Tawakkal

"Saya takut, kak..."

"Adakah 'saya takut' itu boleh menjadi alasan di hadapan Allah nanti?" saya bertanya kembali.

Dia tersenyum pahit. Di wajahnya tergambar seribu kerisauan. Saya malah menjadi serba salah kerana meletakkan dia dalam keadaan itu pada pertemuan kami pada malam itu.

"Baik....apa yang awak takutkan?"

"Macam-macam"

"Antaranya?"

"Bagaimana nanti kalau mereka yang saya bawa tak menjadi? Bagaimana nanti kalau saya lansung terlalu sibuk sehingga mengabaikan study? Tambah lagi sudah mahu masuk tahun akhir ni."

Saya terdiam. Di dalam hati cuba merungkai satu-satu setiap soal yang dia utarakan. Nampaknya berbeza tetapi keduanya adalah dahan dari pokok persoalan yang sama.

"Di situ datangnya tawakkal, bukan?" saya menyoalnya kembali.

'Kasihan, apabila manusia menyangka tawakkal tertinggi itu dalam urusan duniawi. Tidak! Tawakkal yang tertinggi itu dalam berdakwah kepada Allah. Alangkah naif, orang yang tidak merasakan kelezatan dakwah di jalan Allah, tapi ia mengerti nilai tawakkal. Tawakkal yang paling indah adalah tawakkal para da'i ada Allah S.W.T. Kenapa? Karena ketika bertawakkal, mereka merasakan kecintaan Allah S.W.T. Yang bertawakkal dalam urusan rezeki, isteri dan problematika dunia, itu sebuah kebaikan. Tapi ia belum mengerti hakikat tawakkal'

'Tawakkal yang tertinggi adalah tawakkal dalam berdakwah di jalan Allah. Cobalah! Serulah kawan kita, ajak mereka lalu bertawakkallah pada Allah. Mereka pasti akan mencari petunjuk.'
Amru Khalid -Hati Sebening Air

Apa yang diterima Nabi Ibrahim setelah menghancurkan berhala? Basah bibirnya mengucapkan doa 'hasbunallah wa ni'mal wakil...' saat dia hampir dicampakkan ke dalam unggun yang marak membakar. Sudahnya, Nabi Ibrahim A.S tetap hidup, keluar dari api dan meneruskan dakwahnya kepada Allah. Maka orang yang bertawakkal mana bisa jadi penakut??

Kata ini di juga diucapkan Nabi Musa saat menghadapi kaumnya... Juga oleh para sahabat saat segerombolan musuh semakin menghampir.

"Saya cuba, insyaAllah"

Sebaris kata darinya cukup melegakan. 'Takut' tadi sudah digantikan dengan 'cuba'. Saya kira itu tanda positif sebagai garis mula sebuah 'usaha'. Moga Allah mengganjari usaha itu dengan sebaik-baik ganjaran dan Dia akan sentiasa bersamamu...

Saya sendiri sedang mendidik jiwa menjadi seorang yang mutawakkil. Dan sememangnya saya akui tidak mudah. Sungguh payah! Tawakkal tercapai dengan latihan dan tercapai puncak tawakkal dengan tahapan... Di setiap tahapan itu saya melihat Allah mendatangkan satu demi satu ujian. Mana mungkin mampu ke tahapan seterusnya jika tidak melepasi ujian itu, apatah lagi mahu mengenggam ijazah tawakkal itu. Mencapai tawakkal setinggi tawakkal para nabi..

Dan saat ini saya sedang di uji... Allah sedang menguji nilai tawakkal saya sebagai tanda kasih sayangnya....


(bersambung)







3 kopi panas..:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah, time fatrah exam ni dpt baca tentang tawakkal.
jazakillah k.yana.
ber'usaha' keras utk menjadi kuat,insyaAllah.


atiqah mahassan

nsmujahidahnmnor berkata...

:)..

terima kaseh kak.. ^^,
kerna mencoretkn ttg tawakal ni..
:)

Aleen Jordan berkata...

The right entry, at the right time.. Alhamdulillah.

Thanks Allah, thanks k.Yana..!! =)