1,2,3,4…
18 Ogos pada tahun ini menghadirkan angka empat dalam hidup kami. Sedar tak sedar sudah 4 tahun perjanjian itu diikrarkan, bersaksikan saudara-mara dan handai taulan. Empat tahun itu menghadiahkan saya dengan terlalu banyak momen yang indah untuk dikenang dan tidak kurang juga dugaan yang mendewasakan. Dan tentunya angka empat tahun ini lebih-lebih istimewa, atas hadirnya cahaya mata yang sekian lama dinanti. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…
18 Ogos pada tahun ini menghadirkan angka empat dalam hidup kami. Sedar tak sedar sudah 4 tahun perjanjian itu diikrarkan, bersaksikan saudara-mara dan handai taulan. Empat tahun itu menghadiahkan saya dengan terlalu banyak momen yang indah untuk dikenang dan tidak kurang juga dugaan yang mendewasakan. Dan tentunya angka empat tahun ini lebih-lebih istimewa, atas hadirnya cahaya mata yang sekian lama dinanti. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…
Pagi tadi, saat saya menghidangkan sarapan pagi, saya tersenyum sendirian saat mencedok makanan ke dalam dulang makanan kami. Saya tersenyum mengenangkan, walau sudah empat tahun berlalu, itu antara sesuatu yang masih sama dan belum berubah. Kami masih menikmati hidangan dari dulang yang sama. Alhamdulillah…
Dulang tanah liat tebal berbentuk oval ini merupakan yang kedua. Yang pertama telah terkorban pada suatu pagi saat saya mahu menghidangkan sarapan. Entah bagaimana dulang putih yang saya tatang itu terlepas dari tangan lalu jatuh berderai ke lantai. Dan saya masih ingat bagaimana saya menitiskan air mata saat melihat serpihannya berserakan di lantai. Entah mengapa saya menjadi terlebih sentimental. Mungkin hati menjadi ralat, kerana dulang putih itu adalah antara harta pertama yang kami beli untuk memulakan hidup berumahtangga.
Dengan dulang itulah kami sama-sama berkongsi menikmati rezeki yang Allah kurniakan untuk rumahtangga kami. Sedikit sama dicubit, banyak sama dilapah. Dengan dulang itu kami belajar banyak nilai hidup berumahtangga yang mampu kami aplikasikan dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Mungkin terlihat kecil dan remeh pada mata orang lain tetapi besar maknanya pada kami. Dulang itu merakamkan saat-saat kami bertatih membina perkahwinan kami ini.
Datang dari dua latar belakang berbeza, citarasa kami juga tentunya berbeza. Dia lebih sukakan gulai berkuah tetapi saya lebih sukakan sambal yang kering. Dengan dulang itu kami belajar tentang toleransi. Saya belajar untuk menerima dan menyukai kegemarannya dan begitu juga dia. Tidak hanya mementingkan perut dan selera sendiri. Dengan makan berkongsi sepinggan hari demi hari saya semakin banyak belajar tentang dirinya. Tentang sabarnya, tolak ansurnya, sikap prihatinnya… yang semuanya membuahkan ucapan syukur kepada Allah S.W.T.
Dengan dulang itu kami belajar mengutamakan antara satu sama lain. Tidak mungkin juadah mula dinikmati andai salah seorang tidak hadir ke dulang. Doa sama dibaca mengharapkan keredhaan Ilahi. Kadang-kadang ada masanya tanpa disedari dia, saya sengaja melambatkan suapan melihatkan dia begitu berselera menikmati hidangan kegemarannya. Sengaja lambat-lambat mencubit ikan kerapu masam manis itu agar die mendapat bahagian yang lebih. Kalau saya berhenti makan nanti, dia juga akan berhenti menjamah. Ada ketikanya dia menyuakan lebih bahagian untuk saya tiba masa juadah kegemaran saya pula.
Kini, sudah bertambah lagi seorang ahli. Tidak lama lagi mungkin dulang ini harus diganti bagi menempatkan ahli baru ini pula. Saya mahu dia juga belajar hidup berkongsi dan bertoleransi. Belajar mengutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Mudah-mudahan…. mudah-mudahan Allah kekalkan kami semua saling berkasih sayang. Kasih yang berpaksikan cinta pada Allahu Rabbi. Ameen…
3 kopi panas..:
sekian lama menjadi silent reader blog ni...sy semakin kagum dgn kak yana dan suami...moga sentiasa dalam redha Illahi:)
saya pon!
sweetnya entri ni! nk nangis lak rasa..
Catat Ulasan