Surat terbuka untuk adikku


Assalamualaikum adik,

Lama kakak berfikir-fikir. Telah sekian lama juga kakak menimbang-nimbang. Sudahnya setiap kali itu kakak terpaksa menyembunyikan hasrat yang telah sekian lama terpendam. Kerana... kakak merasakan diri ini belum cukup layak untuk melakukannya. Namun, malam ini kakak tekad. Kakak harus melakukannya. Kerana, semakin lama disimpan semakin diri ini merasa bersalah. Biarlah... biarlah apa katamu selepas membaca surat kakak ini. Kakak hanya mahu melaksanakan tanggungjawab yang selama ini membeban dalam diri. Maka hari ini, kakak menulis dengan segala kerendahan hati. Bukan kerana diriku lebih baik dari dirimu. Tetapi, kerana kakak mahu adik jadi lebih baik dari diriku yang serba kekurangan ini.

Adikku sayang,

Di saat ini kakak melihat kau sedang mengecapi keremajaanmu, yang datang dengan segala peluang dan kemanisannya. Sungguh, ini fasa yang manis untuk kau nikmati dan bakal menjadi kenangan berharga sepanjang hidupmu. Saat-saat ini hatimu berkobar dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba segala sesuatu. Dan sudah fitrahnya jiwa remaja ialah jiwa yang biasa berapi-api dengan keberanian. Keberanian untuk mencabar diri. Saat ini juga kau berada di kemuncak segalanya. Kemuncak semangatmu, kemuncak kecerdasanmu dan kemuncak kesempurnaan fizikalmu. Bagaimana kakak tahu? Sudah tentulah kerana kakak juga pernah melaluinya sebelummu. Malah kakak melihat diri kakak suatu masa dahulu dalam dirimu.

Adikku,

Di saat engkau membaluti dirimu dengan fesyen terkini dan merias wajahmu seindahnya, hatiku menjadi semakin gundah. Kerana jauh di sudut hati, kakak mengakui kecantikan yang Allah kurniakan kepadamu. Tahukah engkau kesempurnaan yang Allah kurniakan kepadamu itu merupakan satu dugaan maha hebat untukmu? Hatiku pedih saat melihat keindahanmu dipertontonkan kepada yang tidak berhak. Tidak, kakak tidak sekali-kali cemburu kepadamu. Kakak hanya tidak mahu engkau mengulangi kekhilafanku suatu masa dahulu.

Kakak dahulu juga sepertimu, yang tidak pernah mahu ketinggalan dari arus fesyen yang menggila. Berseluar ketat, berbaju singkat dan bertudung hanya pelengkap syarat, jangankan tidak memakainya. Merasakan diri terbebas dari belenggu syariat yang ketika itu dianggap kolot dan menjemukan. Sedangkan diri menjadi badut yang menggayakan telunjuk kafir laknatullah yang hanya mahu menjatuhkan kehormatan wanita Islam dengan menyingkap hijab dan rasa malu dari diri sang gadis. Yang kononnya dinamakan liberalisasi wanita. Sedangkan diri bagai sang merak yang hanya indah pada bulunya, sedang diri tidak mampu untuk terbang tinggi mengejar redha Allah. Sungguh, jangan kau ulangi kesilapanku.

Adikku yang amat dekat di hati,

Kerana kesempurnaan parasmu dan keramahanmu barangkali, ramai yang datang menagih cintamu. Dan pastinya mereka menjanjikan yang indah-indah untuk memikat hatimu. Dan fitrahnya jiwa wanita kita ini lembut. Mudah amat terlentur dengan pujuk rayu. Di saat keremajaanmu ini Allah memenuhi jiwamu dengan limpahan rasa cinta. Bukan untuk dihulurkan sesuka hati kepada sesiapa, tetapi untuk disalurkan dan diuruskan berlandas syariatnya. Jadilah seperti mawar. Yang cantik mewangi menarik hati. Tetapi hanya yang benar berani mampu memiliki, setelah sanggup meredah duri-duri yang membentengi dirinya. Bukan mudah dipetik dan dihidu sewenang-wenangnya.

Mungkin kau rasakan kakak tidak layak menasihatimu dalam hal ini. Kisah lampau tentang zaman kebodohanku menguruskan cinta menjadi senjata untuk kau menutup telinga dari mendengar nasihatku. Kerana kebodohan dan kesilapan-kesilapanku itulah yang menyebabkan aku tidak pernah jemu menasihatimu tentang cinta. Kerana dengan cinta yang fitrahnya suci ini boleh dicemari dengan noda yang akan menjerumuskanmu ke lembah kehinaan. Apabila cinta bercampur nafsu, segalanya terlihat indah di pandangan. Tanpa kau sedar dengan halus, syaitan memasukkan jarumnya satu persatu.

Mungkin dengan semudah berbalas mesej di telefon dan berlarutan dengan saling melihat gambar-gambar si buah hati di laman sosial kegemaranmu. Di mana malumu sebagai seorang muslimah, andai gambar pelbagai aksi engkau siarkan di laman sosialmu? Hati kembang dengan pujian yang dilantunkan teman-teman, tanpa kau sedar saham dosamu bertambah setiap detik setiap kali lelaki ajnabi bergetar hati melihat indahnya wajahmu dan moleknya senyumanmu. Lantas teringat-ingat dan hati mula rindu. Rindu pula bakal menghasilkan sebuah pertemuan. Nah, licik bukan si syaitan? Tiba masa engkau tersedar dari indahnya lamunan cinta itu, kakak bimbang engkau sudah terlambat. Terlalu jauh dibawa arus cintamu sehingga lemas dan karam, tidak mampu untuk kembali. Mengingatkan itu aku menjadi semakin gerun.

Adikku tercinta,

Cuba kau lihat wajah ayah dan ibu saat mereka tertidur kelelahan setelah melalui hari-hari yang panjang membesarkan kita? Tidakkah bergetar hatimu? Tidakkah menitis air matamu? Beruntunglah adikku andai pemandangan itu membuahkan titis jernih di matamu, kerana janji Allah air mata yang menitis itu bakal menjadi penghapus api neraka. Tetapi, adikku. Adakah dengan melihat mereka hatimu malah menjadi benci. Jiwamu merasa terkongkong dengan aturan dan nasihat mereka? Engkau merasakan mereka tidak mampu memahami jiwa remajamu yang perlukan sebuah kebebasan.

Tetapi, masihkah kau ingat adikku? Mereka yang engkau rasakan serba tidak memahami itulah yang pertama sekali memahami setiap inci kemahuanmu ketika engkau masih belum mampu bicara. Ketika engkau menangis, ibu tahu membezakan tangis laparmu, tangis gelisahmu dan tangis sakitmu. Ayah yang kau rasakan mengongkong hidupmu itu, merupakan yang pertama memberikan kau kebebasan dan membawa engkau melihat dunia. Masih ingatkah ketika dia meletakkan kau di keranjang motosikalnya untuk menikmati angin petang? Membebaskan kau dari kebosanan setelah kian lama terperuk kerana masih belum mampu bertatih.

Jangan kau balas suruhan mereka dengan suara yang meninggi. Jangan kau hadiahkan jelingan untuk setiap bebelan mereka. Jangan sekali-kali. Jika kau merasa dirimu benar, terangkan dengan penuh sabar kepada mereka. Jika masih berselisih, bawalah dirimu sebentar meraih kekuatan. Bukan dengan jalan keluar dari rumah mereka dan tidak kembali. Kerana itu hanya bakal menambah luka dan mungkin menempah jalan ke neraka. Kakak sungguh tidak mahu kau digelar anak derhaka. Tetapi carilah kekuatan itu dengan sabar dan solat. Berdoa moga engkau dan mereka dikurniakan petunjukNya. Kerana tanpa restu mereka, hilanglah rahmat dari Allah kepadamu. Maka ketika itu, di mana akan engkau cari kebahagiaan hidupmu.

Adikku sayang,

Sekali lagi ingin kakak tegaskan, kakak menulis surat buatmu ini bukan kerana kakak merasakan diriku lebih sempurna darimu. Bukan juga kerana merasakan imanku lebih tinggi dari imanmu. Tetapi hanya sebagai pesanan seorang kakak kepada seorang adik yang dikasihi. Yang telah melalui jalanmu dan melakukan kesilapan demi kesilapan itu. Kerana kasihku padamu adikku, kakak tidak mahu kau melakukan kesilapan yang sama. Kakak melakukan kesilapan itu kerana aku tidak pernah diberitahu. Malangnya aku kerana tidak mempunyai kakak yang mahu menasihati. Aku belajar satu-satu tentang hidup setelah menempuh jalan yang perit. Kalau mampu aku putar masa, mahu saja aku padamkan sejarah silam hidupku.

Sekarang segalanya terpulang kepadamu adik. Masih banyak yang mahu kakak luahkan namun cukuplah buat masa ini. Jikalau kau mendengar dan mengambil yang sedikit ini pun kakak sudah terlebih-lebih bahagia. Dalam doaku saban hari, aku berdoa moga petunjuk Ilahi sentiasa bersamamu.



Ikhlas dari,

Kakak




Of being a working mommy


Salaam,

Uhuk...uhuk... berhabuk, bersawang... ye sudah lama tak update. Saya tahu. Esok genap sebulan blog ini tak berupdate. Oleh kerana tidak mahu mencipta rekod sebulan tidak berupdate itu, maka hari ini saya update. Haha! (Macamlah ada sangat orang baca~ ) Sejak dah jadi mak orang ni memanglah sangat sibuk sampai sangat susah nak buka laptop...huuuu!!

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, untuk segala nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya ini. Kadang-kadang rasa diri sangat tidak layak untuk segala nikmat ini.... Rasa macam banyaaaaak sangat yang Allah berikan pada diri ini. Sehingga kadang-kadang takut sangat saya jadi hamba yang lalai. Ya Allah moga Kau tetapkan hati ini di jalanMu yang lurus dan jadikan aku sebagai hambaMu yang kekal bersyukur. Ameen.

Sepulangnya dari Kota Singa, keesokannya saya terus memulakan tugas di pejabat semula. Awalnya berdebar juga, maklumlah tak pernah ada practice session dengan Ayyash dan pengasuhnya. Sempat bawa Ayyash berjumpa dengan pengasuhnya pun hanya petang sebelum hari pertama bekerja semula. Alhamdulillah Ayyash has been a very good baby, tak meragam apa pun. Cuma pengasuhnya kata hari pertama Ayyash kurang tidur siang. Mungkin baru nak menyesuaikan diri dengan suasana baru kot. In terms of feeding, Ayyash memang dah dilatih guna botol dan minum EBM sejak dari minggu-minggu awal kelahiran. Jadi, tak ada masalah. In fact, mungkin dia lagi suka botol kot. Hihi!Hari kedua Ayyash has establish his sleeping pattern di rumah pengasuh and seems a lot more at home Alhamdulillah...

Saya sendiri, awalnya kekok juga nak menyesuaikan diri semula dengan rutin baru sebagai ibu yang bekerja. Yelah, kalau dulu, bangun pagi fikir pasal diri sendiri dan keperluan suami saja. Sekarang yang pertama sekali kena fikirkan keperluan anak dulu. Setiap malam sebelum tidur mesti nak kene sediakan nursery bag dan EBM supply Ayyash. Nak kene bersihkan alatan mengepam dan pack siap-siap dalam bag untuk dibawa ke pejabat. Ayyash pula seawal jam 5 pagi dah bangun dah ajak Ibu main-main dan borak-borak dengan dia. Maka haruslah Ibu mengantuk dan tersengguk-sengguk kat pejabat tak cukup tidur. Ada sekali tu tak sedar bila kepala ter'park' kat atas meja dan langsung tertidur dengan bestnya kat pejabat. Hadooi!

Yang paling kekok nak sesuaikan diri ialah mengepam di pejabat. Jadual mengepam saya setiap 3 jam. Biasa lepas subuh sesi pertama jam 6.30 pagi. Sesi kedua lepas minum pagi jam 9.30. Sesi ketiga sebelum makan tengahari jam 12.30 dan sesi terakhir jam 3.30 petang. Jam 6 dah balik, pick up Ayyash dari rumah pengasuh dan sepanjang malam direct feeding aje. Tapi rutin tu bertahan 2 minggu pertama ajalah. Minggu ketiga Ayyash dah demand more EBM supply, jadi tak cukup dengan sesi mengepam siang saja. Maka setiap malam lah berpower pumping selama sejam dari jam 9 sampai 10 malam. Baru cukup bekalan untuk Ayyash. Stok EBM ciput (24 oz je) yang dikumpul masa berpantang habis licin. Sekarang memang kais pagi makan pagilah anakku ini. Ya Allah, kumohon Kau murahkanlah rezeki anakku dan permudahkan aku untuk memberikan yang terbaik mengikut fitrahMu. Ameen...

Kalau nak dikira, hidup sebagai seorang ibu yang bekerjaya memanglah sangat memenatkan. Dulu rasa macam tak percaya je bila orang kata penat-penat balik rumah tengok muka anak terus hilang penat. Sekarang bila diri sendiri mengalami memang diakui benar. Tension macam mana pun kat tempat kerja, penat macam mana pun, segalanya terbang entah ke mana bila tengok senyuman Ayyash. Sejuk rasa hati ni...

Good time with Ayyash (jadi tak effect gambar oldies ni? hihi!)

Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja saja dan fokus membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga. Kadang-kadang rasa sedih dan terkilan bila pengasuh Ayyash update perkara-perkara baru yang Ayyash dapat for the day. Terkilan sebab saya bukan orang pertama yang melihat perkembangannya satu persatu. Sedih sebab saya selalu rasa saya tak dapat jadi ibu yang terbaik untuk si comel Ayyash. (Masa tengah tulis ni, toleh tatap Ayyash yang tengah enak tidur sebelah saya... rasa nak menitik aje air mata ni) Tapi perjuangan mesti diteruskan. InsyaAllah kalau Allah izin, saya akan jadi ibu yang sepenuh masa disisi anak-anak dan suami. InsyaAlllah suatu hari nanti ameen... doakan saya ye?

Talking To Ayyash

Salam,

Khusus untuk tontonan Pak Ngah yang jauh di mata nun di balik pulau sana... Atas permintaan, ini video budak kecik Ayyash yang bangun pagi aje sure nak ajak ibu dgn ayah die borak-borak. Kalau tak layan nanti die bising jek jerit2 hadoiii...Yang ni die tengah citer pasal jalan2 kat taman. Sekian.


Surat dari ibu


Dear Ayyyash,

Saat ibu menulis ini Ayyash baru berusia 56 hari. Sudah tentu Ayyash masih belum boleh membaca apatah lagi memahami apa yang ibu tuliskan ini. (apatah lagi bukak blog ibu…huhu!). Tapi ibu tuliskan saja, supaya suatu hari nanti Ayyash tahu dan tidak lupa tentang hal ini.

Ayyash,

Baru 56 hari usia Ayyash, namun sudah 296 hari dia menjadi seorang bapa. Sejak dari hari kami melihat dua garisan merah yang mengkhabarkan berita gembira kedatangan kamu, sejak dari hari itu dia sudah menjadi seorang bapa. Fikirannya, perhatiannya dan hatinya adalah fikiran, perhatian dan hati seorang bapa.

Sepanjang tempoh kehamilan, dia menjaga ibu sebaik-baiknya dari segala segi. Bersabar dengan segala karenah bukan-bukan seorang perempuan hamil. Kerana katanya dia meminta perkahwinan untuk meningkatkan imannya dan bukankah kesabaran itu meningkatkan iman? Begitu katanya saat ibu mohon maaf atas karenah ibu. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas ibu kira. Bukan hanya kerana kasih sayangnya sebagai seorang suami kepada isteri, tetapi juga kerana kasih sayangnya sebagai seorang bapa.

Ayyash anak ibu,

Dia sentiasa ada di sisi saat ibu bertarung nyawa melahirkan kamu. Sentiasa di sisi mengalunkan kata-kata yang bukan sahaja menenangkan, malah meyakinkan ibu bahawa ibu mampu melakukannya. Walau ketika itu hampir-hampir sahaja ibu berputus asa saat kesakitan tidak tertanggung lagi. (Hehe…lucu kalau diingatkan semula!) Tetapi genggaman tanggannya memberi kekuatan untuk ibu terus mencuba dan mencuba. Saat-saat manis ketika kali pertama kamu melihat dunia terakam sempurna bukan sahaja dalam ingatan, malah mampu dirakamnya dengan lensa kamera untuk kita tonton semula!

Dia sanggup mengambil seminggu cuti semata-mata mahu menjaga sendiri Ayyash dan ibu di rumah uwan. Ayyash tahu tak, dari hari kedua dia sudah berani memandikan Ayyash walaupun ibu sendiri masih gerun. (lepas sebulan baru ibu berani mandikan Ayyash, hehe!) Kata uwan, kalau dia ada di rumah, sampai kene berebut dengan dia nak menguruskan Ayyash. Dia juga ringan tulang membantu ibu berbarut, bertungku dan mengingatkan ibu makan jamu. Ringan sikit tugas uwan. Bila ibu cakap terima kasih, dia kata dia tak kisah buat semua itu sebab dia sayang kita. Sangat.

Ayyash sayang,

Percayalah dia sanggup berkorban apa saja untuk kamu. Malah dia sanggup berhabis untuk memastikan segalanya serba sempurna dan terbaik untuk kamu. Hari ini, ketika usia Ayyash 56 hari, buat pertama kalinya dia bergelar seorang bapa pada Hari Bapa. Nanti dia balik kerja, Ayyash ucapkanlah Selamat Hari Bapa pada dia, ye? Cakap terima kasih sebab susah payah selama ini menjaga kita sebaiknya. (takpe.. kalau dia tak paham Ayyash punya gugugaga ibu boleh tolong translatekan nanti. Ayyash cakap aje…).

Ibu doakan suatu hari nanti Ayyash membesar menjadi lelaki sebaik dia. Menjadi suami yang terbaik untuk isteri, anak dan menantu yang sangat menghormati ibu bapa dan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kamu nanti. Selamat Hari Bapa, Ayah Ayyash!

Ayah dan Ayyash!


Yang sayang kamu seinfiniti,

Ibu


ps: Tak lupa Selamat Hari Bapa untuk Abah dan Ayah tercinta. Walau tak terucap dengan kata-kata tetapi ketahuilah kami amat sayang dan menghargai segala jasamu. Doa kami moga Abah dan Ayah dikurniakan keberkatan usia agar dapat sentiasa bersama kami meniti pengalaman sebagai ibu bapa dan menasihati kami dengan hikmah pengalaman. Terima kasih tak terhingga untuk segala pengorbananmu!

Aqiqah untuk Ayyash

Salam...


Alhamdulillah... pada 31 April 2011, Allah beri kemampuan untuk kami menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah Ayyash, menunaikan aqiqah pada hari ketujuh kelahirannya. Ditakdirkan hari ketujuh jatuh pada hujung minggu pula, alhamdulillah dapatlah saudara mara berkumpul memeriahkan kenduri Yahya Ayyash. Ibu dan ayah pula terpaksa 'pinjam' Ayyash sekejap daripada hospital kerana Ayyash masih di wad kerana jaundice. Alhamdulillah atas rahmat Allah, tengaharinya dapat khabar dari doktor yang Ayyash tak perlu pulang ke wad kerana keadaannya sudah bertambah baik!

Dari Samurah bin Jundah dia berkata: Rasulullah bersabda:

"Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqh yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya"


- Shahih Hadits Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darimi dll-

Alhamdulillah... Allah beri kesempatan untuk kami menjalankan aqiqah mengikut sunnah iaitu pada hari ketujuh kelahiran. Sunat juga untuk bayi ditahnik. Pada kenduri aqiqah Ayyash, Ayyash ditahnik dengan buah tamar, diberi minum air zamzam dan direnjiskan dengan wangian mawar di kepalanya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W...

Dari Abu Musa al-Asy'ari Radhiyallahu'anhu berkata:

"Lahir seorang anakku maka aku membawanya kehadapan Nabi S.A.W maka baginda memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian baginda menyerahkan bayi itu kepadaku"

-Sahih Bukhari dan Muslim-

Pada keesokannya pula baru dapat Ayyash dicukur kepalanya oleh ayah. Hehe habis licin rambut lebat anak ibu ni. Botak licin jadinya...heheh!


Lakukanlah apa yang terbaik untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam setiap detik kehidupan kita. Islam agama yang sempurna, meliputi setiap aspek kehidupan. Hatta dalam urusan menyambut kelahiran bayi pun digariskan sunnahnya. Penting juga untuk kita bezakan antara sunnah dan adat. Ada juga adat-adat menyambut kelahiran bayi yang mungkin bertentangan dengan syariat Islam. Jadi sebagai ibu bapa, perlu lengkapkan juga diri dengan ilmu pengetahuan. InsyaAllah... moga Allah menerima setiap amalan kita.


Jumping milestones


Salam..

Okay... I know, it has been so long since I last write. The last entry was on 19th May and today is 11th of June. Less than a week to a month of no new entry. Great! A lot of things happened (of course) and we are jumping from one milestones to the other.

Milestone 1:

25th May - Ayyash is one month old and we brought him for his 1 month check-up and injection. Alhamdulillah he is all well and now weighted 4.4 kg. We also have his first pasport made that day, as Muhammad plan to bring me and Ayyash over to Singapore after my confinement period. I was wondering how on earth they could make pasport photo for babies? Ayyash was crying throughout his photography session because he was all cranky as we disturbed his sleep. But the photo turned out well, it looks like he was grinning while he was actually wailing. Haha! Good job!

Before we go to the studio, let's practice at home. Ok, Ayyash... smile!

Milestone 2:

3rd June - I am finally at the finishing line of my 40 days confinement period. Bye2 barut, bye2 jamu-jamu, bye2 toast and bye2 biskut Hup Seng. Say hi to cold icy drinks, ice creams and delicious foods..yum2! Hehe.. joking. Not that I will gulp everything in one go now. I guess I'll get back to those slowly just to give more time for my body to heal. Besides, I'm still in my Intensive Diet Programme (IDP) for my quest to get my pre-wedding weight back! So, holding on to my confinement's diet seems like a good idea for the time being.

Also, on that day, my in laws were all coming down to Kuantan for visiting plus having their vacation. They were here for 3 days, staying in Cherating and we joined them there. Yes, WE means me, Muhammad and Ayyash. Of course, I was nervous taking care of this little guy independently without my mum's supervision. But by hook or by crook I have to do it and alhamdulillah we managed just fine :)

Milestone 3:

5th June - For the first time ever, we took Ayyash abroad (if Singapore can be considered abroad?). It was a long journey. 12 hours! We set off at 10 in the morning and arrived at 10. Along the way we dropped by at a relative's house and we have some issues at the border. Anyway, it was very tiring. Ayyash was being such a sweetheart. He was sleeping all the way and woke up just in time for his feedings, with occassional smiles in between to tell his worried mother that he is doing just fine. I'll tell you more of our Singapore stay in other entry.

Milestone 4:


8th June - Ayyash was officially weaned off from his nipple shield yeay! Another milestone for our breastfeeding journey. I never expected it to be this easy and this fast, alhamdulillah! I was thinking that I will be using the shield for the whole 2 years!

We were eating at a restaurant when Ayyash started to cry as it was already his feeding time and I rushed up to our room to get my shields. Then Muhammad suggest me to try breastfeed him without the nipple shield. I was reluctant as I know he was already so hungry. So I prepared a bottle of EBM by my side and clean pair of nipple shields just in case he throws a tantrum. And so I tried to directly feeding him.

He latch on a few times and gag. I said to myself I tried one more time and if it failed again then I will be using the shield. To my suprise he latched on and stayed. I fed him until he fell asleep. What a wonderful feeling. Finally! I am as normal as other breastfeeding mommies! I felt like shouting it to the world! Yeay!

Owh aite... have to pen off now. Ayyash sudah mula merengek. Another reason for my lack of update. Till then

Our Breastfeeding Quest - Final Part

As I told you in the previous parts of Our Breastfeeding Quest, I failed miserably to directly breastfeeding Ayyash during our early days. I put the blame mostly on myself. Ayyash is a very easy baby I would say. He never throw a tantrum and I never really hear him crying very loudly. His cries usually only enough to make you notice what he really needs, but not annoyingly loud. I usually took chance to train him (and training myself too) when he is not fully awake and not really hungry. He would usually co-operate better and he will keep on trying. But each time he managed to latch, he will gag. And I can't stand such views. There are a lot of people who come to help (my mum, my mother in law, aunts, nurses etc to name a few) and too many tips given. But nothing seems to help.

There was one day when I just decided to give up on breastfeeding. I shut myself in a room, leaving Ayyash with his father, my breasts were all in pain from frequent pumping and I cried myself to sleep. I wonder why is everything seems so difficult, why can't I be as normal as other mothers out there??

Until one day, a sister of mine suggested the idea of being an exclusive pumping mother. I once thought about it, what if I never succeed in nursing and opt to pump my breast milk for Ayyash all along for the whole two years. And of course this idea received too many negative remarks from others. Most people told me that I could never successfully complete two years of exclusive breastfeeding without having the baby at my breast. They said that pumping would never be the same with nursing and pumping will never be able to keep my milk supply. It will deplete somehow, some day. Some other people asked me, why would make it a hassle? If I could not breastfeed then give him formula. Exclusive pumping simply means double work. Life basically was wake up, feed Ayyash, put Ayyash to bed, pump milk, clean pump parts, go to bed for an hour, repeat the process again and again! Now I can see why a lot of mothers out there simply give up on breastfeeding.

So I went to internet and google about exclusive pumping (EP). And I found a lot of articles offering supports and tips to keep up milk supply for mothers who decide to become exclusive pumpers. Since then I became a lot more optimistic, knowing there are people out there who have been there and done that. Means, it is possible! Honestly, this new discovery has somehow removes a huge burden from my head. I am a lot more relax in my quest to train Ayyash to nurse and we are not stressing ourself too much anymore. I mean, if I never be able to nurse Ayyash, he could still get all the benefits of breastmilk. A mother who decides to become an exclusive pumper is a mother who is very determined about giving the best for their babies eventhough it will cost them a lot of trouble. I feel good about myself to be able to dedicate my efforts for my beloved baby.

But I have not stop my effort to nurse Ayyash altogether. There must be a lot of people out there who faced similar problem like what I am facing right now and there must be a solution to it. I did some more research and found out about correcting nipples during pregnancy. There are a lot of products in the market who could help mother to prepare themselves for breastfeeding, breast shells for example. But it is too late for me! Then I found out about nipple shield and did some research about it. From Wikipedia:

A nipple shield is a nipple-shaped sheath worn over the areola and nipple during breastfeeding. Modern nipple shields are made of soft, thin, flexible silicone and have holes at the end of the nipple section to allow the breast milk to pass through.

Nipple shields are used in various situations:

  • Some mothers have small or inverted nipples which make it difficult for the baby to latch on. Using a shield allows for feeding to progress until the baby's suction draws out the nipple.
  • Small, weak or sick babies often have difficulty latching on to the breast. A nipple shield makes latching easier and prevents the baby becoming discouraged.
  • Babies who had to be bottle-fed since birth can become used to the bottle teat. Nipple shields feel more like teats, and aid with the transition to breast feeding.
  • A mother's nipples can become sore or cracked from incorrect breastfeeding. A shield allows the mother to continue breastfeeding until her cracked nipples heal and she improves her latching technique.
  • They make it easier to measure the quantity of milk consumed.

And so I look up for the nipple shield online and decided to get myself a pair of it. At first I doubt it could work but it never hurt to try. Plus the price is not very expensive either. There are various brands who produced nipple shield. I bought Medela Contact Nipple Shield based on some good reviews about it online. It only took a day for the shield to arrive at my door.












Medela Contact Shield

Upon opening the package at first I was clueless on how it would work. I was eagerly waiting for Ayyash to wake up for his feeding to try out the shield. Of course with a spare bottle of EBM at my side, just in case if this things does not work. He was half awake when I put him to my breast and alhamdulillah unexpectedly he latched on brilliantly with the help of the shield! I was so happy and for the first time I enjoyed my breastfeeding moment with Ayyash. He suckled and I can't help but keep on wondering whether he gets the milk or not. And he assured me that things work out ust fine when he finally fell asleep, looking full and satisfied. Immediately, I messaged my husband telling him our achievement for the day. He could never be any happier!

But I know I cannot rely on the nipple shield forever. Most doctors and lactation consultant stress that nipple shields use should be temporary; the aim is always to return to regular breastfeeding, unless otherwise indicated. There are some disadvantages when using nipple shield such as the baby will get less milk if the shield is used incorrectly, the mother is more at risk of plugged ducts and mastitis due to the reduced milk transfer and risk of reduced milk supply. So mother who used nipple shield has to closely monitor her baby's weight and need to empty her breast after each feeding using pump.

I would think that it is better to have baby on breast with a shield than not having the baby on breast at all. And I have found mothers who go on using the shield for the whole period of nursing her baby. But I will try to wean Ayyash from the shield anyway insyaAllah. At least now I can have ease of mind when thinking of going out with Ayyash as I never need to bring EBM, my Swing, cooler bag etc. All I need is my shield and it comes with a nice cute case to keep the shield clean and sterilized. yeay!!

Maybe some readers will find that it is rather embarassing for me to talk about this thing publicly on my blog. But I take this as my contribution towards young mothers out there and regards this entries on my breastfeeding quest as educational rather than personal. So I end Our Breastfeeding Quest entries here and hope it could be beneficial for others. Thanks!

Our Breastfeeding Quest - Part 2


.... and so the jaundice incident managed to give me the confidence to exclusively breastfeed Ayyash. I just have to find ways to make this breastfeeding works for both of us. I started to realize that manual pump is not sufficient to keep us going so we finally decided to get ourself an electric pump to save our time and energy. I realized this whole things about breastfeeding issue has taken too much of my attention that I forgot to enjoy my newborn baby. I constantly keep on thinking whether I will manage to gather enough milk for his next feeding or not.

Of course there are various different brands of electric pump in the market. I was busy with the baby most of the time so Muhammad did the shopping. We finally settled on Medela Swing and bought it online for RM679. It took 4 days to reach us via courier. Alhamdulillah... pumping time was cut into half to get the similar amount when using manual pump. The Swing emptied the milk much more efficiently and I produced a lot more! I usually just get around 2oz per pumping session, but now it has increases to 4oz. It definitely encourages me to pump more often and of course will somehow improves my production. The manual pump finally took place in its box again...hehe!


My Medela Swing

We bought Bumble Bee Storage Bottle to keep the EBM as it is compatible with Medela Swing. So I could directly pump and store. It is also cheap, only RM38 for eight bottles. I should get some more when I start working soon. Then we also bought Tommee Tippee feeding bottle as the shape of its nipple close to the shape of the breast. We thought that would be easy for Ayyash to get train on direct feeding. Later we learn that it does not make any different for Ayyash. And we will definitely not buy Tommee Tippee bottle next time as the shape of its bottle is so awkward, there must be some milk trapped at its curves. Such a waste and of course every drop of precious EBM counts! And it is not cheap either, RM 28.90 for a 5oz bottle. Plus the EasiVent teat is also a bit pricey for us.














At first, we heat up chilled EBM using warm water but later thought it was too much hassle and so we bought the food warmer. Muhammad chose the one that can also be charged on the go, complete with a car charger. So, we save the worries of overheating or underheating the EBM as it has the pre set temperature and would regulate the temperature accordingly. We were thinking of getting a strilizer as well but our steamer will function just fine for that.


So, there we are, very much well equipped for our breastfeeding journey. All in all, it took us around RM900 for all these things. But I realized that this is definitely not a solution for my problem. The main problem here is Ayyash still cannot be directly feed!! I can't imagine myself packing my Swing, storage bottles, feeding bottle, cooler, EBM supplies, food warmer for each outing with my baby. Being a breastfeeding mum should mean less hassle when going out with baby as you have your milk supply with you, ready made, at the right temperature and can be consumed anywhere, anytime! But now it seems like I shall be in much more trouble compared to formula milk mummies!!! Help!

To be continued....


Our Breastfeeding Quest - Part 1



Ever since I got to know about my pregnancy, I am so eager and excited to fully breastfeed my little baby, knowing every goodness of exclusive breastfeeding. (I wrote about it once here.) So, I started to survey on good breast pump and I never buy any feeding bottle for my baby. I was very sure that I could breastfeed thus I thought I never need a feeding bottle for the first few weeks. But, no matter how well you plan, life sometimes throws you a curve ball. The only worry that I have about breastfeeding was whether I would have enough milk for my baby or not. But as soon as my son was born, I learn that, that is not the only thing I should worry about. And our bumpy ride on breastfeeding journey begin.

As soon as I was admitted for labour, my husband inform the midwife that we intend to exclusively breastfeed the baby so that the hospital will not feed him with formula. Before I was transfered back to my ward from labour room, the midwife asked me if I want to have my baby at soonest from the nursery. I said confidently "Yes, of course. I want to breastfeed him." I was waiting for my baby to arrive in my room for a few hours when finally the nurse came. I hold my baby in my arm, excited for a first time experience of mother-and-son bonding. I thought breastfeeding was natural, and natural should means easy. At first, when I see my son struggling to latch on, I thought that was natural as well. But after half an hour of struggling and the baby has started to cry and scream, I know I am in for trouble.

I can't stand the sight of my baby crying hungrily, so I reluctantly I allowed the nurse to feed him with formula milk for just once. Well, that is one of my biggest mistake. Later I learnt that I should keep on trying and the baby would find his way to learn how to latch. Now that he was introduced to artificial nipple, he learnt to accept that as the easier way to get his food. While his mother's is a relatively difficult, and having a not-so-normal one doesn't make things anymore easier. I felt handicapped. I never thought that mine was going to be a problem.

When the nurse brought my baby back to the nursery, I asked my husband to get back home to have a rest and fetch my breast pump which I forgot to bring. Since my baby won't nurse directly from me, I want to stimulate milk using the pump. The one that I have during that time was a Philip Avent manual breast pump given by my sis in law. And I started pumping. It was painful, but I kept on going and kept reminding myself that my baby should get this precious colostrum. The yellow, thick colostrum trickled out after a few minutes of pumping and I am very much grateful. I fed my baby with that precious liquid when I had him back in my room.

Later on, a nurse and a midwife came to my room to teach me how to breastfeed. We talked and then they worked with me on nursing positions and offered encouragement while Ayyash continued to scream. I was devastated. I felt like I am a failure almost instantly. We walked back home later that evening with a gift bag full with instant Similac (soy based milk). The kind of milk that does not required any preparation, just open the cap, replace it with nipple and heat it up with hot water. And another can of Similac powdered formula.

A few days at home, I was depressed. I was struggling to stay awake at night to feed Ayyash every two hours or so. I felt like everyone is pushing me to directly breastfeeding Ayyash and told me to keep on trying while I just felt that it was just too difficult to do. I was very tired and I can't stand his cries and screams everytime I tried to put him to breast. I felt like he is one unlucky baby to have a mom who is incapable of providing him with the best nourishment for his life. I was very dissappointed with myself to the point that I'm crying each time I saw him fed with formula. I am a failure, a total loser.

I tried to express my breast milk only to get about 1 oz for every session while Ayyash requires around 1.5 - 2 oz that time. So I have no choice but to let him have the instant soy based milk that we got from the hospital. The supply was enough to keep us going for only 3 days with alternating breast milk in between. Later on 4th day, we went for Ayyash post-natal check up. Ayyash needs to undergo blood work since he was suspected with congenital hypothyroidism. Alhamdulillah the blood result showed he has no problem with hypothyroidism but, his bilirubin level was as high as 299! So he was immediately warded to undergo phototherapy. I was told to feed him with breast milk every two hours.

The hospital did not provide rooming in for mother. So I have to go back home and return back to the hospital to visit Ayyash and provide him with my EBM. It was during this time that I manage to get better production. I guess the psychological effect of seeing him only in his diapers under the blue light, alone and unattended, played its trick. The only thing that matters to me during that time was to get him out of the ward, so I have to provide him with as much breastmilk as possible to get rid of his jaundice. And so my body co-operate and produce more milk.


Ayyash in the ward


His first day in ward, my EBM supply was not enough to keep him going, so he was given formula a few times. His bilirubin level just improved from 299 to 279. On second day, things got better and we managed to not let him take any formula as my EBM was sufficient. But his bilirubin level has still not improved much, only from 279-268. We were blamed by the nurses for his poor improvement, as they said we were there most of the time and took him out of the phototherapy too frequent. The paed even came to us to advice us not to do that. I thought we only switch of that blue light when changing his diaper. We even fed him under that blue light! We were very furious when we found out later that during his second day, he was let sleeping for 6 hours without feeding according to his feeding record! And we thought that was the reason for his poor improvement and not us.

Third day we decided to just stay there from morning till night to make sure Ayyash got his feeding right on time. The midwife even advice me to just go home to have a rest and let them take care of Ayyash. But no, I will never let it happen again. I just sat in front of his bed, pumping my breast milk most of the time and feed him. If I was too tired, I went to a sofa at the waiting lounge and took a nap there. I am glad that my husband was with me throughout my stay. On fourth day, we asked permission from the doc to take Ayyash out for his kenduri aqiqah at home. After his blood sample was taken, we rushed him home as our family members was waiting to see him. We were told to bring him back to the hospital that afternoon if his bilirubin level is still above 240.

Later at noon, the doctor called us and told us that he can be discharged. His bilirubin level has improved from 268 to just 229! The benefit of frequent breast milk feeding should be credited for such improvement. That was what makes me to never give up my quest to exclusively breasfeed my baby. I became obses with my pumping schedule and his feeding time. The next day, we went to a government clinic to have another blood test just to be sure that the bilirubin level was dropping and alhamdulillah it has gone to as low as 155 only.

I once thought that I will be giving up breastfeeding and switch to formula, but I know I just can't let my son missing all the benefits of breast milk. I still want to exclusively breast feeding my baby but I have to think of some ways to get arround things as he still refused to be directly feed from breast. What should I do???

To be continued....

My Confinement Regime

Salam..

Dulu sebelum bersalin duk berfikir apakah agaknya perasaan berada dalam tempoh berpantang. Kadang-kadang fikir macam seronok aje sebab bak kata Emak, dilayan bak puteri raja semua perkara dibawa ke riba. oh! Tapi yang tak seronok banyak yang tak boleh daripada yang boleh. Maka sebelum melahirkan pulun makan segala mak nenek yang teringin di hati kerana memikirkan lepas ni 44 hari harus melupakan keenakan pelbagai jenis juadah lazat. Lagipun saat-saat akhir kehamilan itulah masanya menikmati guilt-free world of makan-makan. Tidak perlu risau diri kegemukan kerana mindset masa pantang nanti dietlah habis-habisan. Akibatnya di minggu terakhir kehamilan, saya perlu menurunkan 16 kg berat badan untuk kembali ke berat sebelum kehamilan dan 23 kg sekiranya mahu berat badan semasa jadi pengantin dulu. Huhu!

Duduk hospital sehari saja, petangnya sudah boleh pulang ke rumah. Maka keesokannya bermulalah rejim perpantangan yang diketuai oleh siapa lagi kalau bukan ibunda. Dan pembantu setianya adalah suamiku, Muhammad. Siap ambil cuti seminggu tu untuk membantu menguatkuasakan rejim tersebut. Baiklah.

Setiap hari, rejim bermula sekitar jam 7 pagi. Ibunda akan bangun memanaskan tungku batu sungai lalu membungkusnya dengan daun betik dan kain batik. Lalu sebelum mandi akan bertungku, tujuannya melancarkan pengeluaran darah-darah kotor di dalam rahim. Memang terbukti keberkesanan. Selepas itu ibunda akan merebus pelbagai jenis daun-daunan yang sudah tidak dingati berapa jenis untuk dibuat air mandi. Antara yang saya ingat daun pandan dan daun kunyit (sebab dua tu je yang saya kenal..huhu!). Setakat berpantang ni baru empat kali saya mandi serum ni. Best woo... perasaan seperti sedang memanjakan diri di spa sahaja. Bau air rebusan daun-daun tu memang wangi sampai baunya melekat di badan sepanjang hari. Tujuan adalah untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada badan ibu yang bersalin.

Masih lagi dalam mood spa, kemudian tibalah saat melulurkan badan dengan segala-mala jenis rempah-rempah. Untuk pantang ni saya pilih set Mustika Ratu. Kenapa? Sebab set tu antara yang paling murah..haha! Harganya RM99 sahaja. Jenama lain-lain semua mencecah RM 200-RM 600. Mula-mula akan lulur seluruh badan dengan Param Segar Sumyuh dan minyak Gandapura. Tujuan untuk menyegarkan badan. Memang segarlah sebab dah sapu minyak angin seluruh badan dan bau rempah ini juga sedap. Lepas tu sapu Bubuk Bancar Air Susu, tujuannya, seperti namanyalah, untuk meningkatkan penghasilan susu. Lepas itu Tapel Raket Mustika Sejati disapu di perut untuk membantu pembakaran lemak. huhu! Dan tak lupa Pilis Wangi sapu di dahi supaya kelihatan seperti wanita dalam pantang... eh bukan... supaya menyihatkan penglihatan. Kata emak, tujuan lain menyapu rempah-rempah juga adalah supaya suami menjauhi si isteri yang kelihatan seperti hantu Kak Limah dan berbau seperti kari. Baiklah!

Kemudian acara berbarut pula. Tali barut haruslah panjang dan berbelit-belit bagi menduga kesabaran si pemakai. Untuk itu saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada encik Muhammad kerana sentiasa sabar mengenakan barut pada si isteri dengan harapan untuk melihat perut kembali ramping. Muhammad mengenakan barut dengan prinsip 'no mercy' kerana ditariknya ketat-ketat seperti tidak membenarkan si isteri bernafas sahaja layaknya. Nak bangun pun susah, duduk pun dah tegak macam tengah hi-tea dengan Queen Elizabeth. oh! Tidak lupa acara berurut tiga hari berturut-turut. Bayarannya RM 30 sehari. Seumur hidup diri ini memang tidak pernah berurut dengan tukang urut bertauliah. Pertama kali berurut, pada pendapat saya memang best. Rasa macam segala urat yang tersimpul terurai. Huhu!

Pantang dari segi makan pula, by default semua mende tak boleh makan kecuali yang ibunda suakan kepada saya sahaja. Sayur yang dimakan setakat ini hanyalah sawi dan lobak sahaja. Lobak putih katanya boleh meningkatkan penghasilan susu. Buah-buahan pula boleh try and error. Setakat ni hanya cuba tembikai sahaja tapi malamnya terus mengigil dan demam. Jadi terus eliminate tembikai. Ingat nak test power makan nasi ayam. Terus kena gatal2. Padan muka. Alhamdulillah setakat ni Yahya Ayyash belum pernah ter'effect' dengan pemakanan ibunya. Selain itu makan pati ikan haruan untuk meningkatkan healing process luka2. Juga makan spirulina untuk merawat anakanda yang jaundice. Jamu belum mula setakat ini sehingga Yahya Ayyash pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan lada hitam, halia dan lain-lain.

Dari segi pergerakan memang tak macam orang dalam pantang kata emak. Jalan sungguh laju dan langkah sungguh besar. Memang menjadi mangsa bebelan setiap kali makcik2 datang berziarahan. Tetapi sungguh diri tidak boleh mengagak berapa sepatutnya kelajuan berjalan wanita dalam pantang. Sebab rasa macam ok saja so main redah ajelah. Tambah pula sejak hari ke-4 sudah keluar rumah 3 kali sehari selama tiga hari berturut-turut, kerana melawat anakanda yang di warded kerana jaundice dan menghantar bekalan susu ibu kepada beliau. Jadi banyaklah peraturan pantang yang dilanggar di situ. hoho!

Kali terakhir menimbang berat badan ialah hari ke-4 selepas bersalin, sudah turun 6 kg. Tak tahu dah berapa banyak turun sehingga hari ke-14 ini. Oh... ada 30 hari lagi untuk menghabiskan pantang. Lamanya... saya teringin nak minum fresh orange sejuk! Sekian.

Mengapa Nama Saya Bukan Fateh

Salam,

Sejak kelahiran saya seminggu yang lepas, Ibu dan Ayah menerima banyak soalan dari kawan-kawan mereka berkenaan dengan nama saya. Iyalah, Ibu ni sejak dari zaman belum kahwin lagi memang sunguh-sungguh nak namakan anak lelaki pertamanya Fateh. Ibu berkenan dengan nama Fateh selepas dengar kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Lalu setiap kali bercerita tentang bayi dan kelahiran, Ibu biasanya lebih mudah menyebut Fateh mewakili bakal anaknya yang entah bila akan lahirnya. Lalu kenalan-kenalan Ibu semuanya sudah sedia maklum, Fateh itu bakal anak Ibu. Yang suatu hari nanti akan Ibu lahirkan. Itu pun jika Allah mengizinkan.

Ibu akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Ayah. Ibu merasakan impiannya untuk memiliki cahaya mata semakin hampir. Ibu berharap sungguh-sungguh dapat berjumpa dengan Fateh yang sekian lama dinanti. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. 3 tahun meniti alam perkahwinan, Fateh yang dinanti masih juga belum muncul tiba. Bukan sedikit air mata Ibu yang tumpah dalam penantiannya. Dan tangan Ayahlah yang seringkali menyeka air mata Ibu sambil membisikkan kalimah-kalimah kesabaran.

"Mengapa kita diuji begini?"

"Sebab Allah mahu kita jadi hamba terbaik seperti Nabi Allah Zakaria..." kata Ayah.

Surah Maryam Ayah tadaburi di saat dirinya sendiri mencari kekuatan. Di saat dia sudah kebuntuan cara dan jalan untuk memujuk Ibu. Kisah bagaimana Nabi Zakaria A.S berdoa agar dikurniakan zuriat oleh Allah S.W.T. Sehingga suatu hari Ayah menyatakan nazarnya pada Ibu. Ayah mahu menamakan putera pertamanya Yahya dan jika puteri bakal dinamakannya Maryam.

"...Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia..." (Surah Maryam: 7)

Waktu berlalu, akhirnya dengan izin Allah beserta usaha dan tawakkal, Ibu dan Ayah menerima khabar paling gembira. Ramadhan 1431 Ibu dikhabarkan positif hamil. Fateh yang dinanti akhirnya hampir pasti menjadi kenyataan. Oleh kerana masih belum pasti sama ada yang di dalam kandungan adalah seorang putera atau puteri, Ibu masih terus memanggil anak yang dikandungnya dengan nama Fateh dan begitu jugalah seperti yang dimaklumi oleh kenalan Ibu yang lain.

Megat Yahya Ayyash akhirnya dilahirkan. Inilah 'Fateh' yang Ibu nantikan selama ini. 'Pembuka' kepada zuriat penyambung perjuangan Ibu dan Ayah. 'Pembuka' kepada pintu kebahagiaan dan harapan. Ayyash itu maksudnya 'Yang Hidup'. Nama Yahya Ayyash itu sendiri milik seorang mujahid yang terkorban memperjuangkan tanah Palestine. Mujahid yang digelar Al-Muhandis (the Engineer) yang menjadi buruan musuh Islam Israel dan akhirnya syahid dalam perjuangannya. Moga Megat Yahya Ayyash ini juga menjadi pemuda yang memburu syahid di jalan Allah, insyaAllah.



Detik Kelahiran Yahya Ayyash

Name: Megat Yahya Ayyash bin Megat Muhammad Firdaus

Date of Birth: Monday, 25 April 2011

Time of Birth: 0042

Place of Birth: Kuantan Medical Centre

Labour: Spontaneous Vaginal Delivery

Birthweight: 3.01 kg

Obstetrician: Dr. Suriati Sulong

Paediatrician: Dr Yeo


Oh, rasa seperti tidak percaya pula sedang menulis blog ini sebagai seorang ibu. Rasa seperti di dalam mimpi yang sering dialami di minggu-minggu terakhir kehamilan. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah semata-mata.

Kronologi kelahiran seorang cahaya mata

22 April, Jumaat:

Sebelum subuh lagi dah bersiap nak bertolak ke Kuantan untuk antenatal check-up minggu ke-38. Sebelum bertolak sibuk mengemas kain baju dan rumah sebab rancangnya minggu depan nak mula bercuti sebab dah tak larat nak pergi kerja. Semasa dalam perjalanan ke Kuantan, pinggang tiba-tiba sengal macam period pain. Perut mengeras sekali sekala. Haih... takkan dah sampai masa kot? Tapi mengabaikan saja sebab memang uterus suka buat drama acah-acah tiap kali ada appointment dengan doktor. Mungkin sakit ni sebab penat mengemas rumah pagi tadi kut.

Doktor scan baby, kepala dah engaged tapi growth measurement dah payah nak ambil sebab dah cramped up sangat beliau di dalam. Assumed dia masih dalam lingkungan 3.0 kg. Doktor minta buat CTG. Heartbeat normal range 110-150 bpm. Uterus contraction tidak menunjukkan any regular pattern macam minggu lepas. Cuma duration dan intensity of one contraction macam semakin bertambah. Dapat MC seminggu. Doktor minta datang semula minggu depan untuk temujanji minggu ke 39.

23 April, Sabtu:

Sejak balik dari klinik semalam sampailah ke hari ini memang period pain on-off. Maka diri sudah semakin suspense but excited. Cuba timing sekali sekala, assuming sakit itu ialah contraction. Tapi masih belum ada regular pattern. Maka mengabaikan saja walaupun dalam hati macam melonjak-lonjak nak ajak suami ke klinik jumpa doktor. Tapi macam malu takut kene hantar balik aje sebab tak ada apa-apa pun. Tahan sakit sampailah ke malam. Bila malam struggle nak tidur sebab sakit datang dan pergi.

24 April, Ahad:

1.30 a.m: Masih berhempas pulas tak dapat tidur menahan contraction. Akhirnya kejutkan Muhammad yang sedang tidur dan ajak pergi hospital.

2.oo a.m: Sampai di hospital. Jumpa MO bertugas. Dia jangka memang sakit nak bersalin lalu dihantar ke tingkat dua untuk CTG dan check jalan. CTG tak menunjukkan contraction yang kuat dan regular. Check jalan pun bukaan baru 1 cm. Sakit pun mula menghilang sedikit demi sedikit. Sungguh anti-klimaks. oh! Nurse tanya nak warded atau tak untuk jumpa doktor awal pagi esok. Minta balik rumah saja.

1.30 p.m: Sepanjang malam balik dari hospital memang tidur-tidur ayam saja. Sakit yang datang dan pergi berterusan. Asyik berulang ke tandas sebab rasa macam nak buang air besar pun ada. Akhirnya keluar 'show' waktu zuhur. Tapi confuse tak tau betul ke tak itu tanda nak bersalin. Tunjuk kat emak, emak cakap 'iyelah tuuu.. pergi siap-siap pergi hospital'. Mujur Muhammad decide ambil cuti hari tu sebab tak larat nak bangun awal drive balik kerteh angkara late hospital visit malamnya.

4.30 p.m: Lepas solat zuhur lepak-lepak lagi layan movie XX Ray II sebab still tak sakit sangat lagi. Haha! Cuba timing contraction, 40 seconds contraction for every 8 minutes. Progressively contraction semakin menyakitkan. Okay, jom pergi hospital. Lepas Asar Muhammad drive ke hospital. Hajat di hati nak makan chicken chop before masuk hospital. Hajat tidak kesampaian sebab sakit makin kuat, mana mungkin chicken chop dapat dinikmati.

5.00 p.m: CTG dan VE. CTG menunjukkan ada regular pattern of contraction. Bukaan jalan masa ni dah 3 cm. Hati still teringin nak makan chicken chop. Tak kire! Masuk ward. Muhammad punggah beg mummy and baby naik atas lepas tu pergi belikan si isteri chicken chop yang dihajati. heheh! Puas hati dapat makan chicken chop sebelum pantang..hoho!

6.00 p.m: Dr. Su akhirnya sampai. VE lagi sekali. Kali ni bukaannya sudah 4 cm. Doktor tanya nak masuk labour room atau tunggu kat ward. Decide tunggu kat ward saja, takut psycho masuk labour room awal-awal.

8.00 p.m: Sakit makin bertambah. Masa ni dah mengeluarkan berbagai-bagai bunyi yang menggerunkan encik suami. Berapa kali Muhammad offer nak panggil nurse atau doktor. Tapi refuse, sebab rasa macam boleh bertahan lagi. Mungkin jiran katil sebelah juga gerun mendengar wanita ini mengerang-ngerang.

9.30 p.m: Ohhh.. sudah tidak tertahan sakitnya. Maka akhirnya mengalah dan tekan loceng panggil nurse. Midwife masuk dan VE lagi sekali. Kali ni VE sangat menyakitkan! Bukaan sudah 5 cm. Lalu disorong ke labour room. Doktor sampai VE lagi sekali, dah 6 cm. Masa ni dah mula kesakitan yang teramat sangat..huuuu! Tak sedar volume suara menjadi tinggi. Muhammad berdiri kat sebelah katil, pegang tangan sambil suruh selawat dan ingat Allah. Masa ni berapa kali entah mintak dengan Muhammad nak C-sec jek. Huuu sungguh kelakar dan memalukan jika difikirkan. Oh!

25 April, Isnin:

12.00 a.m: Midwife kata bukaan sudah 10 cm dan kepala baby pun dah nampak! Tapi duk asyik mintak C-sec jugak. Huhu! Suruh Muhammad panggil doktor sebab nak C-sec cepat-cepat. Sungguh kurang rasional di situ. Midwife suruh pegang pergelangan kaki dan push. Tapi tak tahu macam mana nak push. Tarik nafas dalam-dalam pastu hembus baby keluar. Tapi hembusan tersekat di leher, lalu diri mengeluarkan bunyi yang tidak sedap di pendengaran. Huhu! Doktor akhirnya sampai... suruh push lagi. Midwife, sorang nurse, doktor dan Muhammad tukang cheer kat sebelah suruh push.

12.42 a.m: Masa tu macam dah tak larat sangat nak push. Tapi bila doktor cakap, "Cepat push Liyana, dah lama sangat kepala baby kat sini. Kesian kat baby ni..." Oh... terus mendapat kekuatan berganda lalu melakukan dua push dalam satu pernapasan. Tak sedar langsung bila doktor buat episiotomy dan akhirnya terasa macam baby meluncur keluar. Muhammad terus cium dahi. Terus bangun dan tengok doktor dan midwife mengerjakan baby sambil duk sebut "Fateh... Fateh anak ibu dah keluar.." Huhu! Lepas clearkan pernafasan baby dan dia menangis, doktor hulur baby untuk di dakap. Masa ni tak tergambar perasaan gembira. Tapi tak lama sebelum midwife ambil semula. Muhammad pergi ke nursery untuk azankan baby. Sementara tu doktor keluarkan placenta dan jahit luka episiotomy.

1.00 a.m: Muhammad masuk semula ke labour room dan tunjuk video dan gambar Fateh pandang kamera sambil tunjuk peace! Alhamdulillah...Allahuakbar... sangat-sangat lega dan gembira tengok anak yang dilahirkan sihat sempurna. Disorong balik ke ward untuk berehat. Cuba nak tidur tapi tak dapat sebab happy sangat. Pukul berapa entah, nurse datang sorong Fateh masuk ke bilik untuk di breastfeed. Hanya syukur saja yang mampu dipanjatkan. Akhirnya penantian hampir 4 tahun yang panjang berakhir dengan bermulanya satu lagi tanggungjawab yang lebih mencabar.


Moga Allah memandu kami dan memberi kami kekuatan untuk mendidik zuriat kami ini, insyaAllah.... Lagi cerita tentang Yahya Ayyash bakal menyusul kemudian.

Balasan Surat Untuk Abang Ikram

Dear Abang Ikram,

Ibu kata Abang Ikram ada tulis surat untuk Adik Fateh. Ibu dah bacakan, jadi ini adalah balasan untuk surat Abang Ikram yang lepas.

Tentang masalah obese Abang Ikram tu, janganlah abang risaukan. Adik Fateh berpegang kepada peribahasa 'berobese obese dahulu, berhensem hensem kemudian'. Masa kecik ni ajelah kalau kita obese macam mana pun orang akan nampak kita comel aje. Berebut-rebut orang nak picit pipi kita. Tapi apabila meningkat dewasa kita kene menguruskan badanlah. Kita kan bakal menjadi rebutan ramai, maka imej dan penampilan perlu dijaga. Kalau kita obese apabila dewasa kelak, tak dapatlah kita melengkapi salah satu daripada 10 muwasofat tarbiyah kita kan? (Yang ni Fateh dgr masa Ibu pergi usrah hari tu). Lagi pun khidmat kita sekarang amat diperlukan oleh ibu kita untuk menurunkan pregnancy fat mereka. Maka biarlah kita berkorban untuk ibu tercinta. Teruskan tabiat penyusuan Abang Ikram sekarang, Adik Fateh insyaAllah akan menyusul jejak langkahmu kelak. huhu!

Abang Ikram tahu tak malam semalam Ibu adik nangis... Sebab sepanjang hari Adik Fateh buat spring cleaning kat dalam. Yelah dah duduk 9 bulan kan kat dalam ni, nak tinggalkan tempat ni surelah adik nak kemas-kemaskan sikit. Pastu asyik duk practice for the big day kan. Sepanjang hari rehearsal, sepanjang harilah jugak Ibu duk menahan contraction2 manja adik. Adik Fateh dengar Ibu mengadu kat Ayah die sakit. Bila malam dia makin sakit sampai tergolek. Kesian Ibu. Ayah pun dah prepare nak pergi hospital sebab ingatkan adik dah ready nak keluar. Antara perkara yang Ayah prepare ialah charge handphone dengan batery camera..haha!

Owh... Ibu harap Adik Fateh boleh keluar awal sikit sebab dia dah tak larat tahan BH yang sangat frequent, agak kuat dan come and go sepanjang hari itu. Selain daripada tu dia kata dia dah tak sabar nak jumpa Adik. Ibu dah mula cuti minggu ni dan stand by kat rumah Uwan. Abang Ikram dengan Mama doakanlah kami ye?


Yang tak sabar nak jumpa Abang Ikram,

Adik Fateh.

@ 37 weeks

Salam..

Rasa macam bertanggungjawab pula mengupdate blog walhal tak ada sesiapa yang suruh. Huhu! Mungkin kerana terfikir, catatan minggu-minggu terakhir kelahiran ini akan disimpan sebagai kenangan apabila si kecil sudah dilahirkan nanti. Saya tentunya akan merindukan saat-saat ini. Atau sebagai ingatan pada diri sendiri apabila suatu hari nanti kegeraman tengok si kecil sudah pandai menakal panjat sana sini, yang dulunya saya sendiri tidak sabar menanti kelahirannya. Yang kalau dia duduk diam sangat, baik-baik saja dalam perut mulalah saya risau lalu membuat seribu satu cara untuk merasa tendangan dan gerakan beliau. (lalu di marah oleh Ayah beliau kerana menganggu ketenteraman anak beliau yang mungkin sedang tidur di dalam perut) Atau mungkin catatan ini akan dibaca sendiri oleh si kecil apabila dia sudah mula pandai membaca dan memahami. (Harapnya blogspot masih wujud ketika itu, kalau tidak pening kepala Ibu nak fikir macam mana nak simpan semua entry-entry kat sini...oh!)

Minggu ke 37 dihadapi dengan tabah. Di pejabat sudah kebosanan sampai mahu pengsan kerana langsung tak ada kerja mahu dilakukan setiap hari. Maka duduk saja di meja sambil berpura-pura sibuk mengadap komputer walhal sedang membaca website-website tentang pregnancy sahaja. Nak buat macam mana, siapalah yang sanggup beri tugas kepada wanita yang sarat mengandung ini? Mungkin kerana kasihan melihat dirinya yang sudah tidak larat membawa diri sendiri atau tidak sanggup kerja terbengkalai di pertengahan jalan kerana tiba-tiba cuti bersalin pula nanti. Maka baiklah saya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu menghadapi saat-saat kelahiran daripada saya membuang masa begitu saja, bukankah begitu?

Pelvic pain sudah semakin berkurangan walaupun masih bersisa. Mungkin tulang temulang di situ sudah terbiasa dengan perubahan bentuknya yang terbaru dan sudah dapat menerima kenyataan. Cuma kepenatan saja yang melampau-lampau sepulangnya dari tempat kerja, maka harus tidur sebaik sahaja nampak katil. Rumah usah dikatalah, sungguh tidak cantik di pandang mata. Hanya mampu meminta maaf saja dari si suami yang hanya tersenyum penuh memahami.

Seperti biasa, antenatal check-up cukup dinanti. Tiba-tiba Encik Suami ada tugas di KL pada hari yang dijanjikan untuk bertemu doktor. Maka merajuk sehari semalaman. Nekad nak pergi check-up sorang-sorang tanpa ditemani suami tetapi Encik Suami insist mahu turut serta lalu memujuk untuk tangguh sehari saja. Akhirnya akur, maka pada hari Sabtu awal-awal pagi kami sudah tercongok di klinik doktor walaupun tahu klinik hanya akan dibuka lagi sejam. Dah datang awal sejam pun giliran tetap nombor empat. Apakah?

Lalu terus ke wad bersalin kerana minggu ini doktor suruh buat CTG dulu sebelum berjumpa beliau. Baring atas katil, nurse pasang belt CTG tu. Of course sebelum datang saya sudah siap-siap membaca pelbagai literature tentang CTG dan bagaimana nak interpret grafnya. Seperti budak medic yang nak pergi clinical sahaja gayanya. Encik Suami duduk di sofa yang disediakan sambil sibuk membaca tentang CTG di telefon beliau. Lalu menyuruh Encik Suami mengambil gambar sebab tahu kalau dah real labour nanti tentu tak mampu berposing dengan comel bersama CTG belt. Malu sebentar apabila nurse masuk semasa sedang sibuk bergambar. Harap beliau memahami ke'excited' an first timer seperti kami ini.

Encik Fateh nampaknya tidak suka ada sesuatu di atas perut ibunya. Mungkin belt itu sudah menyempitkan ruang beliau di dalam. Lalu beliau menendang-nendang. Sabar ye bayi, 30 minit saja. Degupan jantung beliau kedengaran seperti derapan kuda, ranging from 110 bpm to 150 bpm. Alhamdulillah, kata doktor range yang sihat. Nurse masuk lalu membaca graph kami. Nurse tanya "Awak tak sakit ke?". Saya kata tak. Pelik pula rasanya dengan soalan Puan Nurse.
"Tak apalah nanti discuss dengan doktor ye?" Kata beliau lagi. Oh ada yang tak kena ke?

Rupanya baru tahu pada toco graph saya menunjukkan ada uterine contraction setiap 5 minit. Regular contraction. Ada yang berselang 3 minit saja antara contraction. Agaknya sebab itulah Puan Nurse ingat saya sedang dalam kesakitan. Huhu! Doktor pun tanya, ada sakit-sakit tak. Tapi saya tak rasa apa-apa. Doktor kata mungkin kerana intensity dan duration of contraction tu tak cukup lagi untuk mendatangkan kesakitan. Maka doktor rasa tak perlu check bukaan jalan. Tapi doktor kata kalau ada tanda-tanda labour, maka cepat-cepat datang hospital. Doktor suruh kerja lagi seminggu, minggu depan baru dia kasi MC. Berat si Fateh sudah mencecah lebih kurang 3 kg. Okay, genetik kegemukan Ibulah itu. Maafkan ibu ye, sayang?

Menjelang senja membawa ke malam hati berdebar-debar. Tiba-tiba mengalami sakit pinggang dan sakit di bawah perut. Apakah sudah sampai masanya? Maka emak pun sudah siap sedia kalau-kalau anaknya bersalin malam itu. Siap offer nak pergi rebus telur separuh masak. Encik Suami pun sudah bersiap siaga. Sampai pukul 2 pagi takleh tidur dengan kesakitan yang datang dan pergi. Takdelah sakit sangat pun, berdebar aje yang lebih. Entah pukul berapa tertidur, akhirnya bangun pada esok pagi dengan tiada perasaan dan tiada kesakitan. Sungguh anti-klimaks.

Berkeputusan ambil cuti. Hari Isnin mahu jumpa doktor semula. Akhirnya doktor check bukaan jalan. Doktor kata cervix masih lagi posterior dan tak dilate langsung. Rasa kecewa, boleh tak? Sebenarnya mengharap doktor berkata "Eh, awak dah 10 cm dilate ni. Teran sekarang please?" Doktor suruh buat CTG sekali lagi. CTG kali ni tak ada exact contraction pattern langsung. Seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Okay baiklah, Fateh main acah-acah jek agaknya malam tu. Kecik-kecik lagi dah ada sense of humour la anak Ibu ni... pandai die bergurau, haih!

Sekian.

@ 36 Weeks!


Salam..

To those who wonder whether this blog owner has already giving birth looking at the long abandoned blog, fear not. She is still pregnant and happily penguining (definition: walking like a penguin) around. It is just that she is in her third trimester and the pregnancy has starting to take its toll on her. Back home from work, she usually collapsed. Wake up just for prayers, dinner and then go back to sleep. So there are really no time to update anymore though she has so much things and stories to share.

Had 36 weeks antenatal check up yesterday. 36 weeks??? I could hardly believe I am finally reaching that big number! Alhamdulillah all praise to Allah for taking care of us throughout this journey. Looking back, I would say that I am granted with a relatively easy smooth sailing pregnancy. No classic morning sickness during first trimester, no extreme cravings for weird foods etc. I hope the sun keep on shining and would be granted with an easy labour as well. (hehe... is that too much to hope for?) I did enjoyed my pregnancy very much, the precious experiences, the love and attentions, those lovely kicks and punches and my daily chats with the little one.

Anyway, back to my 36 weeks check up story. Through out this week, I have been experiencing pelvic pain. It is painful especially when I need to get up, walk and even turning on bed is one difficult task for me nowadays. I would spent hours on bed just to get a right position which could alleviate the pain before I could fall asleep. Then I would be woken up again as I need to change position and it is just too painful to do it. Walking feels like I am carrying a bowling ball between my legs! Huuu... I guess this is the only down that I have with my pregnancy so I should be grateful and bear with it.

So, the first thing that I tell the doc during our check-up was about this pelvic pain. She just smiled, kind of expecting it around this time of pregnancy. Then we did the scan. No wonder... Our little one has just figured out the exit entrance from his cave to the world, he's head is already engaged. So the pain is caused by the ligament softening, which increase the flexibility of my pubic bone thus it could expand and making more room for the little one. There is nothing that the doc could do to help me alleviate the pain except giving me mild painkillers if it gets worse and unbearable. Other than that, I just have to endure it and pray for the labour to come!

Then the doc tried to measure Fateh's growth as usual. As he is already cramped up inside, it was quite difficult for the doc to get definite measurement, especially his BPD. It is estimated that his weight now is 2.8 kg!!

"Seems like you are having a big baby. 2.8 kg is considered quiet big for his age now."

Okay... breath, mummy.

"I expected him to be around 3 kg when he's born but that will also depends on when he decided to come out." the doc added with a smile.

When we had our check up last two weeks, he was just around 2.1 kg and I thought he was small for 34 week-ers. I thought I haven't eat enough for my baby. So within the two weeks time before this visit I was eating like crazy. And I suddenly became sweet tooth too, craving for chocolates almost every day. Now, there you have it. A plump baby inside my tummy and guess how much my weight this week? 80kg! Can you believe it? 3 kg in two weeks! Such a mummy monster.

Then the doc tried looking for his umbilical cord, and measured the rate of blood pulsating through it. The swoosh, swoosh sound was similar to the sound of his heartbeat, that horse-galloping sound. It is just to make sure that the cord did not get in his way, became stuck or constricted. The doc said that 36 weeks is a borderline and the baby could be considered full term by next week, so I should be expecting delivery anytime soon! She said after this I should come for weekly check up and she booked me for CTG session next week. To graph the baby's heartbeat and movements, just to make sure he's doing fine and to detect any uterine contractions. I'm looking forward for it.

Okay, nak tulis BM pulak. Seperti yang diketahui Ayah sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan projek membaik pulih platform yang terbakar hari tu. Dua minggu Ayah pergi Jakarta tinggalkan Ibu dan Fateh. Lepas tu sambung seminggu di Singapura dan seminggu lagi di Kuala Lumpur. Sekarang masih lagi on-off ke sana kalau ada mesyuarat penting. Sampailah Ibu dah 36 minggu ni. Akhirnya, Ayah janji kalau check-up minggu ni doktor kata Fateh dah masuk jalan, Ayah tak akan pergi mana-mana dah. Yeay!

Jadinya, sekarang secara rasminya Ayah telah dikenakan perintah berkurung oleh Ibu.. hehehe! Ayah suruh kerja lagi seminggu, lepas tu tengok apa doktor kata lepas buat CTG minggu depan. Kalau dah ada tanda-tanda, Ayah suruh ambil MC dan pindah ke rumah mak di Kuantan. Sebabnya Ayah tak boleh bayangkan drive balik Kuantan sambil ada perempuan meraung-raung sakit sebelah dia. Haha! Satu setengah jam tu dari Kerteh ke Kuantan. Setakat ni, rancangannya nak bersalin dengan Dr. Su di KMC. Harapnya tercapailah impian itu. Huhu!

Menjadi Yang Terbaik


Minggu ini kami masih berjauhan dengan Muhammad. Alhamdulillah, tugasnya di Jakarta telah selesai dan masih berbaki dua minggu untuk dia berulang alik antara Singapura dan Kuala Lumpur pula sebelum ‘perintah berkurung’ dikeluarkan. ‘Perintah berkurung’ kerana lagi dua minggu umur Fateh akan genap 36 minggu dalam kandungan, maka bila-bila masa sahaja Fateh mungkin keluar ke dunia. Jadinya, kalau diizinkan Allah, harapnya kedatangan Fateh nanti bakal disambut oleh ayahnya, Muhammad. Harapnya bila sampai saat istimewa itu, Muhammad ada di sisi menghantar saya ke hospital dan sudi menghulurkan tangannya untuk digenggam oleh saya yang menahan kesakitan. Memberi kata-kata semangat supaya saya tidak berputus asa berusaha melahirkan zuriat kami, insyaAllah.

Minggu ini sepanjang minggu Muhammad di Kuala Lumpur. Alhamdulillah lebih mudah kami berhubung melalui internet. Di Jakarta, panggilan harus bercatu kerana memikirkan kosnya tambah pula tiada perkhidmatan internet di tempat penginapannya. Minggu ini tidak terlalu terasa berseorangan kerana boleh berhubung sepanjang masa dengan Skype. Teringat pula zaman-zaman berjauhan dulu. Setiap hari beginilah rutinnya…

Semalam semasa ber’Skype’ dengan Muhammad, saya terperasan satu perbezaan yang cukup ketara dari zaman-zaman berjauhan dulu. Dengan wajah sedikit membengkak seperti disengat tebuan dan tubuh yang lebih berisi, saya hampir tidak mengenali wajah saya sendiri di skrin Skype. Terasa lucu memandang wajah sendiri di skrin komputer.

“Ya Allah… gemuknya saya!!”

“Haha! Kan ke ayang pregnant… logik la badan naik sikit.”

Tiba-tiba terasa kekurangan diri. Saya sudah tidak ‘secantik’ awal-awal perkahwinan dulu lagi.

“Nanti, lepas bersalin kurusla ni kan, abang? Abang tunggu tau, jangan cari lain!”

“Haha! Okey, lepas bersalin kita diet sama-sama ye?” kata Muhammad sambil ketawa.

ADAKAH AKU MASIH YANG TERBAIK?

Fitrah manusia, dalam apa pun urusan yang kita lakukan, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri kita. Dari sekecil urusan seperti membeli ikan di pasar sehinggalah sebesar memilih pasangan hidup, sudah pasti kita mahu memilih hanya yang terbaik. Kerana fitrah kita yang cintakan kesempurnaan. Kalaupun tidak terbaik di mata dunia, paling kurang terbaik di mata kita sendiri.

Ada banyak sisi-sisi yang menentukan terbaik atau tidak seseorang itu pada pandangan kita. Antara sisi-sisinya ada disebutkan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya….

Secara idealnya calon pasangan terbaik tentulah yang mempunyai pakej yang lengkap: kaya berharta, berdarjat tinggi dan pastinya cantik jelita. Teringat drama yang sempat saya tonton semalam. Sang isteri cantik jelita, hidupnya kaya raya dilimpahi harta. Sedang si suami tidak kurang kacaknya, tetapi terlalu sibuk ke sana sini mencari harta untuk membahagiakan si isteri dan keluarga. Kerana sangkanya dengan harta itu, dia mampu menjamin kesetiaan si isteri padanya. Sehingga akhirnya dia menyedari tanggapannya itu silap, apabila sepulangnya dia dari urusan perniagaan di luar negara dia mendapati si isteri menjalin hubungan terlarang dengan lelaki lain. Di akhir cerita, isterinya ditangkap bersekedudukan dengan lelaki tersebut dan si suami menceraikan si isteri dengan talak tiga! Apa kesudahan si isteri cantik jelita itu? Kerana tekanan perasaan dia akhirnya hidup bergelandangan dan mati dilanggar kereta yang kebetulan dipandu lelaki simpanannya dahulu. Tragis, bukan?

Walau hanya drama rekaan, tetapi soalan yang bermain di fikiran saya ketika itu ialah mengapa mereka masih tidak bahagia? Bukankah segalanya serba sempurna dan terbaik untuk mereka?

“…. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sambungan hadith Rasulullah tadi menjadi jawapan kepada persoalan saya tadi. Banyak perkara yang menjadi pertimbangan dalam menentukan terbaik atau tidak seseorang itu untuk kita. Kita boleh memilih untuk menggunakan sama ada neraca dunia atau neraca akhirat untuk membuat pertimbangan. Neraca dunia, mungkin mendatangkan kepuasan kepada kita di dunia tetapi tidak menjamin kebahagiaan berpanjangan sehingga ke akhirat.

Saya mungkin bukan yang terbaik dari segi rupa untuk suami kerana masih ramai wanita cantik di luar sana. Tambah pula dalam keadaan perut yang memboyot dan jalan pun lagak penguin sekarang. Tiada apa yang dapat saya lakukan untuk mengubah kenyataan itu. Saya juga tidak mampu mengumpul harta untuk mengikat kesetiaannya. Tetapi saya ada motivasi lain untuk jadi isteri yang terbaik!

“Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku” (Hadis riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

“Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketakwaan kepada Allah S.W.T adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah ke atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada” (Hadis riwayat Thabrani dan Abdullah bin Salam)

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” (Hadis riwayat Muslim)

“Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya daripada menyakiti Muslim yang lain” (Hadis riwayat Muslim)

Bukankah sarana-sarana di atas semuanya boleh saya usahakan dan masih ada ruang untuk saya perbaiki dari masa ke masa? Masih ada harapan untuk saya jadi yang terbaik. Malah saya juga ada model-model yang boleh saya teladani dalam usaha saya untuk menjadi wanita yang terbaik! Siapa,ya?

“Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun” (Hadis riwayat Ahmad)

MAAFKAN BILA AKU TAK SEMPURNA

Teringat bait-bait lirik lagu Ayat-Ayat Cinta:

“Maafkan bila ku tak sempurna… cinta ini tak mungkin kucegah..”

Suami dan isteri seharusnya saling bersabar dan memaafkan dalam usaha masing-masing untuk jadi yang terbaik pasangan masing-masing. Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan diri dan meraikan kelebihan-kelebihan pasangan. Yang terpenting sekali, niat kita dalam melakukan segala perkara untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga bukanlah untuk mendapatkan cinta dan kesetiaan pasangan kita semata-mata. Malah kita ada matlamat yang lebih tinggi daripada itu.

Cinta yang tak mampu dicegah… cinta yang mendalam kepada Allah Yang Esa sepatutnya menjadikan kita berusaha sehabis baik untuk menjadi yang terbaik. Kita berusaha menjadi isteri yang terbaik bukan kerana mahu mencegah suami kita daripada mencari yang lain. Tetapi kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri itu adalah tuntutan agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Indah bukan? Usaha yang satu, membuahkan dua hasil. Cinta dari suami dan yang paling penting, cinta dari Ilahi.

JOM BERUSAHA JADI YANG TERBAIK!!

Alasan untuk beli botol susu mahal


Salam..

Baca berita semalam tak? Baca tak? Baca tak? Laa... kenapa tak baca? Fateh pun baca tau! Kalau tak baca, ni Fateh tampal kat sini kasi semua baca:

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Hehe! Maka sekarang ini ibu dan Fateh sudah mempunyai alasan kukuh mahu membeli botol yang BPA free. Yeay! Botol idaman yang sudah sekian lama diintip oleh pihak ibu untuk kelulusan bajet daripada pihak ayah ialah Philips Avent. Ada banyak lagi jenama lain yang BPA free seperti Tommy Tippee, MAM etc. Tapi Philips Avent lebih dekat di hati untuk dipadankan dengan breast pump yang Makcik Kma beri pada ibu. Kalau nak yang lagi confirm BPA free, botol susu kaca pun dah banyak di pasaran sekarang. Tapi berat sikitlah dan mudah pecah, jadi potential hazard la pulak. Tambah nanti bila Fateh dah masuk fasa baling-membaling botol susu lepas habis minum. Hehe!


Ini rupa Philips Avent Manual Breast Pump tersebut. Mengapa ibu saya memilih yang manual?

Manual pump pros:

1. Sebab orang hadiahkan. (haha!) Maka jimatlah duit. RM 300 tuh...

2. Lebih ringan untuk dibawa kemana saja.

3. Boleh diguna di mana saja, tak perlu susah payah cari power outlet atau fikir nak charge bateri sebelum bawa.

4. Boleh kawal suction rate dia. Jadi mengurangkan ketidak selesaan ibu-ibu.

Manual pump cons:

1. Penatlah nak pump banyak-banyak, ambil masa nak kumpul susu yang cukup. Electric pump boleh pump sendiri dengan cepat dan tak penat. Tapi, dengar kata suction power dia mungkin menyakitkan sikit.

2. Suction power yang tak konsisten.

Mungkin untuk ibu yang bekerja, yang nak buat exclusive breastfeeding macam ibu Fateh ni, perlu beli yang elektrik kot. Bayangkan kalau hari-hari ibu kene pam susu untuk Fateh di pejabat, lama-lama boleh ada timbul segala muscle tangan ibu. Tapi oleh kerana electric pump agak mahal, maka perlu nilai betul-betul semua kemungkinan sebelum buat investment.

Sekarang yang belum ada ialah botol susu Fateh dan bekas-bekas untuk simpan stok Expressed Breast Milk (EBM). Setelah di survey, pilihan ibu saya ialah... jengjengjeng!

VIA Storage System! Express, Store and Feed! Kelebihannya, boleh pam susu terus ke dalam bekas ni, lepas tu boleh terus simpan dalam peti ais. Bila Fateh lapar nak minum, boleh keluarkan dari peti ais, panaskan dan terus minum. Cuma perlu gantikan penutupnya dengan adapter dan teat saja. Kiranya dua dalam satulah. Tak perlu susah-susah nak pindah-pindah bekas kerana setitik susu ibu tu begitu berharga! Kalau pindah-pindah, rugi pulak susu bersisa-sisa dalam bekas, kan? Harganya pun tak mahal. Untuk 10 cups, hanya lebih kurang RM70.00 saja! Jadi, purata RM7 untuk sebotol susu. Dan yang penting, BPA free!

Tapi ada juga kekurangannya. Satu, teat dia yang agak mahal berganda-ganda dari harga teat biasa. Sebab, bentuknya yang unik yang memudahkan Fateh bertukar dari breastfeed ke botol. Dan teat direka dengan anti-colic air valve untuk mengelakkan masalah kembung pada Fateh. Masa Fateh kecik lagi dan tak ada gigi, bolehlah guna teat mahal. Bila dah ada gigi nanti, keringlah poket ibu duk mengganti teat botolnya. Hoho! Perlu cari teat jenama lain yang lebih murah. Setakat ni hanya jenama Pigeon dan MAM saja yang compatible dan murah sikit.

Lagi satu kekurangan bekas ni ialah, bentuk bekas ni macam susahlah Fateh nak pegang. Tapi awal-awal nanti orang lain yang pegangkan botol susu, bukan Fateh pandai pegang botol pun kan. Jadi, guna yang ini dulu. Jimat sikit. Bila Fateh dah pandai pegang sendiri nanti, ibu janji nak ganti dengan botol yang lagi best. Sekarang ni, ibu tengah usha-usha botol ni:

Yang ini pun sama macam Via Storage System tu, 2 dalam 1. Boleh jadi botol dan bekas penyimpanan susu juga. Compatible dengan breast pump yang ada. Cuma harganya mahal sikitlah. Mungkin sebab botol dia lebih cantik...hehe! Belum survey betul-betul lagi berapa harganya. Seperti biasa, perlu nilai betul-betul sebelum buat investment. Bukan semua orang ada rezeki nak exclusive breastfeed sampai umur anak 2 tahun. Kadang-kadang habis je pantang susu pun tak ada. Jadi perlu tunggu dan lihat dulu macam mana. Fateh dan ibu doa, moga-moga Allah beri kami rezeki supaya ibu boleh berikan makanan yang terbaik untuk Fateh.

Owh, sebut tentang breastfeeding, antara barang lain yang mungkin perlu dibeli:

Electric Baby Food Warmer

Ini yang jenama Lucky Baby: Grandioz. Jenama ini seperti menarik hati kerana container dia luas dan muat wide neck bottle macam Philips Avent idaman ibu. Suhu yang paling optimum untuk memanaskan Expressed Breast Milk (EBM) ialah 40 darjah Celcius. Kalau letak dalam air panas pun boleh. Tapi kalau panas sangat nanti EBM rosak pulak. Food Warmer idaman tentulah Philips Avent jugak! Sebab dia ada pilihan kawalan suhu untuk cairkan frozen EBM atau panaskan EBM yang dah cair. Lebih convenient kan? Cuma harganya 2-3 kali ganda jenama biasa yang tak terkenal. Kalau jenama tak terkenal biasanya bawah RM 100 saja. Philips Avent RM 277.90!! Hukhuk! Why all the good things come in expensive price?hah?hah?

Breastmilk Storage Bag yang chic!

Diperlukan untuk mengangkut breast pump dan EBM container setiap hari ke pejabat. Rupanya mestilah chic supaya ibu Fateh tetap kelihatan anggun dan bergaya serta sofistikated. Hehe! Kalau nak lagi best, kena ada icepacks. Jadi lepas dah pam, boleh simpan dalam beg ini saja in case tak ada fridge untuk mengelakkan EBM rosak. Tapi yang ini tidak mendapat kelulusan pihak ayah. Sebab katanya tak payah beli beg mahal-mahal, guna saja beg yang ada. (huk!huk! kata ibu) Lagipun icepacks tu bukannya tahan lama. Fridge pejabat pun jarang-jarang orang guna. Maka mari menebalkan muka menumpang sebotol dua EBM di fridge tersebut. Bolehkan pakcik, makcik?

Okay, sekian sahaja product review dari Fateh dan ibu. Philips Avent, sila bayar kami for the ads. Ingat free ke?