Mari bersenam!

Assalamualaikum..

Baiklah..sekarang saya nak jadi cikgu senaman pulak. Mari ikut saya bersenam. Senaman ini sesuai dilakukan di musim-musim exam di kala anda sakit tengkuk dan tulang belakang kerana terlalu lama melekat di meja study. Oleh kerana blog saya ini terbuka kepada umum yang mungkin dibaca bukan saja oleh muslimat malah muslimin juga maka saya perlu menjaga hijab. Jadi saya sendiri tidak boleh menjadi model kelas senaman pada hari ini. Maka dengan ini saya mempersembahkan sahabat saya Cik Kucing untuk menjadi model anda. Selamat mencuba!



Gerak ke kiri kemudian ke kanan



Ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..




Tepuk kuat kuat kat dahi..

Ni untuk hilang mengantuk..




Dah tu buat gerakan tangan dan badan...

buat macam happy aje..



Ketar-ketar kepala sikit




Buat secara aggresive pula...

jangan peduli apa orang lain kata..




Hilangkan semua stress...
Feel good about urself.yeah!




Pusingkan kepala...




Tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak.




Akhir sekali

buat joget kucing...mcm cik kucing kita


Aha...hilang lenguh dengan ngantuk tak. Kalau nak mendaftar untuk Summer Class saya sile tinggalkan komen beserta details anda untuk saya contact.ohoho! Kali ni saya sendiri ajar..cik kucing tukang buat air oren jek. Huahua! Ape saya melalut nih..mari sambung studi haip!!

Tag Usrah!

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya saya telah ditag dengan kijamnya oleh Cik A dari elhapheza@wordpress. Ish..ish..Cik A nih..musim2 peperiksaan macam nilah masanya dia nak tag-tag saya. Mujur tagnya saya rasa worth to spend sometimes on..eheh! Tengah break study..saya luangkan masa jawab tag Cik A

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Huu..dari tahun kedua IB diploma di Atlantic College... Tapi jarang sangat duduk lutut bertemu lutut sebab naqibah saya terpaksa travel jauuuh..dari Soton ke ceruk bandar Llantwit Major semata-mata nak mengusrahkan kami bertiga masa tu. Biasanya online jek di mana saya dan Cik N.A.I telah ditangkap makan megi dan buat kerja lain masa berusrah. (Kalau nak usrah online sile provide webcam bagi memastikan anak usrah anda betul2 duduk depan komputer dengar penyampaian anda..huhu!).Zaman nakal-nakal lagi tuh (Sekarang pun masih!) Tapi naqibah pertama saya Kak J dan Kak F tuh sangat penyabar orangnya..Ohoho! Alhamdulillah kesabaran mereka juga yang memaut hati saya untuk istiqamah dgn usrah dan program.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Pergi satu program sebab nak main ski. Lepas tuh jadi cam malas-malas sikit sebab dapat tahu dari kawan program ni ada banyak kene dengar ceramah..ohoho! Pastu saja2 buat2 tertinggal bas pegi Glasgow masa tu. Tapi nyesal pulak la.. jadi saya beli tiket next bus dengan harga 20 kali ganda mahalnya! (tiket asal harga £1 jek koot..ehehe!) Sampai2 jadi kagum tengok akak2 yang comel2 dan baik hati dan rasa malu tengok diri sendiri bila bandingkan dengan mereka. Walaupun begitu mereka macam tak nampak perbezaan antara mereka dan saya tetapi menerima saya dengan sepenuh hati. Satu lagi..walaupun mereka ni semua belajar perubatan, kejuruteraan tapi sangat hebat bila bercakap tentang Islam! Maka saya terfikir "Dari manakah manusia2 yang hebat seperti mereka ini datang?" Akhirnya saya mendapat jawapan.. mereka manusia yang lahir dari tarbiyah... Maka ketika itu saya pun menawarkan diri untuk ditarbiyah supaya jadi manusia yang hebat seperti mereka. Dan dari situ...langkahku bermula..

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Oh..dah terangkan kat atas tadi. Tapi ada lagi sebab lain saya menyertai usrah. Keinginan untuk ditarbiyah ketika itu di dokong lagi dengan kesedaran tentang kewajipan menegakkan semula Islam yang pernah menjadi Ustaziyatul Alam suatu waktu dahulu. Saya mahu kenal semula Islam seperti mana sepatutnya saya mengenali Islam. Saya mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan Islam suatu hari nanti! Sebab saya percaya ini hanya gerhana bukan terbenamnya matahari!

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

1. Saya rasa hidup saya tidak kosong lagi. Saya dah jadi manusia dan bukan robot jenama Manusia Lay-car yang boleh menari-nari mengikut rentak muzik nasyit jiwang.Huhu!

2. Setiap minggu lepas jek habis usrah saya rasa fresh! Saya rasa saya ada baaanyak sangat perkara yang saya nak kongsi dengan semuuuaaa orang sebab saya nak orang-orang disekeliling saya pun dapat rasa betapa bestnya Islam..betapa bestnya ada usrah! (mungkin sebab tu kot saya start ada blog sebab masa tu saya belum ada anak usrah.Ohoho!)

3. Bak kata Cik A..usrah is not everything but everything start from usrah. Itulah juga yang saya rasa... Dalam usrah saya dapat rasa ukhuwah yang sangat2 best..

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Lima jek ke? huhu..mana cukup. Alhamdulillah..walaupun masih sangat2 baru dalam usrah ni saya rasa banyak sangat saya dah dapat. Motivation untuk berubah kepada yang lebih baik, ilmu yang sangat2 bermanfaat, ukhuwah yang manis, motivation untuk istiqamah dalam beramal, memahami Islam dengan sebetulnya, isu2 semasa (saya ni jenis yang malas baca paper) banyak la lagi... but dari dulu sampai sekarang usrah has never fail to...mengisi perut saya dengan makanan yang best2! huihui!


Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Ohoho saya suka peraturan ke enam itu. Maka dengan ini saya secara rasmi mahu meng'tag':

1. Semua housemate saya walau di mana juga anda berada (yang ada blog la..)
  • Kak Ain Nasim
  • Kak Sheilalala
  • Zinn
2. Kak Maryam Abu Ahmad (UIA)

3. Usrati @ Manchester
  • Cik Ila
  • Kak Zaatil
  • Kak Inayah
4. Siti Fatimah (Adik kesayangan di Terengganu yang kata dia selalu nangis baca blog saya yang melalut ini)

5. Nurul Nadiah

6. Hanis

7. Ain Izzati (yang sama2 kantoi makan megi)

8. Intan Syuhaida Megat Khas (kawan ipar kesayangan..ehehe!)

Waaa..nak tag ramai lagi sebenarnya..takpe2 lain kali ada tag best macam ni saya tag kamu,kamu,kamu pulak! ahaha!

Back to study... 2 paper remaining..14 days to Malaysia..insyaAllah..yeay!

COMING SOON! SUMMER CAMP 2008!


Bismillah ar-rahman ar-rahim..

MSM UK EIRE BRINGS YOU...




COME AND JOIN US!

To register please visit:

http://msmonline.info/summercamp/summer.html

RTM Benarkan Bertudung Selepas 62 Tahun

Assalamualaikum...

Malaysiaku..Malaysiaku...

Kenapalah saya tak pernah perasan yang pembaca berita wanita RTM tak pernah ada yang bertudung? Kalau ada pun biasanya di TV3.

Malaysiaku negara Islam...hukhukhuk!


Tengah bz study...saat2 kritikal ni. Saya komen tentang isu ini kemudian kalau ada masa. (Saya perasan sibuk). Wassalam.

ps: Doakan saya dalam solat malam kamu ye?

Kerana kamu ibuku...

Assalamualaikum...

Insan-insan tersayang (amat!). Sumber inspirasiku!

Pagi tadi saya mendengar halwa telinga yang menenangkan... dari ibu saya di Kuantan dan ibu mertua di Teluk Intan. Emak di Kuantan seperti biasa sentiasa sibuk melayan anak-anak dan cucu sulungnya yang makin keletah dari hari ke hari. Dan saya dapat mengesan kerinduan dari suara emak, kerana dia amat payah mahu melepaskan saya saat saya meminta diri untuk sambung mengulangkaji. Emak di Teluk Intan, kata ayah sedang mengelamun saat saya menelefon. Emak sedang menjerang air rupanya untuk minum petang ayah. Saya bertanya khabar dan menumpang kasih mereka. Sedar tidak sedar dua jam saya luangkan untuk berbual dengan kedua mereka. Topiknya entah apa... saya sendiri tidak pasti. Bual apa-apa saja dan kadangkala disulami dengan gelak tawa. Alhamdulillah dalam usia semuda ini Allah memberikan sebegini banyak kasih sayang dalam hidup saya. Alhamdulillah...

Dalam kesibukan mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang sudah semakin hampir saya luangkan sedikit masa berbual dengan mereka. Mencuri setitis ketenangan dari selubuk ketenangan dalam diri mereka. Meminta doa agar segala usaha saya ini di dalam redha Allah dan dalam restu mereka. Hilang sebentar segala kerisauan tentang studi, peperiksaan, ijazah, kerja.. apa-apa saja lagi tentang dunia. Kerana saya tahu..walau apa pun saya ini suatu hari nanti, mereka akan tetap menerima saya seadanya. Walau mungkin saya pulang tanpa ijazah... walau mungkin saya tidak mampu menjanjikan mereka hidup mewah, mereka akan tetap menyambut kepulangan saya dengan penuh mesra. Kerana saya tahu cinta dan kasih mereka bukan cinta biasa. Kasih mereka pada saya tiada kondisi.

Saya masih ingat setiap kali duduk di sebelah emak dalam kereta yang dipandu abah. Setiap kali abah membelok atau memberhentikan kenderaan, setangkas itu tangan emak akan menyambar tangan kami di kiri kanannya. Dan tangannya akan mengenggam lengan kami kejap, seolah-olah kiranya andai ada apa-apa yang bakal terjadi, genggamannya itu mampu menyelamatkan kami. Sudah 21 tahun usia saya kini, bermakna selama itu juga saya mengecapi kasih emak. Malah mungkin lebih daripada usia saya lagi... sejak saat saya di kandung di dalam rahimnya. Hubungan saya dengan emak amat istimewa. Sejak tamat sekolah rendah saya sudah jauh dari emak. Dan tamat pula sekolah menengah kami langsung dipisahkan oleh benua. Hanya sesekali mendengar suara dan bertemu saat cuti-cuti yang panjang. Emak sahabat saya yang paling rapat. Emak seorang yang paling setia mendengar cerita-cerita saya saat saya menelefonnya setiap minggu. Malah saya boleh menghabiskan masa berjam-jam di telefon bersama emak.

"Tak sempat nak merasa duduk lama-lama dengan anak mak ni. Ingat lagi kami menghantar Nana ke asrama lepas darjah enam. Lepas itu menghantar kamu ke lapangan terbang untuk ke UK. Sedar tak sedar sekarang ini kami sudah nak menghantar kamu ke rumah mertua pulak,"

Emak tunduk. Matanya tertumpu pada jarum dan benang di tangannya. Baju nikah putih gading saya itu perlu siap segera kerana majlisnya lusa. Emak mahu tangannya sendiri yang meyediakan baju nikah itu. Seperti semua baju-baju saya sebelum ini. Semuanya hasil tangan emak. Sejak dari kecil sehingga sekarang. Setiap kali Hari Raya emak yang akan paling sibuk menguruskan pakaian baru kami, walau pakaiannya sendiri jarang sekali berganti baru. Saya hanya mampu tersenyum sambil mata menahan tangis. Saya tahu emak sebak. Saya melihat dia membuang pandang keluar sebelum berpaling dan tersenyum semula kepada saya.

"Jadi isteri yang baik untuk suami kamu," kata emak saat dia mengucup dahi saya selepas saya selamat di ijabkabulkan pada malam bersejarah itu. Kali ini emak sudah betul-betul menangis.


Dan selepas menyalami emak saya bersalaman dengan ibu mertua. Itu kali kedua saya bersua muka dengannya dan kali pertama adalah saat dia menyarungkan cincin di jari manis saya setahun yang lepas. Emak tidak pernah melihat saya sebelum itu. Malah tidak pernah langsung berbual dengan saya. Emak hanya mengenali saya lewat gambar yang ditunjukkan kepadanya saat anak lelakinya menyatakan pilihan hati. Emak tidak membantah, emak tidak banyak bertanya. Emak malah menerima dengan sepenuh hati. Emak yakin dengan pilihan anak itu dan sebulan selepas itu dia bertandang ke laman ibu bapa saya untuk menunaikan keinginan anak kesayangan. Dan itulah kali pertama saya dan dia bersua muka. Tiada perkataan yang terucap hanya berbalas senyum. Selepas itu baru kami saling berhubung lewat perbualan telefon dan sedikit demi sedikit kasih saya kepadanya mula terbina.


Pertama kali saya melangkah ke rumah emak di Teluk Intan, peluh dingin mengalir. Bukan sedikit saya mendengar kisah hubungan ibu mertua dan menantu perempuan. Malah jarang sekali saya mendengar yang baik-baik. Hati sangat-sangat bimbang andai saya tidak mampu menjadi menantu idaman hati mertua. Namun ketakutan saya tidak berasas sama sekali. Emak bukanlah mertua yang cerewet yang mengharapkan kesempurnaan. Emak menerima saya seadanya dalam keluarga itu. Malah emak mendidik saya dalam hal rumah tangga seperti mana dia mendidik anak-anak gadisnya sendiri. Mengajar memasak dan sebagainya. Hari demi hari saya di rumah emak, hati saya semakin senang. Emak seorang yang sangat-sangat penyayang. Saya dapat melihat kasih sayang emak yang melimpah ruah saat dia rancak bercerita kepada saya tentang kisah waktu kecil anak-anaknya saat kami usai solat zuhur bersama-sama. Sedang-sedang rancak berbual emak nampak kelibat anak lelakinya yang baru pulang. Emak tiba-tiba tersenyum.

"Dahulu masih comot-comot berlari ke sana ke mari sekarang sudah jadi suami orang. Sekejapnya masa berlalu..." kata emak sambil saya lihat air matanya bergenang. Emak cepat-cepat mengajak saya ke dapur kerana orang-orang lelaki di rumah itu sudah mula pulang dari masjid.

Melihat mereka saya sendiri tidak sabar mahu menjadi seorang ibu. Saya mahu mempunyai kekuatan dan kemurahan kasih sayang seperti mana yang mereka miliki. Saya mahu menjadi murabbiah buat anak-anak yang saya lahirkan sendiri. Tetapi saya tidak pasti adakah mampu saya menjadi seperti mereka. Membayangkan kesakitan melahirkan anak pun sudah membuatkan saya berfikir dua tiga kali. Tetapi wanita-wanita ini adalah mereka yang pernah menyabung nyawa demi untuk melahirkan zuriat yang menjadi penyambung zaman. Bukan sekali malah berkali-kali. Dan setiap kali itu kesakitan bukan yang calang-calang. Kesakitan yang mempertaruhkan nyawa.

Mereka wanita hebat, mereka wanita yang amat saya kagumi. Mereka dalam pandangan saya lebih hebat dari wanita yang duduk di meja menjadi pengarah urusan syarikat mega. Mereka menjadi hebat dengan hanya menjalankan tugas mereka di rumah itu sebaik yang mungkin dan sehabis mampu. Mereka wanita yang menjadi hebat dengan hanya memenuhi fitrah wanita dengan sebaiknya. Mereka menjadi tunjang kekuatan si suami dan menjadi tempat anak-anak menumpang kasih. Sehebat mana pun sesiapa di luar sana tidak dapat tidak bermula dari pengorbanan wanita-wanita seperti mereka. Yang sanggup mengorbankan apa saja demi untuk melihat anak-anak ini bahagia. Kerana cinta mereka kepada saya dan anak-anak mereka adalah cinta yang tanpa syarat. Cinta yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Mereka hanya memberi, memberi dan terus memberi tanpa pernah meminta...

Saya kasih mereka dengan sepenuh hati... Kerana mereka ibuku...

SELAMAT HARI IBU EMAK!

Buatmu Ibu

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Sudah telefon ibu anda untuk hari ini/ minggu ini/ bulan ini?

Saya. Matahari dan Exam!

Assalamualaikum...

Matahari sudah semakin setia memancarkan cahayanya setiap hari. Malah dia tidak lagi segan silu dan sembunyi-sembunyi, tetapi dengan rela memancarkan cahayanya yang indah dan menghangatkan. Dan saya dapat lihat jelas sekali cahayanya itu membawa kegembiraan dan warna.-warni. Pohon-pohon yang dahulunya hanya beranting kini sudah kembali lebat dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna yang indahnya sungguh mengasyikkan. Subhanallah.. betapa Maha Bijaksana pencipta alam ini menata muka bumi ciptaanNya. HambaMu bertasbih dengan hamdallah... memuji kebesaran Mu. Dan saya melihat alam di sekeliling ini tidak pernah jemu bertasbih tanpa mengira musim. Panas, sejuk, kuntum, luruh... mereka sentiasa akur dan berserah diri kepada Allah. Namun, bagaimana dengan manusia?

Musim panas begitulah... musim yang paling dinanti-nanti. Kalau sebelum-sebelum ini berlari dua kali keliling Platfield pun belum tentu berpeluh tetapi sekarang berjalan 15 minit dari rumah ke kelas pun sudah berkeringat. Kalau dahulu tidak boleh tidak pakaian mesti berlapis-lapis, sekarang saya senang-senang aja berbaju kurung ke kelas. Tetapi musim-musim panas begini juga menguji iman... kerana yang disekeliling semakin singkat dan terdedah. Waktu-waktu begini harus lebih tunduk mengira batu jalan. huhu! Jangan sangka menjaga pandangan itu hanya untuk kaum adam... yang perempuan juga perlu menjaga bukan? Gelap hati nanti kalau selalu melihat yang bukan-bukan. Tambah-tambah dalam waktu-waktu genting bila mana masing-masing mengharapkan kecerahan hati.

Hari ini hari terakhir kuliah. Selepas ini sudah minggu mengulangkaji untuk peperiksaan. Saya sendiri sudah sejak beberapa hari ini ber'uzlah' di perpustakaan. Baru sudah menghantar keping terakhir tugasan kuliah untuk tahun akademik ini. Lega. Satu perkataan saja untuk mengungkap perasaan saya ketika ini. Tadi sepulangnya dari perpustakaan saya menghadiahkan diri sendiri dengan ais krim 80 p dari van comel di tepi jalan.

"Hope you have a nice day!" si penjual ais krim tersenyum gembira.
"Certainly.. with this beautiful weather," senyumnya saya balas.

Saya menikmati lazatnya ais krim. Dinginnya sungguh melegakan dalam panas terik itu. Nikmat! Namun, lapangnya fikiran itu tidak lama apabila saya akhirnya mula berkira-kira menyusun jadual studi intensif dalam minda. Hooo.. inilah akibat tidak mengulang kaji dari awal. Bukan tidak cuba malah sudah banyak kali. Kalau bisa saya katakan sejak dari bangku sekolah lagi saya mencuba namun keputusannya: gagal! Mungkin otak saya otak yg suka didesak dengan kekangan masa..ahaha! Kamu juga seperti sayakah?

Jadual exam orang minyak!
  • PETROPHYSICS : 16 MAY
  • SOLID FLUID FLOW : 20 MAY
  • GEOPHYSICAL METHOD : 23 MAY
  • SEDIMENTOLOGY : 28 MAY
  • MOMENTUM, HEAT & MASS TRANSFER : 2 JUNE
Habis saja peperiksaan 2 June itu, petangnya saya ke Scarborough (which i totally have no idea where it is!) sehingga 6 June untuk menikmati keindahan batu-batuan ciptaan Tuhan. Dan hari ini sudah dapat tiket pulang ke Malaysia!!! yeay! Betul-betul tak sabar mahu pulang... mahu jumpa semua yang tersayang yang saya amat rindu!

Study! Study!

Assalamualaikum..

Exam lagi dua minggu..semua orang sedang bertungkus lumus study termasuklah saya (konon la kaan..haha!). I wish I could study as hard as the little man in the video below..hihi!



Haha..lega sekejap otak saya melihat baby comel yg kuat study nih. Hehe! Tibe2 rasa cam nak baby la pulak. oh.. oh!

Abaikan saya yang melalut di malam hari.

Doakan yang terbaik untuk semua.. study hard and pray hard!

wslm

Edisi Siasat: Sepetang Bersama Makcik2 Manchester

Salam sejahtera..

Misi saya pada hari ini ialah mengintai kehidupan makcik-makcik di kota Manchester dalam mengharungi masa-masa kritikal sempena peperiksaan yang bakal menjelang. Kelihatannya makcik-makcik ini tidak sebegitu risau dan panik seperti mana yang saya sangkakan. Malah mereka dilihat beriang gembira di tepi tasik yang penuh dengan itik terkedek-kedek. Saya.. wartawan Qatrunnada, menyelami perasaan makcik-makcik ini dalam menghadapi hidup mereka yang serba mencabar. Ikuti wawancara saya..Sepetang Bersama Makcik2 Manchester


Mengintai makcik-makcik yang sedang bergossip di bawah pokok sambil melihat itik terkedek-kedek.

Juadah krew Edisi Siasat ini di taja oleh Ida's catering (Laksa Penang First Timer dan Donut Lidl)

Saya cuba melaporkan keadaan tempat suspek dari semasa ke semasa

Mereka masih dilihat bergossip. Ahli mesyuarat telah bertambah lagi 2 orang menjadikan keadaan semakin hangat dan panas.

Saya yang sedang cuba mencari sudut yang lebih baik utk mengstalker makcik2 agar isi perbualan mereka dapat didengar dgn lebih jelas.

Sesi temuramah bersama makcik I dan E


Makcik-makcik bersama penulis


Penulis membawa makcik-makcik merenung kejadian alam. Makcik-makcik semakin insaf



Penulis membawa makcik2 pulang ke pangkal jalan setelah sedar exam dh dekat


Sesungguhnya exam telah merosakkan kewarasan saya. Sebenarnya sedari pagi tadi bertungkus lumus studi dengan Cik E untuk peperiksaan yang sudah sangat hampir. Apabila hari dah petang dan otak dah tepu saya ajak Cik E beriadah sambil berlari-lari anak di taman. Ditakdirkan Cik I dan Kak A merancang rehlah di sana pada petang itu. Jadi kami menjemput diri kami sendiri untuk turut serta. Hehe! Terima kasih untuk Laksa Penang yang sedap...cucur low density yang menyihatkan dan donut Lidl... dan yang paling utama... Terima Kasih atas ukhuwah yang sangat manis ini.. Moga Allah sentiasa tautkan hati-hati kita. Sayang antunna fillah....

sisters@plattfield

Entry yang tak penting...

Assalamualaikum...

Saya bosan duduk keseorangan dalam bilik. Kerja-kerja kuliah menimbun sebenarnya tambah peperiksaan yang sudah sangat-sangat hampir. Tapi kepala dan hati enggan mahu membuka buku dan menelaah. Sementelah sangat2 penat menjelang hujung minggu seperti ini. Hari ini saja ada dua deadline lab report dan coursework yang perlu dihantar siang tadi. Ada pula mock exam untuk kertas Solid Fluid. Dan sesi lab yang panjang sampai ke petang. Otak minta rehat tapi baru mahu duduk tenang2 sudah disibukkan dan diserabutkan pula kepala dengan masalah lain! oh..oh.. Lupakah kamu tiada rehat di dunia ini? Rehat yang abadi di syurga kelak.

Sementara menunggu mood study datang saya isi masa dengan melompat-lompat dari blog ke blog. Akhirnya saya berkeputusan mahu update blog sendiri yang sudah terlalu lama saya abaikan. Tak ada idea sebenarnya nak tulis apa tiba-tibe terjumpa this blog-thing yang menarik. Mahu tahu ape maksud nama saya tak? (Suke hati die jek elaborate panjang lebar nama saya, padahal mak saya kasi nama tu sebab nak saya jadi perempuan yang halus dan lemah lembut. Maklumla maksud nama saya 'cahaya kehalusan'... hui2!)




What Nur Liyana Means



You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



Haha...poyo jek elaboration die kan? Ada yang betul ade yang tidak... tak penting pun kamu nak fikir sama ada betul ke tak personaliti saya macam tu. Tak menambahkan iman pun. Kalau kamu datang lawat saya kat bilik saya ni sambil membawa buah tangan seikhlas hati insyaAllah menambahkan pahala. Haaa..tambah musim2 kritikal ni. Tak sabar nak balik Malaysia!!! (padahal tiket pun belum beli lagi..haha!).

Cukuplah saya melalut. Nak pegi minum kopi sat...

wassalam

REMEMBERANCE OF AL-QUDS


Assalamualaikum wmt wbt...

Presenting.. another great event by MSMNorthwest

REMEMBERANCE OF AL QUDS




Their EYES have seen it...our HANDS can shape it!

Come and join us!!



Qudwah

Assalamualaikum wmt wbt..

Setelah sekian lama saya meninggalkan persinggahan ini terabai begitu sahaja.. akhirnya dalam suasana damai petang di Dublin ini, saya berkeputusan untuk kembali. Kembali mencoretkan sesuatu yang saya kira bukan untuk tatapan umum tetapi lebih kepada refleksi diri saya sendiri. Melihat ke belakang dalam tempoh waktu kebelakangan ini sejak saya sudah semakin 'liat' untuk menulis, sesungguhnya banyak sungguh momen-momen yang saya kira wajar saya rakamkan di persinggahan ini. Kaunter pelawat pun sudah lama lembap dan hampir terhenti detiknya lantaran tiada apa yang baru pun untuk ditatap. Bila ditanya mengapa sudah lama tidak menulis, saya ujarkan "Hati aku ini kering..." Untuk menyentuh hati yang membaca saya kira hati si penulis perlu basah dengan iman dan ilmu. Sehebat mana pun penulisan jika tidak dari hati, tidak mungkin bakal meninggalkan kesan di hati yang membaca.

Baru pulang dari sebuah lembah terpencil yang begitu meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya. Awalnya hati amat berat mahu meninggalkan yang tersayang pulang ke tanah air sendirian lalu sudah berkira-kira tidak mahu menjengahkan wajah di lembah terpencil ini. Si dia datang menziarah selama dua minggu mengubat saya yang makin sakit hari ke hari. Mungkin sakit yang tidak nampak alami tetapi semakin hari semakin membeban dan memberat. Saya sendiri tidak tahu punca. Bebanan tugas sehari-hari membuatkan saya semakin hilang punca. Alhamdulillah kusut itu terungkai satu demi satu. Sambil tangannya membelai lembut..dia menuturkan kata-kata penawar hati. Katanya saya perlu lebih berlapang hati. Katanya amal dan budi perlu ikhlas kerana Ilahi. Katanya untuk melihat yang lain berkorban saya perlu lebih dahulu mengorbankan diri. Katanya hidup ini adalah tidak lain hanya untuk Allah, maka segala keinginan untuk kesenangan diri harus ditolak ke tepi. Dan saya mendengar tuturnya satu-satu, perlahan-lahan meresap di dalam hati. Lalu diam-diam saya bertekad, diri aku perlu diubah. Walau dengan apa cara pun. Allah terima kasih atas kurniaan kasih sayangMu ini.

Saya bertekad untuk tidak lagi menangis. Tidak sama sekali. Saat mata ini menyoroti pemergiannya pulang ke tanah air, air mata ini hanya bergenang. Lalu cepat-cepat saya seka kerana saya tidak mahu lagi ia menitis. Allah dengan sifatNya yang Maha Pemurah membenarkan sedikit kelapangan untuk kami.. maka adakah patut untuk saya meminta yang lebih dari ini? Setelah bas yang membawanya hilang dari pandangan saya berdiri berjurus-jurus di situ. Mengumpul kekuatan sebelum melangkah kembali. Dengan langkahan saya yang baru insyaAllah. Ada tanggungjawab yang menanti saya di lembah terpencil itu. Lembah yang hampir saya tinggalkan kerana lupa akan tanggungjawab hamba ini. Kerana tanggungjawab itu, di pertengahan perjalanan itu kami tidak sedikit pun ragu untuk berpisah. Kerana ikatan kami sepatutnya kerana akidah dan dakwah. Alhamdulillah setelah beberapa ketika perjalanan saya akhirnya tiba ke destinasi.

MasyaAllah... Allah itu benar Maha Penyayang. Dia sesungguhNya Maha Mengetahui segala apa yang sedang saya tanggung ketika itu. Lalu dia memandu hati saya untuk berada dalam lingkungan ukhuwah ini. Ukhuwah yang tidak membenarkan sama sekali untuk air mata saya mengalir. Di kelilingi wajah-wajah yang menuntut saya untuk menjadi lebih kuat. Wajah-wajah yang menuntut saya menunaikan tanggungjawab syahadah. Alhamdulillah.. empat hari itu saya lewati dengan menerima dan dalam masa yang sama turut memberi. Saya ingin hati saya seperti salju putih yang turun itu. Saya mahu jadi segagah daffodil yang walau dingin masih mampu berdiri. Lembah terpencil itu sungguh... banyak membantu saya kembali ke pada tujuan. Saya mahu jadi hamba yang benar-benar bersyukur.

Belum sempat lama saya di bilik sendiri (yang tentunya menyeksa jiwa dengan kenangan itu) saya terbang pula ke kepulauan ini. Yang telah sekian lama ingin saya jejaki tetapi tidak pernah berkesempatan. Dan sekarang ini saya di sini... di petang yang damai kota Dublin. Masih dalam pelukan hangat ukhuwah. Teratak ini mengajarkan saya apa ertinya menjadi qudwah dan betapa pentingnya menjadi qudwah. Setiap detik saya di sini mendidik saya supaya ihsan dalam amal. Saya malu dengan diri saya sendiri. Diam-diam diri ini terasa amat kagum melihat mereka. Saya secara tidak langsung telah termasuk dalam rutin mereka yang saya kira rutin seorang mujahidah sejati. Saya kira ini hidayah Allah. Allah mahu saya melihat mereka sebagai contoh dan nilai-nilai yang saya lihat ini harus saya bawa pulang untuk saya pratikkan dalam kehidupan saya selepas ini. Allah telah memberikan saya satu pakej yang lengkap untuk memulihkan diri dan memulakan hidup baru. Bermula dengan hati saya dipulihkan, diberikan medan untuk saya mencurahkan dan model untuk saya contohi. Saya mau jadi Q.U.D.W.A.H !

Syukur...

Terima kasih Allah atas kasih sayang ini.

Untukmu

Sedang sibuk bergelumang dengan projek dan kerja yang berlambakan. Masa sudah suntuk. Penat fizikal dan mental mengadap komputer sejak dari pagi tadi hingga ke lewat malam ini. Berhenti rehat-rehat sebentar sebelum sambung kembali kerja-kerja yang belum selesai. Tiba-tiba ada teman menegur di tetingkap Y!M.

BUZZ!!

"Mahu baca komik?"
"Boleh juga.."

..........sending files..........

(Click pada imej untuk paparan jelas)









Haih..terkenang...
Tersenyum sendiri-sendiri...
Tiba-tiba telefon berdering
"Assalamualaikum, yana.."
"Waalaikumsalam wmt.."
Air mata menitis... alhamdulillah
Terima kasih Allah

Jadilah Ulul Albab, Bukan Pemilik Fikiran Lembap

Assalamualaikum wmt wbt..



Hari ni membaca ruangan bicara agama di Utusan Malaysia. Kali ini Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, mufti negeri Perlis menulis artikel yang bertajuk “ Jadilah Ulul Albab bukan pemilik fikiran lembap”. Hati tertarik untuk membacanya kerana semasa pulang bercuti pada cuti musim dingin yang lepas, di tempat tinggal saya Terengganu banyak memaparkan papan-papan iklan yang tertulis slogan “ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB”. Ketika itu hati saya terdetik, apakah yang dimaksudkan dengan generasi Ulul Albab? Tidak dapat tidak hati teringat akan ‘Ahmad Albab’ dalam filem seniman P. Ramlee. Dalam berfikir itu kami melintasi pula papan iklan yang lain. Papan iklan yang seterusnya memaparkan kejayaan anak-anak kecil Terengganu. Hati makin melonjak-lonjak ingin tahu tentang Ulul Albab.


Lalu saya bertanyakan pada suami yang sedang memandu tentang maksud Ulul Albab itu. Maklumlah sekali-sekala pulang ke Malaysia, saya mungkin ketinggalan dalam mengikuti isu atau agenda terbaru negara. Lantas dia teringatkan sepotong ayat al-Quran yang ada menyebut tentang Ulul Albab lewat hafazan di dalam kepala. Katanya Ulul Albab itu bermaksud golongan yang berfikir. Lalu kami berbincang-bincang tentang apa yang cuba dimaksudkan dengan slogan di papan iklan itu sehingga akhirnya kami tiba di rumah. Setibanya di rumah itu saya lalu membelek al-Quran mencari ayat-ayat yang menyebut kalimah Ulul Albab bagi memastikan keraguan yang bermain di minda. Kalau dalam terjemahan Al-Quran yang saya miliki ini, Ulul Albab yang saya temui dalam surah Az-Zumar membawa maksud ‘golongan yang mempunyai akal sehat’. Kelemahan saya, pencarian saya tentang Ulul Albab berakhir di situ lantas terus hilang dari ingatan hingga hari ini diingatkan semula lewat membaca penulisan Dr. Mohd Asri. Lantas saya serba sedikit lebih faham tentang Generasi Ulul Albab seperti yang dilaung-laungkan di Malaysia lewat akhir-akhir ini.


‘Perkataan ‘Ulul Albab’ disebut dalam al- Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi. Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal. Maka membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran. Sebaliknya adalah dengan mewujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia dan seterusnya. Lihat Allah sifatkan golongan Ulul Albab ini;


‘Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba- Ku. (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab’
(al-Zumar: 17-18)’


Tulis Dr.Mohd Asri lagi. tidak termasuk dalam golongan Ulul Albab mereka yang menelan apa saja yang disampaikan kepada mereka tanpa membuat penilaian yang baik. Lalu ia langsung reflek kepada diri saya sendiri. Adakah kita tergolong dalam golongan Ulul Albab? Benar kita ini belajarnya tinggi, malah lebih daripada itu sampai ke luar negara kita menuntut ilmu tetapi belum pasti kita tergolong dalam generasi Ulul Albab seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran. Ada antara kita yang hanya belajar dan belajar tanpa mempersoalkan apa yang di pelajari. Malah ada sesetengahnya di antara kita yang tidak tahu mengapa dia perlu belajar sesetengah perkara yang dijadualkan dalam jadual waktu kelasnya sehari-hari. Kita menerima segala apa yang di ajarkan kerana itu sudah tertulis dalam buku oleh mereka yang bertauliah dalam bidangnya. Kita menerima segala yang di ajarkan kerana mahu mencukupkan nilai kredit agar di akhirnya nanti kita memperolehi segulung ijazah. Tetapi apakah kita pasti bahawa di hujung kembara ilmu kita di bumi asing ini nanti mampu melahirkan kita yang tergolong dalam generasi Ulul Albab? Kerana golongan Ulul Albab itu hanyalah ‘mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik’. Bukanlah maksud saya kita perlu mempersoalkan setiap fakta yang tertulis dalam buku-buku teks itu. Tetapi setidak-tidaknya kita berfikir bagaimana mungkin mampu kita memanipulasi segala apa yang kita pelajari dalam menambah nilaian kita sebagai seorang Muslim yang belajar dan berfikir.


Pernah atau tidak terfikir bagaimana ilmuan Islam dahulu mampu jadi hebat sehingga melahirkan hasil-hasil garapan ilmu yang amat dikagumi dalam bidang ilmu masing-masing? Imbas kembali zaman kegemilangan Islam di mana Islam menjadi ustaziatul alam. Tidak dinafikan sumber ilmu ketika itu juga datangnya daripada Greek, Rom, Mesir Kuno, India dan China, tetapi ilmu-ilmu tersebut disadur dan ditapis dengan kefahaman Islam sehingga melahirkan tamadun Islam yang unggul. Ketika itu lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Khawarizmi dalam Matematik, Ibnu Rusyd dalam bidang perubatan dan falsasah serta ramai lagi. Mereka inilah yang layak digelar golongan Ulul Albab. Mereka belajar dan mendalami ilmu kerana semangat cintakan ilmu dan mahu mengetahui. Bukan hanya sekadar ke sekolah kerana semua orang ke sekolah. Ke universiti kerana mahukan penghormatan masyarakat yang memandang tinggi orang yang berijazah.


Apakah kita mengira bahawa kita tergolong dalam golongan Ulul Albab andai kita sebagai pelajar dan generasi muda sering terikut-ikut dengan gaya artis-artis barat yang tidak bersempadankan agama. Mungkin kita menafikan kita terpengaruh dengan budaya yang mereka bawa, sedang tanpa kita sedari kadang-kadang kita mengkagumi dan menganggap apa yang dibawa mereka adalah yang terbaik. Lihatlah sekeliling dan nilailah semula diri sendiri. Adakah kita tidak sedikit pun terjejas dengan arus budaya barat yang menggila di sekeliling kita. Tambah lagi kita ini yang sememangnya sudah berada di tempat mereka. Menjadi generasi Ulul Albab bukan hanya terletak pada diri yang mampu menguasai ilmu dan memiliki segulung ijazah. Tetapi, untuk menjadi golongan yang disebutkan Allah itu, kita harus mampu untuk berfikir dengan kritis tentang apa yang diterima dari sekeliling kita lantas memilih apa yang terbaik dan menolak segala yang buruk tanpa mengikut secara membuta tuli.


Banyak lagi yang ditulis dengan menarik oleh Dr. Mohd Asri dalam artikelnya. Mahu baca lebih lanjut? Saya sertakan disini pautan untuk ke laman Bicara Agama tersebut. Maaf andai ada tersilap kata. Sesungguhnya ia lebih sebagai peringatan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ini. Wallahualam…

Coret-coret Malaysia

AMARAN: Entry jiwa-jiwa..read at ur own risk...hehe!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kurang 10 hari genap sebulan saya di tanah air.. melunaskan kerinduan pada yang tersayang dan menunaikan tanggungjawab yang tertunggak di sini. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. hari-hari yang saya lalui sejak di sini terasa cepatnya berlalu dan setiap detik terisi dengan kenangan yang amat manis untuk saya simpan dalam ingatan sepanjang berjauhan semula nanti. Kepulangan sebulan ini umpana mengecas semula semangat dalam diri saya sendiri sebelum menghadapi masa-masa yang lebih getir selepas ini. Ada ujian dunia yang menanti sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke bumi asing yang dingin itu. Mujur dia amat memahami malah dia yang selalu mengingatkan saya tentang studi dan buku-buku pelajaran. Dan dengan ditemaninya (meski dia seringnya tertidur lena di sebelah setelah seharian kepenatan bekerja… ) saya gagahkan diri menelaah pelajaran hingga larut malam. Moga Allah berkati usaha yang kecil ini dan mengurniakan yang terbaik untuk kami.. insyaAllah.

Alhamdulillah… walau amat sederhana kami punya teratak kecil milik kami sendiri. Pertama kali memandu saya ke rumah kami wajahnya berkerut risau. Sepanjang perjalanan (mungkin tanpa sedarnya) dia berkali-kali mengingatkan agar jangan saya menyimpan harap terlalu tinggi. Katanya rumah kami itu nanti hanya rumah papan yang tidaklah seindah mana…

“Macam rumah ni ke?” ujar saya sambil jari menuding pada rumah papan putih yg cantik di pinggir jalan.

“Tidaklah...lebih kecil daripada itu”

“Macam yang ini ke?” saya menuding pada rumah seterusnya.

“Tidak sayang… besarnya macam itulah tapi lagi usang” katanya lagi.

Kereta terus meluncur ke destinasi dan saya sendiri semakin tidak sabar mahu melihat rumah pertama kami. Pagi masih gelap..sempat kami menyertai jemaah subuh di sebuah masjid kecil sepanjang perjalanan itu. Sebelum subuh lagi kami sudah bertolak dari rumah emak, kerana pukul 8 nanti dia perlu masuk kerja. Akhirnya setelah sejam lebih perjalanan, kami sampai ke Kemasik. Matahari sembunyi-sembunyi memancarkan cahayanya. Pagi-pagi dalam waktu-waktu begini, Pantai Timur biasanya mendung- mendung sahaja. Monsun Timur Laut masih belum mahu surut. Dari jalan besar itu sudah kelihatan laut yang terbentang luas dengan pasir pantai yang memutih. Subhanallah indahnya… Saya memang sudah sejak kecil mengimpikan rumah yang hampir dengan pantai… malah kalau bisa anjungnya terus menganjur ke laut.

Kereta membelok masuk ke simpang ke Jalan Gong Chengal. Dari jalan yang besar tadi membawa kami menyusuri jalan kampung yang lebih kecil, terjalur antara rumah-rumah papan di kiri kanan jalan.

“Dah nak sampai dah” ujarnya.

Saya mengangguk saja. Dalam hati makin tidak sabar mahu melihat rumah kami. Yang mana satu antara barisan-barisan rumah itu nanti yang akan menjadi tempat saya dinobatkan menjadi surinya. Akhirnya kereta berhenti dihadapan sebuah rumah berpagar hijau. Saya tersenyum sendiri. Ini rumah pertama kami..alhamdulillah. Tidaklah seteruk yang dia gambarkan. Dia tidak mahu expectation saya terlalu tinggi barangkali. Rumah itu sederhana besarnya, terbina di atas sebuah laman yang agak luas. Ada pokok-pokok mangga merimbun di laman kiri rumah yang di bawah rimbunnya dibinakan pangkin kayu tempat bersantai-santai di petang hari. Lamannya perlu dibersihkan sedikit barangkali… pastinya akan indah semula. Pantai Kemasik sejauh 5-10 minit berjalan kaki saja dari rumah. Alhamdulillah… sederhana tapi pada saya cukup indah. Mana mungkin saya tidak bersyukur.

Jadi suri rumah pun bukan mudah rupanya. Itu baru berdua, belum lagi ada si kecil. Tak terbayang bagaimana nanti menjadi suri rumah andai sudah ada si kecil dan saya pula bekerja (hee..abang kene gajikan orang gaji nih..). Doakan rezeki saya juga di Kerteh ini nanti, tak sanggup lagi berjauhan dan jadi ‘weekend husband and wife’ saja (macam kebanyakan pasangan suami isteri yang berkerja di syarikat minyak ini). Saya... kalau boleh mahu membina putera puteri saya nanti dengan tangan saya sendiri. Mahu melihat mereka membesar di depan mata, melihat langkah pertama mereka dan mendengar perkataan pertama mereka dengan mata dan telinga sendiri... insyaAllah.

Selainnya… masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kecil kami. Ke sana dan ke mari…menunaikan tanggungjawab diri dan hak2 orang-orang lain ke atas kami. Ke Kuantan menziarahi emak dan abah saban minggu, berhari raya Qurban di Teluk Intan (pertama kali merasa disengat tebuan semasa mengait rambutan di laman rumah..hehe!) dan hujung minggu biasanya diperuntukkan untuk dakwah. Tambah pula musim-musim menunggu keputusan SPM ini. Setiap minggu pasti kami terlibat membantu dalam program lepasan SPM untuk adik-adik. Dia di depan sana memberi pengisian dan saya hanya menjadi ‘panadol’ merawat kepeningan adik-adik di bahagian akhowat. Pastinya pengalaman ini jauh berbeza dengan medan di luar negara sana. Terasa diri keluar sebentar dari kelompok insan-insan terpilih, si bijak pandai di bumi asing itu. Dan masuk pula ke dalam kelompok adik-adik yang baru mahu kenal dunia selepas keluar dari lingkungan pagar sekolah.

“Akak.. baru sekarang saya faham konsep Qada’ dan Qadar. InsyaAllah lepas ni saya dah takkan takut-takut lagi dah bile fikir tentang hidup… Allah dah atur semua kan?”

“Ya Allah akak..bayangkan.. dah 17 tahun saya hidup dengan hidup yang tak ada tujuan yg jelas. Yang kalau ada pun bengkok sama sekali. Baru hari ni akak… baru hari ni selepas 17 tahun saya lahir saya akhirnya baru tahu apa tujuan hidup saya…”

“Hari ni saya rasa… sesuatu yang saya bina sikit-sikit sejak dari 17 tahun lepas dihancurkan macam tu saja akak… dan di atas kehancuran tu terbina binaan baru yang lebih indah dan benar. Rupanya selama ini saya tidak sedar yang saya bina selama 17 tahun itu salah sama sekali”


Air mata berlinangan di pipi halus mereka. Hembusan angin Laut Cina Selatan seakan-akan menghembus pergi segala jahiliyah yang ada dan membawa bersamanya suatu permulaan yang baru untuk adik-adik ini. Allah Ya Rabbi… pandulah hati-hati kecil yang suci ini. Saya perhatikan satu-satu wajah-wajah itu dan membiarkan mereka sebentar melayan perasaan. Ada yang menguis-nguis pasir pantai yang halus dan putih itu. Ada yang jauh lontaran pandangannya ke laut lepas. Ada yang masih tekun menulis muhasabah diri di atas kepingan kertas. Pasti nanti rindu hati ini pada mereka. Bagaimana lagi mahu bertemu sedang saya perlu pulang semula ke medan juang di barat sana dan mereka terus di sini dengan haluan masing-masing selepas ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, moga hidayah dan petunjukNya terus bersama kami semua. Selagi semua di jalan ini, insyaAllah suatu hari nanti kami pasti bertemu lagi. Jika tidak di dunia ini insyaAllah dengan izin Allah di syurga nanti. Masing-masing sudah janji mahu sentiasa berutus khabar selepas ini.

“Saya mahu jadi macam akak nanti” kata si comel itu sambil tersenyum-senyum selepas saya memeluknya erat sebelum berpisah.

“Tidak… kalau boleh akak tak mahu sesiapa pun dari kamu semua jadi macam akak.”

“Kenapa?” soalnya dengan wajah berkerut. Saya hanya tersenyum.

“Akak nak tengok kamu semua jadi jaaaauh lebih baik daripada akak insyaAllah”
Siapa tahu suatu hari nanti, mereka inilah yang bakal duduk2 begini bersama anak-anak saya... menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam yang mereka peroleh hari ini? InsyaAllah...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" ( Al-Furqan:74)










Solat = buang air?


"Okay..you'll have 5 minutes break"

Saya capai cardigan panjang hitam lalu mahu bergegas keluar dari dewan kuliah. Mahu menunaikan solat Zuhr yang hanya berbaki lagi setengah jam.Belajar di bumi asing ini mahu tidak mahu perlu pandai2 menyesuaikan diri sebagai seorang 'muslim yang belajar'. Jadual waktu kelasnya jarang yang menepati waktu solat tambah dalam musim dingin seperti sekarang ini yang waktu solatnya semakin pendek. Jika waktu sangat tidak mengizinkan, terpaksa dijama' sahaja solatnya. Tidak ada surau atau ruang khusus yang disediakan di semua department, lalu biasanya sudut-sudut tersembunyi di hujung koridor akan dimanfaatkan untuk menunaikan kewajipan.

Cardigan dihampar sebagai sejadah, takbir diangkat mengadap Allah SWT. Usai solat saya masuk semula ke dewan kuliah. Saya terlewat beberapa minit, pensyarah pun sudah memulakan semula kuliahnya. Sempat menghantar pesanan ringkas pada teman sekuliah:

'x kuar solat Zuhr td? Zuhr dh abis awl skang.Nk tunggu abis lect tak sempat'
'xpe ah.Blh jama' jek kan?'
'tp kan ade break td.Smpt jek kalau kuar solat kejap'

Mesej saya sudah tidak lagi berbalas selepas itu bila masing-masing sudah kembali menumpukan perhatian pada pengajian. Fikiran saya menerawang berfikir tentang rukhsah solat. Rukhsah solat itu bergantung kepada kemampuan kita untuk menunaikan kewajipan itu. Sejauh mana batas kemampuan yang membolehkan kita rukhsah solat sebenarnya terpulang kepada kita sendiri untuk memutuskannya. Memanglah sebelum datang keluar negara dulu, ustaz di pre-departure briefing beritahu boleh dirukhsahkan solat kalau waktu kelas tak mengizinkan, ie exam atau lab yang berjam-jam sehingga habis waktu solat. Tetapi kalaulah ada waktu senggang 5-10 minit antara kuliah, sepatutnya tiada alasan untuk kita jama' solat.

"Mana sempat dalam lima minit tu nak ambik wudhu lagik, nak cari tempat solat lagik"
"Ish ade ke sempat solat dlm masa sesingkat tuh. Tak khusyu' ah nanti terkejar-kejar. Baik takyah solat camtu. Kalau jama' leh solat kat umah. Ada masa lebih sket nk khusyu'. Bersih sket dr solat kat koridor"

Macam-macam alasan kita boleh bagi pada manusia untuk membenarkan tindakan kita tetapi Allah Maha Mengetahui bukan? Sepatutnya solat jadi barometer pengurusan masa kita. Hidup kita sepatutnya berkisar dan disesuaikan dengan waktu solat kita dan bukannya solat itu yang perlu disesuaikan dengan gaya hidup kita. Waktu solat itu hanya diselit-selit dalam jadual harian kita yang padat. Solat itu sebenarnya umpama tiang yang sepatutnya ditegakkan dahulu sebelum menambah binaan-binaan yang lain. Bukankah selalu kita dengar "Solat itu tiang agama"?

Hmm..cuba bayangkan kamu dalam dewan kuliah, tiba-tiba kamu rasa nak terbuang air (terpulanglah nak bayangkan air kecil atau besar). Dah tak tahan sangat dah ni, perut memulas-mulas. Rasanya kamu akan tunggu sampai kuliah tu habis tak sebelum ke tandas bagi menunaikan hajat yang terpendam itu?

"Ishk.. kalau aku pegi tandas skang sure lame jugak nak settlekan perut yang memulas ni, nanti aku miss pulak point2 penting yg lecturer ni kasik. Aku kan pelajar contoh, tahan ah sket"

Baiklah..lupe pulak saya sedang bercakap dengan pelajar contoh yang tak pernah tertinggal kuliah. Paling kurang pun kalau antara kuliah tu ada lima minit waktu senggang pun saya pasti kamu akan berlari-larian mencari tandas terdekat bukan? Sekarang kamu dah sampai kat tandas tu, nanti dah selesai menunaikan hajat kamu nak beristinja' pulak kan? Alamak, lupe pulak tandas kat UK ni takde paip air, sebab orang di sini menyucikan najis mutawassitah dengan menggunakan toilet rolls. Selaku orang Melayu yang dah biasa beristinja' dengan air, kamu masih mahu buang air juga ke? Ke lebih baik tunggu sampai balik umah nanti sebab kat umah dah tersedia cebok air, senang sket kan?

"Ishk.. mana bulih. Dah tak tahan dah nih. Ape susah bawak la botol air siap2 dari rumah. Kalau tengah2 kuliah rasa macam nak pi tandas, gune jek la botol tu jadi cebok"

Uih..bijak betul kamu. Dah tahu ada kemungkinan akan sakit perut masa tengah2 kuliah, bawa la botol air kosong siap2 kan? Eh..eh..tapi.. sanggup pulak kamu gune tandas awam ni ye? Selesa ke nak melepas hajat nanti? Ke lagi baik tunggu balik rumah aje. Tahu pulak kamu kat ceruk hujung koridor tu ada tandas?

"La...of course la tahu kat cni tandasnya. Dah hari-hari ada kelas kat cni kalau tak tahu jugak, tak tahulah ape nk kate. Dari hari first dulu dah survey kat mana tandas. Senang nak pergi kalau emergency..hehe!Takkan nk tunggu balik umah kot..gile ape kamu ni?"

Huhu..cuba bayangkan urgensi untuk menunaikan solat itu, sama urgennya untuk membuang air besar? Kalau sudah tiba masanya, kuliah pun sanggup kita tinggalkan sebentar untuk menunaikan kewajipan itu bukan? Sepatutnya dari awal lagi sudah sedia maklum jam berapa kelas akan habis dan jam berapa pula masuk waktu solat dan habisnya. Jadi dari rumah lagi, sebelum keluar kita sudah siap-siap berwudhu' (samalah macam bawa botol air kosong siap-siap untuk istinja') dan berpakaian yang sesuai untuk solat di antara waktu kelas itu. Tidak wujud isu tak sempat berwudhu' atau pakaian tak sesuai untuk solat. Sebab solat itu jadi keutamaan jadi awal-awal lagi kita telah menyiapkan diri kita untuk solat pada bila-bila masa yang memerlukan. Kalau sudah saban minggu dan sepanjang tahun ada kuliah di bangunan itu, sepatutnya kita sudah jelas di sudut atau bilik mana yang sesuai untuk kita solat. Kalau boleh dari hari pertama lagi, selain kenal pasti mana satu dewan kuliah kita, kita kenalpasti juga di mana prayer spot kita. Bawaklah kompas kiblat siap2 dalam beg. Bukanlah berat mana sangat pun kompas tu. Tiada isu tak ada tempat mahu sujud. Bumi Allah inikan luas?

Program yang saya hadiri minggu lepas membawa kami menyusuri bab seterusnya dari buku Maza Yakni. Kali ini temanya 'Saya perlu Muslim dalam Ibadah dan Keluarga'. Pengisiannya focus on meningkatkan mutu ibadah kita sehari-hari. Kadang-kadang saya rasa, bila dah jadi so-called dai'e nih kita kadang-kadang lupa nak check semula mutabaah amal kita even to the very basic ibadah seperti solat 5 waktu. Fikiran asyik sibuk fikir macam mana nak lagi cara nak dakwah fardiah orang lain, masa penuh terisi dengan program tarbiyah sehingga kadang-kadang kita lupa untuk mantapkan hubungan kita dengan Allah semula. Allah yang memegang hati-hati manusia... kalau hati kita sendiri tidak rapat dengan Allah, jangan harap dengan hati kita yang kotor atau kosong ini mampu menyentuh hati-hati lain untuk mendekati Allah juga.

Alhamdulillah... program sangat-sangat best! Semua speakers as usual hebat2 belaka. Program kali ini mengajar saya macam mana nak menjadikan setiap perbuatan kita dalam kehidupan sehari-hari sebagai ibadah. Siap ada checklist of a thought process yang patutnya happened in our mind each time we want to start doing something as to change the action to not just become as our a'daat but ibadat. Then ada bengkel memperbaiki mutu solat dan menambah khusyu'. (the most awaiting session of all..huhu!) Mengubah persepsi saya tentang ibadah selama ini.Malangnya terpaksa miss out a few talks sebab terpaksa dihantar ke hospital kerana perut yang meragam... huk! Alahai perut..masa-masa emas macam ni la awak nak bergurau senda dengan saya pula ye? Mujur ada Kak Sheila tersayang yang merekodkan program kali ni. Nak sangat share dengan semua kat sini tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah dalam entry lain ya?

Huuu dah panjang membebel...Sesungguhnya tangan yang menaip ini lebih dekat dengan hati si penaip daripada hati yang membaca (yang mungkin berada beribu batu jauhnya daripada si penaip!huhu!) Saya menulis untuk peringatan diri saya sendiri...insyaAllah. wassalam



Afwan..

Assalamualaikum..

Kembali menulis setelah habis rajuk saya lewat entry yang lepas. Bagi yang sempat membaca entry jiwa2 itu..maafkanlah penulis blog yang hanya meluahkan beban kerinduannya pd yang tercinta di tanah air itu. Tak berniat untuk menunjuk2 kemanisan berumah tangga apatah lagi menyinggung hati akhwat semua dengan entry 'mengada2' itu. Sempat saya bertanya pada seorang teman rapat setelah ditegur tentang entry itu:
"Tersinggungkah awak bila membaca entry saya yang lepas?"
dan jawapannya terungkai dalam entry baru di blognya. Jazakillah ukhti kerana sangat2 memahami. Jazakillah kerana sentiasa mendoakan dan insyaAllah pastinya doa saya bersama kamu juga

Ketika menulis itu saya terfikir ia hanya luahan perasaan saya saja (bukankah blog ini tempat meluah perasaan dan buah fikiran si penulis?) Tak sangka pula salah tempat rupanya. Afwan.. dan terima kasih bagi yang menegur. Cumanya mahu kembali saya ingatkan kepada pengunjung tetap teratak kecil saya ini, yang laman ini bukanlah laman intelek yang boleh anda jadikan rujukan. Bukanlah ditulis oleh orang yang alim dan wara'. Penulisnya hanya sekadar seorang muslimah biasa, yang hidupnya mungkin sama seperti kamu juga. Malah usianya mungkin sebaya kamu yang membaca. Makanya terima saja kebocahanannya andai terlihat. Manfaatkan kebaikannya andai terdapat. Tulisannya hanya sekadar tentang hidupnya sehari2. Saya menyambut dengan mesra sesiapa saja yg berkunjung tetapi jika layanan saya di sini menyinggung, maafkan saya. Terima apa yang terhidang di sini seadanya ya?

Sudah ada yang bertanya kenapa saya menutup pintu teratak ini sedang selama ini ia terbuka menerima sesiapa saja yang ingin berkunjung. Afwan.. sekali lagi. Nah ini saya buka semula pintunya.... Selamat datang kembali untuk semua.

wassalam


Bil telefon

Assalamualaikum..

Pulang daripada perjalanan yang agak jauh. Masih belum hilang penat sudah berkejar ke rumah jiran di Deyne Avenue bagi menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok. Tergerak hati mahu menyemak bil telefon untuk bulan ini. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. saya mengeluh panjang saat melihat helaian bil di laman internet. Tidak saya sangka access number yang menurut kata rakan-rakan saya itu tidak akan dibilkan itu rupanya selama ini dicas. Air mata saya menitis. Sungguh saya mengalami kesempitan wang akhir-akhir ni. Bila melihatkan angka-angka itu saya rasa sungguh terbeban dan tertekan. Mana lagi mahu korek duit untuk membayar bil itu?

Syaitan itu licik.. saat fikiran kita celaru ini, segera dibisikkan buruk sangka kepada Allah. (ntah-ntah syaitan tak terlibat pun..saya yang perasan sendiri2 digoda syaitan). Panggilan-panggilan telefon saya itu bukan untuk kemaksiatan tetapi untuk menunaikan tanggungjawab dan hak untuk mereka yang berada jauh di mata? Mengapa ini balasannya? Astaghfirullah.. sungguh saya mohon ampun dari Allah. Mungkin ini sebenarnya teguran dari Allah juga. Benar panggilan yang saya lakukan itu bukan maksiat malah ibadah, tetapi sejauh mana saya mengawal diri dan menjaga masa, itu yang menjadi persoalannnya sekarang. Islam menyarankan umatnya bersederhana dalam serba serbi aspek kehidupan dan amalan. Bukankah ini tandanya saya sudah berlebih-lebihan? Allah masih sayangkan saya maka dengan perhatianNya itu Dia menegur saya. Walau payah dan pahit tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya lebih beringat di kemudian hari.

Allah itu juga Maha Pemurah... disampaikan kepada saya kasih sayangNya dengan dikurniakan orang-orang yang amat menyayangi saya disekeliling saya. Alhamdulillah... dalam kecelaruan dan ngongoi tangis saya itu sentiasa ada sahabat yang menenangkan malah cuba membantu (kalian tahu kalian siapa). Tidak lupa pada si dia yang masih dengan tenang dan sabar memujuk tangis saya (walaupun saya mengejutkannya dari lena tidurnya jam 3 pagi). Saya hanya menghitung nikmat yang hilang sedang saya lupa melihat nikmat lain yang melimpah ruah di sekeliling saya, yang secara relatifnya tidak ternilai dengan wang ringgit yang terbang melayang itu...."Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?" Umar menangis kerana tidak datang ujian sedang saya ini menangis dengan ujian yang amat kecil ini.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aeIbad)

Kamu tahu semut? Semut kalau tidak bersayap dia duduk diam di celah batu, di celah dinding atau di mana saja yang selamat dari ancaman bahaya. Tetapi bila sudah bersayap, semut-semut itu tadi menjadi kelkatu. Lalu kelkatu ini terbang-terbang cuba melawan api. Dan akhirnya dia terbinasa dengan panasnya api itu. Manusia pun ada yang begitu. Ada yang apabila mendapat nikmat Allah, fikir dirinya sudah cukup hebat untuk mengingkari perintah Allah. Lalu tidakkah nanti sudahnya mereka ini seperti semut yang diterbangkan dengan dua sayap itu?

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi)

Jangan selalu kita sangka dengan nikmat yang kita kecapi, bermakna Allah sentiasa redha dengan kita. Mungkin juga nikmat itu diberikan hanya untuk meguji sejauh mana bersyukurnya kita. Teringat analogi yang pernah dibincangkan lewat pertemuan halaqah yang lepas. Bayangkan seorang ibu yang anaknya selalu merengek-rengek minta dibelikan gula-gula. Selagi tidak dibelikan selagi itu si ibu memujuk dengan penuh perhatian pada si anak supaya reda amuknya. Tetapi apabila anak itu masih tidak berhenti menangis, si ibu yang sudah jemu mendengar tangisan si anak lantas menurut sahaja kemahuan si anak "Ambil gula-gula ini. Pergi main jauh-jauh" kata si ibu. Anak yang gembira dengan sedikit nikmat manisnya gula-gula itu lalu berlalu pergi dengan gembira tanpa menyedari bahawa lakunya tadi melukakan hati si ibu.

Faham atau tidak analogi itu? Kalau tidak faham abaikan saja. Nanti saya cuba fikirkan analogi lain yang kamu boleh fahamkan. Pokok utamanya di sini adalah tidak perlu kita berpening berfikir kenapa orang yang hidupnya bergelumang maksiat masih mampu hidup mewah dan bersenang lenang sedang orang yang siang malamnya beribadah tidak mampu hidup sebegitu. (Ada kupasan menarik tentang ini oleh Maududi dalam buku Dasar-Dasar Islam.. nanti saya kongsikan dalam entry yang lain ) Sepatutnya kita tiada hak dan tidak perlu untuk mempertikaikan mengapa ini dan mengapa itu kerana tugas kita hanyalah mencari keredhaan Allah. Untuk apa hidup tanpa keredhaanNya kan?

Kalau kita sedang berbahagia dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kita, marilah kita duduk sebentar dan beriman sejenak (ijlis bina nu'min sa'ah). Adakah nikmat-nikmat itu kerana Allah redha kepada kita atau sebaliknya? Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan tetapi ditunjukkannya sejarah kaum-kaum terdahulu sebagai contoh. Firaun yang dengan nikmat kesihatannya dan umur yang panjang itu akhirnya merasakan dirinya cukup besar untuk mengaku sebagai Tuhan, akhirnya dibinasakan. Si Namrud yang merasakan dirinya cukup hebat lalu cuba membakar Ibrahim akhirnya mati dengan seekor nyamuk yang masuk ke hidungnya. Dan tidak lupa si Qarun yang memiliki bergudang harta yang akhirnya ditenggelamkan bersamanya. Semuanya telah ditunjukkan dengan jelas oleh Allah, maka terpulang kepada kita mahu mengambil pengajaran atau tidak. Tepuk dada tanya iman...

"Dan sungguh akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi ridak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah" (Al-A'raf:179)

~credit to my dear ukhti... thanx for forwarding the article. It helps me to go through this. jazakillah khayr..~

40 minit

Assalamualaikum..

Berhenti rehat disepanjang kelelahan berkejar-kejar ke sana ke mari sejak pagi tadi. Menghantar kerja-kerja kuliah, menghadiri makan-makan dengan penaja biasiswa, sebentar lagi pula temuduga wajah ke wajah dengan mereka. Entah apa yang mahu dilapor saya dan ditanyakan mereka saya sendiri tidak tahu. Yang pasti saya belum mengusaikan kepingan borang-borang yang telah sekian lama mereka kirimkan...

Sebab itulah saya di sini..membayar 50 pence utk 40 minit di alam maya. Sedang saya hanya mahu mencetak borang yang dikirim melalui e-mail. Masih ada berbaki masa 20 minit. Tergerak hati menitipkan sesuatu di sini. Ada suara-suara sudah berbunyi di chat box di sudut kiri laman ini bertanya-tanya mengapa sudah lama tidak menulis. Bukan tiada idea..bukan kehabisan ilham. Malah begitu banyak sekali yang ingin dikongsi. Sayang tidak selalunya berkesempatan. Tambah tiada kemudahan internet di bilik sendiri membuatkan saya selalunya bertangguh-tangguh untuk menitipkan sesuatu di blog ini. (ah..alasan..Hendak seribu daya..heh!) . Tambah ada lagi sekarang ini ada perkara lain yang perlu lebih diprioritikan menyebabkan blog saya ini sedikit sunyi. Ada insan-insan lain yang membutuhkan masa dan perhatian saya, lantas saya lebih senang melunaskan hak mereka terhadap saya. Tidak dapat tidak kesibukan itu membuatkan saya kadang-kadang kelelahan. Sering juga merungut dengan sambungan internet yang entah bila akan selesai masalahnya, yang tidak dinafikan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan saya sehari-hari. Mungkin kerana keterbiasaan dengan nikmat kemudahan itu membuatkan saya terlumpuh dengan ketiadaannya.

Masih berbaki 10 minit...

Oh..mungkin akhir-akhir ini kamu sering terlihat ada insan lain yang turut mencoret di sini. Sebelum terlupa mahu saya perkenalkan kamu dengan rakan kongsi di laman yang telah saya diami lebih setahun ini. Dia belahan jiwa saya..rakan kongsi dalam segalanya. Kata-katanya juga menjadi kata-kata saya... maka alu-alukanlah kehadirannya di sini.

Masih berbaki 2 minit...

Undur diri dulu ya.. InsyaAllah ada masa saya menulis lagi. Dengan sesuatu yang mungkin bisa bermanfaat untuk yang membaca. Doakan segala urusan saya dipermudahkanNya. wassalam