkan Islam dalam diri masing-masing dan lantas mengembalikan kegemilangan ummah yang kini menderita . Dan saya mahu mereka ketika itu merasakan mereka tidak bersendirian dalam perjuangan itu. Kerana sahabat-sahabat mereka ini turut bersama, meski jarak memisahkan mereka. Tetapi kita disatukan di atas akidah dan matlamat yang sama.

Saya dulu juga pernah di tempat mereka. Baru belajar mahu menahan kerasnya lantai yang mengalas tidur, menahan dingin malam tanpa kehangatan selimut selesa, makan beramai-ramai sedulang, menahan mengantuk saat menakung titisan ilmu dan apa-apa sahaja lagi atas nama memulakan perjuangan. Perjuangan mentarbiyah diri. Tetapi ketika itu saya menghadapinya keseorangan. Tanpa ada teman yang saya nanti-nantikan dari kawasan lain untuk melepas rindu.Kerana saya sememangnya ditakdirkan tiada semua itu. Namun Allah menggantikannya dengan akhawat tersayang, Allah menggantikan kedinginan hati ini dengan hangatnya pelukan ukhuwah mereka saat menyambut kedatangan dan menghantar kepulangan kami ketika itu. Mereka datang dan pergi bersilih ganti, sebahagiannya masih di sini. Dan tanpa pernah jemu mereka memberikan kasih sayang dan hak ukhuwah kepada diri ini... alhamdulillah. Moga saya menjadi sahabat dan teman sebaik mereka kepada diri mereka.

Perjuangan itu ertinya berkorban
Berkorban itu ertinya terkorban

"Kamu kena telan kepahitan itu! Jangan tanya apa yang lain sumbangkan tapi tanya diri sendiri sudah cukupkah apa yang kamu sumbangkan..."

Air mata mula menitis.... Ya Allah sungguh aku rasa diri yang kerdil ini tidak mampu memikul beban ini... Ya Allah hanya kepada Engkau sumber segala kekuatan. Mengapa aku perlu mengemis dan meminta dari manusia sedang cukuplah Engkau bagiku... SesungguhNya telah aku ikrarkan bahawa hati ini akan bersatu untuk memikul beban ini dalam doa rabitah saban hari. Lantas mengapa hari ini aku mengeluh, saat dirasakan diri berseorangan memikulnya...

"Air mata hanya untuk Allah... mahu menangis, menangis di hadapan Allah... bukan di hadapan manusia"

Walau pandangannya tidak tepat kepada saya tetapi saya seolah-olah tahu kata-kata itu ditujukan kepada saya. Cepat-cepat air mata yang menitis itu saya seka.

Tersentap dari lamunan itu... Melihat wajah-wajah mereka yang sedang tekun mendengar di hadapan saya ini hati menjadi lebih teguh. "Aku tidak akan pernah menoleh ke belakang dan berundur lagi.. insyaAllah". Walau ada sedikit gentar yang bersarang andai diri tidak mampu memikul tanggungjawab yang bukan mudah ini... Tetapi dengan mereka ini bersama, saya tidak akan pernah keseorangan lagi..

Kerana inilah jalan kami....

Wilayah kita...

Hujung minggu yang lepas aku isi dengan 'pelancongan ke Thailand' bersama World Association of Muslim Youth (WAMY). Di sana aku belajar tentang banyak perkara. Kembara dengan mata hati... membawa aku menelusuri dan menginsafi setiap apa yang terlihat sepanjang perjalananku di sana.

Untuk memasuki Thailand daripada utara Kelantan, kami melalui Takbai, tempat berlakunya peristiwa hitam empat tahun dahulu ketika bulan Ramadhan yang meragut 85 nyawa saudara kita.

Di sana, aku melalui di sebelah jalan yang menyaksikan saudara-saudara kita diikat diatas lantai dan dipijak-pijak. Kelihatan kawat-kawat duri masih lagi menjadi benteng-benteng jalan. Rupa-rupanya, tempat peristiwa itu berlaku cuma dipisahkan dengan sederet bangunan dan Sungai Golok daripada Pengkalan Kubur, Kelantan. Mungkin cuma lebih kurang 200m - 300m daripada sana. Bayangkan, pastinya rakyat Kelantan mendengar dengan jelas bunyi tembakan, bahkan mungkin jeritan-jeritan dan riuh pikuk kejadian itupun mungkin turut sama dapat dirasai.

Namun tatkala kita sedang enak membeli juadah berbuka puasa, nyawa saudara kita diragut. Bahkan mungkin ada yang menyangka 'Wah... rakyat siam sedang berpesta... mereka berteriak kegembiraan... hinggakan mercun-mercun pun mereka nyalakan pada waktu siang..."

Dalam tanah jajahan selatan siam itu, hampir setiap sepuluh minit perjalanan di jalan raya akan diisi dengan 'road block'... ya... hampir setiap sepuluh minit perjalanan... tidak kira di lebuh raya mahupun di jalan-jalan kampung. Jika di Malaysia sambil melalui 'road block' pemandu akan tersenyum sambil membuka tingkap dan melambai pada polis yang membuat sekatan dan dibalas semula dengan senyuman, namun sekatan jalan raya disini dilakukan oleh tentera yang lengkap berpakaian celoreng, sambil menghunus M16, dan pastinya menjeling dengan muka yang bengis. Bahkan kadang-kadang kita akan melihat askar-askar berkeliaran menggalas senapang di tepi-tepi jalan. Kata penduduk di sini, askar-askar di selatan ini mendapat bonus tambahan, dan pemberian bonus itu dinilai setiap tiga bulan. Jika penilaian mendapati keadaan semakin aman, mereka akan diundurkan daripada kawasan itu. Jadi selalunya di penghujung tempoh tiga bulan, tentera sendiri akan mewujudkan suasana kacau bilau, supaya mereka boleh terus bertugas di situ dengan gaji yang lumayan.

Begitulah kehidupan seorang Muslim sebagai penduduk majoriti di selatan thailand iaitu kira-kira 80% peratus daripada penduduk setempat yang lain, tetapi berada di bawah tampuk pemerintahan orang kafir. Ibu bapa pula mula risau apabila bahasa melayu semakin kurang digunakan. Kerajaan Thailand belum cukup baik hati untuk menyediakan sekolah yang mengajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Pelajaran pendidikan Islam apatah lagi. Dan itu belum lagi dihitung dengan kerisaun lain tentang saluran television yang jauh lebih ganas dan access kepada kehidupan jahiliah yang lebih mudah. Itulah nasib mereka, walaupun mereka bercakap dalam bahasa yang sama dengan kita, juga menjamah hidangan-hidangan seperti nasi dagang, nasi lemak, dan roti canai, sama seperti kita, dan mempunyai aqidah yang sama dengan kita. Bahkan kata mereka di Narathiwat, "Kalau kami dengar Nik Aziz punya ceramah, rasa macam dengar ceramah tok guru di sini, sebab loghat kami memang serupa dengan loghat org Kelantan." Dan disebelah Yala pula, loghatnya seakan-akan menyerupai orang Kedah.

Dan yang lebih pelik lagi, penduduk yang beragama Islam cuma banyak di tiga wilayah di selatan thailand ini sahaja. Di kawasan lain di thailand, memang sangat jarang menemui yang beragama Islam, jauh lebih jarang daripada menemui seorang Muslim di United Kingdom. Aku menjadi keliru. Mengapakah ini boleh berlaku? Lalu aku bertanya kepada teman yang arif tentang sejarah dan aku buka sendiri peta melihat semula tiga wilayah yang dipenuhi oleh muslim di selatan thailand ini.


Rupa-rupanya wilayah selatan thailand ini dahulunya sebahagian daripada tanah melayu... sebahagian daripada kawasan Kesultanan Islam Melaka... Sempadan asal telah berubah... Dahulu ketika kita dijajah oleh British, Jepun berminat untuk mengambil alih. Lalu Britsih menyangka Jepun akan masuk melalui Singapura, dan sepatutnya mereka masuk melalui Singapura kerana Singapura kawasan pemerintahan utama dan jalan laut paling mudah terdedah kepada serangan. Namun Jepun mengubah strategi, menandatangi perjanjian dengan Raja Siam. Raja Siam dikehendaki memberikan laluan untuk Jepun supaya mereka boleh masuk dari selatan Siam yang asal, terus ke tiga wilayah selatan Thailand sekarang dah hinggalah ke Kelantan. Dan sebagai hadiah, tiga wilayah di utara Tanah Melayu perlu diberikan kepada kerajaan Siam. Selepas Jepun dihalau dari Tanah Melayu, tiga wilayah ini tidak diambil semula oleh British. Lalu kekal ia wilayah di selatan Thailand.

Walau bagaimanapun kehidupan yang menghimpit menyebabkan mereka jauh lebih peka. Sebahagian mereka yang mempunyai izzah untuk membangukan semula Islam di tanah ini mencari dana daripada jutawan-jutawan kaya negeri Arab yang masih peka untuk membina sekolah-sekolah arab atau sekolah-sekolah pondok. Mereka itu mencari dipelosok negeri, menghimpunkan penduduk-penduduk Islam yang masih kuat pegangannya untuk menjadi guru. Guru-guru ini diluapkan semangat mereka untuk mentarbiyyah dan mendidik anak-anak di selatan Thailand. Lalu anak-anak mereka ke sekolah dengan penuh ketabahan, biarpun terpaksa menaiki pick-up truck yang diletakkan sedikit kerusi panjang dan berbumbungkan sedikit alas. Untuk menambah keluasan pick-up agar lebih ramai boleh diisi, pintu belakangnya dibentangkan hingga terlalu mudah untuk seseorang itu terjatuh.



Harapan yang besar mereka letakkan pada anak-anak ini. Bertitik tolak atas keprihatinan mereka terhadap masa hadapan Islam dalam jiwa anak-anak, sebahagian daripada mereka membina asas yang kukuh. Daripada ini aku tersentuh melihat model pembangunan individu muslim mereka, keluarga mereka, dan masyarakat mereka. Aku merasakan mereka berada di landasan yang kukuh untuk suatu hari nanti mereka pasti dapat mencetak insan-insan yang mampu memimpin negara.

Mereka mengukuhkan institusi masjid mereka. Mereka menguasai kepimpinan di masjid-masjid. Lalu masjid-masjid mereka digunakan untuk menghimpunkan suara masyarakat. Di sinilah masyarakat di tiup semangat mereka. Di segarkan kembali dengan harapan tentang masa hadapan Islam. Lalu ada antara mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh diserapkan dan ditarbiyyah sebagai penggerak kepada individu yang lain. Jati diri Islam mereka dikukuhkan agar bila nanti mereka pulang ke rumah, keluarga mereka dipimpin dan diarahkan ke matlamat yang sama... untuk masa hadapan Islam.

Mereka bercakap atas realiti yang benar. "Kami perlu sediakan insan-insan yang kami cetak dengan celupan Islam. Bagai mana kami mahu memimpin sebuah negara jika insan-insan ini belum kami sediakan?" Kata Ustaz Ahmad Omar dalam satu ucapan dalam kunjungan kami ke Islamic University of Yala.

"Insan-insan yang telah dihasilkan oleh universiti ini, terbukti keupayaannya. Ada antara mereka yang dahulunya belajar di sini, kini sedang menimba ilmu di alam politik yang realiti dan mendapat kepercayaan Raja Siam. Ada pula yang kini menjadi penggiat dalam ekonomi. Semuanya sebagai persediaan untuk kami memimpin negara kami sendiri."

"Tapi masih ramai yang perlu kami cetak untuk harapan itu direalisasikan. Jamiah kami (university kami) baru begitu muda usianya. Kami masih perlu teruskan usaha kami mencetak rijal-rijal yang sejati."

Itulah sedikit lebih kurang kata-kata yang teringat di benakku. Yang pasti, aku benar-benar terharu. Jika di university di Malaysia seperti di UIA, hanya pelajar-pelajar yang ikut usrah mahupun halaqah. Namun di Yala Islamic University ini, suasananya begitu mengharukan. Tukang masak di 'Mat'am' atau dewan makan pun ada usrah! Apatah lagi pensyarah mahupun yang bekerja di pejabat university. Aku masih ingat perbualanku dengan sahabat yang menghantarku pulang ke sempadan. Dia cuma seorang pekerja biasa di pejabat. Namun pengetahuannya luas. Mencakupi perihal pelajar, masyarakat dan isu-isu negara. Meliputi kisah-kisah sejarah, khilaf-khilaf Islam dalam masyarakat dan lain-lain. Kami berbual-bual tentang pelbagai isu. Bahkan di University ini, ayat-ayat quran seakan begitu mudah terpacul daripada mulut penghuni-penghuninya tidak kira lapangan apa mereka belajar mahupun di bidang mereka bekerja.

Lalu aku teringat kisah Umar Thilmisani dengan ayam dan petani. Kisah yang aku ingat-ingat lupa. Umar Thilmisani asalnya seorang peguam yang hebat di Mesir. Suatu hari beliau asyik dan leka bermain dengan ayam yang dibelanya. dan gambarannya kalau di Malaysia seperti orang yang membela ayam katik; dimandikan baik-baik, disisir bulunya, dan diberi hidangan makanan yang istimewa.

Lalu ketika dia sedang asyik, datang seorang petani. "Wahai saudara, ketika ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai masalah. bla.. bla.. bla.. Namun kamu di sini masih ada masa untuk bermain-main dengan anak ayam?"

Umar Thimisani tersentak mendengar ucapan yang disampaikan oleh orang itu. Lalu beliau bertanya tentang diri orang yang berucap itu. Dia sangat terkejut apabila mengetahui orang itu cuma seorang petani. Pengetahuannya tentang Islam dan dunia, mengatasi dirinya yang seorang peguam.

Lalu bertitik tolak daripada itu, Umar Thilmisani bangkit dan menyusuni diri dalam saf menyeru manusia ke arah Islam hingga akhirnya beliau diangkat menjadi pemimpin yang setaraf dengan Hasan al Hudaibi, Mustafa Masyur, Mahadi Akef dan Yusof Qardawi. Dan sejarahnya bermula dengan cuma seorang manusia biasa. Sebuah pengalaman peristiwa yang sama seperti Tufail, soerang penyair biasa, namun berjaya mengIslamkan Abu Hurairah yang akhirnya menjadi periwayat hadis paling masyhur dalam sejarah Islam.

Namun segelintir pengiat-pengiat Islam di Malaysia merasakan halaqah atau usrah itu bukan medan tarbiyyah yang utama, kerana kita boleh mentarbiyyah manusia melalui pengalaman mereka. Namun hakikatnya, bagaimana mungkin kita mewujudkan pemimpin yang sehaluan dan sefikrah, seadainya matlamat mereka cukup diterapkan melalui ceramah-ceramah dan ucapan-ucapan? Bagaimana mungkin kefahaman mereka dinilai satu persatu? Bagaimana mungkin peribadi mereka dididik dan diperhalus?

Jadi tidak hairanlah begitu ramai yang kononnya membawa banner Islam, mahupun banner keadilan terjebak ke dalam rasuah. Apatah lagi yang cuma membawa banner Melayu. Semuanya kerana asas mereka masih belum cukup. Desakan nafsu dalam dunia kapitalis terlalu kuat untuk diharungi. Mungkin ramai yang gah membangkangnya ketika masih belajar. Namun awas, tatkala habuan itu di hadapan matamu, ketika itulah keislaman dan prinsipmu diuji. Aku memetik kata-kata Syed Qutb, "Manusia boleh berkata-kata. Namun ia cuma akan menjadi bangkai seandainya tidak dibalas dengan perbuatan."

Syukur masih ramai yang sudahpun tersedar dan meletakkan tarbiyyah sebagai batu asas yang utama dalam membina individu muslim, keluarga dan masyarakat. Dan dengan asas inilah kita mengorak langkah membina sebuah negara yang kita idam-idamkan.


Boikot...


Mencari alat yang sesuai utk satu2 engineering design mmg agak susah. Kalau kita buat specification utk barang yg kita nk beli jek dah agak kalut buat survey kt internet. Elok2 dah jumpa barang yg kita nk beli, tiba2 masa check company manufacturer benda tu, terus rasa putus hati nak proceed dgn equipment tu bila nampak address dia:

ELSPEC ltd.
P.O. Box 3019
4 HaShoham st.
Caesarea Industrial Park
38900, ISRAEL


Hmm... kat sini la kesedaran Islam seorang jurutera diperlukan. Kalau boycott barang2 seperti McD, mungkin impactnye xsebesar mana. Namun barang2 industri mcm Intel yang selalunye processor pilihan student2 dan ramai lagi ni la yg bg keuntungan berjuta2 utk GDP Israel juga selain peluang pekerjaan buat rakyat Israel yg tanpa segan silu duduk di bumi Palestine dan claim tanah diorg. Di Caesarea Industrial Park sahaja ada 170 plant / kilang. Manufacturing industry sebenarnya menjadi 1/5 pendapatan utama Israel dan angka ini belum masuk lagi tax dan lain2 angka yg dibayar oleh industry ini kepada Israel. So yang ni xde syubhah2 dah either donate ke Israel atau tak... mmg confirm contribute direct. Facility pertama Intel di luar Amerika ialah di Jerusalem yg dirampas Israel. Dan sekarang Israel merupakan negara penggerak utk Intel yg ada Yakum Intel Processor Development Centre, Kiryat Gat's plant. Intel Centrino dalam laptop kita pula didesign di Intel Israel's Design Centers. dan Intel Dual Core Processor pula di design di Haifa. Dan kalau nak lagi confirm pasal apa yg Intel support dalam perang dgn musuh2nya, cuba tengok yang ini. Untuk pengetahuan, Rambam Hospital ialah salah satu daripada Hospital yang terbesar di Israel.


Memang bukan semua Israel itu involve dalam zionism, tapi tak salah kalau katakan almost semua bangsa Yahudi setuju dgn tindakan tentera zionis memandangkan diorg hari2 dibasuh konon2 tindakan tentera zionis disebabkan mempertahankan bangsa Yahudi daripada kekejaman terrorist Hamas dan suatu masa dahuluh, Hezbollah. So... tiada syak lagi mengapa kita perlu boycott mereka...

Pernah satu ketika kitorg di offer dengan Closed Cycle Vapour Turbine Generator, mmg one the most reliable turbine generator sbb kurang maintenance cost dan very safe tapi nak tak nak kene reject since barang Israel. Ya.. mereka mmg berkeupayaan buat barang best... tapi disebabkan apa yg disumbangkan mereka, kita patut lebih berkeras. Lagipun selagi kita tak tegas dalam guna barang diorg, sampai bila2 pun org Islam rasa tiada desakan utk bangunkan teknologi sendiri.

Sebenarnya barang2 Israel digunakan di serata dunia. Untuk seorang doktor, cuba check balik stethoscope korg dari mana. Cuba check pula X-ray machine dari mana. Macam mana pula dengan ultrasonic scanner, MRI dan banyak lagi bahan2 dalam perubatan? Utk engineer, cuba check barang yg korg nak beli, terutamanya barang electronic. Dan utk student pula, cuba la elakkan beli laptop Intel... Memang option lain tak banyak, dan yang paling stabil selain Intel, AMD. Walaupun xde la thiqah sgt sbb AMD pun dah start nak cari market invest kat Israel, tapi nk buat mcm mana... sekurang2nya xde la sedalam Intel die nye contribution.

So... at the end of the day, terpulang la kpd pilihan masing2...

A poem of us...

(Warning: Read at ur own risk. This is rather a cheesy entry. It may harm you)

Was staying up late at night when I have the mood to wite a poem. So here's my first attempt. Inspired by a poem that I found on one sister's blog about her dreamed Fahri..huhu! Here's the original version. And here's my version:


My zauj is far away from me,
As far as I am from him,
But our heart will always be close,
Because it's bond by one love,

Love for Allah's sake

My zauj can't spent much time for me,
As less as I can for him,
But that doesn't means that we don't miss,
As we spare it for the deserved one,

Missing to see Allah the Almighty

My zauj cares for my parents as if they are his,
As much as I loved his as if they are mine,
My zauj loves for ikhwah has never lessen by time,
As how dear the akhawat is to his wife's heart,

As all these loves has strengthen us both on this path.

My zauj does not spent much on me,
No jewelleries and expensive clothes,
But he spent most so that he can afford,
A beautiful paradise for us in jannah,

For those who spent fi sabilillah.

My zauj always wants to compete,
Of who have the most surahs by heart,
Or who first finishes the mushaf this month,
And I will never let him beat me,

In our quest for mardhathillah.

My zauj knows my dreams,
As much as I know his,
My zauj kept all my secrets,
As his honour is safe with me,

As we shared one heart
With Allah in every beats.

My zauj said I am his Khadeejah,
But I am dying to be his Aisyah,
In turn he tried as much to emulate the Messenger,
To be a good husband like Rasulullah,

For their life is our qudwah.

My zauj corrects me when i'm wrong,
As how I am his mirror to reflects him,
My zauj have never raise his voice on me,
As he knows how I will easily cry over small things,

But instead he advise me with hikmah.

My zauj seldom leads my 5 daily prayer,
As usually he drives me to be with the jemaah in mosque,
But it doesn't means I never have a chance,
To have him as my imaam and listen to his qiraat,

When we stand together side by side in our qiam al-layl.

My zauj is never seen as romantic or even sweet,
To the other girl before he meets me,
My zauj never fails to take my breath away,
Just by his smiles after a long-tiring day,

And how much I feel blessed, by just looking at him

My zauj know of how jealous I am,
To the beautiful angels that maybe waiting for him in heaven,
As he laugh, hugs me and kiss my head,
To say that he'll wait for me to lead them...

And so we pray so that the dreams comes true.

-zawjati-
4.00 a.m, 09112008
Deyne Ave Manchester

Cita-cita dan pilihan

Hujan - Dugaannya


Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.


Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.


Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.


Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.


Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.


Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.


Ini semua dugaan Nya,(2X)



Hmmm... sambil dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, lagu ini menjadi teman buat aku tersingkap kembali cita-cita lama... Dulu masa remaja, aku sebenarnya nak jadi cikgu... Tapi nak dijadikan cerita, bila sebut jek kat ayah, ayah terus cakap... "Ishk... rentikan la... Bukannya senang jadi cikgu..."

Begitulah ayah... baginya kesibukan menjadi cikgu lebih teruk daripada yang disangka... Masakan tidak, jika orang lain ketika dahulu cuma memulakan kerja sekitar jam 9 pagi, seorang guru perlu memulakan tanggungjawab seorang guru seawal jam 7 pagi... Dan selepas tamat sekolah, buku murid-murid pula terpaksa disemak. Dan hujung minggu selalunya terisi dengan mengawasi aktiviti ko-kurikulum pelajar. Bagi ayah, dengan gaji yang diterima seorang guru, memang agak kurang sepadan dengan beban tugas yang dipikul. Dan aku secara tidak langsung, merasa agak terhalang meneruskan cita-cita itu.... namun hingga kini, azam menjadi seorang pendidik masih lagi terpahat, apatah lagi melihat kakakku kini sudahpun bergelar seorang guru apabila kini ayah lebih positive pada proffesionnya itu. Mungkin bukan pendidik di sekolah, tapi di university, apabila pengalaman kerja yang secukupnya berjaya aku timba.

Dan aku yakin, pengalaman ini bukan milik aku seorang. Ramai yang sebenarnya memiliki pilihan hati masing-masing, dalam apa jua aspek kehidupan, namun terhalang disebabkan desakan dan tekanan daripada orang sekeliling. Ramai yang nak jadi jurutera, tapi akhrinya beralih kepada perubatan disebabkan cita-cita ibu bapa. Ada pula yang pada asalnya cuma berminat dengan kanak-kanak, atau hanya ingin menjadi suri rumah, namun disebabkan datang daripada keluarga yang susah, dia mengubah dirinya untuk sesuai mendapat biasiswa Petronas agar dapat menjadi pengurang beban isi rumah yang lain. Bahkan ada juga yang asalnya ingin belajar di Mesir, tetapi disuruh melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Ada juga yang ingin belajar melukis, tetapi disuruh bermain piano. Ada pula yang ingin menyertai Pengakap, tetapi dipaksa oleh abang senior agar menyertai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia... Dan macam-macam lagi cerita rakyat jelata di luar sana...

Dan pilihan yang tidak seiring dengan kehendak hati, bakal mengukirkan seribu satu raut wajah;


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.


Namun buat yang benar-benar dalam dilema, pastinya raut wajah yang gundah akan nampak jelas. Seolah-olah bagai insan yang kebingungan. Hingga kini, aku sendiri gagal mencari jawapan untuk merawat penyakit hati ini.


Tetapi kalau dahulu, selalunya aku akan mengikut nasihat insan-insan disekeliling. Dan perkara pertama yang dinilai semestinya hujah yang dikeluarkannya. Namun kini bergantung kepada hujah sahaja tidak cukup, kerana pernah dulu seorang teman berkongsi denganku, suatu ketika seorang mufti pernah ditanya tentang halal haram sesuatu hukum, lalu mufti itu berkata, "Kamu nak ia jadi halal, atau haram? Kalau halal hujahnya begini... begini dan begini... Dan kalau haram hujahnya begini.. begini dan begini.." Aku sedikit tersentak... sebenarnya memang benar... walaupun perbincangan masih berkisar sekitar panduan yang agung, Al-Quran dan Al-Hadis, hujahnya masih boleh diputar belitkan, terutama dalam perkara-perkara yang tiada dalil secara jelas.

Lalu apakah nilai yang mampu kita gunakan kalau keadaan ini berlaku?

Jawapannya ada dalam bait terakhir hadis 6 dalam kumpulan hadis 40 Imam Nawawi.

"Sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila soleh daging itu maka solehlah jasad itu keseluruhnnya. Dan apabila fasad daging itu maka fasadlah jasad itu keseluruhannya."

Ya... hatilah jawapannya. Hati orang yang membuat pilihan, mahupun hati orang yang diminta pandangan itu. Cuma hati yang bersih dapat memilih jalan yang tepat. Sebab itulah kita disuruh untuk bersolat dalam memohon petunjuk Allah, agar solat itu dapat membersihkan hati kita dan disegarkan untuk membuat pilihan. Tidak cukup dengan itu, tingkah laku haruslah dijaga sama ada dalam pandangan, pendengaran mahupun percakapan, agar hati kita turut terjaga.

Bagi aku, hujah yang layak dipakai cumalah daripada insan yang benar-benar baik percakapnnya dan tingkah lakunya, ataupun daripada mereka yang telahpun membuktikan apa-apa yang dikotakannya. Sukar untuk kita membaca hati orang lain, tetapi lukisan hati selalunya terpampang pada tingkah laku dan percakapan seseorang. Memang pada asalnya kita harus menilai apa-apa yang ingin disampaikan, walaupun dia seorang pencuri, namun disebabkan kita sendiri juga kadang-kadang cetek ilmunya, maka terpaksalah kita menggunakan nilai luaran sebelum menerima nilai dalaman daripada perkara yang ingin disampaikan.

Maka sebab itulah aku mengutamakan hubungan hati aku dengan insan yang aku minta pendapat sebelum pendapat itu sendiri aku nilai. Alasannya mudah, kerana dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang khilaf (berbeza-beza), namun masih banyak perkara yang utama yang ramainya orang sepakat. Dalam hal ini, tiada khilaf dalam menilai akhlak seseorang, dan selalunya akhlaklah yang menentukan perkataan seseorang itu. Namun akhlak yang baik itu mestilah berdasarkan persoalan aqidah yang selamat dan ibadah yang sahih. Sebab itulah selalunya ayah sentiasa menjadi rujukanku terutama ketika aku masih belum mengenal dunia, kerana dia antara insan yang paling dekat dengan hatiku...

Saya dan mereka...


Assalamualaikum...

Tahun ini, buat pertama kalinya setelah beberapa tahun saya ditarbiyah, akhirnya saya dapat merasakan diri saya benar-benar ditarbiyah. Jika sebelum ini saya hanya menerima tanpa ada peluang untuk memberi. Mengenali mereka, lantas cuba untuk menyentuh hati mereka, membuatkan saya belajar begitu banyak perkara. Mengenali mereka menjadikan saya seorang ibu yang perlu amat memahami, seorang kakak yang perlu sedia mendengar dan menasihati, seorang sahabat tempat berkongsi gelak dan tangis, seorang chef yang perlu menguasai apa2 juga jenis masakan timur atau barat, sebuah kaunter pertanyaan yg perlu ada seribu satu maklumat tentang apa-apa saja perkara dan yang terpenting seorang murabbi yang bukan saja mengajar tetapi mendidik.

Mengenali mereka membuatkan saya tidak punya masa lagi untuk duduk bersenang-senang, kerana setiap mereka membutuhkan perhatian yang sama rata dan punya keperluan unik masing-masing. Mengenali dan menyentuh hati mereka menjadikan saya seorang yang baru. Menjadikan saya lebih berusaha untuk melengkapi diri bagi menjadi yang terbaik untuk mereka. Menjadi qudwah bukan semudah yang saya sangka selama ini. Kini saya faham betapa susah mahu menjadi murabbi ideal yang saya impikan selama ini. Kerana murabbi juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari silap dan salahnya. Bersama mereka menjadikan saya lebih takut andai dosa-dosa yang membelenggu diri akan menghijab mereka dari hidayah Allah. Lantas saya berusaha untuk menyucikan diri dan lebih dekat pada Pencipta. Kerana saya tahu hanya Dia yang memegang hati-hati mereka ini. Bagaimana mungkin saya boleh menarik mereka untuk lebih dekat pada Allah sedang saya sendiri jauh?

Bersama mereka, ada kepentingan diri yang perlu saya ketepikan.Sudah berakhir masa bermanja-manja dengan kerehatan dan kemalasan. Malah kepenatan setelah menghabiskan hari yang panjang itu dengan segala tanggung jawabnya adalah kepuasan yang tiada taranya. Sepatutnya tiada satu detik pun yang mampu saya sifatkan sebagai masa luang kerana tanggung jawab lebih banyak dari masa. Sedetik saya bersenang di kamar, masih ada antara mereka yang belum di ziarah, masih ada antara mereka yang masih belum ditanya khabar hari ini dan masih ada di antara mereka yang bergelut dengan perasaan sendiri melawan al-hawa. Jika tidak pun, masih ada buku-buku yang perlu ditelaah, masih ada 'ayat-ayat cintaNya' yang perlu ditadabburi, masih ada nota-nota kuliah yang perlu difahami atau masih ada hak ukhuwah yg belum terpenuhi. Maka masih adakah masa untuk bersenang-senang wahai diri?Namun hati ini perlu hati-hati. Setiap saat perlu meluruskan niat.... segalanya lillahi ta'ala. Jika tidak natijahnya hanya kepenatan sedang tiada ganjaran di sisi Allah....

Dahulu saya selalu terfikir, bagaimana mahu memupuk kasih pada mereka yang baru saya kenali ini? Bagaimana mahu melarutkan diri dengan mereka bagi mencairkan kedinginan dan kebekuan sifat keakuan yang sekian lama bertampuk dalam diri. Bagaimana untuk memikirkan permasalahan dan persoalan mereka seperti saya memikirkan permasalahan dan persoalan diri sendiri. Tetapi kini saya faham perasaan itu tidak datang dengan keterpaksaan. Perlahan-lahan kasih itu akan datang dengan kerelaan diri. Meruntuhkan satu persatu dinding yang membentengi, menyingkap tirai-tirai yang menghalangi, menjernihkan kekeruhan yang mengaburi... membuka hati untuk menerima dan memberi. Perlahan-lahan diri menyayangi mereka seperti mana menyayangi diri sendiri, malah lebih-lebih lagi. Sehingga kegusaran mereka menjadi kerisauan diri, kesedihan mereka menjadi kegundahan di hati dan kegembiraan mereka menerbitkan senyuman untuk diri. Dan saya harap saya tidak bersendiri. Saya harap mereka juga merasakan apa yang saya rasakan saat ini. ya Allah tautkanlah hati-hati ini....

Maaflah jika sudah jarang-jarang berkesempatan untuk menjengah laman ini. Sebabnya? Sudah saya terangkan seperti di atas. Pemilik laman ini yang seorang lagi juga tidak kurang sibuknya. Malah dia lebih-lebih lagi... Sudah beberapa kali berjanji mahu mencoret sesuatu tetapi belum lagi berhasil. Ada keutamaan yang perlu diutamakan bukan? Saya yakin kamu yang membaca juga begitu....

Selamat Hari Lahir!


The birthday girl is the one who sits at the front in black..
(no.. no..that girl in cream is not her twin..haha!)


May Allah grant you with his blessings and rahmah
May you have great years ahead
Dan moga sentiasa thabat di jalan ini...

Selamat Hari Lahir the twins!!

Jom belajar bahasa Arab!

Assalamualaikum..

Hari ini sampai satu perhentian di dalam bas, saya turun. Rupa-rupanya tak ada kelas hari ini. Mujur jiran saya, yang juga rakan sekelas menelefon memberitahu. Jika tidak saya jadi seperti seorang lagi rakan saya yang sudah pun sampai ke dewan kuliah yang lengang pagi ini. Kecewa sedikit. Kelas hari ini kelas Process Fluid Dynamics, kelas kegemaran. Semester satu, tahun akhir ini, saya tidak ada banyak kelas untuk dihadiri. Kelas hanya lebih kurang 2 jam sehari, 4 hari seminggu. Tak ada sebarang projek atau kerja kumpulan pula. Kadang-kadang mati akal juga kerana kebosanan tiada apa yang boleh saya lakukan. Hendak mengulangkaji pun sudah puas kerana terlalu banyak masa kosong. Habis semua nota saya tulis semula cantik-cantik dan kemas-kemas. Selalunya, berangan sajalah mahu ada nota yang kemas. Semuanya seperti cakar ayam saja kerana dicatat dalam dewan kuliah sambil-sambil memberi perhatian kepada pensyarah di depan.

Lalu semester ini saya bertekad mahu beri tumpuan yang lebih kepada tarbiyah dengan kelapangan yang Allah berikan. Semester depan mungkin sudah tidak berpeluang lagi kerana sudah mula ada projek dan kerja kumpulan. Minggu lepas saya mendaftar ke kelas Bahasa Arab di International Society. Kelasnya hanya sekali seminggu, sejam setengah setiap kali kelas. Bayarannya pula hanyalah £30 untuk 10 kali kelas alhamdulillah. Isnin lepas buat pertama kalinya saya ke kelas bahasa arab. Gurunya seorang sukarelawan, Moustaffa namanya. Moustaffa berasal dari Egypt, sedang menghabiskan Phd nya dalam bidang yang saya sendiri tidak pasti. Ahli kelas pula hanyalah seramai lebih kurang 10 orang berbilang bangsa.

Awal kelas, Moustaffa minta semua pelajar memperkenalkan diri dimulai dengan dirinya sendiri. Kami diminta juga memberitahu mengapa kami mengambil kelas Bahasa Arab. Saya terkejut juga kerana saya sangkakan kelas ini pastinya bakal dipenuhi oleh pelajar Muslim. Rupa-rupanya hanya saya, Hassan dan Munirah yang beragama Islam. Dan hanya saya seorang saja pelajar Malaysia. Ada yang datang belajar kerana semester ini dia perlu menyiapkan tesis tentang Timur Tengah dan ada yang sedang mengkaji konflik Israel dan Palestin, jadi mereka fikir akan lebih mudah jika boleh berbahasa Arab serba sedikit. Gadis di sebelah saya pula mahu belajar bahasa Arab kerana katanya mahu memulakan kariernya fesyennya nanti di Dubai. Hassan mencelah, jarang akan didengar ada orang berbahasa Arab lagi di Dubai. Mungkin Hassan sendiri dari sana, melihatkan perawakan dan raut wajahnya. Tidak kurang juga yang mahu belajar semata-mata kerana berminat dengan bahasa Arab yang dikatakannya berbunyi enak dan ada yang mahu belajar kerana rakan sekuliah kebanyakannya berbahasa Arab di sini. Hanya saya dan Hassan saja yang memberi sebab mahu belajar bahasa Arab kerana mahu lebih mudah memahamkan al Quran. Selesai semua memperkenalkan diri kami memulai kelas.

Saya lupa ini kelas Arabic for Beginners di UK. Kalau di Malaysia paling kurang pelajarnya walau se'beginners' mana pun pasti tahu serba sedikit huruf-huruf hijaiyah. Paling kurang tahu menulis dan tahu bunyinyalah. Jadi kelas pertama ini dimulakan dengan mengenal huruf satu persatu dan belajar menyebutnya. Belajar fathah, kasrah dan sebagainya. Aduh... bagaimana ini? Mungkin Moustaffa dapat mengesan perubahan air wajah saya lalu dia bertanya adakah saya sudah mahir menulis. "Alhamdulillah... I have learnt Arabic for three years before" jawab saya. Moustaffa senyum dan mengangguk faham. Dia tuliskan nombor telefon bimbitnya atas kertas nota saya dan minta saya menelefonnya sebelum datang ke kelas minggu depan. Jika masih belajar huruf maka saya tidak perlu datang. Lalu saya dibenarkan pulang, begitu juga dengan Hassan. Malam itu saya menghantar pesanan ringkas untuk Mosutaffa. Mahu berbincang untuk mengikuti kelas berasingan bagi yang sudah ada asas bahasa Arab seperti saya dan Hassan. Tambah teman serumah dan beberapa rakan lain turut berminat mahu menyertai kalau boleh. Moustaffa berjanji mahu menelefon semula esoknya. Dia positif.

Mengapa saya belajar bahasa Arab? Sebab saya tak nak jadi macam lelaki orang putih kat dalam video kat bawah ni.



Haha.. kalaula orang putih tu tahu bercakap bahasa Arab, sudah tentu dia dapat rezeki rimau. Kereta Ferrari sebiji dan sebuah rumah mewah. Hehe! Kawasan saya duduk ni pun ramai orang arab kaya-kaya kot. Kot-kot la ada yang offer rumah sebiji, nanti saya tak faham saya ingat dia mintak apa pulak. Haha! Tapi, bukan itulah sebab sebenar belajar bahasa syurga ini. Ada sebab lain yang lebih menuntut. Cuba tonton video ini pula:



Ha... ape lelaki Arab tu cakap? Pi belajar bahasa Arab dulu kalau nak faham. Hehe! Sebab saya pun tak faham sangat. Tanya-tanya, rupa-rupanya lelaki itu sebenarnya memetik salah satu kata-kata Ibnu Taimiyah rahimahullah:

"Merupakan sesuatu yang sudah diketahui bersama bahawasanya belajar dan mengajarkan bahasa Arab hukumnya fardhu kifayah. Sesungguhnya bahasa Arab merupakan bagian dari agama dan mengetahuinya wajib, karena memahami Al-Qur’an dan sunnah wajib. Dan keduanya tidak dapat dipahami kecuali dengan bahasa Arab dan apa yang suatu kewajiban tidak akan terwujud kecuali dengannya maka sesuatu itu menjadi wajib.”

Bahasa Arab adalah syiar Islam kerana dengan menguasainya ibadah-ibadah kita seperti solat, berdoa dan mempelajari al Quran akan terpenuhi dengan sempurna.

Perhatikan pula kata-kata Imam Syafi’I rahimahullah, “Tidaklah kebodohan dan perbedaan-perbedaan yang terjadi pada manusia (umat muslim) melainkan karena mereka meninggalkan bahasa Arab dan mereka lebih memilih bahasa Aristoteles (bahasa orang barat).”

Jadi, dengan memahami bahasa Arab menjadikan kita selamat dari syubhat-syubhat dan bid’ah. Beliau juga berkata, “Tak seorang pun akan mengetahui jelasnya ilmu-ilmu dalam Al Qur’an selama orang itu tidak mengetahui luasnya bahasa Arab, luasnya cakupannya, luasnya masalah dan tingkatannya dan barangsiapa memahaminya maka dia akan selamat dari terkena syubhat seperti yang terjadi pada orang-orang yang tidak memahaminya”.

As-Suyuti rahimahullah berkata, “Sesungguhnya saya telah menemukan orang-orang sebelum Imam Syafi’I, mereka mengisyaratkan seperti yang saya duga bahwa sebab terjadinya bid’ah adalah tidak memahami bahasa Arab.” Hasan Bashri berkata terhadap orang-orang Ahlu Bid’ah, “Yang menghancurkan mereka adalah ketidaktahuan mereka terhadap bahasa Arab.”

Kuatnya bahasa Arab merupakan salah satu sebab kemuliaan Islam dan kaum muslimin. Musthofa Shodiq Arrofi’ berkata, “Tidaklah bahasa suatu kaum itu rendah kecuali mereka akan direndahkan dan kemuliaannya tidaklah menjadikan kekuasaan itu pergi meninggalkan mereka. Oleh karena itu, penjajah asing mewajibkan (bahasa mereka untuk dipelajari) kepada kaum yang mereka jajah.”

Bahasa Arab merupakan sarana terkuat untuk mewujudkan persatuan dan hubungan diantara umat muslim. Pada saat mereka bersemangat mengajarkan bahasa Arab guna mewujudkan kedekatannya kepada bahasa Arab, maka akan terwujud keseragaman pada zahirnya (yaitu dengan bahasanya) sehingga terwujud pula keseragaman di hati mereka, dikarenakan mereka dapat memahami peradaban dan keyakinan beragama yang sama.



Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al–Qur’an berupa al–Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya." (QS. Yusuf:2)

Banyaaaaak sangat sebab kenapa kamu perlu belajar bahasa Arab. Kalau ada peluang jangan menangguh-nangguh. Jom-jom belajar bahasa Arab!


notakaki: Suami saya tak kasi anak-anak kami nanti panggil ummi atau abi selagi ummi dan abinya tak fasih berbahasa arab. haha! Jadi kalau saya nak anak2 panggil ummi kene pi belajar bahasa arab cepat2. huhu!

Rujukan: Diterjemahkan bebas dari Kitab al – ‘Arabiyah Baina Yadaika. Di salin dari belajarislam.com

Manusia...

Assalamualaikum wmt wbt...


Hari ini saya mengisytiharkan hari rehat untuk diri saya sendiri. Rehat untuk mengemaskini apa yang berteraburan dalam fikiran saya. Tambah buah-buah hati saya di sini semuanya berjalan-jalan di tempat indah hari ini. Maka tiada sesiapa yang boleh saya tuju untuk menghilangkan sunyi dan mengumpul secebis redha Allah. Mahu bual-bual dengan suami, dia pula nun jauh di tengah laut sana. Email terbaru katanya dia sedang menyelenggara kontraktor di atas platform. Tak sabar mahu tunggu kepulangan, kerana saya di sini punya banyak modal untuk dikongsi dan diceritakan. Masih ingat pesanannya sebelum meninggalkan saya untuk terbang ke platform beberapa hari yang lepas, "Sibukkan diri awak dengan 'buah-buah hati' kesayangan, gunakan kekosongan ketiadaan saya untuk rapatkan ukhuwah dengan mereka, jadikan alQuran sebagai teman menghilang sunyi... kalau pun tidak berkesempatan membaca, cukuplah mendengar tilawahnya. Kalau ada masa tadabbur maksudnya... " Dan sekarang bila buah-buah hati saya berpergian, saya bersendirian di bilik. Dengan tilawah Mishary Efasy sebagai halwa telinga...

Lewat beberapa duduk sembang-sembang dengan adik-adik kebelakangan ini, kami sempat kupas dua surah yang apabila diturunkan, Rasulullah SAW amat gembira. Sehinggakan apabila bertemu Jabir, Rasulullah lantas menyuruh dia membacakan kedua surah ini yang Rasulullah katakan tiada surah yang seumpama dengannya. (diriwayatkan dari Imam Malik, Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud dan An-Nasai'). Rasulullah gembira kerana merasakan naungan kasih sayang Allah melalui surah ini. Allah dengan kasih sayangNya membuka perlindungan dan naungan kepada hambaNya yang serba lemah ini untuk berlindung dari kejahatan yang jelas atau terang. Qul a'uzubirabbil falaq dan Qul a'uzubirabbin nas adalah seruan kasih dari Allah.

Sungguh kedua surah ini sungguh signifikan di hati saya lewat tempoh kebelakangan ini. Di saat saya rasakan syaitan umpama mencucuk2 hati untuk berenak-enak. Lantas diri kadangkala terasa amat lemah lalu tunduk kepada acuhan syaitan laknatullah. Malah kadang-kadang tanpa cuba melawan saya akur. Bermalas-malasan sedang terlalu banyak tanggungjawab lain yang tertangguh, menjadi hamba kepada hawa nafsu sendiri. ya Allah ampunkan hambaMu ini. Bila tersedar baru tengadah, cepat-cepat mohon taubat tetapi bukan sekali taubat itu saya mungkiri. Di waktu yang lain perkara yang sama berulang lagi. Dan syaitan melompat kegirangan kerana anak adam ini berjaya diperdayakan. Astaghfirullah...

An-Nas menceritakan hakikat musuh yang paling utama untuk umat manusia. Analoginya jelas. Anda tahu siapa musuh anda yang perlu anda perangi. Bukan sahaja anda tahu itu musuh anda, malah anda juga tahu dari arah mana dia akan mula menyerang dan melemahkan pasukan anda. Tidak cukup itu diceritakan kepada anda titik kelemahan musuh itu dan anda dilengkapkan dengan senjata yang paling canggih untuk mengalahkan musuh itu. Pastinya mudah anda mengatur strategi untuk memenangi pertempuran yang dikatakan akan berlangsung sepanjang zaman sehingga hari kiamat ini. Anda tahu pintu masuk serangan mereka adalah pada hati yang lalai, maka segera persiapkan bala tenteramu untuk mengawal hatimu dengan zikrullah... sentiasa mengingati Allah. Anda tahu musuhmu itu akan lari bergelimpangan apabila berhadapan dengan senjata orang mukmin di medan pertempuran. Tetapi jangan sekali lalai, kerana musuh itu akan cuba menyerang semula apabila bala tentera anda sudah mula leka. Dan dia tidak akan pernah jemu, akan datang dan pergi sehingga bila-bila pun. Kerana musuh itu telah mengisytiharkan perang dengan anda sejak dari Adam diciptakan sehingga nanti bumi ini bakal dihancurkan untuk hari perhitungan. Namun jangan gusar, kerana Allah tidak akan membiarkan anda sendirian mengharungi pertempuran yang hebat ini. Bukan hanya dengan keris dan tombak. Allah malah membekali setiap tenteranya dengan iman sebagai perisai, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa sebagai senjata.

Tetapi terpulang kepada anda sama ada untuk kekal bertahan melawan atau mengaku kalah saja. Jadi tawanan mereka dan secara tak langsung jadi ejen mereka untuk melemahkan bala tentera manusia. Ganjarannya lumayan dan tunai di dunia... iaitu segala jenis kenikmatannya. Walau mungkin ganjaran mereka itu tidak selumayan ganjaran menjadi tentera Allah yang setia, yang bakal dinikmati di hari pembalasan kelak. Syurga yang indah tiada taranya. Dan ketika itu manusia yang sudah menikmati dunia sepuas hati dan sekehendak mereka akan merasai hukuman atas kebelotannya. Manusia tawanan musuh ini adalah ejen yang lebih berkesan untuk melemahkan bala tentera manusia dari dalam. Kalau musuh itu ya sudah jelas kaum manusia tahu akan kejahatannya dan betapa dia wajib diperangi. Tetapi kalau manusia yang berjiwakan motto musuh-musuh ini, siapa pun yang akan mengesyaki mereka? Kerana mereka kelihatan sama saja seperti kita. Malah mungkin terdiri dari orang-orang yang rapat di sekeliling kita, yang kita sayangi dan percayai. Tetapi mereka mungkin menjadi ejen pembisik kejahatan kepada hati kita. Kerana harus ingat, musuh kita yang utama itu ada dari golongan jin dan juga manusia. Lalu mereka mempergunakan kepercayaan kita itu untuk melaksanakan agenda musuh yang utama. Menarik manusia jauh dari Allah dan menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan.

.......... sebak....................

Hanya Allah sebagai sandaran. Kepada Allah kita pulangkan. ya Allah cekalkan hati ini menghadapi godaan musuh-musuhMu ini ya Allah... Moga hatiku ini lebih teguh dengan ingatan padaMu ya Allah. Peliharakan insan-insan di sekelilingku juga ya Allah. Moga mereka menarik aku ke arah mengingatiMu dan bukan menjadi wakil musuh yang cuba memikatku dengan keindahan palsu dunia yang sementara ini ya Allah. Aku mohon perlindungan Engkau ya Allah.

(to be continue...)


Hati ini lemah saat ini...

Satu Syawal

Assalamualaikum...


Hari ini sudah masuk 10 Syawal. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada kamu, kamu, kamu dan kamu (ulang sehingga kamu rasa kamu itu adalah untuk diri kamu..hehe!). Terlebih dahulu saya mohon ampun maaf andai selama ini ada di dalam coretan saya yang mengguris hati kalian semua. Atau ada ketidak senangan yang saya ciptakan dalam pertemuan kita di dalam bas, di pinggir jalan atau di dewan program, saya mohon seribu kemaafan. Semoga dengan kemaafan kalian itu, memudahkan urusan saya di akhirat kelak. Moga Allah merahmati kita semua...insyaAllah.

Bagaimana lebaran kalian tahun ini? Aidilfitri saya tahun ini masih sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Tapi tahun ini di sebalik keriangan satu syawal, ada kesedihan yang bertampuk di hati. Bukan kerana tidak dapat beraya bersama keluarga dan yang tersayang di tanah air itu, bukan kerana tidak dapat makan nasi impit dan kuah kacang buatan emak yang amat saya rindui dan bukan kerana saya tidak ada baju baru untuk dipakai di hari raya ini. Tetapi saya meninggalkan Ramadhan tahun ini, tanpa sempat menghabiskan 30 juzu' al Quran. Kesibukan ke sana sini di Manchester sepulangnya dari cuti musim panas menyebabkan saya kelelahan dan tidak sempat2 mencari masa menghabiskan bacaan walaupun tahun ini saya berpuasa penuh. (no..no...i'm not pregnant!) Ah alasan saja... hendak seribu daya bukan?

Tahun ini sudah tahun kelima saya beraya di perantauan. Sedih? Kesyahduan pagi raya sudah tidak terkesan lagi di hati saya. Pagi raya ini hanya nasi lemak yang mampu saya sediakan untuk teman serumah dan adik-adik yang datang bertandang kerana raya tahun ini datangnya mengejut. Tak sempat memenuhkan peti ais dengan ayam dan daging untuk dibuat rendang. Apatah lagi untuk membeli bahan-bahan lain untuk masakan istimewa. Malam raya kami sambut sekadarnya... bertakbir bersama-sama sahabat-sahabat dan usai itu kami menikmati kuih raya yang dibawa pulang masing-masing dari kampung. Paginya selepas sarapan kami berkejar-kejar ke McDougall (masjid di kawasan saya) untuk solat sunat Aidilfitri. Kami sedikit terlambat kerana jemaah baru selesai solat. Maka kami solat sendiri-sendiri saja. Tidak sempat bersalaman dengan sahabat handai, saya terpaksa berlari-lari pula ke kelas. Biasanya saya ponteng saja kelas pertama di pagi hari raya, tetapi tahun ini saya berazam tidak mahu terlepas walau satu pun kelas. Maklumlah sudah di tahun akhir pengajian. Di dalam bas di pertengahan jalan, tiba-tiba saya diserang gastrik. Perut merajuk kerana terkejut dengan perubahan waktu makan. Sakitnya bukan kepalang. Terpaksa berpatah balik pulang ke rumah. Tiba di rumah saya terlantar di katil hingga ke petang. Teman-teman serumah yang lain semuanya ada kelas penuh hari ini jadi saya bersendirian saja di rumah. Itulah satu Syawal saya tahun ini. Menarik kan? hehe!

Raya kedua lebih istimewa, atau mungkin boleh saya katakan hari raya terbaik saya di perantauan. Seawal subuh kami sibuk memasak untuk tetamu yang bakal datang bertandang ke rumah terbuka kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lebih kurang 70 orang tetamu yang datang memeriahkan hari raya kami. Hidangannya sederhana saja. Nasi impit (yang kami himpit sendiri tau!), lontong, kuah kacang (satu versi tak pedas dari cik H dan satu versi pedas gaban dari cik Z), rendang ayam istimewa cik I, dan roti jala dari rumah jiran. Semuanya habis licin kecuali seperiuk besar kuah lodeh yang diberi kepada jiran lelaki di lorong sebelah. Tetamu bertali arus sehingga jam 10 malam baru akhirnya saya terbaring kepenatan. Hari-hari selepas itu terisi dengan rumah-rumah terbuka yang lain. Alhamdulillah... syawal sentiasa membawa kemurahan rezeki.

Tiada apa yang menarik untuk lebaran saya kali ini. Sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun depan mungkin berbeza. Kerana saya akhirnya kembali kepangkuan keluarga di tanah air. Bagaimana agaknya rasanya beraya di Malaysia semula? Sungguh ...saya sendiri sudah lupa bagaimanakah kemeriahan itu. Dan saya belum pernah berhari raya di Malaysia sebagai bukan budak sekolah. Tamat saja SPM terus saja tercampak ke bumi asing ini.(agak-agak masih ada duit raya lagi tak untuk saya sekarang? Ganti duit-duit raya yang saya tak dapat sejak lima tahun lepas...haha!). Apa-apa sajalah yang saya bebelkan.

Maaf kali ini caca merba catatannya. Tak ada faedah pun yang mampu diberi melainkan catatan hari raya yang tidak sepertinya ini. Banyak mahu dikongsi tapi nanti-nantilah... Bila ada masa lebih dan keinginan untuk menulis lagi...

Salam Aidilfitri dan ampun maaf dari saya...

Wassalam

Winter Retreat is coming!!!


Assalamualaikum...

Jom pakat ramai2 serbu Lock Lomond Disember ni. InsyaAllah it is worth for your time and money spent. Boleh tengok the details of the programme HERE!

InsyaAllah we'll be going there to.. so sape nak jumpe saya bolehlah kite date kat sana sambil bergolek-golek di dalam salji...hehe! Jangan risau saya pun tak pandai ski...so mari tergolek bersama-sama..

Tak sabar nak jumpe speakers yg best2 cam Dr Kamal Helbawy, Bro Ismail Patel etc. Rugi tak pegi...!

TARIKH & MASA
Brothers : 20 - 23 Disember 2008
Sisters : 23 - 26 Disember 2008

LOKASI
Loch Lomond Youth Hostel, Scotland

AKTIVITI MENARIK
Cabaran ski anak muda, outdoor games, indoor games, aktiviti 'team building' , aktiviti yang menarik, pengisian yang mantap dan banyak lagi!

DI ANTARA TAJUK PENGISIAN YANG MENARIK
1. In Search of Excellence
2. The Awakening of The Soul
3. Islam & The West
4. Superpower Student

YURAN PENYERTAAN
£30 seorang / 40 Euro seorang
£35 seorang / 45 Euro seorang (jika mendaftar selepas 1 Disember)

Yuran pendaftaran tidak termasuk yuran ski, yuran ski bergantung kepada bilangan peserta yang berminat untuk menyertai trip ski kami.

Dia sudah tidak menangis lagi

"Hebat tak saya abang?", tanya isteriku melalui telefon ketika aku sedang melangkah keluar menuju ke kereta selepas selesai menghantarnya pergi, untuk kembali ke United Kingdom.

"Kenapa?", aku bertanya kembali meminta kepastian.

"Hmm... mestilah. Saya tak nangis pon masa abang hantar saya tadi." Balas isteriku.

Hehe... baru aku perasan. Dia sudah menjadi semakin tabah... Semakin rasional dalam berhadapan dengan kehidupan.

Malah, ketika baru sahaja dia melalui mesin pengimbas, untuk mengesahkan passport, abang iparku menyapa, "Sabar ye.. tak lama lagi jek tu". Padahal memang perpisahan itu sedikitpun tidak meninggalkan kesedihan, cuma kadang2 terasa geli, sebab tak biasa orang tepuk2 bahu menenangkan aku.

Pelik bukan? Adakah kerana kasih antara kami semakin kurang? Hmm...

Jika dahulu, sampai sahaja di UK, terus telefon dicapai menelefonku, lalu berbicara panjang mengungkapkan nada rindu. Tapi kini, cukup daripadanya, "Saya dah sampai ni" untuk aku membalas"Alhamdulillah" dan panggilan ringkas itu ditamatkan kerana aku sedang dalam sesi pengisian dengan adik-adik di Malaysia, sedang dia harus segera berehat untuk esok meneruskan tanggungjawab membantu adik-adik yang baru tiba. Alhamdulillah masing-masing disibukkan dengan tugas dan tanggungjawab pada Allah, terutama saat ramadhan menjelang.

Lebih aku terasa, jika dahulu panggilan kami akan dihiasi dengan perbualan kosong, tapi kini syukur kerana masing-masing berlumba-lumba berkongsi pelbagai cerita, daripada kegembiraan berkenalan dengan adik-adik yang peramah dan begitu berlapang dada, hinggalah kegugupan masing-masing dalam berusaha menyampaikan mesej Islam kepada semua. Lalu segera segala pendapat dikongsi, dan dibuahkan hingga mendapat penyelesaian yang terbaik. Sungguh ia sangat membantu, kerana aku langsung tidak rasa keseorangan bekerja, walaupun seribu satu kekurangan sentiasa memujuk aku berehat.

Rupa-rupanya pengalaman hidup bersama telah kembali menyegarkan iman kami. Bukan sahaja isteriku, malas aku juga turut tidak terasa kehilangan, walaupun sedar kami akan kembali hidup berjauhan selaku suami isteri selama beberapa purnama. Kerana selama lebih kurang tiga bulan, kami mentarbiyyah antara satu sama lain. Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, bahawa kasih yang teragung bagi kami, bukan milik pasangan kami, tetapi ia milik Allah.

Mungkin mudah diungkapkan, tetapi sukar dilaksanakan terutama buat pasangan yang baru berkahwin seperti kami (walaupun sudah lebih setahun) Kita boleh berkata, "aku sayang Allah lebih daripada ibu bapaku", "Aku sayang Allah lebih daripada diriku", atau mungkin "Aku sayang Allah lebih daripada geweku"...

Tetapi benarkah kita telah menyayangi Allah lebih daripada segalanya? Mampukah kita meninggalkan ibu bapa kita kerana Allah? Mampukah kita meninggalkan kekasih kita kerana Allah? Mampukah kita meninggalkan segala yang kita ada; pekerjaan, pelajaran, kehidupan kerana Allah? Tepuk dada tanya selera. Tetapi yang pasti, At-Taubah: 24 masih belum kita imani, jika kita keberatan mengorbankan segala-galanya, jika tuntutan Islam menuntutnya.

Mungkin itulah yang diimani oleh Bilal hingga sanggup mengungkapkan "Ahad.. Ahad.. Ahad" walau batu betan-tan beratnya menindih perut. Mungkin itulah yang diimani para sahabat hingga sanggup meninggalkan isteri selama berbulan-bulan, demi mempertahankan Islam. Mungkin itulah yang diimani oleh Mus'ab hingga sanggup meninggalkan ibunya saat ibunya membantah ketundukannya kepada Allah SWT.

Dan aku... bagaimana? Semoga Allah menjadikan aku dan isteriku seperti mereka, walau kami cuma baru belajar bertatih mengenai cinta kepada Allah.

Pernah suatu ketika, dia menangis, saat aku mengungkapkan kata-kata "Abang tak tahu nak buat macam mana lagi... Abang tak tahu apa peranan abang sekarang... Abang rasa letih dgn macam-macam benda yang mengarut-ngarut... abg nak rehat kejap"

Lalu kata-kata itu disambarnya, dengan tangisan yang lebih esak.

"Saya tak nak abang, kalau abang tak nak Allah." Itulah kata-katanya menegaskan pendirian dalam hati, walau dengan seribu satu ketidak relaan.

Dan kini, dia sudah tidak menangis lagi, kerana aku sudah kembali disisinya.

Perpisahan kali ini...

Aku melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbit. Sudah jam 8.40 pagi. Bermakna sudah lebih tiga jam aku menunggu di balai berlepas ini. Masih lagi berbaki dua jam penantian sebelum pesawat yang dijadualkan membawa aku ke destinasi seterusnya berlepas. Novel 528 muka surat yang aku minta dibekali untuk menghilangkan jemu dalam perjalanan yang panjang ini baru sahaja habis kubaca. Bosan. Balai berlepas ini sudah semakin lengang berbanding ketika aku tiba tadi lebih kurang jam lima pagi. Hanya lagu-lagu Inggeris dari kiosk kopi di hadapanku yang berkumandang lembut menjadi halwa telinga. Bau kopinya yang harum menusuk hidungku, memberi semacam aroma yang menyegarkan. Yang mengingatkan aku pada pagi-pagi di kota Manchester saat aku melewati kedai-kedai kopi mewah dalam perjalanan ke kuliah. Kalau tidak di dalam bulan Ramadhan, sudah pasti segelas kopi sudah berada dalam genggaman aku ketika ini. Aku mengerling waktu yang tertera di sudut kanan skrin komputer riba yang sedang aku gunakan. Sudah menunjukkan jam 3.48 petang. Angka-angka kecil itu masih menunjukkan waktu di tanah air, Malaysia. Hanya jam di telefon bimbit yang telah ku ubah kepada waktu di sini supaya lebih mudah aku merujuk waktu penerbangan. Malah telah ku tetapkan penggeranya setengah jam sebelum penerbangan, bimbang kalau-kalau aku terleka dan bakal terlepas pula penerbangan nanti.

Fikiranku kembali melayang ke tanah air. Kira-kira pada waktu begini tentu si dia sudah siap-siap dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Kerteh dari bandar Kuala Lumpur. Semalam katanya dia akan bertolak selepas Zuhur dari rumah kakaknya yang kami tumpangi sebelum bertolak ke lapangan terbang. Bagaimana agaknya dia seorang diri dalam perjalanan? Biasanya jika berulang alik ke Kuala Lumpur dari Pantai Timur, sentiasa ada aku di sisinya menemankan. Walaupun mungkin kadang kala aku hanya lena sepanjang perjalanan. Tapi pernah katanya itu sudah cukup memberikan kekuatan untuk dia terus-terus memandu agar cepat sampai ke destinasi. Dan kalau-kalau dia sendiri yang mengantuk dan penat, maka mahu tidak mahu terpaksa juga berhenti di bahu jalan untuk terlelap barang seminit dua. Tetapi jika perjalanan kami terdesak dengan desakan masa, akan diusahakannya membangunkan aku agar melayannya bual-bual tentang apa-apa sahaja. Atau jika kehabisan isi bual, cukup kami ikut menyanyi lagu-lagu atau cuba-cuba mengikut taranum al-Quran dari corong radio. Lakukan apa sahaja supaya mata dan fikiran kembali segar untuk meneruskan perjalanan. Detik-detik seperti itu yang membuatkan aku tidak pernah jemu menemankannya ke mana saja. Sama ada sama-sama ke program tarbiyah atau untuk memenuhi urusan kerjanya. Entah berapa kali dia menyarankan alangkah eloknya kalau aku juga mahir memandu supaya dapat kami bergilir-gilir andai masing-masing sudah kepenatan. Tetapi hingga hari ini aku masih bertangguh-tangguh mahu mendaftar di kelas memandu dengan alasan kesuntukan masa. Hakikatnya, aku masih belum berani. Nanti-nantilah…

Perjalanan pulang ke bumi asing ini pada kali ini aku kira agak berbeza dari perjalanan sebelum-sebelum ini. Kepulangan kali ini menyaksikan aku melangkah masuk ke tahun kelima pengajianku di sini dan mungkin juga menjadi tahun terakhir aku berjauhan dari mereka yang tersayang di tanah air. Atau mungkin juga kerana ini mungkin menjadi penerbanganku yang terakhir meninggalkan mereka, maka hati aku menjadi lebih kuat. Lebih kuat dengan azam untuk menghabiskan pengajian dan pulang ke pangkuan mereka selama-lamanya untuk berbakti dengan sepenuh hati. Kepulangan aku ke sini pada kali ini menjadi berbeza kerana aku tidak sedikit pun menitiskan air mata saat meninggalkan wajah-wajah yang amat aku kasihi itu. Mungkin aku sudah menjadi kalih dengan perpisahan yang aku kira hanya sementara ini, andai umurku masih panjang dengan izin Allah. Dan untuk hati aku menjadi kuat dan teguh untuk menghadapi perpisahan seperti ini memerlukan latihan yang bertahun-tahun lamanya. Yang menyaksikan entah berapa banyak air mataku tumpah setiap kali berhadapan dengan perpisahan seperti ini saban tahun. Dan akhirnya untuk tahun yang terakhir ini aku berjaya menjadi seorang yang kuat untuk tidak kalah dengan emosi sebuah perpisahan.

Aku menjadi lebih kuat kerana aku kira terlalu banyak tugas yang perlu aku langsaikan di sini. Dan aku merasa diri kurang berguna lantaran terlalu banyak berenak-enak dalam percutian musim panas yang lepas. Lantas semangat yang melonjak-lonjak untuk kembali ke tempat aku berjuang ini membuatkan aku semakin tidak sabar untuk pulang. Dia tidak sedikit pun berkecil hati melihatkan aku yang tidak terkesan dengan perpisahan kali ini. Kerana katanya itu menunjukkan aku sudah semakin kuat. Dan itu juga menunjukkan hati ini sudah berfungsi seperti mana sepatutnya untuk seorang yang mengaku dirinya mujahidah. Bahawa kenyataan itu menunjukkan hati ini sudah terlarut dengan tanggungjawabnya sehingga akhirnya mampu mengenepikan keinginan untuk memanja-manjakan diri sendiri. Justeru malah dia bangga. Kerana katanya dia memiliki seorang isteri yang turut serta di jalan ini. Jalan yang dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat. Aku berdoa moga hati kami terus istiqomah dan tsabat.

Aku mempunyai satu kebiasaan sejak dari di bangku sekolah lagi. Selepas satu percutian yang panjang, aku biasanya menganggap kembalinya aku dari percutian itu adalah satu permulaan baru untuk aku mengubah apa-apa saja yang aku kira perlu diubah. Lalu aku biasanya kembali dengan resolusi-resolusi dan keazaman untuk berubah kepada kebaikan setelah untuk seketika waktu aku memuhasabah diri. Dari pengalaman sebelum-sebelumnya, aku menyaksikan ada perkara yang berhasil ku ubah dan ada yang semangatnya hanya hangat-hangat di awal sahaja lalu akhirnya gagal. Di sebalik perbezaan yang aku rasakan tadi, kepulangan kali ini masih juga mempunyai kesamaan itu. Bahawa aku menyimpan keazaman untuk mengubah sikap dan tabiat yang aku kenal pasti menghasilkan kegagalan. Moga aku dikurniakan Allah kekuatan untuk menunaikan. Kepulangan aku kali ini juga beserta tanggungjawab yang entah dari mana aku rasakan pertanggung jawabannya. Kerana tiada siapa yang mengatakan dengan jelas bahawa akulah yang bakal dipertanggung jawabkan dengan tanggungjawab itu. Kembalinya aku kali ini bukan sebagai adik-adik yang perlu digula-gulakan dengan kemanjaan. Sebaliknya aku sendiri perlu kuat agar mampu meneduhkan yang lain.

Penggera telefon bimbitku berbunyi menyedarkan aku dari keasyikan menuliskan sebuah catatan ini. Menandakan yang aku harus bersiap-siap dan melangkah mantap. Sudah berakhir masa untuk aku bersenang-senang dan aku harus lebih serius menghadapi kehidupan yang perlu aku sifatkan sebagai sebuah perjuangan. Dan dengan basmallah, aku memulakan langkahan ini…

Balai berlepas 8D

Lapangan Terbang Heathrow London

Kurang setengah jam, jam sebelas pagi

Salam Ramadhan


Assalamualaikum wmt. wbt..

Rasanya sudah agak lama saya biarkan blog ini bersawang tanpa entry baru. Entry terakhir pada 27 Ogos 2008, 4 hari sebelum kita ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia. Maaflah... terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam minggu-minggu terakhir saya di tanah air ini. Tambah lagi apabila pesta ibadat umat Islam telah bermula. Saya juga tidak mahu terlepas daripada mengejar pahala. Siapa tahu tidak sempat ketemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini tahun depan? Jadi manfaatkan sebaiknya masa yang ada.

Tahun ini senang sikit nak mengira sudah hari ke berapa berpuasa, kerana 1 Ramadhan jatuh pada 1 September. Bila difikir-fikir, kita ni dah terlalu asyik guna kalendar Masihi dalam kehidupan seharian sampai melupakan kalendar yang sepatutnya lebih dekat dengan kita, kalendar Hijrah. (saya sendiri pun!hukhuk!). Kalendar Masihi ikut peredaran matahari dan kalendar Hijrah pula ikut peredaran bulan. (nak baca lebih tentang kalendar Hijrah?) Kalau ada teringat nak guna kalendar Hijrah pun adalah apabila nak menentukan bila mula puasa, bila hari raya dan sambutan hari kebesaran Islam yang lain. Kalau hari-hari istimewa begitu baru kita maklum yang..

"Esok puasa...esok satu Ramadhan la ye?"

"Hari ni satu Syawal..jom sembahyang raye!"


Macam Upin&Ipin jek kite nih kan? Asyik cerita tentang puasa dan raya saja. Alang-alang sebut pasal adik Upin&Ipin bolehlah saya promosikan laman web mereka untuk yang belum tahu. Oleh kerana rumah saya tiada televisyen makanya sering saja terlepas aksi mereka yang comel dan bijak ini. Jadi saya tonton saja di laman web rasmi mereka. Maklumlah, saya pun peminat setia budak2 botak comel berdua ni. (kan best dapat anak comel dan pandai mcm Upin&Ipin..hehe!). Syabas untuk team Upin&Ipin! Tak dinafikan dengan watak anak-anak comel dan innocent ini, mereka mampu untuk mendidik bukan sahaja kanak-kanak malah orang-orang dewasa yang turut menonton kan? Moga usaha kalian dikurniakan ganjaran setimpal oleh Allah S.W.T.

Sedar tak sedar hari ini sudah 15 Ramadhan, berbaki separuh sahaja lagi untuk kita sama-sama mengejar pahala yang berganda-ganda nilainya dalam bulan penuh barakah ini. Sepatutnya hari ini kita sudah khatam 15 juz' tapi kami ini sudah ketinggalan beberapa juz' kerana saya sendiri yang beberapa hari lepas terlantar kerana demam dan batuk-batuk. Nampaknya dalam dua tiga hari ini kami perlu marathon tadarus nih! Semalam lebih istimewa kerana kami sempat tilawah sambil menikmati desiran ombak yang sungguh menenangkan di tepian pantai. Tenangnya... setelah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami sibuk ke sana sini dengan pelbagai urusan. Kebanyakan masa dihabiskan dalam di atas kereta kami yang sudah semakin uzur walau usianya belum pun sampai setahun. (teruk kene gasak dengan kami!) Malah bersahur pun di tengah jalan! huhu! Jadi ambil sehari dua untuk mencari ketenangan...bak kata orang putih "sharpen the saw". huhu! (iyolah tu..).

15 Ramadhan bermakna hari ini juga 15 September. Bermakna esok adalah tarikh yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia yang mengambil tahu masam manis pahit masin politik negara. Adakah benar akan terjadi 16 September seperti yang di canang-canangkan sebelum ini? Saya sebagai rakyat jelata hanya tunggu dan lihat. Saya sendiri sudah semakin kurang ambil tahu tentang politik negara kebelakangan ini. Sudah membosankan dan memeningkan kepala saja. Hanya sesekali mendengar komentar dari suami yang lebih rajin membaca dan mengambil tahu perkembangan politik. Mahu saja saya suruh dia menyumbangkan paling tidak secawan kopi kepada kita di sini...tapi alasannya sering saja tiada masa. oh..oh!

Sudah panjang membebel...banyak kerja lain menanti untuk disudahkan. Hari ini hari terakhir saya di teratak kesayangan kami ini. Semalam sudah siap mengemas rumah dan barang-barang yang perlu dibawa pulang sudah tersimpan rapi dalam bagasi besar. Kurang beberapa hari saja lagi saya akan berlepas meninggalkan tanah air. Hari ini hari terakhir kami berbuka puasa berdua di rumah ini, jadi saya merancang-rancang mahu menyediakan juadah istimewa. Nasi minyak, ayam masak merah, roti jala, kari ayam dan donut coklat sudah tersenarai dalam menu hari ini. Malam nanti akan berangkat pulang ke kampung pula... Sebelum berundur rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan kepada awak yang sedang membaca:

SALAM RAMADHAN !
SEMOGA RAMADHAN KITA KALI INI LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA

Wassalam...