Ada Apa Dengan Blog Ini?

Assalamualaikum wmt

Setelah sekian lama saya berfikir-fikir akan kewajaran saya mewujudkan blog baru ini, akhirnya baru hari ini saya berkeputusan untuk mula menulis. Sebelum ini saya meninjau2 juga blog2 sahabat2 dan kakak2 yang lain sebagai rujukan saya. Memang diakui tulisan mereka hebat-hebat belaka. Lantas hati saya berbelah bagi untuk meneruskan niat saya mengadakan blog saya sendiri. Sebab saya bimbang andai tulisan saya nanti tidak mampu untuk jadi sehebat mereka. Maka nantinya jadilah blog saya antara blog picisan yang sekadar menambah semak di ruang siber ini. Sebagaimana blog usang saya di ruang frienster yang pernah dikatakan seseorang sebagai "Blog bangun tidur minum kopi". Blog yang hanya menceritakan tentang hidup sehari-hari tetapi tidak menyumbang kepada pembangunan rohani.. (ayat ni saya ceduk drp salah satu entry di blog lama saya) Tapi untuk apa saya mahu menjadi seperti blog-blog lain yang hebat itu andai di luar mampu saya? Saya mahu menjadi diri saya. Saya menulis di sini semampunya menurut apa yang lahir dari hati saya. Kadang-kadang apa yang lahir ikhlas dari hati itu lebih terkesan di hati yang membacanya nanti..

Lalu apa yang mendorong saya menulis di sini? Apa pula pengisian blog ini nanti? Entah.. saya sendiri pun kurang pasti..yang saya tahu saya sangat teringin untuk menulis. Tambah pula ada rakan2 dan adik2 yang saya temui sepanjang cuti ini yang bertanya andai saya mempunyai blog sendiri. Malu pula hendak saya berikan blog usang saya di friendster itu kerana entry2 awalnya penuh dengankejahilan dan kebudak-budakkan (sudah matangkah saya sekarang?haha!). Kata seorang sahabat saya..kisah hidup saya tak ubah seperti membaca sebuah novel..sarat dengan kejutan dan sangat dramatik. Aduh..betul atau tidak pendapat dia saya sendiri tak dapat nak kata. Lantas wujudnya blog ini sebagai perkongsian saya dengan mereka yang mahu mengetahui dan menghayati. (haha...macamlah kamu tu sepopular penyanyi terkenal..)

Lantas mengapa pula Qatrunnada?Qatrunnada itu ertinya titisan embun..saya umpamakan blog ini seperti satu titisan embun..kecil dan barangkali tidak signifikan untuk sesiapa. Tapi "biarpun hadirnya untuk sementara..biarlah singgahnya mencurahkan satu makna..pada setiap akal dan jiwa yang tahu merasa. " (itu sebenarnya bait2 lirik lagu Embun) InsyaAllah saya manfaatkan juga ruangan ini untuk kebaikan dan menyampaikan apa yang tertanggung untuk disampaikan. Harapnya semangat menulis saya bukan setakat awal-awal ini sahaja (sebagaimana nasib blog saya yang sebelum ini) InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin menulis sekerap yang mungkin andai masa mengizinkan dan tiada apa-apa halangan. Jadi bagi anda yang baru mula membaca entry pertama saya ini..maaf andai tidak memenuhi expectation anda. Ingin saya ingatkan yang saya bukanlah penulis yang hebat.. cuma hambaNya yang serba kekurangan...

"....Engkau hanya melihat duri pada tangkai mawar... tetapi tidak mahu melihat titisan embun yang menghiasi bahagia atasnya.." wassalam..

4 kopi panas..:

aRie berkata...

salaam..
at last.. buat jugak ye blog baru.. hihi.. keep it up.. jgn mcm dulu.. buat sekjap je.. pastu dh off.. i know that u have a lods of thing to share about.. so, spill it up.. okie? dun worry abou wut others would think.. it doesn't matter at all.. yeay.. i'm the first pengomen for ur new blog.. haha.. take care, aite.. may allah will owez be with you.. ameen..

Tanpa Nama berkata...

salam aleik...

just want to drop by... selamat meneroka dunia baru Islam.. and corakkan lah ia dengan kebersihan embun pagi.:)

Tanpa Nama berkata...

salam........
sy impi utk menulis spt p yg awk impikn....
cme bimbang dkritik n jetzt ngah bjinak2 mnulis dlm word dlu...
x tpk utk post dlm blog lg...
keep it up....

Unknown berkata...

salaam utk semua..
time kasih coz u leave a comment..it somehow bagi saya semangat dan kekuatan untuk menulis..insyaAllah cuba istiqamah dengan menulis nih.
To arie:
thanx sbb andalah sahabat yang paling setia mengikuti perkembangan hidup sy nih..insyaAllah blog ini tribute untuk arie jugak!!cayang arie!!

To ain yang appear anonymous:
kalau ade ape2 salah silap tegur saya tau..insyaAllah i change for betterment =)

To anonymous (sape ni ye?):
insyaAllah kita usaha sket2 kan.. sy pun sgt takut untuk publish hasil tulisan saya..but kalau tak kita tak terbuka untuk kritikan dan teguran..nanti bile kamu dah ade blog sendiri jgn lupe kasi tau sy aite? ;)) tak sabar juga nak baca hasil tulisan kamu pulak..