Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan

Fitnah..

Assalamualaikum wmt wbt..

Kalau kita selalu tengok drama atau filem Melayu.. atau dalam kehidupan kita sehari-hari pun, tentu kita selalu dengar perkataan FITNAH kan? Contohnya macam..

"Tidak bang..itu semua FITNAH semata-mata.. saya tidak bersalah. Saya tidak pernah keluar dengan mamat X" (petikan skrip Cerekarama yang saya tonton semalam)

"Saya mangsa FITNAH.. saya akan saman siapa saja yang bertanggungjawab menyebarkan FITNAH ini" (komen artis Y bila diminta mengulas tentang gossipnya dgn Dato' Z)

Perkataan FITNAH ni diambil daripada Bahasa Arab. Bahasa Melayu kita memang banyak dipengaruhi Bahasa Arab. Mungkin pengaruh kedatangan pedagang Arab zaman dulu yang juga membawa Islam di Tanah Melayu ni. (pandai2 saya jek..) Trend artis-artis di Malaysia sekarang, kalau nak dilihat sebagai membawa mesej Islamik sikit.. nyanyi jek lagu-lagu yang ada selit perkataan Bahasa Arab sikit-sikit. Walaupun lagu yang dinyanyikan tuh takdelah Islamik sangat tapi kalau ada dengar muzik dia ala-ala Arabic disulami dengan beberapa perkataan Arab, mesti masyarakat akan kata..

"Waa..baguslah dia nih..bawak mesej Islam pada masyarakat. Wasssiiinniiiii!!"

Haha~ tiba-tiba teringat suatu insiden, semasa saya masih belajar di Atlantic College. Saya seorang yang selalu studi dengan iringan muzik-muzik ringan yang menenangkan, bagi mengelakkan kebosanan yang akan mendorong saya untuk tidur. Kononnya nak jadikan studi itu lebih berkat saya pun cuba-cubalah dengar lagu Arab untuk elakkan daripada mendengar lagu-lagu lagha. Suatu hari sedang saya sedang studi sambil mendengar lagu Arab dari komputer saya, tiba-tiba masuk seorang kawan saya yang berasal dari Jordan. Dia seorang yang tentunya fasih berbahasa Arab. Haha~ terkejut benar dia mendengarkan lagu yang sedang berkumandang di bilik studi saya. "I never expect a person like you to listen to this kind of song!" katanya. Saya sangkakan, kerana bunyi Arabnya, lagu itu bawa mesej Islamik. Rupa-rupanya kata kawan saya itu bait liriknya kotor dan lagi video clip lagu itu yang ditayangkan di Timur Tengah, memaparkan perempuan seksi sedang menyanyi di dalam tandas!!! Aduss... Sebenarnya kadang-kadang di radio IKIM itu pun ada juga menyiarkan lagu-lagu Arab yang liriknya sebenarnya langsung tidak Islamik dan melaghakan. (Pengajaran: tidak semua yang bunyinya Arab itu Islamik!..*sigh*)

Wah..wah..ape saya melalut kat atas tadi tu. Tujuan utama saya tulis entry hari ni sebab nak cerita pasal perkataan FITNAH tadi. (Mari pulang ke pangkal jalan) Dari contoh konteks ayat yang saya berikan kat atas tu tadi, secara umumnya dari sudut Bahasa Melayu, kita faham FITNAH itu bermaksud suatu berita yang tidak benar (biasanya berita buruklah) tentang seseorang yang membawa keburukan kepada orang tersebut. Tanpa kita sedar sebenarnya penggunaan perkataan FITNAH dalam Bahasa Melayu kita sehari-hari itu telah mengubah makna sebenar perkataan FITNAH itu.

Masa usrah semalam barulah saya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan FITNAH tu. Kalau kita tengok asal-usul perkataan FITNAH tu.. ia merujuk kepada perbuatan si tukang besi yang 'membakar' atau 'masuk'kan logam ke dalam api untuk memisahkan logam itu dengan 'impurities'nya. Mengikut buku yang kami kupas semalam, seorang dai'e yang mahu menegakkan kebaikan, salah satu daripada ciri-cirinya adalah menjauhkan diri daripada FITNAH. FITNAH itu juga sebenarnya membawa maksud UJIAN yang melalaikan kita dari prioriti. Faham tak? Contoh mudah.. buat masa sekarang ni YOUTUBE tu adalah FITNAH terhadap saya sebab dia melalaikan saya daripada prioriti saya sekarang iaitu belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan saya minggu depan. (huk..semalam saya membazir masa sejam setengah tengok Cerekarama kat YOUTUBE) Seorang yang mahu menegakkan kebaikan perlu jauhkan diri daripada apa saja yang melalaikan dia daripada prioriti utamanya iatu mengajak orang lain kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Kalau dianalogikan asal-usul perkataan FITNAH tu dalam konteks seorang da'ie, FITNAH tu saya rasa macam proses saringanlah. Dalam dunia sekarang yang serba kelabu asap dan dah tak nampak hitam putih ni, kita tak dapat mengelak daripada FITNAH-FITNAH ini. Kita cubalah sedaya upaya untuk jauhkan diri daripada FITNAH tapi kalau ditakdirkan kita perlu juga menghadapi FITNAH, kita lihat pula macam mana kita menghadapinya. Si tukang besi memasukkan logam yang penuh disaluti impuritites tuh ke dalam api yang marak untuk mendapatkan logam yang paling tulen dan berharga. Sebab key properties logam itu yang memang tak akan terjejas dengan panasnya api itu maka dia akan preserve sampai ke akhir proses itu tapi impurities yang tak diperlukan itu akan hilang/teroksida apabila dibakar lama. Ke akhir proses, kita akan dapat logam berharga yang kita idamkan walaupun logam tu terpaksa melalui proses yang 'menyakitkan' dengan panasnya api tuh. (Waah.. berguna jugak ilmu Earth Resource yang saya sedang baca untuk exam ni). Saya tak tau la kamu semua faham ke tak analogi yang bermain-main kat kepala saya ni..

Jadi nampak tak apa yang saya cuba umpamakan? Seorang dai'e yang baik dan mantap akan menghadapi FITNAH terhadap dirinya dan kerja dakwahnya dengan sabar dan tidak akan terjejas sedikit pun dengan FITNAH tersebut. Walau dilanda apa-apa FITNAH pun, kualitinya sebagai seorang pendakwah yang mengajak kepada kebaikan akan terus kekal dan kualiti itulah sebenarnya yang mengekalkannnya. Tapi kalau seorang itu hanya menyatakan dia mahu mengajak kepada kebaikan tetapi bila dilanda FITNAH dia hanyut dan kalah mungkin kerana dia memang tak ada ciri-ciri yang mampu mengekalkan dia dengan matlamat asalnya itu tadi itu tadi atau ciri-ciri kekuatan itu hilang di tengah jalan. Dan FITNAH itu sendiri sememangnya 'menyakitkan'lah bagi orang yang menghadapinya. Walaupun kadang-kadang orang tu tak sedar dia dilanda fitnah dan asyik dalam fitnah tuh.

Kalau fitnah yang kita maksudkan dalam Bahasa Melayu itu, sebenarnya lebih tepat dengan perkataan 'buhtan' dalam Bahasa Arab...

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu apa itu mengumpat?" "Tidak," jawab sahabat. Balas baginda, "Mengumpat adalah apabila kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya" Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimanakah jika sesuatu yang disebutkan itu ada padanya?". Jawab Rasulullah SAW, "Itulah maksudnya mengumpat." Nabi berkata lagi, "Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan" (Riwayat Tirmizi)

Jadi FITNAH dalam konteks Bahasa Melayu kita diistilahkan di sini sebagai 'buhtan', berbeza dengan dimensi FITNAH dalam ayat-ayat al-Quran. Di mana FITNAH dalam ayat-ayat Al-Quran lebih merujuk kepada maksud yang lain yang saya nyatakan sebelum ini. Jadi sebab itu antara cara nak untuk tadabbur dan faham al-Quran dengan baik ialah dengan belajar Bahasa Arab. Kadang-kadang kita boleh jadi keliru kalau baca terjemahan al-Quran dalam bahasa kita sendiri sebab boleh lari maksudnya. Belajar Bahasa Arab tu kan salah satu syiar Islam. Jadi marilah sama-sama kita join KIBAR 2007 cuti musim panas ni. Best woo!! (iklan kejap)

Waah..lama pulak saya berblogging di musim-musim exam ni. Baik-baik.. saya perlu berhenti sekarang sebelum blog nih menjadi FITNAH kepada saya..hukhuk! Saya menulis berdasarkan kefahaman saya daripada usrah dan pembacaan, jadi kalau ada silap dan salah tolooonglah (minta tolong sangat2 ni) betulkan ya? Hantar email ke..tinggal mesej ke..komen ke..ape2 jek la. Saya budak baru belajar.. Wallahualam..




Nilai

Salaam..

Malam ini saya sedang duduk di meja studi sambil cuba menghadamkan nota kuliah dan bacaan dari buku rujukan. Tak dapat tumpu perhatian.. Saya memang selalunya begini. Maksimum attention span saya dalam melakukan sesuatu pekerjaan paling lama pun hanya sejam. Selepas itu saya akan mula bosan dan mula berfikir mahu buat kerja lain. Lalu saya jenguk-jenguk tetingkap Y!M. Saya memang suka baca status orang.. kalau boleh di click saya click pada link status itu. Ada satu status yang menarik perhatian lalu saya click pada baris ayat berwarna biru itu.. dan membawa saya ke tetingkap baru.

Rupanya di'link'kan ke blog Saifulislam. Blog yang sudah sekian lama tidak berkesempatan saya membukanya.. entry bertajuk Kenapa Mahu Jadi Doktor? Ahh..rasanya tiada kaitan dengan saya. Saya mahu jadi orang minyak..bukan mahu jadi doktor. Tidak relevan.. maka hampir saja menekan tanda pangkah mahu menutup tetingkap itu sebelum mahu mula studi semula. Tapi saya fikir apa salahnya kalau saya baca hingga habis. Saya pun mahu tahu kenapa orang mahu jadi doktor sebab dahulu pun saya sangat kepingin mahu jadi doktor.. tapi tak kesampaian.

Rupanya 2/3 bahagian akhir artikel itu sangat berkaitan dengan diri saya sendiri..
_________________________________________________________
PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ’melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, CEO kita adalah Allah. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
_________________________________________________________

Ke akhir bacaan saya.. pipi saya basah. Saya menangis entah mengapa. Mungkin hati kalut dan saya mula kecut perut. Mampukah nantinya saya memberi nilai pada sebuah perkongsian itu? Atau paling kurang pun bernilaikah saya sebagai manusia jika hampir seluruh masa, tenaga dan fikiran dikerah dan dicurah untuk habuan empat angka saban bulan? Kadang-kadang saya cuba menjustifikasikan diri. Cuba meyakinkan bahawa semuanya yang saya lakukan kini dan nantinya Lillahi ta'ala.. tetapi saya masih buntu. Kadang-kadang saya rasakan hidup saya sebenarnya telah secara tidak sengaja telah saya jualkan dengan sebuah tandatangan di atas sekeping kontrak lebih kurang 3 tahun yang lampau.

Seorang gadis yang baru sahaja tamat sekolah.. baru lewat usia 17 tahun.. yang sangat berkeinginan membela nasib keluarganya... hingga sanggup menerima sebuah tawaran lumayan meski terpaksa menguburkan sebuah cita-cita yang sejak dari dulu dia impi. Ketika itu fikirnya minat itu boleh dicambah..yang penting perlu rebut peluang ini..bimbang tidak ada lagi peluang yang lain. Lucunya ketika itu dia masih belum pun ada tandatangan sendiri. Lalu dimintanya abah menciptakan sebuah tandatangan untuknya (yang masih digunakan hingga kini). Diterima tawaran itu tanpa sebarang perasaan .. niatnya cuma satu ketika itu.. mahu bantu ayah ibu.

Seiring dengan masa yang berlalu saya kenal prioriti hidup.. saya tahu apa mahunya hati saya ini sebetul-betulnya. Saya tahu apa kecenderungan dan minat saya kini.. Namun sudah terlambat. Saya terlupa hidup itu sudah saya jualkan dahulu.. Apa lagi pilihan yang saya ada untuk diri saya sendiri? Masa depan untuk lebih kurang 12 ke 15 tahun dari sekarang sudah di dalam genggaman orang. Mereka berhak mengaturkan kerana mereka sudah 'membeli' saya dahulu. Mahu lari? Mahu lepaskan diri? Fikirkan pula mereka yang berharap di sana..mereka yang akan menanggung kesan jika saya melanggar perjanjian jual beli itu... Kata mereka saya amat beruntung kerana masa depan sudah terjamin. Kilauan cerahnya sudah kelihatan pun sekarang. Tetapi yang tidak tampak pada mereka ialah hati saya yang menjerit. Saya amat ingin lakukan sesuatu yang saya akan gembira melakukannya. Melakukan sesuatu dengan rela hati.

Astaghfirullah jauh benar saya larut dengan kekalutan hati saya. Saya lupa sebentar ada kuasa lebih besar di sana. Yang berhak dan berkuasa mengaturkan segalanya. Tiada yang lebih baik daripada apa yang telah terjadi. Bukankah sejak dari saat 'jual beli' itu sehingga sekarang sudah banyak nikmat yang saya kutip? Yang jika tidak kerana 'jual beli' itu mungkin saya tidak akan bertemu dengan nikmat yang saya kecapi kini. Sepanjang perjalanan yang penuh paksa itu saya ditemukan dengan jual beli yang lebih menguntungkan..

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurag untuk mereka" (At-Taubah:111)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" ( Ash-Shaff: 10-11)

Dan sepanjang perjalanan itu menemukan saya dengan pengalaman yang berharga.. mengenalkan dengan insan-insan yang memberi makna dalam hidup. Saya berkenalan semula dengan deen ini yang saya kira sudah saya kenal dahulu. Astaghfirullah saya tidak layak berkeluh-kesah.. Allah Maha Mengetahui. Jika benarpun mereka berhak menentukan jalan hidup saya selepas ini.. segalanya tidak akan berlaku jika tidak dalam rencana Allah itu sendiri. Jika benar pun hidup saya mengikut acuan yang mereka tetapkan makanya itu tarbiyah dan ujian untuk saya.. dan ujian untuk sesiapa saja yang terkesan dengan aturan hidup saya. Kerana saya tahu hidup ini satu jalinan yang kompleks. Saya tahu saya tidak berdiri sendiri-sendiri. Segala apa yang terjadi ke atas diri saya.. segala apa yang saya lakukan.. akan memberi kesan.. akan memberi nilai pada yang lain.

Saya cuba mencari nilai..dan dengan harga apa perlu saya bayar untuk nilai itu...

Dan seperti kamu juga.. dalam gusar... saya redha dengan perjalanan yang ditetapkanNya untuk hidup saya...

Moga tidak dengan 'jual beli dunia' itu melalaikan saya dari tanggung jawab dan kewajipan terhadap pemilik mutlak diri saya.. Allah SWT... yang telah menjanjikan saya sesuatu yang lebih menguntungkan.. insyaAllah..amiin.

Generasi Fantasi


Salam aleik..

Baru sudah makan tengahari bersama keluarga. Duduk berehat-rehat sebentar sambil menonton televisyen di ruang tamu. Menonton ulangan Akademi Fantasia kerana ada ahli rumah yang terlepas siaran langsungnya malam tadi kerana pulang lewat dari tempat kerja. Mahu tukar siaran lain pun tak boleh.. lepas ulangan siaran langsung ini adik mahu tonton Diari Akademi Fantasia pula. Uuh..saya bosan. Tidak boleh suka-suka ambil alat kawalan dan tukar siaran. Perlu ikut kata majoriti yang ingin menonton hari itu. Kalau tidak suka perlu cari alternatif lain untuk hilangkan kebosanan.

Lalu saya keluar ke halaman rumah saya yang kecil itu. Ada adik perempuan saya yang kecil di situ bermain bersama beberapa orang rakannya yang lain. Saya lihat adik perempuan saya sedang menulis di papan putih sambil rakannya yang lain khusyuk menyalin. Waah.. seronoknya main cikgu-cikgu. Teringat zaman saya kecil-kecil dahulu. Main cikgu-cikgu ni bagus tahu? Sambil bermain boleh ulangkaji pelajaran sekali. Yela..mahu berlakon jadi cikgu perlulah ada sedikit ilmu. Mahu tak mahu kena baca buku. Saya cuba baca apa yang ditulis adik saya di papan putih itu. Wah..hari ini dia jadi cikgu Bahasa Melayu, kerana nampak yang ditulisnya itu seperti sebuah puisi. Maju betul..saya dulu kalau main cikgu-cikgu hanya tahu tulis sifir dua di papan hitam dan kemudian kawan-kawan ikut menghafal. Selesai menulis dia ajak kawan-kawan sama membaca. Hairannya mereka boleh baca dengan lancar siap berlagu. Adeh.. saya silap! Itu bukan prosa puisi kajian sastera rupanya lirik lagu Elegi Sepi. Rupanya mereka cuba tiru-tiru kelas vokal seperti yang mereka lihat dalam Diari AF. Siap ada sesi latihan mengeluarkan suara dari perut dan membetulkan bukaan mulut supaya lontaran suaranya bagus. Belum masuk step tarian Menuju Puncak yang memang mereka ingat satu persatu.. Aduh..

Saya risau... amat risau. Sedar atau tidak rancangan seumpama itu umpama racun yang membunuh dalam diam generasi adik-adik kecil itu. Mungkin kesannya tidak kelihatan secara langsung sekarang. Tetapi akibatnya mungkin akan kita lihat sepuluh tahun dari sekarang. Apabila generasi itu membesar dan memegang kepimimpin negara. Tanpa kita sedar rancangan seumpama itu umpama gerakan halus yang menanam doktrinasi nilai yang banyak bercanggah dengan syariat Islam malah mungkin adat ketimuran kita. Tanpa kita sedar kita sedang dalam proses merosakkan satu generasi! Suatu kerosakan yang mungkin terlalu lambat untuk dibetulkan ketika itu.

"Ah..kecohlah kamu minah.. Rilekla.. kamu ni terlalu idealistik..macam plastik! Tonton seronok2 saja apa salahnya. Yang baik kita ambil yang tak elok kita buang. Takkanlah sebab rancangan ni boleh rosak umat kot..."

Aduh.. Sedang kita yang kononnya sudah tahu memisahkan baik buruk ini pun kadang-kadang larut dalam hedonisme yang jadi ramuan utama rancangan ini, apatah lagi adik-adik kecil yang baru mahu kenal dunia itu. Adik-adik itu mungkin berfikir tidak salah untuk lelaki dan perempuan yang bukan mahram tinggal serumah, makan bersama dan bergurau senda bertepuk tampar tanpa sebarang batas kerana itulah yang mereka saksikan setiap hari dalam Dairi AF. Hidup sehari-hari dengan segala keseronokan.. segalanya berpaksikan hiburan. Sepanjang hari dihabiskan belajar menyanyi, membetulkan langkah tarian dan menambah penghayatan lagu seolah-olah tiada perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan. Kalau ada pun kedukaan di AF mungkin kerana tertekan apabila tidak mampu menghafal lirik atau dapat lagu yang bukan kegemaran untuk konsert minggu itu. Kalau sahabat seusia kita di Palestin menangis kerana kehilangan ahli keluarga, pelajar AF menangis kerana sahabat mereka terkeluar di malam konsert. Tenaga, masa, fikiran dan kerisauan belia di AF ditumpukan untuk menghasilkan yang terbaik di malam konsert.
















Seingat saya sepanjang saya pernah menjadi peminat setia dan dungu rancangan itu, tidak pernah sekali pun ditayangkan pelajar-pelajarnya yang majoriti Melayu beragama Islam (berdasarkan nama yang ber'bin' dan 'binti' itu) solat jemaah bersama-sama apabila tiba waktu solat. Tidak cukup itu ada antara pelajar-pelajarnya yang digandingkan dan digossipkan lantas tersipu-sipu malu apabila digiat pengacara berambut perang di malam konsert. Dan adik-adik yang kecil ini akan terus setia menonton dengan penuh khusyuk fantasi-fantasi yang dimainkan di kaca televisyen mereka. Tanpa ada sesiapa pun yang menerangkan yang mana salah dan yang mana betul. Tidak dari si pengacara berambut perang atau pun ahli keluarga sendiri yang sama-sama menonton. Lantas mereka mungkin menerima segalanya bulat-bulat sebagai suatu nilai yang benar kerana dibenarkan oleh masyarakat dan semua di sekeliling mereka. Lalu apabila timbul masalah sosial remaja, semua mahu bising-bising mencari punca. Sedang punca yang besar dan jelas sekali merosakkan itu tidak langsung dipandang malah terus-terusan sahaja disiarkan hingga sudah beberapa musim pun kini.


Terbaca petikan berita Utusan Malaysia semalam (30 April) yang saya klik di status Y!M sahabat saya semalam. Aduh.. pemimpin negara kita sendiri rupanya sudah hanyut dengan kemelut hedonisme Akademi Fantasia. Dalam banyak-banyak permasalahan negara, isu akademia fantasia yang lebih mahu difikirkan. Sedang diluar sana angka 886 dari 887 itu mungkin sudah meningkat, gejala murtad yang makin menjadi-jadi pun belum selesai dan banyak lagi isu lain yang lebih berkeutamaan.. masih pula ada masa untuk merasa kecewa kerana pelajar kegemaran tersingkir..

______________________________________________________
MB Pahang komen tentang AF

KUANTAN 30 April – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut tertarik dengan perkembangan Akademi Fantasia (AF), menganggap peminat membuat tindakan tidak bijak apabila tidak mengundi penyanyi berbakat iaitu Muhammad Aizat Amdan (Aizat).

Adnan berkata, beliau memberikan sokongan kepada peserta AF5 berkenaan serta seorang lagi yang masih bertahan, Dafi kerana kedua-dua mereka adalah dari Pahang.

Namun beliau kecewa kerana masyarakat tidak memilih kedua-dua peserta berkenaan yang disifatkannya amat berbakat.

“Itulah... peminat kurang bijak apabila tidak mahu mengundi mereka,” katanya pada majlis makan malam anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini malam tadi.

Adnan berkata, beliau tidak pernah meminati program AF sebelum ini dan sokongannya kali ini adalah atas usaha membantu kenalan semata-mata.

“Bapa Aizat adalah bekas murid saya dan dia minta saya berikan sokongan, jadi sekarang ini mana saya pergi saya kempen sekali,” katanya.

Kata Adnan, beliau sebelum ini tidak pernah menonton AF apatah lagi mengundi, tetapi kehadiran dua anak Pahang menarik minatnya
________________________________________________________

Haih... apa sudah mahu jadi Malaysiaku?

(bersambung di entry akan datang..)

Tanam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru sahaja selesai menyudahkan tugasan kuliah. Sudah dua malam saya tidur jam 4 pagi, menulis essay tentang Carbon Capture and Storage (CCS) yang ditugaskan tutor saya. Apa itu CCS? Dimudahkan cerita.. CCS ini salah satu teknologi untuk kurangkan pelepasan carbon dioxide ke udara untuk elakkan masalah global warming. Kita tangkap carbon dioxide tu.. kumpulkan banyak-banyak dalam tangki dan selepas itu tanamkan gas itu dalam batu bawah laut. Selesai masalah pencemaran! Senang manusia buat kerja kan? Ambil jalan mudah selesaikan masalah tanpa memikirkan akibat dari tindakan mereka. Bayangkan tanah yang menyimpan berjuta-juta tan gas itu akhirnya ditakdirkan bocor suatu hari nanti. Apa akan jadi pada dunia? Itulah manusia. Suka lari atau tanam sahaja masalah mereka. Kadang-kadang ada yang fikir masalah boleh ditanam sekali dengan jasad. Lalu terdengarlah berita orang bunuh orang lain.. orang bunuh diri sendiri. Bila pergantungan tidak sepenuhnya pada Allah.. manusia boleh hancur dengan sesaknya masalah diri.

Sebut pasal tanam.. kamu semua suka bercucuk tanam tak? Suka atau tak suka.. percaya atau tidak saya katakan, sebenarnya setiap hari saya, kamu, kamu, kamu dan kamu (ulang sampai kamu rasakan kamu itu adalah untuk kamu) *maaf kak maryam saya betul-betul suka cara akak tulis blog..hehe* sedang bercucuk tanam di atas dunia ini.Kenapa? Tak percaya? Bukankah dunia ini ladang akhirat. Ad-dunya mazra'atul akhirah, kata Rasulullah. Apa lagi gunanya ladang kalau bukan untuk bercucuk tanam kan? Siapa lagi yang mengusahakan ladang ini kalau bukan kita yang hidup di atas dunia ini?

Terpulang pada kamu sendiri untuk menentukan apa yang kamu akan tuai di akhirat nanti. Kalau mahu buah-buahan yang manis dan ranum, kamu semai benih tumbuhan yang akan menghasilkan buah-buahan idaman kamu itu. Tapi usahanya juga perlu lebih sedikitlah. Perlu dibaja dan disiram sebaik mungkin supaya pokok itu tumbuh subur. Atau kalau kamu malas kamu boleh tanam saja tumbuhan yang senang tumbuh dan tak perlu jagaan rapi. Kaktus sangat mudah tumbuh. Tak perlu siram tak perlu baja..di gurun pun kaktus boleh hidup. Kaktus nampak cantik..boleh buat hiasan di tingkap bilik. Tapi perlu fikir apa yang akan kamu tuai nanti? Sudah la batangnya berduri.. pasti melukakan tangan kamu bila disentuh. Kaktus tidak berbuah.. air dari batangnya juga pahit. Nanti telan air liur sajalah kamu lihat orang lain makan buah-buahan enak masing-masing. Dunia ini tempat menanam..akhirat tempat menuai. Hasilnya kamu akan nikmati sepanjang hidup kamu di akhirat sana. Kalau mahu hidup senang di akhirat perlulah bersusah sedikit di dunia. Kalau kamu memilih untuk berseronok dan bersenang di dunia..ya silakan.. tapi akhirat nanti tidak akan menguntungkan kamu.

Kalau ditanyakan semua orang pasti semua orang mahu tuai buah-buahan enak kelak. Semua orang mahu merasa nikmat syurga bukan? Siapa yang mahu ke neraka? Kalau begitu sepatutnya ladang dunia kita ini penuh dengan pokok buah-buahan yang merimbunlah..sebab semua orang mengharapkan syurga Allah. Tetapi kenapa masih ada pokok-pokok duri yang menjalar. Malah makin bertambah pula mengalahkan pokok-pokok buah. Pelik bukan manusia ini? Mahu makan pokok buah tapi tanam pokok duri. Usaha tak bersesuaian dengan matlamat. Bagi yang betul-betul malas.. langsung tidak berusaha tanam apa-apa. Lalu ladang mereka penuh dengan lalang yang juga tidak memberi manfaat.

Kadang-kadang kita biasa tengok ada petani yang upah orang lain usahakan ladang mereka. Tapi ladang dunia kita ini unik sedikit. Semua orang kene kerja keras dengan tangan mereka sendiri untuk tanam pokok masing-masing. Tak boleh nak upahkan pada orang lain. Allah Maha Adil.. keperluan asas dia bagi sama rata. Cahaya matahari, air untuk mengairi tanaman kita, tanah yang subur.. tenaga untuk semua orang mengusahakannya pun sama saja. Tidak kira di mana saja kamu berada, semuanya sama saja. Islam itukan syumul. Jadi pandai-pandai masing-masinglah kalau mahu hidup senang-senang di akhirat kelak. Semua orang diberi masa dari detik dia dilahirkan sehinggalah hari kematian untuk usahakan ladang masing-masing.

Tapi memang diakui bukan senang nak jaga pokok yang baik. Kadang-kadang kita dah jaga sebaik mungkin.. tiba-tiba datang pula makhluk perosak makan daun, rosakkan buah dan macam-mcam lagi. Kalau kita tak prihatin dan berjaga-jaga dengan makhluk-makhluk perosak ini.. habislah pokok-pokok buah kita dirosakkan. Makhluk-makhluk perosak ni kebanyakannya merosakkan pokok sedikit demi sedikit sampai kadang-kadang tuan punya pokok pun tak sedar pokok sedang dirosakkan. Sedar-sedar pokok tu dah sakit.. Jadi sebagai tuan pokok yang bijaksana dan berpandangan jauh...kita kena kenal jenis-jenis makhluk perosak ni. Kita kene ambil langkah-langkah berjaga-jaga nak hadapi mereka ni. Maksudnya kita perlu kenal musuh-musuh Islam.. anasir-anasir jahiliyah yang boleh merosakkan kita. Zaman sekarang ini kita kadang-kadang tak sedar sesuatu yang dah jadi kebiasaan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha orang kafir untuk merosakkan umat Islam. Contoh melalui hiburan, muzik, fesyen, sukan dan macam-macam lagi. Kalau sudah kita kenal pasti perlu la kita jauhkan diri daripadanya.

Kalau pokok-pokok kita pernah rosak kerana makhluk perosak ini.. jangan putus asa. Bila kita sedar kita cuba pulihkan semula pokok kita biar dia sihat semula. Letak racun banyak-banyak biar habis mati semua makhluk perosak itu. Jangan tinggal walau satu. Paling kurang selepas itu kita sudah kenal si perosak dan kita sudah arif bagaimana mahu mengelakkannya atau membunuhnya. Bila sudah ada pengetahuan itu jangan lupa kongsikan dengan petani lain yang dekat dengan kita supaya jangan nanti pokok mereka pun dirosakkan si perosak itu. Takut nanti kalau tanaman mereka rosak, berjangkit pula pada pokok-pokok kita andai tidak kuat pertahanan kita. Singkirkan karat jahiliyah dalam hatimu. Kerana walau sedikit lama-lama karat itu mampu makan diri. Semua orang pasti pernah buat kesilapan dalam hidup tetapi yang penting apabila kita sedar, kita bertaubat mohon keampunan Allah. Cuba tingkatkan diri masing-masing. Jangan lupa seru orang-orang di sekeliling kita juga. Tegur kesilapan mereka agar mereka tak ulang kesilapan yang pernah kita lakukan. Penting bagi kita untuk berada di kalangan orang-orang soleh. Supaya kita terdidik dengan cara hidup mereka. Jadi pandai-pandai pilih linkungan kawan masing-masing. Mengislahkan diri sambil mengislahkan yang lain.

Jadi mari kita nilai semula apa yang sudah kita tanam selama ini. Sihatkah pokok-pokok kita. Mampukah nantinya mengeluarkan buah-buah yang enak. Tengok juga rakan-rakan di sekeliling. Kalau mereka masih leka menanam pokok duri sedarkan mereka. Mungkin mereka tak sedar mereka sedang menanam pokok yang salah. Mungkin mereka tidak sedar pokok itu tidak mendatangkan hasil kepada mereka. InsyaAllah..pokok-pokok yang baik bukan sahaja mengeluarkan buah yang enak tetapi juga merimbun dan memberi teduhan untuk orang lain..
Semoga Allah memberkati kita..insyaAllah

Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhan-nya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. (Surah Ibrahim: 24-25)


Al-kisah..

Assalamualaikum wmt wbt..

Hari ini saya mahu bercerita kisah sepasang suami isteri.

Latar tempat: di mana-mana sahaja di atas bumi Allah yang luas ini
Latar masa: zaman sekarang yang serba moden dan canggih ini

Al-kisahnya..

Sudah beberapa hari si isteri sakit-sakit. Si suami sudah naik risau. Sangkanya sakit isterinya itu sakit yang biasa-biasa sahaja. Si suami membelikan si isteri sebuah buku perubatan yang tebal. Si suami meminta si isteri menghabiskan membaca buku itu dari kulit ke kulit. Kerana kata si suami dengan cara itu sakit si isteri akan sembuh. Isteri yang taat itu lantas menurut arahan suaminya dengan harapan sakitnya akan sembuh sebaik dia menghabiskan muka surat terakhir buku itu.

Malangnya sakit si isteri makin melarat. Bukan sekali malah sudah beberapa kali dikhatamkan buku perubatan tebal itu. Si suami sudah makin risau. Lalu segera dibawa isteri kesayangannya ke klinik. Dengan pendapatan lumayan hasil kerja kerasnya sebagai seorang jurutera, si suami mampu membawa si isteri ke pusat perubatan terkenal yang menyediakan barisan doktor panel yang hebat-hebat. Tambah pula si suami memilih doktor yang paling pakar dalam bidang penyakit yang dideritai si isteri.

Sesudah di periksa si doktor pakar memberi preskripsi ubat yang perlu di ambil. Sudah dicuba ribuan kali dan terjamin keberkesanan ubat ini jika diambil mengikut jadual yang ditetapkan dengan dos yang betul. Sejak dari dahulu sudah berapa ramai yang berjaya disembuhkan. Jadi sudah terbukti kepakaran si doktor dan keberkesanan ubatannya. Sepulangnya ke rumah si suami mengoyakkan surat preskripsi itu kepada dua. Separuh bahagian dibungkus dengan kain kuning dan digantungkan di leher isteri dan selebihnya di rebus dalam air dan kemudian di beri minum kepada si isteri. Si suami yakin benar si isteri pasti akan sembuh...

"Ishk..gilo apo suami isteri ni. Camne la nak sembuh sakit kalau wat camtu?"
"Tak ada akal ka? Nak kata mundur dan jahil tapi berpendidikan..kerjanya hebat.. jurutera tuh!Hantar je diaorang ke rumah sakit jiwa.."
"Apekah? Penulis blog ni sebenarnya yang tak betul pegi tulis cite ngarut2 camni kat blog dia.. Mana ada orang camtu zaman sekarang ni!"

Isk...isk.. ipk.. saya dah agak mesti ramai cakap suami isteri tu gila. Atau pun orang akan cakap saya gila sebab reka cerita tak masuk akal. Tetapi percayakah kamu semua jika saya katakan di zaman sekarang ini ramai benar manusia seperti pasangan suami isteri itu? Atau sebenarnya saya, kamu, kamu, kamu dan kamu (ulang sehingga kamu rasakan kamu itu ditujukan untuk kamu..) *hehe saya tiru cara kak maryam tulis blog* adalah antara yang termasuk dalam golongan orang-orang seperti suami isteri itu yang kita sifatkan sebagai gila@kurang waras@hilang akal dan yang sewaktu dengannya.

"Eh..eh..budak ni..dah pandai cakap orang gila pulak.."

Sebenarnya tanpa kita sedar kita adalah seperti mereka apabila kita melakukan perkara yang sama terhadap buku yang dikirimkan oleh DOKTOR terhebat bagi menyembuhkan penyakit-penyakit kita. Manakan tidak, sejak dari kecil kita dihantar ke kelas mengaji oleh ibu ayah. Malah kita juga mampu mendabik dada kerana ada antara kita yang sudah berkali-kali khatam Al-Quran. Ibu bapa zaman sekarang juga kebanyakan menganggap tanggungjawab mereka memberi didikan agama kepada anak-anak cukup dengan hanya menghantar mereka ke kelas mengaji. Tetapi adakah kita mengira cukup dengan hanya membaca sahaja Al-Quran itu tanpa memahami isinya. Jika tidak difahami isi al-Quran itu manakan pula kita mampu mengambil petunjuk-petunjuk yang digariskan oleh Allah di dalamnya dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Apakah kita mengira akan lengkap dan sempurna hidup kita sebagai seorang Islam andai kita tidak menjalankan apa yang disuruh dan menghindari bahaya yang disebutkan di dalam kitab Allah itu. Tidakkah kita sama sahaja seperti si isteri yang berharap akan sembuh penyakitnya dengan hanya membaca buku perubatan itu tanpa mengambil sebarang tindakan untuk merawat sakitnya? Bukankah itu juga yang kita lakukan selama ini terhadap kitab Allah? Adakah kita sanggup mengatakan kita sama gila seperti mereka?

Saya masih ingat lagi semasa saya di tingkatan empat, pernah di sekolah saya saban malam hampir sebahagian pelajar asrama puteri dilanda histeria. Entah apa puncanya masing-masing buntu. Saya masih ingat lagi ketika itu saya lihat kakak ketua dorm saya meletakkan naskah Yassin di setiap penjuru bilik. Lantas saya pun bertanyakan tujuannya.

"Buat pagar..jangan kasik makhluk jahat tu masuk" kata ketua dorm saya itu.

Haha~saya yang ketika itu tidak faham apa-apa, percaya sahaja. Lantas setiap malam tidur bertemankan al-Quran di sisi bantal.. kononnya nanti tidak dihampiri makhluk halus. Tetapi bila diingat-ingat semula lucu juga saya memikirkan tindakan saya itu. Apabila difikirkan, tidak ubah seperti tindakan si suami yang menggantung preskripsi ubat di leher isteri dan si isteri yang meminum air rebusan preskripsi itu. Apabila al-Quran hanya dianggap penghalau syaitan dan hantu. Kita mengharapkan berkat daripada al-Quran dan perlindungan daripada Allah tetapi kita tidak melakukan seperti mana yang diarahkan di dalam preskripsi yang diturunkan oleh Allah kepada kita dan yang lebih teruk kita tidak cuba memahami preskripsi itu. Kalau dahulu di asrama setiap malam kami membentuk bulatan di tengah bilik dan beramai-ramai membaca surah al Mulk. Tetapi seingat saya sepanjang lima tahun di asrama tidak pernah sekali pun kami di ajak mentadabbur surah yang kami baca setiap malam itu. Jadi kami ketika itu setia membaca al Mulk setiap malam bukan kerana mengikut amalan Rasulullah dan mahukan fadhilat surah itu tetapi kerana lebih bimbang diganggu makhluk halus seperti yang dimomokkan oleh senior jika tidak membaca al Mulk sebelum tidur. Sedangkan dengan mentadabbur ayat-ayat Allah insyaAllah bertambah keimanan kita kepada kekuasaan Allah. Kita akan percaya bahawa tiada apa yang bisa memudaratkan atau memberi faedah kepada kita jika tidak dengan izin Allah SWT. (Pernah ke keluar dalam surat khabar orang mati dicekik hantu?)

Setiap alat yang kita beli didatangkan dengan buku manual sebagai panduan untuk menggunakannya agar berfungsi seperti yang sepatutnya. Dan kita juga di datangkan dengan manual yang paling lengkap oleh yang menciptakan kita. Dan jika kita hidup berpandukan manual itu (AlQuran dan Sunnah), kita akan berfungsi selari dengan tujuan penciptaan kita di bumi oleh Yang Maha Menciptakan.. wallahualam.

"Kami tidak menurunkan alQuran ini kepadamu agar kamu menjadi susah,tetapi sebagai peringatan untuk orang yang takut (kepada Allah)" (Surah Thaha: 2-3)

*rujukan entry ini dari Dasar- Dasar Islam oleh Abul A'la Al Maududi

"Saya cantikkan?" ~untuk APA?~

Assalamualaikum wmt wbt..

Uuuhh..kali ini sudah betul-betul lama saya tidak menulis entry baru untuk blog ini. Tadi baru saudara saya bertanya kenapa sudah sekian lama tidak ada entry terbaru. Sudah kehabisan ideakah? Huhu..bukan kehabisan idea..banyak sahaja perkara baru yang terjadi setiap hari yang sangat ingin saya kongsikan bersama tetapi betul-betul tiada masa untuk duduk dan menulis., Akhir-akhir ini jadual harian saya sangat padat dan kerja-kerja universiti juga kian bertambah. Sudah hampir 4 hujung minggu berturut-turut saya tidak lekat di bilik..pasti ada sahaja program yang akan kami hadiri. Alhamdulillah masa digunakan sebaik yang mungkin insyaAllah.. tidak mahu di bunuh oleh masa-masa yang kosong.

Ada sesuatu yang sangat menggembirakan saya hari ini. Saya sedikit lewat ke kelas hari ini.. Berkejar-kejar ke kelas pagi td..masuk sahaja ke dewan kuliah mata saya melilau mencari tempat kosong. Mujur ada satu kerusi kosong di sebelah rakan saya. Sedang saya sibuk mengeluarkan alat tulis dari beg..sahabat itu mencuit lengan saya.

"Kamu nampak tak apa yang saya nampak?" soalnya sambil mengunjukkan pandangan ke barisan hadapan. Saya yang kebingungan cuba mencari apa yang luar biasa hari ini. Lama saya memerhatikan dan akhirnya saya temui. Alhamdulillah..bisik saya dalam hati
"Hari ini hari pertamanya.." ujar sahabat saya itu lagi sambil tersenyum penuh makna.

Kami berbalas senyuman dan tumpuan kami seterusnya untuk pensyarah yang sedang mengajar di hadapan. Namun persoalan masih berlegar-legar di kepala saya. Apa yang mendorong dia berubah? Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah..Alhamdulillah. Benarlah hidayah itu milikNya dan beruntunglah sesiapa yang dipilih untuk memilkiNya. Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik..insyaAllah sahabat..saya akan sentiasa menyokong kamu.

"Cantiknya kamu hari ini," sempat saya mencuit dia sebelum keluar daripada dewan kuliah. Dia hanya tersenyum sambil tangannya membetulkan tudungnya. Kelihatan sedikit kekok barangkali tetapi insyaAllah akan terbiasa...
Sepulang dari kuliah saya tergerak untuk membaca buku Tabarruj tulisan Ustazah Ni'mat Sidqi, seorang ulama' wanita Mesir. Terbaca peristiwa yang dilalui Rasulullah SAW sewaktu Isra' Mikraj. Menyebut tentang peristiwa Isra' Mikraj, selalunya apa yang terbayang ialah perintah mengerjakan solat..yang awalnya 50 dikurangkan menjadi 5 waktu. Tetapi mungkin yang kita sekarang terlepas pandang dalam peristiwa Isra' Mikraj ialah di mana peristiwa perjalanan Rasulullah SAW itu juga sarat dengan peringatan yang penting untuk wanita. Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
  1. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
  2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
  3. Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
  4. Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
  5. Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
  6. Perempuan yang bermuka hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
  7. Perempuan yang telinganya pekak, matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat drp api neraka,otaknya keluar dari lubang hidungnya dan badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta.
  8. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
  9. Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
  10. Perempuan rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Gentar dan kecut perut saat membacanya. Mendengar dan membacanya sudah tidak terbayang seksanya saat menghadapi hukuman seperti itu. Apa lagi andai sendiri mengalaminya. Sungguh janji Allah itu pasti..
Sebelum saya pertama kali terbang ke luar negara dahulu, saya pening memikirkan untuk mengubah imej saya. Maklumlah mahu belajar di luar negara, takkan la mahu berbaju kurung ke kelas seperti masa zaman sekolah menengah dahulu. Lalu dalam kepeningan itu saya pun membeleklah majalah-majalah, mencari fesyen dan imej yang sesuai dengan citarasa saya. Jika majalah yang saya belek sudah tentunya saya merujuk kepada fesyen artis-artis dan orang-orang terkenal. (huhu..adehla..jahilnya saya)
Lalu saya terjumpalah gaya ini yang saya kira sesuai dengan imej baru saya nanti:

Waahh..walaupun bertudung saya masih boleh menggayakan jeans boot cut kegemaran saya. Pakai sahaja baju turtle neck untuk menutup leher dan berlengan panjang. Saya tidak mahu ketinggalan menggayakan t-shirt comel-comel yang fancy, tiada masalah..sarungkan sahaja di atas baju berlengan panjang itu. Nah kamu sekarang ikon remaja masa kini macam Mawi. nanti pasti ada yang berkata:
"Best la die tu..pakai tudung pun nampak cam moden and cun"
"Awak nampak kurus la pakai camtu..hik!"
Oleh kerana dah sangat bertepatan dengan 'citarasa' saya. saya pun pergilah ke pusat membeli belah untuk melengkapkan koleksi pakaian utk imej baru saya nanti. Tiba-tiba ada seseorang berkata,
"Eh ko tak cube ke tengok ayat 31 surah An Nur ? 'dan dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya'. Kau rasa gaya ni menepati 'citarasa' Allah tak?"
Isk..dush kene sekali. Lalu saya pun membatalkanlah niat saya nak bergaya ala-ala B**n*a tu. Saya pun insaf..the end.
~~~~~~~Cerita di atas hanyalah rekaan saya semata-mata~~~~~~~
(saya amik contoh diri saya sendiri supaya lebih dekat dengan diri saya sendiri sebagai peringatan..kisah ini tiada kaitan dengan orang lain)
Jadi kita dapat lihat, macam-macam usaha dan idea yang dicipta untuk menampakkan diri menarik di setiap mata yang memandang, dan kononya nanti boleh di anggap orang sebagai seorang yang masih mentaati perintah Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai fesyen pakaian mengikut peredaran zaman. Apa gunanya maksud dan usaha sedemikian kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita. Penzahiran tindakan seperti itu mungkin mampu mengabui mata manusia tetapi mana mungkin dapat menipu Allah SWT. Wallahualam...
~semoga saya beramal dengan apa yang saya perkatakan~

Mata Hati

Assalamualaikum..masih lagi di bulan Syawal yang mulia..maka Salam Aidilfitri juga untuk semua..

Sebenarnya ada kerja kuliah yang masih tertangguh untuk disiapkan tapi hati sangat teringin pula untuk menulis lagi malam ini. Hari ini seharian keluar bersama flatmate..memenuhi undangan open house di sana sini. Baru hari ini terasa sedikit suasana Aidilfitri yang meriah..Alhamdulillah. Di mana-mana kelihatan jejaka2 segak berbaju Melayu dan gadis2 anggun berbaju tradisional..masing2 tidak melepaskan peluang beramai-ramai memeriahkan majlis sambutan tersebut. Sedikit sebanyak hidup suasana sambutan Aidilfitri seperti di Malaysia yang sekian lama saya rindui. Makanan pun yang enak2 dihidangkan.. Alhamdulillah tidak lupa pujian untuk Allah atas nikmat kurnianNya.. Sungguh, Dia Maha Pemurah.

Di awal majlis saya sangat gembira beramah mesra merapatkan ukhuwah sesama kami.. Ada wajah yang sudah agak lama tidak kelihatan dan tidak kurang wajah-wajah baru yang belum saya kenali. Salam dihulur dan bersambut, saling bertanya khabar dan sangat2 terasa kemanisan ukhuwah antara semua.. Dalam kemeriahan itu saya meminggir sebentar ke penjuru dewan.. demi menghilangkan sebu perut yang kekenyangan. Apabila kita keluar dari satu suasana..kita akan menjadi seorang penonton dan pemerhati yang sgt teliti. Minda dan perasaan akan menjadi sangat particular tentang apa sahaja yang kita perhatikan di depan mata. Benar kesempatan bersendirian di penjuru dewan saya ambil untuk melihat gelagat mereka yang hadir.. Entah.. saat itu suatu perasaan gelisah menyelinap ke dalam diri saya. Suatu perasaan kurang senang tiba2 mengganggu keamanan fikiran saya. Saya tiba2 tersedar.. Saya mahu segera meninggalkan majlis itu..

Majlis itu bagus aturcaranya..cuma mungkin ada beberapa perkara yang perlu dinilai dan difikirkan semula pada pendapat saya. Contohnya dalam menjaga pergaulan muslimin dan muslimat. Atau mungkin saya sahaja yang meletakkan expectation yang terlalu tinggi untuk majlis seperti itu..mengharapkan majlis yang ideal seperti yang saya bayangkan. Oh jangan salah anggap..saya bukan sengaja mencari2 salah dan kekurangan orang jauh lagi untuk menghukum. Ini refleksi untuk diri saya sendiri mungkin.. Kesempatan bersendirian bersama seorang ukht di majlis rumah terbuka lainnya selepas itu saya ambil untuk menghilangkan kekusutan di hati saya. Bertubi soalan2 yang saya tanyakan kepadanya meminta penjelasan. Dia arif membaca keadaan..dapat mengesan kegelisahan hati saya. Kata ukht itu..hati itu fitrahnya suci. Hati akan tenang kepada kebaikan dan gelisah kepada kemungkaran. Biasanya apabila melakukan kemungkaran, hati yang sensitif akan dapat mengesan dan wujud rasa kurang senang dengan apa yang dilakukan. Cumanya kita biasanya akan mencari sebab dan alasan, untuk menyedapkan hati dan membenarkan perbuatan. Jadinya kata ukht itu lagi perlakuan saya yang bertanya ketika itu adalah lahir dari hati saya yang gelisah terhadap sesuatu.Katanya:

" Usah pusing2 soal hukum hakam tentang satu2 perbuatan kerana kita bukanlah seorang yang fakih untuk menjatuhkan hukum.. cukuplah jika hati kamu kurang senang dengan sesuatu perkara, maka segera tinggalkan. Itu adalah yang lebih baik buat kamu"

Tiba2 teringat pulak bait2 lirik lagu Mata Hati..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Sangat sesuai pula lirik lagu ini dengan apa yang saya hadapi hari ini. Benarlah.. hati yang bersih itu sentiasa cenderung ke arah kebaikan dan sensitif mengesan apa2 yang tidak baik.. Jika hati kita merasa kurang senang terhadap sesuatu yang kurang baik..insyaAllah..itu tandanya hati kita masih berfungsi untuk memandu kita ke arah yang benar. Maka berbahagialah orang2 yang sihat hatinya..Tetapi jika tidak..wallahualam..moga Allah pandu hati2 kita..amiin.. Bukan maksud saya untuk mengaku hati saya bersih di sini..cuma mungkin tiada yang salahnya pada majlis itu. Saya yang merasa kurang senang jadi mungkin hanya pada saya sahaja masalahnya. Apa yang penting ialah pandangan Allah pada kita dan bukan pandangan manusia yang kita ambil kira... Secebis ingatan untuk diri sendiri kerana seringnya saya banyak akur dalam memenuhi kehendak hati orang dikeliling saya meski bertentangan dengan kehendak hati saya.

Kalau saya jadi pembaca blog ini kan..saya pasti akan terfikir: (sengaja mahu jadi kritis terhadap blog sendiri)
"Dia ni kan..asyik kasi lirik nasyid jek kat blog die nih..takde idea nak tulih dah la tu. Pastu nak nampak entry die cam panjang2 dia tulih jek lirik nasyid panjang2"

Huhu..bukan ape.. nasyid kan salah satu method dakwah..Kalau kita dengar je tapi kita tak hayati makna yang cuba disampaikan dari nasyid tu maka tak tercapai la matlamat asal nasyid tu kan...Jadi selain daripada sebagai hiburan untuk kita..kita boleh la ambil sedikit sebanyak pengajaran kan..bak kata abang2 Raihan,

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

("Alamak..lirik nasyid lagi die nih..adeh")

Hehe..A'la kulli hal...kita pun kenelah pandai pilih nasyid jugak..Tak semua yang dipanggil nasyid dan dinyanyikan oleh jejaka berkopiah dan gadis bertudung manis itu boleh meningkatkan iman. Jadi kita selaku orang2 yang bijak memilih yang baik dan buruk ini perlu juga pandai memilih apa yang bermanfaat untuk halwa telinga kita. Kalau boleh biarlah nasyid yang kita pilih tu boleh meningkatkan semangat kita untuk terus berjuang menegakkan agama Allah.. bukan cuma nasyid yang..

"Kutahu kau merinduiku..kau tahuku merinduimu..oh kasih~" (maafkan saya abang2 in-team..hehe)

Tapi tak cukup lah dengan mendengar nasyid kita boleh dapat kefahaman agama dan meningkatkan iman kita. Kita kenalah juga ambil inisiatif pegi kelas agama ke..belajar bahasa arab ke.. cari ustaz ke..untuk tambah kefahaman agama kita. Hiburan macam ubat yang kalau overdose boleh kasi kesan sampingan yang memudaratkan. Malah apa2 pun yang kalau berlebihan akan mendatangkan kemudaratan. Sebab itulah hikmahnya Islam menganjurkan kesederhanaan dalam apa2 juga yang kita lakukan.

Alamak jauhnya saya divert topik asal entry ni..dari soal hati ke soal nasyid pulak.. mungkin malam yang sudah lewat ini sedikit menjejaskan tumpuan saya. Makanya perlu untuk saya tidur sekarang. InsyaAllah bertemu lagi di lain entry.. terima kasih kerana meluangkan masa membaca bebelan dan omelan saya yang tidak sepertinya ini.. InsyaAllah saya menulis bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.. wassalam..

~Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada mengalir sungai-sungai daripadanya. Dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan~ (Al-Baqarah:74)

Apakah Benar Engkau Pejuang?

Assalamualaikum..

Sudah masuk fasa ketiga Ramadhan..fasa pelepasan dari api neraka setelah rahmat di awal dan keampunan di pertengahan. Alhamdulillah dengan keizinan Allah, tepat berbaki sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, saya dibenarkan untuk beribadah semula setelah sekian lama 'bercuti'.. Terasa benar kasih sayang Allah..saya diberi peluang untuk mengejar dan memburu Lailatul Qadr.. InsyaAllah sama2 berusaha meningkatkan ibadah dan diberi kesempatan bertemu dengan malam yang lebih baik daripada malam 1000 bulan..

Semalam pengisian sirah kami berkisar tentang Perang Khandaq..sangat menarik!! Kami sempat menonton Muhammad Utusan Terakhir dan berbincang tentang sirah. Terasa betapa ignorancenya saya selama ini kerana terlalu banyak yang masih belum saya tahu. Malu pula dengan rakan2 yang lain. InsyaAllah selepas ini tanam azam untuk habiskan Raheeq Makhtoum (The Sealed Nectar)..hehe!Tertarik dengan lirik lagu yang sempat seorang ukht bacakan sebelum menutup perbincangan malam itu.. nyanyian kumpulan Qatrunnada (nama blog saya!!hehe..) . Entah kenapa sangat2 terkena dengan diri sendiri..Serasa lebam2 muka dan seluruh anggota dibelasah realiti dan kesedaran.. (saya sudah boldkan bahagian2 lagu yang menyentuh saya..)..

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
Kekasaraan dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan takwa engkau lupakan

Yang sebenarnya, apa yang engkau perjuangkan...

Semoga hati2 dijalan ini lebih kuat melangkah..sabar ya kakak2 flatku.. dugaan ini mungkin kecil jika dibandingkan dengan apa yang Rasululah hadapi di awal dakwah Islam kan? Kita kan dah belajar sirah sepanjang bulan Ramadhan ni.. inilah masanya nak apply teori jadi praktikal. Bersabarlah dengan kesabaran yang indah..Ramadhan kareem..wassalam!

Catatan dari Lembah Pantai

Salaam untuk semua..

Hujung minggu yang lepas saya di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Asing (IPBA) menghadiri program motivational talk untuk adik2 bakal2 guru yang akan berlepas ke destinasi masing2 lewat tahun depan. Dalam pening2 memikirkan tempat untuk menumpang tidur apabila di sana nanti, saya teringat pada seorang teman sekolah yang sedang menuntut di IPBA itu. Alhamdulillah dia menyambut gembira dan sangat mengalu-alukan kedatangan saya menumpang berteduh di biliknya. Ketibaan saya di stesen komuter Kerinchi disambut dengan wajah terkejutnya melihatkan diri saya yang dikiranya telah banyak berubah barangkali... tambah2 dengan objek bersinar-sinar di jari manis saya..huhu..

Owh..bukan itu topik utama entry saya kali ini. Saya membawa pengalaman saya berkampung di IPBA selama dua hari itu untuk mendalami semula perbualan saya dengan seorang kakak yang agak baru saya kenali. Dalam mempersiapkan diri saya untuk memulakan pengajian saya dalam bidang Kejuruteraan Kimia September ini nanti saya sering sahaja mencuri peluang mencungkil pengalaman kakak2 yang sudah graduate dan mula bekerja di profesyen yang sama dengan apa yang bakal saya ceburi nanti. Secara jujurnya sejak dari zaman sekolah lagi saya tidak pernah berminat untuk menjadi seorang jurutera. Malah bidang kejuruteraan memang tidak pernah ada dalam senarai profesyen impian saya. Kerana pada saya jurutera itu hanyalah untuk lelaki..dan sejak kecil lagi saya menanam cita2 untuk menjadi seorang doktor (sungguh tipikal kan?). Malah Biologi ialah subjek paling saya gemari semasa di sekolah dahulu. Tapi tak semua yang kita rancang itu pasti menjadi. Ada beberapa sebab tersendiri memaksa saya menerima tawaran pinjaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan ini ketika itu.. InsyaAllah walaupun hingga kini masih belum berjaya mencambahkan minat dalam bidang ini, saya tidak akan pernah menyesal..sekali melangkah saya tidak akan menoleh ke belakang lagi (kalau nak reverse jugak kene bayar puluhan ribu pulak pada sponsor saya nanti..aduh.. haha!)

Menyelami pengalaman kakak itu sebagai seorang geologist.. uuh..saya bersyukur kerana mengambil langkah memohon pertukaran kursus sebelumnya (saya sebenarnya ditawarkan kursus geology/ kejuruteraan petroleum) Memang tugasnya sebagai geologist sangat berat. Bak kata kakak itu..
"Mereka memerah apa sahaja yang kamu ada..tenaga, masa untuk dakwah dan keluarga, fikiran dan perasaan kamu sekali"
"Uuuh..sampai begitu sekali kah?" fikir saya..
"Mungkin geologist saja kot begitu..chemical engineer tak kan?" saya bertanya untuk menyedapkan hati sendiri.
"Which ever post u are..situasinya tetap sama..mungkin kerja yang sedikit berbeza. Kawan2 sekerja yang lain pun sama saja kisahnya walaupun berbeza tugas masing2"

Dan perbualan kami berlarutan sehingga tamat waktu makan tengahari dan program bersambung semula. Esoknya dalam satu program yang lain pula saya bertemu dengan kakak2 "senasib", seorang jurutera kimia dan akauntan. Dan seperti biasa saya tetap dengan misi saya menagih pengalaman mereka. Nyatanya isi cerita mereka tidak jauh berbeza drp cerita2 yang saya dengar sebelum ini...yang membuatkan saya terduduk dan berfikir kembali akan langkah saya selepas ini. Mampukah saya menjadi seorang pekerja yang baik nanti? Dan jika saya telah berkeluarga ketika itu..mampukah saya menjadi seorang suri dan ibu yang baik? Dan yang paling utama yang saya risaukan mampukah saya terus menjadi hambaNya yang baik..yang menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan terus thabat di jalan ini? Andai kesibukan dunia itu nantilah yang mengambil sebahagian besar masa saya hingga melalaikan saya daripada apa yang sepatutnya diutamakan dalam hidup ini...(oh~ saya sudah mula teragak-agak kini..)

Lewat salah satu artikel dalam laman web seorang ustaz yang pernah saya ikuti kem motivasi anjurannya..saya terbaca pendapatnya mengenai wanita yang bekerja (sebenarnya dia mengulas tentang hikmah wanita bertudung disekat bekerja di Turki)

"Sejarah memperlihatkan bagaimana umat Islam cemerlang, gemilang dan terbilang ketika kaum wanitanya berada di rumah. Mungkin tiada statistik yang boleh saya kemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tetapi sekurang-kurangnya strategi Ataturk ketika merancang kemusnahan Khilafah Othmaniyyah boleh dijadikan kayu ukur. Ataturk menyedari bahawa di antara unsur kekuatan pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya. Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita. Wanita memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup di kala itu.

Kerana itulah, Ataturk telah menyusun strateginya yang tersendiri. Atas nama hak sama rata antara lelaki dan wanita, Ataturk menggalakkan wanita bekerja, bermusafir keluar meninggalkan rumah, malah diberikan tempat di kerusi-kerusi parlimen. Bagi mereka yang dahagakan 'kemajuan' mereka melihat usaha Ataturk ini sebagai usaha pemodenan yang wajar disyukuri. Namun, strategi Ataturk berjaya. Institusi keluarga mula retak..
Lihat sahaja di dalam masyarakat kita. Kesan daripada wanita bekerja, telah menimbulkan pelbagai masalah di dalam masyarakat. Penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah dan pusat penjagaan kanak-kanak. Lantas mereka terbentuk mengikut sifat pembantu rumah dan pusat berkenaan. Amat mendukacitakan, ada di antara umat Islam yang anak-anaknya dijaga, diberi makan dan dididik oleh pembantu rumah yang menyembah berhala dan ahli syirik. Bagaimana pula dengan hukum Islam yang melarang khalwat? Jika isteri belum pulang bekerja, suami duduk di rumah bersama anak-anak dan wanita bukan mahram yang menjadi pembantu rumah. Tidak sedikit kes-kes fahsya' dan mungkar yang berlaku akibat situasi seperti ini. Begitu juga, anak-anak renggang dari ibu dan bapa, kasih sayang tidak sekukuh generasi lalu. Lantas bertambah-tambahlah ibu yang melahirkan bosnya sendiri sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi SAW sebagai tanda kiamat di dalam Hadith Jibril yang masyhur itu. Kemunculan career women juga semakin bertambah. Mereka mengutamakan karier dan tidak berkahwin selepas mencecah usia lanjut. Semua ini menjadi barah stage 3 di dalam masyarakat.

Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja, meliputi:
1) Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan
kesejahteraan.

2) Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna.
3) Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.
4) Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak mengizinkan.
5) Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dikhususkan kepadanya. Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.
6) Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.

Kerana itulah Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, "dan tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali kamu bertabarruj dengan tabarruj jahiliah
yang pertama".

Jika mahu membaca penuh artikel ini, bolehlah rajin-rajinkan diri menjenguk ke link ini:
http://www.saifulislam.com/artikel/tudungturki.htm

Hmm..rasanya jika pendapat seumpama ini saya suarakan semasa saya di United World College dulu, sudah tentunya saya dikecam teruk oleh mereka yang mengaku sebagai pejuang 'hak asasi wanita'. Manakan tidak, sedang ada sebahagian pelajar dikolej itu berpendapat memakai tudung pun dilihat sebagai menindas hak asasi kaum wanita. (adakah saya dilihat seperti tertindas?) Malah tentu ada sahaja di kalangan kita wanita Islam sendiri yang berpendapat pandangan seumpama di atas itu kolot. Saya sendiri juga pada mulanya bersentimen sedemikian sesudah membaca artikel tersebut. Tetapi jika diteliti sejarah yang diutarakan beliau saya terfikir sendiri.. Jika tidak kita belajar daripada sejarah dan dijadikan apa yang telah berlaku itu sebagai rujukan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan sebagai panduan.. Bukankah sejarah itu adalh guru yang terbaik. Surah Al Fathir ayat 44 menyatakan:

" Dan tidakkah mereka berpergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul), padahal orang-orang itu lebih besar kekuatannya dari mereka. Dan tidak ada sesuatu pun yang melemahkan Allah baik di langit mahupun di bumi. Sungguh Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa"

Di sini Allah menegaskan betapa pentingnya kita mendalami kisah-kisah umat terdahulu untuk dijadikan pengajaran. Sememangnyatidak dinafikan faktor keruntuhan institusi keluarga mungkin bukanlah faktor utama kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, tetapi cukup untuk membuatkan kita duduk sebenatar dan merenung sejenak akan hakikat pentingnya kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat sebagai pembimbing dan pembentuk generasi. Entahlah..saya tidak tahu ap yang anda semua fikirkan ketika membaca artikel ini. Tetapi yang pasti saya sudah terfikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja kelak (plus ibu mithali =) )

Bukanlah maksud saya kita yang perempuan ini harus berhenti belajar sekarang. Duduk2 sahaja di rumah sambil mengisi masa belajar memasak, menjahit, mengemas rumah, menjaga anak dan apa2 sahaja kemahiran untuk menjadi super housewife..Kemudian tunggu sahaja pinangan dan berkahwin..and they live happily ever after..huhu! Keluarlah dan tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin, cuma kita perlu sentiasa ingat akan peranan kita sebagai wanita (dan satu hari nanti sebagai isteri, ibu, mak mertua, nenek dan sebagainya..hehe!) Kita kembali kepada juga kepada fitrah wanita cumanya ditambah dengan bonus anak-anak kita nanti dididik oleh ibu yang berpendidikan tinggi dan berjiwa besar (bak kata ustaz tu lagi..). Then akan lahirlah generasi- X yang mantap dan best..

Mungkin ada juga pembaca blog ni yang akan berkata..
"Wah2..budak ni pandai je bercakap..die tu kahwin pun belum lagi..dahla umur baru nak cukup dua dekad.. ade hati nak ajar orang membentuk generasi-X yang best...pikir study dulu la weih"
Haha..mungkin saya bukan orang yang terbaik untuk bercakap tentang hal ini..Cuma sekadar menulis apa yang terfikir di minda dan meluahkan apa yang terbuku di hati..huhu!Maaflah kalau ada kekurangan dalam tulisan saya ini (saya mengalu-alukan komen/ kritikan/ kutukan)
Last but not least..resolusi saya untuk permasalahan dan dilema yang berserabut dalam kepala saya ini ialah..
1. Belajar jek dulu rajin2 sampai setinggi yang saya mampu..InsyaAllah atas kehendak Allah minat itu nanti akan tumbuh. Siapa tahu rezeki saya nanti dapat first class honour pastu pinjaman saya pun tukar jadik biasiswa..Jadi tak payah risau kene bayar balik..ngeh3!
2. Masa belajar ni manfaatkan betul2 untuk cari tarbiyah diri dan 'bekerja' sebab masa dan kesibukan sebagai pelajar tak sama dengan kesibukan orang yang dah berkerja. Jangan dah kerja nanti baru sebuk2 nak cari tarbiyah pastu wat alasan sibuk tak ada masa.. (bak kate kakak2 yang dah grad..hehe!)
3. Untuk itu saya kene pandai susun masa dan rancang jadual harian saya biar study saya best dan tarbiyah pun terus berjalan dengan mantapnya (sayalah pelajar contoh..huhu!)
4. Sila belajar masak (kate nak jadi suri rumah dan ibu mithali..*wink*)


Saya yang sedang practice jadik ibu mithali..hehe!

Huhu..adehla..macam2 kalau dah keluar resolusi tu. Mungkin the best way is saya tak perlulah terlalu risaukan apa yang akan terjadi di masa depan(tapi kene gakla fikir sket2). Just follow the flow.. Moga saya beramal dengan apa yang saya perkatakan..

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban!Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan"

~'La Tahzan- Dr Aidh Abdullah~