Untukmu

Sedang sibuk bergelumang dengan projek dan kerja yang berlambakan. Masa sudah suntuk. Penat fizikal dan mental mengadap komputer sejak dari pagi tadi hingga ke lewat malam ini. Berhenti rehat-rehat sebentar sebelum sambung kembali kerja-kerja yang belum selesai. Tiba-tiba ada teman menegur di tetingkap Y!M.

BUZZ!!

"Mahu baca komik?"
"Boleh juga.."

..........sending files..........

(Click pada imej untuk paparan jelas)









Haih..terkenang...
Tersenyum sendiri-sendiri...
Tiba-tiba telefon berdering
"Assalamualaikum, yana.."
"Waalaikumsalam wmt.."
Air mata menitis... alhamdulillah
Terima kasih Allah

Jadilah Ulul Albab, Bukan Pemilik Fikiran Lembap

Assalamualaikum wmt wbt..



Hari ni membaca ruangan bicara agama di Utusan Malaysia. Kali ini Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, mufti negeri Perlis menulis artikel yang bertajuk “ Jadilah Ulul Albab bukan pemilik fikiran lembap”. Hati tertarik untuk membacanya kerana semasa pulang bercuti pada cuti musim dingin yang lepas, di tempat tinggal saya Terengganu banyak memaparkan papan-papan iklan yang tertulis slogan “ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB”. Ketika itu hati saya terdetik, apakah yang dimaksudkan dengan generasi Ulul Albab? Tidak dapat tidak hati teringat akan ‘Ahmad Albab’ dalam filem seniman P. Ramlee. Dalam berfikir itu kami melintasi pula papan iklan yang lain. Papan iklan yang seterusnya memaparkan kejayaan anak-anak kecil Terengganu. Hati makin melonjak-lonjak ingin tahu tentang Ulul Albab.


Lalu saya bertanyakan pada suami yang sedang memandu tentang maksud Ulul Albab itu. Maklumlah sekali-sekala pulang ke Malaysia, saya mungkin ketinggalan dalam mengikuti isu atau agenda terbaru negara. Lantas dia teringatkan sepotong ayat al-Quran yang ada menyebut tentang Ulul Albab lewat hafazan di dalam kepala. Katanya Ulul Albab itu bermaksud golongan yang berfikir. Lalu kami berbincang-bincang tentang apa yang cuba dimaksudkan dengan slogan di papan iklan itu sehingga akhirnya kami tiba di rumah. Setibanya di rumah itu saya lalu membelek al-Quran mencari ayat-ayat yang menyebut kalimah Ulul Albab bagi memastikan keraguan yang bermain di minda. Kalau dalam terjemahan Al-Quran yang saya miliki ini, Ulul Albab yang saya temui dalam surah Az-Zumar membawa maksud ‘golongan yang mempunyai akal sehat’. Kelemahan saya, pencarian saya tentang Ulul Albab berakhir di situ lantas terus hilang dari ingatan hingga hari ini diingatkan semula lewat membaca penulisan Dr. Mohd Asri. Lantas saya serba sedikit lebih faham tentang Generasi Ulul Albab seperti yang dilaung-laungkan di Malaysia lewat akhir-akhir ini.


‘Perkataan ‘Ulul Albab’ disebut dalam al- Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi. Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal. Maka membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran. Sebaliknya adalah dengan mewujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia dan seterusnya. Lihat Allah sifatkan golongan Ulul Albab ini;


‘Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba- Ku. (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab’
(al-Zumar: 17-18)’


Tulis Dr.Mohd Asri lagi. tidak termasuk dalam golongan Ulul Albab mereka yang menelan apa saja yang disampaikan kepada mereka tanpa membuat penilaian yang baik. Lalu ia langsung reflek kepada diri saya sendiri. Adakah kita tergolong dalam golongan Ulul Albab? Benar kita ini belajarnya tinggi, malah lebih daripada itu sampai ke luar negara kita menuntut ilmu tetapi belum pasti kita tergolong dalam generasi Ulul Albab seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran. Ada antara kita yang hanya belajar dan belajar tanpa mempersoalkan apa yang di pelajari. Malah ada sesetengahnya di antara kita yang tidak tahu mengapa dia perlu belajar sesetengah perkara yang dijadualkan dalam jadual waktu kelasnya sehari-hari. Kita menerima segala apa yang di ajarkan kerana itu sudah tertulis dalam buku oleh mereka yang bertauliah dalam bidangnya. Kita menerima segala yang di ajarkan kerana mahu mencukupkan nilai kredit agar di akhirnya nanti kita memperolehi segulung ijazah. Tetapi apakah kita pasti bahawa di hujung kembara ilmu kita di bumi asing ini nanti mampu melahirkan kita yang tergolong dalam generasi Ulul Albab? Kerana golongan Ulul Albab itu hanyalah ‘mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik’. Bukanlah maksud saya kita perlu mempersoalkan setiap fakta yang tertulis dalam buku-buku teks itu. Tetapi setidak-tidaknya kita berfikir bagaimana mungkin mampu kita memanipulasi segala apa yang kita pelajari dalam menambah nilaian kita sebagai seorang Muslim yang belajar dan berfikir.


Pernah atau tidak terfikir bagaimana ilmuan Islam dahulu mampu jadi hebat sehingga melahirkan hasil-hasil garapan ilmu yang amat dikagumi dalam bidang ilmu masing-masing? Imbas kembali zaman kegemilangan Islam di mana Islam menjadi ustaziatul alam. Tidak dinafikan sumber ilmu ketika itu juga datangnya daripada Greek, Rom, Mesir Kuno, India dan China, tetapi ilmu-ilmu tersebut disadur dan ditapis dengan kefahaman Islam sehingga melahirkan tamadun Islam yang unggul. Ketika itu lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Khawarizmi dalam Matematik, Ibnu Rusyd dalam bidang perubatan dan falsasah serta ramai lagi. Mereka inilah yang layak digelar golongan Ulul Albab. Mereka belajar dan mendalami ilmu kerana semangat cintakan ilmu dan mahu mengetahui. Bukan hanya sekadar ke sekolah kerana semua orang ke sekolah. Ke universiti kerana mahukan penghormatan masyarakat yang memandang tinggi orang yang berijazah.


Apakah kita mengira bahawa kita tergolong dalam golongan Ulul Albab andai kita sebagai pelajar dan generasi muda sering terikut-ikut dengan gaya artis-artis barat yang tidak bersempadankan agama. Mungkin kita menafikan kita terpengaruh dengan budaya yang mereka bawa, sedang tanpa kita sedari kadang-kadang kita mengkagumi dan menganggap apa yang dibawa mereka adalah yang terbaik. Lihatlah sekeliling dan nilailah semula diri sendiri. Adakah kita tidak sedikit pun terjejas dengan arus budaya barat yang menggila di sekeliling kita. Tambah lagi kita ini yang sememangnya sudah berada di tempat mereka. Menjadi generasi Ulul Albab bukan hanya terletak pada diri yang mampu menguasai ilmu dan memiliki segulung ijazah. Tetapi, untuk menjadi golongan yang disebutkan Allah itu, kita harus mampu untuk berfikir dengan kritis tentang apa yang diterima dari sekeliling kita lantas memilih apa yang terbaik dan menolak segala yang buruk tanpa mengikut secara membuta tuli.


Banyak lagi yang ditulis dengan menarik oleh Dr. Mohd Asri dalam artikelnya. Mahu baca lebih lanjut? Saya sertakan disini pautan untuk ke laman Bicara Agama tersebut. Maaf andai ada tersilap kata. Sesungguhnya ia lebih sebagai peringatan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ini. Wallahualam…

Coret-coret Malaysia

AMARAN: Entry jiwa-jiwa..read at ur own risk...hehe!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kurang 10 hari genap sebulan saya di tanah air.. melunaskan kerinduan pada yang tersayang dan menunaikan tanggungjawab yang tertunggak di sini. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. hari-hari yang saya lalui sejak di sini terasa cepatnya berlalu dan setiap detik terisi dengan kenangan yang amat manis untuk saya simpan dalam ingatan sepanjang berjauhan semula nanti. Kepulangan sebulan ini umpana mengecas semula semangat dalam diri saya sendiri sebelum menghadapi masa-masa yang lebih getir selepas ini. Ada ujian dunia yang menanti sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke bumi asing yang dingin itu. Mujur dia amat memahami malah dia yang selalu mengingatkan saya tentang studi dan buku-buku pelajaran. Dan dengan ditemaninya (meski dia seringnya tertidur lena di sebelah setelah seharian kepenatan bekerja… ) saya gagahkan diri menelaah pelajaran hingga larut malam. Moga Allah berkati usaha yang kecil ini dan mengurniakan yang terbaik untuk kami.. insyaAllah.

Alhamdulillah… walau amat sederhana kami punya teratak kecil milik kami sendiri. Pertama kali memandu saya ke rumah kami wajahnya berkerut risau. Sepanjang perjalanan (mungkin tanpa sedarnya) dia berkali-kali mengingatkan agar jangan saya menyimpan harap terlalu tinggi. Katanya rumah kami itu nanti hanya rumah papan yang tidaklah seindah mana…

“Macam rumah ni ke?” ujar saya sambil jari menuding pada rumah papan putih yg cantik di pinggir jalan.

“Tidaklah...lebih kecil daripada itu”

“Macam yang ini ke?” saya menuding pada rumah seterusnya.

“Tidak sayang… besarnya macam itulah tapi lagi usang” katanya lagi.

Kereta terus meluncur ke destinasi dan saya sendiri semakin tidak sabar mahu melihat rumah pertama kami. Pagi masih gelap..sempat kami menyertai jemaah subuh di sebuah masjid kecil sepanjang perjalanan itu. Sebelum subuh lagi kami sudah bertolak dari rumah emak, kerana pukul 8 nanti dia perlu masuk kerja. Akhirnya setelah sejam lebih perjalanan, kami sampai ke Kemasik. Matahari sembunyi-sembunyi memancarkan cahayanya. Pagi-pagi dalam waktu-waktu begini, Pantai Timur biasanya mendung- mendung sahaja. Monsun Timur Laut masih belum mahu surut. Dari jalan besar itu sudah kelihatan laut yang terbentang luas dengan pasir pantai yang memutih. Subhanallah indahnya… Saya memang sudah sejak kecil mengimpikan rumah yang hampir dengan pantai… malah kalau bisa anjungnya terus menganjur ke laut.

Kereta membelok masuk ke simpang ke Jalan Gong Chengal. Dari jalan yang besar tadi membawa kami menyusuri jalan kampung yang lebih kecil, terjalur antara rumah-rumah papan di kiri kanan jalan.

“Dah nak sampai dah” ujarnya.

Saya mengangguk saja. Dalam hati makin tidak sabar mahu melihat rumah kami. Yang mana satu antara barisan-barisan rumah itu nanti yang akan menjadi tempat saya dinobatkan menjadi surinya. Akhirnya kereta berhenti dihadapan sebuah rumah berpagar hijau. Saya tersenyum sendiri. Ini rumah pertama kami..alhamdulillah. Tidaklah seteruk yang dia gambarkan. Dia tidak mahu expectation saya terlalu tinggi barangkali. Rumah itu sederhana besarnya, terbina di atas sebuah laman yang agak luas. Ada pokok-pokok mangga merimbun di laman kiri rumah yang di bawah rimbunnya dibinakan pangkin kayu tempat bersantai-santai di petang hari. Lamannya perlu dibersihkan sedikit barangkali… pastinya akan indah semula. Pantai Kemasik sejauh 5-10 minit berjalan kaki saja dari rumah. Alhamdulillah… sederhana tapi pada saya cukup indah. Mana mungkin saya tidak bersyukur.

Jadi suri rumah pun bukan mudah rupanya. Itu baru berdua, belum lagi ada si kecil. Tak terbayang bagaimana nanti menjadi suri rumah andai sudah ada si kecil dan saya pula bekerja (hee..abang kene gajikan orang gaji nih..). Doakan rezeki saya juga di Kerteh ini nanti, tak sanggup lagi berjauhan dan jadi ‘weekend husband and wife’ saja (macam kebanyakan pasangan suami isteri yang berkerja di syarikat minyak ini). Saya... kalau boleh mahu membina putera puteri saya nanti dengan tangan saya sendiri. Mahu melihat mereka membesar di depan mata, melihat langkah pertama mereka dan mendengar perkataan pertama mereka dengan mata dan telinga sendiri... insyaAllah.

Selainnya… masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kecil kami. Ke sana dan ke mari…menunaikan tanggungjawab diri dan hak2 orang-orang lain ke atas kami. Ke Kuantan menziarahi emak dan abah saban minggu, berhari raya Qurban di Teluk Intan (pertama kali merasa disengat tebuan semasa mengait rambutan di laman rumah..hehe!) dan hujung minggu biasanya diperuntukkan untuk dakwah. Tambah pula musim-musim menunggu keputusan SPM ini. Setiap minggu pasti kami terlibat membantu dalam program lepasan SPM untuk adik-adik. Dia di depan sana memberi pengisian dan saya hanya menjadi ‘panadol’ merawat kepeningan adik-adik di bahagian akhowat. Pastinya pengalaman ini jauh berbeza dengan medan di luar negara sana. Terasa diri keluar sebentar dari kelompok insan-insan terpilih, si bijak pandai di bumi asing itu. Dan masuk pula ke dalam kelompok adik-adik yang baru mahu kenal dunia selepas keluar dari lingkungan pagar sekolah.

“Akak.. baru sekarang saya faham konsep Qada’ dan Qadar. InsyaAllah lepas ni saya dah takkan takut-takut lagi dah bile fikir tentang hidup… Allah dah atur semua kan?”

“Ya Allah akak..bayangkan.. dah 17 tahun saya hidup dengan hidup yang tak ada tujuan yg jelas. Yang kalau ada pun bengkok sama sekali. Baru hari ni akak… baru hari ni selepas 17 tahun saya lahir saya akhirnya baru tahu apa tujuan hidup saya…”

“Hari ni saya rasa… sesuatu yang saya bina sikit-sikit sejak dari 17 tahun lepas dihancurkan macam tu saja akak… dan di atas kehancuran tu terbina binaan baru yang lebih indah dan benar. Rupanya selama ini saya tidak sedar yang saya bina selama 17 tahun itu salah sama sekali”


Air mata berlinangan di pipi halus mereka. Hembusan angin Laut Cina Selatan seakan-akan menghembus pergi segala jahiliyah yang ada dan membawa bersamanya suatu permulaan yang baru untuk adik-adik ini. Allah Ya Rabbi… pandulah hati-hati kecil yang suci ini. Saya perhatikan satu-satu wajah-wajah itu dan membiarkan mereka sebentar melayan perasaan. Ada yang menguis-nguis pasir pantai yang halus dan putih itu. Ada yang jauh lontaran pandangannya ke laut lepas. Ada yang masih tekun menulis muhasabah diri di atas kepingan kertas. Pasti nanti rindu hati ini pada mereka. Bagaimana lagi mahu bertemu sedang saya perlu pulang semula ke medan juang di barat sana dan mereka terus di sini dengan haluan masing-masing selepas ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, moga hidayah dan petunjukNya terus bersama kami semua. Selagi semua di jalan ini, insyaAllah suatu hari nanti kami pasti bertemu lagi. Jika tidak di dunia ini insyaAllah dengan izin Allah di syurga nanti. Masing-masing sudah janji mahu sentiasa berutus khabar selepas ini.

“Saya mahu jadi macam akak nanti” kata si comel itu sambil tersenyum-senyum selepas saya memeluknya erat sebelum berpisah.

“Tidak… kalau boleh akak tak mahu sesiapa pun dari kamu semua jadi macam akak.”

“Kenapa?” soalnya dengan wajah berkerut. Saya hanya tersenyum.

“Akak nak tengok kamu semua jadi jaaaauh lebih baik daripada akak insyaAllah”
Siapa tahu suatu hari nanti, mereka inilah yang bakal duduk2 begini bersama anak-anak saya... menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam yang mereka peroleh hari ini? InsyaAllah...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" ( Al-Furqan:74)










Solat = buang air?


"Okay..you'll have 5 minutes break"

Saya capai cardigan panjang hitam lalu mahu bergegas keluar dari dewan kuliah. Mahu menunaikan solat Zuhr yang hanya berbaki lagi setengah jam.Belajar di bumi asing ini mahu tidak mahu perlu pandai2 menyesuaikan diri sebagai seorang 'muslim yang belajar'. Jadual waktu kelasnya jarang yang menepati waktu solat tambah dalam musim dingin seperti sekarang ini yang waktu solatnya semakin pendek. Jika waktu sangat tidak mengizinkan, terpaksa dijama' sahaja solatnya. Tidak ada surau atau ruang khusus yang disediakan di semua department, lalu biasanya sudut-sudut tersembunyi di hujung koridor akan dimanfaatkan untuk menunaikan kewajipan.

Cardigan dihampar sebagai sejadah, takbir diangkat mengadap Allah SWT. Usai solat saya masuk semula ke dewan kuliah. Saya terlewat beberapa minit, pensyarah pun sudah memulakan semula kuliahnya. Sempat menghantar pesanan ringkas pada teman sekuliah:

'x kuar solat Zuhr td? Zuhr dh abis awl skang.Nk tunggu abis lect tak sempat'
'xpe ah.Blh jama' jek kan?'
'tp kan ade break td.Smpt jek kalau kuar solat kejap'

Mesej saya sudah tidak lagi berbalas selepas itu bila masing-masing sudah kembali menumpukan perhatian pada pengajian. Fikiran saya menerawang berfikir tentang rukhsah solat. Rukhsah solat itu bergantung kepada kemampuan kita untuk menunaikan kewajipan itu. Sejauh mana batas kemampuan yang membolehkan kita rukhsah solat sebenarnya terpulang kepada kita sendiri untuk memutuskannya. Memanglah sebelum datang keluar negara dulu, ustaz di pre-departure briefing beritahu boleh dirukhsahkan solat kalau waktu kelas tak mengizinkan, ie exam atau lab yang berjam-jam sehingga habis waktu solat. Tetapi kalaulah ada waktu senggang 5-10 minit antara kuliah, sepatutnya tiada alasan untuk kita jama' solat.

"Mana sempat dalam lima minit tu nak ambik wudhu lagik, nak cari tempat solat lagik"
"Ish ade ke sempat solat dlm masa sesingkat tuh. Tak khusyu' ah nanti terkejar-kejar. Baik takyah solat camtu. Kalau jama' leh solat kat umah. Ada masa lebih sket nk khusyu'. Bersih sket dr solat kat koridor"

Macam-macam alasan kita boleh bagi pada manusia untuk membenarkan tindakan kita tetapi Allah Maha Mengetahui bukan? Sepatutnya solat jadi barometer pengurusan masa kita. Hidup kita sepatutnya berkisar dan disesuaikan dengan waktu solat kita dan bukannya solat itu yang perlu disesuaikan dengan gaya hidup kita. Waktu solat itu hanya diselit-selit dalam jadual harian kita yang padat. Solat itu sebenarnya umpama tiang yang sepatutnya ditegakkan dahulu sebelum menambah binaan-binaan yang lain. Bukankah selalu kita dengar "Solat itu tiang agama"?

Hmm..cuba bayangkan kamu dalam dewan kuliah, tiba-tiba kamu rasa nak terbuang air (terpulanglah nak bayangkan air kecil atau besar). Dah tak tahan sangat dah ni, perut memulas-mulas. Rasanya kamu akan tunggu sampai kuliah tu habis tak sebelum ke tandas bagi menunaikan hajat yang terpendam itu?

"Ishk.. kalau aku pegi tandas skang sure lame jugak nak settlekan perut yang memulas ni, nanti aku miss pulak point2 penting yg lecturer ni kasik. Aku kan pelajar contoh, tahan ah sket"

Baiklah..lupe pulak saya sedang bercakap dengan pelajar contoh yang tak pernah tertinggal kuliah. Paling kurang pun kalau antara kuliah tu ada lima minit waktu senggang pun saya pasti kamu akan berlari-larian mencari tandas terdekat bukan? Sekarang kamu dah sampai kat tandas tu, nanti dah selesai menunaikan hajat kamu nak beristinja' pulak kan? Alamak, lupe pulak tandas kat UK ni takde paip air, sebab orang di sini menyucikan najis mutawassitah dengan menggunakan toilet rolls. Selaku orang Melayu yang dah biasa beristinja' dengan air, kamu masih mahu buang air juga ke? Ke lebih baik tunggu sampai balik umah nanti sebab kat umah dah tersedia cebok air, senang sket kan?

"Ishk.. mana bulih. Dah tak tahan dah nih. Ape susah bawak la botol air siap2 dari rumah. Kalau tengah2 kuliah rasa macam nak pi tandas, gune jek la botol tu jadi cebok"

Uih..bijak betul kamu. Dah tahu ada kemungkinan akan sakit perut masa tengah2 kuliah, bawa la botol air kosong siap2 kan? Eh..eh..tapi.. sanggup pulak kamu gune tandas awam ni ye? Selesa ke nak melepas hajat nanti? Ke lagi baik tunggu balik rumah aje. Tahu pulak kamu kat ceruk hujung koridor tu ada tandas?

"La...of course la tahu kat cni tandasnya. Dah hari-hari ada kelas kat cni kalau tak tahu jugak, tak tahulah ape nk kate. Dari hari first dulu dah survey kat mana tandas. Senang nak pergi kalau emergency..hehe!Takkan nk tunggu balik umah kot..gile ape kamu ni?"

Huhu..cuba bayangkan urgensi untuk menunaikan solat itu, sama urgennya untuk membuang air besar? Kalau sudah tiba masanya, kuliah pun sanggup kita tinggalkan sebentar untuk menunaikan kewajipan itu bukan? Sepatutnya dari awal lagi sudah sedia maklum jam berapa kelas akan habis dan jam berapa pula masuk waktu solat dan habisnya. Jadi dari rumah lagi, sebelum keluar kita sudah siap-siap berwudhu' (samalah macam bawa botol air kosong siap-siap untuk istinja') dan berpakaian yang sesuai untuk solat di antara waktu kelas itu. Tidak wujud isu tak sempat berwudhu' atau pakaian tak sesuai untuk solat. Sebab solat itu jadi keutamaan jadi awal-awal lagi kita telah menyiapkan diri kita untuk solat pada bila-bila masa yang memerlukan. Kalau sudah saban minggu dan sepanjang tahun ada kuliah di bangunan itu, sepatutnya kita sudah jelas di sudut atau bilik mana yang sesuai untuk kita solat. Kalau boleh dari hari pertama lagi, selain kenal pasti mana satu dewan kuliah kita, kita kenalpasti juga di mana prayer spot kita. Bawaklah kompas kiblat siap2 dalam beg. Bukanlah berat mana sangat pun kompas tu. Tiada isu tak ada tempat mahu sujud. Bumi Allah inikan luas?

Program yang saya hadiri minggu lepas membawa kami menyusuri bab seterusnya dari buku Maza Yakni. Kali ini temanya 'Saya perlu Muslim dalam Ibadah dan Keluarga'. Pengisiannya focus on meningkatkan mutu ibadah kita sehari-hari. Kadang-kadang saya rasa, bila dah jadi so-called dai'e nih kita kadang-kadang lupa nak check semula mutabaah amal kita even to the very basic ibadah seperti solat 5 waktu. Fikiran asyik sibuk fikir macam mana nak lagi cara nak dakwah fardiah orang lain, masa penuh terisi dengan program tarbiyah sehingga kadang-kadang kita lupa untuk mantapkan hubungan kita dengan Allah semula. Allah yang memegang hati-hati manusia... kalau hati kita sendiri tidak rapat dengan Allah, jangan harap dengan hati kita yang kotor atau kosong ini mampu menyentuh hati-hati lain untuk mendekati Allah juga.

Alhamdulillah... program sangat-sangat best! Semua speakers as usual hebat2 belaka. Program kali ini mengajar saya macam mana nak menjadikan setiap perbuatan kita dalam kehidupan sehari-hari sebagai ibadah. Siap ada checklist of a thought process yang patutnya happened in our mind each time we want to start doing something as to change the action to not just become as our a'daat but ibadat. Then ada bengkel memperbaiki mutu solat dan menambah khusyu'. (the most awaiting session of all..huhu!) Mengubah persepsi saya tentang ibadah selama ini.Malangnya terpaksa miss out a few talks sebab terpaksa dihantar ke hospital kerana perut yang meragam... huk! Alahai perut..masa-masa emas macam ni la awak nak bergurau senda dengan saya pula ye? Mujur ada Kak Sheila tersayang yang merekodkan program kali ni. Nak sangat share dengan semua kat sini tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah dalam entry lain ya?

Huuu dah panjang membebel...Sesungguhnya tangan yang menaip ini lebih dekat dengan hati si penaip daripada hati yang membaca (yang mungkin berada beribu batu jauhnya daripada si penaip!huhu!) Saya menulis untuk peringatan diri saya sendiri...insyaAllah. wassalam



Afwan..

Assalamualaikum..

Kembali menulis setelah habis rajuk saya lewat entry yang lepas. Bagi yang sempat membaca entry jiwa2 itu..maafkanlah penulis blog yang hanya meluahkan beban kerinduannya pd yang tercinta di tanah air itu. Tak berniat untuk menunjuk2 kemanisan berumah tangga apatah lagi menyinggung hati akhwat semua dengan entry 'mengada2' itu. Sempat saya bertanya pada seorang teman rapat setelah ditegur tentang entry itu:
"Tersinggungkah awak bila membaca entry saya yang lepas?"
dan jawapannya terungkai dalam entry baru di blognya. Jazakillah ukhti kerana sangat2 memahami. Jazakillah kerana sentiasa mendoakan dan insyaAllah pastinya doa saya bersama kamu juga

Ketika menulis itu saya terfikir ia hanya luahan perasaan saya saja (bukankah blog ini tempat meluah perasaan dan buah fikiran si penulis?) Tak sangka pula salah tempat rupanya. Afwan.. dan terima kasih bagi yang menegur. Cumanya mahu kembali saya ingatkan kepada pengunjung tetap teratak kecil saya ini, yang laman ini bukanlah laman intelek yang boleh anda jadikan rujukan. Bukanlah ditulis oleh orang yang alim dan wara'. Penulisnya hanya sekadar seorang muslimah biasa, yang hidupnya mungkin sama seperti kamu juga. Malah usianya mungkin sebaya kamu yang membaca. Makanya terima saja kebocahanannya andai terlihat. Manfaatkan kebaikannya andai terdapat. Tulisannya hanya sekadar tentang hidupnya sehari2. Saya menyambut dengan mesra sesiapa saja yg berkunjung tetapi jika layanan saya di sini menyinggung, maafkan saya. Terima apa yang terhidang di sini seadanya ya?

Sudah ada yang bertanya kenapa saya menutup pintu teratak ini sedang selama ini ia terbuka menerima sesiapa saja yang ingin berkunjung. Afwan.. sekali lagi. Nah ini saya buka semula pintunya.... Selamat datang kembali untuk semua.

wassalam


Bil telefon

Assalamualaikum..

Pulang daripada perjalanan yang agak jauh. Masih belum hilang penat sudah berkejar ke rumah jiran di Deyne Avenue bagi menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok. Tergerak hati mahu menyemak bil telefon untuk bulan ini. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. saya mengeluh panjang saat melihat helaian bil di laman internet. Tidak saya sangka access number yang menurut kata rakan-rakan saya itu tidak akan dibilkan itu rupanya selama ini dicas. Air mata saya menitis. Sungguh saya mengalami kesempitan wang akhir-akhir ni. Bila melihatkan angka-angka itu saya rasa sungguh terbeban dan tertekan. Mana lagi mahu korek duit untuk membayar bil itu?

Syaitan itu licik.. saat fikiran kita celaru ini, segera dibisikkan buruk sangka kepada Allah. (ntah-ntah syaitan tak terlibat pun..saya yang perasan sendiri2 digoda syaitan). Panggilan-panggilan telefon saya itu bukan untuk kemaksiatan tetapi untuk menunaikan tanggungjawab dan hak untuk mereka yang berada jauh di mata? Mengapa ini balasannya? Astaghfirullah.. sungguh saya mohon ampun dari Allah. Mungkin ini sebenarnya teguran dari Allah juga. Benar panggilan yang saya lakukan itu bukan maksiat malah ibadah, tetapi sejauh mana saya mengawal diri dan menjaga masa, itu yang menjadi persoalannnya sekarang. Islam menyarankan umatnya bersederhana dalam serba serbi aspek kehidupan dan amalan. Bukankah ini tandanya saya sudah berlebih-lebihan? Allah masih sayangkan saya maka dengan perhatianNya itu Dia menegur saya. Walau payah dan pahit tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya lebih beringat di kemudian hari.

Allah itu juga Maha Pemurah... disampaikan kepada saya kasih sayangNya dengan dikurniakan orang-orang yang amat menyayangi saya disekeliling saya. Alhamdulillah... dalam kecelaruan dan ngongoi tangis saya itu sentiasa ada sahabat yang menenangkan malah cuba membantu (kalian tahu kalian siapa). Tidak lupa pada si dia yang masih dengan tenang dan sabar memujuk tangis saya (walaupun saya mengejutkannya dari lena tidurnya jam 3 pagi). Saya hanya menghitung nikmat yang hilang sedang saya lupa melihat nikmat lain yang melimpah ruah di sekeliling saya, yang secara relatifnya tidak ternilai dengan wang ringgit yang terbang melayang itu...."Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?" Umar menangis kerana tidak datang ujian sedang saya ini menangis dengan ujian yang amat kecil ini.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aeIbad)

Kamu tahu semut? Semut kalau tidak bersayap dia duduk diam di celah batu, di celah dinding atau di mana saja yang selamat dari ancaman bahaya. Tetapi bila sudah bersayap, semut-semut itu tadi menjadi kelkatu. Lalu kelkatu ini terbang-terbang cuba melawan api. Dan akhirnya dia terbinasa dengan panasnya api itu. Manusia pun ada yang begitu. Ada yang apabila mendapat nikmat Allah, fikir dirinya sudah cukup hebat untuk mengingkari perintah Allah. Lalu tidakkah nanti sudahnya mereka ini seperti semut yang diterbangkan dengan dua sayap itu?

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi)

Jangan selalu kita sangka dengan nikmat yang kita kecapi, bermakna Allah sentiasa redha dengan kita. Mungkin juga nikmat itu diberikan hanya untuk meguji sejauh mana bersyukurnya kita. Teringat analogi yang pernah dibincangkan lewat pertemuan halaqah yang lepas. Bayangkan seorang ibu yang anaknya selalu merengek-rengek minta dibelikan gula-gula. Selagi tidak dibelikan selagi itu si ibu memujuk dengan penuh perhatian pada si anak supaya reda amuknya. Tetapi apabila anak itu masih tidak berhenti menangis, si ibu yang sudah jemu mendengar tangisan si anak lantas menurut sahaja kemahuan si anak "Ambil gula-gula ini. Pergi main jauh-jauh" kata si ibu. Anak yang gembira dengan sedikit nikmat manisnya gula-gula itu lalu berlalu pergi dengan gembira tanpa menyedari bahawa lakunya tadi melukakan hati si ibu.

Faham atau tidak analogi itu? Kalau tidak faham abaikan saja. Nanti saya cuba fikirkan analogi lain yang kamu boleh fahamkan. Pokok utamanya di sini adalah tidak perlu kita berpening berfikir kenapa orang yang hidupnya bergelumang maksiat masih mampu hidup mewah dan bersenang lenang sedang orang yang siang malamnya beribadah tidak mampu hidup sebegitu. (Ada kupasan menarik tentang ini oleh Maududi dalam buku Dasar-Dasar Islam.. nanti saya kongsikan dalam entry yang lain ) Sepatutnya kita tiada hak dan tidak perlu untuk mempertikaikan mengapa ini dan mengapa itu kerana tugas kita hanyalah mencari keredhaan Allah. Untuk apa hidup tanpa keredhaanNya kan?

Kalau kita sedang berbahagia dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kita, marilah kita duduk sebentar dan beriman sejenak (ijlis bina nu'min sa'ah). Adakah nikmat-nikmat itu kerana Allah redha kepada kita atau sebaliknya? Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan tetapi ditunjukkannya sejarah kaum-kaum terdahulu sebagai contoh. Firaun yang dengan nikmat kesihatannya dan umur yang panjang itu akhirnya merasakan dirinya cukup besar untuk mengaku sebagai Tuhan, akhirnya dibinasakan. Si Namrud yang merasakan dirinya cukup hebat lalu cuba membakar Ibrahim akhirnya mati dengan seekor nyamuk yang masuk ke hidungnya. Dan tidak lupa si Qarun yang memiliki bergudang harta yang akhirnya ditenggelamkan bersamanya. Semuanya telah ditunjukkan dengan jelas oleh Allah, maka terpulang kepada kita mahu mengambil pengajaran atau tidak. Tepuk dada tanya iman...

"Dan sungguh akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi ridak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah" (Al-A'raf:179)

~credit to my dear ukhti... thanx for forwarding the article. It helps me to go through this. jazakillah khayr..~

40 minit

Assalamualaikum..

Berhenti rehat disepanjang kelelahan berkejar-kejar ke sana ke mari sejak pagi tadi. Menghantar kerja-kerja kuliah, menghadiri makan-makan dengan penaja biasiswa, sebentar lagi pula temuduga wajah ke wajah dengan mereka. Entah apa yang mahu dilapor saya dan ditanyakan mereka saya sendiri tidak tahu. Yang pasti saya belum mengusaikan kepingan borang-borang yang telah sekian lama mereka kirimkan...

Sebab itulah saya di sini..membayar 50 pence utk 40 minit di alam maya. Sedang saya hanya mahu mencetak borang yang dikirim melalui e-mail. Masih ada berbaki masa 20 minit. Tergerak hati menitipkan sesuatu di sini. Ada suara-suara sudah berbunyi di chat box di sudut kiri laman ini bertanya-tanya mengapa sudah lama tidak menulis. Bukan tiada idea..bukan kehabisan ilham. Malah begitu banyak sekali yang ingin dikongsi. Sayang tidak selalunya berkesempatan. Tambah tiada kemudahan internet di bilik sendiri membuatkan saya selalunya bertangguh-tangguh untuk menitipkan sesuatu di blog ini. (ah..alasan..Hendak seribu daya..heh!) . Tambah ada lagi sekarang ini ada perkara lain yang perlu lebih diprioritikan menyebabkan blog saya ini sedikit sunyi. Ada insan-insan lain yang membutuhkan masa dan perhatian saya, lantas saya lebih senang melunaskan hak mereka terhadap saya. Tidak dapat tidak kesibukan itu membuatkan saya kadang-kadang kelelahan. Sering juga merungut dengan sambungan internet yang entah bila akan selesai masalahnya, yang tidak dinafikan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan saya sehari-hari. Mungkin kerana keterbiasaan dengan nikmat kemudahan itu membuatkan saya terlumpuh dengan ketiadaannya.

Masih berbaki 10 minit...

Oh..mungkin akhir-akhir ini kamu sering terlihat ada insan lain yang turut mencoret di sini. Sebelum terlupa mahu saya perkenalkan kamu dengan rakan kongsi di laman yang telah saya diami lebih setahun ini. Dia belahan jiwa saya..rakan kongsi dalam segalanya. Kata-katanya juga menjadi kata-kata saya... maka alu-alukanlah kehadirannya di sini.

Masih berbaki 2 minit...

Undur diri dulu ya.. InsyaAllah ada masa saya menulis lagi. Dengan sesuatu yang mungkin bisa bermanfaat untuk yang membaca. Doakan segala urusan saya dipermudahkanNya. wassalam

Masyarakat Meja

Di dalam sebuah masyarakat meja, tinggallah si pemadam, si pensil, si pembaris, si pengasah dan si pen. Mereka hidup rukun damai di atas meja itu. Hari-hari, ada sahaja warkah yang dihasilkan oleh mereka. Hari-hari hidup mereka ceria dan penuh senyuman. Cuma kadang-kadang si pensil dan pen bertelingkah, siapakah yang patut menulis? Dan kadang-kadang si pen, mahupun si pensil berkeras membuat garisan lurus tanpa pembaris. Dan kadang-kadang si pensil enggan dirinya ditajamkan si pengasah. Dan kadang-kadang si pembaris mahu berehat dan enggan membantu si pen mahupun si pensil. Dan kadang-kadang juga si pemadam begitu rapat dengan si pen, hingga kalau-kalau si pen tersalah tulis pun mahu di padamnya juga. Begitulah kerukunan mereka, hingga kalaupun tiada komputer dan internet di atas meja itu, mereka mampu hidup bergembira, berutusan dengan dunia lain melalui warkah yang mereka hasilkan.

Antara yang paling rapat di antara mereka, tidak lain dan tidak bukan pastinya si pensil dengan si pemadam. Kemesraan mereka, hingga kadang-kadang membuat yang lain cemburu. Kerapnya si pen yang selalu cemburu dengan mereka. Tapi mereka terus bekerjasama. Andai si pensil menulis, pastinya si pemadam berada di sisi melihat hasil tulisannya yang menawan. Andai ada yang tersilap, lalu si pensil terus memanggil si pemadam untuk membantunya. Andai ada yang tercomot yang tidak disedari dek si pensil, si pemadam tolong memadamnya. Dan andai si pensil lihat si pemadam letih dan sudah haus, silap tulisannya di garisnya sendiri agar orang tahu itu kesalahannya.

Suatu hari masyarakat meja mahu menulis diari mereka. Mereka sama-sama bergandingan menghasilkan rentak tulisan yang terbaik. Sambil mencorak kehidupan mereka, mereka berpakat menulis lagu-lagu puisi agar catatan mereka tidak hambar. Si pensil dan si pen bergantian menulis catatan mereka. Kalau ada yang tercomot, si pemadam tampil kehadapan mengemaskan diari mereka. Kalau si pensil tumpul, si pengasah dengan gembira menawarkan diri untuk berkhidmat. Kalau si pen ingin membuat garisan, si pembaris tampil kehadapan menghulurkan bantuan.

Sambil menulis, si pen membunyikan irama yang seiring dengan puisi mereka. Si pensil pula melagukan puisi karya mereka tanda menyahut dendangan irama si pen. Disuruhnya teman-teman yang lain; si pemadam, si pengasah dan si pembaris ikut melagukan puisi karya mereka.

Si pemadam menyanyi sama. Si pemadam yang kadang-kadang berkhayal, tiba-tiba tersalah melagukan bait puisi mereka. Disangkanya puisi itu yang salah, lalu dipadamnya bait puisi itu.

Si pen kehairanan, “Eh apsal awak padam baris ni,betul la si pensil tulis macam tu?”

“Eh ye ke? Lagu ni sebenarnya macam mana ye? Boleh tak tolong nyanyi semula untuk saya?” pinta si pemadam.

“Ape la awak ni pemadam, lagu best ni pun awak tak tau? Penat-penat jek saya tulis. Tak larat saya nak nyanyi untuk awak dah” Marah si pensil pada si pemadam.

“Hmmm… saya tak tau… saya baru jek lagi tulis puisi. Lagipun saya memang lembap.” Si pemadam cuba menjelaskan kesalahannya. Perlahan-lahan, wajahnya berubah kemerahan. Sikit-sikit, dia agak terguris mendengar herdikan marah si pensil.

“Awak dah lama dengan kami tulis atas meja ni. Lagu tu kita dah selalu nyanyi. Awak bukan orang baru lagi… Awak tak patut berkhayal sampai tersilap” tambah si pensil lagi.

“Hmm… saya tak la baru sangat. Lagipun kalau saya lama di sini pun, saya tetap kadang-kadang buat silap.” Si pemadam menokok lagi membalas. Walaupun tiada tangisan di mata, hatinya sudah menangis teresak-esak.

Risau takut-takut matanya pula yang berair, si pemadam cuba mencari alasan beredar dari situ. “Saya rindu nak masuk laci. Saya nak rehat-rehat dalam pensil box.” Terus si pemadam bergerak menuju laci untuk mengadu pada si pensil box.

Si pensil tiba-tiba perasan kata-katanya sudah mengguris hati halus si pemadam… Dia kaget sebentar. Difikirkan apa-apa tindakan yang patut dilakukannya. Didorong dek rasa bersalah, diambilnya sehelai nota kecil, ditulisnya dengan ungkapan maaf, "Maaf si pemadam... Saya tidak sengaja... Saya terkasar dengan awak..."

Lalu nota itu dibentuknya menjadi pesawat kertas dan dilemparkannya pada si pemadam. Si pemadam membacanya. Tapi dia tetap terdiam. Luka hatinya yang terguris agak dalam. Dia tetap ingin masuk ke dalam laci berjumpa si pensil box.

Tapi sayang laci itu terkunci. Dan pensil box masih di dalamnya. Si pemadam menjerit-jerit dari luar. “Pensil box, saya nak jumpa awak… saya nak rehat-rehat dalam awak” ujar si pemadam dengan suara serba kemurungan. Matanya kini sudah berair kemerahan.

“Kenapa ni si pemadam? Bukan awak seronok main tulis-tulis atas meja ke?” si pensil box cuba menyiasat kemurungan si pemadam dengan jeritan dalam laci.

“Saya kena marah. Awak tahu saya lembap. Saya kena marah. Saya lembap.”

“Awak kena marah? Awak kena marah sebab apa?”

“Kawan saya marah saya” ujar si pemadam yang masih agak keberatan menceritakan hal sebenar.

“Dulu masa belajar dengan awak, saya selalu lupa apa yang awak ajar, tapi awak tak marah saya. Awak ajar saya satu-satu. Saya tak nak duduk atas meja dah. Nanti saya kena marah sebab saya lembap...”

“Hmm… siapa yang marah awak ni? Awak tak nak cerita elok-elok?”

“Tak nak.. saya tak nak…”

Cuba awak cerita satu-satu kat saya. Kalau tak nanti saya salah faham.”

“Tak nak.. saya tak nak… saya nak masuk laci! Saya nak jumpa awak!” Bunyi tangis si pemadam makin kuat... Sedunya makin menyelangi bait-bait kata-katanya...

"Huhu... Cerita la sayang... Cerita la... nanti saya pening"

Akhirnya si pemadam akur lalu membuka cerita sebenar, “Hmm… saya berkhayal masa tulis lagu puisi. Saya ingat saya salah. Lepas tu saya padam. Lepas tu diorang marah saya”

“Sebab tu jek diorg marah awak?”

“Lepas tu saya minta diorang ajar saya balik lagu tu, tapi diorg marah saya”

“Diorg marah awak macam mana?”

“Diorang cakap saya suka berkhayal. Diorang cakap saya suka tak ambil peduli lagu apa yang kami tengah nyanyi”

“Hmm… siapa yang marah awak ni? Si pen ke?” Si pensil box cuba juga untuk mengetahui perkara sebenar yang membenihkan manik-manik air mata si pemadam.

“Hmm.. saya tak nak bagitau… Nanti awak ingat dia jahat… tapi dia tak jahat… saya yang lembap”

“Eh tak la… awak kena bagitau kat saya, supaya saya tak salah faham… sebab awak nangis teruk sangat ni... Dan saya tau sebab apa dia marah awak.”

“Hmmm… si pensil...” Pujuk rayu si pensil box sedikit membuka muka hati si pemadam untuk menyuarakan pokok pangkal hatinya terguris.

“Oh… si pensil… patutlah awak merajuk sampai nak masuk laci. Sebab si pensil tu yang marah awak. Kan dia yang paling rapat dengan awak kan?”

“Hmm… saya nak masuk laci! Saya nak jumpa awak!” Si pemadam menjerit kebudak-budakan.

“Dia tak minta maaf balik pada awak?”

“Hmm.. Ada… dia baling kertas roket macam budak-budak tulis minta maaf kat saya”

“Oh… hmmm… memang dia tak sengaja tu… lagipun saya yakin dia sayang gila kat awak… sebab itu dia marah kalau awak selalu tersilap”

“Hmmm… saya nak masuk laci! Saya nak jumpa awak!!!”

“Hmmm… sudahlah… kuncinya tak pada saya… kalau tak dapat masuk pun, awak masih dapat dengar suara saya kan?”

“Hmmm… saya nak masuk laci!!! Saya nak jumpa awak!!!!!”

“Hmm… kalau boleh saya juga mahu awak ke sini… tapi laci ini berkunci. Biar saya nyanyi dari sini ye?”

“Hmm…” si pemadam mahu tidak mahu terpaksa menganguk mendengar nasihat si pensil box… lalu didendangkannya lagu kegemaran si pemadam. Perlahan-lahan mata yang berair itu mula kuyu dan si pemadam terlelap perlahan-lahan. Satu kata terungkap dari bibirnya sebelum dia hanyut dalam lautan mimpi, “Maaf si pensil… saya lembap… awak jangan marah saya ye…” dan akhirnya si pemadam terlena.

"Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula si pensil dengan si pemadam"

Si Pengembala Kambing dengan Si Penunggang Unta

Hmm... aku menarik nafas separa kepenatan.Padang ragut terdekat, masih sekitar dua tiga perhentian... Namun, tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan terus memerhatikan kambing-kambing gembalaan di atas kuda pacuanku. Risau kalau-kalau di makan serigala.

Dalam serba ketidak tentuan itu, terasa seolah-olah ada tempias yang merembes. Kupandang ke langit,

"Pelik... hari nampak cerah.. takkan sudah mahu berhujan panas?" degusku dalam hati.

Aku berhenti seketika. Menoleh ke langit kiri dan kanan. Kalau-kalau nampak awan hitam yg berkejaran kepadaku. Hampa.. Tiba-tiba, entah bagaimana, pandanganku terarah pada titisan air mata seorang penunggang unta yang membawa beban, cuba mengawal untanya. Walau dia tampak lebih muda daripadaku, azamnya mengawal unta itu kuat tidak terkata. Namun aku kaget melihat pacuannya yang diiringi air mata serta raut wajah bermuram duka...

Ingin kutegurinya dan bertanya, namun gusar bahasa kami tidak sama. Ingin kuselami wajah duka itu, namun gusar kalau-kalau aku teman tidak diundang.
Aku cuba memikirkan daripada manakah datangnya tangisan itu... "Oh... kakinya tergari pada unta yang ditungganginya... mungkin sebab inikah dia menangis?" Aku cuba menduga. Nampak seaakan-akan tepat tekaanku.
Aku memberanikan diri bertanya.. "Mengapa menangis?"

"Unta ini liar sangat... susah aku mengawalnya... aku sudah tersimpang jauh dari hala tujuku.. teman-temanku sudah tidak kelihatan.. aku kini berpergian seorang diri.. " Balas si penunggang unta.

"Mengapa kakimu bergari?" aku cuba menjelaskan kehairanan diriku.
Lalu dia menjawab, "Awal perjalanan tadi, aku takut kejatuhan... aku belum pandai menunggang... tambah lagi unta ini membawa beban dan amanah orang padaku.. jadi aku menambat kaki ku dengan gari tadi."

"Mengapa tidak bebaskan sahaja tambatan kakimu jika sudah kejauhan?" aku bertanya kehairanan..

"Kuncinya sudah hilang... tiada siapa tahu membukanya lagi... aku tidak risau tambatan ini... aku risau keseorangan... Aku risau isi yang kubawa ini, cuma nanti jadi beban dan membusuk.."

Sedih aku mendengar keluhan itu. Ingin ku melompat sahaja memanjat unta itu. Kalaupun aku tidak mampu membuka simpulan kakinya, setidak-tidaknya biar aku tolong mengawal unta itu. Liarnya bukan calang-calang. Kudaku juga liar, tapi aku tidak kisah kerana sudah lama bersama kuda ini. Sudah ku tahu karenahnya. Tapi mampukah unta itu menampung dua penumpang? Apatah lagi sudah sarat dengan muatan. Atau.. baikkah jika aku cuba tambat kudaku pada untanya? Hmm... agak sukar... kudaku terlalu liar. Manakan suka ditambat-tambat. Rentaknya juga tidak sama dengan rentak unta itu.

Hmm... mungkin perlu aku paksakan juga menambat si kuda liarku pada untanya itu. Tampak sudah tiada pilihan. Tapi nanti pengembara yang lain dibelakang pasti berbisikan.. "Eh.. tak malu pengembala itu... tadi ada kuda sendiri.. kini mahu menagih unta orang." Pasti tercalar egoku... sejak dahulu aku gah menjadi pengembala yang berkelana dengan kuda liar. Apakah kata mereka jika melihat aku cuba menambat unta orang?
Semakin lama, jarak aku dan penunggang unta itu semakin dekat. Aku serba tidak kena. Perlukah aku membantunya? Aku sudah semakin sukar menahan sebak. Kambing-kambing gembalaanku, perlu juga aku fikirkan. Hampir juga aku menangis walau bukan aku yang ditimpa musibah. Aku berfikir sejenak... benakku buntu.

Aku terdiam. lalu si penunggang unta bertanya, "Kamu mahu kemana?"

"Ke padang ragut terdekat itu. Sebelum sampai hala tuju ku" aku membalas meneruskan dialog kami.

"Aku mahu ikut, boleh?"

"Bagaimana mampu kau ikut?"

"Aku tidak kisah.. bagaimana saja.. tapi tolong aku kawal unta ini..."

"Aku boleh naik tolong pacu untamu.. tapi jalanku dan jalanmu tidak sama.. dan tak mungkin untamu mampu menampungku"

"Aku tak tahu.. aku tidak kisah.. apa-apa sahaja.. "

"Atau mungkin lebih baik aku tambat untamu pada kudaku... "

"Asal boleh aku ikut..."

"Tapi untamu itu liar... kudaku juga liar... mustahil dapat diatur rentak lari yang sama"

"Aku tidak tahu... aku nak ikut..."

"Jalanku jauh... hujungnya tidak nampak..."

"Aku tolong kamu cari arah"

"Tapi ia banyak duri"

"Tidak mengapa.. aku tolong kamu kalau kena duri..."

"Mungkin kau juga luka nanti"

"Tolonglah aku.. aku sudah tidak mahu keseorangan.. beban itu juga aku perlu teman menjaganya.. tolonglah aku..."

Hmm... aku termenung lagi. Namun, kini aku sudah membuat keputusan. Padang ragut terdekat sudah tidak jauh. Selepas sahaja padang ragut itu, jalannya tampak lebih sukar. Pasti unta itu perlahankan geraknya dan kudaku sudah tidak begitu laju. Saat itu, akan kutambat agar terkawal kedua-duanya. Aku sudah berkeputusan. Pedulikan cakap-cakap di belakang sana..

Malam itu...


Segalanya sudah siap.. saudara dan kenalan juga sudah riuh memenuhi ruang tamu. Memandang diri sendiri yang siap didandan seperti bagaimana layaknya seorang pengantin di malam nikah, saya seolah-olah tidak percaya bahawa dalam beberapa ketika lagi saya bakal bergelar seorang isteri. Di dalam kereta sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Abu Bakar As-Sidiq itu, debar dan keterharuan dalam hati bercampur lantas menjadi satu perasaan yang sangat sukar untuk saya mengertikan..tetapi cukup indah untuk saya rasakan. Ini bukan pertama kali saya melewati jalan ke masjid itu, bahkan sejak kecil saya terbiasa berulang alik dari rumah ke kelas agama di perkarangan masjid itu bersama rakan-rakan. Tetapi malam itu saya rasakan, sepanjang jalan itu suasananya luar biasa indahnya. Lampu jalan yang biasa-biasa itu saya rasakan umpama kandil-kandil dan pelita-pelita cantik yang memancarkan cahaya lembut yang sangat mengasyikkan. Lucu bukan?

Dewan solat tempat akad nikah dilangsungkan sudah dipenuhi oleh kerabat, sahabat dan juga wajah-wajah yang sebentar lagi bakal menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Sayu dan sebak hati saat menjabat tangan abah, tanda mewakilkan wali kepada imam yang menikahkan kami malam itu. Saya lihat ada airmata yang bergenang di mata abah saat saya mencium tangannya sebelum dituntun Mak Ngah ke hadapan dewan solat muslimat. Lantas saya didudukkan di atas kusyen merah hati disamping emak. Nun tidak jauh dihadapan saya, dia yang berpakaian baju melayu sedondon berwarna kuning air duduk tenang di atas hamparan baldu marah hati bertekat benang emas.

Majlis dimulai dengan mengajak hadirin beristighfar dan melafazkan kalimah syahadah. Entah mengapa saat itu seperti meresap suatu kesayuan yang amat, lantas air mata saya mula mengalir. Sayu dan hiba mengenangkan kebocahan dah keharuan perasaan selama ini dan bagaimana Allah dengan rahmatNya mengizinkan kami untuk menamatkan dengan jalan yang terbaik ini, melunaskan perasaan cinta dan fitrah dengan cara yang diredhai Allah SWT. Allahuakbar.. Teringat gurauan saya dengan sahabat saya saat sebelum berangkat malam itu, yang saya katakan bahawa saya tidak akan menangis seperti mana lazimnya pengantin perempuan di acara akad yang pernah kami hadiri sebelum ini. Nah..sekarang lihatlah air mata saya mengalir tanpa henti, saya tenggelam dalam perasaan saya sendiri. Perasaan sedikit reda saat saya mula menghayati satu demi satu bait perkataan dalam khutbah ringkas yang disampaikan oleh imam yang bakal mengakad kami.

Imam akhirnya menjabat tangannya erat apabila tiba saat akad nikah dilafazkan. Alhamdulillah..segala puji bagi Allah… dengan sekali lafaz saya selamat bergelar isterinya. Saat itu air mata yang sebentar tadi reda mengalir semula. Wujud suatu kelegaan yang nyaman, mendinginkan segenap ruang dalam hati saya. Debar dan haru sebentar tadi diganti dengan ketenangan yang amat. Seketika saya cemas, kerana tiba-tiba saya rasakan golak perasaan padanya tiba-tiba hilang, seperti tiada rasa apa-apa lagi. Hingga kemudiannya saya sedar yang perasaan itu telah dimurnikan dengan lafaz ijab kabul tadi. Dalam doa yang diaminkan, saya mohon dengan amat pada Allah agar dikurniakan barakah atas pernikahan kami ini. Usai itu, dia lantas mengambil tempat dihadapan saya dan menyerahkan kotak hijau berisi mahar. Lantas kami beriringan kehadapan mihrab, menunaikan solat dua rakaat sebagai munajat kesyukuran kami atas nikmat kurniaan Allah ini. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. hanya pujian yang mampu saya panjatkan pada Allah.


Saat pertama kali mencium tangannya, saya sudah nekadkan dalam diri bahawa pada lelaki inilah saya akan berbakti. Bahawa sudah terserah tanggungjawab mentarbiyah dan menjaga saya selama ini daripada abah kepadanya. Lantas kepada suami saya inilah ketaatan saya selepas daripada saat ini. Dan dia membalas salaman saya dengan kucupan di ubun-ubun beserta doa yang diajarkan Rasulullah, memohon dengan sungguh dari Allah akan kebaikan dari kebaikan dan perlindungan dari kejahatan watak isterinya ini. Saya memejam mata menghayati satu persatu ulas perkataan yang keluar dari bibirnya dan halus saya mengucapkan insyaAllah... insyaAllah... amin ya rabbal alamin. Masih, air mata saya belum mahu berhenti mengalir..



Saya kembali tenang selepas itu. Selepas usai merakam kenangan bersama ahli keluarga, kami berangkat pulang menyambung majlis di rumah. Sepanjang perjalanan di dalam kereta itu tangan kami tergenggam erat. Saya mahu tangan itu memimpin saya seumur hidup dan sepanjang hayat tanpa pernah lepas atau jemu. Dan saya harap tangan ini kembali bertaut di syurga nanti… Dalam remang suasana malam sepanjang perjalanan pulang itu, saya melihat segaris senyuman di wajah lelaki yang telah amat saya kasihi itu…

Tentang perkahwinan..

Assalamualaikum..

Aduh..payah juga menguruskan hal nikah kahwin ni ya? Sudah sebulan di rumah ini saya disibukkan dengan perkara-perkara recah dan remeh. Baru sekali dapat meloloskan diri ke program tarbiyah. Selebih waktunya di'tahan' di rumah atas sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis. Mujur ada internet di rumah. Paling kurang dapat juga saya melakukan sesuatu dari meja ini. Kalau ikut Islam sajakan mudah.. Kalau masa sekolah dulu mahu hafal rukun nikah ingat saja SISWA!
S - suami
I - isteri
S - saksi
W - wali
A - akad

Kalau sudah berkemampuan, cukup saja semua rukun ini sudah boleh nikah. Kemudian adakan saja sedikit jamuan kecil bagi meraikan dan menghebahkan pernikahan itu. Mudah bukan? Tapi masyarakat Melayu disibukkan dengan adat-adat yang dicelup entah dari mana. Yang bukan sahaja menyusahkan dan menambah beban tapi bertentangan langsung dengan matlamat sebenar walimatul urus. Dengan upacara sandingnya, tepung tawarnya, perlu pula sewa baju lagak pakaian diraja yang bukan sedikit belanjanya. Kadang-kadang ambil masa berbulan-bulan membuat persiapan untuk hari bahagia itu. Lari terus dari matlamat sebenar walimatul urus. Majlis perkahwinan yang sepatutnya bebas dari sebarang penonjolan kemewahan dan sepatutnya hanya mementingkan semangat persaudaraan Islam. Aduh.. apa guna pintunya saja terhias cantik tetapi rumahnya nanti kosong bukan? (ini saya ambil kata seseorang). Tengok saja majlis pasangan popular Erra dan Yusry yang makan belanja ratusan ribu ringgit hingga layak digelar 'wedding of the year'! Akhirnya tidak sampai beberapa tahun perkahwinan, mereka berpisah kerana katanya sudah tidak sehaluan. Bukanlah saya bergembira atas kisah sedih mereka..cuma mahu mengambil sebagai teladan. Tak salahkan?

Ramai antara sahabat sebaya sudah mempunyai pilihan hati masing-masing. Ada antaranya yang sudah bertahun-tahun bercinta. Bila ditanya bila mahu melangsungkan, masing-masing mengeluh. Bukan tidak mahu tapi duit masih belum cukup. Kalau tidak ada paling kurang RM20 000 dalam akaun simpanan, jangan mimpilah mahu menikah. Kalau menikah di negeri saya ini mahar yang wajibnya hanya RM22.50. Tetapi yang membebankan ialah wang hantaran yang melambung mengikut harga pasaran itu. Tidak dinafikan saya juga tidak dapat lari dari adat dan tradisi perkahwinan yang sudah bersebati dengan masyarakat. Emak juga mahu melihat anak perempuannya ini seperti anak-anak gadis orang lain. Tambah pula saya anak gadisnya yang pertama. Saya juga mahu melihat emak saya gembira. Mahu tidak mahu apa yang boleh saya toleransikan dengan emak saya ikutkan saja, selagi tidak bercanggah dengan syara'. Baru saja tadi saya di 'brain wash' oleh mak andam yang juga jiran belakang rumah.

"Kamu ni kenapa awal sangat kahwinnya? Belajar dulu kasi habis, kemudian ade kerjaya dulu. Barulah fikir pasal kahwin. Dah ada duit banyak baru seronok buat kenduri kahwin boom bam! Ini tidak.. nak buat mewah sikit, kene fikir bajet,"

Saya hanya tersenyum pada makcik itu. Bajet itu alasan saya saja, soalnya saya memang tidak mahu. Namun perasaan perlu hormatkan dia selaku orang tua lebih mengatasi keinginan hati saya untuk membalas cakap-cakapnya. Kasihan dia jadi mangsa keadaan. Terperangkap dalam mentaliti materialistik yang kolot dan mengarut yang entah ditetapkan oleh siapa. 'Kemampuan untuk bernikah' dalam masyarakat hari ini terletak pada segulung ijazah, lumayannya gaji dan besarnya kereta dan rumah. Yang menyebabkan remaja-remaja hari ini terperangkap dalam hubungan cinta terlarang sementara menunggu diri masing-masing 'mampu'. Kemudian orang-orang tua mahu bising-bising pula dengan meningkatnya statistik khalwat, zina, buang anak dan anak luar nikah.

------------------------ iklan sekejap ----------------------------

"Kami dulu pun muda jugak.. zaman kami dulu tak ada pun masalah-masalah sosial mcm korg ni? Makin menjadi-jadi pulak budak-budak muda zaman sekarang ni ye Kak Timah (bukan nama sebenar), " kata Makcik Eton (juga bukan nama sebenar) sambil terjuih-juih mulutnya menyatakan kekecewaan dia terhadap muda mudi zaman sekarang. Makcik-makcik yang lain mengangguk-angguk mengiyakan.

Kelihatan Makcik Timah melangkah pulang..

Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti tidak jauh daripada tempat makcik-makcik itu berkumpul dan berbual. Gadis genit yang membonceng turun sambil si lelakinya membantu menanggalkan topi keledarnya. Mereka berbual-bual sebentar, sesekali ketawa kecil sambil si gadis mencubit manja lengan si jejaka. Makcik-makcik hanya memerhati dari jauh. Sempat si jejaka melambai sambil tunduk hormat pada emak si gadis sebelum berlalu pergi.

"Anak perempuan kamu tu Eton? " tanya Cik Timah. Makcik Eton mengangguk-angguk sambil tersenyum-senyum.
"Rapat benar dengan budak lelaki tu aku tengok? Sporting benar pulak kamu pun. Mengapa tak dinikahkan saja diaorg? Anak kau pun dah habis belajar kan?"
"Ish..biarlah dulu dia org berkawan Timah.. Biar serasi betul-betul dulu, duit pun belum cukup lagi tu. Aku ingat nak buat majlis kahwin dia org besar-besar nanti. Maklumlah Milah tu je lah anak perempuan aku sorang"

----------------------------- iklan tamat ------------------------------

Semasa awal-awal minta keizinan emak untuk menikah, emak membantah. Katanya saya masih muda amat, belum cukup matang untuk melalui alam rumahtangga. Tapi bukankah emak dulu pun berkahwin dengan abah semasa seusia dengan saya sekarang? Kata emak saya tak boleh bandingkan dahulu dan sekarang. Dahulu lain..sekarang lain. Kalau dahulu gadis seusia saya hanya belajar hingga tamat sekolah, kemudian duduk di rumah menunggu pinangan. Gadis zaman sekarang sudah panjang langkah, belajar pun sudah lebih tinggi jadi umur seperti saya ini masih perlu tumpu perhatian pada pelajaran dan jangan sibuk mahu berumah tangga. Tapi emak.. benar zaman dan keadaannya berbeza tapi fitrah manusia tetap sama kan? Fitrah manusia ingin berpasangan dan berteman. Dan Islam memberi penyelesaian untuk menyalurkan fitrah ini, melalui pernikahan. Pernikahan itu menjaga kehormatan diri.. menjauhkan perbuatan zina dan mukadimahnya.

Tetapi bercinta sebagai pra-syarat perkahwinan suatu kemestian yang sudah diterima sosial. Masyarakat sekeliling lebih pelik dan bising bila budak berumur 21 tahun seperti saya menyatakan hasrat mahu berumah tangga. Tetapi mereka melihat pemuda-pemudi seusia saya sesuka hati berpegangan tangan dan berpelukan tanpa sebarang ikatan itu sebagai biasa-biasa saja. Itu lebih normal pada pandangan mereka. Dunia sekarang sudah terbalik. Alasan mahu menjaga diri dan hati tidak cukup untuk menutup mulut orang-orang sekeliling. Apatah lagi kalau saya menjawab, saya berkahwin kerana mahu melajukan lagi kerja dakwah saya. Mahu juga nanti saya digelar extremis. Kadang-kadang ada juga saya goyah bila diasak dengan kata-kata orang. Namun kembali saya mengingatkan diri tentang tujuan asal perkahwinan saya. Akhirnya saya berkeputusan untuk diam saja...

Waah.. panjang pula bebelan saya kali ini. Luahan perasaan setelah sekian lama saya pendam sendiri-sendiri. Lagi pun sudah lama benar tak update blog yang kata Encik Kambing makin tak lawa ini. Permisi dulu ya.. mak ajak ke kedai beli bunga telur pula. Haih.. baru saya tahu telur yang selama ini sy fikir dari ayam itu datangnya dari pokok berbunga renda warna-warni kuikui!

Pembetulan @ Correction


Salam Malaysia..

Sudah lebih kurang seminggu rasanya saya berada di tanah air. Bandar Kuantan masih sama seperti dulu kecuali dengan pertambahan beberapa bangunan dan pusat membeli-belah yang baru. Al-maklumlah dengar khabarnya mahu dinobatkan sebagai bandaraya bulan hadapan. Jalan-jalannya dan lorongnya masih tidak berubah dan begitu juga anak-anak mudanya. Saya makin risaukan adik-adik saya yang semakin membesar itu. Kuantan meski tidak sesibuk dan semaju Kuala Lumpur tetap ada ancaman untuk akal dan semangat muda mereka. Tambah pula dengan siaran rancangan macam-macam yang diterima dari satelit oleh kuali kelabu di atas bumbung rumah kami. Saya dahulu alhamdulillah terselamat kerana sejak umur 13 tahun, terjaga dalam lingkungan pagar sekolah berasrama di Bandar Diraja Pekan.

Owh..tidaklah saya mengatakan saya bagus amat kerana bersekolah asrama itu. Cuma saya rasa didikan hidup di asrama itu banyak membentuk diri saya yang hari ini. Kita tak boleh perasan kita bagus sebab nantinya kita susah mahu terima teguran orang dan kita bakal memandang rendah pada orang lain yang tidak kita kira tidak sebagus kita barangkali. Itu sudah boleh dikira takabbur kamu tahu? Rasulullah SAW bersabda, tidak akan masuk syurga seseorang itu jika ada padanya perasaan takabbur walau sebesar biji sawi. Contoh katalah kita duduk makan semeja dengan Bush. Tengah asyik makan tu kita tak sedar la lengan baju kita terselak sikit masa nak ceduk lauk. Pastu die tegur la kita sebab nampak aurat. Bush pun cakaplah,

"Eyy..apsal you tak pakai itu handcover? Kan dah nampak you punya aurat?" (katanya dlm Bahasa Melayu yang pelat2 Inggeris)

"Eleh kau ni Bush! Sudahlah.. nak tegur2 aku bab2 aurat pulak. Sedar diri sikit..dah kau tu pegi bunuh beribu-ribu umat Islam yang tak berdosa kat Palestin nun takpe pulak?"

Huu...tu dah ade sikap takabbur tu sebab kita rasa kita lagi bagus daripada Encik George Bush sehingga kita tak nak terima teguran dia walaupun teguran dia tu betul jek sebenarnya. (tu contoh je..) Halus kan akhlak Islam? Entah-entah dalam tak sedar saya ada je sifat takabbur tu kadang-kadang. Astaghfirullah... mohon Allah ampunkan dosa yang saya sedari atau yang tidak saya sedari.

Kenapa kita kadang-kadang tak boleh terima teguran orang ye? Bukankah teguran itu boleh bantu kita baiki apa yang tak betul untuk bantu kita tingkatkan diri kita? Cuba bayangkan kalau dalam ujian bulanan, cikgu kita cuma beritahu kita markah kita saja. Tapi cikgu kita tak beritahu pun soalan ape yang kita silap, soalan apa yang kita betul. Jadi macam mana kita nak betulkan apa yang silap dan tingkatkan markah ujian kita saban bulan? Bila dapat markah tinggi kita puas hati, bila dapat markah rendah kita sedih. Akhirnya bila sampai ujian akhir penentuan, kita gagal hasilkan yang terbaik.. Kalau dari awal kita tahu apa yang salah bolehlah kita betulkan dan belajar dari kesilapan kita bukan? Masa tu nangis air mata darah pun tak guna sebab segalanya sudah berakhir.

Kita manusia tentu ada perasaan. Ada pula kalau tak banyak pun, sedikit ego dalam diri masing-masing. Bukan senang mahu terima teguran dan mengaku kesilapan sendiri. Paling kurang kalau tidak nampak cebik di wajah, ada juga terasa sedikit dalam hati. Itu antara kita dengan manusia. Kalau dengan Allah pula bagaimana? Mampukah kita sujud dan menangis mengakui dosa dan kesilapan kita? Saya menulis untuk diri saya sendiri, dalam larut malam ini di saat mata saya tidak mahu lelap walau puas dipaksa. Bukankah lebih baik jika saya sujud dalam tahajjud daripada melalut dan membebel dalam blog ini?





Surat untuk akhawat

Kriiiing, kriiiiing,kriiiiing , pak pos lewat tepat di depan sekumpulan akhawat yang sedang LIQO’ ( ngaji ), tiba-tiba pak pos menghampiri mereka.

“Assalamu’alaikum”

“Waa’alikumussalam” jawab akhwat serempak

“Afwan, ukhti… ini ada surat untuk mujahidah” kata pak pos

“Ooooh… syukron pak”

“Ya.. afwan” jawab pak pos singkat, sesingkat beliau mampir ke tempat itu.

“Assalamu’alaikum” pamit pak pos.

“Wa’alaikum salam” jawab jilbaber serempak. Tak sabaran mereka pun membuka surat yang baru saja di terimanya. Sebuah amplop berwarna pink di sobek, lalu seorang murobbiyah pun membacanya, dan mutarobbbiyah khusyu mendengarkannya.

“ Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh “ seuntai kata dari surat itu mulai di baca.

“Wa’alaikum salam warahmatullahi wabaraktuhu” jawab jilbaber lagi-lagi kompak.

“Ukhti… yang di nantikan syurga “ satu persatu murobbiyah mulai mengalirkan kata-kata surat yang di bacanya.

Ukhti…Besarnya kerudungmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju ridho tuhanmu,mungkinkah besarnya kerudungmu hanya digunakan sebagai fashion atau gaya jaman sekarang, atau mungkin kerudungbesarmu hanya di jadikan alat perangkap busuk supaya mendapatkan ikhwan yang di idamkan bahkan bisa jadi kierudung besarmu hanya akan dijadikan sebagai identitasmu saja, supaya bisa mendapat gelar akhwat dan di kagumi oleh banyak ikhwan.

Ukhti…tertutupnya tubuhmu tidak menjamin bisa menutupi aib saudaramu,keluargamu bahkan diri antum sendiri, coba perhatikan sekejap saja,apakah aib saudaramu, teman dekatmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutupi, bukankah kebiasaan buruk seorang perempuan selalu terulang dengan tanpa di sadari melalui ocehan-ocehan kecil sudah membekas semua aib keluargamu, aib sudaramu, bahkan aib teman dekatmu melalui lisan manis mu

Ukhti…lembutnya suaramu mungkin selembut sutra bahkan lebih dari pada itu, tapi akankah kelembutan suara antum sama dengan lembutnya kasihmu pada sauadaramu, pada anak-anak jalanan, pada fakir miskin dan pada semua orang yang menginginkan kelembutan dan kasih sayangmu.

Ukhti…lembutnya parasmu tak menjamin selembut hatimu, akankah hatimu selembut salju yang mudah meleleh dan mudah terketuk ketika melihat segerombolan anak-anak palestina terlihat gigih berjuang dengan berani menaruhkan jiwa dan raga bahkan nyawa sekali pun dengan tetes darah terakhir, akankah selembut itu hatimu ataukah sebaliknya hatimu sekeras batu yang ogah dan cuek melihat ketertindasan orang lain.

Ukhti…Rajinnya tilawahmu tak menjamin serajin dengan shalat malammu,mungkinkah malam-malammu di lewati dengan rasa rindu menuju tuanmu dengan bangun di tengah malam dan di temani dengan butiran-butiran airmata yang jatuh ke tempat sujud mu serta lantunan tilawah yang tak henti-hentinya berucap membuat setan terbirit-birit lari ketakutan,atau sebaliknya, malammu selalu di selimuti dengan tebalnya selimut setan dan di nina bobokan dengan mimpi-mimpi jorokmu bahkan lupa kapanbangun shalat subuh.

Ukhti…Cerdasnya dirimu tak menjamin bisa mencerdaskan sesama saudaramu dan keluargamu, mungkinkah temanmu bisa ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang entum dapatkan, ataukah antum tidak peduli sama sekali akan kecerdasan temanmu, saudaramu bahkan keluargamu,sehingga membiarkannya begitu saja sampai mereka jatuh ke dalam lubangyang snagat mengerikan yaitu maksiat.

Ukhti…cantiknya wajahmu tidak menjamin kecantikan hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan diri antum sendiri, pernahkah antum menyadari bahwa kecantikan yang antum punya hanya titipan ketika muda, apakah sudah tujuh puluh tahun kedepan antum masih terlihat cantik,jangan-jangan kecantikanmu hanya di jadikan perangkap jahat supaya bisa menaklukan hati ikhwan dengan senyuman-senyuman busukmu.

Ukhti…tundukan pandanganmu yang katuh ke bumi tidak menjamin samadengan tundukan semangatmu untuk berani menundukan musuh-musuhmu,terlalu banyak musuh yang akan antum hadapi mulai dari musuh-musuh islam sampai musuh hawa nafsu pribadimu yang selalu haus dan lapar terhadap perbuatan jahatmu.

Ukhti…tajamnya tatapanmu yang menusuk hati, menggoda jiwa tidak menjamin sama dengan tajamnya kepekaan dirimu teerhad apa warga sesamamu yang tertindas di palestina, pernahkah antum menangis ketika mujhaid-mujahidah kecil tertembak mati, atau dengan cuek membiarkan begitu saja, pernahkah antum merasakan bagaimana rasanya berjihad yang di lakukan oleh para mujahidah-mujahidah teladan.

Ukhti…lirikan mamatamu yang menggetarkan jiwa tidak menjamin dapat menggetarkan hati saudaramu yang senang bermaksiat, coba antum perhatikan dunia sekelilingmu masih banyak teman,saudara bahkan keluarga antum sendiri belum merasakan manisnya islam dan iman mereka belum merasakan apa yang antum rasakan, bisa jadi salah satu dari keluargamu masih gemar bermaksiat, berpakaian seksi dan berperilaku binatang yang tak karuan, sanggupkah antum menggetarkan hati-hati mereka supaya mereka bisa merasakan sama apa yang kamu rasakan yaitu betapa lezatnya hidup dalam kemulyaan islam.

Ukhti…tebalnya kerudungmu tidak menjamin setebal imanmu pada sang khalolikmu, antum adalah salah satu sasaran setan durjana yang selalu mengintai dari semua penjuru mulai dari depan belakang atas bawah semua setan mengintaimu, imanmu dalam bahaya, hatimu dalam ancaman,tidak akan lama lagi imanmu akan terobrak abrik oleh tipuan setan jika imanmu tidak betul-betul di jaga olehmu, banyak cara yang harus antum lakukan mulai dari diri sendiri, dari yang paling kecil dan seharusnyadi lakukan sejak dari sekarang, kapan lagi coba….

Ukhti…Putihnya kulitmu tidak menjamin seputih hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri, masihkah hatimu terpelihara dari berbagai penyakit yang merugikan seperti riya dan sombong, pernahkah antum membanggakan diri ketika kesuksesan dakwah telah di raih dan merasa diri paling wah, merasa diri paling aktif,bahkan merasa diri paling cerdas di tas rata-rasat akhwat yang lain,sesombong itukah hatimu, lalu di manakah beningnya hatimu, dan putihnya cintamu.

Ukhti…rajinnya ngajimu tidak menjamin serajin infakmu ke mesjid atau mushola, sadarkah antum kalo kotak-kotak nongkrong di masjid masihterliat kosong dan menghawatirkan, tidakkah antum memikirkan infaq sedikit saja, bahkan kalaupun infaq, kenapa uang yang paling kecil dan paling lusuh yang antum masukkan, maukah antum di beri rizki sepelit itu.

Ukhti…rutinnya halaqahmu tidak menjamin serutin puasa sunanah senin kamis yang antum laksanakan , kejujuran hati tidak bisa di bohongi,kadang semangat fisik begitu bergelora untuk di laksanakan tapi, semangat ruhani tanpa di sadari turun drastic, puasa yaumul bith pun terlupakan apalagi puasa senin kamis yang di rasakan terlalu sering dalam seminggu, separah itukah hati antum, makanan fisik yang antum pikirkan dan ternyata ruhiyah pun butuh stok makanan, kita tidak pernah memikirkan bagaimana akibatnya kalau ruhiyah kurang gizi

Ukhti…manisnya senyummu tak menjamin semanis rasa kasihmu terhadap sesamamu, kadang sikap ketusmu terlalu banyak mengecewakan orang sepanjang jalan yang antum lewati, sikap ramahmu pada orang antum temui sangat jarang terlihat, bahkan selalu dan selalu terlihat cuex dan menyebalkan, kalau itu kenyataannya bagaimana orang lain akan simpati terhadap komunitas dakwah yang memerlukan banyak kader, ingat!!! Dakwahtidak memerlukan antum tapi… antumlah yang memerlukan dakwah, kitas emua memrlukan dakwah

Ukhti…rajinnya shalat malammu tidak menjamin keistiqomahan seperti rosulullah sebagai panutanmu.

Ukhti…ramahnya sikapmu tidak menjamin seramah sikapmu terhadap sang kholikmu, masihkah antum senang bermanjaan dengan tuhanmu dengan shalat duhamu, shalat malammu?

Ukhti…dirimu bagaikan kuntum bunga yang mulai merekah dan mewangi,akankah nama harummu di sia-siakan begitu saja dan atau sanggupkah antum ketika sang mujahid akan segara menghampirimu.

Ukhti…masih ingatkah antum terhadap pepatah yang masih teringiang sampai saat ini bahwa akhwat yang baik hanya untuk ikhwan yang baik,jadi siap-siaplah sang syuhada akan menjemputmu di pelaminan hijaumu.

Ukhti…Baik buruk parasmu bukanlah) satu-satunya jaminan akan sukses masuk dalam surga rabbmu.Maka, tidak usah berbangga diri dengan parasmu yang molek, tapi berbanggalah ketika iman dan taqwamu sudah betul-betul terasa dan terbukti dalam hidup sehari-harimu.

Ukhti…muhasabah yang antum lakukan masihkah terlihat rutin dengan menghitung-hitung kejelekan dan kebusukan kelakuan antum yang dilakukan siang hari, atau bahkan kata muhasabah itu sudah tidak terlintas lagi dalam hatimu, sungguh lupa dan sirna tidak ingat sedikitpun apa yang harus di lakukan sebelum tidur, antum tidur mendengkur begitu saja dan tidak pernah kenal apa itu muhasabah sampai kapan akhlak busuk mu di lupakan, kenapa muhasabah tidak di jadikan sebagai moment untuk perbaikan diri bukankah akhwat yang hanya akan mendapatkan ikhwah yang baik.

Ukhti…pernahkah antum bercita-cita ingin mendapatkan suami ikhwan yang ideal, wajah yang manis, badan yang kekar, dengan langkah tegap dan pasti, bukankah apa yang antum pikirkan sama dengan yang ikhwan pikirkan yaitu ingin mencari istri yang solehah dan seorang mujahidah, kenapa tidak dari sekarang antum mempersiapkan diri menjadiseorangan mujahidah yang solehah

Ukhti…apakah kebiasaan buruk wanita lain masih ada dan hinggap dalam diri antum,seperti bersikap pemalas dan tak punya tujuan atau lama-lama nonton tv yang tidak karuan dan hanya kan mengeraskan hati sampai lupa waktu, lupa bantu 0rang tua, kapan akan menjadi anak yang biru walidain, kalau memang itu terjadi jadi sampai kapan, mulai kapan antum akan mendapat gelar mujahidah atau akhwat solehah.

Ukhti…apakah pandanganmu sudah terpelihara, atau pura-pura nunduk ketika melihat seorang ikhwan dan terlepas dari itu matamu kembali jelalatan layaknya mata harimau mencari mangsa, atau tundukan pandangannmu hanya menjadi alasan belaka karena merasa berkerudung besar

Ukhti… hatimu di jendela dunia, dirimu menjadi pusat perhatian semua orang, sanggupkah antum menjaga izzah yang antum punya, atau sebaliknya antum bersikap acuh tak acuh terhadap penilaian orang lain dan hal itu akan merusak citra akhwat yang laing, kadang orang lain akan mempunyai persepsi di sama ratakan antara akhwat yang satu dengan akhwat yang lain, jadi kalo antum sendiri membuat kebobrokan akhlak maka akan merusak citra akhwat yang lain.

Ukhti…dirimu menjadi dambaan semua orang, karena yakinlah preman sekalipun, bahkan brandal sekalipun tidak menginginkan istri yang akhlaknya bobrok tapi semua orang menginginkan istri yang solehah,siapkah antum sekarang menjadi istri solehah yang selalu didamba-dambakan oleh semua orang?

Selesai membaca, tak terasa murobbiyah dan mutarobbiyah punmengeluarkan butiran-butiran halus dari matanya, mereka menangis,meratapi dan muhasabah bersama dalam liqo’atnya….

Mudah2an bermanfaat..

~Terbaca saat baru terjejak kaki di medan juang sebenar, tanah airku. Peringatan yang sgt2 jujur untuk diri. Sedang diri tidak pernah sekali pun rasa layak untuk bergelar seorang akhawat mahupun mujahidah dakwah. Dan air mata ini menitis..~

12.07 a.m.Kuantan.Pahang

Rencam

Saya duduk termenung di bilik yang sudah separa kosong itu. Cuba berkira-kira apa lagi yang perlu saya lakukan malam ini. Saya merenung kotak-kotak dan beg pakaian besar di satu sudut bilik. Hendak berkemas, sudah selesai pula semuanya. Sedar tak sedar sudah genap tahun pertama pengajian saya di universiti. Dalam 9 bulan ini banyak benar yang terjadi dan banyak juga yang saya belajar. Masih saya ingat hari pertama saya sampai di bumi Manchester sepulangnya dari cuti musim panas yang lepas. Dingin dan kepenatan. Alhamdulillah disambut dengan hangatnya senyuman dan ukhuwah. Lalu rasa keterasingan yang menyeliputi selama saya di dalam perjalanan dari tanah air bersendirian terus mencair sama sekali. Alhamdulillah bersyukur benar kerana dicampakkan ke sini. Di dalam bi'ah yang sungguh saya rasakan amat menjaga saya dalam menghadapi dugaan dalam memulakan hidup baru di sini. Ukhuwah yang membedung saya yang kesejukan..

Ukhuwah itu umpama kaca. Cantik, jernih dan telus. Cantiknya ukhuwah itu menyenangkan mata dan melapangkan hati. Jernih kaca boleh tercemar dengan kotoran yang terpalit. Tetapi kotornya kaca itu bukanlah susah untuk dibersihkan. Cuma perlu sedikit usaha.. ambil kain dan lapkan kotoran itu, pasti ia bersinar kembali. Biar selalu dibersihkan, jangan kotorannya berkumpul lantas terlalu degil untuk dibersihkan. Kaca ukhuwah itu telus... Seorang sahabat boleh memahami isi hati sahabatnya walau tidak ada sebarang kata yang terucap. Seorang sahabat seharusnya menjadi cerminan kepada sahabatnya. Menegur jika salah dan membetulkan yang tersilap. Menjadi cerminan yang jujur, yang memantulkan imej yang tepat sebagaimana jatuhnya. Bukan mengangkat dengan pujian palsu yang merosakkan. Namun kaca ukhuwah itu juga rapuh. Perlu dijaga rapi jangan pernah terhentak atau yang lebih buruk terlepas ke tanah. Bimbang nanti retak atau pecah.

Namun ingatan pada sesuatu membuatkan saya mengeluh panjang. Bagaimana dengan satu saat, sesuatu yang dengan susah payah di bina berdikit-dikit untuk suatu tempoh, boleh musnah berderai. Derai yang jika dicantum pun masih terlihat kesan retaknya dan tidak mungkin secantik dulu lagi. Sungguh saya tidak tahu punca. Saya mencuba dan saya tahu dia juga mencuba insyaAllah.. tidak mustahil kaca ukhuwah yg dulu amat rapuh itu kami leburkan kembali dalam panasnya api dan dibentuk semula secantik dulu. Sedikit..demi sedikit. Biar langsung tidak terlihat retak yg pernah membelah..insyaAllah..insyaAllah. Allah mudahkanlah dan lapangkanlah hati-hati kami...

Hari sebelumnya saya ke Plattfield meneruskan larian yang sejak bulan kebelakangan ini menjadi rutin saya. Setiap kali ke sana teman saya bertukar ganti, bergantung kepada sesiapa yang sudi meneman dan berkesempatan. Petang itu saya bersama Kak Sheila dan Kak Ain... Subhanallah..sudah beberapa hari tidak menjengah, taman rosnya makin cantik bila bunga-bunganya sudah berkembang. Kata Kak Shiela, masa yang diambil untuk kami bergambar sama banyak dengan masa yang diambil utk beriadah..huhu! Saya suka berlari-lari setiap petang di Plattfield. Bila berlari fikiran saya kosong... saya lupakan sebentar kesibukan di bilik dan di kelas. Nasyid dan zikir menjadi halwa telinga. Haha..kata mereka saya sudah terkena aura yang sama seperti yang Kak Mum alami tahun lepas.



Owh..sebut tentang Kak Mum saya terlupa menceritakan bertambah seorang ahli baru keluarga kami di Manchester ini. SUMAYYAH MUJAHID! Alhamdulillah akhirnya dapat tatap wajah 'Mujahid' yang kami nantikan dahulu. Kelahiran Sumayyah saya tahu lewat mesej ringkas dari umminya. Ketika itu saya sedang ber'field trip' di Devon. Sudah 2 minggu usianya baru saya berkesempatan melawat Sumayyah. Usia Sumayyah tiga minggu, Sumayyah kembali ke hospital kerana jaundice. Alhamdulillah Sumayyah sudah sihat semula. Waah..tiba-tiba rindu pulak pada Damia Adrianna di rumah sana. Setiap minggu hanya mampu dengar suaranya yang makin keletah dan banyak ragam. Huu..esok lusa sudah boleh jumpa Damia pula. Makcik nak peluk cium lepas rindu pada Damia (si ubi berbentuk bayi..huhu!).


Hu..apa-apalah yang saya bebelkan di atas tadi.Kepala saya pusing... di luar sana manusia berambut perang bermata biru sedang berpesta. Meraikan tamatnya ujian dunia. Muziknya benar amat-amat membingitkan. Mendendangkan lagu yang tidak dapat saya tangkap apa butirnya. Kalaulah mereka itu dalam kaca televisyen, mahu saja saya tekan butang merah yang mematikan langsung suara bingit itu. Kepala saya makin pusing dan badan penat amat... Mata memberat dan terlelap juga akhirnya..