Fuuuuhh... Akhirnya! Tadi berlari-larian ke bilik supervisor menghantar Design Project. Hampir sejam saya terkandas di kedai cetak kerana dokumen yang mahu dicetak buat hal. Bila di skrin komputer nampak macam sihat dan sempurna, tiada masalah. Tapi bila di atas kertas, ada graf yang hilanglah...ada perenggan yang terpadamlah. Saya betulkan semula dan cuba cetak lagi. Masih belum sempurna. Graf yang tadinya hilang kini berganda jadi dua! Tapi di skrin komputer saya yakin hanya ada satu... hampir sepuluh kali saya cuba cetak. Sama juga hasilnya walau telah berpuluh kali saya membetulkan di skrin komputer. Teman yang datang bersama-sama saya tadi sudah pun pergi menghantar projeknya kerana terlalu lama menunggu saya.
Saya kerling jam di telefon bimbit, lagi 15 minit sebelum masa menghantar tamat. Saya makin panik. Masalah dengan dokumen ini masih belum selesai... sempurna satu bahagian, bahagian lain pula bermasalah. Rasa seperti mahu menangis... Saya istighfar diam-diam... Dalam hati saya terdetik.. "Ya Allah... apa silap aku?" Waktu makin suntuk dan saya makin buntu, tak tahu mana punca masalahnya. Tiba-tiba teringat saya masih belum menunaikan solat zuhur... Astaghfirullah! Sejak pagi tadi saya sibuk-sibuk mengemaskan kerja kuliah sehingga bertangguh-tangguh solat zuhur tadi. Cadangnya mahu solat di surau universiti selepas selamat menghantar projek. Rupanya zuhur sudah hampir sampai ke hujungnya dan saya hampir saja terlepas solat.... Ya Allah ampunkan aku...
Ketika itu juga cubaan terakhir saya mencetak. Alhamdulillah...berhasil! Saya terus saja berlari menghantar kerja kuliah ke bilik supervisor. Dia baru beberapa minit pulang... bermakna sudah berakhir waktu menghantar projek. Saya tinggalkan saja kerja di atas mejanya. Saya tidak peduli andai dihukum atau ditolak markah. Lalu bergegas berlari ke surau menunaikan kewajipan yang tertunggak... Dalam sujud saya mohon ampun. Kerana dunia saya melupakan kewajipan sebagai hambaNya.
Usai solat saya muhasabah, akhir-akhir ini sememangnya saya sangat-sangat sibuk menyiapkan kerja-kerja akademik. Malah buat pertama kalinya berani-berani minta izin untuk tidak hadir liqa' dgn buah-buah hati kesayangan. Sehinggakan ada di antara mereka yang datang berziarah ke bilik bertanya khabar. Ada hari-hari yang saya langsung tidak menyelak lembaran Quran...kononnya tiada masa. Kalau pun ada hanya satu dua muka sebelum kembali mengadap komputer riba. Hari ini saya capai semula mushaf merah jambu itu. Hati kering kontang. Saya buka helaian yang saya tanda dengan riben biru gelap. Mata terus tertancap pada ayat akhir helaian itu
"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu dan laksanakanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (shalat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Ankabut:45)
Saya merasakan terpukul. Teguran itu seolah-olah datang terus dari Yang Maha Mengetahui... Terdetik di dalam hati, bagaimana kalau dalam period-period saya menjadi alpa ini saya dipanggil-Nya? Sudah tentu bukan kerja kuliah itu bukan alasan yang kukuh untuk menyelamatkan diri dari Wail. Sudah tentu gred-gred cemerlang di slip peperiksaan itu tidak memberi kredit untuk masuk syurga Allah... Sudah tentu tidak... TIDAK! sama sekali
Allah..
Ampunkan hambaMu ini....

0 kopi panas..:
Catat Ulasan