Kenangan di Atlantik (1)

Bayu lautan Atlantik itu masih juga sama seperti dahulu. Masih sudi berkongsi kedamaiannya pada hati yang datang mencari. Di sini dahulu tempat saya mencari sebuah ketenangan... saat melarikan diri seketika dari hiruk pikuk dan kegilaan Atlantic College dan seisinya. Ombak dan laut ini tidak pernah jemu memujuk saat saya hampir sahaja berputus asa untuk meneruskan hidup di dunia kecil yang serba gila ini. Saya yang ketika itu masih amat mentah belajar erti kebebasan sebenar di sini. Menentukan hala tuju hidup sendiri-sendiri. Di sini saya mencari... mencari diri sendiri, mencari tujuan hidup. Saya yakin bukan hanya saya yang mencari..bahkan hampir semua penghuni kota lama di pinggir lautan Atlantik ini juga masih dalam fasa mencari.


Mencari Dia...

"My father is a Christian and my mum is a Buddhist..." gadis Scottish yang menjadi teman sebilik saya selama dua tahun itu memandang jauh ke luar tingkap. Dari jendela kamar kami sayup-sayup kelihatan lautan Atlantik dibalik rimbunan epal. Ketika itu musim luruh.

"And you?" saya kembali bertanya. Saya masih lagi dalam telekung putih seusai menunaikan solat Asar. Perbualan kami petang itu bermula apabila Elizabeth bertanya tentang ibadah solat yang dilihatnya saya kerjakan lima waktu sehari semalam.

"I don't know...I'm still searching. I know there is a big power up there that is holding us... looking at us every day. But I dont know which one is true..." Elizabeth menjawab perlahan.

"Why did you pray Liyana?" gadis bermata biru itu kembali bertanya. Saya termanggu. Selama ini tiada sesiapa pernah bertanya mengapa saya bersolat. Kerana saya dilahirkan dalam lingkungan masyarakat Islam. Yang sudah sedia maklum kewajipan solat. Jadi tidak pernah ada yang mempersoalkan mengapa saya bersolat. Otak saya berputar mencari jawapan. Ya... mengapa aku solat?

"Erm... because we are told to do so" saya menjawab agak ragu-ragu. Bimbang jawapan yang keluar dari mulut saya tidak sesuai untuk Elizabeth yang sedang mencari.

"What happen if you don't?" tanya Elizabeth lagi.

"We'll go to hellfire. I don't want to go to hellfire," saya menjawab. Terbayang kepanasan api neraka yang membakar, seksaan neraka yang tak terbayang pedihnya. Ngeri!

"Hurm.. if that so... you are worshipping because of your fear. Not because of love to your God. I actually didn't understand why did you have exact time to come to prayer. It seems to me that it is not a voluntary act. I would prefer to come to my God whenever I want, whenever I would like to. I want to pray because I 'need' to pray, not because I 'have' to pray," kata Elizabeth yakin. Saya menjadi semakin serba salah.

Rasa bersalah kerana meletakkan persepsi yang salah tentang Islam kepada Elizabeth yang masih mencari itu. Dan sejak itu saya sendiri mencari. Cuba untuk mengenal semula Islam yang selama ini diamalkan tapi tidak pernah dimengerti. Selama ini, saya bersolat kerana semua orang di sekeliling saya bersolat. Saya bertudung kerana rakan-rakan semua bertudung. Tetapi bila ditanya mengapa saya melakukannya, saya tiada jawapan yang konkrit dan meyakinkan. Malah saya sendiri makin menjadi ragu. Entah di mana Elizabeth sekarang, saya sendiri tidak tahu. Kalau saja saya masih mampu mencarinya, mahu saja saya betulkan kesilapan itu. Saya mahu ceritakan pada Elizabeth tentang indahnya Islam. Islam yang dalam pencarian saya itu, sudah semakin saya kenali.

Kenangan..

Berjalan lagi melewati rumah besar yang pernah saya diami sepanjang dua tahun saya di sini dahulu. Di sebelah rumah besar yang menempatkan 48 orang pelajar itu, ialah rumah 'houseparents' kami. Apa khabar agaknya Graeme dan Isminur? Sudah besar dan makin comel agaknya anak-anak mereka, Meneksye dan Nailofar. Saya mahu singgah bertanya khabar dan mengucapkan selamat tinggal, untuk kali terakhir mungkin. Entah bila lagi saya akan mampu menjejakkan kaki ke tanah ini. Teringat kali pertama Graeme dan Isminur menyambut kedatangan saya sebagai pelajar baru. Amat mesra dan manis!

Loceng besi yang bergantungan di pintu rumah kecil itu saya bunyikan beberapa kali. Kali ini teringat pula setiap hari Isnin yang dinanti-nanti apabila setiap kami datang bertandang ke rumah Graeme untuk sekadar menghirup secangkir teh wangi dan menjamah apa sahaja hidangan yang Isminur sediakan untuk kami. Saya tersenyum sendiri. Teringat suatu hari apabila Isminur menangis kerana kami mencalarkan periuk 'non-stick' nya semasa jamuan rumah dan Graeme yang berusaha memujuk isterinya. Lucu! Loceng saya bunyikan lagi tetapi masih tidak berjawab. Sayangnya petang itu mereka tiada di rumah. Mungkin sudah lama rumah itu ditinggalkan melihatkan pintu dan tingkapnya yang sudah bersawang.

Graeme banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan kolej ini. Pernah suatu malam saya menangis di hadapan seisi ahli rumah. Ketika itu pengetua turut hadir dalam mesyuarat rumah kami kerana masalah alkohol yang amat teruk. Baru sahaja beberapa malam sebelum itu ahli-ahli rumah Whitaker itu ditangkap kerana berparti mabuk di ruang tamu. Sungguh saya benci melihat rakan-rakan yang mabuk, saya benci bau muntah yang memualkan di malam minggu dan saya benci bau arak yang menjijikkan.

"I love this place... I love you people... but you made my life like in hell!" jerit saya sebelum saya berlari ke bilik. Saya sudah cukup jelak dengan masalah mereka. Saban minggu perjumpaan rumah menjadi berjam-jam kerana masalah alkohol dan kegilaan berparti. Dalam sujud saya menangis, meminta kekuatan dari Yang Maha Esa untuk terus bertahan di sini. Selesai solat, saya lihat Graeme duduk di sisi saya, menunggu saya menghabiskan solat. Renungannya prihatin.

"Is everything alright, Liyana?" tanya Graeme. Saya hanya mampu mengangguk lemah. Saya lantas meminta maaf pada Graeme kerana meninggalkan perjumpaan rumah begitu sahaja. Graeme hanya tersenyum.

"No you shouldn't feel sorry. My apology on behalf of the principal, housemates and college. No one should feel like you feel. Everyone should feel at home here, and that's my responsibility... I'm sorry that I failed" kata Graeme. Ada sedikit kesal diwajahnya.

Dan esoknya ada perhimpunan tergempar di dewan kolej. Pengetua mengumumkan pengharaman total arak di kolej ini. Saya hanya terdiam di bangku belakang. Ada mata-mata yang menyaksikan drama semalam melirik ke arah saya. Ada yang benci dan ada yang simpati.

Bersambung....

Renungan untuk aktivis dakwah

Let's become a genius, shall we?

I am looking forward to read this book, which we bought yesterday. No.. no this is not out of desperation to excel in the coming final exam! It's too late to start the effort to become a genius when I only have like 2 weeks or so to finish my thick piles of engineering and geology notes, isnt it? But it is never too late to prepare for your child's education, right?

And yes... you read it right.. the writer is Halimahton Yusof... the mother of the controversial Sufiah. It proves here that she is the one who actually do the works of bringing up all her genius children and not her husband, who just prefer to steal the limelight!

We are seriously thinking of homeschooling our kids... (err... I know we dont have any at the moment.. but sooooon guys... soooon! Be optimistic!..ehehe!) And for the time being we are looking for a trial subject... *looking through the list of nieces and nephews*

Perhaps I will write more about homeschooling stuff later after I am over with my LAST-EVER academic EXAM! (insyaAllah)

Make du'a for me...

Si lalai..

Salaam...

Fuuuuhh... Akhirnya! Tadi berlari-larian ke bilik supervisor menghantar Design Project. Hampir sejam saya terkandas di kedai cetak kerana dokumen yang mahu dicetak buat hal. Bila di skrin komputer nampak macam sihat dan sempurna, tiada masalah. Tapi bila di atas kertas, ada graf yang hilanglah...ada perenggan yang terpadamlah. Saya betulkan semula dan cuba cetak lagi. Masih belum sempurna. Graf yang tadinya hilang kini berganda jadi dua! Tapi di skrin komputer saya yakin hanya ada satu... hampir sepuluh kali saya cuba cetak. Sama juga hasilnya walau telah berpuluh kali saya membetulkan di skrin komputer. Teman yang datang bersama-sama saya tadi sudah pun pergi menghantar projeknya kerana terlalu lama menunggu saya.

Saya kerling jam di telefon bimbit, lagi 15 minit sebelum masa menghantar tamat. Saya makin panik. Masalah dengan dokumen ini masih belum selesai... sempurna satu bahagian, bahagian lain pula bermasalah. Rasa seperti mahu menangis... Saya istighfar diam-diam... Dalam hati saya terdetik.. "Ya Allah... apa silap aku?" Waktu makin suntuk dan saya makin buntu, tak tahu mana punca masalahnya. Tiba-tiba teringat saya masih belum menunaikan solat zuhur... Astaghfirullah! Sejak pagi tadi saya sibuk-sibuk mengemaskan kerja kuliah sehingga bertangguh-tangguh solat zuhur tadi. Cadangnya mahu solat di surau universiti selepas selamat menghantar projek. Rupanya zuhur sudah hampir sampai ke hujungnya dan saya hampir saja terlepas solat.... Ya Allah ampunkan aku...

Ketika itu juga cubaan terakhir saya mencetak. Alhamdulillah...berhasil! Saya terus saja berlari menghantar kerja kuliah ke bilik supervisor. Dia baru beberapa minit pulang... bermakna sudah berakhir waktu menghantar projek. Saya tinggalkan saja kerja di atas mejanya. Saya tidak peduli andai dihukum atau ditolak markah. Lalu bergegas berlari ke surau menunaikan kewajipan yang tertunggak... Dalam sujud saya mohon ampun. Kerana dunia saya melupakan kewajipan sebagai hambaNya.

Usai solat saya muhasabah, akhir-akhir ini sememangnya saya sangat-sangat sibuk menyiapkan kerja-kerja akademik. Malah buat pertama kalinya berani-berani minta izin untuk tidak hadir liqa' dgn buah-buah hati kesayangan. Sehinggakan ada di antara mereka yang datang berziarah ke bilik bertanya khabar. Ada hari-hari yang saya langsung tidak menyelak lembaran Quran...kononnya tiada masa. Kalau pun ada hanya satu dua muka sebelum kembali mengadap komputer riba. Hari ini saya capai semula mushaf merah jambu itu. Hati kering kontang. Saya buka helaian yang saya tanda dengan riben biru gelap. Mata terus tertancap pada ayat akhir helaian itu

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu dan laksanakanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (shalat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Ankabut:45)

Saya merasakan terpukul. Teguran itu seolah-olah datang terus dari Yang Maha Mengetahui... Terdetik di dalam hati, bagaimana kalau dalam period-period saya menjadi alpa ini saya dipanggil-Nya? Sudah tentu bukan kerja kuliah itu bukan alasan yang kukuh untuk menyelamatkan diri dari Wail. Sudah tentu gred-gred cemerlang di slip peperiksaan itu tidak memberi kredit untuk masuk syurga Allah... Sudah tentu tidak... TIDAK! sama sekali

Allah..

Ampunkan hambaMu ini....




Gerak!

'Salam adik. Ape khabar?Ada di kolej ptg Jumaat ni? Busy tak?Akak nak datang ziarah boleh?'

'Salam akak! Boleh2! Kami exam Isnin depan tapi dtglah. Kami rindu!!'

Petang itu saya dan suami meluangkan masa menjejakkan kaki semula ke daerah yang pernah kami cuba-cuba 'teroka' dahulu. Saya sungguh rindukan wajah-wajah manis yang mengisi kekosongan waktu dan menjadi pertanggungjawaban lewat musim panas yang lepas. Semasa saya baru berkenalan dgn mereka, mereka baru sahaja beberapa minggu mendaftar di situ. Hari ini, saat saya kembali menziarahi setelah entah berapa bulan meninggalkan mereka, mereka sudah hampir menamatkan cerita di daerah ini. Hanya tinggal seminggu saja lagi untuk menyudahkan perjuangan terakhir mereka di sini, sebelum memulakan langkah ke siku kehidupan yang seterusnya selepas ini.

Masih saya ingat pertemuan pertama, saya cukup takut-takut mahu menghantar pesanan ringkas. Bimbang tidak akan mendapat balasan yang sepatutnya. Hanya tahu nama dan nombor telefon pesanan dari rakan akhawat. Minta tolong dijenguk-jengukkan adik-adik ini. Alhamdulillah.. dalam pertemuan pertama, lebih kurang 5 orang berkumpul dalam liqo'. Dalam pertemuan seterusnya jumlah itu bertambah sekali ganda apabila masing-masing membawa rakan-rakan mereka Sehingga liqo' terakhir bersama sebelum saya pulang ke bumi peti sejuk, ada 15 org kesemuanya yang setia menghadiri liqo' saban minggu. Malah sebelum itu kami sempat bermukhayam bersama.

Alhamdulillah.... masih ramai hati-hati suci yang menginginkan kebaikan. Sayang saya terpaksa meninggalkan mereka untuk sebuah tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Malah liqo' terakhir kami hari ini pun masih ada 2-3 wajah-wajah baru yang mahu duduk beriman sejenak bersama-sama. Saya sendiri agak kaget kerana tidak ada apa-apa persediaan, sedang wajah-wajah di hadapan mengharapkan untaian kata yang boleh menambah iman. Bagaimana ya? Cepat-cepat buka mushaf merah jambu yg biasa di bawa ke mana-mana. Hari itu kami tadabbur surah an-Nashr... surah yg turun saat datangnya pertolongan Allah dan kemenangan Islam. Ucapan hamdallah dan istighfar saat dikurniakan kejayaan.. supaya sedar semuanya itu datang dari Allah.

Pengalaman di daerah itu walau cuma singkat, mengajar saya realiti yang sepatutnya saya tanamkan dalam diri. Da'ie perlu tidak pernah tahu duduk diam! Tambah lagi apabila kamu sudah pulang ke lubuk yang penuh dengan hati-hati yang dahagakan simbahan sinar Islam. Yang tidak ada sebarang alasan untuk membenarkan statiknya kamu sebagai seorang dai'e. Di mana-mana sahaja dan walau ke arah mana pun kamu berpaling, tentu ada hati-hati yang belum kamu sentuh dengan keindahan kefahaman Islam. Kerja tidak pernah selesai! Buktinya? Lihat di sekeliling kamu... dimanakah kasih sayang yang kamu ungkapkan kepada mereka andai kami membiarkan mereka terus hanyut dengan dunia? Sedang kamu sendiri sedang mengejar syurga Allah... jgn biarkan suatu hari nanti mereka menarik kamu dan menuntut pertanggungjawaban ke atas mereka.

"Akak... akak tak rasa terlalu awalkah untuk kami mula bergerak? Kami baru nak mengubah diri... baru nak bertatih. Sudah layakkah untuk bergerak?"

Dahinya kelihatan berkerut kegusaran....

"Jangan takut untuk bergerak... jangan takut melakukan kesalahan!Kerana tidak bergerak itu satu kesalahan yang lebih besar!"


Khadeeja is having...!!


Everyday-nine-to-five computer simulation
Meetings+Meetings+Meetings
Final Exam Syndrome

Petronas Interview
Job Application
Report write up
Design Project
CV Write Up
Practicals
Tarbiyah
Dakwah
Usrah

Easter Break Malaysia weeee!!


Khadeeja is having her nice little 'break'
Sorry if for not being able to make you a cup of coffee for the next few weeks!
(as if people are eagerly waiting for your entry Khadeeja!..ngeh3!)

Ask Muhammad to make one for you...hehe!~

Luv,
Khadeeja

5 Bekal isteri aktivis dakwah


Copied from dakwatuna.com

Seorang aktivis dakwah membutuhkan istri yang ‘tidak biasa’. Kenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat tubuh, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola keuangan, trampil dalam hal-hal seputar urusan kerumah-tanggaan dan piawai di tempat tidur. Maaf, tanpa bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan ketrampilan itu adalah bekalan ‘standar’ yang memang harus dimiliki oleh seorang istri, tanpa memandang apakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kalimat lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang istri jika dia memiliki berbagai bekalan yang standar itu. Lalu bagaimana jika sudah jadi istri, tapi tidak punya bekalan itu? Ya, jangan hanya diam, belajar dong. Istilah populernya learning by doing.

Kembali kepada pokok bahasan kita. Menjadi istri aktivis berarti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standar’. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh istri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:


1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).

Hal penting yang harus dipahami oleh istri seorang aktivis dakwah, bahwa suaminya tak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!


2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khawatir melepas suami pergi berdakwah ke manapun. Miliki keyakinan bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan materi. Dan tetap sadar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.


3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentalitas).

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kokoh, sabar, tidak cengeng, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Teman saya mengistilahkan semua sikap mental ini dengan ungkapan yang singkat: tahan banting!


4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualitas).

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya butuh pendengar setia. Ia butuh istri yang ‘nyambung’ untuk diajak ngobrol, tukar pikiran, musyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Karena itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majelis-majelis ilmu supaya tidak ‘tulalit’!


5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fisik).

Minimal sehat, bugar, dan tidak sakit-sakitan. Jika fisik kita sehat, kita bisa melakukan banyak hal, termasuk mengurusi suami yang sibuk berdakwah. Karena itu, penting bagi kita untuk menjaga kesehatan, membiasakan pola hidup sehat, rajin olah raga dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri istri shalihat adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.


Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun saleh dan takwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang bisa dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

Saya perasan sibuk!


BuZz!

"Anti sibuk?"

"Hee.. tak..insyaAllah ok je. Ada apa?"

Sibuk... saya cukup takut untuk mengucapkan perkataan sibuk. Tambah apabila rakan akhwat atau buah-buah hati kesayangan saya menegur di tetingkap Yahoo! Messenger. Pasti walau apa saja yang saya lakukan ketika itu, sama ada sedang menaip Design Report 80 muka yang perlu dihantar seawal pagi esoknya atau sedang menghabiskan bacaan journal yang berlambakan, saya pasti akan meluangkan sedikit masa untuk mereka yang menegur di tetingkap Y!M. Kerana saya tahu mereka bukan saja-saja menegur. Biasanya akan bertanyakan perkara penting atau memerlukan teman mengisi bicara dan nasihat. Saya cuba meletakkan diri di tempat mereka, di saat diri buntu dan perlukan teman yang sudi mendengar, alangkah patahnya hati apabila insan yang diharapkan membalas "Afwan... ana sibuk sekarang".

Saya tak layak mengucapkan perkataan sibuk, kerana saya tahu saya sebenarnya hanya PERASAN sibuk. Walaupun saya rasa saya sibuk, tapi saya masih ada masa untuk tidur lebih daripada 6 jam sehari, masih ada masa membaca blog orang lain, masih ada masa menulis secangkir kopi, mana mungkin saya bisa mengaku saya sebenarnya sibuk. Saya tidak ada hak untuk mengeluh kerana sibuk. Kerana sejak dari detik saya melangkahkan kaki ke jalan ini, saya seharusnya maklum yang saya tidak akan punya masa lapang lagi untuk diri sendiri.

"Al-waajibaat aktharu min al-auqaat......"
"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa!!"

Tiada istilah 'tiada kerja' dalam kamus hidup seorang yang menggelarkan dirinya sebagai dai' e atau pejuang Islam kerana kewajipan sentiasa melambaki masa yang ada. Suatu kebohongan yang besar andai dia mengaku dia sudah kehabisan kerja lantas punya masa untuk bersenang-senang dengan menonton filem atau drama bersiri kegemaran.

'Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap' (Al-Insyirah: 7-8)

Kenapa kita sering berkompromi dengan liqo' yang hanya sekali seminggu atau program tarbiyah yang hanya sekali sebulan atas alasan kesibukan dengan urusan akademik atau urusan dunia yang lain? Mengapa kita tidak boleh mewajibkan diri kita hadir ke setiap program tarbiyah yang diaturkan seperti mana kita mewajibkan diri kita hadir ke setiap sesi kuliah? Owh, kalau tidak hadir kuliah, nanti terlepas subjek penting yang mungkin disoal dalam peperiksaankan? Macam mana nak cemerlang dalam pelajaran..nak jadi pelajar terbaik! Habis, kalau tidak hadir program tarbiyah, bukankah kita terlepas mengutip bekalan untuk lulus cemerlang dalam ujian di titian sirat? Macam mana nak cemerlang dalam hidup dunia akhirat... nak jadi orang yang terpilih ke syurga!

Hati saya sedih melihat wajah buah-buah hati kesayangan dalam pertemuan saban minggu kami. Di saat mereka semakin membutuhkan lebih perhatian dan masa, saya semakin dihimpit dengan kekangan akademik yang semakin mencengkam. Hati menjadi belas melihat mereka. Saya sudah jarang meluangkan masa menziarahi mereka dari bilik ke bilik seperti yang selalu saya lakukan suatu waktu dahulu. Tambah sedih apabila ada antaranya yang mengatakan saya tidak lagi seperti yang mereka kenali dahulu.

Adik...
Maafkan kakak kerana sudah terlalu jarang menziarahimu,
Maafkan kakak kerana sudah lama tidak bertanyakan apa mahumu,
Maafkan kakak kerana sudah jarang menyentuh hatimu,
Maafkan kakak andai hatimu terasa jauh dariku.

Adik...
Allah sahaja yang tahu betapa kakak merindukan,
Bual-bual mesra sepanjang malam denganmu seperti dahulu,
Percik sambal dan bau masakan di baju saat kita mencuba resepi baru,
Tangis kita saat mentadaburi ayat-ayat cintaNya.

Adik...
Percayalah aku sentiasa mencuba,
Memberikan yang terbaik untukmu semampuku,
Tidak kerana dirimu dan bukan juga kerana diriku,
Tetapi kerana redha Allah yang kita harap memayungi,
Ukhuwah kita yang indah ini...

Sudah terlalu panjang saya menulis. Cukuplah di sini dahulu...

Demi masa...


SISTERS' DAY OUT @ PLATTFIELD!


It was great!

It was fun!

Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya

Sayang antunna fillah...




I want a baby!!



I like the theme song of this promo video. And has been playing the vids over and over again to listen to the song! A Child's Prayer Remix version sung by Nadira Ali and Rashid Bikha. The adorable version i would say but the calmer version is sung by Zain Bikha. (if you prefer that type of music..hehe!)

Anyway, upon seeing the promo vids at the program last weekend, feel like want to have my own little children right there and then so that I can registered them as the members of the club! haha! So back in my room I registered all my nephew and nieces that I have their photos in my laptop. haha~ There are so many great things in the website for children (and parents too!)... I hope I am as lucky as the children nowadays. Back during my time we just play with dolls and 'masak-masak', doesnt have slightest idea of having fun with interactive media.

So, if u have a child (or children) come on join the club! Because me and my lil' mujahid will join it soon (oh i wish!..). It is called Tunas Taqwa Fun Club! (please click)

And.... (drum roll please!)

Introducing my latest nephewssssss!


TUN MUHAMMAD MIFZAL


Introducing the handsome Tun Muhammad Mifzal!

Hubby said that Mifzal is the most beautiful baby he has ever seen. And I would agree on that.. hehe! He's not adorable but he's handsome! Tun Mahathir got his Tun when he's retired but Mifzal got Tun since he was born...huhu!

Mohd Hadiff Nukman

Mohd Hadif Nukman (look at his naughty face)

Each time I called home, my mum would say that he has just finish two plate of rice.haha! When I left last summer he was just 6 months old and weight 12 kgs!!!! No wonder Uwan (my mum) have the simptom of demam2 and sakit sendi sebab dukung hadiff si gemuk buncit ini! *Geram*geram*. Mujur dah pandai jalan sekarang but new problem arises. All Uwan's onions gone missing because Hadiff turns it into his football.. and with all those climbs and broken plates.

MEGAT AFIQ, MEGAT AQIL, MEGAT HAZIQ

Megat Haziq, Megat Afiq, Megat Aqil
(nama yang tidak diketahui mengikut susunan atau tak..haha!~)


This photo is not superimpose ok! They are actually triplets!! (nak jugak! nak jugak!). Acik Yana cant wait to see three of you because need to picit2 those cheeks. When they were born I cant hold or even see them because they are still in their incubator. Siaplah korang Acik Yana balik next month!! hehe (evil laugh!). Will upload more photos of them later. hoho!

Okay... I know it is a very random babling compared to the entries that we usually posted in this blog. Just to cope with my broodiness... hukhuk! Will get my exam result today... please make du'a for me.

'Oh Allah... grant me my own for I can't wait to love them and to watch the little mujahid(s) grows up~ insyaAllah...insyaAllah'

Evolusi...

Pandangan Dr M seperti yang di bawah menarik perhatian saya. Sememangnya sejak awal, ketika US mengumumkan pelan rangsangan ekonomi untuk bank-bank, semacam ketidak selesaan menyelinap dalam sanubari. Tindakan yang diambil bersifat reaktif, yang tidak melihat kepada punca masalah ini berlaku. Memujuk permintaan yang semakin jatuh dgn melambakkan lagi barangan sememangnya bukanlah cara yang bijak. Lebih malang lagi, Malaysia mengikuti langkah ini. Akhirnya masalah terus menerus menular.

Sebab itulah Republikan meragui pelan rangsangan terbaru yang diumumkan Obama. Semuanya disebabkan secara teori, untuk memulihkan keadaan, amaun yang diperlukan lebih daripada USD1 Trilion. Malah mungkin bakal menggandakan lagi hutang Amerika Syarikat.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Secara jujur, saya sendiri tidak pasti. Namun yang jelas, ini peluang yang sebaik-baiknya untuk membuka dan meluaskan pasaran baru. Industri pertanian dan makanan bagi saya peluang yang patut diberi tumpuan pada saat-saat begini. Sememangnya dalam tahap hidup masyarakat yang semakin menurun, keperluan pada bekalan makanan yang murah sangat menekan. Malah, industri ini bakal memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada peniaga-peniaga kecil sekiranya RM7billion mahupun RM27 billion dalam pakej rangsangan ekonomi ini dialihkan kepada industri ini.

Apatah lagi kita terpaksa menerima hakikat bahawa hingga saat ini, walaupun kita mampu memasang kereta sendiri, mahupun membuat cip dan barangan elektronik yang pelbagai fungsi, serta mengeksportnya ke luar negara, namun kita masih belum mampu menyediakan bekalan makanan yang secukupnya untuk penduduk di Malaysia ini, hingga terpaksa mengimport beras daripada Thailand dan daging daripada Australia. Industri perikanan di negara ini juga cukup jauh ketinggalan. Walhal, kita memiliki segala kelebihan untuk menjadi peneraju dalam peluang-peluang ini; iklim panas dan lembap sepanjang tahun membolehkan pertanian berlangsung selama 12 bulan, dikelilingi oleh laut-laut yang penuh dgn sumber perikanan, juga tanah yang sangat subur.

Hakikatnya, mungkin tidak ramai yang sanggup bersusah-susah membanting tulang, bermandi peluh dan berpanas dalam terik mentari. Bekerja di ruang teduh berhawa dingin sentiasa menjadi pilihan hati..



Dr M: Stop banks from making money out of thin air
By CHOI TUCK WO

LONDON: Tun Dr Mahathir Mohamad has called for a ban on the manipulation of “money to make money” to help resolve the global financial crisis.

The former Prime Minister said the main problem was that banks were empowered to create money out of thin air and lend money which they did not have.

He suggested that everyone should go back to producing goods and services although the profits would not be that massive.

“But the wealth from these activities will be real and the economy will be more sound,” he said in his talk at the “Leadership in Times of Crisis” seminar at the British Institute of Technology and E-Commerce here on Friday.

Dr Mahathir also expressed doubts of a recovery despite the US government talking of a trillion-dollar plan to save the economy.
Exchanging views: Dr Mahathir chatting with the participants after delivering his speech at the British Institute of Technology and E-Commerce in London on Friday.


He said there would come a time when the government would have to admit that the whole system had failed.

What was needed, he said, was a total write-off of the monies lost and the need to reduce the lavish lifestyles and per capita income in rich countries.

“The rich will have to sell their yachts and private planes as well as their holiday and palatial homes while the poor will become poorer,” he said.

If there is to be recovery, the world must accept that everyone – the rich and the poor – must take part in formulating a change in the system, he added.

Dr Mahathir said the most important reform was to ensure that money was created by governments and not by banks.

“Governments need to come back and supervise the banks. If the executives go beyond something, they’ll be punished,” he said.

He described as ridiculous the present system where executives were paid bonuses if they could show figures to their directors even if the banks lose money.

Describing the scenario as frightening, he said: “We have no control over money and we don’t know how much of it is in circulation.”

Dr Mahathir said when Malaysia was hit by currency speculators in 1997-1998, it was told that the trade in currencies was 20 times bigger than the total world trade.

“That’s a huge sum of money. But where does it come from?” he said, adding it was important to get rid of those who were playing tricks.

He also said government bailouts, which were effectively nationalisation, would not enable businesses to recover when the economy was in recession.

“We see governments furiously bailing out financial institutions and businesses but we have yet to see any results,” he added.

He also said the formulation of any new system must involve both the rich and poor countries as well as elements of Islamic banking principles.

HIJAB...

Salaam...

Saya ada banyak kerja kuliah untuk dihantar esok.. tapi tak boleh tunggu untuk kongsi video ini.



Nanti lepas saya siapkan kerja kuliah saya, saya nak tulis panjang lagi tentang hijab. Tunggu ye?

ps: Oh well... I now have a reason to myself to stop my low carb dieting..huhu!

Diriku seorang ekstrimis?!

Kalaulah draf strategi ini diluluskan bulan depan, maka saya secara tidak rasminya telah terjatuh ke dalam kategori ekstrimis mengikut apa yang didefinisikan kerajaan Britain. Definisi ekstrimis mereka tak ada dalam kamus dewan mahupun thesaurus, sebab definisi die sangatlah panjang.. ikut kamus kepala orang-orang British. Kata mereka, mereka terpaksa meluaskan definisi ekstrimis Muslim dalam usaha untuk membanteras pengganas Islam yang bermaharajalela di muka bumi ini. Bak kata pepatah 'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri', ekstrimis Islam adalah gejala-gejala awal untuk seseorang itu menjadi seorang pengganas. Maka kesimpulannya, jika hari ini saya bergelar ekstrimis maka mungkin tahun depan saya berpotensi meletupkan Magic Bas (walaupun namanya begitu, tiada keajaiban pada bas tersebut, dia tetap bergerak seperti siput pada waktu saya sudah lewat ke kelas) warna biru yang saya naik setiap pagi untuk ke sekolah itu. (huhu!)

Ini gambar Magic Bus. Sekadar hiasan. Tak ada kaitan dgn entry ini

Anti-terror code 'would alienate most Muslims'

Tuesday 17 February 200, Vikram Dodd, The Guardian.

• Draft strategy brands thousands as extremists
• Ministers ponder plan to be unveiled next month


The government is considering plans that would lead to thousands more British Muslims being branded as extremists, the Guardian has learned. The proposals are in a counterterrorism strategy which ministers and security officials are drawing up that is due to be unveiled next month.


Some say the plans would see views held by most Muslims in Britain being classed by the government as extreme.


According to a draft of the strategy, Contest 2 as it is known in Whitehall, people would be considered as extremists if:


• They advocate a caliphate, a pan-Islamic state encompassing many countries.


• They promote Sharia law.


• They believe in jihad, or armed resistance, anywhere in the world. This would include armed resistance by Palestinians against the Israeli military.


• They argue that Islam bans homosexuality and that it is a sin against Allah.


• They fail to condemn the killing of British soldiers in Iraq or Afghanistan.


Contest 2 would widen the definition of extremists to those who hold views that clash with what the government defines as shared British values. Those who advocate the wider definition say hardline Islamist interpretation of the Qur'an leads to views that are the root cause of the terrorism threat Britain faces. But opponents say the strategy would brand the vast majority of British Muslims as extremists and alienate them even further.


The Guardian has also learned of a separate secret Whitehall counterterrorism report advocating widening the definition of who is considered extremist. Not all in Whitehall agree with the proposals and one official source said plans to widen the definition were "incendiary" and could alienate Muslims, whose support in the counterterrorism effort is needed. There were also fears it could aid the far right.


Contest 2 is still being finalised by officials and ministers. Those considered extreme would not be targeted by the criminal law, but would be sidelined and denied public funds. Ed Husain, of the Quilliam Foundation thinktank, said the root causes of terrorism were extremist views, even if those advocating the views did not call for violence.


Husain, once an extremist himself, said: "Violent extremism is produced by Islamist extremism and it's only right to get into the root causes."


Inayat Bunglawala, a former spokesman for the Muslim Council of Great Britain, said such plans would affect many British Muslims. Bunglawala, who now runs Engage, which tries to get Muslims to participate in politics and civic society, said: "That would alienate the majority of the British Muslim public. It would be counterproductive and class most Muslims as extremists."


In a speech in December, the home secretary, Jacqui Smith, said the government's counterterrorism strategy had to include challenging nonviolent extremist groups that "skirt the fringes of the law ... to promote hate-filled ideologies".


The Contest strategy was put in place in 2003 as the UK beefed up its response to the threat of al-Qaida inspired terrorism.


But the security service's assessment shows no drop in those they consider dangerous and the UK's terror threat level remains at severe general.


The Home Office said: "We don't comment on leaked documents."


Mungkin nampak macam tak ada apa sangat yang nak dirisaukan, tak adalah tindakan undang-undang dikenakan pun untuk orang yang jatuh dalam kategori ekstrimis ni cuma tak boleh terima 'public funds' jek. Tapi saya nak mengajak juga anda risau sebab saya nampak simptom-simptom Balfour Declaration of 1917, yang menjadi pintu masuk kepada penjajahan Yahudi di Tanah Umat Islam Palestine, mirip draft undang-undang ni. Meh baca surat pakcik Balfour durjana itu:


Pakcik Balfour punye tandatangan buruk ! Sekian!

Mula-mula dengan deklarasi ini dia definisikan dulu Jewish dan Non-Jewish dan kononnya dengan terlaksananya deklarasi ni tak ada siapa pun akan rugi sebab hak-hak non-Jewish yang sedia ada di bumi Palestine tidak akan terjejas. Tapi tengok sendirilah apa yang terjadi sekarang?? Pastu instead of using the word 'state' they replace it with the word 'national home' kunun nak menunjukkan yang dia tak berniat pun nak merampas tanah Palestine untuk dijadikan negara haram ISRAEL tuh! Tapi lihatlah apa yang dah jadi sekarang??

Jadi, tak mustahil sekarang dia label-labelkan dulu siapa ekstrimis dan siapa tidak kat Britain ni , selepas ini muncul lagi undang-undang lain untuk hapuskan terus mereka yang bergelar ekstrimis ni kan? Kalau sekarang saya boleh solat dengan tenang di penjuru makmal komputer (sebab sepanjang hari kene buat reservoir simulation yang bosan itu... haih..) adik-adik yang bakal datang nanti mungkin nak solat kat rumah pun kene sorok2. Kalau sekarang kita ramai-ramai boleh berdemo untuk bantu saudara Palestine, suatu hari nanti siapa yang pakai baju tulis Palestine mungkin kena buang daripada universiti. Tak logik? Tapi tak mustahilkan?

Derang ni kan pandai bermain kata-kata..

Jadi apa peranan kita eh?




Berhati-hati di jalan raya...

Kepala umat Islam di Malaysia, khususnya yang berbangsa Melayu dengan kefahaman tradisional terhadap agama masih lagi belum surut peningnya dengan isu-isu seperti pengharaman Yoga dan Penkid... dan kini kepeningan mereka bakal bertambah pening hingga mungkin menyebabkan kegiliaan kekal disebabkan dek 'propaganda' yang cuba dilaung-laungkan oleh puak-puak Islam liberal di Malaysia, dan 'penggerak'nya siapa lagi jika bukan puak Sister in Islam.

Tumpuan mereka bakal berlegar-legar di sekitar isu kekeluargaan, dengan himpunan 'sarjana Islam' yang pastinya ada yang ditauliahkan oleh 'universiti kafir', pastinya pendokong idea perosak Islam liberal, sedang pendapat ulama muktabar telahpun tersebar luas dalam isu-isu yang mereka laungkan.

Yang sedihnya, program anjuran mereka ini bukan sahaja mendapat sokongan kerajaan, jauh sekali untuk ditentang kerajaan, malah turut dihoskan oleh 'penasihat Perdana Menteri' berhubung isu kekeluargaan. Dan TV3 hari ini pastinya tidak segan silu untuk mempromosikan program ini dalam sembang-sembang kosong mereka di pagi hari.

Awalnya saya terus membantah program yang seumpama ini. Namun setelah berfikir semula, agaknya terlalu kurang adil jika kita terus membedil dengan mortar dan peluru berpandu, sebelum mereka sempat mengangkat senjata. Mungkin patut juga membiarkan sedikit ruang untuk mereka. Namun satu yang jelas, perhimpunan yang seumpama ini, dengan 250 'sarjana' kata mereka, semacam tiada satu motif yang jelas. Mahu dibicarakan semula fatwa-fatwa? Atau mahu 'mendidik' masyarakat tentang isu-isu itu?

Apapun, surah al-hujarat ayat 6 membawa satu pencerahan yang hebat:
Wahai orang-orang yang beriman, Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum, kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.
(dengan terjemahan yang lebih kurang begini)

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.

Semoga diampunkan juga dosaku.

Pemuda PAS, Persatuan Ulama PP bantah program anjuran SIS
Jimadie Shah Othman | Feb 13, 09 7:38pm | http://www.malaysiakini.com/news/98267

Seramai 200 sarjana Islam dari seluruh dunia akan berkumpul selama lima hari, mulai malam ini, di Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam.


Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Keganasan terhadap Wanita, Dr Yakin Erturk dijadual hadir di program global mengenai kesamaan dan keadilan dalam keluarga itu.

Mesyuarat lima hari itu akan menyaksikan ulama terkemuka Islam, pengamal undang-undang dan aktivis dari 55 negara meneliti undang-undang yang mengikat, membentuk dan memberi kesan terhadap keluarga Islam. Ia dianjurkan Sisters in Islam (SIS), kumpulan penyokong hak-hak wanita dalam Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan SIS, Penasihat khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat merupakan hos kepada program tersebut.

Bagaimanapun, program anjuran SIS itu dibantah keras oleh Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) yang mendakwa pertemuan itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam tertentu yang disepakati ulama muktabar.

Ia turut dibantah oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam satu kenyataan hari ini, PUMPP mendakwa program itu berhasrat mempertikaikan, khususnya hukum syariah berkaitan dengan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama muktabar.


Bantahan bersama


Malah, tambahnya, ia bakal dihadiri pelbagai tokoh "liberal Islam yang dipertikaikan oleh ulama Islam muktabar" yang bertujuan "menyebarkan propaganda" kelompok tersebut.

Sehubungan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini yang dilihatnya bakal merosakkan lagi akidah umat Islam di Malaysia, seterusnya membawa perpecahan serta memberi persepsi yang salah terhadap Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangannya di Malaysia.

"PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut, seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama dalam negara seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sementara itu, Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS pusat pula dilaporkan mendakwa, topik perbincangan dalam program itu - antaranya kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid - akan menyentuh isu-isu sensitif berkaitan Islam.

Berikutan itu, Pengerusinya, Riduan Mohd Noor menyeru NGO Islam Melayu tampil membuat bantahan bersama terhadap program tersebut.


"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," katanya dalam Harakahdaily.


SIS dalam jemputan medianya berkata, program itu akan menjadi pertemuan pertama untuk reformasi undangan-undang keluarga Islam.

Perak oh Perak...

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin bakal mengheret Menteri Besar baru ke Mahkamah. Berdasarkan hujah, bekas MB ini nampak jauh lebih kukuh, berbanding dengan Barisan Nasional yang tidak habis-habis menggunakan modal 'jangan menderhaka' mahupun 'tidak dapat menerima kenyataan'. Nizar mendakwa beliau masih menteri besar Perak berdasarkan hujah:

(i) Tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

Namun mampukah kekuatan hujah mengatasi pengaruh terhadap mahkamah yang kuat oleh kerajaan?

Semoga Allah bersama mereka yang benar.


Artikel-artikel menarik daripada blog Ustaz-ustaz yang best:
Politik Perak : Kemelut berjuang tanpa manhaj
by Ust Halim
Perak: Ibrah Sulaiman Dan Wasiat Uthman by Ust Hasrizal
Itulah Politik Tidak Tahu Malu Namanya by Ust Zaharuddin


Berhimpun di luar mahkamah, sokong saman Zambry
Feb 13, 09 11:36am, http://www.malaysiakini.com/news/98200

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

pakatan nizar sue zambri 130209 nizar 03Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ.

Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ.

Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

pakatan nizar sue zambri 130209 crowdPada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersama dengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh para penyokong yang melaungkan 'hidup rakyat' sebanyak tiga kali.

Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di ibunegara bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan menteri besar Perak yang sah.

Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru pada 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu.

Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar mendakwa beliau masih merupakan menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

jamaluddin mat radzi and osman jailu perak pkrDalam afidavit sokongan terhadap permohonan itu, Mohammad Nizar menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu telah meletakkan jawatan sebagai Adun melalui surat bertarikh 30 Januari 2009, manakala seorang lagi Adun, Hee Yit Foong (Jelapang) meletakkan jawatan melalui surat bertarikh 3 Februari 2009.

"Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya telah memaklumkan kepada Sultan perkembangan terkini dan berdasarkan prinsip demokrasi, memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak, saya masih Menteri Besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit itu.

Nizar memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa beliau (Zambry) berhak memegang jawatan menteri besar Perak.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

pakatan nizar sue zambri 130209 crowd 02"Responden kini membuat representasi kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Menteri Besar Negeri Perak, ini mengelirukan rakyat," menurut permohonan itu.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Beliau mendakwa terdapat pertikaian undang-undang perlembagaan membabitkan Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak berkenaan status jawatan menteri besar di antara beliau dan responden.

"Di bawah undang-undang tubuh, pemohon (Mohammad Nizar) tidak memegang jawatan Menteri Besar bersandarkan keredaan Sultan, juga tidak terdapat peruntukan untuk pemohon diarahkan meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Menteri Besar," kata permohonan itu.

Mohammad Nizar turut menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan serta kos daripada responden..


Cerita suatu malam

Monolog seorang hamba Allah...

"Erm.. ngantuknye. Tidur ah... Nak kunci jam ni.. nak bangun pukul berapa agaknye?"

Tengok Athan di laptop : Next is Fajr at 5.56 a.m

"Hoo dah makin awal subuh sekarang ni. So nak bangun jam berapa eh? Alang-alang genapkan ke jam enamlah! Boleh tidur lama sket. he he!"

Tiiit..tiiit... (tekan butang handphone set alarm jam enam pagi)

'Maka celakalah orang-orang yang salat. (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap salatnya' (Al-Maun:4-5)

"Ish.. kalau bangun pukul enam maknanya dah kira lewatkan solatlah tu. Aku tak nak jadi orang yang melalaikan solat. Nanti kat akhirat solat aku kene campak semula kat muka aku macam kain buruk jek. Tak nak..tak nak! Okey.. kunci jam awal sketlah!"

Tiit..tiiit... (reset semula alarm ke pukul 5.50 pagi ~6 minit untuk ambil wudhu!)

'Dan pada sebahagian malam, lakukanlah salat tahajjud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji' (Al-Isra':79)

"Hmm... ish! Alang-alang kunci jeklah jam awal setengah jam ke...sejam ke.. Kot-kot ada peluang terbangun untuk tahajjud ke... kan?"

Tiit...tiit... (reset jam lagi sekali ke pukul 5.00 pagi *semangat nih*)

Dari Abu Umamah ra, dari Nabi saw sabdanya :

Sesiapa yang pergi ke tempat tidurnya dalam keadaan suci sambil berzikir kepada Allah sehingga dilenakan oleh mengantuk (sehingga tertidur), maka apabila dia terjaga pada suatu ketika daripada waktu malam, lalu memohon daripada Allah sesuatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya apa yang dipintanya."
(Riwayat at-Tirmizi)

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Muaz ra.
Juga diriwayatkan oleh an-Nasai dari Amr bin 'Abasah ra.

"Okey.. dah amik wudhu dah... Aiyoo! Dah pukul 12.30 malam! Nanti esok tak terbangun lak! tidur..tidur.. "

Jam 5.00 pagi : "Krriiiiiinnggg!!!"

~SNOOZE~

Jam 5.30 pagi : "Krrrrriiiiinggg!!"

~SNOOZE~

Jam 5.50 pagi : "Krrrriiiingggg!!"




Men from Mars, Women from Venus

Article copy pasted from my leisure reading from the famous "Men from Mars, Women from Venus". Solely for the purpose of future reference and not subjected to the current situation between me and my other half.. he he!

In men testosterone lowers stress. In women oxytocin lowers stress. Affection, considerateness, being noticed is what produces the oxytocin in women.

1. Men like to be logical. Women like to share and talk even if there is no point in their sharing and talking. Men need to have an objective. They need to see the point in doing something. They can’t share for the sake of sharing.


2. Men tend to do one thing at a time. Women do many things at a time. Men have a tunnel vision. 95% of their attention is focused on just one thing and 5% on checking of the environment. Women are just the opposite. They are continuously taking in everything that there is in the environment whether it is useful or not.


3. John narrated the incident of his wife asking him to get some milk while coming home from work. He forgets. She considerately puts it down to his thinking of work. She asks him again. Again he forgets. She takes it personally. It’s not that the milk was forgotten but that she was forgotten. Women behave in this manner.


4. Men have their own caves on which the sign states “Please do not disturb.” Men like to retreat into their own world where they feel they are in control. Women also have caves but the sign on their caves is “I need to talk”. When a man asks a woman what’s wrong and she says “Nothing” it really means “Nothing, unless you care to listen and give me an opportunity to talk.”


5. 90% of women go into therapy because they want to be listened to. They want to be asked questions. They want to feel special. Men hate to be questioned. If men want to talk they’ll talk. If they don’t want to talk they won’t. When a man is locked in his cave, the woman thinks that something is wrong with him and goes in and asks questions. This is a wrong move for the woman to make. Men hate to be interrogated.


6. Men want to forget the problems of the day. Women want to remember. A man will say “Forget it, it’s no big deal.” For a woman she will not rest till the problem is talked about. Her response to the man, who wants to just forget about it and not make a big deal out of it, will be “How can you be so insensitive.”


7. Men should never tell a woman how she should feel. In fact if she is unhappy, the man needs to be unhappy with her for a while instead of offering advice.


8. If the man is at a loss for saying anything when the woman is feeling bad then instead of offering advice he could build her up a bit by saying “I know how much you work during the day to make the kids and myself feel happy. It must be very exhausting.” Her unconscious response would be “He understands.” The woman craves for understanding.


9. Women make noises to get attention. Men make noises to signal “Please leave me alone.”


10. To cope with stress, sometimes, women while speaking tend to speak in long sentences and then pause. Men think that the pause is a signal for saying something. Wrong. For the woman the pause is just a semi-colon. Men need to restrain themselves in giving advice.


11. When a woman is upset and a man tries to give a solution 99% of the time her response will be “Yes….but”. When she is relaxed then give the solution. After she has been given the opportunity to talk about it.


12. If a man tries to walk in a woman’s shoes, she will be more willing to understand his point of view. Men tend to expect women to agree with their point of view because they feel it is obviously the best point of view.


13. The more narrow the focus of a man the more stressed he is bound to get. He can’t notice anything else other than what he is focusing on at that moment. Women deal with lots of problems at the same time and the way they cope is to talk about them.


14. Men use their brain sequentially viz. one part at a time. Where women are concerned it is usually the whole brain at once.


15. Women lower stress through talking and sharing. The collectiveness and togetherness which they share is part of their feminity. Men lower their stress by being alone. Women’s attitude is that if we can’t do anything about it then let’s talk about it and suffer together. Men’s focus is on solving the problem. And if they can’t solve the problem then they make the problem disappear by forgetting about it.


16. Men always want to be right.


17. Women, unknowingly sabotage their success. They put themselves down because they want support. Women bond by putting themselves down. For example if one is late for a particular function in the office, the woman will say what an imbecile she is by not catching the right train or missing the connection because of some stupid mistake she made and so on. And other women who are also late will do the same.


18. Or if a woman is having a problem with the computer, she will call the so called expert from the computer department and tell him that she doesn’t know anything about computers and that she is very happy that he has come to her rescue and thereby push the guy way up there. But when he suggests a solution which she tends to disagree with, she doesn’t know how to tell him because if she does it, it makes him come crashing down and he reacts by saying that she has wasted his time. In this case one needs to resort to face saving devices like ‘whatever you have suggested will I am sure help me to figure it out (even if you see no utility in the suggestion).


19. As women more and more enter into the workplace their need to being listened to and understood is not being met. The workplace is efficiency oriented. They are becoming more and more isolated. They have to raise their children alone. Unseen and unheard. And this is causing them to go more and more into depression. The man focusses on work no matter what the problems are that are being experienced at home.


20. Man is efficiency oriented. He needs to feel needed. He needs problems to be solved. If there are no job opportunities or there is no effort called for to do something then the man feels depressed.


21. When women feel nurtured they feel happy. They are happy with the small things of life. Man likes to measure himself against the goal he has set for himself. Men behave like squirrels. They focus on one thing, dash towards it and once they reach there then they turn their focus on another thing and make a dash there and so on and so forth.


22. Men see the news on TV especially after coming home, because the problems they hear about and see make their problems seem that much smaller.


23. John’s soul sings when he teaches. Need to find one’s path and go along it. The fact that one feels fear is because it is one’s path. If it was not one’s path then one would not be so worried about whether one made an impact or not.


24. The truth is I deserve to be the way I am. I need not be bothered to be perfect in order to be loved. Once one lives in an atmosphere of perfect trust the more authentic one becomes, and the more authentic one becomes the more irresistible one becomes. The closer we are to who we truly are the more people will love us. There will always be people who do not love us.


25. Forgiveness is the key. If someone hurts then one needn’t hurt back. As Gandhi said, An eye for an eye will make the whole world blind.


26. Women give more. Men want to get more.


27. Women want flowers to be purchased by men. And they should be cut- flowers. So that the flowers die and therefore the men have to go out and purchase them again and again. They do not want the romance to go out of the relationship. Men on the other hand feel that if they have done it once there is no necessity to do it again and again. But women want things and messages to be repeated again and again.


28. Women sometimes give hints viz. On Sunday they will mention that they are getting their hair cut on Thursday. This is to be taken as a warning signal. The hair cut must be noticed. If a woman has to ask how she looks after she has had a hair cut then there is no value placed on the man’s comment. It has to be noticed without being asked. Women put in much more effort in looking good. Men put in more effort in their work.


29. Man wants to be appreciated. Woman wants to be listened to and noticed. Men stress more on what they do while women stress more on their being.


30. Men think that by being flexible they are Mr. Agreeable and that is appreciated by women. Really speaking women want men to take charge and suggest something which they agree on. Mr. Agreeable is boring. The ideal metaphor is to have a man with a plan and a woman with a smile.


31. Sometimes the woman feels that she does everything according to what the man wants. At this point it is necessary for the woman to say “I’ll do it this time your way but next time we’ll do what I want.”


32. Women are always keeping score in a relationship viz. When a woman does anything for a man she always gives herself a point. Men keep score in business. Men need to keep score in a relationship too. They need to do something for the woman so that they too score points from the woman’s point of view.


33. At work the man’s perspective is not to unnecessarily interfere. A man feels that if he doesn’t ask then he is giving total freedom to the woman. But a woman who is a subordinate wants to be asked about her work because silence is taken to mean ‘non-involvement’.


34. Women like the small stuff. Chit-Chat. Occasionally ask some personal questions. The magic words are ‘What else?’


35. To free a man a woman needs to say ‘You don’t need to say or do anything and you don’t need to feel bad.’


36. Listening creates healing.


37. Women by nature give. But when they find that they are not getting anything in return they need to give to themselves. Men have no problem in giving to themselves. Men don’t give enough to others.


38. Men prefer women managers while they learn the job. After learning the job they prefer a male manager.


39. Men sprint faster. Women win the long distance


40. Women want sensitive men but the danger is that if men become too sensitive then women don’t like it. They want men to be considerate but not to be too sensitive just like them.


41. Don’t try to fix or change your partner.


42. When husband and wife are business partners then there needs to be clear rules. There needs to be a clear demarcated time when no business is talked about.


* Apelah penulis blog ni! Orang sibuk pasal isu Perak die sibuk baca article tak penting! Ntah ape2...





Kami Ummu Amar!

Salaam...

Tadi dalam liqo' dgn adik-adik, kami kupas surah al-Ma'un.

"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang menghardik anak yatim. Dan tidak mendorong memberi makan orang miskin... " (107: 1-3)

Tadi juga dalam liqo' kami sudah jadi ummu! Ummu untuk Amar Amar Medhat al-Danaw. Umur Amar sudah 3 tahun. Tapi Amar tinggal sangat jauh dari kami. Amar tinggal nun jauh di wilayah bergolak Lebanon. Kasihan Amar, abinya sudah tiada lagi...


Ini Amar kami!


Pertama kali lihat wajah Amar, hati kami sudah terpikat. Amar sangat comel.Wajahnya yang putih bersih, bibir kecilnya yang merah, matanya yang bulat... rambut Amar hitam pekat. Comel! Tapi dari mata Amar kami tahu Amar tidak sebertuah anak-anak kecil yang lain. Anak-anak yang masih ada ibu bapa, yang setiap hari bergembira bermain bersama rakan-rakan, yang cukup makan dan pakainya. Dari matanya yang bundar timbul rasa kasihan... Kami bertekad mahu mengukir senyuman di wajah Amar.

Tak sabar suatu hari nanti mahu menerima kiriman surat dari Amar apabila dia sudah mula belajar menulis. Bahkan kalau berpeluang mahu mendengar suara Amar bercerita itu dan ini kepada kami. Atau kalau Allah izin, mahu berjumpa terus dengan si kecil ini suatu hari nanti. Kami titipkan doa dari kejauhan buat Amar. Moga suatu hari Amar jadi mujahid Islam sejati.

Anda juga mahu bantu anak-anak seperti Amar? Klik sini


Ummu Amar

Gaza...


Assalamualaikum wmt wbt

Dalam beberapa hari ini saya cuba untuk menulis. Memandangkan sudah sekian lama saya membiarkan warung kopi ini bersarang tanpa secawan perkongsian yang baru. Tapi seringnya setiap kali sebelum menulis saya buntu. Entah. Rasa semacam satu kekosongan di tambah lagi dengan suasana dingin di kamar saya ini yang seperti memujuk diri sendiri untuk sentiasa bergulung dalam duvet saja. Astaghfirullah... banyak lagi tanggungjawab yang belum ditunaikan, masih ada masa mahu berlebih-lebihan dalam berehat-rehat... ishk!

Beberapa hari lepas salji turun selebat-lebatnya. Malah seingat saya, yang paling lebat pernah saya lihat sejak hampir 5 tahun saya di bumi peti sejuk ini. Manakan tidak, it is the heaviest snowfall in England for 18 years!. Subhanallah sungguh indah. Salji turun sepanjang hari.... alhamdulillah di semester terakhir, tahun terakhir (insyaAllah) saya di bumi peti sejuk ini, Allah beri peluang untuk betul-betul merasai salji yang memutih di hadapan pintu rumah. Sehinggakan saya yang jarang teruja dengan salji yang memutih ini pun, subuh-subuh lagi sudah keluar dari rumah bermain salji bersama rakan serumah (menceroboh laman sekolah Xavier di sebelah rumah kami...he he!) sehinggalah matahari menampakkan wajahnya. Itupun setelah tangan dan kaki sudah kebas kerana terlalu sejuk.

Kalau kita di sini, selepas berseronok ber 'snowfight', membina 'snowman' dan selepas puas bersejuk-sejuk dalam kedinginan salji, kita sentiasa ada pilihan untuk kembali dalam kehangatan rumah masing-masing. Duduk di hadapan pendiang sambil menikmati minuman panas. Atau seperti yang saya katakan tadi, dalam bilik yang tidaklah sesejuk mana ini, kita tanpa rasa bersalah menggulung diri di dalam duvet tebal masing-masing sehingga tertidur entah berapa jam tambahan pula di awal-awal semester baru ini bila masing-masing belum sibuk dengan kerja kuliah. Tapi pernahkah kita terfikir ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adik kita di Gaza sana yang entah ketika ini sedang bersejukan kerana tiada tempat berteduh? Mereka tiada pilihan seperti kita, bukan saja untuk memanaskan tubuh yang kesejukan malah untuk mengisi perut pun jauh di luar kemampuan. Pernahkah terfikir tentang setiap butir-butir nasi yang tidak mampu kita habiskan kerana sudah terlalu kekenyangan, adalah seperti butir-butir air mata saudara kita di sana yang menitis kerana kelaparan.

Siang tadi saya dan rakan-rakan menghadiri Emergency General Meeting di Student Union kampus kami tentang krisis di Gaza ini. Perkumpulan hari ini sepatutnya untuk membuktikan sokongan pelajar kampus untuk memastikan pihak atasan universiti terlibat secara aktif untuk membantu saudara-saudara yang tertindas di Palestine dengan menggunakan kredibilitinya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang disegani bukan saja di Britain malah mungkin di peringkat global. Seawal jam satu apabila pintu dibuka, pelajar sudah berpusu-pusu masuk. Malang nasib kami, dengan karenah birokrasi, pengundian untuk menyokong cadangan membantu Gaza tidak dapat dijalankan seperti sepatutnya. Atas alasan tidak cukup bilangan yang sepatutnya (500 kerusi) untuk memastikan perkumpulan hari ini mewakili suara persatuan pelajar di kampus Manchester ini. Manakan tidak, sebahagian pelajar terkunci di luar dewan dan tidak dapat masuk memenuhkan kerusi yang kosong yang khabarnya hanya berbaki tiga saja lagi. Entah kenapa waktu untuk pelajar memenuhi kerusi ditetapkan pada jam 1.30 petang sedang pihak universiti sendiri sedia maklum kebanyakan pelajar tamat kelas jam 1. Dan korum yang biasanya hanya memerlukan 300 orang untuk memastikan pengundian boleh dijalankan ditambah kali ini menjadi 500!

Penggerak aktivis Palestine lantas mengajak kami menjajah bangunan pentadbiran universiti untuk memastikan suara kami didengari oleh pihak atasan universiti. Bukan sahaja permintaan kali ini tidak didengari malah keputusan perjumpaan pelajar dua tahun lepas untuk memberi biasiswa penuh kepada beberapa pelajar Palestine dan rancangan 'twinning programme' dengan Universiti An-Najah di West Bank juga sehingga ke hari ini tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Pelajar memenuhi sepanjang koridor dihadapan bilik Vice Chancellor (VC) universiti, meminta beliau sendiri keluar untuk mendengar tuntutan kami bagi Gaza. Jauh di sudut hati saya merasa terharu dengan betapa bersungguhnya mereka ini memperjuangkan ketidak adilan yang berlaku di Gaza. Mereka tidak semuanya Muslim, tetapi turut mengutuk tindakan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Malah mereka merancang untuk terus berkampung di koridor itu sehingga pihak universiti mendengar dan menerima tuntutan kesatuan pelajar. Krisis di Gaza bukan hanya krisis agama tetapi krisis yang mengancam hak asasi manusia yang wajar dikutuk oleh sesiapa sahaja yang waras fikirannya.

Keadaan di koridor bangunan John Owens

Kira-kira sejam selepas kami memasuki bangunan pentadbiran, barulah VC muncul setelah permintaannya untuk bertemu dengan hanya beberapa orang wakil pelajar saja di biliknya ditolak kerana kami ingin turut serta dalam perbincangan. Satu demi satu tuntutan yang telah kami senaraikan di sebut untuk mendengar reaksi pertama beliau sendiri sebagai wakil pentadbiran universiti. Tapi jawapannya seperti yang saya jangka tentulah mengecewakan. Semua tuntutan menurutnya tidak mungkin dapat dilaksanakan atas alasan birokrasi dan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan, tidak dapat terlibat dengan kegiatan seumpama ini yang boleh mengancam kedudukan universiti.

Vice Chancellor University of Manchester yang saya tidak tahu namanya
(walau dah di tahun akhir universiti oh..oh!)

Akhirnya saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk pulang saja walau sebahagian besar yang ada di situ berkeputusan untuk berkampung di koridor itu sehingga pihak universiti bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan. Bukan tidak sanggup untuk berkorban bersama mereka menunjukkan solidariti untuk Palestine tetapi kami rasakan tindakan itu tidak akan membawa isu ini ke mana-mana kerana VC telah menyatakan keputusannya. Walau selama mana pun kami menjajah bangunan itu, mereka akan masih tetap dengan keputusan itu dan sesuatu perlu dilakukan dan lambat laun apabila keadaan semakin mendesak, tindakan undang-undang pula akan diambil kerana mereka ada kuasa. Sesuatu perlu dilakukan terhadap tuntutan itu bagi memastikan ia diterima oleh pihak universiti.

Sejak penyerangan Israel terhadap semenanjung Gaza dilancarkan pada 27 Disember yang lepas, saya sering tertanya-tanya terhadap diri sendiri apakah yang mampu saya sendiri lakukan untuk membantu saudara di Palestine. Bantu yang saya maksudkan ialah bantuan yang benar-benar membantu! Seorang sahabat saya sendiri sangat aktif berdemonstrasi setiap hari walaupun di musim peperiksaan ketika itu. Malah ada di antaranya yang sanggup turun ke London saban minggu bagi menyertai perhimpunan besar-besaran di sana. Saya sendiri? Hanya beberapa siri demonstrasi saja yang sempat saya sertai di bandar Manchester kerana kekangan musim peperiksaan yang menuntut lebih waktu di meja studi. Tidak cukup membantukah saya?

Semua orang mempunyai kemampuan masing-masing dalam bereaksi terhadap isu Gaza ini. Bantuan yang dihulur bergantung kepada kemampuan masing-masing. Jangan pernah memandang remeh setiap usaha yang kita lakukan di sini. Dari sekecil-kecil usaha memboikot jenama coklat kegemaran yang membiayai butir-butir peluru yang menembusi dada adik-adik kecil kita di sana sehinggalah sebesar pergi sendiri ke medan jihad Palestine untuk sama-sama berjihad menentang musuh Islam laknatullah, semuanya insyaAllah mempunyai tempat di sisi Allah andai niat kita ikhlas lillahi ta'ala. Dan yang paling penting, doa dan qunut nazilah yang kita titipkan dalam solat kita setiap hari, kerana tiada siapa yang mampu membantu jika tidak Allah S.W.T. Paling kurang kita menjadi seperti burung kecil yang cuba memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim a.s. Semoga diri kita masing-masing mempunyai jawapan andai ditanya kelak, apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara di Palestina.

Isu Palestine bukan satu isu yang baru malah telah memakan masa berpuluh-puluh tahun. Jangan usaha kita seperti pahat dan penukul. Sekali diketuk dengan kekejaman yang mencengkam seperti ini, baru kita bangun memperjuangkan nasib saudara kita di sana. Isu Palestine seringnya jadi isu bermusim, lenyap serangan maka redalah perasaan marah kita. Setiap hari ada darah yang tumpah di bumi Palestina, bukan hanya sejak 3 minggu yang lepas. Apa yang kita mampu lakukan? Bina diri, bina keluarga dan bina masyarakat yang peduli tentang nasib umat Islam di seluruh dunia. Bukan saja di Palestine tetapi di mana-mana saja negara yang umat Islamnya tertindas di seluruh dunia. Bagaimana mahu mewujudkan masyarakat yang peduli? Yang mampu menitiskan air mata mendengar penderitaan saudara-saudara yang tertindas dan yang seluruh hidupnya hanyalah untuk mengembalikan Islam di tempat yang sepatutnya ia berada? Dengan kesedaran dan kefahaman Islam. Sedar dengan tanggungjawab syahadah yang dipikulnya sebagai umat Islam.

Bagaimana untuk pupuk kesedaran dan kefahaman itu? Tidak dengan hanya satu sesi ceramah dan nah! sahabat kita kini sedar akan tanggungjawabnya. Kesedaran itu perlu disemai dengan tarbiyah yang berterusan. Tarbiyah yang tidak mengenal erti jemu. Jangan pernah memandang remeh perjumpaan mingguan kita untuk melengkapi diri dengan ilmu dan menambahkan kefahaman Islam dalam diri. Jangan pernah memandang remeh usaha kita manyampaikan dakwah kepada yang belum memahami. Kerana dengan setiap usaha itu semoga kita menambahkan mereka yang peduli. Bukan dengan peduli bermusim tetapi peduli yang panjang jangka hayatnya. Memetik kenyataan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin tentang isu Gaza:

"Imam al-Banna berkata tentang erti tsabat, "Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan sili berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua kebaikan, samada matlamat tersebut atau mati syahid di penghujungnya.

Firman Allah S.W.T bermaksud, "Dari kalangan orang-orang yang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak merubah sedikit pun janji mereka itu" (Al-Ahzab: 23)

Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (bagi penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya jalan yang menyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah"

Moga hati ini sentiasa ditetapkan di atas jalan ini...

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21).