Salam..
Baca berita semalam tak? Baca tak? Baca tak? Laa... kenapa tak baca? Fateh pun baca tau! Kalau tak baca, ni Fateh tampal kat sini kasi semua baca:
Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak."Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin."Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya."Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Manual pump pros:
1. Sebab orang hadiahkan. (haha!) Maka jimatlah duit. RM 300 tuh...
2. Lebih ringan untuk dibawa kemana saja.
3. Boleh diguna di mana saja, tak perlu susah payah cari power outlet atau fikir nak charge bateri sebelum bawa.
4. Boleh kawal suction rate dia. Jadi mengurangkan ketidak selesaan ibu-ibu.
Manual pump cons:
1. Penatlah nak pump banyak-banyak, ambil masa nak kumpul susu yang cukup. Electric pump boleh pump sendiri dengan cepat dan tak penat. Tapi, dengar kata suction power dia mungkin menyakitkan sikit.
2. Suction power yang tak konsisten.
Mungkin untuk ibu yang bekerja, yang nak buat exclusive breastfeeding macam ibu Fateh ni, perlu beli yang elektrik kot. Bayangkan kalau hari-hari ibu kene pam susu untuk Fateh di pejabat, lama-lama boleh ada timbul segala muscle tangan ibu. Tapi oleh kerana electric pump agak mahal, maka perlu nilai betul-betul semua kemungkinan sebelum buat investment.
Sekarang yang belum ada ialah botol susu Fateh dan bekas-bekas untuk simpan stok Expressed Breast Milk (EBM). Setelah di survey, pilihan ibu saya ialah... jengjengjeng!
VIA Storage System! Express, Store and Feed! Kelebihannya, boleh pam susu terus ke dalam bekas ni, lepas tu boleh terus simpan dalam peti ais. Bila Fateh lapar nak minum, boleh keluarkan dari peti ais, panaskan dan terus minum. Cuma perlu gantikan penutupnya dengan adapter dan teat saja. Kiranya dua dalam satulah. Tak perlu susah-susah nak pindah-pindah bekas kerana setitik susu ibu tu begitu berharga! Kalau pindah-pindah, rugi pulak susu bersisa-sisa dalam bekas, kan? Harganya pun tak mahal. Untuk 10 cups, hanya lebih kurang RM70.00 saja! Jadi, purata RM7 untuk sebotol susu. Dan yang penting, BPA free!
Tapi ada juga kekurangannya. Satu, teat dia yang agak mahal berganda-ganda dari harga teat biasa. Sebab, bentuknya yang unik yang memudahkan Fateh bertukar dari breastfeed ke botol. Dan teat direka dengan anti-colic air valve untuk mengelakkan masalah kembung pada Fateh. Masa Fateh kecik lagi dan tak ada gigi, bolehlah guna teat mahal. Bila dah ada gigi nanti, keringlah poket ibu duk mengganti teat botolnya. Hoho! Perlu cari teat jenama lain yang lebih murah. Setakat ni hanya jenama Pigeon dan MAM saja yang compatible dan murah sikit.
Lagi satu kekurangan bekas ni ialah, bentuk bekas ni macam susahlah Fateh nak pegang. Tapi awal-awal nanti orang lain yang pegangkan botol susu, bukan Fateh pandai pegang botol pun kan. Jadi, guna yang ini dulu. Jimat sikit. Bila Fateh dah pandai pegang sendiri nanti, ibu janji nak ganti dengan botol yang lagi best. Sekarang ni, ibu tengah usha-usha botol ni:
Yang ini pun sama macam Via Storage System tu, 2 dalam 1. Boleh jadi botol dan bekas penyimpanan susu juga. Compatible dengan breast pump yang ada. Cuma harganya mahal sikitlah. Mungkin sebab botol dia lebih cantik...hehe! Belum survey betul-betul lagi berapa harganya. Seperti biasa, perlu nilai betul-betul sebelum buat investment. Bukan semua orang ada rezeki nak exclusive breastfeed sampai umur anak 2 tahun. Kadang-kadang habis je pantang susu pun tak ada. Jadi perlu tunggu dan lihat dulu macam mana. Fateh dan ibu doa, moga-moga Allah beri kami rezeki supaya ibu boleh berikan makanan yang terbaik untuk Fateh.
Owh, sebut tentang breastfeeding, antara barang lain yang mungkin perlu dibeli:
Okay, sekian sahaja product review dari Fateh dan ibu. Philips Avent, sila bayar kami for the ads. Ingat free ke?


14 kopi panas..:
erm yana.. suction power manual tak boleh kawal sangat.. suction power electric breast pump mostly boleh tekan butang tambah atau tolak utk kawal.. i have both, tapi manual sejam dpt 2 auns dh boleh sujud syukur.. electric? huihhhh berganda2 cepat.. berat ringan tu mmg takle dinafikan.. so i used yg boleh pakai bateri, cuma kena igt utk charge je la.. anyway, exclusive breastfeeding is not easy no matter what u choose.. but it sure worth it!
pandai Fateh buat survey...haha
Kak Marsita: Haha... ibu ajar.. :P
Kak Su:Ye ka?? Wah Kak Su beli dua-dua ke? tak mahai eh? Tulah, since yang manual nih org hadiahkan, so bajet utk breast pump still available kalau nak beli letrik. Nnt yana try dulu camne. Org kata gune yg letrik sakiiittt...
hehe.. tak laa mahal sbb beli dr UK.. yg kaksu punya kat malaysia price-wise around rm700-800, tp alya belikan dr UK just 150 jee.. manual tu beli pureen basic baper puluh ringgit jee.. first time pakai manual haritu, sakit yang amaaaattttttttt.. nak menangisss.. sore, pedih, semua ada.. unlike eletric, suction dia sangat la lemah lembut boleh tertido2 (ni Medela laa).. tp sekarang sbb dah biasa, tak sakit dah.. mula-mula je, tp tabahkan hati, lepas tu ingat muka lembu beserta rasa sakit hati tanak anak minum susu lembu, insyaAllah, dipermudahkan.. kdg2 kaksu pump sambil menyanyi2 la, tgk movie la, sbb bila kita happy production lbh baik.. determination kena sgt2 tinggi especially bila kena bgn every 2-3 hours at night utk pump.. jgn risau, u can do it becoz despite the stress tak jumpa baby sampai la hari ke-3, risau about his sickness, i am still able to exclusively giving him my own milk smpi hari ni alhamdulillah..
kaksu sgt2 recommend beli double pumping.. (i was hoping ada millionaire nk hadiahkan the best pump in the world Medela Freestyle hehe).. sbb kaksu slalu ada masalah pump sebelah, yg sebelah lagi leaking hihi..
hoh panjang pulak dah mcm tutorial.. hehe..
Haha Kak Su, len kali buat video tutorial lah, takyah kak su penat2 type panjang2..huhu! Medela? Wah.. tu jenama idaman jugak. Hr tu tengok satu set RM 899 kot, together with travelling bag and storage container lah. Out of budget for the time being.Breast milk keluar bila dah bersalin je ye? Sebelum bersalin mmg tak leaking?
Anyway, apa cerita si kecil mujahid kak su? Dah ada nama? We've been wondering apa khabar dia di sana.. hope he's doing fine and coping.Nak tgk muka beliau... katanya mcm muka baba?hehe!
i wud love to blog about it later, the journey has been wonderful subhanallah..
i know, medela swing dgn cooler bag etc mmg 899.. but i got the whole set (pump+storage bag+ice pack+ 4 storage bottles) for 50 pound jeee hehe.. naper tak minta org UK belikan?? try laa.. i have no idea how alya got my pump for 30 quid, dia takmo bgtaw..
sblm bersalin takde langsung, in fact was worried sbb dgr cerita ramai leaking colostrum since 36 weeks lah apa lah.. pastu lepas delivery dh la dpt ubat tidur masa doc jahit (swasta kan.. kalo kerajaan takde ubat nyaa), kaksu bantai tidur berjam2.. patut kan after 1/2 hour dh digalakkan bf.. masa ni tataw lg baby masuk icu..bila dh taw, takde mood lgsg nk mengepam sbb sgt2 stress dan sedih.. baby lahir 11.3.11, 13hb malam tu baru kaksu start stimulate.. kaksu biar je pam tu jalan for 20min then stop 1h sambung lg smpi laa colostrum keluar.. suami sgt2 memberi semangat and keep saying dat baby needs my milk utk jadi lg kuat, thus i keep on trying.. so alhamdulillah, skrg production sgt menyenangkan hati..
baby dh ada nama dr belum lahir lg.. eh tot i told u? nama tu la dia.. alhamdulillah, we keep on hearing positive news every day from the doc.. ill blog about his story later insyaAllah.. (tataw bila hehehe...)
i found this...hope can help u with the survey
http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=34972
Kak Su: Ye, tunggu gak kak su menulis semula. I'm sure Allah rewards you with amazing experience as He knows both of you can endure it insyaAllah.
Yana nak mintak org UK tolong beli mcm serba salah jugak. Takut menyusahkan derang la pulak. Kira Alya post ke ke Msia? Mahal tak postage??
Kak Su kene episiotomy ke? Ke natural tear? Wah bestnye kalau dapat borak2 experience Kak Su deliver. Alhamdulillah murah rezeki Ikram murah, mummy dia boleh feed him with the best food.
Tak sabar nak tunggu cerita kemunculan Ikram... :)
kebetulan alya balik msia last disember, rezeki kami alhamdulillah..
ksu kena episiotomy, natural tears hish jgn.. kang koyak merata2..kalau smpi anus, traumaa taww.. doc have to do the epi sbb kaksu at last deliver guna forceps.. guna forceps mesti kena epi punya sbb forceps tu super besarr.. tp alhamdulillah tak besar pun epi nya, dlm 1 inci je..
ohh yana, try perineal massage from 33w.. guna pure olive oil, u can youtube on how to do it. suruh suami blaja sama, sbb nnt perut dh besar tak smpi nak buat sendiri, jadi gunalah khidmat suami..
it will help to soften the opening, kalau kena epi pun tak besar.. (sbb usually anak first org kena besar, kawan kaksu smpi 5 jarum) and VE pun tak menyakitkan insyaAllah.. try la.. it works for me, kalau tak forceps maybe tak kena epi, tapi takpe la, not dat bad, tak rasa apa pun.. sakit contraction tu mengatasi segalanya..
im writing the delivery entry..(sblum terlupa kan) insyaAllah very soon..
rais sibuk suruh recommend medela freestyle.. kami iA nak upgrade hihi..
botol susu kalau boleh cari yg boleh elakkan nipple confusion. i recommend breastflow from firstyear, dia ada double teats, kalau baby tak hisap, tak keluar susu, so very much like mommy's. i adore a lot of firstyear product btw..they really put much thots in stuffs they produced.
sterliser mana?? beli2.. we bought yg microwave punya. sgt mudah. sumbat masuk microwave, set timer and all, pastu boleh tido. esok pg semua dh ready.
food/ebm warmer kaksu beli yg boleh guna dlm kereta juga.
cooler bag sebenarnya sgt2 perlu. nak transfer dr tmpt kerja ke rumah pun kena berhati2 la.. mana taw jam ke ada apa2 ke, sia2 je susu yg dh diperah kan?
well, tak perlu beli semua avent, avent ni dr kaksu survey dan baca, title PHILIPS tu buat jd mahal, sedangkan they may be one of the best, tp byk lg jenama lain yg setanding malah lbh hebat dr avent dan jauh lbh murah. selalu tgk2 website littlewhiz.com and mybbstore.com utk promotion sbb derg selalu buat. kaksu selalu check these website, dan byk penjimatan dpt dilakukan bila beli masa sale.. =)
pasal breastfeeding, cuba check forum susuibu.com
siap ada senarai pam lagi. exclusive bf bukan mudah untuk ibu bekerja. all the best ya :)
insya Allah boleh
Kak Su, Freestyle mahaiiiiii... pakcik rais please sponsor Fateh sekali ok tak? Hehe!
Memang ada jumpa nipple botol susu yg mcm tu hari tuh jalan2 kat midvalley, tapi mahai. Duk fikir maintenance nyer cost pulak nak menggantikannya selalu. Ke nipple mahai camtu tahan lama eh? Berapa range harga first year nyer product kak su?
For steriliser we have no choice, kene gak beli yang biase since kami takde microwave!! Waaa! Nyesal tak terima tawaran encik suami untuk membeli microwave tempoh hari. huhU! Cooler bag masih pending approval drp beliau, so can't ask for new things. One after another lah..hehe!
As for website, yang selalu dijenguk ialah bbstore, littlewhiz belum pernah dijenguk. InsyaAllah akan menjenguk.Hari tu plan dgn suami Yana nak pi KL kunun nak pi shopping kat BBstore sbb brg die cam murahkan... tapi tak kesampaian lagi sampai skang..hukhuk.
Anyway, bila dah nak jd mak ni baru faham perasaan seorang ibu yang sanggup berhabis utk tgk anak sihat dan happy kan? huuu... tibe2 sebak pulak teringat kat mak & abah.
kaksu beli botol tu masa sale.. 1 botol dalam rm10.. kira murah sbb brg first year mahaii..and teats masa tu sale gak.. so kaksu beli byk2.. range soft, medium, hard semua kaksu beli.. haha.. sbb kaksu budget, by the time puting abis rosak, dia dh pandai and bole tukar botol susu yg murah sket.. (plan je nih..)
takpe, u can try dulu mana2.. kdg2 baby kalau dia dh tanak terima botol tu, terpaksa jugak kita try satu2 smpi dia ok.. so takyah beli byk2 sgt.. tp jgn buang/bg org pulak yg baby taknak, sbb diperlukan utk another sesi cuba-jaya utk next sibling hehe..
kalau nk g bbstore, tgk website dulu for sale.. kalau tak sale, beli online je, jimat minyak keta.. lgpon purchase 150 ke atas, free delivery..kaksu mostly semua online.. smpi depan umah terus haha..
cooler bag tanak beli pon takpe.. beli ice pack je.. pastu beli icebox.. cheaper.. kami pon ada gak sbb cooler bag alone dh tak muat nk angkut susu ikram g spital dah.. rais beli kaler pink, jd tetap nmpk anggun hehe..
Salam Yana ...
MasyaAllah .. dah nak bersalin rupenye .. lama tul x jumpe awak since pregnant .. rasanya last time mase kat serdang lah kan ? mase muktamar :)
mudah2an terus bergerak laju dgn Fateh nnt yea..
hehe kk mum pun tumpang seronok baca blog yana .. ur excitement etc ..
hehe ..kak mum pun dah longing for a new yummy baby :)
btwn ..
kk mum ade food & milk warmer ( avent ) .. pernah pakai sekali je dlu ..
if yana nak .. boleh kk mum passkan
( btwn kk mum kat ipoh now )
& lots .. & lots of BF accessories
( milk storage , bottle BFA free , electric pump, ice pack )
im really enjoying my BF journey .. sampai terpaksa stop due my back pain .
IA if nak tips .. byk kk mum leh share .. but in terms of bottle for storage .. i dont think quite a good idea if storage method is another concern. unless yana ade deep frezer yg besar . nnt tak muat & x bole nk simpan byk .
kk mum dlu simpan dlm milk liners :) senang nk wat stock byk2 ..
hehe nnt share lagi iA
hugss
umm mujahid
Catat Ulasan