Menjadi Yang Terbaik


Minggu ini kami masih berjauhan dengan Muhammad. Alhamdulillah, tugasnya di Jakarta telah selesai dan masih berbaki dua minggu untuk dia berulang alik antara Singapura dan Kuala Lumpur pula sebelum ‘perintah berkurung’ dikeluarkan. ‘Perintah berkurung’ kerana lagi dua minggu umur Fateh akan genap 36 minggu dalam kandungan, maka bila-bila masa sahaja Fateh mungkin keluar ke dunia. Jadinya, kalau diizinkan Allah, harapnya kedatangan Fateh nanti bakal disambut oleh ayahnya, Muhammad. Harapnya bila sampai saat istimewa itu, Muhammad ada di sisi menghantar saya ke hospital dan sudi menghulurkan tangannya untuk digenggam oleh saya yang menahan kesakitan. Memberi kata-kata semangat supaya saya tidak berputus asa berusaha melahirkan zuriat kami, insyaAllah.

Minggu ini sepanjang minggu Muhammad di Kuala Lumpur. Alhamdulillah lebih mudah kami berhubung melalui internet. Di Jakarta, panggilan harus bercatu kerana memikirkan kosnya tambah pula tiada perkhidmatan internet di tempat penginapannya. Minggu ini tidak terlalu terasa berseorangan kerana boleh berhubung sepanjang masa dengan Skype. Teringat pula zaman-zaman berjauhan dulu. Setiap hari beginilah rutinnya…

Semalam semasa ber’Skype’ dengan Muhammad, saya terperasan satu perbezaan yang cukup ketara dari zaman-zaman berjauhan dulu. Dengan wajah sedikit membengkak seperti disengat tebuan dan tubuh yang lebih berisi, saya hampir tidak mengenali wajah saya sendiri di skrin Skype. Terasa lucu memandang wajah sendiri di skrin komputer.

“Ya Allah… gemuknya saya!!”

“Haha! Kan ke ayang pregnant… logik la badan naik sikit.”

Tiba-tiba terasa kekurangan diri. Saya sudah tidak ‘secantik’ awal-awal perkahwinan dulu lagi.

“Nanti, lepas bersalin kurusla ni kan, abang? Abang tunggu tau, jangan cari lain!”

“Haha! Okey, lepas bersalin kita diet sama-sama ye?” kata Muhammad sambil ketawa.

ADAKAH AKU MASIH YANG TERBAIK?

Fitrah manusia, dalam apa pun urusan yang kita lakukan, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri kita. Dari sekecil urusan seperti membeli ikan di pasar sehinggalah sebesar memilih pasangan hidup, sudah pasti kita mahu memilih hanya yang terbaik. Kerana fitrah kita yang cintakan kesempurnaan. Kalaupun tidak terbaik di mata dunia, paling kurang terbaik di mata kita sendiri.

Ada banyak sisi-sisi yang menentukan terbaik atau tidak seseorang itu pada pandangan kita. Antara sisi-sisinya ada disebutkan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya….

Secara idealnya calon pasangan terbaik tentulah yang mempunyai pakej yang lengkap: kaya berharta, berdarjat tinggi dan pastinya cantik jelita. Teringat drama yang sempat saya tonton semalam. Sang isteri cantik jelita, hidupnya kaya raya dilimpahi harta. Sedang si suami tidak kurang kacaknya, tetapi terlalu sibuk ke sana sini mencari harta untuk membahagiakan si isteri dan keluarga. Kerana sangkanya dengan harta itu, dia mampu menjamin kesetiaan si isteri padanya. Sehingga akhirnya dia menyedari tanggapannya itu silap, apabila sepulangnya dia dari urusan perniagaan di luar negara dia mendapati si isteri menjalin hubungan terlarang dengan lelaki lain. Di akhir cerita, isterinya ditangkap bersekedudukan dengan lelaki tersebut dan si suami menceraikan si isteri dengan talak tiga! Apa kesudahan si isteri cantik jelita itu? Kerana tekanan perasaan dia akhirnya hidup bergelandangan dan mati dilanggar kereta yang kebetulan dipandu lelaki simpanannya dahulu. Tragis, bukan?

Walau hanya drama rekaan, tetapi soalan yang bermain di fikiran saya ketika itu ialah mengapa mereka masih tidak bahagia? Bukankah segalanya serba sempurna dan terbaik untuk mereka?

“…. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sambungan hadith Rasulullah tadi menjadi jawapan kepada persoalan saya tadi. Banyak perkara yang menjadi pertimbangan dalam menentukan terbaik atau tidak seseorang itu untuk kita. Kita boleh memilih untuk menggunakan sama ada neraca dunia atau neraca akhirat untuk membuat pertimbangan. Neraca dunia, mungkin mendatangkan kepuasan kepada kita di dunia tetapi tidak menjamin kebahagiaan berpanjangan sehingga ke akhirat.

Saya mungkin bukan yang terbaik dari segi rupa untuk suami kerana masih ramai wanita cantik di luar sana. Tambah pula dalam keadaan perut yang memboyot dan jalan pun lagak penguin sekarang. Tiada apa yang dapat saya lakukan untuk mengubah kenyataan itu. Saya juga tidak mampu mengumpul harta untuk mengikat kesetiaannya. Tetapi saya ada motivasi lain untuk jadi isteri yang terbaik!

“Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku” (Hadis riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

“Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketakwaan kepada Allah S.W.T adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah ke atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada” (Hadis riwayat Thabrani dan Abdullah bin Salam)

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” (Hadis riwayat Muslim)

“Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya daripada menyakiti Muslim yang lain” (Hadis riwayat Muslim)

Bukankah sarana-sarana di atas semuanya boleh saya usahakan dan masih ada ruang untuk saya perbaiki dari masa ke masa? Masih ada harapan untuk saya jadi yang terbaik. Malah saya juga ada model-model yang boleh saya teladani dalam usaha saya untuk menjadi wanita yang terbaik! Siapa,ya?

“Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun” (Hadis riwayat Ahmad)

MAAFKAN BILA AKU TAK SEMPURNA

Teringat bait-bait lirik lagu Ayat-Ayat Cinta:

“Maafkan bila ku tak sempurna… cinta ini tak mungkin kucegah..”

Suami dan isteri seharusnya saling bersabar dan memaafkan dalam usaha masing-masing untuk jadi yang terbaik pasangan masing-masing. Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan diri dan meraikan kelebihan-kelebihan pasangan. Yang terpenting sekali, niat kita dalam melakukan segala perkara untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga bukanlah untuk mendapatkan cinta dan kesetiaan pasangan kita semata-mata. Malah kita ada matlamat yang lebih tinggi daripada itu.

Cinta yang tak mampu dicegah… cinta yang mendalam kepada Allah Yang Esa sepatutnya menjadikan kita berusaha sehabis baik untuk menjadi yang terbaik. Kita berusaha menjadi isteri yang terbaik bukan kerana mahu mencegah suami kita daripada mencari yang lain. Tetapi kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri itu adalah tuntutan agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Indah bukan? Usaha yang satu, membuahkan dua hasil. Cinta dari suami dan yang paling penting, cinta dari Ilahi.

JOM BERUSAHA JADI YANG TERBAIK!!

Alasan untuk beli botol susu mahal


Salam..

Baca berita semalam tak? Baca tak? Baca tak? Laa... kenapa tak baca? Fateh pun baca tau! Kalau tak baca, ni Fateh tampal kat sini kasi semua baca:

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Hehe! Maka sekarang ini ibu dan Fateh sudah mempunyai alasan kukuh mahu membeli botol yang BPA free. Yeay! Botol idaman yang sudah sekian lama diintip oleh pihak ibu untuk kelulusan bajet daripada pihak ayah ialah Philips Avent. Ada banyak lagi jenama lain yang BPA free seperti Tommy Tippee, MAM etc. Tapi Philips Avent lebih dekat di hati untuk dipadankan dengan breast pump yang Makcik Kma beri pada ibu. Kalau nak yang lagi confirm BPA free, botol susu kaca pun dah banyak di pasaran sekarang. Tapi berat sikitlah dan mudah pecah, jadi potential hazard la pulak. Tambah nanti bila Fateh dah masuk fasa baling-membaling botol susu lepas habis minum. Hehe!


Ini rupa Philips Avent Manual Breast Pump tersebut. Mengapa ibu saya memilih yang manual?

Manual pump pros:

1. Sebab orang hadiahkan. (haha!) Maka jimatlah duit. RM 300 tuh...

2. Lebih ringan untuk dibawa kemana saja.

3. Boleh diguna di mana saja, tak perlu susah payah cari power outlet atau fikir nak charge bateri sebelum bawa.

4. Boleh kawal suction rate dia. Jadi mengurangkan ketidak selesaan ibu-ibu.

Manual pump cons:

1. Penatlah nak pump banyak-banyak, ambil masa nak kumpul susu yang cukup. Electric pump boleh pump sendiri dengan cepat dan tak penat. Tapi, dengar kata suction power dia mungkin menyakitkan sikit.

2. Suction power yang tak konsisten.

Mungkin untuk ibu yang bekerja, yang nak buat exclusive breastfeeding macam ibu Fateh ni, perlu beli yang elektrik kot. Bayangkan kalau hari-hari ibu kene pam susu untuk Fateh di pejabat, lama-lama boleh ada timbul segala muscle tangan ibu. Tapi oleh kerana electric pump agak mahal, maka perlu nilai betul-betul semua kemungkinan sebelum buat investment.

Sekarang yang belum ada ialah botol susu Fateh dan bekas-bekas untuk simpan stok Expressed Breast Milk (EBM). Setelah di survey, pilihan ibu saya ialah... jengjengjeng!

VIA Storage System! Express, Store and Feed! Kelebihannya, boleh pam susu terus ke dalam bekas ni, lepas tu boleh terus simpan dalam peti ais. Bila Fateh lapar nak minum, boleh keluarkan dari peti ais, panaskan dan terus minum. Cuma perlu gantikan penutupnya dengan adapter dan teat saja. Kiranya dua dalam satulah. Tak perlu susah-susah nak pindah-pindah bekas kerana setitik susu ibu tu begitu berharga! Kalau pindah-pindah, rugi pulak susu bersisa-sisa dalam bekas, kan? Harganya pun tak mahal. Untuk 10 cups, hanya lebih kurang RM70.00 saja! Jadi, purata RM7 untuk sebotol susu. Dan yang penting, BPA free!

Tapi ada juga kekurangannya. Satu, teat dia yang agak mahal berganda-ganda dari harga teat biasa. Sebab, bentuknya yang unik yang memudahkan Fateh bertukar dari breastfeed ke botol. Dan teat direka dengan anti-colic air valve untuk mengelakkan masalah kembung pada Fateh. Masa Fateh kecik lagi dan tak ada gigi, bolehlah guna teat mahal. Bila dah ada gigi nanti, keringlah poket ibu duk mengganti teat botolnya. Hoho! Perlu cari teat jenama lain yang lebih murah. Setakat ni hanya jenama Pigeon dan MAM saja yang compatible dan murah sikit.

Lagi satu kekurangan bekas ni ialah, bentuk bekas ni macam susahlah Fateh nak pegang. Tapi awal-awal nanti orang lain yang pegangkan botol susu, bukan Fateh pandai pegang botol pun kan. Jadi, guna yang ini dulu. Jimat sikit. Bila Fateh dah pandai pegang sendiri nanti, ibu janji nak ganti dengan botol yang lagi best. Sekarang ni, ibu tengah usha-usha botol ni:

Yang ini pun sama macam Via Storage System tu, 2 dalam 1. Boleh jadi botol dan bekas penyimpanan susu juga. Compatible dengan breast pump yang ada. Cuma harganya mahal sikitlah. Mungkin sebab botol dia lebih cantik...hehe! Belum survey betul-betul lagi berapa harganya. Seperti biasa, perlu nilai betul-betul sebelum buat investment. Bukan semua orang ada rezeki nak exclusive breastfeed sampai umur anak 2 tahun. Kadang-kadang habis je pantang susu pun tak ada. Jadi perlu tunggu dan lihat dulu macam mana. Fateh dan ibu doa, moga-moga Allah beri kami rezeki supaya ibu boleh berikan makanan yang terbaik untuk Fateh.

Owh, sebut tentang breastfeeding, antara barang lain yang mungkin perlu dibeli:

Electric Baby Food Warmer

Ini yang jenama Lucky Baby: Grandioz. Jenama ini seperti menarik hati kerana container dia luas dan muat wide neck bottle macam Philips Avent idaman ibu. Suhu yang paling optimum untuk memanaskan Expressed Breast Milk (EBM) ialah 40 darjah Celcius. Kalau letak dalam air panas pun boleh. Tapi kalau panas sangat nanti EBM rosak pulak. Food Warmer idaman tentulah Philips Avent jugak! Sebab dia ada pilihan kawalan suhu untuk cairkan frozen EBM atau panaskan EBM yang dah cair. Lebih convenient kan? Cuma harganya 2-3 kali ganda jenama biasa yang tak terkenal. Kalau jenama tak terkenal biasanya bawah RM 100 saja. Philips Avent RM 277.90!! Hukhuk! Why all the good things come in expensive price?hah?hah?

Breastmilk Storage Bag yang chic!

Diperlukan untuk mengangkut breast pump dan EBM container setiap hari ke pejabat. Rupanya mestilah chic supaya ibu Fateh tetap kelihatan anggun dan bergaya serta sofistikated. Hehe! Kalau nak lagi best, kena ada icepacks. Jadi lepas dah pam, boleh simpan dalam beg ini saja in case tak ada fridge untuk mengelakkan EBM rosak. Tapi yang ini tidak mendapat kelulusan pihak ayah. Sebab katanya tak payah beli beg mahal-mahal, guna saja beg yang ada. (huk!huk! kata ibu) Lagipun icepacks tu bukannya tahan lama. Fridge pejabat pun jarang-jarang orang guna. Maka mari menebalkan muka menumpang sebotol dua EBM di fridge tersebut. Bolehkan pakcik, makcik?

Okay, sekian sahaja product review dari Fateh dan ibu. Philips Avent, sila bayar kami for the ads. Ingat free ke?

Kisah saya dan kawan lama...


Sejak-sejak mengandungkan si kecil ini, saya baru tersedar rupanya saya mula berjinak-jinak semula dgn 'kawan' lama yang telah sekian lama saya tinggalkan. Kalau zaman-zaman sekolah atau sebelum kahwin dulu, 'kawan' lama inilah yang setia menemani waktu-waktu senggang saya. Tapi setelah ke universiti dan mendirikan rumahtangga, 'kawan' lama saya ini perlahan-lahan meninggalkan saya, entah ke mana (atau lebih tepat perlahan-lahan saya tinggalkan). Mungkin merajuk hati dengan saya yang semakin sibuk dengan komitmen perkahwinan, tambah pula waktu itu saya sudah di tahun-tahun akhir pengajian. Sudah kurang memberi masa untuk 'kawan' lama saya ini.

Saya mula berkenalan semula dengan 'kawan' lama saya ini dalam sekitar penghujung tahun lepas. Waktu itu saya kekontangan kerja-kerja di pejabat, maklumlah musim tengkujuh di pantai timur. Musim-musim begitu biasanya tidak banyak projek yang berjalan dan selaku jurutera projek yang dinyawakan tugasnya dengan projek-projek, sudah tentu saya mati kutu di pejabat. Hati tergerak untuk menyapa semula 'kawan' lama saya apabila melihat rakan sepejabat di hadapan meja saya kadang-kadang asyik dengan 'kawan' beliau yang sungguh mirip 'kawan' lama saya. Hati terus jadi rindu padanya.

Mujur berhampiran kawasan pejabat saya ada sebuah perpustakaan kecil. Maka suatu hari, saya bertemu janji dengannya di sana untuk menghulurkan semula salam persahabatan. Jangan keliru. 'Kawan lama' yang saya maksudkan ialah hobi yang telah sekian lama saya tinggalkan. Membaca. Saya pernah sangat suka membaca. Malangnya, saya kurang cenderung pada pembacaan bahan-bahan yang serius dan ilmiah tetapi lebih kepada fiksyen. Senang kata, saya 'hantu novel'. Kalau zaman sekolah dulu, saya kerap menumpang novel-novel yang dipinjam emak daripada kakak jiran. Ataupun, saya pinjam novel-novel Inggeris yang mudah-mudah bahasanya daripada perpustakaan sekolah.


Novel pertama yang saya baca ialah 'Budak Rimba' (saya tidak ingat siapa penulisnya) sebuah adaptasi daripada novel 'The Jungle Book'. Ketika itu saya berumur 6 tahun. Masih di tadika! Saya masih ingat lagi, buku pertama yang saya berjaya baca sendiri ialah 'Jack dan Kacang Ajaib' (Jack and The Bean Stalk) yang dibelikan emak. Sejak daripada itu, setiap kali mengikut emak ke bandar saya pasti akan merengek minta dibelikan buku cerita yang baru, yang biasanya akan dihabiskan dalam masa sehari saja sebelum saya kembali meminta dibelikan buku baru lagi. Sehinggalah suatu hari, abah pulang dari tampat kerja dengan sebuah buku cerita tebal berwarna kuning. Tajuknya 'Koleksi Cerita-Cerita Dongeng'. Wah! Betapa gembiranya saya. Entah berapa kali saya mengulang baca!

Dalam masa beberapa bulan ini entah sudah beberapa buah novel saya langsaikan. Awalnya hanya untuk mengisi masa lapang. Tetapi, kebiasaannya apabila sudah mula membaca saya susah mahu melepaskan buku di tangan sehinggalah saya sampai ke muka terakhir. Tambah pula di rumah tiada peti televisyen, maka semakin asyiklah saya membaca. Tidak dinafikan rasa bersalah menghantui kerana membaca novel tentunya memakan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk sesuatu yang lebih produktif. Muhammad pun kadang-kadang membebel menyuruh saya mencari bahan bacaan yang lebih bagus.

Saya tak suka membaca novel cinta meleleh... Bahkan melihat tajuk novel yang ada perkataan yang berbau cinta dan kasih pun saya enggan. Kalau dahulu novel beginilah yang saya buru. Tapi sekarang semacam geli geleman pula membaca novel cinta. Lalu nak mengurangkan rasa bersalah, saya pilih novel yang saya kira ‘ilmiah’. Novel-novel Faisal Tehrani misalnya, menepati citarasa pembacaan saya. ‘Surat-surat Perempuan Johor’ karyanya sarat dengan mesej betapa perlunya umat Islam menceduk sejarah bagi mengembalikan kegemilangan zaman khalifah. ‘Cinta Hari-Hari Rusuhan’ mengisahkan kebangkitan suara mahasiswa di Tanah Melayu sekitar zaman 70-an. Dan yang tak kurang menarik ‘Manikam Kalbu’ kisah si kucing yang menghubungkan dua zaman. Kisahnya berkisar sekitar busana Melayu, bagaimana sebenarnya Islam membentuk budaya dan adat orang Melayu dan bagaimana nilai itu sudah jauh terhakis di zaman sekarang.

Baru-baru ini pula saya menghabiskan novel karya penulis muda, Ummu Hani Abu Hassan yang berjudul ‘Baromkeh: Matamu di Mataku’. Kisah suka duka tarbiyah kehidupan pelajar Malaysia di Syria. Lantas mengingatkan saya kenangan-kenangan ketika menjejaki bumi Syria pertengahan tahun lepas, menjadikan saya semakin asyik membaca novel tersebut. Terbayang kemegahan Masjid Umawi dan kesibukan kota tua itu. Rindunya! Moga Allah mengabulkan doa kami untuk menjejaki semula bumi anbia’ itu akhir tahun ini insyaAllah. Kali ini biarlah bersama si kecil Fateh pula! Biar si Fateh kenal kehebatan Salahuddin Al-Ayubi, lantas terinspirasi menjejak kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka Constantinapole. InsyaAllah.. amen!

Membaca novel Baromkeh membawa saya kepada blog penulisnya, Ummu Hani. Membaca blog beliau tentang penulisan benar-benar menumbuhkan semula keinginan saya untuk kembali menulis. Saya selalu berangan-angan untuk menghasilkan novel sendiri. Kalau di zaman sekolah dulu, saya menulis beberapa siri novel mini. Muka suratnya dari kertas kajang bergaris-garis yang ditulis dengan tulisan tangan dan reka bentuk kulitnya daripada gambar-gambar keratan majalah. Lalu novel itu berpindah tangan antara rakan-rakan. Lucu! Malah malu mengingatkan semula bagaimana saya boleh mengarang kisah-kisah cinta monyet yang saya reka lewat imaginasi.


Saya kira pengalaman-pengalaman yang telah saya lalui akan terbazir begitu sahaja jika tidak diabadikan dalam bentuk penulisan. Tapi saya selalu putus asa apabila memikirkan kisah hidup sendiri yang jauh dari ideal, lalu menjadikan saya seorang heroin yang tak sempurna untuk novel itu nanti. Untuk saya menulis kisah lain selain daripada kisah hidup sendiri, saya tidak punya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Menulis novel juga memerlukan kesungguhan, bukan boleh dibuat sambil lewa. Jalan cerita perlu bermesej, jika tidak hasil penulisan kita hanya menambahkan lagi novel-novel picisan yang menjadi santapan remaja zaman sekarang. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan untuk menghasilkan sebuah penulisan bermutu. Jadi, seringnya saya pendamkan saja hasrat saya itu.

Namun minat menulis memang tidak dapat saya hilangkan, lantas tahun 2006 saya mula menulis di blog dan Alhamdulillah masih bertahan sehingga sekarang. Pernah Muhammad menawarkan mahu men’dotcom’kan blog saya ini. Tapi saya kira hanya akan membazirkan wang saja. Saya menulis bermusim, kalau musimnya saya rajin maka keraplah entri baru keluar. Jika tidak, bersawanglah blog ini. Bahasa penulisan yang saya gunakan juga tidak konsisten. Kadang-kadang saya cenderung menulis dalam bahasa Inggeris, kadang-kadang saya menulis dalam bahasa Melayu. Kadang-kadang saya menulis dalam bahasa yang amat santai dan rojak, kadang-kadang bahasa yang saya gunakan lebih formal (seperti entri inilah, tanpa ‘huhu!’ dan ‘haha!’). Bergantung kepada apa yang sedang saya lalui ketika menulis itu.

Pada saya, untuk memiliki sebuah laman ‘dotcom’ cara penulisan juga perlu mencapai standard tertentu. Perlu tetap gaya bahasanya supaya peminat dan pembaca jelas letak duduk penulisnya. Perlu tetap temanya, sama ada mahu menjadi laman ilmiah, laman sastera, laman santai, laman fesyen atau apa-apa lagilah. Buat masa ini saya selesa menjadi penulis yang macam-macam. Yang menulis mengikut rasa hati. Cuma yang saya ingatkan pada diri setiap kali menulis ialah, janganlah terlalu leka menurut rasa hati menulis sehingga dengan penulisan itu menerbangkan dosa-dosa percuma. Lalu, seringnya saya elakkan menulis apabila saya dalam emosi negatif. Sedang marah pada seseorang misalnya yang boleh membuatkan saya menulis tentang keburukan orang tersebut. Muhammadlah yang seringkali berperanan sebagai badan penapis. Menapis bahan-bahan yang saya siarkan di blog ini.Moga tabiat membaca di musim-musim mengandungkan si kecil ini akan tumpah juga kepadanya. Cumanya harapnya dia tidaklah seperti ibunya yang hanya gemar membaca novel tetapi juga bahan-bahan ilmiah yang lebih membentuk fikrahnya. Bahan tarbiyah pun ibunya belum habis baca! Perlu latih diri juga untuk itu!

Untuk anda yang sedang membaca sehingga ke perenggan terakhir entri ini, saya kira anda juga ‘kaki baca’. Jika tidak, tak mungkin anda berjaya sampai sehingga ke perenggan terakhir entri yang panjang dan membosankan ini. Tahniah! Kalau anda murah hati, bolehlah ‘click’ di ruang komen. Saya mahu tahu apa pendapat anda tentang blog yang sedang anda baca ini. Apa yang menarik dan apa yang perlu diubah. Atau lebih mudah, mengapa hari ini anda memilih untuk singgah di blog cabuk ini, apa yang menarik anda di sini. Tulislah... saya ingin tahu! Terima kasih daun keladi, kalau sudi singgahlah lagi!

A New Niece!

Introducing..... (drumroll,please!)

A new family member, the 12th grandchildren of Atok Megat & Opah, was born on
24th February 2011.

TUN ZARA MAISARA!


May you become a good daughter and a mujahidah for the ummah!
We can't wait to see you!

.....


...


..


!kick!


!kick!


Okay...okay... baiklahh... Ibu letak gambar Fateh la juga.

Introducing.... (Fateh nak drumroll jugak, please?)

Another addition, the 13th grandchildren of Atok&Opah, the third grandchildren of Atuk&Uwan...

Coming soon! insyaAllah...


For you my dear son, we would always hope that one day you'll be the heartbeat of the ummah. Of course we can't wait to see you!



Alrite, puas hati? Okay boleh berhenti kick ibu sekarang, ye?

Berpisah Tak Gelisah

Sudah masuk malam kedua Muhammad berpergian selama tiga minggu ke Jakarta atas urusan kerja. Malam semalam saya masih di rumah emak, jadi kuranglah terasa sunyinya kerana sentiasa riuh berteman mak, abah dan adik beradik. Malam ini pasti terasa sunyinya kerana saya bersendirian di rumah. Dua tiga hari sebelum Muhammad berangkat, kerap juga menitis air mata. Entahlah. Bukannya tidak biasa ditinggalkan, tapi kali ini melampau betul sensitifnya. Mungkin kerana memikirkan jangka masa yang diambil terlalu lama, maka jadi lebih sukar untuk menerima. Atau mungkin dengan keadaan kandungan yang semakin sarat, maka diri menuntut perhatian yang lebih. Entahlah….

Di surau sewaktu solat zuhur, saya mengeluh dengan kesunyian ini kepada teman-teman. Seorang kakak yang terdengar keluhan saya memberikan saya nasihat yang saya kira cukup berharga dan meresap jauh ke dalam hati saya,

“Setiap kali awak rasa sedih sebab suami jauh, jangan mengeluh dan menangis. Sebaliknya sebut innalillahi wa inna ilaihi roji’un… “ katanya dalam nada memujuk.

“Kenapa, kak?” tanya saya.

“Untuk ingatkan diri kita. Yang segalanya milik Allah dan kepadaNya ia dikembalikan. Sekarang ini mungkin suami kita jauh sebab kerja, siapa tahu takdirnya suami kita pergi untuk selama-lamanya?”

“Betul juga kan, kak…”

“Jangan lupa juga sujud syukur setiap kali lepas solat. Kerana Allah masih mengurniakan dia di sisi kita buat masa ni,” katanya sebelum kami berpisah sebaik keluar dari pintu lif.

ALAH BISA TEGAL BIASA

Berjauhan dengan Muhammad bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Seawal usia perkahwinan kami satu bulan, dengan inai yang masih bersisa dijari, saya terbang meninggalkannya bagi melunaskan tugas saya sebagai seorang pelajar di benua lain menyeberang lautan dan dia pula sudah memulakan kerjayanya di tanah air. Janji kami ketika itu, kami akan usahakan untuk bertemu setiap tiga bulan sekali. Mengapa tiga bulan? Dalilnya kami ambil panduan dari kisah Saidina Umar Al-Khattab: (saya petik dari blog Ummu Husna)

Suatu ketika Umar, sebagai seorang Khalifah yang amanah dan bertanggungjawab, melakukan rutin rondaan malam. Ketika beliau melewati sebuah rumah, tiba-tiba terdengar dari dalamnya, suara seorang perempuan sedang bermadah. Nadanya merintih, membayangkan jiwanya yang sedih dan pedih:

“Sungguh malam ini sangat panjang, sekelilingnya penuh kelam. Situasi ini menjadikan aku tidak baik, kerana tidak ada kekasih yang bisa kuajak bermain. Demi Allah, seandainya aku tidak takut azab dan akibat, sungguh ranjang ini akan bergoncang hebat.”

Mendengar itu, Umar berusaha untuk menyelidiki kisah si perempuan dengan rintihannya yang lirih. Akhirnya diketahui, bahawa suaminya telah meninggalkan rumah sekian lama sebagai mujahid di medan jihad.

Umar kemudian menanyakan puterinya Hafsah, berapa lama seorang isteri mampu bersabar diri dari suami? Jawab Hafsah: empat bulan. Waktu itulah Umar melaksanakan satu ketetapan dan peraturan, bahawa seorang suami tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan.

Jadinya, setiap waktu kami mengira musim. Cuti musim panas dan musim bunga biasanya, akan membawa saya pulang ke tanah air. Cuti musim dingin pula giliran Muhammad untuk menjenguk saya di tanah Inggeris. Begitulah rutinnya sepanjang dua tahun perkahwinan sehinggalah saya menamatkan pengajian pada Julai 2009. Dalam tempoh berjauhan itu, hanya telefon, email dan Skype yang menjadi penghubung. Mujur kami disatukan pada zaman dunia didekatkan dengan teknologi komunikasi yang serba canggih.

ABSENCE MAKES HEART GROW FONDER

Awalnya memang diakui, saya bimbang bagaimana perkahwinan ini mampu bertahan sepanjang tempoh dua tahun tersebut. Dalam keadaan kami yang masih dalam fasa saling mengenal itu, saya khuatir hubungan kami akan semakin renggang kerana tidak kerap bersua muka. Tapi bila dilihat dari sudut lain, perhubungan jarak jauh seperti itu adalah suatu hikmah yang Allah kurniakan kepada kami.

Kami berkahwin dalam usia yang saya kira agak muda, saya ketika itu baru 21 tahun dan Muhammad 23 tahun. Berjauhannya kami ketika itu menyediakan ruang-ruang yang cukup untuk kami melengkapkan diri untuk menjadi isteri atau suami yang terbaik untuk pasangan. Ketika itulah, saya semakin bertungkus-lumus belajar memasak dan melengkapkan diri sebagai suri terbaik, sedang Muhammad pula menyusun perancangan kehidupan berumahtangga kami di tanah air. Tambah pula ketika itu kami baru mula bertatih membina kehidupan selepas masing-masing tamat pengajian. Dua tahun merupakan waktu yang cukup untuk kami mula menyusun hidup.

Tempoh berjauhan benar-benar menjadi waktu-waktu di mana perasaan rindu dibaja dan menambahkan lagi perasaan sayang antara suami isteri. Tempoh berjauhan yang lama membuatkan kami sangat menghargai masa-masa pertemuan berharga apabila Allah mentakdirkan kami untuk bertemu. Perhubungan lewat e-mail dan tulisan kadangkala lebih bermakna dan manis berbanding lisan. Cuma, ia memerlukan rasa tanggungjawab dari kedua-dua belah pihak untuk memastikan hubungan itu berjaya. Bayangkan email yang tidak berbalas dan panggilan yang tidak berjawab, pastinya mengundang kekecewaan dan tidak mustahil juga keraguan atas kesetiaan pasangan.

MEMAKNAKAN SEBUAH PERKAHWINAN

Seperti kata Ummu Husna dalam penulisannya, cabaran yang paling utama bagi yang menghadapi perhubungan jarak jauh (PJJ) ialah cabaran memaknakan perkahwinan. Bagaimana membezakan hidup selepas dan sesudah berkahwin tanpa pasangan di sisi. Pernah saya berbual dengan seorang wanita yang saya kenali dalam sebuah majlis. Kami berkongsi cerita dan rupanya dia juga sedang ber’PJJ’ dengan suami.

“Alhamdulillah saya dah tak perlu PJJ. Ini barulah nak merasa macam mana hidup berumah tangga yang sebenar,” kata saya.

“Eh, saya lagi suka PJJ. Hidup bebas aje, tak terkongkong dengan tanggungjawab di rumah. Kalau duk dengan suami, kene fikir pasal makan pakainya. Lagipun awal-awal lagi sebelum kahwin kami dah setuju tak akan campur urusan hidup masing-masing. Dia tak boleh nak halang saya keluar dan berkawan dengan siapa-siapa yang saya mahu dan saya pun macam tu.”

“Owh macam tu pula ye?”

“Yelah, ramai kawan-kawan yang lepas kahwin hilang. Nak ajak keluar pun susah. Asyik berkepit dengan suami. Especially perempuanlah.”

Kata-katanya membuatkan saya berfikir apa sebenarnya matlamat asal perkahwinan. Benarkah ikatan pernikahan itu hanyalah rantai yang akan mengikat dan menyekat kebebasan seseorang? Dengan fikiran sebegitu, tidak hairanlah jika ramai masyarakat di barat yang begitu fobia dengan komitmen perkahwinan lalu menjadikan mereka bebas untuk berhubungan dan tinggal bersama tanpa ikatan yang sah. Suatu trend yang membimbangkan yang semakin menular dikalangan masyarakat di negara ini juga. Bukan sedikit berita di akhbar tentang pasangan yang ditangkap bersekedudukan. Malah ada yang melibatkan suami atau isteri orang! Nauzubillahi min zalik…

“Kau tak rasa rugi ke kahwin muda-muda? Banyak lagi mende boleh buat. Dah kahwin nanti mulalah tersekat-sekat. Nak ke mana-mana perlu minta izin suami”

Itu kata-kata yang biasa saya dengar sewaktu saya sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan dulu. Ketika itu saya hanya mengingatkan diri tentang matlamat asal perkahwinan kami. Yang perkahwinan itu bukannya sekadar memenuhi keperluan fizikal tetapi juga untuk membina dan melengkapkan agama kami. Jika berkahwin kerana rupa, cacat anggota maka hilanglah makna perkahwinannya. Jika berkahwin kerana harta, muflis si suami maka tiada makna lagi perkahwinannya. Tetapi perkahwinan atas dasar agama, menjadikan setiap masalah yang dihadapi dalam hidup berumah tangga dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan keimanan dan tawakal pada Allah Ta’ala. Maka pernikahan itu tidak akan retak walaupun dilanda apa bentuk masalah pun.

Perasaan cinta tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lembik (seperti dalam lagu-lagu cinta lentok yang memujuk rayu pasangannya) tetapi sepatutnya menjadi sinergi yang memberi kekuatan kepada seseorang itu. Perasaan cinta kepada pasangan sepatutnya lebih mendekatkan diri pada si Pemilik Cinta, Allah S.W.T. Cinta kepada makhluk tidak sepatutnya melebihi kecintaan kita pada Yang Esa. Bagaimana mahu mencipta sebuah perkahwinan yang membina agama kalau dengan perpisahan dengan pasangan menjadikan kita seorang yang lembik longlai tidak mampu berbuat apa-apa. Bagaimana perkahwinan itu mampu membina agama andai ingatan kita kepada pasangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim?

Tabahlah wahai diri… maknakan perkahwinanmu dengan sesuatu yang lebih bererti. Sandarkan cinta pada cinta yang abadi, cinta kepada Allahu Rabbi. Agar bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah…

Makan Daging Budak Palestine?


Semalam saya dijemput sebilangan rakan-rakan untuk membeli sarapan di McDonald. Katanya ada tawaran menarik, yang saya sendiri kurang pasti apa. Lebih kurang macam, kumpul sekian-sekian jumlah orang untuk membeli sarapan di McDonald, dan kemudian dapat harga sarapan yang lebih murah. Macam itulah agaknya, saya kurang ambil peduli. Yang saya tahu, sejak dari zaman kolej lagi saya sudah mula berpegang kepada pendirian memboikot McDonald.
Saya serba salah, mahu berterus terang tentang pendirian saya yang mungkin boleh menyinggung hati mereka, atau memberikan alasan lain yang saya kira tidak akan menyentuh sensitiviti mereka. Tapi saya fikir, kalau saya berdolak dalih untuk tidak menyertai dengan alasan lain selain boikot, saya tentu dapat menjaga hati mereka tetapi itu juga bermakna saya tidak menyampaikan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Bagaimana kalau nanti di akhirat, saudara-saudara seakidah yang terkorban kerana peluru Israel di Palestin datang menyerbu saya dan bertanya “Kenapa kau tak ajar kawan-kawan kau boikot produk yang membekalkan peluru-peluru yang membunuh kami ini?? Kau hanya melihat kami dibunuh??!” Nauzubillah min zalik…

Lalu, tegas saya menyatakan,

“Maaflah, saya tak dapat join. Saya tak makan McD sebab saya boikot McD”

Semua yang ada di situ terdiam sebentar. Saya jadi agak ralat. Tiba-tiba terdengar salah seorang dari mereka berkata,

“Alah… kalau letak McD depan dia rasanya habis jugak tu nanti!”

Jujurnya, saya sedikit tersinggung. Tetapi saya malas mahu memanjangkan hujah lalu mencipta alasan mahu ke tandas. Tetapi sempat saya balas sindirannya tadi sambil berlalu pergi,

“Eh, mana boleh saya makan, kak. McD tu kan haraaam.”

Jelas sekali ulama’ besar seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa mengenai kewajipan umat Islam untuk memboikot apa-apa saja produk yang menyumbang kepada Israel. Imam Syed Ali Khamenei dari Iran, Syaikh Yusuf Al Qardawi, Ayatullah Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah dari Lebanon dan Ayatullah As-Sayyid Ali as Seestani dari Iraq masing-masing membentangkan fatwa berkaitan. (Boleh rujuk di sini). Petikan tulisan Syaikh Yusuf Al-Qardawi berkenaan isu ini:

Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam’ -Syaikh Yusuf Al-Qardawi-

Segalanya sudah jelas dan nyata, maka terpulang kepada kita untuk membuat keputusan sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Jangan tepuk dada tanya selera, kerana selera itu biasanya bersumberkan nafsu yang kalau diikut melulu hanya membawa kita kepada kerosakan dan kehinaan semata.

Percayalah, anda tidak akan mati kalau tak makan McD, anak-anak anda tak akan berkurap kalau tak guna Johnson&Johnson, masakan anda tetap akan sedap walaupun anda tak guna perencah Maggi dan anda tak akan mati dahaga sebab tak minum Coke. Satu sen yang anda belanjakan untuk memenuhi nafsu perut anda mungkin akan memburaikan isi perut saudara kita di Palestine. Satu sen yang anda belanjakan untuk menjaga kelembutan kulit anak anda, mungkin menyiat kulit anak-anak kecil di Palestine.

Baiklah, kalau pun anda tidak mahu boikot kerana rasa kewajipan boikot itu tidak ada pada anda sebagai seorang Islam, apa kata anda tanya pula rasa kemanusiaan anda. Pengalaman saya di UK sendiri menyaksikan orang bukan Islam sendiri sebilangannya begitu tegas memboikot produk-produk Amerika dan Israel bukan kerana isu agama, tetapi atas dasar perikemanusiaan. Mereka mahu menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestine yang sungguh nyata bertentangan dengan hak asasi manusia. Saya masih ingat lagi papan tanda di kedai koperasi universiti saya sendiri, The University of Manchester, yang menyatakan mereka tidak menjual produk Nestle di kedai itu atas alasan boikot. Lalu disenaraikannya apa alasan mereka memboikot untuk mendidik masyarakat.

Pernah suatu hari saya mengikuti rombongan kolej saya ke suatu tempat. Di pertengahan jalan, warga bas sudah mula merungut kelaparan kerana masih belum makan tengahari. Kebetulan ketika itu, kelihatan restoran McDonald di pinggir jalan, lalu bas berhenti untuk peserta mengisi perut. Saya tidak turut serta kerana tentunya tiada yang halal untuk saya makan di McDonald di tanah Inggeris itu. Saya hanya menikmati bekalan sandwich yang saya bawa dari bilik. Beberapa ketika kemudian, penumpang bas akhirnya naik dengan sebungkus juadah McD di tangan masing-masing. Apabila bas hampir berjalan kedengaran suara Hatti, gadis Britain yang serumah dengan saya menjerit lantang,

“I can’t believe that Atlantic College student would stop and buy McD. It’s a shame!!! We all know very well all the bad things that McD has bring to the world!SHAAAMEE ON YOU!!”

Wajahnya cemberut. Saya sedikit terkejut, warga bas yang lain juga begitu. Mereka yang sedang asyik menikmati double cheese burger, terhenti kunyahannya. Kolej saya ketika itu merupakan sebuah kolej yang sangat aktif terlibat dalam kempen-kempen keamanan dunia. Tambah lagi statusnya sebagai pusat pendidikan yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dasar kemarahan Hatti adalah kerana kempen di kolej yang ketika itu memboikot McDonald. Kalau tak silap saya, ketika itu kempen itu dilancarkan bukan kerana perang Israel-Palestine, tetapi sebab McDonald yang membuka ladangnya secara besar-besaran sehingga mengancam hak penduduk pribumi di kawasan tersebut. Yang saya kagumi tentang Hatti ialah keberaniannya menyampaikan pendiriannya dan saya berharap saya juga mempunyai keberanian seperti itu.

Setiap hari pergi dan balik kerja saya mesti melalui restoran McDonald yang begitu gah di bandar Kerteh ini. Pernah juga tekak wanita mengandung ini terkecur melihatkan gambar Prosperity Burger yang enak dengan sos lada hitamnya yang meleleh. Uuuh!

“Sedapnya nampak Prosperity Burger tu abaaang… Boleh tak makan kalau dah mengidam sangat?” Ujar saya suatu hari apabila sudah tidak tertahan lagi dengan godaan poster yang hari-hari melambai nafsu perut saya.

“Huuu… cuba ayang bayangkan ayang tengah minta dengan abang nak makan burger daging khinzir sebab mengidam. Agak-agak abang bagi tak?” terus saya terdiam. Betul juga kan? Ganas jugak suami saya ni bagi analogi.

Jadi setiap kali lalu depan McD dan nampak iklan Prosperity Burger, saya akan bayangkan dagingnya itu digantikan dengan gambar seorang budak Palestine yang terkepit di celah roti dan salad. Sos lada hitam yang meleleh tu pulak, darah dia yang bercucuran kene tembak. Kamu rasa saya ada selera lagi tak nak makan Prosperity Burger lepas tu??

A letter for Fateh

Dear Fateh,


It is amazing how time flies, I can't actually believe that we are now reaching 30 weeks mark! Another 10 weeks more or less before I could cuddle you in my hug and see your face insyaAllah. Okay...okay I admit that I actually cheated because I had a sneak peek of your chubby cheeks during our check up last 2 weeks. But who can resist???


I went to the scheduled check up alone this time as dad was offshore attending his job. Although I promised him that I would wait for him to be around for the check up, but I just simply can't. Life was hectic during that week and mummy was a bit depressed being left alone at home, so I was worried about your well being. And when I am worried, I seem to feel that your kicks and punches lessen and were not strong enough to comfort me. So, I decided to proceed with the check up that week. (It is a strong and reasonable excuse, right?). So after asking permission from daddy through email, I drove all the way to Kuantan after Fajr prayer. (Don't tell others that mummy was actually missing you so much, that I can't bear another week of waiting to see you..hehe!)


Mummy arrived at the clinic around 8.30 a.m, about half an hour later than usual. I thought that we were going to wait long but alhamdulillah we managed to be the third in the queue. Mummy spent the time waiting by having breakfast, finishing a few chapters of my novel and browsing the internet (was actually updating daddy about our what we are currently doing..huhu!). The visit definitely didn't feel the same when daddy was not around. I felt like I am a single, lonely mummy. I wished that he was there. I felt like I need to compensate for his absence so I made the doctor saved all your scans on CD for dad to watch when he's back onshore.


Then, it was my turn. The doctor offered me to have a 4D scan and of course I would never reject such opportunity. (That was why I'm there though...huhu!) During our last 4D scan you were very shy and kept hiding your face under your arms and even your feets! This time, I had sweet drinks and heavy breakfast before the check up, with hope that you would get the sugar rush and ready for action. But nope, you were having your morning nap and was seen sleeping peacefully this time. Cuteness! There are a few times when you yawn and stretch, but then you went back to sleep. We tried to wake you up but to no avail..huhu! I love you anyway, son.


The most important thing is that you are growing up healthily. The doctor later measured your growth and alhamdulillah you are as healthy as you can be. For the first time, I heard the 'swoosh...swoosh' of your heartbeat and it was an amazing relief. You were weighted around 1.106 kg that week. Alhamdulillah, I could only thank Allah for taking a very good care of you. Upon looking at your face, I thought that you copy everything from me, and the only looks that you take from Daddy is his nose...hehe! (Of course, Daddy would not agree with this statement).


Alhamdulillah... alhamdulillah... thumma alhamdulillah. I prayed that Allah will not only grant you with the beautifulness of Prophet Yusuf, but also complete you with the goodness of akhlak and the wiseness of Luqman. And I wished I had all the strength and have whatever it takes to be a good mother to you...ameen.


Much love,

Ibu

The story of Prophet Muhammad (Part 1)

I'm back with the cuteness from OwhSoMuslim website! hehe! (Owh how I love this website and hope it stays long enough for me to share with my son!) In celebration of Maulidur Rasul here presents the Story of Prophet Muhammad!


As a Muslim, it’s an obligation for us to get to know and love Prophet Muhammad (s.a.w) even if he’s no longer around with us. In fact, by reading and getting to know about his life, hard work, achievements and dedications towards Allah and his ummah, it will insyallah increase our deen! In this article, we will learn the basic things about his childhood and the earlier years before he was appointed to become the last Messenger.

1. Prophet Muhammad (s.a.w) peace be upon him as we all know, is the last Messenger of Allah to us mankind. He was brought to us to bring us out from darkness into light, and that is very true masyallah! To love him, we should and ought to learn more about him and how he lived his life. And to love is not only enough, we should also practice the guidance and examples he has shown us. He is after all, our love, idol, and the man we look up to. :)

2. Let’s learn about his lineage! Prophet Muhammad (s.a.w) was the son of Abdullah ibn Abdul Mutalib from the tribe of Qurash, and his mother was Aminah bint Wahb from the clan of Zuhr. His lineage traces back to Prophet Ismail (a.s), son of Prophet Ibrahim (a.s).

Related hadiths: show

3. The Prophet Muhammad (s.a.w) was born in Mecca on a Monday morning, on 9th of Rabiul-Awwal in the year of Elephant (571 A.D). His Grandfather, Abdul-Mutalib, named him Muhammad son of ‘Abdullah!

4. Back in the old days, it was the general custom of the Arabs living in towns to send their babies away to be breastfed by other women and for them to grow up in the desert for them to develop better characteristics, speech and mannerism. The Prophet (s.a.w), as a baby, he was entrusted to Haleemah bint Abi Dhuaib to be his foster mother. He stayed with her until he was 4 or 5 years old.
During that stay, a miracle incident happened to our beloved Prophet! Angel Gabriel (or Jibril) came down from Heaven, opened The Prophet’s chest, took out the heart and washed it masyallah!

Related hadith: show

5. As a little boy, The Prophet was a shepherd over a flock of sheep which belonged to his people. It was not very joyful for the Prophet as he was an orphan and several family members passed away during his childhood. His father passed away before he was born, and his mother died when he was 6 year old. His grandfather, Abdul-Mutalib took care of him, and after he died, his uncle, Abu Talib, took care of him. He was only 8 years old then.

Related hadith: show

6. As he grew up to be a youth, he became involved in trading as his profession, dealing in sale and purchase of cloth and other items. He used to travel, taking caravans of camels for the trading transactions. He was acknowledged by the Meccans as truthful, honest, dependable, sincere and reliable, who always kept his word and never spoke a lie.
For all these noble qualities, he was known amongst his people as Al-Ameen (The Trustworthy) and As-Sadiq (The Truthful).

Related verse from the Quran: show

Cuti Tahun Baru Cina


Salam...

Menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di rumah emak di Kuantan. Making up quality time with family adalah juga satu tanggungjawab yang tidak boleh dilupakan walaupun dalam kesibukan tugas-tugas seharian dan tanggungjawab dakwah. Hari-hari biasa waktu dihabiskan di tempat kerja, hujung minggu pula sibuk menghadiri program tarbiyah. Siapa kata balik kampung ialah masa bersenang-senang? Keluarga juga memerlukan perhatianmu, kepada mereka juga perlu disampaikan mesej yang selama ini kau serukan kepada orang lain. Bagaimana mahu menyampaikan kalau diri kita jauh dan hanya telefon menjadi penghubung?

Saya berada di Kuantan sejak hari Rabu yang lepas kerana menghadiri temuduga sebagai Guru Bahasa Inggeris dengan SPA Pahang. Dari bual-bual dengan calon temuduga yang lain, katanya calon yang terpilih akan bekerja sebagai guru di sekolah-sekolah agama di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP). Perkhidmatan adalah secara kontrak dan latihan perguruan perlu dihadiri semasa cuti sekolah. Menarik juga! Suatu peluang yang meletakkan saya lebih dekat dengan lebih ramai mad'u. Kerja sekarang sebagai jurutera projek juga lumayan alhamdulillah, cuma setakat 6 bulan saya bertugas di sana, saya semakin merasakan kerjaya sebagai jurutera semakin jauh dari diri saya. Kenapa? Huhu... entahlah.

Saya dan Abah tiba lewat setengah jam daripada jam 8, meletakkan saya pada giliran ke 10 daripada 10 orang calon yang hadir. Temuduga hanya akan bermula pada jam 9. Setiap calon di temuduga lebih kurang setengah jam seorang. Alamak... alamatnya, tengahari atau petang lah baru selesai. Abah bersama saya menunggu, hendak balik ke rumah, ada pulak kereta yang tak bertanggungjawab menghalang belakang kereta kami. Hadoi! Kasihan tengok abah. Mujur ada juga teman berbual dia di luar. Saya hanya berharap temuduga ini selesai secepat mungkin. Rasa memulas di perut datang dan pergi. Pergi ke tandas, tidaklah pula rasa nak membuang hajat. Adakah ini contraction????? Cepat-cepat telefon emak di rumah bertanya. Emak kerisauan, lalu disuruhnya kami cepat2 ke hospital selepas temuduga. Jangan masuk tandas dah, kata mak. Nanti lain pula yang keluar. Oh, mula-mula tadi tak cuak sekarang sudah cuak pula.

Dipendekkan cerita, saya gagal temuduga. Haha! Sebaik saja tiga orang panel penemuduga membelek fail peribadi saya, terus saja disuruhnya balik. Katanya saya overqualified, maka beri saja peluang ini kepada orang lain. Tambah lagi katanya, tidak berbaloi kelulusan saya dengan kerja yang ditawarkan, hanya akan membazirkan potensi sahaja. Walaupun hati saya melonjak-lonjak nak jadi guru, tapi niat itu terpaksa dipadamkan saja kali ini. Memang tak ada harapan langsung, dah kene reject awal-awal.

"Tapi saya memang berminat nak jadi cikgu encik," kata saya memohon simpati.

"Kalau betul berminat pergi ambil DPLI, baru tinggi sikit gajinya. Berapa gaji awak sekarang?" tanya ketua penemuduga yang sudah memutih rambutnya.

"2***"

"Hah... dah dah jangan buang masa awak kat sini. Awak tau tak gaji kerja ni hanya separuh gaji awak tu?"

Maka saya pasrah. Selepas ucap terima kasih, saya keluar mendapatkan Abah yang sedang menunggu. Abah bertanya tentang temuduga saya lalu saya ceritakan padanya satu persatu.

"Tak apalaaah... paling kurang dapat pengalaman," kata Abah tersenyum.

Kami terus saja pulang ke rumah selepas itu. Saya berkeputusan untuk tidak ke hospital kerana tentunya Dr. S sedang bercuti. Tak mahu jumpa doctor on-call yang lelaki pula nanti. Mungkin perut meragam macam ni sebab penat dan tertekan dengan kecuakan nak bertemuduga kot. (Membazir tenaga je cuak... hukhuk!). Sepatutnya saya terus pulang ke Kerteh sebab dah berjanji dengan Muhammad mahu ke Besut menghadiri program tarbiyah pada cuti kali ini di sana. Tapi emak tak benarkan, katanya perlu rehat cukup-cukup. Dah masuk trimester ketiga jangan banyak sangat berjalan, kata mak. Bila-bila masa saja si kecil boleh buat suprise appearance .

Muhammad balik Kuantan pada petangnya. Dia pun tak dapat ke Besut atas sebab-sebab tertentu. Mengenangkan nasihat emak, maka waktu di Kuantan di habiskan dengan melengkapkan barang-barang untuk menyambut kedatangan si kecil. Hehe! Dah lama tunggu nak shopping ni tapi asyik bertangguh atas alasan nak tunggu trimester terakhir. We never know when will the little one decides to pop out (by Allah's will). Jadi perlu bersedia jiwa dan ragalah kan. Produktif la juga kami, dalam masa dua hari sudah 80% barang-barang si Fateh berjaya di beli. Warna tema tentulah biru (seperti sangat yakin akan kelelakian beliau). Tambah pula ada CNY sale, maa lebih meriahlah pembeli belahan kami. Ini semua atas saranan kakak Perlis. Jika tidak, pasti saya akan lupa akan kewujudan sale ini. Terima kasih, kakak!

Masa shopping bawa si Hadiff supaya pershoppingan tidak bosan. Tapi rupanya tersilap perhitungan sebab separuh masa di shopping centre terpaksa di habiskan dengan mencari dan mengejar beliau di celah-celah rak baju. haih...! Si Hadiff kegembiraan sebab sempat tengok tarian naga yang buat persembahan di lobi shopping complex. Siap nak ikut si naga tersebut balik rumah oh!


Saya takde gambar budak Hadiff tgk tarian naga tapi rupanya lebih kurang macam nilah

Sekarang back at home in Kerteh. Muhammad sedang sibuk bertukang membetulkan pintu bilik yang dipecahkan sebab kami terkunci dari luar beberapa minggu lepas. Haha! Saya pula kepenatan dan kemengahan. Ruang pengembangan paru-paru telah diambil alih oleh si Fateh sejak satu dua minggu kebelakangan ini. Jadi ibunya mudah kelelahan. Okaylah mahu berehat sekejap. Wassalam

JOM!


Salam,

Alhamdulillah Journey of Muslim (JOM!) yang kami usahakan sejak sebulan yang lepas akhirnya selamat di jalankan di SMI Al-Amin Kemaman. Jumlah peserta tidaklah menepati sasaran 50 orang, hanya 30 orang sahaja tetapi alhamdulillah, hikmahnya ukhuwah antara kami menjadi lebih rapat. Saya dan Muhammad diberi tanggungjawab membentuk modul untuk program kali ni. Penat juga memerah otak fikir pengisian dan aktiviti untuk adik-adik lepasan SPM/STPM ni. Kalau boleh tak naklah jadi program yang penuh dengan ceramah saja. Sebab saya fikir, kalau saya di tempat adik-adik ni mesti dah bosan sebab dah selalu dengar orang membebel suruh belajar sebelum SPM/STPM. Jadi kami cuba bentuk program yang 50% pengisian dan 50% aktiviti dalam kumpulan. Alhamdulillah Allah bagi ilham dan akhirnya terhasillah modul JOM!: The Journey Begins!

Program berjalan lancar, walaupun di saat-saat akhir sebelum program macam-macam masalah timbul. Dua tiga orang fasilitator tiba-tiba terpaksa tarik diri atas bermacam-macam sebab. Kelam kabut nak cari pengganti. Dua tiga malam sebelum program memang sangat tertekan sebab banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Pengisian belum lengkap, slides belum siap, bahan LDK belum cetak...oh! Sampai adalah beberapa kali 'mental breakdown' sampai menitiskan air matalah juga. (Biasalah... sayakan ratu air mata!). Malam terakhir sebelum program, saya sangat tertekan sampaikan minta Muhammad batalkan saja program. Syaitan ni memang pandai ambil kesempatan bila kita lemah. Muhammad pujuk dan suruh istighfar banyak-banyak. Lepas beberapa ketika saya tenang sedikit dan buat keputusan untuk teruskan saja program. InsyaAllah Allah bantu. Alhamdulillah program berjalan lancar. Rasa gembira dan puas hati tengok peserta semua gembira. Hanya syukur yang mampu saya panjatkan pada Allah.

Dengan kesibukan sepanjang dua hari di program memang kurang ambil tahu tentang makan minum. Supplement untuk Fateh pun sampai terlupa nak makan. Rehat pun sempat sekejap-sekejap saja, di selang masa antara slot. Bila malam program baru sedar Fateh tak banyak sangat bergerak macam biasa. Malam tu sebelum tidur, saya cuba juga minum air banyak-banyak sebab ingatkan saya dengan Fateh dehydrated, jadi sebab tu Fateh kurang aktif. Sambil baring-baring menunggu lena, gosok-gosok perut minta Fateh respon. Biasanya Fateh akan tendang semula, tapi dia senyap saja. Kalau ada gerak pun, sangat perlahan dan tak sekuat biasa. Hanya doa banyak-banyak dalam hati, minta Allah jaga Fateh. Sehari lepas program pun masih rasa pergerakan Fateh macam sangat kurang daripada biasa. Malam semalam tidur pun kurang lena, kerap kali terjaga sambil tunggu Fateh gerak sebelum terlena semula. Muhammad pun cuba gosok-gosok perut Ibu sambil borak-borak dengan Fateh, tapi takde respon. Ada beberapa kali je terasa dia gerak tapi memang tak sekuat biasa. Hati dah makin cuak... Tak boleh jadi ni, esok kita kena pergi klinik!

Pagi tadi, sebelum Subuh, Muhammad kejutkan saya. "Jom bangun, kita solat hajat minta Allah tolong jagakan Fateh, nak?" Saya angguk saja...ambil wudhuk dan ikut solat sebelah Muhammad. Tiba-tiba rasa sebak pula dengar doa Muhammad lepas solat. Muhammad minta Allah kurniakan kami anak yang soleh dan sihat sejahtera. Minta Allah beri kekuatan pada Fateh, beri dia kesihatan untuk terus bertahan. Ameen...ameen ya rabbal alamin. Saya mohon dengan sangat dalam hati supaya Allah beri kesempatan untuk kami menimang cahaya mata yang telah kami nantikan sekian lama ini. Ibu teringin sangat nak tengok muka Fateh, main-main dengan Fateh. Rasa bersalah pula sebab macam cuai menjaga diri sendiri sampai mengabaikan kesihatan si Fateh juga. Maafkan Ibu, ye sayang?

Hari ini, pagi-pagi lagi sudah ke klinik. Muhammad ajak ke Kuantan saja jumpa Dr. Su macam biasa, tapi segan pula nak jumpa dia. Sebabnya banyak kali dah jumpa dia tanpa appointment sebab kerisauan-kerisauan yang sebenarnya tak ada apa-apa pun. Maklumlah, pertama kali bakal bergelar ibu. Pernah sekali jumpa sebab sakit perut dan kali terakhir jumpa Dr.Su sebab demam. Jadi, kami ke klinik biasa saja di Paka yang ada kemudahan scan. Asal dapat tengok Fateh cukuplah. Singgah sarapan sekejap di tepi jalan. Walaupun hati kerisauan, nasi goreng ayam habis juga sepinggan dan minum air coklat secawan. Dengan harapan si Fateh akan mengalami sugar rush lalu bergerak dengan aktif semasa scan nanti.

Sampai di klinik tak menunggu lama. Terus berterus terang dengan doktor, cakap kerisauan sebab reduce fetal movement. Doktor ajak scan. Nampaklah si Fateh tengah buat apa entahlah, tak jelas sangat. Tapi jantung dia sangat jelas kelihatan, doktor cuba kira heartbeat Fateh. 120 beats per min, can be considered normal and healthy. Kata doktor "His heartbeat is regular, I think your baby is fine." Saya angguk saja. Doktor suruh saya cuba buat fetal movement charting. Paling kurang perlu ada 10 pergerakan sehari. Tak kiralah menendang ke, menyiku ke, melibas ke... kira aje semua. Saya minta doktor periksa juga kedudukan Fateh. Fetal position juga okay, tak ada sebarang masalah. Masa tu nampak Fateh gerak-gerak malas macam baby tengah menggeliat bangun tidur. Doktor kata baby pun macam kita jugak ada lazy days, jadi mungkin dua tiga hari ni, he's just been a lazy baby. Malas main bola atau berlatih kung fu seperti biasa. Baiklah... Lain kali jangan buat macam ni ye Fateh? Ibu suspense kalau awak banyak sangat tidur. Sila jangan malas.

Balik ke pejabat, Fateh dah kembali aktif seperti biasa. Ooo.. rupanya anak Ibu ni merajuk dengan Ibu la kot, sibuk sangat sampai tak kasi attention kat dia, ya? Huhu! Buka email, ada satu email yang kawan sepejabat hantar. Kisah Aliff Hakimi, si kecil berumur tiga tahun yang meninggal dunia kerana tumor otak. Sedih betul baca catatan ayahnya, sampai rasa macam nak menitis air mata. Tak dapat nak bayangkan diri kalau berada di tempat mereka, menghadapi kematian anak yang disayangi. Sedangkan anak yang masih dalam rahim, yang belum pernah dilihat wajahnya ini pun kita dah sayang sangat-sangat apatah lagi yang dah tiga tahun hidup bersama. Tapi bila difikirkan semula, semua yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman dari Allah semata-mata. Suami, anak, keluarga, harta benda, malah anggota badan dan nyawa kita sekalipun adalah milik mutlak Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita untuk menguji kita. Sama ada kita menjadi hamba yang bersyukur atau kufur pada nikmat yang Allah beri percuma. Sampai masa, nikmat yang Allah pinjamkan ini akan ditarik semula dan kita sebagai hamba perlu redha dengan ujian Allah.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. al-Anbiya`: 35)