11.1.11

Dari hari ke hari mahu update, tapi tak terupdate juga blog. Tambah pula dua hari lepas ialah hari istimewa seseorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Alhamdulillah 11.1.11 genap 27 tahun usia suami tercinta. Sungguh, saya sangat bersyukur dikurniakan suami sepertinya. Sangat, sangat bersyukur.

Tiga tahun usia perkahwinan, tak pernah sekali pun dia meninggikan suara. Paling-paling pun teguran tegas atau berkias. Kalau berselisih faham, tidak pernah lebih daripada setengah jam sebelum berbaik dan saling mengaku salah masing-masing. Saya akui terlalu muda usia perkahwinan kami, mungkin segalanya kelihatan indah-indah saja. Tapi alhamdulillah setakat ini cukup membahagiakan dan saya harap ianya akan sentiasa berkekalan insyaAllah.

Dalam kedinginan subuh musim tengkujuh di pantai timur, bangun saja tidur air panas sudah sedia terjerang di dapur. Bimbang saya dan si kecil di dalam perut akan mengigil kesejukan semasa mandi pagi, maka awal-awal lagi dia menyiapkan air panas untuk mandi. Mana mahu cari suami seperti ini? Oh tuhan... sungguh saya bersyukur.

11.1.11 disambut sekadarnya. Tiada hadiah mahal-mahal yang mampu saya sediakan. Hanya 'birthday lunch' ringkas bagi menandakan hari yang sedikit istimewa itu. Petangnya saya menghantar dia ke lapangan terbang kerana dia perlu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Jadi, malamnya saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. (oh saya tipu... tak sendirian sebab ada budak kecik tendang2 dalam perut temankan ibunya) Mujur ada jemputan makan malam di rumah Kak Ayu bersama anak-anak usrahnya. Jam 11 lebih baru saya kembali ke rumah.

Masuk ke rumah, saya rasa kosong. Masuk bilik studi terpandang meja studi tempat si dia melangsaikan kerja-kerja atau sekadar mengisi masa dengan internet. Meja yang kosong. Masuk bilik tidur, terpandang katil yang kosong. Kosong.... dan sunyi. Baru tersedar besarnya nikmat yang Allah beri selama ni. Seorang teman hidup yang setia menemani dan menghilangkan sunyi. Yang sedia mendengar celoteh saya sehari-hari yang tak pernah habis-habis dan yang memikirkan masalah saya satu-persatu tanpa jemu. Yang sentiasa memahami walau dalam apa juga situasi. Teman terbaik untuk membantu saya jatuh bangun di jalan ini. Syukur... alhamdulillah.

Berkati usianya ya Allah... Kurniakan dia kemurahan rezeki dan hati yang thabat di jalanMu. Semoga dia menjadi imam terbaik untuk kami sepanjang hayatnya...

Selamat Hari Lahir, my dearest hubby! May the coming years bring us more and more blessings and joys. Love you so much!


Regards,

Your wife

.....


..


.


Owh okay2... kejap2 Fateh nak wish jugak,

HAPPY BIRTHDAY, AYAH! I can't wait to see you soon. I know mummy loves you so much but please don't tell her that I love you more! xoxo


Yang suka kick,

Fateh




2 kopi panas..:

SSA berkata...

kalau dalam facebook;

[like][comment]
i'll click on the [like] button=)
.................................
then,tertulis dibawahnya,


[comment]
.................................
Alhamdulillah juga~!Semoga berbahagia selalu~!=)amin3x...
dan menjadi sebuah keluarga yang sakinah!!Insya-Allah~!=)

Mengkuang berduri berkata...

sweet