Gerak!

'Salam adik. Ape khabar?Ada di kolej ptg Jumaat ni? Busy tak?Akak nak datang ziarah boleh?'

'Salam akak! Boleh2! Kami exam Isnin depan tapi dtglah. Kami rindu!!'

Petang itu saya dan suami meluangkan masa menjejakkan kaki semula ke daerah yang pernah kami cuba-cuba 'teroka' dahulu. Saya sungguh rindukan wajah-wajah manis yang mengisi kekosongan waktu dan menjadi pertanggungjawaban lewat musim panas yang lepas. Semasa saya baru berkenalan dgn mereka, mereka baru sahaja beberapa minggu mendaftar di situ. Hari ini, saat saya kembali menziarahi setelah entah berapa bulan meninggalkan mereka, mereka sudah hampir menamatkan cerita di daerah ini. Hanya tinggal seminggu saja lagi untuk menyudahkan perjuangan terakhir mereka di sini, sebelum memulakan langkah ke siku kehidupan yang seterusnya selepas ini.

Masih saya ingat pertemuan pertama, saya cukup takut-takut mahu menghantar pesanan ringkas. Bimbang tidak akan mendapat balasan yang sepatutnya. Hanya tahu nama dan nombor telefon pesanan dari rakan akhawat. Minta tolong dijenguk-jengukkan adik-adik ini. Alhamdulillah.. dalam pertemuan pertama, lebih kurang 5 orang berkumpul dalam liqo'. Dalam pertemuan seterusnya jumlah itu bertambah sekali ganda apabila masing-masing membawa rakan-rakan mereka Sehingga liqo' terakhir bersama sebelum saya pulang ke bumi peti sejuk, ada 15 org kesemuanya yang setia menghadiri liqo' saban minggu. Malah sebelum itu kami sempat bermukhayam bersama.

Alhamdulillah.... masih ramai hati-hati suci yang menginginkan kebaikan. Sayang saya terpaksa meninggalkan mereka untuk sebuah tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Malah liqo' terakhir kami hari ini pun masih ada 2-3 wajah-wajah baru yang mahu duduk beriman sejenak bersama-sama. Saya sendiri agak kaget kerana tidak ada apa-apa persediaan, sedang wajah-wajah di hadapan mengharapkan untaian kata yang boleh menambah iman. Bagaimana ya? Cepat-cepat buka mushaf merah jambu yg biasa di bawa ke mana-mana. Hari itu kami tadabbur surah an-Nashr... surah yg turun saat datangnya pertolongan Allah dan kemenangan Islam. Ucapan hamdallah dan istighfar saat dikurniakan kejayaan.. supaya sedar semuanya itu datang dari Allah.

Pengalaman di daerah itu walau cuma singkat, mengajar saya realiti yang sepatutnya saya tanamkan dalam diri. Da'ie perlu tidak pernah tahu duduk diam! Tambah lagi apabila kamu sudah pulang ke lubuk yang penuh dengan hati-hati yang dahagakan simbahan sinar Islam. Yang tidak ada sebarang alasan untuk membenarkan statiknya kamu sebagai seorang dai'e. Di mana-mana sahaja dan walau ke arah mana pun kamu berpaling, tentu ada hati-hati yang belum kamu sentuh dengan keindahan kefahaman Islam. Kerja tidak pernah selesai! Buktinya? Lihat di sekeliling kamu... dimanakah kasih sayang yang kamu ungkapkan kepada mereka andai kami membiarkan mereka terus hanyut dengan dunia? Sedang kamu sendiri sedang mengejar syurga Allah... jgn biarkan suatu hari nanti mereka menarik kamu dan menuntut pertanggungjawaban ke atas mereka.

"Akak... akak tak rasa terlalu awalkah untuk kami mula bergerak? Kami baru nak mengubah diri... baru nak bertatih. Sudah layakkah untuk bergerak?"

Dahinya kelihatan berkerut kegusaran....

"Jangan takut untuk bergerak... jangan takut melakukan kesalahan!Kerana tidak bergerak itu satu kesalahan yang lebih besar!"


0 kopi panas..: