Salam..
Baca berita semalam tak? Baca tak? Baca tak? Laa... kenapa tak baca? Fateh pun baca tau! Kalau tak baca, ni Fateh tampal kat sini kasi semua baca:
Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak."Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin."Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya."Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Manual pump pros:
1. Sebab orang hadiahkan. (haha!) Maka jimatlah duit. RM 300 tuh...
2. Lebih ringan untuk dibawa kemana saja.
3. Boleh diguna di mana saja, tak perlu susah payah cari power outlet atau fikir nak charge bateri sebelum bawa.
4. Boleh kawal suction rate dia. Jadi mengurangkan ketidak selesaan ibu-ibu.
Manual pump cons:
1. Penatlah nak pump banyak-banyak, ambil masa nak kumpul susu yang cukup. Electric pump boleh pump sendiri dengan cepat dan tak penat. Tapi, dengar kata suction power dia mungkin menyakitkan sikit.
2. Suction power yang tak konsisten.
Mungkin untuk ibu yang bekerja, yang nak buat exclusive breastfeeding macam ibu Fateh ni, perlu beli yang elektrik kot. Bayangkan kalau hari-hari ibu kene pam susu untuk Fateh di pejabat, lama-lama boleh ada timbul segala muscle tangan ibu. Tapi oleh kerana electric pump agak mahal, maka perlu nilai betul-betul semua kemungkinan sebelum buat investment.
Sekarang yang belum ada ialah botol susu Fateh dan bekas-bekas untuk simpan stok Expressed Breast Milk (EBM). Setelah di survey, pilihan ibu saya ialah... jengjengjeng!
VIA Storage System! Express, Store and Feed! Kelebihannya, boleh pam susu terus ke dalam bekas ni, lepas tu boleh terus simpan dalam peti ais. Bila Fateh lapar nak minum, boleh keluarkan dari peti ais, panaskan dan terus minum. Cuma perlu gantikan penutupnya dengan adapter dan teat saja. Kiranya dua dalam satulah. Tak perlu susah-susah nak pindah-pindah bekas kerana setitik susu ibu tu begitu berharga! Kalau pindah-pindah, rugi pulak susu bersisa-sisa dalam bekas, kan? Harganya pun tak mahal. Untuk 10 cups, hanya lebih kurang RM70.00 saja! Jadi, purata RM7 untuk sebotol susu. Dan yang penting, BPA free!
Tapi ada juga kekurangannya. Satu, teat dia yang agak mahal berganda-ganda dari harga teat biasa. Sebab, bentuknya yang unik yang memudahkan Fateh bertukar dari breastfeed ke botol. Dan teat direka dengan anti-colic air valve untuk mengelakkan masalah kembung pada Fateh. Masa Fateh kecik lagi dan tak ada gigi, bolehlah guna teat mahal. Bila dah ada gigi nanti, keringlah poket ibu duk mengganti teat botolnya. Hoho! Perlu cari teat jenama lain yang lebih murah. Setakat ni hanya jenama Pigeon dan MAM saja yang compatible dan murah sikit.
Lagi satu kekurangan bekas ni ialah, bentuk bekas ni macam susahlah Fateh nak pegang. Tapi awal-awal nanti orang lain yang pegangkan botol susu, bukan Fateh pandai pegang botol pun kan. Jadi, guna yang ini dulu. Jimat sikit. Bila Fateh dah pandai pegang sendiri nanti, ibu janji nak ganti dengan botol yang lagi best. Sekarang ni, ibu tengah usha-usha botol ni:
Yang ini pun sama macam Via Storage System tu, 2 dalam 1. Boleh jadi botol dan bekas penyimpanan susu juga. Compatible dengan breast pump yang ada. Cuma harganya mahal sikitlah. Mungkin sebab botol dia lebih cantik...hehe! Belum survey betul-betul lagi berapa harganya. Seperti biasa, perlu nilai betul-betul sebelum buat investment. Bukan semua orang ada rezeki nak exclusive breastfeed sampai umur anak 2 tahun. Kadang-kadang habis je pantang susu pun tak ada. Jadi perlu tunggu dan lihat dulu macam mana. Fateh dan ibu doa, moga-moga Allah beri kami rezeki supaya ibu boleh berikan makanan yang terbaik untuk Fateh.
Owh, sebut tentang breastfeeding, antara barang lain yang mungkin perlu dibeli:
Okay, sekian sahaja product review dari Fateh dan ibu. Philips Avent, sila bayar kami for the ads. Ingat free ke?






