Of being a working mommy


Salaam,

Uhuk...uhuk... berhabuk, bersawang... ye sudah lama tak update. Saya tahu. Esok genap sebulan blog ini tak berupdate. Oleh kerana tidak mahu mencipta rekod sebulan tidak berupdate itu, maka hari ini saya update. Haha! (Macamlah ada sangat orang baca~ ) Sejak dah jadi mak orang ni memanglah sangat sibuk sampai sangat susah nak buka laptop...huuuu!!

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, untuk segala nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya ini. Kadang-kadang rasa diri sangat tidak layak untuk segala nikmat ini.... Rasa macam banyaaaaak sangat yang Allah berikan pada diri ini. Sehingga kadang-kadang takut sangat saya jadi hamba yang lalai. Ya Allah moga Kau tetapkan hati ini di jalanMu yang lurus dan jadikan aku sebagai hambaMu yang kekal bersyukur. Ameen.

Sepulangnya dari Kota Singa, keesokannya saya terus memulakan tugas di pejabat semula. Awalnya berdebar juga, maklumlah tak pernah ada practice session dengan Ayyash dan pengasuhnya. Sempat bawa Ayyash berjumpa dengan pengasuhnya pun hanya petang sebelum hari pertama bekerja semula. Alhamdulillah Ayyash has been a very good baby, tak meragam apa pun. Cuma pengasuhnya kata hari pertama Ayyash kurang tidur siang. Mungkin baru nak menyesuaikan diri dengan suasana baru kot. In terms of feeding, Ayyash memang dah dilatih guna botol dan minum EBM sejak dari minggu-minggu awal kelahiran. Jadi, tak ada masalah. In fact, mungkin dia lagi suka botol kot. Hihi!Hari kedua Ayyash has establish his sleeping pattern di rumah pengasuh and seems a lot more at home Alhamdulillah...

Saya sendiri, awalnya kekok juga nak menyesuaikan diri semula dengan rutin baru sebagai ibu yang bekerja. Yelah, kalau dulu, bangun pagi fikir pasal diri sendiri dan keperluan suami saja. Sekarang yang pertama sekali kena fikirkan keperluan anak dulu. Setiap malam sebelum tidur mesti nak kene sediakan nursery bag dan EBM supply Ayyash. Nak kene bersihkan alatan mengepam dan pack siap-siap dalam bag untuk dibawa ke pejabat. Ayyash pula seawal jam 5 pagi dah bangun dah ajak Ibu main-main dan borak-borak dengan dia. Maka haruslah Ibu mengantuk dan tersengguk-sengguk kat pejabat tak cukup tidur. Ada sekali tu tak sedar bila kepala ter'park' kat atas meja dan langsung tertidur dengan bestnya kat pejabat. Hadooi!

Yang paling kekok nak sesuaikan diri ialah mengepam di pejabat. Jadual mengepam saya setiap 3 jam. Biasa lepas subuh sesi pertama jam 6.30 pagi. Sesi kedua lepas minum pagi jam 9.30. Sesi ketiga sebelum makan tengahari jam 12.30 dan sesi terakhir jam 3.30 petang. Jam 6 dah balik, pick up Ayyash dari rumah pengasuh dan sepanjang malam direct feeding aje. Tapi rutin tu bertahan 2 minggu pertama ajalah. Minggu ketiga Ayyash dah demand more EBM supply, jadi tak cukup dengan sesi mengepam siang saja. Maka setiap malam lah berpower pumping selama sejam dari jam 9 sampai 10 malam. Baru cukup bekalan untuk Ayyash. Stok EBM ciput (24 oz je) yang dikumpul masa berpantang habis licin. Sekarang memang kais pagi makan pagilah anakku ini. Ya Allah, kumohon Kau murahkanlah rezeki anakku dan permudahkan aku untuk memberikan yang terbaik mengikut fitrahMu. Ameen...

Kalau nak dikira, hidup sebagai seorang ibu yang bekerjaya memanglah sangat memenatkan. Dulu rasa macam tak percaya je bila orang kata penat-penat balik rumah tengok muka anak terus hilang penat. Sekarang bila diri sendiri mengalami memang diakui benar. Tension macam mana pun kat tempat kerja, penat macam mana pun, segalanya terbang entah ke mana bila tengok senyuman Ayyash. Sejuk rasa hati ni...

Good time with Ayyash (jadi tak effect gambar oldies ni? hihi!)

Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja saja dan fokus membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga. Kadang-kadang rasa sedih dan terkilan bila pengasuh Ayyash update perkara-perkara baru yang Ayyash dapat for the day. Terkilan sebab saya bukan orang pertama yang melihat perkembangannya satu persatu. Sedih sebab saya selalu rasa saya tak dapat jadi ibu yang terbaik untuk si comel Ayyash. (Masa tengah tulis ni, toleh tatap Ayyash yang tengah enak tidur sebelah saya... rasa nak menitik aje air mata ni) Tapi perjuangan mesti diteruskan. InsyaAllah kalau Allah izin, saya akan jadi ibu yang sepenuh masa disisi anak-anak dan suami. InsyaAlllah suatu hari nanti ameen... doakan saya ye?

0 kopi panas..: