Hari ini hari Jumaat, hari esok hari Sabtu


Salam...

Alhamdulillah hari ni boleh kira hari yang produktif. Sejak pagi-pagi lagi sudah sibuk. Semalam ada beberapa orang ikhwah stay over untuk qiam jamai'e di rumah kami. Lepas subuh mereka mula usrah. Saya buntu nak masak apa, jadi senang cerita menyusup keluar rumah masa mereka sedang usrah, pergi beli roti canai. Muhammad dah kukuskan pau kacang dan sediakan teh panas untuk mereka mengalas perut sementara menanti sarapan sampai. Alhamdulillah jam 9 mereka sarapan dan lepas tu semua keluar beriadah main bowling di Mesra Mall jam 10.

Saya di rumah pula bertemankan anak-anak usrah yang datang untuk liqo' minggu ni. Tengah pening-pening fikir nak hidang apa, tiba-tiba si H telefon dan beritahu tak payah susah-susah masak. Mak dia dah gorengkan mee dan lempeng kelapa untuk kami. Alhamdulillah murah rezeki pagi-pagi ni. Hehehe! Baik sungguh hati Ibu si H, selalu bekalkan kami makanan setiap kali usrah. Adoi... segan pulak rasanya naqibah ni. Huhu! Lalu lepas usrah isi lagi perut dengan makanan lagi. Oh, bagaimanakah diriku tidak naik satu kg setiap minggu. Minggu ini sudah 73 kg! Macam mummy monster dah rasa badan.

Muhammad balik, siap-siap untuk solat jumaat. Lepas solat rehat-rehat. Petangnya pergi mencari Mak Lang Tukang Jahit. Recommended by officemate. Ramai kawan sekerja dah komen jubah-jubahku semuanya sudah mula kelihatan seksi bila dipakai. Baju kurung, jangan harap dahlah ada yang muat. Kalau pakai pun nanti si budak kecik dalam perut ini akan tendang2 bahagian pinggang kain tu. Mungkin sebab dia rasa sempit kot. So dia bagi signal kat mummy supaya sedar diri dan jangan perasan kurus. Baiklah baby, Ibu akur dengan kehendakmu. huhu! Maka pergi cari kain dan cari tukang jahit untuk tempah baju mengandung. Yang dah ready made semua tak berkenan dari segi harga dan syariah compliancy nya. Tak faham kenapa baju ibu mengandung selalu orang buat senteng. Mungkin takut tersadung kain sendiri kot...hmm...

Sebut pasal pregnancy, semalam kecuakan di tahap maksimum. Bleeding! Oh no! Dipendekkan cerita doktor suspect haemorrhoids saja (nama yang nampak sofistikated untuk buasir) since kedudukan baby dan uri ok, serta urine test clear. Salah satu perkara normal untuk ibu mengandung kata doktor. Maka kene banyak ambil serat dan minum air lepas ni. Daaan... kurangkan makan pedas (no more nasi lemak di pagi hari? oh!). Sempat mengintai budak kecik tengah buat apa masa tu. Doktor kata aktif bukan main budak ni, seperti biasa sedang menghisap jari beliau. Setiap kali scan mesti tengah hisap jari. Hobi beliau barangkali. Doktor suruh observe weekend ni. Cuba pastikan dari mana bleeding itu muncul. Baiklah..

Lepas maghrib kami sama-sama baca Riyadhush Shalihin, hari ni dah sampai hadis 6 dalam bab niat. Hadis ni cerita tentang Sa'ad bin Abi Waqas yang dilawati oleh Rasulullah S.A.W masa dia sedang sakit kuat. Dia tanya Rasulullah tentang harta peninggalannya sekiranya telah sampai ajalnya. Sa'ad ni ada seorang saja anak perempuan, lalu dia tanya Rasulullah boleh tak dia nak sedekahkan dua pertiga hartanya. Rasulullah jawab "Tidak". Kalau setengah? "Tidak" Kalau satu pertiga? Rasulullah benarkan. Kata Rasulullah, lebih baik tinggalkan waris dalam keadaan kaya daripada miskin meminta-minta. Oh, baru kami tahu yang wasiat itu tak boleh lebih dari satu pertiga harta peninggalan rupenya... Panjang lagi hadis ni, dan banyak sangat pengajaran yang boleh kutip dari syarahnya. Nanti kene buat satu entry lain untuk terangkan pasal hadis ni. Baru best!

Okay, nak pegi solat Isya' pulak. Wassalam.




1 kopi panas..:

kakak perlis berkata...

my baju mengandung semua mak jahit sendiri... hihi.. baju mengandung yg ready made dgn kaksu of coz just nice labuhnya.. blessing in disguise (sbb tak ckp tggi)? hehe.. tp lengan semua 3/4 semuanya.. so memandangkan di jitra dan kangar banyak kain jualan murah sebab pasca banjir, boleh borong dan upah jahit free sahaja..
suka pakai baju mengandung supaya nampak mengandung.. hehe..